Tribute... Raja Idris Shah (17/8/1924-31/1/1984) Sultan Perak Berjiwa Seni (Update: 8/12/2016)

* Kalau Rindu * Semalam Di Subang * Cempaka Sari * Namamu Dibibirku * Pulau Pangkor >> Cerita Menarik Di FK. Tunggu...

Wednesday, March 30, 2011


THE BRAVADOS (1958)

MEMBALAS DENDAM YANG SIA-SIA
Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop




GREGORY PECK (Jim Douglas)







ALBERT SALMI (Ed Taylor)




JOAN COLLINS (Josefa Velarde)



HENRY SILVA (Lujan)




KATHLEEN GALLANT dan GEORGE VOSKOVEC


ANDREW DUGGAN dan GREGORY PECK


(sumber: ciakhollywood)


(sumber: adnan alclasic)

(sumber: foxintaernational)

(sumber: iyifilmci)


20TH CENTURY FOX
Produser HERBERT B. SWOPE JR.
Pengarah Filem HENRY KING
Jurugambar LEON SHAMROY
Jurusuara BERNARD FREERICKS & HARRY M. LEONARD
Penyunting Filem WILLIAM ACE
Pengarah Seni MARK-LEE KIRK & LYLE R. WHEELER
Cerita FRANK O'ROURKE
Lakonlayar PHILIP YORDAN
Musik LIONEL NEWMAN
Pelakon GREGORY PECK (Jim Douglas) JOAN COLLINS (Josefa Velarde) STEPHEN BOYD (Bill Zahary) ALBERT SALMI (Ed Taylor) HENRY SILVA (Lujan) LEE VAN CLEEF (Alfonso Parral) KATHLEEN GALLANT (Emma Steimmetz) BARRY COE (Tom) GEORGE VOSKCOVEC (Gus Steimmetz) HERBERT RUDLEY (Sheriff Sanchez) ANDREW DUGGAN (Padre) KEN SCOTT (Primo, Deputy Sheriff) GENE EVANS (John Butler)

Tahun diedarkan: 1958 (25 Jun)
Masa tayangan: 98 Minit


JALAN CERITA___

Jim berazam mencari dan menangkap empat penyenayah (Bill, Ed, Lujan dan Alfonso) yang pada anggapannya merogol dan membunuh isterinya.

Jim kemudian mendapati mereka berempat berjaya ditangkap dan disumbat dalam penjara, dan menunggu masa untuk dihukum gantung.

Bagaimanapun penjenayah-penjenayah tersebut dapat melepaskan diri dan ini menyebabkan Jim terpaksa meneruskan usaha memburu dan menangkap mereka.

Bila ditemuinya Jim tidak menyerahkan pada pengamal undang-undang (Sheriff) sebaliknya (kerana marah dan dendam) dia sendiri membunuhnya.

Jim berjaya membunuh tiga penyenayah (Ed, Bill dan Alfonso), tapi bila sampai ke peringkat mahu membunuh Lujan ternyata Jim mendapati dirinya sudah tersalah sasaran.

Memang benar Bill, Ed, Lujan dan Alfonso penjenayah tapi mereka bukan merogol dan membunuh isteri Jim.

Persoalannya, siapakah yang kejam? Jimkah atau Bill, Ed, Lujan dan Alfonso.


ULASAN FK___

"The Bravodos" ini merupakan salah satu filem bercorak western yang sangat saya gemari. Saya menontonnya (kalau tidak silap di pawagam Cathay, Kuala Lumpur) ketika berusia 15 tahun dan masih bersekolah.

Pada masa itu saya tidak mengenali Gregory Peck (sebelumnya membintangi "Duel in the Sun", "Yellow Sky" dan "The Gunfighter", bercorak western), yang saya tahu hanyalah John Wyane, Burt Lancaster dan Gary Cooper.

Saya mula menyedari menyukai Gregory Peck setelah menonton beberapa filemnya seperti "The Big Country", "The Guns of Navarone", "How the West Was Won" dan "Mackenna's Gold".

Lebih menjadi terkenal pada saya apabila Gregory Peck memenangi Anugerah Oskar Pelakon Lelaki Terbaik 1963 kerana peranannya sebagai Peguam Atticus Finch dalam "To Kill a Mockingbird" yang diarahkan Robert Mulligan.

Apa yang dapat saya katakan, selain pergelutan antara Jim dengan empat penjenayah, "The Bravados" mempunyai plot cerita (twist plot) yang menarik begitu juga lakonan pelakon-pelakonnya terutama Gregory Peck, Albert Salmi dan Joan Collins.

Sinematografinya yang dihasilkan oleh Leon Shamroy di lokasinya di Mexico begitu mengkagumkan apatah lagi ianya dibuat dalam bidang luas CinemaScope dan warnawarni De Luxe.

Lebih menarik lagi adanya hiasan musik ciptaan Lionel Newman.


PLOT SAMA___

"Nevada Smith" (Henry Hathaway 1966), "The Bells of Death" (Feng Yueh 1968), "6 Jahanam" (P.Ramlee 1969) dan "Loceng Maut" (Nas Achnas & Frank Rorimpandey 1977).


ANUGERAH___

ALBERT SALMI (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik 1958)
* Anugerah National Board of Review, USA


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.







2 comments:

  1. Sayang sekali tidak ada full movie
    "The Bravados" di sini dan di YouTube.
    Setelah membaca ulasannya,
    teringin pula saya nak menontonnya.
    Macam mana Encik Mustafar, adakah DVDnya?

    * Hassani Hassan, Putrajaya, WP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu memang ada full movie
      "The Bravados" di YouTube.
      Tetapi sayangnya sudah kena delete.
      Apa pun saya sempat mendownloadkannya,
      dan boleh di tonton melalu realplayer.
      Jika sdra berminat, sila hubungi saya.
      Dan, samada DVDnya ada jual dipasaran,
      tidak pula saya dapat pastikan.
      Mungkin ada, tetapi sukar diperolehi.

      Delete