Friday, April 1, 2011

POSTER FILEM KLASIK MALAYSIA

DI BUKUKAN SEKIRANYA YANG COLOR CUKUP 100
Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Di Edit Di Kumpul Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
















(sumber: filemklasik)









(sumber: sy0290)







(sumber: abangjebat)














(sumber: filemklasik)
















(sumber: filemklasik)






(sumber: neem56)





(sumber: lurfiashelas)







(sumber: themrzahada)







(sumber: filemklasik)




(sumber: khairiyahkamaruzaman)




ULASAN FK___

SEJAK filem "Leila Majnun" (1933) sampailah Merdeka Film Studio menutup tirainya dengan filem "Adik Manja" (1980), kira-kira 400 filem Melayu (Malaysia) telah di keluarkan.

Persoalannya, antara sebanyak itu filemnya berapa posternya masih ada. Pada sayalah, nak dapatkan 50 (warnawarni) cukuplah susah, originalnya lagilah payah.

Apa yang ada sekarang, hanya salinan dari majalah-majalah lama terutama Majalah Filem kepunyaan Shaw Brothers, yang besar (original) tidak banyak, boleh dibilang dengan jari.

Sayang sekali, kita seringkali mengabaikan sesuatu yang sangat berharga. Yang lama itu indah dan poster filem klasik adalah sesuatu yang indah dan bernilai dalam pengeluaran filem.

Memandangkan poster filem sangat penting dan patut dihargai, di Festival Filem Malaysia Ke-9 (FFM9), saya mencadangkan pada AJK supaya poster turut dipertandingkan dan diberi anugerah.

Cadangan saya diterima dan poster filem "Sejati" memenanginya.

Alhamdulillah, ia kekal setiap kali FFM diadakan. Di FFM23 "Belukar" memenangi anugerah poster filem terbaik.

BERTANGGUNGJAWAB

Di luar negara seperti Amerika Syarikat, Britain, India dan Jepun poster filem klasik mereka disimpan dan dijaga dengan baik, ada juga yang dibukukan.

Di Malaysia tak tau nak cakap, geleng kepala sajalah. Mereka yang berkuasa dan bertanggungjawab tak peka, tak ambil peduli.

Bila produser Ho Ah Loke membuang filem "Pontianak" Maria Menado ke lombong tinggal di Kuala Lumpur, barulah masing-masing ternganga dan kesal tak sudah.

Semasa filem tu ada, takda siapa pun yang peduli. Bila filem seram tu ghaib, marahkan Ho Ah Loke. Tanya pula, kenapa dibuang.

Susah payah Ho Ah Loke menyimpan filem itu, tak siapa pun nak ambil tau.

Inilah yang akan berlaku pada poster filem klasik kita, takda pihak terutama yang jaga pasal filem (sama ada Finas atau Arkib Negara) mahu berusaha mencari, mengumpul dan mengkaji ketika masih ada.

Bila dah hilang barulah terhegeh-hegeh mencari.

Di sini saya siarkan beberapa poster yang masih selamat, sekiranya sesiapa ada menyimpan dan memiliki poster filem klasik (selain seperti di atas) harap-haraplah kirimkan melalui pos atau e-mail pada saya.

Bolehlah kita kongsi bersama.

Salinan pun tidak mengapa asalkan berwarnawarni.

Sekiranya cukup 100 saya akan cuba berusaha membukukannya.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.








4 comments:

  1. Baru jumpa blog Filem Klasik ini. Sungguh menarik baik layout mahupun kandungannya. Mengenai poster filem-filem Melayu lama ini kalau Encik Mustafar menjadikannya buku alangkah baiknya, atau Finas tak berminat ke? - BalqisSulaiman, Shah Alam, Selangor.

    ReplyDelete
  2. Usaha yg baik lagi terpuji... T kaseh atas inisiatif tuan

    ReplyDelete
  3. Amat bagus sbgi rujukan. Konservation yang dialuk-alukan. Saya sedang menulis tentang pembuatan poster2 klasik filem Melayu, termasuk mencari penulis2 yg bekerja dgn Shaw dan MFP. Sesiapa yg ada maklumat diharap boleh kongsi bersama.

    ReplyDelete
  4. Salam, Ada siapa yang tahu siapa pelukis poster poster ini?

    ReplyDelete