Tribute... Raja Idris Shah (17/8/1924-31/1/1984) Sultan Perak Berjiwa Seni (Update: 8/12/2016)

* Kalau Rindu * Semalam Di Subang * Cempaka Sari * Namamu Dibibirku * Pulau Pangkor >> Cerita Menarik Di FK. Tunggu...

Thursday, May 5, 2011

CHEMPAKA (1948)

FILEM PERTAMA KASMA BOOTY DAN MAROETI DI MFP
Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



Kasma Booty sebagai Chempaka


Iklan tayangan filem "Chempaka" di Alhambra, Singapura


Iklan tayangan filem "Chempaka" di Roxy, Singapura


Kelihatan (lihat anak panah) kain iklan filem "Chempaka" semasa tayangan di Alhambra, Singapura


Kasma Booty dan M. Yatim





Kesemua gambar memperlihatkan kecantikan dan kejelitaan Kasma Booty pada tahun 1948


Produksi MALAY FILM PRODUCTIONS LTD.
Pengurus produksi SHAW VEE-NGOK
Penolong pengurus produksi ISMAIL HASSAN
Pengarah B.S.RAJHANS
Penolong pengarah BACHTIAR EFFENDI
Jurugambar CHOW CHENG KOH
Cerita BACHTIAR EFFENDI
Lagu MAROETI (MARUTI)
Pelakon KASMA BOOTY MARUTI (M.YATIM) SUHARA EFFENDI
SALLEH GHANI YEM HARRIS NASIR

Mula tayang: 15 APRIL 1948
Kedudukan filem: Hilang


JALAN CERITA___

Cerita mengisahkan kehidupan disebuah kampung di Sumatra. Panglima Long (orang jahat) dan musuh ketatnya, Panglima Geyu (hero), bertelagah merebutkan seorang gadis jelita bernama Chempaka.


ULASAN FK___

Filem ini saya tonton di TV Malaysia (sebelum wujudnya RTM) ketika masih dalam hitam & putih. Pada masa itu, beberapa filem kini, sukar ditonton ditayangkan termasuklah "Pisau Berachun" dan "Penghidopan".

Saya tidak dapat pastikan keadaan filem tersebut kerana saya sekadar menonton saja dan tidak pernah peduli apa-apa pun tentang ceritanya, lakonannya apatah lagi dari segi aspek teknikalnya.

Apa yang jelas dan apa yang saya tahu kini, filem ini dilaksanakan bersesuaian dengan kemahuan penonton ketika itu iaitu dipenuhi dengan tarian hula-hula, irama lagu dan nyanyian yang menggambarkan kehidupan orang-orang di kepulauan Hawaii.

Mereka berkemban, menyanyi, menari dan bergaduh sebagaimana yang terdapat dalam filem-filem Hollywood yang menggambar kehidupan orang-orang pulau di Lautan Teduh seperti "The Hurricane" (1937) dibintangi Dorothy Lamour dan Jon Hall dan "Bird of Paradise" (1932) lakonan Joel McCrea dan Dolores Del Rio.

Cuma yang tidak ada hanyalah letupan gunung berapi dan ribut dahsyat sebagaimana yang terdapat dalam "The Hurricane" dan "Bird of Paradise" itu.

B.S.Rajhans setelah mengarahkan "Singapura Di Waktu Malam" yang mendapat sambutan, teraba-raba mencari cerita baru untuk difilemkan seterusnya dan kebetulan pula Kasma Booty yang cantik jelita ditemuinya.

Merasakan Kasma Booty boleh dijadikan film star disamping Siput Serawak, B.S.Rajhans menawarkan Kasma Booty berlakon dalam filem yang kemudian diberi tajuk "Chempaka" berpasangan dengan M.Yatim yang mana pada masa itu terkenal sebagai penyanyi.

Kasma Booty yang sudah penat ke sana ke mari mengikuti rombongan pentas sandiwara dan bangsawan, atas keizinan suaminya (Jacobs Booty), menerima tawaran B.S.Rajhans. Dan dengan itu berlakonlah dia buat pertama kalinya dalam filem memegang peranan sebagai Chempaka.

Menurut apa yang saya baca dalam majalah dan akhbar lama, lakonan pelakon-pelakonnya belum dapat menghilangkan cara-cara berlakon di pentas-pentas sandiwara atau bangsawan.

Bagaimanapun, filem ini telah memperlihatkan kejayaan dari segi teknikal di mana gambarnya kelihatan lebih terang dan suaranya lebih jelas dan dapat disama dengan gerak mulut jika dibandingkan filem "Singapura Di Waktu Malam".

Pada keseluruhannya, dengan kecatikan dan kejelitaan Kasma Booty ditambah pula dengan kemerduan suara M.Yatim menyebabkan filem ini mendapat sambutan hangat hingga Shaw Brothers (Runme Shaw & Run Run Shaw) mula menyusun strategi mengeluarkan lebih banyak filem Melayu.


LAGU___

Lagu-lagu memainkan peranan penting menarik penonton menonton filem ini. Tetapi setakat ini tidak pula saya dapat kesan apakah lagu-lagu yang menarik itu.

Maruti (Maroeti) atau M.Yatim pencipta lagu-lagu dan sudah tentulah dia menggunakan suaranya sendiri. Bagaimana pula dengan Kasma Booty, dia menggunakan suara siapa?

Saya difahamkan, Kasma Booty menyanyi menggunakan suaranya sendiri. Tetapi kerana suaranya tidak sesuai untuk nyanyian, itu saja filem Kasma Booty menyanyi untuk filem.


FAKTA___

  • Filem ini filem kedua keluaran studio MFP Jalan Ampas selepas "Singapura Di Waktu Malam" yang dibintangi Siput Serawak dan Bachtiar Effendi.

  • Tayangan khas filem ini pada 15 April 1948 kemudian diikuti tayangan tengahmalam 17 April 1948. Tayangan harian bermula pada 21 April 1948 di Alhambra, Singapura.

  • Filem kelima arahan B.S. Rajhans selepas "Leila Majnun", "Menantoe Doerhaka" (Menantu Durhaka), "Seruan Merdeka" dan "Singapura Di Waktu Malam".

  • Filem ini filem pertama Kasma Booty.

  • Kasma Booty berasal dari Medan ketika berlakon dalam filem ini berusia 16 tahun.

  • Filem ini menelan belanja $60,000.

  • Filem terakhir Kasma Booty di studio MFP Jalan Ampas, "Manusia" berherokan Omar Rojik arahan S.Ramanathan.

  • Selepas filem ini Kasma Booty berlakon pula dalam filem keduanya, "Pisau Berachun" bercorak detektif berpasangan dengan Bachtiar Effendi dan diarahkan oleh B.S.Rajhans.

  • Berikutan kejayaan filem ini yang menggambarkan cerita orang-orang pulau, B.S.Rajhans mengarahkan pula "Chinta" (S. Roomai Noor dan Siput Serawak), "Aloha" (Osman Gumanti dan Mariam) dan kemudian disusuli pula "Pulau Mutiara" (Osman Gumanti dan Maria Menado) yang diarahkan oleh S.Ramanathan. Ketiganya mendapat sambutan menggalakkan.

  • Anehnya, selepas filem ini Kasma Booty tidak lagi berlakon dalam filem yang menggambarkan cerita orang-orang pulau. Dia lebih banyak menumpukan cerita drama seperti "Rachun Dunia", "Bakti", "Sejoli" dan "Juwita" berherokan P. Ramlee.

  • Inilah satu-satunya filem M.Yatim memegang peranan hero di studio MFP Jalan Ampas.

  • M.Yatim (juga terkenal dengan nama Maroeti atau Maruti) berasal dari Indonesia.

  • Dalam filem "Dewi Murni" lagu-lagu nyanyian Osman Gumanti menggunakan suara R.Azmi tetapi apabila di piringhitamkan suara M.Yatim digunakan seperti "Ikan Di Laut Asam Di Darat (Jodoh)" berpadusuara dengan Rubiah.

  • Pada tahun 1963 di Merdeka Studio, M.Yatim mengarahkan filem "Jambatan Maut" yang dibintangi Sophia Ibrahim dan S.A. Mokhtar.



    (sumber: humanoidity)


    (sumber: crazeclassics)


    "Chempaka" entah di mana. Di atas disertakan trailer "The Hurricane" dan keseluruhan filem "Bird of Paradise".

    Corak persembahan mungkin tidak sama tetapi ceritanya lebih kurang apa yang terdapat dalam "Chempaka".


  • # Update akan dilakukan dari masa ke masa.








  • 2 comments:

    1. Biduanita Asiah @ Asiah Aman @ Nona Asiah @ Asiah Ismail, pernah memberi keterangan dalam satu wawancara bahawa filem "Chempaka", Kasma Booty dan M. Yatim menggunakan suara sendiri untuk kesemua babak nyanyian. Bermula pada filem kemudiannya, Zubir Said telah mencadangkan untuk menggunakan suara latar untuk para pelakon. Filem "Chinta"(1948) keluaran Malay Film Productions, adalah filem pertama yang menggunakan penyanyi latar. Roomai Noor meminjam suara P. Ramlee dan Siput Sarawak meminjam suara Asiah...

      ReplyDelete
    2. Terima kasih di atas maklumat yang diberi.
      Semoga maklumat ini menambahkan lagi informasi mengenai filem "Chempaka".

      - mustafar.

      ReplyDelete