Tribute... Raja Idris Shah (17/8/1924-31/1/1984) Sultan Perak Berjiwa Seni (Update: 8/12/2016)

* Kalau Rindu * Semalam Di Subang * Cempaka Sari * Namamu Dibibirku * Pulau Pangkor >> Cerita Menarik Di FK. Tunggu...

Tuesday, May 10, 2011


DANA WYNTER

HILANG SEBUTIR LAGI KERLIPAN BINTANG
Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop




BIODATA___
Nama sebenar DAGMAR WINTER
Tempat Lahir BERLIN, GERMANY
Tarikh Lahir 18 JUN 1931
Tempat Meninggal Dunia OJAI, CALIFORNIA, USA
Tarikh Meninggal Dunia 5 MEI 2011
Suami GREG BAUTZER (1956-1981)
Anak MARK RAGAN BAUTZER (20 JANUARI 1960)


ULASAN FK___

SAYA mula meminati Dana Wynter apabila menonton filem "D-Day The Sixth of June" suatu ketika pada tahun 1957 disebuah panggung wayang di Kuala Lumpur. Pada masa itu saya kenal betul dengan heronya (Robert Taylor) tetapi tidak Dana Wynter yang berperanan heroine.

Robert Taylor, telah banyak filemnya saya tonton termasuk "Quo Vadis", "Ivanhoe", "Ride, Vaquero!" dan "Knights of the Round Table".

Dana Wynter, walaupun dua filemnya mendapat sambutan, "Crimson Pirate" (berlakon bersama Burt Lancaster) dan "Invasion of the Body Snatchers", tetapi tidak mendapat perhatian saya.

Filem "D-Day The Sixth of June", bukan saja Dana Wynter memperlihatkan kejelitaannya yang menarik (wajahnya seiras Ava Gardner) tetapi juga ceritanya yang mengharukan serta sinematografi yang dibuat dalam bidang luas CinemaScope dan warnawarni DeLuxe.

Dalam filem ini Dana Wynter memegang peranan Valerie Russell yang mempunyai teman lelaki, Lt. Col. John Wynter (Richard Todd), tetapi jatuh cinta dengan Robert Taylor (Capt. Brad Parker) yang telah beristeri.

Robert Taylor dan Richard Todd berkawan baik semasa berada di medan perang dan bercerita (flashback) tentang percintaan mereka (masing-masing tidak tahu wanita yang mereka cintai itu Valerie Russell) terhadap wanita yang sama.

Apa yang menarik bagi saya, bukan sekadar persembahannya (filem ini diarahkan oleh Henry Koster) mengenai perang dunia kedua di Normandy pada tahun 1944, tetapi kisah cinta di antara Dana Wynter dengan Robert Taylor dan Richard Todd.

Ending filem ini sangat mengharukan kerana Dana Wynter terpaksa melepaskan Robert Taylor sebab dia sudah beristeri manakala harapannya untuk bersama Richard Todd hancur berkecai apabila dia mati terpijak periuk api di saat-saat ketika dia akan bertemu Dana Wynter.

Dalam pertemuan terakhirnya dengan Robert Taylor, Dana Wynter mengucapkan selamat tinggal kepada Robert Taylor tanpa memberitahu Richard Todd sudah terkorban di medan perang.

Adegan Dana Wynter berjalan di lorong antara dua berek kem tentera menuju ke suatu arah dalam kepiluan kemudian munculnya The End sangat-sangat menyentuh perasaan.

Kekecewaan Dana Wynter itu dapat sama-sama penonton rasai.

Bermula dari situlah saya berminat dengan Dana Wynter dan menontonlah saya filem-filem lakonannya seperti "Something of Value" (bersama Rock Hudson dan Sidney Poitier), "Fraulein" (Mel Ferrer), "Sink the Bismarck!" (Kenneth Moore), "The List of Andrian Messenger" (Tony Curtis dan Kirk Douglas) dan "Airport" berperanan sebagai isteri Burt Lancaster (Cindy Bakersfeld).

Dalam "Airport" peranannya hanya sebagai bintang undangan, dan namanya di credit title pun sudah diletakkan jauh ke belakang.

Selepas "Airport" perhatian saya terhadap Dana Wynter berkurangan kerana dia tidak lagi banyak berlakon filem, tumpuannya lebih kepada siri-siri tv seperti antaranya "Hawaii-Five-O", "FBI", "Ironside", "McMillan & Wife", "Cannon", "Fantasy Island", "Hart to Hart", "The Love Boat" dan "Magnum, P.I.".

Kali terakhir Dana Wynter berlakon (selepas 11 tahun menghilangkan diri) ialah "The Return of Ironside" (1993) berperanan sebagai Katherine Ironside, isteri Raymond Burr yang membawa karekter Robert Ironside.

Siri-siri tv lakonannya jarang saya tonton kecuali "Hawaii Five-O" dan "Ironside", oleh yang demikian secara beransur-ansur saya melupakan Dana Wynter sehinggalah berita kematiannya diumumkan oleh Astro melalui BBC.

Bila tersiar berita tersebut lantas saya teringatkan filem "D-Day The Sixth of June". Saya pun mencari pita VHS yang masih saya simpan dengan baik dan menontonnya berulang-ulang kali.

Anehnya, antara banyak filem yang dibintangi Dana Wynter hanya "D-Day The Sixth of June" saja berada dalam simpanan saya.



BERSAMA ROBERT TAYLOR




(sumber: supportingactor)














# Sekiranya Bahagian G ini anda tidak dapat tonton cari di YouTube


# Sekiranya Bahagian H ini anda tidak dapat tonton cari di YouTube

(sumber: sonhandovivo)


BERSAMA KEVIN McCARTHY





(sumber: scottlong09)


BERSAMA KENNETH MOORE





(sumber: 47johnscott)


BERSAMA ROCK HUDSON





(sumber: mrsrockhudson)


BERSAMA BURT LANCASTER





(sumber: flyoma)


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.








No comments:

Post a Comment