Tribute... A.R. Ismail (8/10/1929-15/1/1995) Pencipta Lagu Yang Tidak Patut Kita Lupakan (Update: 24/11/2016)

1. Bisikan Hati 2. Senja Berulang Senja 3. Dimanakah Cintamu 4. Aku Kecewa 5. Berikan Ku Sinar Harapan >> Kliks Disini

Saturday, May 28, 2011


PISAU BERACHUN (1948)

DAPAT SAMBUTAN KERANA KEJELITAAN KASMA BOOTY
Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



Kejelitaan Kasma Booty menarik minat penonton.


Bachtiar Effendi dan Kasma Booty.


Iklan tayangan filem "Pisau Berachun" di tiga panggung wayang di Singapura.


Produksi MALAY FILM PRODUCTIONS LTD.
Pengarah B.S. RAJHANS
Cerita BACHTIAR EFFENDI
Pelakon KASMA BOOTY BACHTIAR EFFENDI SYED ALI ALTTAS JAFFAR WIRYO ROKIAH HANAFFI INDRA PUTRA SUHARA EFFENDI HARIS AMAT DOLPHINE

Tahun diedarkan: 1948 (4 Ogos)
Masa tayangan: Tidak diketahui


JALAN CERITA___

Bercorak thriller cerita filem ini melibatkan berlakunya tiga pembunuhan.

Cerita berkisar tikaman (menggunakan pisau) misteri terhadap seorang jutawan, yang mana sebelum dibunuh dia telah bertengkar dengan seorang ahli perniagaan.

Apabila pihak polis tiba di rumah ahli perniagaan tersebut untuk menangkapnya, dia pula didapati telah dibunuh.

Polis benar-benar bingung dengan kejadian yang berlaku.
Bagaimanapun, orang yang membunuh dapat ditangkap selepas dia melakukan pembunuhan yang ketiga.

Dia membuat pengakuan kepada pihak polis, tetapi kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta.

Polis akhirnya berjaya menangkapnya disebuah rumah tinggal yang dikatakan berhantu.


ULASAN FK___

Tidak banyak maklumat diperolehi mengenai filem ini. Bagaimanapun, saya pernah menontonnya di RTM (dulu TV Malaysia) ketika itu masih beroperasi dalam hitam & putih.

Cerita dan bagaimana corak hidangannya saya tidak berapa ingat, tetapi saya tidak lupa ia bercorak mata-mata gelap atau detektif (a mysterious "whoduit" story).

Ia ditayangkan serentak di tiga panggung wayang di Singapura (Queens, Jubilee dan Shirin) pada 6 Ogos 1948 sempena menyambut Hari Raya Puasa.

Menurut apa yang saya baca dalam akhbar dan majalah, persembahannya hanya boleh tahan saja namun sambutannya tetap hangat kerana penonton begitu terpesona dengan kejelitaan Kasma Booty yang telah diperkenalkan oleh B.S. Rajhans dalam filem "Chempaka".

Kasma Booty berperanan sebagai isteri pegawai polis (CID) yang dilakonkan oleh Bachtiar Effendi.


FAKTA___

  • Filem ketiga keluaran studio MFP selepas "Singapura Di Waktu Malam" dan "Chempaka".

  • Filem ke-5 arahan B.S. Rajhans dan ke-3 di studio MFP.

  • Filem kedua Kasma Booty selepas "Chempaka".

  • Selepas filem ini, Kasma Booty muncul pula dalam filem "Noor Asmara" berherokan S. Roomai Noor yang turut dibintangi oleh P. Ramlee.

  • Kali pertama dan terakhir Bachtiar Effendi dan Kasma Booty berperanan sebagai hero dan heroine.

  • Filem ini merupakan salah satu filem studio MFP yang boleh dikatakan hilang.

  • Bachtiar Effendi turut membintangi filem "Singapura Di Waktu Malam" berheroinekan Siput Serawak.


  • # Update akan dilakukan dari masa ke masa.








  • 1 comment:

    1. Sayang sekali filem ini telah hilang, membaca sinopsisnya seolah-olah sebuah karya Alfred Hitchcock, sekiranya masih ada manuskrip mungkin boleh dibuat remake.

      ReplyDelete