Tribute... Raja Idris Shah (17/8/1924-31/1/1984) Sultan Perak Berjiwa Seni (Update: 8/12/2016)

* Kalau Rindu * Semalam Di Subang * Cempaka Sari * Namamu Dibibirku * Pulau Pangkor >> Cerita Menarik Di FK. Tunggu...

Monday, May 2, 2011


R.AZMI

Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Susun & Di Semak Oleh Zaini Yusop



R.AZMI, NASIB SEORANG PENYANYI

BERSAMA P.RAMLEE (dipentas pertunjukan)

BERSAMA NENG YATIMAH, SA'AMAH & OSMAN GUMANTI ("Bapa Saya")

BERSAMA MUSALMAH ("Anjoran Nasib")

BERSAMA ROKIAH ("Bapa Saya")

BERSAMA SA'ADIAH & MUSALMAH ("Anjoran Nasib")

ULASAN FK___

HINGGA kini, tidak ada penyanyi dapat menandingi kemampuan R.Azmi menyanyikan lagu-lagu berirama Hindustan berlirikkan Bahasa Melayu dengan baik dan mempunyai ramai peminat.

Keunikan suaranya itu memang sesuai menyanyikan lagu-lagu berirama Hindustan dan kerana itulah lagu-lagu nyanyiannya tetap hidup segar dan akan terus kekal lama seperti juga lagu-lagu nyanyian P. Ramlee.

Saya pernah bertemu dengan R. Azmi ketika Abah saya menyewa rumah di Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur. Pada masa itu, dia tidak lagi aktif dalam filem dan menyanyi dan tinggal disebuah rumah berhampiran iaitu rumah kepunyaan saudaranya.

Pada masa itu tahun 1961 dan lagu "Gelora" yang dipetik dari filem "Seniman Bujang Lapok" nyanyian P. Ramlee dan Saloma sedang menggila.

R.Azmi sering keluar mengikut satu jalan ke arah Chow Kit Road (pulang pun mengikut jalan yang sama) dan apakah yang dilakukannya pada masa itu tidak dapat dipastikan tetapi yang nyata popularitinya sudah dan semakin merosot.

Sejak keluar dari Singapura pulang ke Malaysia, R. Azmi tidak lagi aktif merakamkan suaranya ke piringhitam dan apa yang dapat diketahui untuk meneruskan hidup sehariannya dia hanya bergiat mengadakan pertunjukan hiburan di pentas-pentas Funfair.



# Update 10 Jun, 2013

R. Azmi (Raja Azmi Raja Ambiah atau Raja Azmi Raja Embeh), berketurunan keluarga Di-Raja Perak, lahir di Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1923.

Fakta ini tidak tepat. Menurut (penulis di ruangan komen "Pergimu Takkan Kembali Lagi" yang tidak bernama pada 6 Jun, 2013) ialah,

* Nama sebenar: Ahmad

* Ayah: Jalaludin

* Ibu: Rahmah (lahir di Beranang, Selangor)

* Lahir: 1923 (tarikh tepat tidak diketahui)

* Tempat lahir: Kampong Linggi, Negeri Sembilan

* Meninggal dunia: 28 Februari 1974

* Tempat meninggal dunia: Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor

* Pusara: Tanah Perkuburan Islam Simpang Lima, Jalan Langat, Klang, Selangor

Menurutnya lagi, R. Azmi bersaudara dengan Haji Mahadi, dan dia merajuk (tidak dinyatakan sebabnya) tukar nama. Buang saudara. Saya kenal dengan saudaranya. Ada salasilah keluarga pada saya. Memamng benar beliau berdarah raja, Raja Bugis Linggi - susur galur dari Daeng Chellak.

Pusara ayah R.Azmi ada di makam Tuan Haji Muhammad Said (Seremban), ayah Haji Mahadi juga. Haji Mahadi turut dikebumikan di situ.



R.Azmi pergi ke Singapura menceburkan diri dalam filem sebagai penyanyi (playback singer) di studio MFP Jalan Ampas bermula dengan filem "Noor Asmara" (1949) menyanyikan lagu "Bunga Ros" bersama P.Ramlee, Lena dan S. Hamid.

Kemudian beliau menggunakan suaranya untuk filem-filem "Aloha", "Berdosa", "Bapa Saya", "Jiwa Lara", "Permata Di-Perlimbahan", "Sedarah", "Yatim Piatu", "Chemburu", "Ayer Mata" dan "Sangsara".

Ketika menyanyi suaranya sering digunakan oleh Osman Gumanti, S.Roomai Noor, Noordin Ahmad, Yusof Latiff dan Ahmad Mahmood.

P.Ramlee tidak pernah menggunakan suaranya dalam filem tetapi ada antara lagu-lagunya nyanyian dalam filem oleh P.Ramlee dinyanyikannya semula di piringhitam dan ada pula lagu-lagu R.Azmi dalam filem dinyanyikan semula P.Ramlee di piringhitam.

Contohnya "Tasik Madu" ("Aloha"), dalam filem nyanyian R.Azmi dan Lena di piringhitam P.Ramlee dan Lena.

"Kelasi" dan "Mesra Ibu" (dalam filem "Sedarah") nyanyian P.Ramlee apabila dipiringhitamkan R.Azmi menyanyikannya.

Begitu juga "Saling Kasih" ("Sedarah") dinyanyikan bersama oleh P.Ramlee, R.Azmi dan Lena apabila di piringhitamkan hanya R.Azmi saja menyanyikannya.

Dalam filem "Pulau Mutiara" semua lagu nyayian Osman Gumanti menggunakan suaranya, apabila dipiringhitamkan P.Ramlee menyanyikannya - "Memikat Hati", "Asmara Murni" dan "Bayangan Wajahmu" - ketiganya berpadusuara dengan Rubiah.

Begitu juga "Bapa Saya", lagu di filem menggunakan suara R.Azmi tetapi memandangkan P.Ramlee lebih komersil suaranya digunakan untuk piringhitam menyanyikan lagu "Corak Dunia", "Tinggal Impian" dan "Kerana Budi", ketiganya berpadusuara dengan Momo.

R.Azmi menampakkan kecenderungan lebih sebagai penyanyi berbanding pelakon. Ini ternyata sekian lama berada di studio MFP Jalan Ampas dia cuma berlakon empat filem saja - "Bapa Saya", "Shorga Dunia" dan "Anjoran Nasib" (ketiganya arahan B.S.Rajhans) serta "Tas Tangan Wanita" diarahkan oleh L.Krishnan.

Agak menarik setiap filem lakonannya, R.Azmi tidak pernah menyanyi menggunakan suaranya tetapi digunakan oleh Osman Gumanti ("Bapa Saya" dan "Tas Tangan Wanita"), "Anjoran Nasib" kesemua nyanyian dikuasai oleh P.Ramlee dan "Shorga Dunia" tidak dapat dipastikan kerana saya menontonya sekali di RTM, kini filemnya ghaib.

Syarikat-syarikat piringhitam seperti HMV, Columbia, Pathe dan Parlophone menampakkan tidak berminat R.Azmi menyanyikan lagu-lagu filem, mereka lebih senang dia menyanyikan lagu-lagu berirama Hindustan.

Lagu-lagu filem kebanyakannya dirakamkan oleh P.Ramlee, dan jika ada pun R.Azmi merakamkan lagu-lagu filem disebabkan P.Ramlee menghadapi masaalah kontrak, contohnya dari filem "Penghidopan" - "Cinta Berahi" dan "Penghidupan Baru" (berpadusuara dengan Rubiah) dan "Sedarah" - "Kelasi" dan "Mesra Ibu".

Dari segi perniagaan (komersil) lagu-lagu filem, nyanyian P.Ramlee mendatangkan banyak keuntungan manakala lagu-lagu berirama Hindustan, R.Azmi jauh ke depan.

Itulah sebabnya R.Azmi lebih banyak menumpukan kepada lagu-lagu berirama Hindustan untuk rakaman piringhitam berbanding lagu-lagu filem, bukan atas sebab-sebab lain.

Satu lagi perkara menarik, R.Azmi tidak pernah menjadi playback singer dalam filem-filem Cathay Keris dan Merdeka Studio apatah lagi berlakon.

R.Azmi mengikat kontrak sebagai playback singer dengan Shaw Brothers pada tahun 1951, dan merupakan penghuni awal di rumah berek Boon Teck Road bersama Siput Serawak, S.Roomai Noor, P.Ramlee, Osman Gumanti, Rokiah, Neng Yatimah dan D.Harris berserta dua anaknya, Junaidah dan Junainah.

Disamping itu, dia juga turut membantu teman-temannya hingga memperolehi kejayaan antaranya, Omar Rojik dan Ghazali Sumantri.

Sepanjang yang diketahui, R.Azmi tidak pernah berkahwin. Ada cerita menyatakan, dia pernah bercinta dengan puteri raja tetapi percintaan tersebut menemui kegagalan.

Paling menyedihkan R.Azmi pergi menemui Tuhannya dalam kedhaifan dan sebatang kara ditempat persinggahannya yang terakhir di Klang, kerana sakit lelah (sesak nafas) semasa usianya masih dianggap masih muda, 51 tahun.

Sebelum 40 hari pemergiaannya, R.Azmi tidak makan apa-apa pun, hanya minum air saja, hidupnya sebatang kara, dan upacara pemkebumiannya diuruskan oleh sahabat karibnya (kerabat di Raja Selangor), Raja Halim Raja Othman.

Sebelum mengakhiri riwayatnya, R.Azmi membuat banyak pertunjukan pentas (menyanyi) di kawasan-kawasan kampung seluruh Malaysia.

Sejak pertengahan tahun 1973, sejurus selepas P.Ramlee meninggal dunia, dia menumpang dirumah sahabat karibnya, Abdul Hamid Abdul Kadir, di Kapar, Klang.

Menurut Abdul Hamid, R.Azmi telah mencipta 4 lagu berirama joget dan hindustan untuk dirakamkan ke piringhitam, tetapi tidak kesampaian.

Lagu-lagunya, "Tiga Dara", "Gara-Gara Pemuda Sekarang", "Selamat Hari Raya" dan "Zaman Ikut-Ikut".

R.Azmi telah menjadi pujaan beribu-ribu malahan berjuta-juta peminat dengan lagu-lagu dan lakonan filem-filemnya tetapi berada di kamar sepi dalam kesepian apabila nyawanya sudah sampai ke penghujung.

Kaum keluarga tidak ada, hanya beberapa peminatnya saja berada disisinya.

Mungkin kerana itulah, mengapa R.Azmi menulis lirik dan menyanyikan lagu yang ada sangkutpaut dengan nasibnya sebagai seorang penyanyi.

Beginilah nasib
Menjadi seorang penyanyi
Di bawa orang ke sana ke mari
Menjual suara hai denganlah menyanyi
Buat menghibur hati yang sunyi
Menjadi penyanyi bukannya mudah
Mengikut lagu irama jiwa
Ada yang memuji ada yang mengeji
Beginilah nasib menjadi penyanyi


ANJORAN NASIB (Sumber: Njendra)


TAS TANGAN WANITA (Sumber: Njendra)

FILEM-FILEM R.AZMI___

* BAPA SAYA (B.S.Rajhans)
Osman Gumanti, Neng Yatimah & A.R.Tompel
* TAS TANGAN WANITA (L.Krishnan)
Osman Gumanti, Neng Yatimah & Siti Tg. Perak
* SHORGA DUNIA (B.S.Rajhans)
Rokiah, Mohd. Shariff (Shariff Dol) & Jaafar Shah
* ANJORAN NASIB (B.S.Rajhans)
P.Ramlee, Mariam & Sa'adiah


TERKENANG KE MASA DULU (Sumber: Wardi Ahmad)

HITAM MANIS (Sumber: dezydizzy)


MATA KERANJANG (Sumber: PakLongKlasik)


BAJU JARANG (Sumber: PakLongKlasik)

LAGU-LAGU R. AZMI YANG MASIH POPULAR
HINGGA KINI ANTARANYA___


  • Mata Keranjang
  • ABC
  • Serba Salah
  • Rindu Dendam
  • Nona Malaya
  • Nona Singapura
  • Memikat Hati
  • Hati Rindu (Terkenang Kemasa Dulu)
  • Yang Ku Puja-Puja
  • Si Cantik Manis
  • Hitam Manis
  • Baju Jarang
  • Bulan Mengambang
  • Renungan Di Senjakala
  • Korban Tak Berjaya


  • Zainab Majid seangkatan dengan R.Azmi menyanyikan lagu-lagu berirama Hindustan tetapi mereka tidak pernah berpadusuara seperti juga P.Ramlee tidak pernah berpadusuara dengan Rokiah Wanda.

    R.Azmi tidak banyak berpadusuara dengan Rokiah Wanda tetapi lagunya bersama penyanyi tersebut ("Di Bawah Bulan Purnama") begitu popular dan diminati ramai.

    Kerana begitu popularnya R.Azmi, pada tahun 1995 Erma Fatima telah mengarahkan filem "Jimi Asmara" yang dibintangi Hani Moshin, Maizurah Hamzah, Rosyam Noor dan Raja Azura.

    Boleh dikatakan kesemua lagu dalam filem tersebut (lagu-lagu R.Azmi) dinyanyikan semula oleh Ahmad Fauzee seperti "Airmata Kasih", "Kerana Mata", "Di Bawah Bulan Purnama" (berpadusuara dengan Raja Azura), "Hitam Manis", "Hoore Hoore Samba" dan "Memikat Hati".




    CUM CUM
    Penyanyi R. AZMI & LENA
    Filem AYER MATA (1953)
    Pelakon AHMAD MAHMUD ROSNANI SITI TG. PERAK
    Pengarah K.M.BASKER

    (sumber: klasikmalaysia)


    DEWI MURNI KESUMA HATI
    Penyanyi R.AZMI & RUBIAH
    Filem DEWI MURNI (1950)
    Pelakon OSMAN GUMANTI KASMA BOOTY D. HARRIS A.R.TOMPEL
    Pengarah B.S.RAJHANS

    (sumber: dezydizzy)


    DUNIA BAHAGIA

    Di dalam dunia sebagai roda
    Berputar bergilir tiada berhentinya
    Tapi kau dan aku selalu gembira
    Di dalam dunia sebagai roda
    Berputar bergilir tiada berhentinya
    Tapi kau dan aku selalu gembira

    Di dalam dunia sebagai roda
    Berputar bergilir tiada berhentinya
    Tapi kau dan aku selalu gembira
    Seisi alam merasa irihati
    Tetapi gembira turut menjadi saksi
    Kerna dua jiwa bersatu hati

    Alam maya bertukar masa
    Riang menjadi duka
    Aaa... Aaa...
    Citaku sampai ke puncak nan jaya
    Menari dan menyanyi
    Jiwa yang gembira sukma pun bersuka
    Untuk yang berjaya
    Siapa yang muram hilang kesukaan
    Dan timbul kedukaan

    Sungguh dunia rasa bagai syurga
    Pasir dan kaca bagai intan permata
    Rumput hijau bagai sustra dewaga
    Dunia bahagia


    Penyanyi filem YUSOFF LATIFF, NORMADIAH,
    RAHMAN RAHMAT & RAHIMAH RAHMAT
    Penyanyi suara R. AZMI, LENA,
    RAHMAN RAHMAT & RAHIMAH RAHMAT
    Penyanyi piringhitam NONA ASIAH
    Lagu ciptaan YUSOFF B.
    Lirik S. SUDARMADJI
    Filem SANGSARA (1953)
    Pelakon YUSOFF LATIFF NORMADIAH
    S. KADARISMAN SIPUT SERAWAK
    Pengarah S. RAMANATHAN
    (sumber: dezydizzy)


    TINGGAL IMPIAN
    Penyanyi R.AZMI & MOMO
    Lagu Ciptaan OSMAN AHMAD
    Filem BAPA SAYA (1951)
    Pelakon OSMAN GUMANTI NENG YATIMAH A.R. TOMPEL
    SITI TG. PERAK & R. AZMI
    Pengarah B.S.RAJHANS
    (sumber: dezydizzy)


    DEBARAN JIWA
    Penyanyi R.AZMI
    Lagu Ciptaan OSMAN AHMAD
    Filem BAPA SAYA (1951)
    Pelakon OSMAN GUMANTI NENG YATIMAH A.R.TOMPEL
    SITI TG. PERAK & R.AZMI
    Pengarah B.S.RAJHANS
    (sumber: dezydizzy)



    SUN SUN SUN ZALIMA
    Penyanyi GEETA DUTT & MOHD. RAFI
    Musik O.P. NAYYAR
    Filem AAR PAAR (1954)
    Pengarah GURU DUTT
    Pelakon GURU DUTT SHAKILA & SHYAMA

    (sumber: tommydan1)


    (sumber: zamshahrizal)


    MAIN NA JANOON
    Penyanyi LATA MANGESHKAR
    Musik MADAN MOHAN
    Filem ASHIANA (1952)
    Pelakon RAJ KAPOOR NARGIS & MOHANA
    Pengarah B.TRILOCHANDER

    (sumber: bemused321)


    KU TAK TAHU

    Ku tak tahu ku tak tahu
    Yang hatiku sudah tergoda
    Badan lesu jiwa pun lara
    Ku tak tahu ku tak tahu
    Yang hatiku sudah tergoda
    Badan lesu jiwa pun lara

    Oh cinta yang aku puja-puja
    Hatiku tak lupa teringat pandang pertama
    Oh cinta yang aku puja-puja
    Hatiku tak lupa teringat pandang pertama
    Ku tak tahu ku tak tahu
    Yang hatiku sudah tergoda
    Badan lesu jiwa pun lara

    Marilah jantung hati sayang
    Inginku memandang supaya rinduku hilang
    Marilah jantung hati sayang
    Inginku memandang supaya rinduku hilang
    Ku tak tahu ku tak tahu
    Yang hatiku sudah tergoda
    Badan lesu jiwa pun lara

    Oh dinda kau rangkaian nyawa lampu hati beta
    Ku doakan berbahagia
    Oh dinda kau rangkaian nyawa lampu hati beta
    Ku doakan berbahagia
    Ku tak tahu ku tak tahu
    Yang hatiku sudah tergoda
    Badan lesu jiwa pun lara

    Ku tak tahu ku tak tahu
    Yang hatiku sudah tergoda
    Badan lesu jiwa pun lara

    Penyanyi R.AZMI

    (sumber: broterangbulan)

    (Sumber: PakLongKlasik)


    JEENA HAI KYA KOI KYA JAANE
    Penyanyi ASHA BHONSLE
    Musik O.P.NAYYAR
    Filem MISS COCA COLA (1955)
    Pelakon SHAMMI KAPOOR GEETA BALI & HELEN
    Pengarah KEDAR KAPOOR

    Lagu Saduran HOORE HOORE SAMBA (R.AZMI)
    (sumber: bemused321)


    KISINE APNA BANA KE MUJHKO
    Penyanyi LATA MANGESHKAR
    Musik SHANKER-JAIKISHAN
    Filem PATITA (1953)
    Pelakon DEV ANAND USHA KIRAN AGHA & LALITA PAWAR
    Pengarah AMIYA CHAKRABORTY

    Lagu Saduran SI PUTIH KUNING (R.AZMI)
    (sumber: eros)


    YEH KYA KAR DALA TUNE
    Penyanyi ASHA BHONSLE
    Musik O.P.NAYYAR
    Lirik QAMAR JALALABADI & HASRAT JAIPURI
    Filem HOWRAH BRIDGE (1958)
    Pelakon MADHUBALA ASHOK KUMAR & K.N.SINGH
    Pengarah SHAKTI SAMANTA

    Lagu Saduran KALAU SUDAH TERGODA (R.AZMI)
    (sumber: Nagabhushana Rao)

    * Jika bermasalah sila klik YouTube.


    Lagu KALAU SUDAH TERGODA
    Penyanyi R.AZMI
    Lagu saduran YEH KYA KAR DALA TUNE
    Filem HOWRAH BRIDGE
    (sumber: Nagabhushana Rao)

    LAGU SADURAN FILEM HINDUSTAN___

    Sudah menjadi kelaziman pada awal-awal tahun 1950an lagu-lagu popular filem Hindustan menjadi pilihan penyanyi-penyanyi Malaysia (Malaya ketika itu) untuk dirakamkan semula ke piringhitam berlirikkan Bahasa Melayu.

    Ramai penyanyi pada masa itu tetapi yang berkemampuan menarik minat ramai dengan lagu-lagu berirama Hindustan hanya dua saja - R. Azmi dan Zainab Majid.

    Nona Asiah, Razak Majid, Rokiah Hanafi (Rokiah Wanda) dan Kamariah Noor juga turut merakamkan lagu-lagu berirama Hindustan ke piringhitam tetapi tidak sekerap dan sepopular seperti R.Azmi dan Zainab Majid.

    Kebiasaannya pula, Razak Majid banyak berpadusuara dan bergantung populariti dengan kakaknya, Zainab Majid.

    Hanya filem-filem Hindustan yang tertentu saja (terutama dibintangi oleh Guru Dutt, Dev Anand, Dilip Kumar, Raj Kapoor, Nargis, Geeta Bali, Shakila dan Shyama) dipilih lagu-lagunya untuk di rakamkan semula berlirikkan Bahasa Melayu.

    Ada filem boleh dikatakan semua lagunya diambil, ada pula sekadar dua tiga saja dan ada filem satu lagu saja.

    Antara filem yang banyak di rakamkan semula oleh R.Azmi ialah "Patita" (1953) yang dibintangi Dev Anand dan Usha Kiran,

    1. "Yaad Kiya Dilne Kaha Ho Tum" (Hemant Kumar & Lata Mangeshkar)
    * "Di Mana Kau" (R.Azmi & Nona Asiah)

    2. "Andhe Jahan Ke Andhe Raaste" (Talat Mahmood)
    * "Airmata Kasih" (R.Azmi)

    3. "Kisine Apana Bana Ke Mujhko" (Lata Mangeshkar)
    * "Si Putih Kuning" (R.Azmi)

    4. Tunje Apne Paas (Talat Mahmood)
    * "Tidak Beribu" (R.Azmi)

    Filem "Aar Paar" (1954) yang dibintangi Guru Dutt, Shakila dan Shyama pula,

    1. "Babuji Dheere Chalna" (Geeta Dutt)
    * "Kerana Mata" (R. Azmi)

    2. "Sun Sun Sun Zalima" (Geeta Dutt & Mohd. Rafi)

    3. "Ja Ja Ja Bewafa" (Geeta Dutt)

    * "Oh Oh Oh Kekasih (Aku Merana)" (R.Azmi)

    4. "Aye To Main Haari Piya" (Geeta Dutt)

    * "Kekasihku Sayang" (Zainab Majid)

    5. "Hoon Abhi Main Jawan" (Geeta Dutt)

    * "Kecantikan" (Zainab Majid)

    Kerana begitu tertariknya dengan lagu-lagu R.Azmi, Sudirman telah merakamkan semula ke piringhitam beberapa lagu nyanyiannya - "Kerana Mata", "Hoore Hoore Samba" dan "Airmata Kasih".

    Ketika melayari internet, saya terjumpa lagu saduran filem "Babul" (1950) yang dibintangi Dilip Kumar dan Nargis, "Duniya Badal Gayi", nyanyian Talat Mahmood dan Shamshad Begum.

    Lagu tersebut terdapat dalam filem "Miskin" (1952) diberi lirik Melayunya dan bertajuk "Dunia Hanya Pinjaman" nyanyian P.Ramlee dan Lena.

    Itu hanya satu contoh, sebenarnya banyak lagi.



    LAGU-LAGU SADURAN HINDUSTAN OLEH R.AZMI___





    BAJU JARANG (sumber: paklong klasik)


    (sumber: ajay yuvraj)


    DUNIA SEKARANG (sumber: paklong klasik)


    (sumber: jitender siwach)


    NONA ZAMAN SEKARANG (sumber: paklong klasik)


    (sumber: srinivasan channinga)


    DIBAWAH BULAN PERNAMA (Sumber: PakLongKlasik)


    INGINKU BERJUMPA (Sumber: PakLongKlasik)


    TERIMALAH SALAMKU (Sumber: PakLongKlasik)


    # Update akan dilakukan dari masa ke masa.








    4 comments:

    1. Salam En Mustafar,

      Saya seorang generasi muda yg suka filem2 Melayu lama. Baru hari ni first time saya tgk Anjoran Nasib kat Astro Prima. Saya rasa R. Azmi adalah salah seorang pelakon Melayu yg agak kacak pada zaman itu. Sayang, beliau meninggal dunia dalam keadaan daif. Saya sangka, R. Azmi keluarga diraja Perak, rupanya bukan. Anyway thx En Mustafar sebab byk paparkan cerita seniman dulu2. Saya dh lama ikuti blog encik, sbg silent reader

      ReplyDelete
      Replies
      1. Terima kasih Zennaya.
        Lebih banyak lagi artikel
        Seniman dan Seniwati silam
        akan muncul di FKM.
        Tunggu...

        Delete
    2. Nampaknya FKM diupdate selalu.
      Contohnya, artikel R. Azmi ini.
      Ternyata, kemisteriannya semakin terungkai.
      Tahniah Encik Mustafar & Puan Zaini.
      Tak sabar tunggu cerita Rokiah Wanda pula.
      - Mardiana (via-email), Puchong Perdana, Selangor.

      ReplyDelete
      Replies
      1. ini semua dilakukan supaya, dunia seni tanahair malaysia, terutama filem, musik dan lagu, dipenuhi dengan fakta yang tepat dan tidak mengelirukan. saya tidak mau anak cucu cicit kita mentempelak kita semua yang hidup hari ini sebab, menyogok pada mereka dengan sesuatu yang tidak betul dan salah. diharap mardiana mengerti apa yang saya katakan. terima kasih kerana sudi hantar e-mail pada saya.

        Delete