Tribute... A.R. Ismail (8/10/1929-15/1/1995) Pencipta Lagu Yang Tidak Patut Kita Lupakan (Update: 24/11/2016)

1. Bisikan Hati 2. Senja Berulang Senja 3. Dimanakah Cintamu 4. Aku Kecewa 5. Berikan Ku Sinar Harapan >> Kliks Disini

Friday, July 22, 2011


MARION WILLIS

HILANG SELEPAS BERLAKON "SUMPAH ORANG MINYAK"
Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
Oleh Mustafar A.R.



Marion Willis


Dari kiri: Deanna Paul, Margaret Miller dan Marion Willis


RAMAI bertanyakan saya (melalui e-mel dan sms), siapa Marion Willis? Selain "Sumpah Orang Minyak" adakah filem lain, dia berlakon?

Mereka mahu, sekiranya saya tahu, siarkan kisahnya dalam blog ini.

Sebenarnya, tidak banyak perkara saya tahu tentangnya. Semasa dia bergiat dalam seni, pragawati, berlakon dan ratu cantik (tahun 1953) umur saya baru 10 tahun.

Ketika "Sumpah Orang Minyak" ditayangkan pada tahun 1958, umur pula 15 tahun.

Pada masa itu, apalah yang saya tahu tentang Marion Willis. Saya pun tidak pernah mahu ambil tahu.

Namun begitu, lama kelamaan (dan beransur-ansur) saya tahu juga serba sedikit mengenainya. Tidak banyak, sekadar tahu saja.


MARION WILLIS___

Lahir: 1939 (tarikh tepat tidak diketahui)
Tempat: Singapura
Nama ibu: Doris Craig
Nama ayah: (tidak diketahui)
Nama suami: Robert Woodworth (kahwin 13 Januari 1959)


Marion Willis menampakkan minatnya dalam dunia glamour pada tahun 1953. Bagi mengasah bakatnya itu, dia menyertai Mannequin Training School (sekolah kecantikan dan pragawati) yang dipimpin oleh Joan Booty.

Pada bulan 19 Jun 1957, Marion Willis (berumur 19 tahun) bersama tujuh lagi jelitawan telah menyahut iklan dalam akhbar yang menyebut beberapa pelakon diperlukan membintangi filem "Tiger of Malaya" keluaran bersama oleh Shaw Brothers dan Everlansting Pictures dari Filipina.

Selain Marion Willis, turut di screen test (ujian skrin) oleh Ramon A. Estella dan Joseph Schneider (pengarah Everlasting Pictures) di studio MFP Jalan Ampas, Anna-Marie Andrews, Yolanda Locke, Margaret Low, Angela Lim, Deanna Paul, Margaret Miller dan Chio Netty.

Dari lapan peserta itu, tiga terpilih - Marion Willis, Deanna Paul (20) dan Margaret Miller (16).

Bagaimanapun, filem "Tiger of Malaya" tidak jadi dibuat.






Beberapa adegan lakonan Marion Willis dalam "Sumpah Orang Minyak"


SUMPAH ORANG MINYAK 1958___

Ketika ujian skrin pemilihan pelakon "Tiger of Malaya" dijalankan, P.RAMLEE sedang merancang memilemkan "Sumpah Orang Minyak".

Disebabkan "Tiger of Malaya" gagal dilaksanakan, Run Run Shaw telah meminta P.Ramlee mengwujudkan satu peranan untuk Marion Willis dalam filem tersebut.

Kebetulan pula, ada karekter Putri Bunian. Adegannya tidak banyak, dialognya pun sedikit, cuma diperlukan kecantikan dan kejelitaan saja.

Ini sangat sesuai untuknya, dan beralihlah karekter Putri Bunian dari Siti Hawa Majid (lebih terkenal sebagai penari kebudayaan ketika itu) ke Marion Willis.

Memang tepat, sungguhpun lakonannya agak kaku dan suaranya pun menggunakan suara Normadiah, tetapi kerana kejelitaan dan kecatikannya semua kelemahan yang ada dapat ditutupnya dengan baik.

Well-known Singapore model Marion Willis makes her film debut as a fairy princess in Shaw Brothers' "Sumpah Orang Minyak" ("Curse of the Oily Man").

Her part in Malay film is not a big one, and we can only hope we shall see her on the screen again.

The story deals with the adventures of a hero-cum-villain who is summoned to a fairy kingdom. There the handsome stranger, played by P. Ramlee with his usual verve, meets the princess (Marion) who falls in love with him.

However, since fairies and mortals seldoms, if ever, make happy marriages, he goes away leaving her lonely and disconsolate.


Itulah komen akhbar The Straits Times mengenai Marion Willis dalam "Sumpah Orang Minyak".

Her part in Malay film is not a big one, and we can only hope we shall see her on the screen again.

Itulah harapan, tetapi "Sumpah Orang Minyak" menjanjikan satu-satunya filem pernah dibintangi oleh Marion Willis.

Filem "Sumpah Orang Minyak" mendapat kejayaan besar di box office, dan juga memperlihatkan kreativiti P. Ramlee dalam menghasilkan filem dari segi lakonan, lakonlayar, musik, lagu, dialog dan pertarungan.

Bukan itu saja, filem ini juga menerima anugerah sinematografi terbaik (A. Bakar Ali) di Festival Filem Asia Pasifik Ke-5 (FFAP5) di Manila 1958.

Dengan penghasilan antara yang terbaik ("Sumpah Orang Minyak"), setidak-tidaknya Marion Willis sentiasa diingati sebagai Putri Bunian yang cantik jelita sampai bila-bila atau selagi filem "Sumpah Orang Minyak" itu masih ada.

Bak kata P. Ramlee dalam lagunya: "Indah nian istana bunian. Putri pun manis menawan."



(sumber: malayascreen)


(sumber: neem56)


(sumber: malayascreen)





Dari kiri: Patricia Yong, Marion Willis dan Christi D'Cruz


MISS SINGAPORE (1958)___

Marion Willis, sebelum di mahkotakan sebagai Miss Singapore 1958, sering menyertai pertandingan ratu cantik tetapi tidak pernah memperolehi kejayaan cemerlang.

Pada bulan Oktober 1957, dalam pemilihan Ratu Deepavali, dia menduduki tempat kedua apabila Sally Padlaney sebagai ratu.

Pada bulan Disember 1957, juga menduduki tempat kedua dalam pemilihan Ratu Yuletide dengan Phyllis Ang sebagai ratu.

THE QUEST FOR MISS S'PORE

Miss Marion Willis, another entrant in the Miss Singapore contest which will be judged at the Capitol Cinema on June 24 and 25. Winner will take part in the Miss Universe Beauty Pageant at Long Beach, California, in July.


Begitulah berita awal mengenai penyertaan Marion Willis untuk merebut Miss Singapore 1958 yang tersiar dalam akhbar The Straits Times keluaran 31 Mei 1958.

Berusia 19 tahun, Marion Willis (ketika itu) bekerja sebagai stenographer tidak menaruh harapan untuk dipilih sebagai ratu. Paling tidak, katanya, tempat kedua.

Seramai 32 jelitawan turut serta. Antara mereka hanya 14 dipilih bertanding ke peringkat akhir, dan Marion Willis salah seorang antaranya.

13 lagi - Milly Koh, Doreen Blight, Daisy Szeto, Mary Wong, Patricia Yong, Leonie Koenits, Shirley Vanderput, Francis Foo, Alice Yong, Diana Hutchinson, Irene De Silva, Christi D'Cruz dan Pauline Szeto.

Pada 27 Jun 1958, Marion Willis telah diistiharkan sebagai Miss Singapore 1958 manakala Cristi D'Cruz tempat kedua dan Patricia Yong tempat ketiga.

Dengan itu, secara automatik dia layak ke Long Beach, California bertanding merebut Miss Universe 1958.



Miss Universe 1958, Luz Mariana Zuluaga



Dari kiri: Arelene Howell, Geri Hoo, Luz Mariana Zuluaga, Adalgisa Colombo dan Alicja Bobrowska


MISS UNIVERSE 1958___

Pada 16 Julai 1958, Marion Willis (Miss Singapore 1958) terbang dengan PAA (Pan American Airliner) menuju ke Long Beach, California untuk mengambil bahagian dalam pertandingan Miss Universe 1958 yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 27 Julai.

Sebelum berangkat dan bila ditanya harapannya, kata Marion Willis: "Saya akan beritahu setelah saya menilai kesemua peserta lain."

Seramai 36 peseta (negara) mengambil bahagian,
  • Alaska (Eleanor Moses)
  • Argentina (Celina Mercedes Ayala)
  • Ausralia (Astrid Tanda Lindholm)
  • Belgium (Liliane Taelemans)
  • Brazil (Adalgisa Colombo)
  • British Guiana (Cylo Fernandes)
  • Canada (Eileen Cindy Conroy)
  • Chile (Raquel Molina Urrutia)
  • Colombia (Luz Marina Zuluaga)
  • Costa Rica (Eugenia Maria Valverde Guardia)
  • Cuba (Arminia Perez y Gonzalez)
  • Denmark (Evy Norlund)
  • Ecuador (Alicia Vallejo Eljuri)
  • England (Dorothy Hazeldine)
  • France (Monique Boulinguez)
  • Germany (Marlies Jung Behrens)
  • Greece (Marily Kalimopoulou)
  • Guantemala (Rogelia Cruz Martinez)
  • Hawaii (Geri Hoo)
  • Holland (Corine Rottschafer)
  • Israel (Miriam Hadar)
  • Italy (Clara Copella)
  • Japan (Tomoko Moritake)
  • Korea (Oh-Geum-soon)
  • Mexico (Elvira Laticia Risser Corredor)
  • Norway (Greta Andersen)
  • Paraguey (Graciela Scorza Leguizamon)
  • Peru (Beatrice Bolvarte)
  • Poland (Alicja Bobrowska)
  • Singapore (Marion Willis)
  • Surinam (Gertrud Gummels)
  • Sweden (Birgitta Elisabeth Gardman)
  • Uruguay (Irene Augustyniak)
  • USA (Arelene Howell)
  • Venezuela (Idra Margarita Pieri)
  • West Indies (Angela Tong)

    Sebagaimana yang dijangkakan, dalam bersaing dengan negara-negara lain terutamanya Amerika Latin dan Eropah, Singapura dan negara-negara rantau Asia tidak mampu pergi jauh ke depan.

    Marion Willis kecundang, dia gagal menempatkan dirinya ke 15 terbaik yang dikuasai oleh,

  • Colombia
  • Brazil
  • Hawaii
  • USA
  • Poland
  • Chile
  • Denmark
  • Germany
  • Greece
  • Israel
  • Japan
  • Holland
  • Peru
  • Surinam
  • Sweden

    Di antara 15 peserta tersebut, gelaran Miss Universe 1958 disandang oleh Luz Mariana Zuluaga dari Colombia. Dia telah dimahkotakan oleh Miss Universe 1957, Gladys Zenda (Peru).

    Runner-up (pertama) - Adalgisa Colombo (Brazil)
    Runner-up (kedua) - Geri Hoo (Hawaii)
    Runner-up (ketiga) - Arlene Howell (USA)
    Runner-up (keempat) - Alicja Bobrowska (Poland)

    Pemenang-pemenang lain,

    Miss Congeniality - Tomoko Maritake (Japan)
    Miss Photogenic - Corine Rottschafer (Holland)
    Most Popular Girl in Parade - Astrid Tanda Lindholm (Australia)

    Semasa pulang ke Singapura pada 11 Ogos 1959 Marion Willis memberitahu, banyak tawaran berlakon televisyen diterimanya tetapi ditolak kerana mahu pulang segera ke Singapura untuk bersama keluarga.

    "Saya tidak menyesal dengan penolakan tersebut," katanya.

    Menurut fakta, Singapura mula menyertai Miss Universe pada tahun 1954 (kali ke-3) yang diadakan di Long Beach, California juga pada 24 Julai.

    Pada ketika itu, Singapura diwakili oleh Marjorie Wee.

    Marion Willis merupakan peserta kedua kerana pada tahun 1952 (kali pertama diadakan), 1953, 1955, 1956 dan 1957, Singapura tidak mengambil bahagian.

    Sejak tahun 1954, Singapura sentiasa saja menghantar wakil menyertai Miss Universe ini.

    Semasa saya diundang menyaksikan Miss Universe 1994 di Manila, Philippines, Singapura disertai oleh Paulyn Sun, kini terkenal sebagai pelakon filem.

    Miss Universe 2011 yang dijangka berlangsung di Sao Paulo, Brazil pada 12 September ini, Singapura diwakili oleh Valerie Lim.



    (sumber: seng12900)


    (sumber: dreamguypage)


    (sumber: dreamguypage)


    Marion Willis bersama suaminya, Robert Woodworth

    MARION WILLIS GEMBIRA BERSAMA KELUARGA___

    Sekembalinya menyertai Miss Universe 1958, Marion Willis melangsungkan perkahwinannya dengan Inspector Police, Robert Woodworth di Cathedral of the Good Sheperd, Singapura pada 3 Januari 1959.

    Kemudian, segala-galanya bernoktah di situ.

    Hanya pada 12 September 1960, berita Marion Willis muncul dalam akhbar The Straits Time menerusi ruangan Where are they now?

    'Coochi coochi' says
    Miss Singapore


    Glamour girl Marion steps out of
    the limelight and finds joy
    and happiness as a housewife


    Press bulbs flahes, one developed a good pasture, moved in social circles and it would seem that one was getting fame and fulfilment.

    But she confessed, it was an empty kind of joy.

    The model is pre-occupied with sophistication. She becomes inhibited and "there are just so many thing that just aren't done or said in certain company."

    One loses a lot of freedom. But that is the price one pays to climb up the rungs of the sophistication scale.

    Beauty contest

    Then came the state-wide beauty contest in 1958. "I thought I would just go in for fun."

    As it turned out, she was chosen Miss Singapore. "The surprise was complete, and before I could recovered from it, I was packed off to America. It was all a whirlwind.

    "Bob and I were very good friends then. Then separation did us good. I miss him a lot." And it was her return, that they married.

    She still models occasionally and the old "gearbox of modelling techniques - poses and pouts" is hauled up again.

    Full-time job

    "But I prefer cooking, designing my own dresses, bathing Johnathan and looking pretty Bob - a ladies' man. I don't want invite competition.

    "This is full-time job, and if I have to stay away from the pale of stage lights forever, I would do it, and raise happy home.

    "For the future? Well, both of us are saving. We hope someday to go and see Europe in the summer."

    Gone also is the model's pose, the advertising smile or superficial enunciation and strained sultry voice. She is just now mother Marion showering maternal love upon her baby, Jonathan, and saying "Coochi coochi."

    Demure way

    For now Marion, as Mrs. Bob Woodworth, is wife of a police inspector. She still very attractive, but in demure, housewifely sort of way.

    In her home at Carmen Street, Opera Estate, she speaks her new role and make a song about her marriage life.

    An amah is ironing, another pottering in the kitchen, and Marion in three-quarter slacks and a loose blouse, recalled her galmourous past while eight-month-old Jonathan discovered an absorbing joy in his mother's curls.

    Major mission

    Woman, Marion was saying, has only one major mission in life - to be housewife and mother.

    Does she miss the glitter, the constant mention in the press? Or the trips aboard?

    "Not really, Sonia is in London so is Ailine Stobbe. And I am here - past all that sort of thing, but not any way less happy."

    She has thought, as a girl, that to in the limelight was the ultimate goal for a girl.

    Well, kini Marion Willis ada di mana?


  • # Update akan dilakukan dari masa ke masa.








  • 2 comments:

    1. saya dari singapura,saya mencari ibu saya dan ada yg sesetengah orang mengatakan bahwa ibu saya mirip beliau.Saya amat menyukai keayuan mukanya...Dimana agaknya beliau sekarang???

      ReplyDelete
    2. Baru jumpa blog ini, baru baca mengenai Putri Bunian.
      Satu kisah yang lengkap mengenai Marion Willis.
      Syabas, Encik Mustafar A.R.

      - Nazira.

      ReplyDelete