Tribute... A.R. Ismail (8/10/1929-15/1/1995) Pencipta Lagu Yang Tidak Patut Kita Lupakan (Update: 24/11/2016)

1. Bisikan Hati 2. Senja Berulang Senja 3. Dimanakah Cintamu 4. Aku Kecewa 5. Berikan Ku Sinar Harapan >> Kliks Disini

Monday, July 11, 2011


RAMON A.ESTELLA

Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



RAMON A. ESTELLA

Ramon A Estella bersama isterinya berbangsa Jepun.

Ramon A. Estella dan Maria Menado sedang berbincang mengenai dua filem yang bakal diarahkannya untuk Maria Menado Productions.

Ramon A. Estella (tengah) semasa penggambaran filem "Pusaka Pontianak". Kelihatan dari kiri: Ahmad Mahmud, Jah Mahadi, Ahmad Daud, Dayang Sofiah, Normadiah, Sa'adiah dan Mariam. Duduk dari kanan: Ibrahim Pendek, Aziz Sattar dan Kuswadinata.

(Sumber: Video 48)

Ahmad Mahmud, Sa'adiah dan Salleh Kamil "Kembali Saorang"

Ahmad Mahmud dan Jins Shamsudin "Mata Hari"

Maria Menado dan Ghazali Sumantri "Bunga Tanjong"

ULASAN FK___

PERANAN pengarah-pengarah filem Filipina dalam dunia filem Malaysia (termasuk Singapura) sepanjang 50 tahun (1934-1984), tidak boleh di pandang sepi dan di perkecil-kecilkan.

Mereka turut menwarnai dan mencantikkan lagi keadaan dan suasana filem Malaysia setidak-tidaknya menukar tradisi yang dibawa oleh pengarah-pengarah filem India yang boleh dikatakan pada keseluruhannya mirip kehindustan dan ketamilan sebelum P. RAMLEE, Jamil Sulong, Salleh Ghani, Omar Rojik dan M. Amin mengubah corak tersebut secara total.

Ramai pengarah filem Filipina mendapat pendidikan filem dari Amerika kerana negara tersebut di bawah taklukan uncle Sam, justeru itu tidak menghairankan filem-filem mereka pun bertrendkan ke barat terutama corak persembahan Hollywood.

Pengarah-pengarah filem India gemar menyelitkan banyak lagu dan tari tetapi pengarah-pengarah filem Filipina tidak mahu semuanya itu kecuali diperlukan sangat atau filem bercorak musikal.

Itu sebabnya, filem-filem Malaysia yang mereka arahkan tidak terdapat banyak lagu dan tarian. Kalau ada pun mungkin satu atau dua sebagai memenuhi kehendak peminat filem-filem Melayu yang terbawa-bawa sukakan nyanyian dan tarian sejak sekian lama.

Contoh terbaik, filem "Sergeant Hassan" yang diarahkan Lamberto V. Avellana cuma mengandungi satu lagu saja.

Pengarah-pengarah filem Filipina lebih mementingkan kualiti dari segi lakonan, sinematografi dan penyuntingan. Ini dapat dilihat, filem-filem mereka bergerak pantas, sudut penggambaran menarik dan pelakon menjiwai karekter.

Bagaimanapun, filem sebegini tidak begitu digemari oleh peminat-peminat filem di Malaysia. Banyak filem mereka kecundang di box office menyebabkan mereka tidak diberi peluang lagi untuk mengarah filem kedua ketiga dan seterusnya.

Terdapat lima pengarah filem Filipina mengarah filem Melayu di Malaysia. Mereka,

1. Eddy Infante (Eduardo Infante)
2. Ramon A. Estella
3. T.C. Santos (Teodorico C. Santos)
4. Rolf Bayer
5. Lamberto V. Avellana

Di antara berlima itu, Ramon A.Estella mengarah lebih satu filem, empat lagi cuma satu saja.

* Eddy Infante "Gadis Liar" (1955)
* T.C. Santos "Taufan" (1957)
* Rolf Bayer "Azimat" (1958)
* Lamberto V. Avellana "Sergeant Hassan" (1958)

Oleh kerana Ramon A. Estella mengarah banyak filem, tumpuan hanya diberikan kepada dia seorang saja.

FILEM-FILEM RAMON A.ESTELLA DI MALAYSIA___

1. Kembali Saorang (1957) Shaw's MFP
2. Anak Pontianak (1958) Shaw's MFP
3. Mata Hari (1958) Shaw's MFP
4. Saudagar Minyak Urat (1959) Shaw's MFP
5. Samseng (1959) Shaw's MFP
6. Darah-Ku (1963) Cathay Keris
7. Bunga Tanjong (1963) Cathay Keris
8. Pontianak Kembali (1963) Cathay Keris
9. Melanchong Ka-Tokyo (1964) Shaw's MFP
10. Dupa Chendana (1964) Shaw's MFP
11. Pusaka Pontianak (1965) Shaw's MFP

Sebelas kesemuanya - 8 di Shaw's MFP dan 3 di Cathay Keris (Maria Menado Productions).

Di peringkat awal biografi Ramon A. Estella agak sukar diperolehi, tidak semudah Lamberto V. Avellana.

Puas saya melayari alam maya mencari, namun tidak ditemui. Apa yang ada hanya senarai filem-filem yang diarahkannya.

Jangankan biografi, mendapatkan sekeping gambarnya pun susah. Yang tersiar di sini pun (di atas sekali) saya kutip dari Majalah Filem keluaran Shaw Brothers ketika dia mengarahkan "Anak Pontianak".

Yang dua lagi, saya terjumpa dalam majalah Suara Finas keluaran bulan Ogos 1991.

Bagaimanapun, selepas tersiarnya artikel mengenainya dalam FKM barulah sedikit demi sedikit kisah Ramon A. Estella muncul.

Selain senarai filem-filemnya, diperolehi juga tahun kelahiran pada 1911 (ada juga catatan pada tahun 1903) dan meninggal dunia pada tahun 1991, sama tahun dengan pemergian Lamberto V. Avellana.

Agak menghairankan juga, dalam buku Focus On Filipino Directors, Gerardo De Leon, ada. Gregorio Fernandez, ada. Manuel Silos, ada. Lamberto V. Avellana, ada. Eddie Romero, ada. Ramon A. Estella, tidak ada.

Kenapa, ya? Seolah-olah dia semacam diboikot.

Ketika kajiselidik dibuat, saya bertemu sedikit mengenai Ramon A. Estella dalam majalah Movie News keluaran bulan Februari 1958 tetapi tidak menyeluruh.

Catatannya seperti berikut,

Introducing RAMON ESTELLA who directs "ANAK PONTIANAK"

Ramon A. Estella, one of the three top directors in the Philippines, is an artis, both with oil and brushes and his work with celluloid. With the same paints, accuracy, imagination and concentration as he devotes to his canvas, Estella make his films.

He is a perfectionist. Twenty years in the director's chair has taugh him the value of being meticulous and, coupled with his knack of presenting a story and exploiting the talents of his cast, has made. Estella what he is today - tops.

Winner of the FAMAS (Filipina Academy of Movie Arts and Sciences) "Best Director" Award last year for outstanding directorial work in "Desperado", Estella is the most-travelled of all directors in the Philippines. He has directed more than 60 films, including documentaries, which he produced for the United Nations and several south-east Asian countries.

He spent five years in the United States after winning a scholarship and worked with the best technicians and directors in Hollywood - that was 1951 to 1955. He visited Cuba and Mexico. Then back to the east to shoot a film in Cambodia. While in the United States, he took special course in motion picture and television production.

One of his tasks in the United States was to conduct eight consecutive seminars on motion picture and television production under the sponsorship of Columbia University. For 4 years Estella worked as officer in charge of documentary films, newsreels and TV show organised by the United Nations.

The strange part of the Estella story is that he wanted to be a painter. His family wanted him to be a doctor - but he ended up in a film director's chair, forsaking his medical studies at the Santo Thomas University.

Estella recently made "KEMBALI SAORANG" (One Came Back) for Shaw's Malay Film Productions. He completed that film in the record of 18 days! He is at present directing "ANAK PONTIANAK" for the Shaw Organisation.

He is most popular with his crew and cast. He combines a lot of fun with his work which helps to break the montony a long hours of shooting. He say that the Malay film stars are wonderful people to work with, also the local cameramen. They think the same of "Mr. Ramon", as they call him.


LOVE AND ARMY LIFE FASCINATED RAMON ESTELLA
By Lynn Pareja
(Philippine Daily Inquirer, 23 September 2011)

Ramon Estella, son of composer Jose A. Estella (“Ang Maya”) was 27 years old when he directed his first film, “Bayan at Pagibig,” in 1938. The movie was based on a story he had written for Excelsior Pictures, a saga involving the Philippine Army. He chose two unknowns, Estrella del Rio and Bert Le Roy, to vivify its love story. According to a review, the film was “the first Filipino movie tackling army life.”

Estella moved on to Philippine Films, where he was its youngest director. The project assigned to him, “Buenavista,” resulted in his being proclaimed Director of the Year by Philippine Cinema and Radio in 1941. For her performance in the film, Rosa del Rosario, was chosen Actress of the Year.

The bombing of Pearl Harbor in 1941 interrupted Estella’s peacetime activities and revived his fascination with movies about love of country. His last movie before Manila was declared an open city to the invading Japanese was 1941’s “Huling Habilin.”

MOVEMENT

Unable to write about the Philippine Army, which became non-existent after Gen. Douglas MacArthur left the country, Estella turned to the guerilla movement. After WWII, he directed “Voice of Freedom” in 1946, where he depicted guerilla life during the Japanese occupation.

In a love story set during the war, “Magkaibang Lahi,” he focused on a Filipina married to an American soldier who was brought to the United States after the war.

Each time the filmmaker made a movie about the war, he got into trouble: When he made “Ako Raw Ay Huk” in 1948, all the censors appointed by President Quirino, with the lone exception of Teodoro Valencia, refused to issue a permit –unless the title was changed! Premiere Productions eventually agreed to change it to “Labi ng Bataan.”

Estella’s final piece de resistance for his war-themed oeuvre was reserved for Filipinas Pictures, which made its debut with “Sundalong Talahib,” based on the story of Juan Feleo, who had earned a reputation as the “moving spirit” of the Hukbalahap movement. Its star-studded cast included Mona Lisa, Ricardo Brillantes and Fe Claudio.

His other memorable films: “Ang Tagala,” “Kenkoy,” “Buhay at Pagibig ni Dr. Jose Rizal,” and “Desperado,” which won for Estella the Famas Best Director award.

Estella spent the last years of his life in Florida with his Japanese wife. His last visit to the Philippines was in 1981 during the Manila International Film Festival, where he had a grand reunion with his former colleagues.

EARLY YEARS OF RAMON A. ESTELLA

He was born on August 13, 1911 in Hong Kong. His parents traveled a lot since his father, Jose Estella was a composer and so part of his childhood was spent in Cebu City, where he attended the Santo NiƱo School.

He graduated AA from San Beda College, Manila, Philippines, B.A., Masters Mass-Media Communications, University of Santo Tomas, Manila, Philippines. He received an award from San Beda College "BEDANS of the CENTURY AWARD 1901 - 2001, Ramon A. Estella aa. 1933 FILM MAKING.“

He also have a certificate for a course in radio and television, SRT, School of Radio/Television Techniques, in New York, USA and then studied at the Columbia College, General Studies, TV and Radio, Script Writing, Production, and direction (NBC) 240 hours radio workshop and course on films for television.

His expertise was in feature film, documentary for UNICEF & WHO, television and radio production, direction and writing.

Film editing and all phases of post-production work. Art direction and photography, still and motion picture.


MARI KITA MENONTON FILEM-FILEM RAMON A. ESTELLA



"MATA HARI" (Sumber: Njendra)


"BUNGA TANJONG" (Sumber: Njendra)


"DUPA CHENDANA" (Sumber: Njendra)


"KEMBALI SAORANG" (Sumber: Njendra


"ANAK PONTIANAK" (Sumber: Filmklasik Melayu)


"PUSAKA PONTIANAK" (Sumber: FilemKlasik Melayu)

Kedatangan Ramon A.Estella ke Malaysia (ketika itu Malaya), kerana Run Run Shaw mahu melakukan perubahan terhadap filem-filem keluarannya yang sudah terlajak jauh kehindustan dan ketamilan.

Untuk mencari jalan keluar, sesuatu harus dilakukan. Caranya, membawa masuk pengarah-pengarah luar negara tidak sekadar India saja tetapi juga Indonesia, Filipina dan Hong Kong.

Kebetulan pula, Run Run Shaw telah menonton filem Filipina "Desperado" yang membawa kejayaan besar kepada Ramon A. Estella dengan memenangi anugerah pengarah terbaik Filipino Academy of Movie Arts and Sciences (FAMAS) pada tahun 1956.

Bukan itu saja, filem tersebut juga memenangi tiga anugerah lagi - suntingan terbaik (Victoriano Calub), suara terbaik (Dementrio De Santos) dan pelakon lelaki pembantu terbaik (Ramon D'Salva).

Sebenarnya, "Desperado" menerima pencalonan 10 anugerah.

Filem Melayu pertama diarahkan Ramon A. Estella "Kembali Saorang". Berbeza dengan Eddy Infante dia tidak membawa bintang-bintang filem Filipina berlakon dalam filemnya itu.

Eddy Infante menggunakan dua pelakon Filipina memegang peranan hero dan heroine (Teody Belarmino dan Paraluman) dalam filemnya "The Elephant Girls" (Gadis Liar). Normadiah turut sama berlakon.

Begitu juga Rolf Bayer, membawa masuk Pancho Magalona dan Tita Duran membintangi "Azimat" bersama Ahmad Mahmud, Saloma dan Jins Shamsudin.

Bagi membintangi filem berdasarkan cerita oleh Run Run Shaw ini, Ramon A. Estella memilih pelakon tersedia ada - Ahmad Mahmud dan Sa'adiah sebagai hero dan heroine dan Salleh Kamil sebagai orang jahat (villain atau crook).

Sebagai kepakarannya dalam filem, dia juga bertanggungjawab terhadap penyuntingan dan menulis lakonlayar.

Sudah dijangkakan, penggarah-pengarah filem Filipina mempunyai pengalaman luas membuat filem di pantai dan laut. Ini jelas Ramon A. Estella telah menghasilkan "Kembali Saorang" dengan baik dan sempurna walapun mempunyai plot cerita yang dikira lemah.

Sebagai menjaga hati peminat-peminat filem Melayu dan atas arahan Run Run Shaw, dia terpaksa menyelitkan beberapa nyanyian dan tarian.

Oleh yang demikian sambutan di panggung wayang tidaklah mengecewakan.

Filem kedua Ramon A. Estella, "Anak Pontianak". Kali ini Jins Shamsudin menjadi pilihannya sebagai hero dan Dayang Sofia heroine. Hashimah Yon dan S. Kadarisman turut bersama.

Filem yang bertradisikan keseraman "Pontianak" Maria Menado ini, turut menghasilkan box office yang agak baik menyebabkan Run Run Shaw puas hati dan bersedia memberi kontrak kepadanya mengarahkan beberapa filem lagi.

Dalam sejarah filem Malaysia, tidak ada sebuah filem Melayu pun dapat menembusi tembuk kukuh panggung Rex di Kuala Lumpur. Tetapi "Anak Pontianak" berjaya merobohkannya.

Sepanjang yang diketahui, filem arahan Ramon A. Estella inilah satu-satunya filem Melayu berjaya ditayangkan di panggung wayang tersebut yang selama ini dikuasai oleh filem-filem barat terutamanya Hollywood.

Apabila filem perang arahan Lamberto V. Avellana "Sergeant Hassan" memperolehi kejayaan besar, Run Run Shaw (mahu buat duit lagi) merancang mengeluarkan satu lagi filem perang.

Pengarah yang paling sesuai untuk filem ini tidak lain tidak bukan Ramon A. Estella. A. Razak telah diserahkan menulis ceritanya dan lakonlayar oleh Ramon A. Estella sendiri.

Tajuknya "Mata Hari".

Untuk menguatkan kedudukan barisan pelakon, Maria Menado yang begitu popular dengan karekter pontianaknya diserahkan berperanan heroine berpasangan dengan Ahmad Mahmud (hero) dan dibantu oleh Jins Shamsudin, Aziz Jaafar dan Salleh Kamil.

Ada ura-ura Ramon A. Estella cuba membawa masuk bintang filem popular Filipina, Jaime De La Rosa (dianggap sebagai Robert Taylor Filipina), turut membintangi filem ini tetapi kemudian dibatalkan.

Filem "Mata Hari" ini juga mendapat sambutan baik walaupun tidak sebaik sambutan yang diberikan kepada "Sergeant Hassan."

Filem pertama yang diarahkan oleh Ramon A. Estella "Bayan At Pag-Ibig" (Kota dan Cinta) pada tahun 1938 dengan bintang-bintang utamanya Bayani Casimiro dan Bert Leroy.

Pada tahun 1940, dia mengarah dua filem - "Huling Habilin" (Akan Berlangsung) dibintangi oleh Rosa Del Rosario dan Elsan Oria dan "Buenavista" dibintangi oleh Rosa Del Rosario juga bersama Angel Esmeralda.

Dari tahun 1941 hingga tahun 1949, Ramon A. Estella mengarahkan 11 filem termasuk yang mendapat sambutan - "Pariaso" (Syurga), "Ilang-Ilang" (Berapa-Berapa), "Perfedia", "Dugo Ng Katipunan" (Hutang Darah) dan "Ang Anghel Sa Lupa" (Malaikat di Bumi).

Pada tahun 1956, sebelum mengarahkan "Desperado" (Terdesak), Ramon A. Estella terlebih dulu mengarahkan filem mengenai pejuang Filipina (Philippines hero) yang sudah tidak asing lagi, Dr. Jose Rizal "Ang Buhay At Pag-Ibig Ni Dr. Jose Rizal" (Kehidupan dan Cinta Dr. Jose Rizal).

Kerana lakonannya dalam filem ini, Eddie Del Mar (Eduardo Del Mar) yang berperanan sebagai Dr. Jose Rizal telah memenangi anugerah FAMAS sebagai pelakon lelaki terbaik pada tahun 1956.

PEMENANG-PEMENANG ANUGERAH FAMAS KE-5 (1956)___

*Filem terbaik - "Luksang Tagumpay" (Kejayaan Luksang)
* Pelakon wanita trbaik "Gilda" - Lolita Rodriguez
* Pelakon lelaki terbaik "Buhay At Pag-Ibig Ni Dr. Jose Rizal" - Eduardo Del Mar
* Pelakon wanita pembantu terbaik "Tumbado Cana" - Rosa Mia
* Pelakon lelaki pembantu terbaik "Desperado" - Ramon D'Salva
* Pengarah terbaik "Deperado" - Ramon A. Estella
* Cerita terbaik "Luksang Tagumpay" - Mike Velarde
* Lakonlayar terbaik "Hating-Gabi" (Tengah-Malam) - Gerarado De Leon/Ding De Jesus
* Sinematografi terbaik "Lukang Tagumpay" - Rernigio Young
* Penyuntingan terbaik "Desperado" - Victoriano Calub
* Skor musik terbaik "5 Hermanos" - Tony Maiquez
* Suara terbaik "Desperado" - Demetrio De Santos
* Anugerah kepujian berprestij antarabangsa - Badjao

# "Badjao" telah dialihbahasa Malaysia oleh Cathay Keris Film dengan diubah tajuknya "Badjau, Anak Laut." Ada catatan Ramon A. Estella sebagai pengarah tetapi yang sebenarnya Lamberto V. Avellana.


Selepas "Desperado" dan memulakan kerjayanya di Malaya, Ramon A. Estella menampakkan pengurangan kegiatan mengarah filem di Filipina. Tumpuannya lebih mengarahkan filem-filem Melayu. br />
Ini jelas dari tahun 1956 hingga tahun 1960, dia hanya mengarahkan (mengikut senarai) enam filem Filipina saja.

Selepas filem "Mata Hari", Run Run Shaw telah memintanya mengarah filem komidi.

Dengan itu lahirlah "Saudagar Minyak Urat" yang membariskan lakonan S. Kadarisman, Normadiah, Aziz Sattar, Mariani, S. Shamsuddin, Leng Hussin dan Ibrahim Pendek.

Satu pukulan maut buat Ramon A. Estella. Kehebatannya sebagai pengarah filem tergugat kerana filem tersebut bukan saja gagal di box office tetapi juga kualiti filemnya pun agak rendah.

Filem komidi nampaknya bukan kehendak jiwanya.

Bagaimanapun, dia dapat menebus kembali kredibilitinya itu apabila mengarahkan filem "Samseng" yang dibintangi oleh Jins Shamsudin, Zaiton, Aziz Jaafar dan Rosnani.

Sesuai dengan citarasanya, Ramon A. Estella telah mengarahkan filem ini sebaik mungkin, sempurna dari semua aspek - cerita, arahan, teknik dan lakonan.

Cerita mengenai anak muda terlibat dengan kegiatan samseng (gangster) ini telah memperlihatkan kualiti filem arahnya yang memuaskan (action drama) ditambah pula dengan lakonan Jins Shamsudin yang natural dan sangat menarik.

Filem ini turut dipertandingkan di Festival Filem Asia Pasifik Ke-6 (FFAP6) di Kuala Lumpur (1959) bersaing dengan filem P. Ramlee "Pendekar Bujang Lapok".

Selepas "Samseng", Maria Menado Productions telah memberinya tiga kontrak mengarah filem - "Darah-Ku", "Bunga Tanjong" dan "Pontianak Kembali".

Filem "Darah-Ku" dibintangi oleh Maria Menado, Malek Selamat, Ghazali Sumantri dan Mariani, pada saya, paling istimewa kerana ia satu-satunya filem sukan tinju (boxing) pernah lahir di Malaysia.

Setelah 48 tahun filem ini dikeluarkan, namun hingga kini tidak ada seorang pun produser dan pengarah filem Malaysia berani dan berkemampuan mengeluarkan filem seperti "Darah-Ku" ini.

Kalau tidak ada Ramon A.Estella, tidak ada filem sebegini yang boleh dianggap luar dari kebiasaan.

Thank you, Mr.Ramon.

Plot cerita "Bunga Tanjong" (lakonlayar dan cerita oleh Ralph Modder) sememangnya lemah, tetapi dengan kepintaran Ramon A. Estella filem ini (dibintangi oleh Maria Menado, Siput Serawak, Ahmad Nisfu dan Ghazali Sumantri), menjadi menarik.

Dua perkara membuat saya terpegun dengan filem ini. Pertama, penonjolan adegan-adegan menggairahkan oleh Maria Menado dan kedua, endingnya (kalau anda mahu tahu, tontonlah filemnya).

Seperti filem "Gelora", "Bunga Tanjong" tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak - For Adult Only.

"Pontianak Kembali", saya sendiri tidak pernah tonton. Filemnya kini, entahkan ada lagi entahkan tidak.

Sebelum itu, pada tahun 1961, Maria Menado Productions merancang mengeluarkan filem "Siti Zubaidah" secara besar-besaran (epic movie), dan Ramon A. Estella telah pun dinamakan sebagai pengarahnya.

Entah macam mana berbagai-bagai masalah timbul menyebabkan akhirnya projek tersebut diambilalih oleh Cathay Keris keseluruhannya dan pengarahnya digantikan dengan B.N.Rao.

Selepas "Bunga Tanjong" Ramon A. Estella kembali semula ke Shaw's MFP mengarahkan filem berwarnawarni (Eastmancolor) "Melanchong Ka Tokyo" yang membawanya pergi ke Tokyo bersama Sa'adiah dan S. Kadarisman, membuat penggambaran.

Filem yang dibintangi juga Aziz Jaafar dan Normadiah ini, menimbulkan kontroversi apabila ramai yang menganggap S. Kadarisman (Ali) yang pergi melancong ke Tokyo bersama Sa'adiah seperti "rusa masuk kampung".

Karekter Ali itu memalukan rakyat Malaya, kata mereka.

Filem ini, kalau masih ada, agak sukar di tayangkan di mana-mana stesyen tv di Malaysia kecuali ia dibuat vcd atau pun dvdnya.

Sungguhpun, P. Ramlee sebagai bintang undangan (bersama Saloma dan Ahmad Daud) tetapi tercatat dalam sejarah filem Malaysia, "Melanchong Ka Tokyo" sebagai satu-satunya filem P. Ramlee berlakon di bawah arahan Ramon A. Estella.

Filem "Dupa Chendana" bolehlah dianggap cerita Filipina di Malaysiakan. Cara pengarahan, pengolahan dan persembahan bertrendkan totally filem Filipina apatah lagi cerita dan lakonlayarnya ditulis oleh Ramon A. Estella sendiri.

Filem fantasi drama ini, tidak mengecewakan lebih-lebih lagi adanya Ahmad Mahmud, Sa'adiah, Aziz Jaafar, S. Kadarisman dan Mariani.

Kisahnya, di pantai dan di laut. Kali ini di tambah pula dengan di pulau.

Di bawah disiarkan semula sepenuhnya (dalam bentuk asal) ulasan mengenai filem ini yang terdapat dalam majalah Majallah Filem (Malay Movie News) keluaran bulan September tahun 1964. Bagi menentukan originalnya, ejaan lama dikekalkan.

"DUPA CHENDANA" sa-kalong melati untok ramon a. estella

Berpuloh tahun dia telah berkechimpong di-dunia perfiliman, beratus buah filem, berbentok cherita, berita, dan penerangan telah di-kendalikan, baik di-tanah ayer-nya sendiri, Filipina mau pun di-negeri2 luar seperti Amerika, Jepun, Hong Kongkong dan juga Malaysia.

Dia, tidak lain dari salah sa-orang pengarah filem yang terkemuka di-Asia, Ramon A. Estella. Ia-itu pengarah filem yang telah menjayakan cherita "Dupa Chendana" untuk Shaws Malay Film Productions, Singapura.

Di-Malaysia sahaja, sudah berbelas bilangan filem di-arahkan-nya.

Meski pun tidak kesemua filem2 keluaran Malaysia yang telah di-jayakan-nya itu, dapat di-sanjong sebagai persembahan2 "box-office", tetapi tiap2 satu-nya mempunyai daya2 penarek yang baharu dan teristimewa dalam dunia perfiliman di-rantau ini.

Persembahan2 yang telah di-jayakan-nya saperti "Kembali Sa-orang", "Samseng", "Mata Hari" dan "Anak Pontianak" maseh di-ingati oleh peminat2 di-sini sebagai hidangan2 layar perak yang tinggi mutu-nya.

Tiap2 filem yang di-sebutkan itu, mempunyai sesuatu yang tersendiri, sesuatu yang luar biasa, mengatasi mutu filem2 lain yang di-buat di-zaman-nya.

Sunggoh pun kehebatan darjah filem2 yang telah di-sebutkan itu, di-akui dan di-jamin, tetapi kalau di-bandingkan dengan "Dupa Chendana" yang baru sahaja di-sudahkan pembikinan-nya, ternyata benar Ramon telah maju kemuka, menunjokkan kemajuan2 yang jauh lebeh meningkat-nya daripada segala filem yang telah di-hasilkan-nya di-sini, dan mengatasi juga hidangan2 yang pernah di-sajikan untuk tatapan peminat2 filem Melayu.

"Dupa Chendana", seperti yang telah di-daya chipta oleh Ramon A. Estella, merupakan persembahan filem Melayu yang paling mengkagumkan tentang serba serbi.

Cherita-nya yang tersendiri bentok-nya di-pindahkan ka-layar perak dengan kebijaksanaan yang sunggoh terpuji.

Tiap2 bidang gambaran yang telah di-susun mengandongi seni penggambaran yang menterjemahkan dengan tepat-nya maksud cherita-nya.

Lakonan bintang2 yang telah di-bariskan, telah di-pimpin dengan halus-nya oleh pengarah Ramon, sa-hingga mereka bukan-lah manusia yang biasa di-kenali, melainkan manusia yang benar2 terlibat dalam kesah yang di-hidupkan. Kepandaian Ramon membimbing pelakon2-nya itu, di-rasai benar oleh mereka.

Kata Ahmad Mahmud, bintang yang mendokong peranan utama dalam "Dupa Chendana", "Pengarah Ramon mencurahkan segala ilmu yang di-ketahui-nya untuk mengasoh seni lakonan kami". Dan seniwati Saadiah mengatakan dia bertambah faham mengenai lakonan2 filem yang tak terhad bentok dan chorak-nya.

Seniman Aziz Jaafar, yang pertama kali di-chuba bakat-nya dalam karekter "petualang", mengatakan, "Untok berlakon di-bawah pimpinan pengarah Ramon, saya sedia di-bila2 masa. Sebab dia bukan-lah sa-orang pengarah yang menyuroh kita menchipta, tetapi dia-lah yang menchipta, dan kita sebagai pelakon, melakonkan chiptaan-nya".

Kalau nak di-sebutkan pendapat tiap2 pelakon yang bekerja dengan-nya ketika menjayakan "Dupa Chendana" ini, saperti Mariani, S. Kadarisman, Malik Sutan Muda, Saamah, S. Shamsuddin, Ibrahim Pendek, H.M.Busra dan lain2-nya itu, tentulah akan memenuhi beberapa halaman.

Masing2 mempunyai kata2 pujian tersendiri yang tujuannya tidak lain dari menyatakan kepuasan hati mereka terhadap pimpinan pengarah Ramon.

Seni gambaran, lakonan dan susunan yang demikian mutu-nya, sudah tentu-lah menjelmakan adegan2 yang indah terbena.

Sa-hingga payah rasa-nya hendak di-perchayai, kalau di-katakan "bukan Hollywood yang membuat-nya"

Sebab2-nya maka pengarah Ramon A.Estella dapat melaksanakan cherita "Dupa Chendana" ini, sedemikian tinggi dan hebat darjah-nya itu, - tak segan kalau di-banggakan sa-bagai satu penghasilan dari Hollywood - ia-lah kerana Ramon bersedia mencurahkan segala ilmu pengetahuan-nya dalam perusahaan filem demi kepentingan filem2 keluaran Malaysia.

Ramon Estella berpendapat, masanya telah tiba bagi Malaysia menunjukkan filem2-nya yang benar2 dapat membuka mata dunia seluroh-nya.

Rasa-nya chita2 Ramon itu akan tetap terchapai, jika dia terus berusaha menjayakan filem2 Melayu dengan tenaga seperti yang telah di-churahkan-nya ketika menjayakan "Dupa Chendana".

Kerana, berani rasa-nya kami menjamin, "Dupa Chendana", ada-lah satu2-nya persembahan yang berseh dari sesuatu yang menjemukan. Tiap2 suatu yang terbentang di-layar perak-nya, merupakan gambaran, lakonan, kesenian yang benar2 tinggi mutu-nya, luarbiasa chiptaan-nya.

Itu-lah sebab-nya kami tidak ragu2 untok mengkalongkan "Sa-kalong Melati untok pengarah Ramon", atas jasa-nya yang sunggoh chemerlang menjayakan cherita "Dupa Chendana", menjadi satu persembahan filem kebanggaan seluruh Malaysia.

Filem terakhir Ramon A. Estella di Malaysia, "Pusaka Pontianak". Mahu dikatakan seram, tidak seram. Mahu dikatakan tidak seram, seram juga. Lawak pun ada.

Ini kerana, adanya berlaku penyamaran dan pembunuhan. Siapa pembunuh? Kenapa dia membunuh? Hanya dapat diketahui di penghujung filem.

Ramai bintang filem handalan menjayakan filem ini termasuk Ahmad Mahmud, Sa'adiah, Dayang Sofia, Salleh Kamil, Normadiah, Mariam, Aziz Sattar, Ahmad Daud, Ibrahim Pendek, Ahmad Nisfu dan Haji Mahadi.

Cerita filem Hindustan "Gumnaam" yang dibintangi oleh Manoj Kumar, Nanda, Pran dan Helen, seakan-akan sama ceritanya dengan "Pusaka Pontianak" ini.

Itulah dia orangnya bernama Ramon A.Estella.

Hanya 11 filem diarahkannya tetapi peranannya dalam mencorak dan mengubah trend filem Malaysia tidak boleh tidak diambil peduli langsung.

Rakyat Malaysia yang cintakan filem Malaysia harus berterima kasih kepada Ramon A.Estella. Satu penghormatan untuknya harus diwujudkan. Caranya, terpulanglah budibicara Finas.

Filem arahannya yang terakhir "HongKong Honeymoon" (1960), dan selepas itu tidak kedengaran langsung khabar berita mengenai dirinya sehinggalah dia meninggal dunia pada tahun 1991.

Itu pun, tidak ramai yang tahu.

Ramon A.Estella pergi dan hilang bersama angin.
(Ramon A.Estella gone and lost with the wind.)


RIP, Mr. Ramon.

FILEM-FILEM RAMON A.ESTELLA DI FILIPINA___

* 1938 -
Ang Punyal Na Ginto (Pisau Emas)
Bayan At Pag-Ibig (Kota dan Cinta)
* 1939 - Ruisenor
* 1940 - Buenavista
* 1941 -
Kundiman (Lagu Cinta)
Singsing Na Pangkasal (Cincin Kahwin)
Paraiso (Syurga)
Ilang-Ilang (Berapa-Berapa)
* 1942 - Huling Habilin (Permintaan Terakhir)
* 1946 - Angelus
* 1947 - Caprichosa
* 1948 -
Ang Anghel Sa Lupa (Malaikat di Bumi)
Perfidia
Labi Ang Bataan (Sisa-Sisa Bataan)
Hiram Na Pangalan (Namanya Hiram)
* 1949 -
Lihim Na Bayani (Wira Rahsia)
Kay Ganda Ang Umaga (Indahnya di Waktu Pagi)
Dugo Ang Katipunan (Hutang Darah)
* 1950 -
Sundalong Talahib (Tentera Bergegas)
Kenkoy
Punglo At Pag-Ibig (Peluru dan Cinta)
Bandido (Penjenayah)
Prinsipe Don Juan (Putera Don Juan)
* 1956 -
Buhay At Pag-Ibig Ni Dr. Jose Rizal (Penghidupan dan Cinta Dr. Jose Rizal)
Desperado (Terdesak)
* 1957 -
Kim
Aliping Maharlika (Hamba Baginda)
* 1958 -
Sta. Rita De Casia
Ramir
* 1959 - Ang Kanyang Kamahalan (Seri Paduka)
* 1960 - HongKong Honeymoon (Berbulan Madu di HongKong)


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.








7 comments:

  1. I used to know a Ramon Estella in Puerto Rico (1976-1980) that had a company for commercial TV Ads, then married to a Japanese woman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank jorge.
      do you know his
      japanese wife name?

      Delete
  2. Rasanya filem Pusaka Pontianak dipengaruhi oleh filem Gumnaam kerana diterbitkan pada tahun yang sama (1965), filem Gumnaam pula diadaptasi daripada novel misteri Agatha Christie 'And Then There Were None'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih zulzahari,
      kerana informasi
      yang berguna itu.

      Delete
  3. Satu-satunya kisah mengenai Ramon A. Estella yang paling lengkap pernah saya baca di alam maya. Di blog-blog filem Filipina pun tidak sebaik ini.
    Syabas Encik Mustafar dan isteri kerana telah mengwujudkan blog FKM yang sangat-sangat memberi manfaat kepada peminat-peminat filem pada keseluruhannya.

    Loqman Mustaqeem (UiTM), Segamat, Johor.

    ReplyDelete
  4. Baru jumpa blog ini, menarik dan berinfomasi.
    Diharap dapat juga Encik Mustafar ceritakan mengenai
    Paraluma, Pancho Magalona dan Tita Duran yang membintangi
    "Gadis Liar" dan "Azimat".

    - Hanim, Taiping, Perak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah ada niat nak buat dah.
      Bahan pun dah dikumpulkan.
      Realitinya saja belum kesampaian.

      Delete