Tribute... Raja Idris Shah (17/8/1924-31/1/1984) Sultan Perak Berjiwa Seni (Update: 8/12/2016)

* Kalau Rindu * Semalam Di Subang * Cempaka Sari * Namamu Dibibirku * Pulau Pangkor >> Cerita Menarik Di FK. Tunggu...

Sunday, July 24, 2011


WUTHERING HEIGHTS (1939)

KISAH PERCINTAAN YANG KEKAL ABADI
Oleh Mustafar A.R. & Zaini Yusop






Emily Bronte

"Catherine Earnshaw, may you not rest as long as I am living! You said I killed you - haunt me, then! The murdered do haunt their murderers, I believe - I know that ghosts have wandered on earth. Be with me always - take any form - drive me mad! only do not leave me in this abyss, where I cannot find you! Oh God! it is unutterable! I cannot live without my life! I cannot live without my soul!"

"Catherine Earnshaw, jangan kau berehat selagi aku masih hidup! Kau kata aku membunuh kau - hantuilah aku, sekiranya benar! Yang dibunuh menghantui sipembunuh, aku percaya - aku tahu hantu-hantu berkeliaran di bumi. Bersama akulah selalu - menyamarlah sebagai apa pun - jadikan aku gila! tapi jangan tinggalkan aku dalam kemelut ini, di mana aku tidak boleh mencari kau! Oh Tuhanku! sukar untuk aku nyatakan! Aku tidak boleh hidup tanpa nyawaku! Aku tidak boleh hidup tanpa rohku!"






Sarita Wooten dan Rex Downing



Kiri: Flora Robson dan Merle Oberon. Kanan: Laurence Olivier dan Merle Oberon




Kiri: Laurence Olivier dan David Niven. Kanan: Hugh Williams dan Leo G. Carroll



Kiri: Geraldine Fitzgerald. Kanan: Geraldine Fitzgerald dan Merle Oberon



Kiri: David Niven. Kanan: Laurence Olivier dan Merle Oberon


Kiri: Saat ketika Catherine untuk pergi. Kanan: Roh Heathcliff dan Catherine bergandingan menuju ke Penistone Crags


(sumber: ciakhollywood)


ULASAN FK___

SAYA mulai tertarik dengan filem "Wuthering Heights" apabila L. Krishnan memberitahu, filem arahannya "Bakti" ceritanya berdasarkan filem ini, dan "The Count Of Monte Cristo".

Peristiwa berlaku pada tahun 1989 ketika saya menemuinya kerana mahu mendapatkan fakta untuk buku FILEM-FILEM P. RAMLEE yang sedang saya usahakan penerbitannya bersama Aziz Sattar.

Lantas saya mencari filem tersebut, dan kebetulan pula teman saya, Baharuddin Latiff, dari Finas memilikinya (dalam bentuk vhs, vcd dan dvd ketika itu belum ada) yang baru saja dirakamkannya melalui tayangan tv, siap dengan sarikatanya sekali.

Filem "Bakti" (1950) dibintangi oleh P. Ramlee, Kasma Booty, S. Roomai Noor dan Siput Serawak.

Setelah menontonnya, ternyata saya dapati "Wuthering Heights" merupakan salah satu filem klasik British yang terbaik pernah saya tonton.

Tetapi sayangnya, saya tidak dapat menentukan sejauh mana "Bakti" mengikut jejaknya, kerana sampai sekarang filem tersebut (yang dikatakan hilang) masih belum ditemui.

Kekuatan filem yang diarahkan oleh William Wyler ini, terletak kepada cerita, sinematografi (black & white), pengarahan, penyuntingan, musik dan lakonan.

Saya suka dan tidak jemu-jemu menontonnya, dan akan terus saya tonton berulang-ulang kali selagi saya suka dan mahu menontonnya.


Produksi THE SAMUEL GOLDWYN COMPANY
Produser SAMUEL GOLDWYN
Pengarah WILLIAM WYLER
Sinematografi GREGG TOLAND
Penyunting DANIEL MANDELL
Pengarah seni JAMES BASEVI
Rakaman suara PAUL NEAL
Cerita EMILY BRONTE
Lakonlayar CHARLES MACARTHUR & BEN HECHT
Musik ALFRED NEWMAN
Pelakon MERLE OBERON (Catherine Earnshaw) LAURENCE OLIVIER (Heathcliff) DAVID NIVEN (Edgar Linton) FLORA ROBSON (Ellen) DONALD CRISP (Dr. Kenneth) GERALDINE FITZGERALD (Isabella Linton) HUGH WILLIAMS (Hindley Earnshaw) LEO G. CARROLL (Joseph) SARITA WOOTEN (Catherine - waktu kecil) REX DOWNING (Heatcliff - waktu kecil) DOUGLAS SCOTT (Handley - waktu kecil)

Mula tayangan: 24 Mac 1939 (Hollywood, California)
Masa tayangan: 110 Minit


JALAN CERITA___

Berdasarkan dari novel karya Emily Bronte yang diterbitkan di abad ke-19, ketenangan Wuthering Heights (sebuah desa terpencil di Yorkshire, England) terganggu dengan kedatangan seorang anak yang dipunggut (anak angkat) oleh Earnshaw, Heathcliff.

Kebaikan hati Earnshaw menjadi punca berlakunya trajedi kerana Hindley (anak sulong Earnshaw) begitu benci dengan Heathcliff di mana dia sering menyakiti hati Heathcliff dengan memaksanya bekerja kuat di kebun dan menguruskan kuda dan bangsal kuda.

Kalau bercakap kepadanya itu merupakan perintah dan makian, dan ini menyebabkan Heathcliff memupuk perasaan dendam yang amat sangat terhadap Hindley.

Sungguhpun Hindley membenci Heathcliff, namun adiknya (Catherine) suka dan menyayanginya. Mereka sering bermain dan bermesra di lereng bukit (Penistone Crags) yang mana ini sudah tentu tidak digemari oleh Handley.

Semakin kejam pelakuan Hindley terhadap Heathcliff semakin kuat hubungan mereka berdua sehinggalah Earnshaw meninggal dunia, dan bila dewasa mereka saling cinta mencintai.

Kerana kejelitaannya, Catherine dicintai oleh Edgar (anak Linton, teman baik Earnshaw) dan dia berhasrat mengambil Catherine sebagai isterinya.

Ini sudah tentu tidak menyenangkan Heathcliff dan ketika menyedari apa yang akan terjadi antara Catherine dan Edgar, Heathcliff pun meninggalkan Wuthering Heights.

Setelah sekin lama menghilang, Heathcliff kembali semula ke Wuthering Heights, dan kini dia bukan sebagai anak angkat yang miskin tetapi sebagai seorang gentleman yang kaya raya.

Kemunculan Heathcliff di Wuthering Heights semata-mata mahu membalas dendam terhadap Hindley, dan akhirnya dia berjaya bila Hindley berada dalam cengkamannya disamping bertindak melarikan Isabella (adik Edgar) dan berkahwin dengannya.

Sejak kemunculan Heathcliff, Catherine (sudah menjadi isteri Edgar) dan Edgar sering saja bertengkar. Bila dia mengetahui Heathcliff berkahwin dengan Isabella dia kecewa dan merana.

Ini kerana cintanya terhadap Heathcliff tetap membara walaupun dia sudah bersuamikan Edgar.

Kemudian Catherine jatuh sakit dan meninggal dunia dalam dagapan Heathcliff, dan selepas itu Heathcliff tidak dapat hidup tenteram bila roh Catherine selalu mengganggunya.

Akhirnya, Heathcliff turut mengikuti jejak Catherine dan bersatulah roh mereka di Penistone Crags.


ANUGERAH OSCAR___

Filem ini telah dicalonkan merebut anugerah oscar filem terbaik pada tahun 1939 bersaingan dengan,

* Dark Victory

* Gone With the Wind

* Goodbye Mr. Chip

* Love Affair

* Mr. Smith Goes to Washington

* Ninotchka

* Of Mice and Men

* Stagecoach

*The Wizard of Oz

Filem "Wuthering Heights" gagal apabila "Gone With the Wind" yang diarahkan oleh Victor Fleming memenangi anugerah filem terbaik.

Selain itu, "Wuthering Heights" juga dicalonkan merebut,

* Pengarah terbaik (William Wyler)

* Pelakon lelaki terbaik (Laurence Olivier)

* Pelakon wanita pembantu terbaik (Geraldine Fitzgerald)

* Lakonlayar terbaik (Charles MacArthur dan Ben Hecht)

* Sinematografi terbaik (Gregg Toland)

* Pengarah seni terbaik (James Basevi)

* Musik terbaik (Alfred Newman)

Antara lapan pencalonan tersebut, hanya Gregg Toland saja berjaya memenangi anugerah sinematografi terbaik. Ini kerana "Gone With the Wind" membolot banyak anugerah, boleh dikatakan kesemua pencalonan.


EMILY BRONTE___

Emily Bronte dilahirkan pada 30 Julai 1818 di Thornton, Bradford, Yorkshire, England anak kelima dari enam adik beradik. Ibunya meninggal dunia kerana kanser pada tahun 1821.

Pada tahun 1824, dia masuk ke sekolah yang baru di buka, Clergy Daughters' School di Cowan Bridge. Semasa di situ, adik beradiknya Maria, Elizabeth dan Charlotte mengalami penderitaan (harsh regime), kesejukan dan makanan yang kurang baik.

Bulan Jun 1825, Emily dan adik beradiknya dikeluarkan dari sekolah tersebut demi untuk kebaikan mereka.

Emily dan Anne (adik bongsunya) menulis puisi dan cerita untuk dunia khayalan mereka, Gondal. Hanya sedikit saja berhasil tetapi mereka terus bekerjasama menulis puisi dan kehebatan Gondal hingga tahun 1840.

Bulan Julai 1835, Emily masuk ke sekolah Miss Wooler di Roe Head Mirfield selama tiga bulan, kemudian kembali ke Haworth pada bulan Oktober.

Bulan Februari 1842, Charlotte dan Emily meninggalkan Haworth pergi ke Pensionnat Heger, Brussels. Semasa di sana dia belajar bahasa Perancis, German dan musik. Bulan November mereka kembali semula ke Haworth.

Bulan September 1845, Charlotte secara tidak sengaja menemui puisinya yang menyebabkan Emily marah kerana menceroboh dan mengambil tahu tulisan-tulisan peribadinya.

Charlotte meyakinkan Emily untuk bekerjasama menghasilan buku puisi, dan di masa yang sama Emily mula menulis cerita "Wuthering Heights".

Bulan Mei tahun 1846, di bawah Pseudonym of Currer Ellis and Acton Bell, buku Puisi pun diterbitkan dengan Emily menyumbangkan 21 puisi.

Bulan Julai 1847, penerbit, Thomas Cautly Newby, menerima "Wuthering Heights" yang kemudian diterbitkan pada bulan Disember tahun itu juga.

Bulan November 1848, keadaan kesihatan Emily semakin buruk. Charlotte menulis, yang adiknya itu sukar bernafas dan mengalami sakit dada.

Pada 19 Disember 1848, Emily meninggal dunia ketika usianya 30 tahun, dan pada 22 Disember dia di kebumikan di perkuburan keluarganya di Haworth.

Bulan Disember 1850, versi baru "Wuthering Heights" di cetak dan diterbitkan dengan beberapa puisi pilihan dan disertai kata-kata penghantar oleh Charlotte.

"Wuthering Heights", satu-satunya novel karya Emily Bronte.


FILEM-FILEM MALAYSIA DIPENGARUHI "WUTHERING HEIGHTS"___

Tidak dapat dinafikan dan mungkin ramai yang tidak menyedari, banyak filem terutamanya dibintangi oleh P. RAMLEE ceritanya dipadankan dari filem "Wuthering Heights" ini.

Selain "Bakti", filem-filem P. Ramlee dibuat berdasarkan cerita filem ini (bukan keseluruhannya), "Juwita", "Putus Harapan", "Merana" dan "Panggilan Pulau".

Filem perang "Sergeant Hassan" yang diarahkan oleh Lamberto V. Avellana pun terikut-ikut sama, malah dalam "Panggilan Pulau", pengarahnya S. Ramanathan telah menciplak bulat-bulat satu adegan yang terdapat dalam filem ini.

Selain itu,

* Pertelagahan antara anak angkat dengan anak sendiri - "Putus Harapan", "Panggilan Pulau" dan "Sergeant Hassan.

* Percintaan antara Catherine dan Heathcliff - "Juwita", "Putus Harapan", "Merana" dan "Panggilan Pulau".

* Tempat pertemuan antara Catherine dan Heathcliff di Penistone Grags - "Juwita" dan "Panggilan Pulau".

* Percintaan yang tidak kesampaian tetapi roh mereka bertemu riang di alam baka' - "Juwita".

* Heathcliff ternampakkan roh Catherine menyebabkan Heathcliff menemui ajal - "Merana".

* Heathcliff meninggalkan Wuthering Heights dan memperolehi harta kekayaan - "Panggilan Pulau".


LAIN-LAIN FILEM BERDASARKAN CERITA "WUTHERING HEIGHTS"___


* United Kingdom: "Wuthering Heights" (1992) arahan Peter Kosminsky dibintangi Juliette Binoche dan Ralph Fiennes.



(sumber: cathaysheathcliff)


* United Kingdom: "Wuthering Heights" (1970) arahan Robert Fuest dibintangi Anna Calder-Marshall dan Timothy Dalton.


* Japan: "Arashi Ga Oka" (1988) arahan Yoshishige Yoshida dibintangi Yusaku Matsuda dan Yuko Tanaka.



(sumber: mauvemailed)


* Mexico: "Abismos De Pasion" (1954) arahan Luis Bunuel dibintangi Irasema Dilian dan Jorge Mistral.


* Perancis: "Hurlevent" (1985) arahan Jacques Rivette dibintangi Fabienne Babe dan Lucas Belvaux.



(sumber: intermedio)

* United Kingdom: "Wuthering Heights" (2011) arahan Andrea Arnold dibintangi Kaya Scodelario dan James Howson.



(sumber: emptyscreens)

* India: "Dil Diya Dard Liya" arahan A.R.Kardar dibintangi Dilip Kumar dan Waheeda Rehman.



(sumber: narjis vintage movie)


* Antara begitu banyak filem yang dibuat berdasarkan novel karya Emily Bronte ini, namun ia tidak dapat mengatasi kehebatan (corak persembahan) "Wuthering Heights" yang diarahkan oleh William Wyler.


FAKTA___

* Adegan ending, roh Catherine dan Heathcliff menuju ke Penistone Crags. Ini difilemkan kemudian setelah selesai penggambaran kerana Merle Oberon dan Laurence Olivier berlakon filem lain. Pengganti (double) digunakan.

* The Mitchell Camera Corporation memilih Gregg Toland sebagai jurugambar, dan filem ini buat pertama kalinya menggunakan Mitchell BCN Camera yang mana kemudian menjadi hak studio tersebut.

* Vivien Leigh mahukan peranan Catherine berpasangan dengan kekasihnya (Laurence Olivier) kemudian menjadi suaminya. Tetapi pihak pengurusan mahukan Merle Oberon. Vivien Leight ditawarkan peranan Isabella Linton tetapi ditolaknya yang kemudian diambilalih oleh Geraldine Fitzgerald.

* Filem "Wuthering Heights" hanya mengandungi cerita hingga ke 16 bab dari 34 bab yang terdapat dalam buku, dan berlaku di abab ke-19 bukannya pada tahun 1771-1801.

* William Wyler tidak suka adegan Catherine dan Heathcliff bergandingan tangan menuju ke Penistone Crags. Dia enggan melakukannya tetapi Samuel Goldwyn mentempelak: "Saya membuat "Wuthering Heights", kamu hanya mengarah saja."

* Ronald Colman, Douglas Fairbank Jr. dan Robert Newton turut dipertimbangkan memegang peranan Heathcliff.

* Semasa penggambaran, Laurence Olivier terpaksa meninggalkan tunangnya, Vivien Leigh, manakala Merle Oberon pula terpaksa berpisah dengan kekasihnya produser filem, Alexander Korda.

* Merle Oberon tidak begitu selesa berlakon dengan David Niven kerana percintaan mereka sekian lama berakhir pada tahun 1936.

* Produser Samuel Goldwyn mendapati skrip asal kurang memuaskan, dan meminta supaya John Huston memperbaikinya. Bagaimanapun John Huston memberitahu Samuel Goldwyn, skrip sudah cukup baik tidak perlu diperbetulkan.

* Ketika mula ditayangkan "Wuthering Heights" tidak mendatangkan punggutan yang memuaskan, hanya pengedaran kali kedua, setahun kemudian, mendatangkan keuntungan di luar jangkaan.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.






No comments:

Post a Comment