Tribute... A.R. Ismail (8/10/1929-15/1/1995) Pencipta Lagu Yang Tidak Patut Kita Lupakan (Update: 24/11/2016)

1. Bisikan Hati 2. Senja Berulang Senja 3. Dimanakah Cintamu 4. Aku Kecewa 5. Berikan Ku Sinar Harapan >> Kliks Disini

Saturday, August 6, 2011


BERMADU (1940)

FILEM MELAYU SHAW BROTHERS YANG KEDUA
Kajiselidek Oleh Zaini Yusop & Mustafar A.R.



Dua iklan "Bermadu" yang terdapat dalam akhbar The Straits Time

Produksi SHAW BROTHERS
Pengarah HAU YAU & WAN HAI LING
Pelakon TINA YEM HAJI GONG HABSHA & PUTIH LAWAK

Tahun diedarkan: 1940 (2 Oktober)
Masa tayangan: Tidak diketahui


JALAN CERITA___

Cerita mengisahkan seorang lelaki kaya berkahwin dua, dan mempunyai dua abang ipar. Isteri pertama hamil dulu. Si suami terpaksa pergi ke England kerana urusan perniagaan. Abang kepada isteri pertama terpaksa ikut.

Sepeninggalan mereka, isteri kedua dan abangnya menyeka madunya, kemudian dihalau. Akibat seksaan mereka, anak dalam kandungan isteri pertama meninggal dunia. Isteri pertama merempat di sebuah pondok usang.

Bila suami pulang dari England, isteri kedua membuat cerita palsu (fitnah) tentang isteri pertama.

Setelah 20 tahun berlalu, takdir telah menemui si suami dan isteri pertama. Apbila cerita sebenar diketahui oleh si suami, suami mengambil tindakan. Isteri kedua dan abangnya dihukum penjara.

ULASAN FK___

Filem ini merupakan filem kedua (selepas "Mutiara") dikeluarkan oleh Shaw Brothers sebelum meletusnya perang dunia kedua. Tayangannya bermula pada 2 Oktober 1940 bersamaan tiga tahun lagi saya akan dilahirkan.

Ertinya, saya tidak pernah menontonnya dan paling malang filem ini dan "Mutiara" ghaib entah ke mana, dan merupakan satu kerugian besar kepada dunia filem Malaysia dan juga Singapura.

Mengikut rentetan, "Bermadu" yang ketiga berbahasa Melayu keluaran Malaysia/Singapura sesudah "Leila Majnun" dan "Mutiara".

Menurut apa yang saya baca, ceritanya dipadankan dari cerita filem Cina yang mengisahkan suami tua berkahwin dengan wanita muda sedangkan dia sudah pun mempunyai isteri.

"Bermadu" mengisahkan kehidupan semasa masyarakat orang-orang Melayu. Temanya tentang masaalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri apabila suami mempunyai lebih seorang isteri.

Sungguh pun filem ini dianggap mempunyai mutu seni yang sangat rendah disebabkan teknik persembahannya yang lemah, namun ia dikatakan lebih baik jika dibandingkan "Mutiara".

KOMEN AKHBAR SAUDARA (26 OKTOBER 1940)___

Shaw Brothers mempertunjukan filem mashur yang kedua buatan Singapura, "Bermadu," yang belum pernah terlihat dari lain-lain gambar Melayu, berkenaan kehidupan orang bermadu yang ditimpa oleh berbagai-bagai malang setiap waktu.

Terlalu molek jika disaksikan, oleh kerana kisahnya tersangat munasabah disisi kaum kita Melayu yang terjadi setiap hari dan boleh mendatangkan suatu keinsafan kepada kaum ibu dan juga kaum bapa.

Cerita filem ini tidak dinyatakan sumbernya. Bagaimanapun, ia dipadankan dari cerita filem Cina.

Ramai penonton memuji filem ini yang ternyata lebih baik daripada "Mutiara".

Pelakon-pelakon utamanya Tina, Yem, Haji Gong, Habsah dan Putih Lawak.

Tina merupakan Seri Panggung bangsawan yang terkenal, dan orang mudanya (hero) ialah Yem, juga sudah tidak asing lagi kepada peminat-peminat pentas bangsawan.

Putih Lawak dan Haji Gong merupakan dua pelawak bangsawan yang diminati ramai di Singapura pada tahun-tahun 1920an dan 1930an.

KOMEN THE STRAITS TIME (23 NOVEMBER 1940)___

Even if you understand little Malay, "Bermadu", the second Malay film produced by Shaw Bros., is easy to follow and entertaining.

After the success of their first locally produced Malay Film "Mutiara", Shaw Bros. have followed with a good second effort.

As with the first, "Bermadu" was made entirely in Singapore and should, therefore, be great interest to local audiences.

The kampong scenes are specially well done. No attempt is made to "dress up" the villages to suit the film. The scenes are so natural that are immediatelly tries to remember which kampong it is that is being shown.

Miss Tina, the heroine, score another success. She sings two or three songs and plays her part with feeling and ability.

The comedy is supplied by Putih Lawak as Kadir, the gardener, who seem complete "bodoh" but manages to help his master, Abidin (Yem), when he is away in Europe.

Terjemahan: Walaupun anda memahami bahasa Melayu yang sedikit, "Bermadu", filem Melayu kedua dikeluarkan oleh oleh Shaw Bros., adalah mudah untuk diikut dan menghiburkan.

Selepas kejayaan pertama keluaran tempatan Filem Melayu "Mutiara", Shaw Bros. telah menghasilkan yang kedua dengan baik.

Sebagaimana yang pertama, "Bermadu" dibuat keseluruhannya di Singapura dan harusnya, akan menjadi minat yang mendalam kepada penonton-penonton tempatan.

Adegan kampung digambarkan dengan baik. Tidak ada usaha dibuat "mereka-reka" kampung-kampung untuk mengsesuaikan dengan filem. Adegan semulajadi boleh membuatkan seseorang segera cuba mengingat kampung mana sedang dipertontonkan.

Cik Tina, heroine, melakukan satu lagi kejayaan. Dia menyanyi dua atau tiga lagu dan memainkan peranan dengan penuh perasaan dan berkeupayaan.

Komidi yang dihidangkan oleh Putih Lawak sebagai Kadir, tukang kebun, yang seolah-olah tersangat "bodoh" tetapi berjaya membantu majikannya, Abidin (Yem), apabila dia berada jauh di Eropah.



# Update akan dilakukan dari masa ke masa.






No comments:

Post a Comment