Video Bar

Loading...

Thursday, October 20, 2011

KEPUTUSAN KUIZ FILEM KLASIK MALAYSIA
tiada peserta meneka semua soalan dengan tepat
dikelolakan oleh aida zailina


1. P. Ramlee dan Rosnani dalam filem apa?
Tajuk: SEDARAH
Nama pengarah: S. RAMANATHAN

2. Namakan 1 filem Yusof Latiff & Rose Yatimah berlakon bersama?
Tajuk: DUA PENDEKAR
Nama pengarah: HUSSAIN HANIFF

3. Namakan 1 filem Ed Osmera & Sharifah Hanim berlakon bersama?
Tajuk: BUNGA MAS
Nama pengarah: NAZ ACHNAS

4. Rokiah, Yem & S. Roomai Noor dalam filem apa?
Tajuk: BERDOSA
Nama pengarah: S. RAMANATHAN


5. Rosnani, Haji Mahadi & Hashim Noor dalam filem apa?
Tajuk: PAWANG
Nama pengarah: K.M. BASKER



6. Namakan anugerah dimenangi P. Ramlee di Tokyo, 1963?
Nama anugerah: BAKAT SERBA BOLEH
Tajuk filem: IBU MERTUA KU
Nama pengarah: P. RAMLEE



7. Namakan anugerah dimenangi Adek Wan Hussain di Tokyo, 1957?
Nama anugerah: PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK
Tajuk filem: MEGA MENDONG
Nama pengarah: L. KRISHNAN



8. S. Kadarisman & Eloni Hayat dalam filem apa?
Tajuk: PERKAHWINAN RAHSIA
Nama pengarah: HSU CHIAO MENG



9. Latifah Omar dalam filem apa?
Tajuk: PANGGILAN PULAU
Nama pengarah: S. RAMANATHAN



10. Mariam dalam filem apa?
Tajuk: ALOHA
Nama pengarah: B.S. RAJHANS



11. Sarimah dalam filem apa?
Tajuk: NORLELA
Nama pengarah: DHIRESH GHOSH



12. Aziz Jaafar dalam filem apa?
Tajuk: KASEH TANPA SAYANG
Nama pengarah: OMAR ROJIK



13. Puteh Lawak & Aman Belon dalam filem apa?
Tajuk: SELENDANG DELIMA
Nama pengarah: K.M. BASKER



14. Namakan filem Sa'adiah sebagai Hamimah?
Tajuk: IMAN
Nama pengarah: K.R.S. SASTRY



15. Namakan filem Hashimah Yon sebagai Teratai?
Tajuk: PANCA DELIMA
Nama pengarah: P. RAMLEE



16. Siapa seniwati ini?
SALMAH AHMAD
Namakan filem pertamanya di Merdeka Studio, Kuala Lumpur?
TUN TIJAH



17. Siapa seniwati ini?
ZAITON
Namakan 1 filem berwatak jahatnya bersama Jins Shamsudin?
PUTERA SANGKAR MAUT



18. Siapa seniman ini?
AHMAD MAHMUD
Namakan 1 filemnya berlakon di bawah arahan Ramon A. Estella?
DUPA CHENDANA



19. Siapa pengarah ini?
S. ROOMAI NOOR
Namakan filem arahannya yang pertama di Cathay Keris Film?
ADAM



20. Siapa hero & heroine filem "Takdir Illahi"?
P. RAMLEE & NENG YATIMAH
Nama pengarah: L. KRISHNAN



21. Siapa hero & heroine filem "Hati Iblis"?
ALI RAHMAN & AINI HAYATI
Nama pengarah: K.M. BASKER



22. Ibrahim Pendek & Rock Hudson dalam filem apa?
Tajuk: THE SPRIAL ROAD
Nama pengarah: ROBERT MULLIGAN



23. Maria Menado, Shammi Kapoor & Padmini dalam filem apa?
Tajuk: SINGAPORE
Nama pengarah: SHAKTI SAMANTHA



24. Siapa hero & heroine filem "Putera Bertopeng"?
AHMAD MAHMUD & LATIFFAH OMAR
Nama pengarah: K.M. BASKER



25. Siapa hero & heroine filem "Lanchang Kuning"?
NOORDIN AHMAD & LATIFFAH OMAR
Nama pengarah: M. AMIN



LAPURAN KETUA JURI___

Sejak dimulakan dan berakhir (tarikh tutup) pada 15 Oktober 2011, Kuiz Filem Klasik Malaysia telah menerima 114 jawapan - Malaysia (89), Singapura (12), Brunei (9), Indonesia (3) dan Amerika Syarikat (1).

Tidak ramai, tetapi cukup sebagai percubaan bagi menentukan tatap pemikiran peminat-peminat Filem Klasik Malaysia mengenai filem Melayu lama atau klasik.

Agak malang, di antara 114 peserta tersebut tidak ada seorang pun dapat memberi jawapan yang tepat dan betul, paling banyak kesalahan ialah menulis tajuk filem tidak menyamai sebagaimana yang terdapat dalam filem asalnya.

Sebagai contoh,

"Bunga Mas" bukan "Bunga Emas"

"Ibu Mertua Ku" bukan "Ibu Mertuaku"

"Mega Mendong" bukan "Mega Mendung"

"Kaseh Tanpa Sayang" bukan "Kasih Tanpa Sayang"

"Panca Delima" bukan "Pancha Delima"

"Dupa Chendana" bukan "Dupa Cendana"

"Tun Tijah" bukan "Tun Teja"

"Kembali Saorang" bukan "Kembali Seorang"

Selain itu, paling banyak kesalahan ialah soalan nombor 8. Boleh dikatakan 80% peserta memberi jawapan A.R. Tompel. Jawapan tepat ialah Hsu Chiao Meng, dan ini jelas tercatat dalam filem (dvd/vcd) "Perkahwinan Rahsia" yang merupakan satu-satunya filem Nusantara Film Company yang masih boleh diperolehi.

Memang A.R. Tompel juga terlibat sama mengarahkan filem tersebut, tetapi kerana nama Hsu Chiao Meng tercatat di credit title "Perkahwinan Rahsia" sebagai pengarah, itulah jawapan yang paling tepat.

Satu lagi soalan (nombor 12) mendapat banyak jawapan salah ialah Aziz Jaafar jadi penarik beca. Ramai yang meneka "Doctor" arahan Phani Majumdar tetapi yang sebenar "Kaseh Tanpa Sayang" yang diarahkan oleh Omar Rojik.

Lain-lain kesilapan,

Mariam dalam filem "Aloha" bukan "Anjoran Nasib."

Filem pertama Salmah Ahmad di Merdeka Film ialah "Tun Tijah" bukan "Keris Sempena Riau."

Soalan 2, ramai memberi jawapan "Dua Pendekar" (Hussain Haniff), kedua, "Tun Fatimah" (Salleh Ghani) dan ketiga, "Lanchang Kuning" (M. Amin). Dua filem tersebut juga diterima sebagai betul.

Soalan 3, boleh dikatakan semua memberi jawapan "Bunga Mas" (Naz Achnas). Sesiapa yang memberi jawapan "Pertiwi" (M. Amin) dan "Asmara Kirana" (Naz Achnas) pun juga tepat.

Ramai memberi jawapan Ahmad Mahmud berlakon dalam "Dupa Chendana" yang diarahkan oleh Ramon A. Estella. Jawapan lain yang tepat "Kembali Saorang", "Matahari" dan "Pusaka Pontianak".

Ramai juga peserta memberi jawapan Zaiton bersama Jins Shamsuddin dalam "Putera Sangkar Maut". Zaiton dan Jins Shamsudin juga berperanan jahat dalam "Budi Dan Dosa".

Agak menarik, boleh dikatakan kesemua peserta memberi jawapan tepat kepada soalan nombor 22 dan 23 - "The Sprial Road" (Robert Mulligan) dan "Singapore" (Shakti Samanta).

Oleh kerana tidak ada seorang pun yang dapat meneka paling tepat dan hampir tepat, Kuiz Filem Klasik Malaysia yang pertama kali di wujudkan ini, mengistiharkan TIADA PEMENANG.

Kepada kesemua peserta yang menghantar jawapan diucapkan ribuan terima kasih, dan cuba lagi dalam Kuiz Filem Klasik Kedua yang akan menyusul tidak berapa lama lagi.


- AIDA ZAILINA,
Ketua Juri Kuiz Filem Klasik Malaysia.



# Update akan dilakukan dari masa ke masa.

No comments:

Post a Comment