Oleh Mustafar A.R.
Alangkah cantiknya kalau filem black & white "Semerah Padi" (seperti di atas) dicolorkan (seperti di bawah)
KETIKA melayari alam maya mencari citra dan data Dev Anand, tiba-tiba melintasi filem colornya "Hum Dono". Saya terhenti dan termenung sebentar, kemudian memori saya berpatah balik (flashback) ke tahun 1969, teringatkan kekecewaan P. Ramlee kerana filemnya "Kanchan Tirana" tidak dicolorkan.
P. Ramlee puashati dengan filem tersebut dari segi cerita, lakonan, sinematografi (dalam bidang luas MerdekaScope), perkelahian, penyuntingan dan lagu-lagu, tetapi dia kecewa kerana tidak dicolorkan.
"Kalau dicolorkan, sudah pasti lebih menarik lagi disamping penyemburan darah akibat perkelahian kelihatan merah dan ini sudah tentulah lebih realistik," kata P. Ramlee selepas filem tersebut di pra-tontonkan.
Sebagai pelakon, P. Ramlee muncul hanya tiga filem color - "Hang Tuah", "Love Parade" (Shaw Brothers Hong Kong) dan "Melanchong Ka Tokyo". Tidak ada satu pun filem arahannya dicolorkan.
P. Ramlee pernah bersuara kepada Shaw Brothers (Runme Shaw dan Run Run Shaw) mahu mengarahkan filem color semasa dia bertugas di Merdeka Studio, tetapi di tolak.
Alasannya, kos perbelanjaan membuat filem color (pada masa itu) terlalu mahal.
Akhirnya, P. Ramlee (sepanjang riwayatnya) tidak dapat menunaikan dua perkara yang ingin dilaksanakannya - mengarah filem color dan menjadi produser filem.
Berbalik kepada "Hum Dono" yang turut dibintangi Sadhana dan Nanda, asalnya black & white (hitam & putih) dan dicolorkan (diwarnawarnikan) yang mana pelancarannya telah dilakukan pada 4 Februari 2011.
Ia merupakan filem Hindi (Bollywood) yang ketiga berbuat demikian selepas "Mughal-E-Azam" (2004) yang dibintangi oleh Dilip Kumar dan Madhubala dan "Naya Daur" (2007) lakonan Dilip Kumar dan Vyjayantimala.
APA KAITANNYA P. RAMLEE DENGAN "HUM DONO"?___
Untuk menjadi produser filem, adalah perkara mustahil P. Ramlee dapat melaksanakannya kerana dia telah meninggal dunia pada 29 Mei 1973, tetapi keinginannya mengarahkan filem color boleh ditunaikan.
Ini bermakna, filem-filem black & white arahan P. Ramlee boleh dicolorkan seperti "Hum Dono," "Naya Daur" dan "Mughal-E-Azam".
P. Ramlee adalah Seniman Agung. 100 atau 1,000 tahun lagi belum tentu dunia filem Malaysia dapat melahirkan seorang lagi seniman sepertinya. Jasanya terhadap dunia filem Malaysia sangat besar dan sangat sukar pula ditandingi.
Justeru itu, Kerajaan Malaysia (menerusi agensinya, Finas) seharusnya mengambil inisiatif berusaha mengcolorkan beberapa filem terbaik P. Ramlee sebagai memenuhi hasratnya mengarahkan filem color.
Mengcolorkan filem black & white, bukan perkara baru. Di Hollywood banyak filemnya, (terutama yang sudah diiktiraf sebagai klasik) asalnya hitam & putih, telah dicolorkan yang dikenali sebagai computer-colored version.
Antaranya,
(sumber: alam07shah)
(sumber: ibliscun05)
(sumber: gcloudweb)
(sumber: dwniss)
(sumber: amirah1975)
Lima klip video (black & white dan color) P. Ramlee - "Semerah Padi", "Love Parade" dan "Hang Tuah"
FILEM MALAYSIA DALAM COLOR___
Petikan dari buku Filem-Filem P. Ramlee
Filem Melayu pertama dicolorkan (Gevacolor), "Buloh Perindu," keluaran Cathay Keris dan diarahkan oleh B.S. Rajhans.
Filem keluaran tahun 1953 ini dibintangi oleh Rusini, Shariff Medan, Bakar Ruddin, S. Alaton, Yem, Nosiah Yem dan Raden Sudiro.
Bagaimanapun, sebelum berpindah ke Cathay Keris dari MFP, filem B.S. Rajhans "Raja Sahari" yang dibintangi D. Harris, Sa'adiah dan Rosnani juga dalam color tetapi sedikit saja.
Dalam tahun 1956, K.M. Basker telah diberi kesempatan mengarahkan filem "Ribut" dalam color (Gevacolor) sebagai percubaan.
Bagaimanapun, filem tersebut ditayangkan terkemudian dari "Hang Tuah" (Eastmancolor) yang diarahkan oleh Phani Majumdar.
Selepas itu disusuli pula "Long House" ("Rumah Panjang", 1957) yang dibuat penggambarannya dalam Eastmancolor di Sarawak dengan bintang utamanya Luli dan Kenny Buchman.
Selepas itu (1958), Cathay Keris melangkah setapak lagi dengan memilemkan novel Harun Amirnur Rashid "The Virgin of Borneo" ("Chinta Gadis Rimba") yang diarahkan oleh L. Krishnan dengan lakonan S. Roomai Noor, Narang dan M. Amin.
Kemudian disusuli pula "Mahsuri" (B.N. Rao, 1958) yang dibintangi oleh Kasma Booty, S. Roomai Noor, Noordin Ahmad dan Mahmud June.
MFP pula meneruskan usaha mengcolorkan beberapa filem lagi - "Melanchong Ka Tokyo" dan "Raja Bersiong" (juga berbidang luas ShawScope).
"Nora Zain Ajen Wanita 001" (1967) juga dibuat dalam color dan bidang luas tetapi ia bukan filem MFP tetapi keluaran Shaw Brothers Hong Kong.
Begitu juga "Bayangan Ajal" (1969) dan "Jurang Bahaya" (1969). Keduanya filem Shaw Brothers Hong Kong bukannya filem MFP.
Sebagaimana yang diketahui, banyak filem klasik barat (Hollywood) asalnya dalam black & white telah dicolorkan apa yang dikenali sebagai computer-colored version.
Di India 2004, "Mughal-E-Azam" (1960, asalnya 15% saja color) telah dicolorkan keseluruhannya yang mana tercatat dalam sejarah dunia filem merupakan filem pertama dibuat untuk tayangan di panggung wayang kerana filem-filem barat yang dicolorkan hanya untuk tv dan home video saja.
Usaha mengcolorkan "Mughal-E-Azam" ini atas inisiatif Indian Academy of Arts and Animation (IAAA), dan Finas seharusnya mengikuti jejak IAAA berusaha mengcolorkan filem-filem arahan terbaik P. Ramlee.
Ada empat filem P. Ramlee yang dikira menarik untuk dicolorkan,
Buat permulaan, usaha patut dibuat mengcolorkan "Semerah Padi" yang boleh dianggap sebagai filem arahan P. Ramlee yang terbaik dari semua filem yang diarahkannya.
"Sumpah Orang Minyak" pula sekiranya tidak dapat dicolorkan keseluruhannya sebahagian pun cukuplah iaitu sepanjang adegan ketika Si Bongkok (P. Ramlee) berada di alam orang bunian seperti "Wizard of Oz" yang dibuat black & white (dunia nyata) dan color (alam fantasi).
"Panca Delima" dan "Antara Dua Darjat" boleh dicolorkan kalau "Semerah Padi" dan "Sumpah Orang Minyak" berjaya dan mendapat sambutan baik terutama dari segi pasaran.
Kos mengcolorkan filem back & white sememangnya mahal, tetapi sebagai mengenang jasa P. Ramlee ada baiknya usaha tersebut dilakukan supaya impiannya selama ini terlaksana juga akhirnya.
BERAPA KOS FILEM BLACK & WHITE DICOLORKAN___
US$100 = RM$300
1 minit = US$3,000 = RM$9,000
100 minit = US$300,000 = RM$900,000
Mengikut lapuran Popular Mechanics pada tahun 1978, perbelanjaan mengcolorkan filem black & white US$3,000 (RM$9,000) 1 minit. Ini bermakna (masa tayangan "Semerah Padi" 100 minit) perbelanjaannya US$300,000 (RM$900,000).
Paling tidak, satu filem P. Ramlee yang mahu dicolorkan sekurang-kurangnya memerlukan lebih RM$1,000,000.
Itu, 34 tahun yang lalu. Harga kini tidak dapat dipastikan samada ianya lebih mahal atau pun lebih murah.
SIAPA HARUS MEMBIAYAINYA?___
Finas. Jika Finas keberatan membiayai perbelanjaan sepenuhnya (hanya sanggup sebahagian saja dengan alasan tiada peruntukan), bolehlah diminta bantuan Petronas, Astro, RTM, TV3, syarikat filem, syarikat perniagaan, bank dan sebagainya.
Setakat RM1,000,000 untuk memproses filem "Semerah Padi" itu boleh diperolehi jika ada kesedaran dan kemahuan dari semua pihak.
TABUNG AMANAH P. RAMLEE PERLU DI WUJUDKAN___
Tabung ini tidak perlu ramai anggutanya, 5 orang pun cukup. Tugas mereka, disamping mengkaji dan menilai "Semerah Padi" yang mahu dicolorkan, berunding dengan pihak Shaw Brothers (tuanpunya hak cipta) untuk mendapatkan kebenaran mencolorkannya.
Kemudian, mereka berurusan pula dengan syarikat pengcolor filem terbaik samada di Amerika Syarikat, Eropah, India, Jepun, Hong Kong atau di mana-mana saja.
Mereka juga, mengawasi segala peracangan berjalan lancar dengan menggunakan peruntukan yang diperolehi semata-mata bertujuan mengcolorkan filem "Semerah Padi" bukan atas sebab-sebab lain.
TAYANGAN PERDANA "SEMERAH PADI"___
Apabila berjaya dicolorkan, satu Tayangan Perdana (di Cineplex pilihan) patut diadakan dengan mengundang DYMM Yang Dipertuan dan Raja Permaisuri Agong serta YAB Perdana Menteri dan isteri.
Segala pendapatan tayangan tersebut boleh dimasukkan ke dalam Tabung Amanah P. Ramlee.
HASIL PENDAPATAN PENGCOLORAN "SEMERAH PADI"___
Hasil pendapatan mengcolorkan filem "Semerah Padi" boleh juga diperolehi dari Singapura, Brunei dan mungkin juga Indonesia dan Filipina.
(sumber: teremerephere)
(sumber: teremerephere) Hum Dono
Data Mengcolorkan Filem "Hum Dono"
* Sumber: Hum Dono Rangeen (Navensh)
(sumber: abstractstv)
(sumber: elvispresleyonline) Love Me Tender
(sumber: toniusa83)
(sumber: kirankafe) Mughal-E-Azam
(sumber: badmuthahubbard)
(sumber: supersecertp) It's A Wonderful Life
(sumber: unisysmusic)
(sumber: teremerephere) Naya Daur
(sumber: 7dc)
(sumber: jiggawoo) The Longest Day
(sumber: nologorecords)
(sumber: blackleaf3) Angel And The Badman
(sumber: barracudacool)
(sumber: johnwaynemovie) Stagecoach
(sumber: myfilmblog)
(sumber: joycollector) A Patch Of Blue
(sumber: stockton66)
(sumber: pulench) Tortilla Flat
(sumber: kaulei89)
(sumber: monikllie) Casablanca
* Sekiranya, masih menghadapi masalah dari Finas atau mana-mana pihak yang keberatan mengeluarkan perbelanjaan mengcolorkan "Semerah Padi", rakyat Malaysia sendiri boleh mengeluarkan peruntukan (RM10 seorang) membiayainya. Rakyat Malaysia kini, kira-kira 28 juta orang. Kalau satu juta menderma RM10, RM10,000,000 sudah boleh diperolehi. Dengan sejumlah itu, "Semerah Padi" sudah boleh dicolorkan. Bukan itu saja, ia juga boleh dicinemascopekan seperti "Hum Dono".
# Update akan dilakukan dari masa ke masa.
Sebelum pemblog En. Mustafar AR menulis milis ini, lama dulu saya telah terbaca & mengetahui tentang filem-filem klasik hitam-putih (b/w) Hollywood & India (Hindi & Telugu) yang telah diwarnakan (colourised). Malah, saya pernah menonton filem "colourised" Hollywood di tv Singapura. Memang benar, filem-filem b/w Hollywood diwarnakan hanya untuk rakaman DVD & TIDAK ditayangkan di pawagam. Manakala filem b/w India diwarnakan untuk tayangan umum, kemudian barulah di-DVD-kan. Kalau boleh, diharapkan filem-filem klasik Melayu yang ada nilai dapat diwarnakan seperti mana yang dilakukan di Hollywood & India. Filem-filem klasik dari negara mana sekalipun - sama ada yang berwarna atau b/w yang diwarnakan - memang istimewa daripada filem-filem baru hari ini, kerana yang klasik mempunyai nilai "eksklusif" sedangkan filem berwarna hari ini adalah "common" (lumrah) saja nilainya. Filem-filem P.Ramlee yang bercorak purbawara seperti "Semerah Padi" & "Sumpah Orang Minyak" jika diwarnakan & ditayangkan semula di pawagam memang mempunyai nilai komersial 'box-office'. Begitu juga dengan filem moden "Madu 3" dan "Ibu Mertua Ku". Kalau daripada Cathay-Keris, saya rasa filem purbawara "Raden Mas", "Tun Fatimah" atau "Badang" & filem moden "Rumah Itu Dunia Ku" berpotensi untuk tayangan semula di pawagam.
ReplyDeleteTidak perlulah filem-filem berbidang biasa ini dilebarkan kepada bentuk "cinemascope" seperti "Hum Dono", kerana jika ia diwarnakan saja sudah memadai untuk menjadikannya menarik seperti "Mughal E-Azam" kerana jika dalam cinemascope, susah pula untuk ia ditayangkan di tv kelak.
TRIVIA:
(1) Jika ia tidak hilang, "Perwira Di-Lautan Tedoh" (lakonan Ahmad Mahmud) sepatutnya dimahkotakan sebagai filem Melayu pertama yang dibuat dalam warna-warni tetapi "Buloh Perindu" (BP) telah mengambil tempatnya. BP juga kini telah hilang kerana menurut cerita, semasa setor di studio Cathay-Keris di Jalan Buloh Perindu, East Coast Road terbakar, mastercopy filem ini turut termusnah.
(2) Baru saya tahu rupa-rupanya filem "Raja Sahari" keluaran Shaws MFP dibuat dalam bentuk 'partly in colour' (beberapa adegan dibuat berwarna). Adakah filem ini masih wujud dan boleh diperolehi? Pernah saya terbaca sebuah rencana yang mengatakan bahawa filem "Semerah Padi" dibuat dalam bentuk 'partly in colour' & ia pernah ditayangkan di Mesir.
Filem-filem yang dibuat dalam bentuk 'partly in colour' memang terdapat di India dulu. Antaranya ialah filem "Mughal E-Azam", "Aasha", "Nadoddi Mannan" (Tamil) dll.
Cadangan untuk mewarnakan filem-filem monochrome atau hitam-putih (b/w) klasik Melayu adalah suatu topik yang amat menarik dan menyeronokkan. Seperti yang pemblog kita cadangkan, nilai estetik & komersial "Semerah Padi" dapat dijanakan kembali dengan mewarnakan filem ini. Tentu lebih bagus lagi jika ia dapat di"cinemascope"kan & dinaiktarafkan kesan bunyinya kepada sistem dolby, seperti filem "Hum Dono". Malah "Hum Dono" bukan setakat diwarna, di"cinemascope"kan & diberi sistem dolby, tetapi ia juga terdapat dalam versi 3D dengan diberi jodol "Hum Dono Rangeen". Tetapi, janganlah kita terlalu berharapan menggunung tinggi untuk meminta atau berbuat itu dan ini. Sekadar ia diwarnakan saja sudah mencukupi kerana takut-takut, pulangan "box-office" yang diharapkan akan menjadi seumpama 'benih yang disemai tidak menjadi'! Sebagai contoh, antara tiga filem Hindi yang diwarnakan, hanya "Mughal E-Azam" (diedarkan pada 2004) yang mendapat sambutan meluas. Itu pun kerana golongan "lama" menontonnya dek sentimen nostalgia manakala golongan "muda" sekadar mahu melihat bagaimana teknologi pewarnaan sinematografi dapat diaplikasikan bagi menukar filem monochrome kepada warna. "Naya Daur" (2007) & "Hum Dono" (2011) yang terhebat sekali dari segi teknikal ('colour, scope, dolby & 3D') mendapat sambutan yang lesu. Kini, sebuah lagi filem Hindi 1962 yang diwarnakan, "Sahib Bibi Aur Ghulam" sedang menanti dalam debaran untuk diedarkan dan ia mungkin akan senasib dengan ND & HD kerana generasi muda mendapati penceritaan filem-filem lama ini "lembab", membosankan & tidak "cool" bagi selera muda generasi X & Y!
ReplyDeleteterima kasih kepada dua pengkomen yang telah memberi pendapat masing-masing mengenai cadangan saya untuk mencolorkan filem p. ramlee, "semerah padi".
ReplyDeletekomen mengenai perkara ini saya bukakan sehingga 15 februari 2012, selepas itu saya akan menilai dan mengkaji setiap komen yang dberikan.
kemudian saya akan menggulung semua komen yang diterima dan menyiarkannya pada suatu masa yang akan ditetapkan nanti.
kerana topik ini sangat menarik, saya mengambil keputusan untuk menghadiahkan satu buku "filem-filem p. ramlee" (berharga rm79.00) untuk tiga pengkomen yang memberi pendapat yang dianggap menarik dan memberi manfaat.
oleh yang demikian, kepada pengkomen yang menggunakan anonymous, diharap catatkan nama (nama samaran pun tidak mengapa) di bawah komen.
- mustafar a.r.
Seperti yang kita tahu, tidak banyak filem Melayu klasik yang dibuat berwarna. Jika di Hollywood, filem-filem klasiknya sering dibuat dalam bentuk "colourscope" (berwarna & berbidang 35mm). Ada kalanya, ditambah dengan sistem bunyi stereophonic. Di negara-negara Asia pula, rata-rata filem-filem lamanya yang berwarna dibuat dalam bidang biasa (16mm) saja. Tetapi Hongkong mendahului India kerana ciri "colourscope" menjadi kelaziman filem tahun-tahun lewat 1960annya. Bollywood mula menaiktarafkan semua filemnya kepada bentuk "colourscope" pada pertengahan 1980an. Dalam industri perfileman Melayu, syarikat Cathay-Kerislah yang mendahului Shaws MFP dengan filem berwarna ("Buloh Perindu", "Mahsuri") atau berbidang luas (walaupun b/w) seperti "Sumpah Pontianak" & "Anak Dara". Cathay-Keris tidak pernah menggunakan teknik "colourscope". Satu-satunya filem "colourscope" Shaws MFP ialah "Raja Bersiong". "A Go Go 67" hanya dalam bentuk Shawscope saja. Shaw Merdeka studiolah yang paling banyak membuat filem b/w berbentuk "cinemascope". Tetapi 90 peratus daripadanya gagal di box-office. Jelas, penonton lebih seronok dengan filem berwarna 16mm daripada filem b/w "cinemascope" 35mm. Tetapi, "colourscope" saja tidak menjamin kejayaan box-office. Misalnya, filem Merdeka studio yang berjodol "Rahsia Hati" mendapat sambutan lesu (mungkin kerana penceritaan, plot, gandingan para pelakon, mutu pengarahan/lakonan & teknik persembahan yang lemah & hambar). Filem arahan Naz Achnas ini dibintangi oleh Sharifah Hanim, M. Amin, Maznah Ahmad, Merdekawati, Gary Gideon & Ali Rahman. Jika dibandingkan, filem b/w 35mm "Asmara Kirana" garapan Naz Achnas adalah jauh lebih menarik. Jika tidak silap, filem "Cinta dan Lagu" berbentuk "colouscope" Merdeka studio pun gagal. Mungkin kerana ia adalah filem muzikal bercorak "broadway" yang bukan menjadi santapan masyarakat Melayu. Filem muzikal biasa tentu mendapat sambutan dengan syarat, lagu-lagunya mestilah menarik & sedap didengar.
ReplyDeleteContoh mewarnakan filem b/w klasik tempatan secara eksperimen boleh kita lihat hasilnya yang cantik di You-Tube. Babak berwarna selama beberapa saat itu telah dimuatnaikkan oleh "Ramlee82" & "Aznhamzah". Pergilah ke You-Tube, taipkan "Ibu Mertua-ku in Colour" & tekan butang "search". Tetapi, pada hemat saya, kalau hendak diwarnakan saja atau di"colourscope"kan sesebuah filem b/w klasik Melayu, utamakan yang bercorak purbawara daripada yang moden. Ini kerana filem purbawara mempunyai ciri "timelessness" (tiada batas waktu). Misalnya, "Semerah Padi", "Raja Laksemana Bentan", "Kanchan Tirana", "Raden Mas", "Bawang Puteh Bawang Merah", "Anak Buloh Betong", "Dang Anom", "Keris Sempena Riau" dll. Filem moden seperti "Antara Dua Darjat", "Rumah Itu Dunia-ku" & "Ibu Mertua-ku", belum tentu mendapat sambutan & pulangan modal kerana ia berciri "kontemporari di zaman pembikinannya" yang boleh dianggap oleh generasi hari ini sebagai lembab, tidak relevan, dsbnya. Kalau filem komedi (moden), satu-satunya yang saya yakin PASTI berjaya - jika diwarna & diedarkan semula di pawagam - ialah "MADU TIGA" (M3). M3 sudah ditayangkan berulang-ulang kali di banyak stesen tv di Malaysia, Brunei mahupun Singapura -terutamanya di musim-musim hari raya. M3 memang bersifat malar segar (evergreen). Cerita, plot & komedinya digemari oleh semua peringkat usia. Sebagai kayu ukuran & contoh, pada awal tahun-tahun 2000, M3 telah ditayangkan semula oleh sebuah badan amal di pawagam 5-bintang, Cathay Singapura di Handy Road (walhal filem ini adalah keluaran Shaw) untuk mengutip derma. Sambutannya amat menggalakkan daripada golongan tua hinggalah yang muda. M3 berpotensi untuk mendapat sambutan box-office jika ia diwarna & ditayangkan semula di pawagam. Jika diminta pihak Pertubuhan Shaw & Cathay untuk membiayai filem-filem b/w klasik Melayu produksi mereka, sudah tentu permintaan ini tidak akan dilayan atas alasan kos. Alangkah bagusnya jika dua makmal warna di KL - yakni Makmal Warna P.Ramlee milik Filem Negara Malaysia & Gaya Colour Lab. milik Dato' L. Krishnan - mempunyai teknologi & kepakaran canggih untuk mewarnakan filem b/w lama kita. Proses mewarnakan filem b/w kini menjadi perusahaan utama syarikat Legends Films milik Barry Sandrew in San Diego, Amerika Syarikat kerana mereka mempunyai alat-alat, pakar & juruteknik yang mahir dalam bidang ini.
ReplyDeleteTindakan Shaw Brothers
ReplyDeleteterhadap P. Ramlee dari dulu
lagi memang menyakitkan hati.
Semasa di Merdeka Studio, P. Ramlee
nak buat filem "Hidayah" dalam
color tapi ditolak, terpaksalah
dibuatnya "Laxmana Do Re Mi"
yang boleh dianggap sebagai teruk.
Bila P. Ramlee meninggal dunia,
sumbangan mereka hanyalah RM1,000.
Padahal, dizaman kecemerlangnya,
P. Ramlee telah menghasilkan pendapatan
lumayan yang membuatkan Shaw Brothers
menubuhkan empirenya hingga terkenal
ke seluruh dunia termasuk USA.
Kini bila, AJK Amanah Tan Sri P. Ramlee
mahu memenuhi impiannya untuk
mengcolorkan "Semerah Padi"
senang-senang saja, mereka tolak.
Apa punya empire dah...
- Sulaiman Muhammad, Kangar, Perlis.
Selagi Shaw Brothers pegang hak filem2 P.Ramlee selagi itulah filem klasik beliau tidak akan dapat diwarnakan kerana tiada approval....entah kenapa filem2 P.Ramlee ini mereka tidak benarkan ianya diwarnakan.....
ReplyDeleteSEMOGA BERJAYA INI ADALAH IMPIAN TAN SRI P RAMLEE
ReplyDelete