Tribute... A.R. Ismail (8/10/1929-15/1/1995) Pencipta Lagu Yang Tidak Patut Kita Lupakan (Update: 24/11/2016)

1. Bisikan Hati 2. Senja Berulang Senja 3. Dimanakah Cintamu 4. Aku Kecewa 5. Berikan Ku Sinar Harapan >> Kliks Disini

Monday, February 27, 2012


GELORA (1970)

HANYA SESUAI UNTUK ORANG DEWASA
Teks & Foto: Mustafar A.R.
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



Lima gambar lakonan pembawa watak utama, P. Ramlee, Sarimah, Arman Yadi dan Isma Rubee

MERDEKA FILEM SETUDIO Mempersembahkan GELORA (The Gale) Karya OSMAN ABADI P. RAMLEE SARIMAH ARMAN YADI Dengan IDRIS HASHIM AHMAD DADIDA MINAH HASHIM NORSIATI MINAH YEM SHARIFF BABOO Memperkenalkan ISMA RUBEE MARIATI ABDUL RAHMAN BAB MUSTAFFA Pelakun Kechil S. NORAINI ZURAIDAH SULAIMAN Teknik Fotografi SIEW CHAN WAH Rakaman Awal ANUAR YUSOFF Rakaman Akhir TAN CHUA HOON Art Director ABD. HAMID AZIZ Filem Editor JOE IBRAHIM PENOLONG2 Pengarah, sambongan BAKAR JAFFAR Camera AMIN ZAA Editor JOHAN IBRAHIM Make-Up ROKIAH OSMAN Penchitak ROSALIND TEOH Artis ESA AHMAD Screen Play, Dialog P. RAMLEE OSMAN ABADI Kugiran DENDANG IRAMA Kugiran BEN PUTEH 4 Kugiran P. RAMLEE ORKES Lagu2, Gurindam dan Arrangements P. RAMLEE a.m.n. Directed P. RAMLEE a.m.n.

Credit title seperti tercatat dalam filem
Tahun diedarkan: 1970 (30 November)
Masa tayangan: 107 minit (lebih kurang)

JALAN CERITA___

Kuala Lumpur: Rizman sangat dibenci oleh ibu tirinya kerana dia (sewaktu kecil) menyebabkan kematian adik tirinya. Oleh kerana tidak tertahan lagi dengan kata-kata nista dan celaan ibu tirinya itu, Rizman keluar rumah meninggalkan ayahnya serta dua orang adiknya. Rizman berhasrat untuk ke Singapura.

Sebelum peristiwa itu, Rizman bersama teman wanitanya (Ruby) menghadiri parti kemudian Ruby mengajak Rizman makan malam di rumahnya. Rizman diperkenalkan oleh Ruby kepada ibunya (Rima Murni).

Di Stesen keretapi, Rizman bertemu dengan Rima yang kebetulan menghantar Tengku Zaman menaiki keretapi. Bila Rizman menyatakan hasrat mahu ke Singapura Rima menghalang dan mencadangkan supaya Rizman tinggal bersamanya dan juga Ruby.

Dalam pada itu, di tempat kerja Ruby mendapat bos baru (Rozaiman). Rozaiman yang pertengahan umur tertarik dengan Ruby dan cuba memikatnya tetapi Ruby tidak melayannya kerana dia cintakan Rizman.

Apabila tinggal dalam satu bumbung, perhubungan antara Rizman dengan Rima semakin erat.

Semasa begitu gembira dan ingin menunjukkan surat yang dia telah lulus ujian memandu kereta, Rizman termasuk ke bilik Rima di mana Rima ketika itu berada dalam keadaan menggairahkan.

Rizman terpegun dan kegairahan. Seperti "pucuk dicinta ulam mendatang," Rizman menghampiri ke katil Rima di mana dia sedang berbaring dan menyuruh Rizman memicit badannya.

Rizman tidak "bertepuk sebelah tangan." Berlakulah perzinahan dan sejak itu, perhubungan antara Rizman dengan Rima (ibu kekasihnya, Ruby) semakin erat dan keterlanjuran terus berlaku tanpa disedari oleh Ruby.

Dalam usahanya memikat Ruby, Rozaiman tidak putus asa. Setelah di desak beberapa kali akhirnya Ruby setuju makan malam dengannya.

Ketika makan malam itulah Rozaiman menyatakan cintanya kepada Ruby tetapi di tolaknya dengan alasan dia setia dengan Rizman.

Di panggung wayang, Mustabab (berdendam dengan Ruby kerana Ruby tidak melayannya) bersama dua orang kawannya terserempak dengan Rizman dan Rima.

Ini telah dipergunakan oleh Mustabab membalas dendamnya terhadap Ruby. Mustabab memberitahu Ruby, Rizman sudah ada girlfriend baru. "Mother, you," katanya. Ruby tersentak, "Mother, I."

Bagi mempastikan kata-kata Mustabab itu benar, pulang ke rumah Ruby buat siasatan. Ruby terperanjat apabila mendapati Rizman dan Rima sedang bercengkerama dibilik Rizman.

Dengan perasaan kecawa dan hampa, Ruby pergi ke rumah Rozaiman dan menawarkan untuk menjadi perempuan simpanan Rozaiman. Bagi Rozaiman pelawaan Ruby seperti, "orang mengantuk di sorongkan bantal".

Kekerapan Rima keluar malam dan pulang di waktu pagi, menyebabkan Rizman (yang mencintai Rima sepenuh hati) sentiasa berada dalam kerisauan. Rizman mencurigai kesetiaan Rima terhadapnya.

Rizman marah dan merajuk tetapi kerana Rima pandai memujuk dan menggoda, Rizman berlembut dan mengalah. Perhubungan Rozaiman dan Ruby pula semakin bertambah erat. Ruby tidak payah bekerja tetapi dia tetap mendapat gaji tiap-tiap bulan.

Kemudian Rizman diracuni fikirannya oleh Mustabab dan dua orang teman setianya. Dia mengajak Rizman pergi ke sebuah rumah di mana Rima sering berkunjung.

Mustabab menyuruh Rizman memanjat sebatang pokok dan dari situ dia dapat menyaksikan Rima sedang melayan nafsu seorang tua.

PEREMPUAN SIMPANAN

Apabila pulang, Rima di tempelak oleh Rizman dan mengugut akan meninggalkannya. Kerana merasakan yang dia sangat cintakan Rizman dan kini sudah mendapat lelaki pujaannya dan dia mahu berkahwin dengan Rizman, Rima menceritakan kedudukan sebenar kepada Rizman.

Menurut cerita Rima, dia berasal dari Sumatera Utara. Dia jatuh cinta dengan seorang pemuda bernama Rozaiman. Hasil percintaan mereka, Rima telah berbadan dua mengandungkan Ruby.

Rozaiman tahu yang dia telah mengandung tetapi dia tidak mahu bertanggungjawab lalu melarikan diri dari kampung. Dia kemudian di usir dari kampung dan dengan pertolongan dua tiga orang yang bersimpati dengannya, Rima datang ke Malaysia.

Apabila Ruby di lahirkan, dia menjadi perempuan simpanan Tengku Zaman yang telah memberikannnya kehidupan yang mewah.

Tanya Rizman, kalau begitu mengapa Rima tidak berkahwin saja dengan Tengku Zaman. Menurut Rima, Tengku Zaman berkahwin mengikut undang-undang mahkamah. Mahkamah tidak membenarkannya berkahwin lebih dari satu.

Rima meminta Rizman bersabar kerana Tengku Zaman telah tua, tidak lama lagi dia akan mati. Kalau dia mati setidak-tidaknya separuh (atau pun suku) daripada hartanya akan dimilikinya.

Bagaimanapun, Rizman meninggalkan Rima menyebabkannya tidak dapat menerimanya. Rizman pergi menemui Ruby untuk kembali ke pangkuannya tetapi dihujung pistol, Ruby menolak.

Setelah berfikir panjang, Rima kemudian pergi menemui Tengku Zaman dan menyatakan yang dia mahu memutuskan perhubungannya dengan Tengku Zaman kerana dia sudah pun bertemu dengan lelaki pujaannya.

Terkejut dengan tindakan Rima itu, Tengku Zaman diserang penyakit jantung lalu meninggal dunia.

Rizman kemudian bertunang dengan Haryati (teman wanitanya) dan sempena dengan pertunangan tersebut satu majlis tari menari diadakan.

Rima turut hadir. Dia kemudian berhadapan dengan Rizman dan Haryati dan meminta Rizman kembali kepangkuannya semula.

Perbuatannya itu memarahkan Haryati yang menyebabkan Haryati mengeluarkan perkataan "perempuan lacur." Rima tersangat marah lalu mengambil keris yang ada didinding lalu menikam Haryati.

Apabila Rizman enggan pulang kepadanya dan menyatakan juga Rima "perempuan lacur," dia menikam Rizman pula. Rizman dan Haryati mati disitu juga.

Selepas itu, Rima pergi menemui Ruby dengan keris berlumuran darah. Semasa pertemuan itu, Ruby memperkenalkan kekasihnya yang bercadang untuk berkahwin dengannya.

Apabila bertemu, masing-masing terperanjat dan dengan tidak disedari Rima mencapai pistol yang ada di situ lalu menembak Rozaiman. Rozaiman mati.

Rima kemudian memberitahu Ruby katanya, "Aku tak mau kau kahwin dengan orang itu, Ruby. Dialah Rozaiman. Bapak, kau."

Rima menelefon polis dan membuat pengakuan telah membunuh Rozaiman, Rizman dan Haryati. Rima menunggu kedatangan polis, dia mahu menyerah diri.


Bab Mustaffa dan Norsiati

Arman Yadi, Bab Mustaffa, Ramli Ismail dan N.S. Sulaiman

Mariati Abdul Rahman dan Arman Yadi

Sarimah dan Nor Jin sebagai Tengku Zaman



ULASAN & KRITIKAN___

Filem ini tidak lahir sekiranya P. Ramlee tidak bertengkar dengan Osman Abadi.

Menurut ceritanya, P. Ramlee ketika mula-mula mengenali Osman Abadi (pengarang kanan di Utusan Melayu ketika itu) telah dikecam oleh P. Ramlee kerana wartawan hanya pandai menghentam orang-orang filem terutama filem-filem arahannya.

"Dia orang cakap senang, tahu hentam saja. skrip lemah, arahan lemah. Tapi siapa ada antara wartawan yang ada yang bagi skrip bagus pada saya," kata P. Ramlee.

Mendengarkan kata pedas tersebut terkeluar kata Osman Abadi, "Bagaimana kalau saya buat skrip Encik Ramlee boleh terima ke?"

"Boleh, dengan syarat skrip misti bagus. Bila Encik Osman nak bagi," kata P. Ramlee.

"Malam esok di studio ni," jawab Osman Abadi.

Malam esoknya (kira-kira jam 10.00) Osman Abadi datang, lalu bercerita di depan P. Ramlee berdasarkan nota yang ditulisnya di sekeping kertas.

Ketika mendengar cerita Osman Abadi, P. Ramlee hanya memejamkan matanya. Osman Abadi sendiri tidak tahu samada P. Ramlee mendengar ceritanya itu atau pun tidak.

"Selepas bercerita, P. Ramlee tidak berkata sepatah pun apakah cerita saya itu bagus dijadikan filem atau pun tidak," kata Osman Abadi.

Melihatkan wajahnya, Osman Abadi yakin ceritanya itu tidak akan diterima.

Esoknya, Osman Abadi menerima telefon P. Ramlee yang memintanya menulis 'rough idea' cerita yang diceritanya itu. P. Ramlee memberi masa seminggu untuk Osman Abadi menyudahkannya.

Bagaimanapun, Osman Abadi hanya dapat menyudahkannya dua minggu kemudian. P. Ramlee sendiri menyusun cerita dan lakonlayarnya manakala Osman Abadi menyusun dialognya.

Bermula dari situlah lahirnya filem ini yang dirangkumkannya dengan lagu popular ciptaanya - "Gelora" petikan filem "Seniman Bujang Lapok."

Bolehlah dikatakan filem ini sebuah drama berat yang tidak ada komedi langsung. Dari awal hingga akhir ketegangan mencengkam penonton.

Hanya mereka yang berminat dengan filem-filem drama berat dan masih meminati karya P. Ramlee menyukai filem ini.

GOLONGAN REMAJA

Bolehlah dikatakan juga, filem ini hanya sesuai ditonton oleh orang-orang dewasa saja (for adult only) dan boleh juga diagak kenapa filem ini jarang-jarang ditayangkan di tv kerana temanya yang tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja apatah lagi kanak-kanak.

Adegan-adegan menyolok mata, antara Sarimah dan Arman Yadi serta antara P. Ramlee dan Isma Rubee, begitu ketara dan menggairahkan.

Agak menarik juga, dalam vcd dan dvd yang ada sekarang, adegan-adegan tersebut masih kekal dan tidak di gunting dan di potong.

Dari segi persembahan filem ini tidaklah mengecewakan. Arahan dan lakonan pelakon-pelakonnya tetap baik dan memuaskan terutama P. Ramlee dan Sarimah yang memegang watak utama.

Bab Mustaffa (adik seniwati Rosmawati) tidak pernah berlakon sebelum ini. Tetapi dalam filem ini dia telah memperlihatkan mutu lakonan yang sangat baik - bersahaja dan natural

Jika Festival Filem Malaysia (FFM) ada ketika itu, kemungkinan dia memenangi anugerah best leading actor in supporting role (pelakon pembantu lelaki terbaik) adalah cerah sekali.

Bagaimanapun, karekternya (berpasangan dengan Ramli Ismail dan N.S. Sulaiman) tidak jelas.

Mahu dikatakan crook (peranan jahat), bukan. Hendak dikatakan berperanan baik, pun bukan. Mungkin sebagai pengacau (penyibuk), batu api dan menjaga tepi kain orang sesuai untuknya.

Pada keseluruhannya, filem ini menampak penurunan (merosot) P. Ramlee dalam pengarahan filem. Nampak sudah P. Ramlee kekeringan idea atau mungkin juga keadaan dan kedudukannya di Merdeka Filem Setudio  sudah mulai goncang lebih-lebih lagi kontraknya sudah hampir tamat.

Begitupun juga, filem ini masih bertenaga dan mempunyai kekuatan dari segi cerita, arahan dan lakonan terutamanya. Tinggal lagi, sebagaimana yang dikatakan, kisah yang dipaparkan tidak sesuai dengan mentaliti kaum remaja dan kanak-kanak.

P. Ramlee tidak banyak muncul dalam filem ini. Tumpuan utama lebih kepada Arman Yadi (sebelumnya pernah mucul dalam "Keranda Jingga" dan "Perentah Seri Paduka") yang memegang peranan Rizman dan Sarimah sebagai Rima Murni.

Bolehlah dikatakan P. Ramlee sebagai pelakon pembantu dan Arman Yadi hero.

Pada saya, irama dan lirik lagu "Gelora" begitu indah sekali. Tetapi dengan lahirnya filem ini, sedikit sebanyak telah mencemarkan kebaikan dan keindahan lagu tersebut.


COMMENTS & CRITIQUES___

IT CROSSED THE INVISIBLE CODE OF DECENCY!
By Farouk Gulsara
(Blog Rifle Range Boy, 26 August 2012)

The late 60s must have been a bad time for P. Ramlee. The introduction of the idiot box to Malaysia, the glamour of the Hindi films with unbelievably drop dead suave actors and melodramatic stories and melodious songs to match in cinematographic colours, the closure of Jalan Ampas studio due primarily to labour disputes and age issues had its toll in garnering finances for his movie making.

On top of all that, he was the punching bag of ridicule for the local papers for his inability to replicate his previous successes in Singapore here. The bank were not forthcoming for loans either.

P. Ramlee expressed his dismay of Utusan Melayu for constantly belittling his efforts, his stories and his direction. In a sudden twist of events, an editor from this journal, Osman Abadi, came forward to the legend with a script of this story.

After some screenplay changes here and there,' Gelora' materialised. Of course "Gelora" is the name of his favourite song. The background musical score had a heavy dose of the song in instrumental form in various beats - Indian, electric guitar etcetera.

Talking about music, P.Ramlee also to battle it out with the British invasion bands and the emerging pop yeh yeh for popularity. He had to employ 3 various bands for musical score, including a modernized keroncong song sang by Ramlee himself.

This 1970 movie was nostalgic in that it showed certain popular landmark buildings around KL like the Parliament building and the clock tower, a 2-door Fiat 600 with the door hinge at the back, a beetle VW 1300 (BL8785) like the one my Standard 3 master had and a National Jetcycle refrigerator which was a familiar landscape in the more affluent years of our 1-bedroom flat of RRF!

The film starts with thoughts reminiscing a time before the blitz from the Iranian Revolution swept across the globe dividing the world into two - the believers and the nons. 9/11 just tipped the the scale even further!

The credit starts with a dancing crowd gyrating and twisting to a live band in a house party. Girls are willing to dance with their new partner at the wave of the hand, dresses were modern (baby doll, mini skirt) and short at mid thigh level, hair was longer than the dresses and smiles were all around.

English is used freely, I and you are used freely as pronouns in their Malay sentences. Wine and drinks tracks were available in houses. Peck in the cheek seem like an acceptable form of greeting in the film.

Ruby (Isma Rubee) is dancing happily with her boyfriend Rizman (Arman Yadi) only to be disturbed by her sore-loser ex-boyfriend Mustabab (Bob Mustafa) who wrecks the party by his mischief.

Rizman, who has a stormy relationship with his step mother, decides to leave his father's home. Meanwhile, Rizman meets Ruby's mother, Rima Murni (the vivacious Sarimah), when he dines at her home. He is awed by Rima's youth and beauty.

When Rizman decides to leave KL for Singapore, he is coaxed by Rima who met him at the railway station accidentally, to stay at her home.

Rizman, a 21 year old jobless youth, is taught to drive by Rima. After obtaining his driving license, the jubilant Rizman rushes in to Rima's bedroom to thank his teacher.

What he saw changed his life forever! Lying in a compromisingly provocative manner, he is lured by the temptress of a cougar to massage her sore back. When the heat built up, he was told to do the necessary and hence a 'Mrs. Robinson' kind of illicit sexual liaison starts.

This jobless guy continues with his clandestine activity whilst Ruby works diligently as a secretary. Rima and Rizman are spotted at an afternoon matinee show by Mustabab (Ruby's old flame) who spills the beans to Ruby.

Meanwhile, Ruby's office has a new boss, Rozaiman (P Ramlee), a 40 something bachelor who fancies Ruby. Repeated attempts at wooing Ruby proved futile as she wishes to stayfaithful to Rizman.

After Mustabab's squealing, Ruby caught her boyfriend and her mother embraced on bed in an awkward manner. In rebound, she left her maternal house and moved in to her boss' house to stay as a mistress!

Rima and Rizman's sinful union based on lust lands on a rough patch. Rizman was not comfortable with her frequent late night early morning trips dressed to her nines to do her work which paid her bills. A small tiff ensues.

Here, Mustabab emerges again. He coaxes Rizman to go for a drive just to bring him to Rima's alleged workplace. Here, Rima is seen entertaining an old man in bed. Devastated, another confrontation happens back home and the truth is told.

Rima was a young unwed mother from Northern Sumatra who left her abode after the shame. Visibly pregnant poor and hungry, she was ushered into the care of a Tengku Zaman who took care of her so well that she decide to reciprocate her gratitude by staying as his mistress.

An ultimatum was given - "leave him or I will leave". Used to the good luxurious life, Rima hesitates and Rizman leaves. On the rebound, drinking himself to the ground and walking around with his suitcase, Rizman is courted by Hayati, a colleague of Ruby. Pretty soon, they hold their engagement party.

Rima, on the other side, yearning for Rizman's love and longing to be legally married, decides to woo Rizman back to her life at the engagement party. A duel ensues. Rima stabs to death Rizman and Hayati with an decorative dagger displayed on the wall when she is called as a whore.

Rima then goes to see Ruby to say her peace before surrendering to the police. There, she discovers that the man that her daughter has been co-habitating all this while is indeed Rima's jilted boyfriend who absconded when he discovered that she was pregnant. In a fit of rage, she guns him down.

The movie ends with Rima calling 999 and waiting for the arrival of the police...

A full length heavy drama dealing with adult matters that seems to have crossed all boundaries of accepted norms. I am yet to see a film where father and daughter are lovers!

P. Ramlee here acts a supporting actor only whilst the main show is dominated by Sarimah and other new actors. Unfortunately, Arman Yadi (Rizman) and Isma Rubee (Ruby) need to polish on their acting skills.

Bab Mustaffa (Mustabab) is likeable as a villian. The famous Mak Enon with her toothless smile appears briefly in a gambling scene in Rizman's father's house and is memorable in her comedy sketch.

At one time I wondered why the four main characters had their names starting with the letter R and sounded confusing.

Interestingly, a scene was shot at a A&W food outlet. Hey, I did not know that A&W was already around in 1970!

Amir Muhammad, the famous new movie-maker was searching high and low to lay his hands on a copy of the film to review in book but his effort proved to be in vain.

He was probably trying to get a 35mm film copy; mine is a DVD-R copy, a good copy though!


Sarimah dan Norsiati

Isma Rubee dan Arman Yadi

P. Ramlee dan Isma Rubee

Sarimah dan Isma Rubee


(Sumber: Supermasjoko)


(Sumber: Legendafilemmelayu)

Dua klip video dari filem "Gelora"

IRAMA & LAGU___

Disebabkan irama kumpulan gitar rancak (kugiran) begitu mendapat sambutan hangat ketika itu, dalam pengendalian muziknya P.Ramlee mengunakan 3 kugiran - Dendang Irama, Ben Puteh 4 dan P.Ramlee Orkest.

Lagu-lagu yang terdapat dalam filem ini tidak begitu menarik dan itulah sebabnya tidak ada yang popular seperti filem-filem P.Ramlee sebelum ini.

Hanya satu lagu yang agak menarik dan seronok didengar, "Apa Guna Bersuami Muda", berirama keroncong yang disampaikan oleh Tamam Idris menggunakan suara P.Ramlee (sila lihat video).

FAKTA & ANGKA___

* Filem pertama P.Ramlee mengambil cerita karya Osman Abadi (wartawan Utusan) sebagai filem arahannya.
* Filem pertama lakonan Bab Mustaffa, Isma Rubee dan Mariati Abdul Rahman, maksudnya ada peranan. Mariati Abul Rahman kemudian menjadi menantu P.Ramlee apabila Nasir P.Ramlee berkahwin dengannya, tetapi kemudian bercerai.
* Filem ketiga P.Ramlee mengambil Sarimah berlakon di Merdeka Film Productions selepas "Kanchan Tirana" dan "Dr.Rushdi".
* Filem pertama lakonan Arman Yadi dibawah arahan P. Ramlee. Arman Yadi diperkenalkan oleh Omar Rojik dalam filem arahannya, "Keranda Jingga", berlakon bersama Ed Osmera dan Norsiati.
* Nama sebenar Bab Mustaffa ialah Mustafar bin Baba, tetapi diubah oleh P.Ramlee kepada Bab Mustaffa berdasarkan satu karakter yang terdapat dalam cerita 1001 malam ("Ma'aruf Tukang Kasut dan Isterinya Fatimah"), Baba Mustaffa.
* Bab Mustaffa yang turut membintangi filem "Kisah Seorang Biduan" (arahan M.Amin) dan "Pertentangan" (Salleh Ghani) meninggal dunia ketika umurnya masih muda. Tarikh sebenar tidak diperolehi tetapi diawal tahun 2002.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.







79 comments:

  1. assalam.... filem ni mana nak cari...? tak penah jumpa pun skrang....?

    ReplyDelete
  2. walaupun filem "gelora" ini hanya sesuai untuk orang dewasa, namun suatu ketika dulu pernah juga ditayangkan di tv.

    music valley yang mengedarkan filem-filem melayu klasik shaw's mfp, cathay keris dan merdeka film setahu saya, tidak pernah memasarkan filem tersebut.

    tidak diketahui sebabnya. tetapi mungkin kerana adegan-adegan yang menggairahkan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang boleh ditonton di YouTube..sambil menonton try download and save kt hard drive.

      Delete
  3. Salam En. Mustafar,

    Menurut penelitian saya, watak Tengku Zamal itu dipegang oleh Noor Jin. beliau juga orang yang sama memegang watak sebagai 'Atuk' kepada Rose Yatimah dalam filem Anak Bapak. Cuma dalam filem Gelora, namanya tidak diletakkan dalam 'title credit'.

    Oummar

    ReplyDelete
    Replies
    1. yakah sdra oummar?
      nanti saya semak dan
      seterusnya buat pembetulan.
      terima kasih.

      Delete
    2. ya, betul sdra oummar.
      pembetulan sudah dibuat.
      terima kasih.

      Delete
  4. Alamak, betulkah memang tak ada dijual filem ini ? Alangkah ruginya... :-(

    Ada seseorang telah memuat naik sedutan filem ini di You Tube. Saya fikir ianya ada dijual...tetapi mungkin orang itu pernah merakamnya sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sejahtera sdra akmal.
      sepanjang yang saya tahu
      vcd/dvd "gelora" tidak pernah
      berada dipasaran.
      music valley pun tak pernah jual.
      ia masih wujud, tidak seperti
      "si-tora harimau jadian"
      yang boleh dianggap sudah hilang.
      "gelora' memang sukar diperolehi
      dan ia hanya dimiliki oleh
      kalangan orang2 tertentu saja.

      Delete
  5. salam..saya ada full video filem ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah.
      diharap sdra uda dapat
      berkongsi dengan sdra akmal
      atau sesiapa saja
      yang memerlukannya.

      Delete
    2. bolehkan saya dapatkan filem gelora lama sudah saya cari..saya amat meminati cerita p.ramlee

      email saya qayyum_1119@yahoo.com

      Delete
    3. saya mengumpul filem2 lama p.ramlee di Merdeka filem Studio...lama saya cari filem gelora ini... teringin nak tengok...

      email saya:kasmhg@gmail.com

      Delete
    4. Assalam... En Uda...kalau boleh share lah citer ni...mak saya nak tgk lama dah cari...email saya mimah51@gmail.com...

      Delete
    5. Salam En Uda, macam mane nak dapatkan cd/vcd citer ni? Ini email saya Syukriradzi@gmail.com

      Delete
    6. Salam, mohon saudara Uda emailkan ke saya, qawiyyy@94gmail.com

      Delete
    7. Slam, mohon saudara emailkan kpd sya faezzie25@gmail.com

      Delete
    8. Salaam, bolehkah saudara emailkan juga filem ini kepada saya? email: hakim.zakaria@gmail.com

      Delete
  6. bagaimana nak dpt cerita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. e-mail saya.
      nanti saya cuba
      dapatkan untuk anda.
      terima kasih.

      Delete
    2. klu bole saya nk jgk..da merata sy cari..

      Delete
    3. saya pun nak tgk jugak cerita gelora ini....rasa2nya tak keterlaluan tak semacam filem2 barat....di mana saya boleh mendapatkan ycd/dvd filem ini ye?

      Delete
    4. Salam, saya mencari filem ini dari dulu lagi susah nak jumpa, sekiranya tak keberatan bolehkah saudara email saya filem ini, cronosparty@gmail.com

      Delete
    5. Salam tuan. Kalau tak keberatan. Copy untuk saya juga ya- fairulibrahim78@gmail.com. trm kasih

      Delete
    6. Salam, Tuan. Boleh emailkan ke saya, qawiyyy94@gmail.com. Terima kasih!

      Delete
  7. boleh bagi alamat emel saudara

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada di mana-mana dalam blog ini.
      tapi takpalah.
      mar27843@yahoo.com.uk
      terima kasih.

      Delete
    2. maaf salah.
      yang sebenar:
      mar27843@yahoo.co.uk
      terima kasih.

      Delete
  8. Salam Encik Mustafar.
    Saya terbaca satu fakta dari
    Sinemamalaysia.com.my berkenaan
    filem "Gelora" arahan P. Ramlee.
    Jalan ceritanya ok sama,
    tapi nama-nama watak jauh menyimpang
    dari fakta yang Encik Mustafar berikan.
    Mana satu yang betul?
    - Badrulghani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sdra badrulgani.
      itulah masalahnya dengan finas
      (sinemamalaysia), mereka tidak peka.
      mereka hanya makan gaji saja,
      tidak bertanggungjawab.
      bukan sekadar "gelora" saja,
      malah banyak lagi yang faktanya salah.
      sebenarnya, saya malas nak ulas
      pertanyaan yang sdra kemukakan.
      tapi kerana sdra begitu prihatin saya
      terpaksa bersuara juga.
      bagi mempastikan, saya silap
      finas betul, cuba sdra miliki "gelora"
      dan nilaikanlah sendiri.
      - mustafar.

      Delete
    2. Assalamualaikum!

      mohon saya mencelah. jika kita baca review filem GELORA dalam buku P.RAMLEE Erti Yang Sakti tulisan Tan Sri Ahmad Sarji juga sangat mengelirukan. Sesudah menonton filem ini baru saya tahu. Saya tak faham mengapa tulisan dari seorang yang saya anggap hebat mengenai P.Ramlee boleh mengelirukan sedemikian rupa.

      - Nazari Ibrahim, Tanjong Malim-

      Delete
  9. boleh bagi saya juga?

    farah_effino@yahoo.com

    thanks ya..

    ReplyDelete
  10. Huh...
    Lihat klip video.
    Dahsyat juga Sarimah berlakon ya.
    Patutlah tak pernah ditayangkan di TV.
    Dan, takda lak jual di kedai.
    Mana nak dapat filem "Gelora" ni.
    Sesiapa boleh tolong?
    Tolong... tolong...

    - M. Noor Hashim, Pekan, Pahang.

    ReplyDelete
  11. sila call saya utk beli dvd filem ni..
    0199140271

    ReplyDelete
  12. dah lame sy cari cerita ni, sejak terbaca dlm tulisan Amir muhammad. byk cerita2 p ramlee selapas beliau ke merdeka filem x ditayang di tv. tuan punye blog ade simpan copy ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. di malay film productions (mfp),
      filem2 p. ramlee yang takda
      "noor asmara", "bakti",
      "penghidupan" & "melanchong ka-tokyo."
      yang lain tu ada.
      jika berminat, sila e-mail
      mar27843@yahoo.co.uk dan
      beritau filem2 apa yang anda perlukan.
      insyaallah, boleh saya tolong carikan.

      Delete
  13. Bleh sy dptkan salinan filem ni...merata dh sy cari...ni email sy..mohdnasrulhafiz@ymail.com..

    ReplyDelete
  14. Saya ini juga salinan filem ini....email saya syedahmadfuadaljunid@yahoo.com

    ReplyDelete
  15. saya mahukan salinan filem ni..email sy mohdariffrahman@gmail.com

    ReplyDelete
  16. Saya juga mahukan salinan filem ini. Ini email saya
    hasrulfahmi@yahoo.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila e-mail saya
      mar27843@yahoo.co.uk
      boleh saya bantu untuk
      sdra mendapatkannya.

      Delete
  17. assalamualaikum...
    saya telah lama mencari filem ini...
    Saya juga mahukan salinan filem ini. Ini email saya malep71@yahoo.com

    ReplyDelete
  18. bab mustaffa ada berlakon dalam filem ketiga terakhir p ramlee "putus sudah kasih sayang"

    ReplyDelete
  19. yang saya masih musykil hingga hari ini ialah bagaimana berbeza p ramlee dalam filem "enam jahanam" dan "di belakang tabir" dengan p ramlee pada tahun2 akhir hayatnya...apakah p ramlee kurus kerana cube meng"invent" dirinya sbg film star atau ada sebab2 lain?mohon pencerahan dari tuan mustafa a.r. terima kasih.

    ReplyDelete
  20. mungkin filem gelora ni boleh di'colourized'kan untuk ditonton di cineplex2 skrg....dengan gred 18 only....:-)

    ReplyDelete
  21. saya punnak salinan filem gelora ni... nie email saya diejunai@gmail.com

    ReplyDelete
  22. Sya pun nak filem ne..da lama da sa cari..plz bg k.. Ne email sya hendra1710@yahoo.com

    ReplyDelete
  23. saya pun nak filem nie.. nie email saya fizhaha92gaga@yahoo.com

    ReplyDelete
  24. Boleh bagi sy jugak salinan filem ni
    Email sy
    rayyan8611@gmail.com
    Terima kaseh...

    ReplyDelete
  25. salam, saya ingin membeli salinan filem Gelora ini jika tiada keberatan. ataupun cadangkan tempat untuk saya mencarinya. email di des_navajo@yahoo.com

    terima kasih.

    ReplyDelete
  26. salam, saya pum ingin membeli salinan filem Gelora dan noor asmara, bagaimana caranya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      "Gelora" boleh didapati.
      Hubungi saya: mar27845@yahoo.co.uk
      Tapi "Noor Asmara" dianggap hilang.

      Delete
    2. Salam En Mustafa, tolong beri copy filem Gelora ini, jika ada sebarang bayaran sila nyatakan..t.kasih Syukriradzi@gmail.com

      Delete
  27. Terlalu sedikit ruang yg ada utk memperolehi khazanah dan info tentang filem dan pelakon2 40an-90an.Maka kesempatan melihat kandungan blog ini cukup menggembirakan sekali.Syabas dan teruskan usaha utk memberi maklumat2 terbaru pelakon2 lama pujaan hati semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, orang Kuala Krai.
      Usaha akan diteruskan selagi terdaya.

      Delete
  28. assalam.. kalau boleh saya pon nak filem ni.. ahmadfaizal_1987@yahoo.com

    ReplyDelete
  29. Kenapa badan P.ramlee gemok sedangkan dalam enam jahanam beliau kurus? Saya anak muda ingin bertanya :-) mohon ada jawapan

    ReplyDelete
  30. saya pun nak film ini .jjajazz58@yahoo.com

    ReplyDelete
  31. saya pun nak filem ini.email saya akr4d@yahoo.com . sudah lama saya mahu menonton filem ini teringat masa dulu ada di tayang kan di tv masa saya masih kecil.

    ReplyDelete
  32. Boleh saya dapat filem ini ......email saya xoxomysugarbaby@yahoo.com.sg

    ReplyDelete
  33. Nak cerita Gelora ini..my email...fareadsamani191@gmail.com

    ReplyDelete
  34. Nak jugak filem gelora ni... mnorafiz@gmail.com. Tqvm

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. sesiapa boleh menjual filem "gelora" kepada saya? sudah lama saya mencari tetapi tidak dapat. saya org singapore. mohon tolong plssssss....

    ReplyDelete
  37. Sy pn nk sangat tengok filem..siapa2 yg boleh share mohon tolong sangat..ni email sy taufiqfarah94@gmail.com

    ReplyDelete
  38. Sy pn nk sangat tengok filem..siapa2 yg boleh share mohon tolong sangat..ni email sy taufiqfarah94@gmail.com

    ReplyDelete
  39. Sy pn nk sangat tengok filem..siapa2 yg boleh share mohon tolong sangat..ni email sy taufiqfarah94@gmail.com

    ReplyDelete
  40. Sy mahu juga filem ini . email kn pd sy di aziz.omar@gmail.com

    ReplyDelete
  41. sy nk juga filem ni. kalau sapa2 yg dh ada bleh email soldierz_87@yahoo.com

    ReplyDelete
  42. mohan sape2 yang ade boleh share? megat.aizat@gmail.com

    ReplyDelete
  43. boleh sy nak filem ini.. share kepada sy sallehhuden09@gmail.com

    ReplyDelete
  44. Saya sudah kehabisan stock.
    Sesiapa yang ada filem "Gelora" ini, sharelah.
    Kesian mereka.

    ReplyDelete
  45. Kalau ada yang sudi share, saya ucapkan ribuan terima kasih.
    email saya: tokohamaz@gmail.com

    ReplyDelete
  46. kalau ada yang sudi share, sy ucap kan terima kasih..
    email sy : amirularif242@gmail.com

    ReplyDelete
  47. Tolong...........sape yang sudi share dengan saye tolong email saya,saya mengharap sangat ini :ayu2903@gmail.com

    ReplyDelete
  48. Sy nak jugak emai kat sy naffiomar@yahoo.com

    ReplyDelete
  49. Saya pun nak juga...harap dapat email pada saya mssymr@gmail.com

    ReplyDelete
  50. saya pun juga pls email epin1163@gmail.com

    ReplyDelete
  51. Utk pengetahuan saudara2 sekelian..filem Gelora boleh ditonton di YouTube full filem. Cepat2 download copy sebelum admin delete.

    ReplyDelete