Tribute... A.R. Ismail (8/10/1929-15/1/1995) Pencipta Lagu Yang Tidak Patut Kita Lupakan (Update: 24/11/2016)

1. Bisikan Hati 2. Senja Berulang Senja 3. Dimanakah Cintamu 4. Aku Kecewa 5. Berikan Ku Sinar Harapan >> Kliks Disini

Sunday, April 15, 2012


NAS ACHNAS

Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop






Tiga wajah Nas Achnas pada tahun 1973



NAS ACHNAS
Lahir: PADANG PANJANG, SUMATERA, INDONESIA
Pada: 1926
Meninggal dunia: JAKARTA
Pada: 5 OGOS 2005
Isteri: TIDAK DIKETAHUI
Anak: GENI, NAN, LENI & KEN



ENTAH kenapa. Entah kenapa ya, apabila mememperkatakan mengenai pengarah-pengarah filem di Malaysia, Nas Achnas dirasakan seolah-olah terpinggir.

Padahal peranannya dalam perkembangan filem negara ini tidak boleh dipandang sepi apatah lagi diperkecil-kecilkan dan ditidak-tidakkan.

Ini bukan bererti ada sesiapa yang meminggirkan Nas Achnas. Tidak begitu.

Tetapi, begitulah keadaannya sehinggakan untuk mendapatkan biografi atau gambarnya pun, teramatlah susah. Di alam maya tidak banyak, sikit sangat. Lebih tepat lagi, kalau dikatakan 'zero'.

Oleh yang demikian terpaksalah saya tercari-cari dari sumber lain. Akhbar The Straits Times, sebagai contoh.

Nas Achnas (juga sering dieja Naz Achnaz) merupakan anak kelahiran Indonesia berkarya (sebagai pengarah filem) di Malaysia seperti juga Usmar Ismail, A.R. Tompel, S. Sudarmadji, J. Cabin Yeo, Fred Young dan M. Yatim, semuanya berasal dari Indonesia.

Ertinya, dua di Cathay Keris (Usmar Ismail dan J. Cabin Yoo), empat di Merdeka Film Studio (A.R. Tompel, Fred Young, M. Yatim dan Nas Achnas), tidak ada seorang pun di Shaw's MFP.

S. Kadarisman yang dikatakan berasal dari Indonesia sebenarnya dilahirkan di Singapura.

Sebelum melangkah lebih jauh, sebaiknya kita baca dulu apa yang ditulis oleh Jeffrey Francis yang tersirat dalam akhbar The Straits Times pada 13 Mac 1955 (57 tahun berlalu) yang bertajukkan;

ACHNAS, THE FILM-MAKER, GOES INTO ACTION
"THE WHIP" IN MALACCA


He stood there young, vigorous and ambitious. He was proud of his work. "Action," he shouted, "action". The fierce sun was burning his face but he didn't care.

His motto: "Do what you want with your heart and soul in it and you'll be a success". And success it is for Inche Nas Achnas, one of the youngest film directors today.

Achnas became director and script writer for Ratu Asia Film Company in Jakarta in 1949 when he was only 23. He is now made four films which has brought heavy box office returns to his company.

I met Achnas in Malacca the other day. He had gone there to shoot scenes of the old Portuguese forts for his fifth film, a $200,000 production called "The Whip" ("Tjemeti").

We went to Tanjong Kling beach where Achnas 'shot' the escape of Javanese hero - played by Indonesia's famous dramatic actor, Raden Sukarno - from a shipwreck.

We went to St. John's Hill Fort where the Portuguese flag was hoisted for the first time in 400 years.

"The Whip" written by Achnas himself, is a story of young adventurous soldier, Andi Mahjang. Andi is asked by his commanding officer to look for his long-lost sister, rumoured to has been married to Portuguese officer stationed in Malacca in 1640.

At that time the Portuguese and the Dutch are at war and Andi has some dramatic escapes from the Dutch.

There is also romance in the story between Andi and Portuguese girl, who is later discovered to be the daughter of his commanding officer's sister.

A dust came Achnas went back to his hotel in Bunga Raya Road where he told me that he was born in the mountain area of Minangkabau in Sumatra.

Educated in a Dutch high school he became interested in films while studying. He took part in school plays and, where possible, tried to direct them. At 14 he decided his ambition was to become a film director.

"My parents had other idea for me. My father wanted me to become a civil servant like himself," Achnas said.

"He did not want me to go to the pictures often. So I had to sneak out and go with my aunt, Jalilah, who incidentally, also had to sneak out from her husband.

"Ten years later I met my aunt again. When her husband not present I asked her whether she still sneaked out to the cinema. We had good laugh for this had to become a private joke between us.

"Well, she doesn't out sneak now because my uncle is getting old and is often sick. Someday I think I will make a film about her. "Jalilah", he said, "what a lovely name for the film. It reminds me of the American "Delilah"."

The second World War broke out early in 1942 and 16-year-old Achnas left school. The Japanese occupied Sumatra. Still working towards his ambition he did some amateur plays in his hometown. With other boys he formed a stage club, and wrote scripts and directed plays.

Few months later he went to Padang, central capital of Sumatra. His father was anxious about him. He gave him a letter of introduction for a job in a government department in that city. Achnas, however did not want to become a 'pen-pusher'. He did not hand the letter to the department.

Months passed. He did nothing. Then he went to work as a poster artist. During his spared time he joined a local stage and arts club and took part in productions.

I made friends with a Japanese office, Satosan, of Japanese Information Department," Achnas said. "It was here I saw how films were being directed and produced. "I took up photography as a hobby and was able to get a free film from the Japanese officer."

When I asked what he thought of Japanese films, Achnas said: "Japanese films have a powerful visual sense. They make realistic, beautiful and moving pictures.

About Indian films, he said: "There is nothing much in them if the songs and dances which beautify the film put aside. This, of course, is speaking from the artistic point of view.

Achnas's first film, directed and written by himself, was "The Rainbow" produced in 1949. Later he directed and wrote "White Pimpernell" in 1951, "Torch" in 1952 and "Whispering Wind" in 1953.

Achnas said he noticed there was a lot a talent in Malaya. With encouragement and study Malayans could become film stars and directors.

What Malaya needs, he said, is dramatic college where local boys could be trained to become an actors.


S. Naning, Nona Asiah, Ismail Kassim dan Eloni Hayat, "Pelangi"

Normadiah dan Junaidah, "Pachar Puteh"

Iklan yang tersiar di The Straits Times, 28 September 1954

Dari tulisan Jeffrey Francis itu dapatlah dibuat kesimpulan, Nas Achnas berasal dari daerah Minangkabau (menurut sumber yang diperolehi, di Padang Panjang yang terkenal dengan jolokan Kota Serambi Mekah) yang terletak di Sumatra Barat.

Semasa Perang Dunia meletus (1942), Nas Achnas berusia 16 tahun. Ini bererti beliau dilahirkan pada tahun 1926. Tarikh tepat tidak diperolehi. Kalau masih hidup, Nas Achnas kini berusia 86 tahun.

Empat filem yang diarahkan oleh Nas Achnas, sebelum "Tjemeti", "Pelangi" ("The Rainbow"), "Pachar Puteh" ("White Pimpernell") dan "Dian" ("Torch") kesemuanya keluaran Nusantara Film.

"Angin Berpesan" ("Whispering Wind") dikeluarkan oleh United Malay Film dan diedarkan oleh South-East Asia Film Company.

Mengenai filem "Tjemeti" ("Cemeti"), tidak diketahui sejauh mana perkembangannya. Apakah siap sebagai filem atau terbengkalai. Puas sudah saya membuat 'research', namun gagal.

Bagaimanapun, Nas Achnas ada mengarahkan filem bertajuk "Kuala Deli" pada tahun 1955 (sama tahun dengan "Tjemeti") yang dibintangi oleh Jeffry Sani dan Nur Zairina dengan produsernya, Abu Bakar Jusuf.

Persoalannya, apakah "Kuala Deli" itu sama filemnya dengan "Tjemeti", hanya diubah tajuk dari "Tjemeti" ke "Kuala Deli" atau Nas Achnas meninggalkan terus "Tjemeti" dan berubah mengarahkan "Kuala Deli". Maksudnya, dua filem yang berlainan.

Siapalah agaknya yang boleh memberi jawapan. Mungkin Nan Achnas.

Tetapi, siapa Nan Achnas?

Selepas "Angin Berpesan", Nas Achnas pulang ke Sumatra dan mengarahkan filem "Tjemeti" yang menjadi tandatanya itu.

Kemudian, apabila selesai "Kuala Deli", beliau datang semula ke Singapura dan berkerja di beberapa majalah hiburan mengutamakan sebagai pelukis kartun.

Pada tahun 1964, Nas Achnas telah menyudahkan cerita "Panglima Besi" yang kemudian dijadikan filem oleh Cathay Keris dan diarahkan oleh M. Amin dengan bintang utamanya Noordin Ahmad, Rose Yatimah dan M. Wari.

Dalam filem tersebut, Nas Achnas bertindak sebagai penulis lakonlayar dan katabual, dan pada tahun berikutnya (1965), Penerbitan Pusaka Antara pula menerbitkannya dalam bentuk buku mengandungi 92 mukasurat.

Selain itu, Nas Achnas juga terlibat dengan "Pontianak Gua Musang" yang diarahkan oleh B.N. Bao.

Pada tahun 1970, beliau pergi ke Merdeka Studio, di Kuala Lumpur dan menerima tawaran mengarah filem pertamanya, "Asmara Kirana", yang dikemukakannya wanita Inggeris, Barbara Lawn, memegang peranan utama disamping Ed Osmera dan Sharifah Hanim.

Selepas "Asmara Kirana", Nas Achnas menghilangkan diri entah ke mana, ramai dikalangan teman yang rapat dengannya tidak tahu.

Namun begitu, secara tiba-tiba (pada tahun 1973) beliau muncul semula di Merdeka Studio dan mengarahkan filem keduanya, "Dosa Remaja", yang diketengahkannya pula pelakon baru dari Melaka sebagai hero, Eddie Rusdja.

Filem terakhir arahan Nas Achnas "Loceng Maut" yang merupakan usahasama antara Shaw Brothers dengan Tuti Mutia dari Indonesia.

Nas Achnas mengarah bersama Frank Porimpandey dan dibantu seorang pengarah dari Hong Kong, dan selepas itu terus menyepi diri dan setakat ini tidak diketahui samada beliau masih hidup atau pun sudah meninggal dunia.

Itu saja serba sedikit yang diperolehi mengenai pengarah filem bernama Nas Achnas.

Sungguh pun karya filemnya tidak banyak, sebagaimana yang dikatakan, peranannya dalam perkembangan filem di Malaysia tetap penting.

Lebih-lebih lagi filem pertama Nusantara Film "Pelangi" arahannya, dan filem pertama Merdeka Film dalam color, "Rahsia Hatiku," juga arahannya.

"Rahsia Hatiku" dipadankan dari novel "Little Women" karya Louisa May Alcott dan telah beberapa kali dijadikan filem termasuk yang dibintangi oleh Elizabeth Taylor, Janet Leigh dan June Allyson pada tahun 1949 arahan Mervyn LeRoy.

Memang benar filem "Permintaan Terakhir" dikatakan filem color dan berbidang luas pertama dikeluarkan oleh Merdeka Film tetapi, sebenarnya dikendalikan di luar studio tersebut dan diusahakan oleh juruteknik dan pakar filem dari Hong Kong termasuk juga tenaga pengarahnya.

"Rahsia Hatiku" diselenggarakan pada keseluruhannya oleh tenaga filem tempatan termasuk jurugambarnya, bersaing dengan "Permintaan Terakhir" arahan Jamil Sulong yang menggunakan tenaga dan kepakaran filem dari Hong Kong.

"Saya bangga dengan juruteknik filem tempatan kerana dapat memperlihatkan kebolehan mengendalikan filem color tanpa berkursus di luar negara, dan tidak pula diawasi oleh jurugambar atau juruteknik dari luar negara," kata Nas Achnas.


Hussain Abu Hassan dan Teh Faridah, "Loceng Maut"

Adegan aksi Eddie Rusdja, "Dosa Remaja"

Merdewati dan Gary Gideon, "Rahsia Hatiku"

"Jantina" yang dikatakan terdapat sedikit masalah

FILEM-FILEM YANG DIARAHKAN OLEH NAS ACHNAS___

  • "Pelangi" (Nusantara Film, 1950)
  • "Pachar Puteh" (Nusantara Film, 1952)
  • "Dian" (Nusantara Film, 1952)
  • "Angin Berpesan" (United Film Production, 1954)
  • "Kuala Deli" (Pesfin Movicton Production,
    Indonesia, 1955)
  • "Asmara Kirana" (Merdeka Film, 1971)
  • "Dosa Remaja" (Merdeka Film, 1973)
  • "Bunga Mas" (Merdeka Film, 1973)
  • "Jantina" (Merdeka Film, 1974)
  • "Mastura" (Merdeka Film, 1974)
  • "Rahsia Hatiku" (Merdeka Film, 1975)
  • "Loceng Maut" (Merdeka Film, 1977)

    Selain mengarah Nas Achnas juga terlibat dengan,

    * "Panglima Besi", 1964 - Cathay Keris Film
    (cerita, lakonlayar dan katabual)
    * "Pontianak Gua Musang", 1964 - Cathay Keris Film
    (penulis lakon layar ejaan namanya Nach Ahnas)
    * "Boneka Permata", 1975 - Pura Emas Film
    (cerita dan lakonlayar)
    * "Cinta Dan Lagu", 1976 - Merdeka Film
    (pembantu pengarah kepada Jamil Sulong, tidak tercatat di credit title)

    ANUGERAH___

    "LOCENG MAUT"
  • Penyuntingan Terbaik (Salehan Shamsuddin)
  • Keseluruhan Kesempurnaan
    * Festival Filem Asia-Pasifik (Sydney, Australia, 1978)



    Nan Triveni Achnas

    NAN TRIVENI ACHNAS___

    Nan Achnas, satu-satunya anak Nas Achnas mengikut langkahnya terjun ke dunia filem. Begitupun juga tidak dapat dipastikan berapa ramai pula adik-beradiknya.

    Seperti juga Nas Achnas, informasi Nan Achnas juga sukar diperolehi. Tidak banyak. Sedikit. Tertumpu kepada hasil kerjayanya saja.

    Apa yang agak menarik, beliau dilahirkan di Singapura pada 16 Januari 1963 dan dibesar serta mendapat pelajaran awal di Kuala Lumpur.

    Graduan di TV dan Filem Fakulti di Institut Kesenian Jakarta, lebih berat ke bidang pengarahan, filem diplomanya "Hanya Sehari" ("The Only Day", 1988) memperolehi anugerah grand prix Festival Filem Asian Young Cinema di Tokyo.

    Nan Achnas kemudian, mendapat biasiswa British Chevening bagi membolehkannya meraih 'master degree' filem di University Of East Angelia, United Kingdom.

    Ketika usianya 32 tahun (1995), Nan Achnas mula mendapat perhatian apabila mengarahkan filem dokumentari "Ceh Cucak Gayo" ("The Little Gayo Singer").

    Filem cerita pertama arahannya "Kuldesak" (1998) bercorak komedi, kemudian disusuli "Pasir Berbisik" (2001), "Bendera" (2003) dan "The Photograph" (2007).

    Boleh dikatakan, kesemua filemnya berartistik dan beretika.

    Kerana itu, "Pasir Berbisik" telah memperolehi lapan anugerah di beberapa festival filem antarabangsa di Rotterdam, Pusan, Seattle, Deauville dan Asia-Pasifik.

    "Bendera" pula mendapat anugerah penghargaan di Festival Filem Tokyo, dan "The Photograph" menerima empat anugerah di Perancis, Goteborg, Belanda dan Locarno (Switzerland).

    Filem terbarunya "3 Doa 3 Cinta" (2008) Nan Achnas bertindak sebagai produser bersama Nurman Hakim dan Adiyanto Sumarjono.

    Filem tersebut diarahkan oleh Nurman Hakim, dan telah memenangi anugerah di Festival Filem Perancis dan Jakarta.

    Ceritanya mengisahkan, bagaimana kehidupan tiga pelajar bersahabat baik (Huda, Rian dan Syahid) mengwujudkan segala impian dan harapan yang pernah mereka tulis di satu lokasi rahsia (dinding usang) di belakang tempat mereka belajar.

    Nan Achnas kini, sedang menyelesaikan pengajian PhD. Film Studies di University of California, Santa Cruz, Amerika Syarikat.



    MARI KITA MENONTON 3 FILEM NAS ACHNAS -
    "BUNGA MAS", "LOCENG MAUT" & "PANGLIMA BESI"___





    BUNGA MAS (Sumber: NJENDRA)


    LOCENG MAUT (Sumber: ZAM HANA)


    PANGLIMA BESI (Sumber: NJENDRA)

    FAKTA___

  • Agak menarik, Jeffrey Francis menulis "Whispering Wind" (Nas Achnas) merujuk "Angin Berpesan" ("Angin Berbisik"?), manakala "Whispering Sand" (Nan Achnas) merujuk "Pasir Berbisik" ("Pasir Berpesan"?).
  • Nona Asiah lebih terkenal sebagai penyanyi. "Pelangi" merupakan satu-satunya filem cerita yang dibintanginya bersama suaminya, Ismail Kassim. "Abu Nawas" (bukan "Abu Nawas" A.R. Tompel) yang dibintanginya bersama Ismail Kassim juga, bercorak dokudrama.
  • Antara filem-filem arahan Nas Achnas, Sharifah Hanim membintangi tiga filem, "Asmara Kirana", "Bunga Mas" dan "Rahsia Hatiku".
  • Sebelum Omar Syariff diambil berlakon dalam "Loceng Maut", Farouk Afero dari Indonesia diundang membintangi filem tersebut dan penggambaran telah pun dilakukan. Bagaimana beliau terpaksa disingkirkan kerana masalah displin.
  • Normadiah berlakon dua filem bersama Nas Achnas, "Pachar Puteh" dan "Dian".
  • Nas Achnas gemar memperkenalkan pelakon baru. Barbara Lawn ("Asmara Kirana"), Eddie Rusdja ("Dosa Remaja"), Merdewati dan Gary Gideon ("Rahsia Hatiku") dan Omar Syariff ("Loceng Maut").
  • M. Amin yang turut membintangi "Rahsia Hatiku" merupakan pengarah filem "Panglima Besi" di mana cerita, lakonlayar dan katabual oleh Nas Achnas.
  • Kebanyakan penggambaran "Angin Berpesan" (The Kelantan Love Story) dilakukan di Kelantan.
  • "Kuala Deli" merupakan satu-satunya filem arahan Nas Achnas di Indonesia.
  • "Boneka Permata" diarahkan oleh Tony Azman, namun begitu Nas Achnas turut sama membantu sebagai pengarah.
  • "Loceng Maut" merupakan satu-satunya filem arahan Nas Achnas memperolehi anugerah.

    # Diharap sekiranya Nan Achnas melayari blog ini, e-mail saya dengan memberikan apa-apa saja informasi mengenai ayahnya, Nas Achnas, untuk memperlengkapkan lagi artikel ini yang dirasakan tidak begitu lengkap.


  • # Update akan dilakukan dari masa ke masa.








  • 9 comments:

    1. Tuan,

      Berkenaan dengan filem "Chemeti" dapatkah dipastikan ianya benar-benar tidak wujud atau bertukar tajuk? Hal ini kerana suatu ketika dulu, saya pernah terpandang sebuah piring hitam 78rpm nyanyian Abdullah Chik yang tertera 'lagu filem Chemeti'

      Stesen radio Klasik Nasional juga turut pernah memainkan sebuah lagu nyanyian Abdullah Chik yang berjudul "Gelisah Menanti" yang dikatakan dipetik dari filem "Chemeti". Saya juga sempat merakamkan lagu tersebut ketika dimainkan di radio Klasik Nasional dahulu.

      ReplyDelete
    2. salam sdra anonymous.
      apa yang tercatat dalam artikel saya,
      itu saja yang saya tahu mengenai "tjemeti".
      diharap, ada sesiapa yang dapat merungkai
      filem tersebut supaya faktanya tepat.
      ada sesiapa yang boleh beritahu?
      kalau ada, sila e-mail saya
      supaya dapat kita kongsi bersama.

      ReplyDelete
    3. Pak Mustafar yang baik.

      Terima kasih banyak atas tulisan yang mengingatkankembali hasil karya ayah kami.
      Saya posting di halaman Fecbook saya.

      Apakah Pak Mustafar punya akaun Facebook? Saya dan adik saya, Nan, ingin kontak dengan Pak Mustafar. Nama akaun Facebook saya -- Geni Achnas.

      Semoga saya bisa bersilaturahmi dengan Pak Mustafar.

      Salam hormat,
      Geni.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Terima kasih Geni.
        Saya tidak ada akaun
        di Facebook.
        Terima kasih juga,
        informasi Nas Achnas
        yang Geni salurkan
        melalui e-mail.
        Artikelnya, telah diupdate.

        Delete
    4. Saya tidak ada sebarang "locu standii" atau kayu ukuran untuk menghakimi atau mengkritik mana-mana pengarah lama kita di era filem-filem Melayu hitam putih. Saya cuma boleh memberi komen saja. Bagi saya, sukar untuk kita menentukan sama ada seseorang karyawan filem itu bagus ataupun tidak, kerana adakalanya filem-filem mereka berjaya di box-office & ada masa-masanya, gagal sama sekali. Ketika Nas Achnas mula berkecimpung dalam dunia perfileman, saya belum dilahirkan. Maka itu, filem-filem terawal beliau adalah sangat asing bagi saya & saya sekadar mendengar atau terbaca jodol-jodol filem beliau melalui media percetakan & elektronik. Mujur ada 3 filem Nas Achnas yang terkemudian pernah saya tonton - Asmara Kirana (AK), Rahsia Hatiku (RH) & Loceng Maut (LM). Saya paling seronok menonton AK kerana temanya yang berkisar tentang perkahwinan campur antara pemuda Melayu dengan wanita barat (sering dislangakan sebagai " mem" atau "mem orang putih") yang tidak asing di Malaya / Malaysia, khususnya di kalangan mereka yang menuntut di luar negara & kebanyakannya di United Kingdom (England, Scotland, Wales, Ireland). Tak kurang juga di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dll. Ada yang membawa pulang mem (ma'am) disambut dengan baik - malah menjadi semacam suatu kebanggaan atau "status symbol" - oleh kaum keluarga pihak pemuda Melayu yang berkenaan. Ada yang menentang (jumlahnya tidak ramai) hingga menimbulkan konflik, mungkin kerana sikap konservatif, ada calon tempatan yang telah ditunangkan atau dilamar terlebih dahulu, faktor harta-pusaka & sebab-sebab yang lain. AK jatuh dalam kategori "yang menentang"! AK diselitkan dengan plot yang menarik tetapi mengikut cara persembahan pengarah dulu-dulu berkarya & mengekspresikan idea mereka. Bajet yang terbatas membuatkan filem ini tidak begitu realistik & meyakinkan (misalnya musim dingin dengan taburan salji buatan studio Merdeka). Kalaulah AK diberikan bajet yang besar & berwarna macam filem "Permintaan Terakhir", mungkin filem ini akan menjadi ikonik dalam sejarah studio Merdeka. Ironisnya, apabila Nas Achnas mengarahkan RH dalam Eastmancolor & Merdekascope, mutu filem ini jauh menurun & sama sekali lesu, tidak seperti yang diharapkan. Di waktu itu, studio Merdeka baru membuka lembaran memasuki era pengeluaran filem-filem berwarna. Rupa-rupanya faktor "Eastmancolor" tidak menjamin kejayaan sesebuah filem jika mutu persembahannya lemah & tidak bermaya. Filem RH bagi saya begitu membosankan walaupun ada daya tarikannya seperti lagu-lagu nyanyian Sharifah Aini yang sedang melonjak popular di waktu itu serta nyanyian & lakonan Gary Gideon. Tetapi rata-rata para pelakon lainnya agak mengecewakan seperti Sharifah Hanim, muka baru Merdewati, Maznah Ahmad & M. Amin. Yang paling ketara sekali ialah RH dibuat & diterap mengikut acuan filem-filem studio Merdeka yang sebelumnya kerana hampir keseluruhan penggambarannya dibuat di dalam studio. Adegan-adegan luar studio dijalankan di perkarangan kompleks studio Merdeka di Ulu Kelang persis filem "Dr. Rushdi", "Gelora", "Dang Lenggang", "Dharma Kesuma", "Tunggal", "Khudrat" dll!!! Kalau di Hollywood, "Rahsia Hatiku" digolongkan sebagai sebuah filem keluarga (a wholesome family entertainment) sempena musim Krismas. Tetapi, suasana hari raya yang cuba diutarakan dalam RH begitu lemah & tidak dapat dijiwai oleh para penontonnya. Lain pula dengan filem "Loceng Maut". Kejayaan LM mungkin kerana ia adalah sebuah filem usaha sama yang turut menggunakan tenaga profesional dari Indonesia. Jika saya salah harap diperbetulkan. Saya mengenali insan & karyawan yang bernama Nas Achnas hanyalah sekadar 3 buah filem ini.

      - NONAMA

      ReplyDelete
    5. locu standii = locus standii.
      Harap maaf!

      - NONAMA

      ReplyDelete
    6. Terdapatkah filem "Rahsia Hatiku" dalam format VCD atau DVD yang dibuat oleh mana-mana syarikat (misalnya Music Valley) & dijual di kedai-kedai video? Kenapakah stesen-stesen televisyen tempatan (kerajaan mahupun swasta) tidak lagi menayangkan filem ini?

      - NONAMA

      - NONAMA

      ReplyDelete
    7. Saya rasa Astro sudah menayangkan filem Rahsia Hatiku ini beberapa kali di Astro Prima dan saya pernah merakamnya menerusi PVR saya tapi telah di delete.Yang menarik filem ini ia dibuat dlm warna. -krm

      ReplyDelete
      Replies
      1. pada peringkat awal, "rahsia hatiku" dibuat sebagai percubaan colornya. dan merupakan yang kedua selepas "permintaan terakhir". agak menarik, krewnya anak tempatan tidak seperti "permintaan terakhir" kemudian "jiwa remaja" krewnya dari hong kong. kerana adanya sikap prejudice bos merdeka studio ketika itu, "rahsia hatiku" tidak ditayangkan dipanggung wayang (simpan dalam stor), lama kemudian barulah ditayangkan di tv. saya banyak kali juga menonton filem ini, ternyata tidaklah buruk sangat, tidaklah bosan sangat. sederhana saja. dan colornya pun ok. untuk pengetahuan semua, cerita (plot) "rahsia hatiku" diambil dari novel karya louisa may alcott, "little women", yang telah banyak kali dijadikan filem tapi paling baik lakonan elizabeth taylor, june allyson, margaret o'brien dan janet leigh yang diarahkan oleh mervyn leroy penerbitan tahun 1949.

        Delete