Friday, July 13, 2012


10 FILEM BOLLYWOOD HEBAT SEPANJANG MASA

TOP 10 BOLLYWOOD FILMS OF ALL TIME
Di Susun Oleh Zaini Yusop & Mustafar A.R.


RAJA HARISCHANDRA & ALAM-ARA

Industri filem Bollywood (Hindi) berpusat di Mumbai, India. "Raja Harischandra" (bisu) yang ditayangkan pada tahun 1913 merupakan filem pertama dikeluarkan manakala "Alam-Ara" tayangannya pada tahun 1931 pula, filem talkie (suara) pertama di negara tersebut.

Filem Bollywood, pada tahun depan (2013), genaplah sudah 100 tahun iaitu sejak filem pertamanya ditayangkankan pada tahun 1913, dan sejak itu banyak filemnya yang terhebat (superhit) telah dikeluarkan dan mendapat sambutan hangat dalam dan luar negara serta menghasilkan pendapatan yang cukup lumayan.

Berikut adalah senarai 10 filem Bollywood (Hindi) terhebat (teratas) setiap (sepanjang) masa pilihan blog Cinemaroll dan komen-komen pula diambil dari berbagai-bagai sumber yang diperolehi di alam maya (internet).

Pertimbangan utama masuk ke dalam senarai ialah, ia berdasarkan kutipan kasar (gross) box office, disamping aspek-aspek lain seperti nilai-nilai teknikal, cerita, pengarahan, lakonan dan sebagainya.


1. SHOLAY (1975)

(Sumber: 7Singhek)

1. SHOLAY___

"Sholay" merupakan filem terhebat Bollywood kerana berjaya meraih kutipan (box office) tertinggi di India. Diarah oleh Ramesh Sippy dan dikeluarkan oleh G.P. Sippy, permulaan tayangannya pada hari Kemerdekaan India, 15 Ogos 1975. Bintang utama Amitabh Bachchan, Dharmendra, Sanjeev Kumar, Hema Malini, Jaya Bhaduri dan Amjad Khan. Pertama kali diedarkan "Sholay" kurang mendapat sambutan. Tetapi dengan adanya penyampaian mulut ke mulut ia terus mendapat kejayaan box office. Tayangannya memakan masa 286 minggu terus menerus (melebihi 5 tahun) di sebuah panggang wayang di Mumbai. Pencapaian rekod 60 jubli emas (50 minggu berturut-turut) di seluruh India, masih dipertahankannya. "Sholay" juga filem pertama dalam sejarah panggung wayang di India meraikan jubli perak (25 minggu) lebih 100 panggung wayang di seluruh India. "Sholay" adalah filem yang berjaya meraih kutipan tertinggi sepanjang masa, walaupun angka sebenar tidak dapat dipastikan.

ANUGERAH___

"Sholay" telah dipilih sebagai Filem Millennium oleh BBC India. Di Anugerah Filmfare (1976) ia hanya memenangi satu anugerah saja, Penyuntingan Terbaik (M.S. Shinde). Begitu pun juga, dalam Anugerah Filmfare (2005), ia telah diberikan anugerah istimewa, Best film in the last of 50 years of Indian cinema (Filem terbaik dalam tempuh 50 tahun filem India).

COMMENTS___

By Sajal Pyasa

As a strong fan of the American Western genre and of course the directing of Sergio Leone, it is with great enthusiasm that I recommend "Sholay" to any audiences or fans of Westerns and Bollywood cinema.
Perhaps, the greatest film in the history of Bollywood cinema (with one of the longest theatrical runs in Bollywood history), this is the definitive Bollywood action epic movie in the same way that Sergio Leone's "The Good, The Bad & The Ugly" was the definitive Western.
The film features the acting talents of such Bollywood legends, Amitabh Bachchan and Dharmendra, and focuses at its heart, a story of friendship, courage and revenge, based loosely around the concepts of Akira Kurosawa's "Seven Samurai" and "The Magnificent Seven".
If you have not watched it, then make it your priority to watch it at least once in your life, as this is definitely one of the movies that every person needs to experience. A true cinematic masterpiece.


2. MUGHAL-E-AZAM (1960)

(Sumber: Saher42)

2. MUGHAL-E-AZAM___

"Mughal-E-Azam" diedarkan pada tahun 1960. Ia dikeluar dan diarahkan oleh K. Asif. Bintang utamanya Dilip Kumar, Madhubala dan Prithviraj Kapoor. Filem ini mengambil masa hampir 15 tahun menyiapkannya dan menelan perbelanjaan yang sangat tinggi pada masa itu (INR15,000,000). Meraih kutipan box office paling tinggi di India sehinggalah rekodnya dipecahkan oleh "Sholay" pada tahun 1975. Pada tahun 2004, versi warna filemnya diedarkan dipanggung-panggung wayang di seluruh India dan luar negara, dan mendapat sambutan.

ANUGERAH___

"Mughal-E-Azam" memenangi 3 Anugerah Filmfare (1961) - Sinematografi (R.D. Mathur), Dialog (Aman, Kamal Amrohi, Wajahat Mirza & Ehsan Rizvi) dan Filem Terbaik.

COMMENTS___

By Sandeep Prasad

"Mughal-E-Azam" is by far one of the best, I have seen. One is sure to be mesmerized by the love affair, the Mughal Emperor and the India of that time. The film being in Urdu language also adds originality and aura. The dialogs and direction is superb. The voice of late Prithviraj Kapoor as Akbar is beyond compare. Salim, played by Dilip Kumar is one of his best known acting and film. Madhubala seems great, and I definitely feel, she rivals any modern day actress in her beauty, grace and boldness and courage. I watched the latest 2004 re-release of this film in a theater and the experience was superb. I had earlier watched the movie (earlier release) in television before, but the latest release in color and dolby digital sound adds to the experience.


3. MOTHER INDIA (1957)

(Sumber: Tibbimarlani)

3. "MOTHER INDIA"___

"Mother India" diedarkan pada tahun 1957 dan diarahkan oleh Mehboob Khan dan dibintangi oleh Nargis, Sunil Dutt, Rajendra Kumar dan Raj Kumar. Filem epik dalam erti kata sebenarnya. Ia merupakan salah sebuah filem terbesar yang pernah dibuat tanpa mengira latar belakang mana-mana budaya, tradisi, sosial dan etika yang perlu dipertimbangkan. "Mother India" antara beberapa filem termasuk "Kismet" (1943), "Mughal-E-Azam" (1960) dan "Sholay" (1975) yang terus ditonton setiap hari di seluruh India dan juga telah dianggap sebagai filem klasik budaya India yang tetap unggul.

ANUGERAH___

"Mother India" merupakan filem pertama India dicalonkan merebut anugerah Oscar Akademi Filem Bahasa Asing Terbaik (1958), disamping memenangi 5 anugerah Filmfare (1958) - Filem Terbaik, Pengarah (Mehboob Khan), Aktres (Nargis), Sinematografi (Faredoon A. Irani) dan Suara (R. Kausik). Nargis juga memenangi anugerah Aktres Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Karlory Vary, Republik Czech (1958).

COMMENTS___

By Mansoor Umar

"Mother India" had me in tears at least three times; and not tears of sadness, but because it was just so beautiful. Don't expect anything near Hollywood slickness; if you want to find errors and things to laugh at, there are dozens. But the whole spirit of the piece is very poetic. In Hollywood movies, the musical numbers are when I take a break and go out. But in Indian movies, the musical numbers are spellbinding! And in this one, perhaps the best. The lyrics, the melodies, the staging (even with noticeable lip-sync.) are just wonderful. Take the best songs from Broadway musicals and compare them to these, they've met their match. The passion in the lead female voice matches Maria Callas. Superb!


4. GUIDE (1965)

(Sumber: MegaAiyub)

4. GUIDE___

"Guide" diedarkan pada 6 Februari 1965. Ia diarahkan oleh Vijay Anand dan diterbitkan oleh Dev Anand serta lakonan Dev Anand dan Waheeda Rehman. Ia berdasarkan novel kritikal yang diiktiraf karya R.K. Narayan dan telah dianggap sebagai salah satu karya agung (masterpiece) dalam industri filem India. "Guide" telah ditayangkan di Festival Filem Cannes pada tahun 2007, 42 tahun setelah ia dikeluarkan. Filem ini terbukti menjadi box office selepas diedarkan. Ia tidak dapat dilupakan kerana lakonan bintang utamanya, Dev Anand dan Waheeda Rehman, yang memenangi anugerah dan pencipta musiknya, S.D. Burman.

ANUGERAH___

"Guide" menerima 7 anugerah Filmfare (1967) - Aktor (Dev Anand), Aktres (Waheeda Rehman), Sinematografi (Fali Mistry), Dialog (Vijay Anand), Cerita (R.K. Narayan), Pengarah (Vijay Anand) dan Filem Terbaik.

COMMENTS___

By B. Mandy

"Guide" is an impeccable work of art, not simply a movie. I see it as a lifetime achievement for all those who were a part of it, not intending to undermine their other accomplishments. Vijay Anand, popularly called Goldie (movie director), shows his class and commitment to prove himself even when the English version of the movie directed by Ted Danielewski failed earlier. It was a just a 5 minutes song that Yash Johar (P.R.O. for production) showed to the distributors before they were convinced that the movie is a classic. The photography, art direction and production of the movie sets it apart from other movies of its era and at the same time puts it right up there on a different level. I would say that "Guide" is the soul of Indian Cinema and serves as an inspiration to many. For all those who doubt the talent and originality of Dev Anand (Raju), this is the answer. Waheeda Rehman (Rosie) has herself confessed that "Guide" was the best ever role that she performed. S.D. Burman's heart rendering music and Vijay Anand's vision have made this a landmark accomplishment for Indian Cinema.


5. AWARA (1951)


(Sumber: Shemaroo)

(Sumber: MegaAiyub)

5. AWARA___

"Awara" diedarkan pada tahun 1951, diarah dan dikeluarkan oleh Raj Kapoor serta dibintangi oleh Raj Kapoor, Nargis dan Prithviraj Kapoor. Musiknya telah digubah oleh Shankar-Jaikishan. Raj Kapoor, merupakan salah seorang bintang Bollywood yang paling popular dan disamakan dengan watak Charlie Chaplin kerana dia sering memainkan peranan insan yang tidak mempunyai wang sebagai penentu untuk berjaya dalam masyarakat. Bagaimanapun, dia mempunyai cukup pengetahuan untuk berhibur dan merasa kesedihan. Dia akan membawa masuk elemen sosial ke dalam filemnya dan ini sudah pasti sangat menghiburkan. "Awara" mendapat sambutan sekelip mata di Asia Selatan, dan mendapat kejayaan di luar negara, Kesatuan Soviet, Asia Timur, Afrika dan Timur Tengah. Lagu "Awara Hoon", nyanyian Mukesh dengan liriknya oleh Shailendra, menjadi sangat popular di seluruh benua kecil India, serta dalam Kesatuan Soviet, China, Turki, Afghanistan dan Romania. Disebabkan popularitinya begitu banyak, ia telah dicalonkan untuk filem yang paling berjaya sepanjang masa. Pada tahun 2012, "Awara" dimasukkan ke dalam 20 penyertaan baru untuk All-Time 100 greatest film oleh majalah TIME.

ANUGERAH___

"Awara" telah dicalonkan merebut anugerah Grand Prize Of The Festival di Festival Filem Cannes pada tahun 1953, tetapi telah digagalkan oleh filem "The Wages Of Fears" (French) yang diarahkan oleh Henri-Georges Clouzot.

COMMENTS___

By John Seal

"Awara" is a stunning example of full tilt filmmaking. Featuring superb (and appropriate) musical interludes by the Shankar-Jaikashan team, this film effortlessly blends a wide range of influences: noir, gothic horror, neo-realism, and the surrealism of Jean Cocteau all come into play. Raj Kapoor and Nargis are one of the finest screen couples of all time, equaling if not topping Jean-Louis Barrault and Arletty in "Children of Paradise", another possible cinematic influence on Raj Kapoor, who also directed. This is an exciting, moving, and unforgettable film. The musical sequences showed the movie's multi-faceted nature. It showed references to Charlie Chaplin, Rodgers/Hammerstein and the like. Particularly amazing is the dream sequence in an east meets west setting. Elements of Hindu-Buddhist mytholog are mingled with those of ancient Greco-Roman.


6. ANKUR (1974)

(Sumber: Yash4238)

6. ANKUR___

"Ankur" telah diedarkan pada tahun 1974 yang diarahkan oleh Shyam Benegal dan dibintangi oleh Shabana Azmi dan Anant Nag. Ia merupakan filem cereka (feature) pertama diarahkan oleh Shyam Benegal. "Ankur" milik genre filem seni India yang juga dikenali sebagai Indian Parallel cinema. Ceritanya berdasarkan kisah benar yang berlaku di Hyderabad pada tahun-tahun 1950an. "Ankur" adalah sebuah filem yang menganalisis tingkah laku manusia secara umum dan banyak menekankan perasaan (walaupun ceritanya bukan fiksyen). Kisahnya berkisar disekitar dua watak, Lakshmi dan Surya. Ankur (benih) juga ada di situ. Ia juga mengandungi satu adegan hukuman sebat dan karut-marut yang jarang ditemui dalam filem-filem India.

ANUGERAH___

"Ankur" memenangi 3 anugerah (Silver Lotus) National Film Awards, India (1974/1975) - Aktres (Shabana Azmi), Aktor (Sadhu Meher) dan Filem Terbaik Kedua.

COMMENTS___

By Karama Chandra

This is one of the first Hindi movies of the art movie genre. This movie was released when Bollywood was undergoing a sort of writer's block. At the same time the alternative cinema was in a creative ferment. This movie is truly a work of genius directorial talent. The characters of this movie are so real and their psychology is shown in a unique way. The acting in this movie is just great. The director's deep knowledge of the human psyche is reflected in this movie. The hypocrisy and innocence of human nature is so beautifully pictured. The camera work is great. The viewer could get a glimpse into the rural India as it is without any makeover or idyllic transformation. This movie doesn't tell a story; rather the actors as well as the viewers live the story. So engrossing is this movie. "Ankur" is one of the very best Hindi films ever made. Unusually for Hindi cinema, it is an entirely realistic film without singing and dancing. Since music is of huge commercial importance to Indian cinema, the pressure on directors to include it tends to be impossible to resist and is a constant problem facing 'serious'.


7. HUM AAPKE HAI KOUN..! (1994)

(Sumber: Rajshri)

7. HUM AAPKE HAI KOUN..!___

"Hum Aapke Hain Koun..!" telah diedarkan pada tahun 1994 yang diarahkan oleh Sooraj Bharjatya lakonan Salman Khan dan Madhuri Dixit. Musik merupakan salah satu sebab kejayaannya. "Hum Aapke Hain Koun ..!" (Bahasa Malaysia: Siapakah saya kepada Anda..!) bercorak kekeluargaan diarahkan oleh Sooraj Barjatya dan dikeluarkan oleh Rajshri Productions. Ia dibuat semula (remake) dari filem Rajshri Productions lebih awal, "Nadiya Ke Paar" (1982). Ia mengisahkan 2 keluarga India dan hubungan diantara mereka, meraikan budaya India dengan menggunakan nilai-nilai kemodenan. Ia dialihsuara ke Bahasa Telugu bertajuk "Premalayam". Memperolehi pendapatan melebihi INR135 crore (AS$26,930,000) di seluruh dunia, "Hum Aapke Hain Koun..!" memecahkan rekod "Sholay". Ia juga berjaya meraih kutipan tertinggi di Bollywood selepas ditayangkan selama 7 tahun (pemegang rekod) hinggalah pengedaran "Gadar: Ek Prem Katha". Dalam Edisi Milenium "Guinness Book Of World Records", "Hum Aapke Hain Koun..! disenaraikan sebagai filem yang berjaya meraih kutipan tertinggi (grossing film) di Bollywood.

ANUGERAH___

"Hum Aapke Hain Koun..!" memenangi 3 anugerah Filmfare (1995) - Aktres (Madhuri Dixit), Pengarah (Sooraj R. Barjatya) dan Filem Terbaik, dan 3 anugerah Screen Weekly (1995) - Aktres (Madhuri Dixit), Pengarah (Sooraj R. Barjatya) dan Filem Terbaik.

COMMENTS___

By Shiva Kumar

This is one of the best movies ever. The direction is superb. The choreography is excellent. The cinematography is excellent. Madhuri Dixit and Salman Khan are brilliant. The others are great too. The on screen chemistry is excellent. The music is excellent. The costumes are good too. Script is excellent. Dialogs are excellent. Photography is excellent. I have seen this film 7 times already. This is tooooo..... good. This movie can definitely listed among the top 5 movies of all time. It Is a breezy movie with an ingradient of all nice things. It has ear soothing music, good performances and extremely good happenings going on. You won't feel bored even for a second. Though without a strong story, it is pure entertainment at its best.


8. DIWALE DULHANIA LE JAYENGE (1995)

(Sumber: EkThaTiger)

8. DIWALE DULHANIA LE JAYENGE___

"Dilwale Dulhania Le Jayenge" (Bahasa Malaysia: Hati Berani Mencuri Hati Pengantin), adalah sebuah filem Hindi bahasa yang diedarkan pada 20 Oktober 1995. Komedi romantik, ia merupakan arahan sulung Aditya Chopra, yang juga menulis cerita. Ia telah dikeluarkan oleh Yash Chopra, bapanya, dan dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Kajol. Filem ini menceritakan kisah pasangan muda yang jatuh cinta ketika bercuti di Eropah. Penggambaran dilakukan di India, London dan Switzerland. Pendapatan kasar INR106 crore (AS$21,15 juta) di India dan INR15 crore (AS$2,99 juta) di luar negara, menjadikannya filem terbesar Bollywood. "Dilwale Dulhania Le Jayenge" telah disenaraikan oleh Indiatimes Movies sebagai "25 Filem Bollywood Mesti Tonton". Ia adalah salah satu daripada dua filem Hindi tersenarai dalam "1001 Filem Anda Mesti Tonton Sebelum Anda Meninggal Dunia" bersama "Mother India". Ia juga termasuk dalam senarai Institut Filem British sebagai antara 12 filem Bollywood paling popular. Ia juga telah diisytiharkan all-time blockbuster dan kekal sebagai filem paling lama ditayangkan dalam sejarah filem India. Sehingga kini (tahun 2012), ia masih lagi ditayangkan di panggung wayang Maratha Mandir, Mumbai.

ANUGERAH___

"Diwale Dulhania Le Jayenge" memenangi 8 anugerah Filmfare (1996) - Aktor (Shah Rukh Khan), Aktres (Kajol), Pelawak (Anupam Kher), Pengarah (Aditya Chopra), Lirik (Kumar Sanu), Penyanyi Latar (Udit Narayan), Aktres Pembantu (Farida Jalal) dan Filem Terbaik. Turut dimenanginya, 3 anugerah Screen Weekly (1995) - Aktor (Shah Rukh Khan), Pengarah (Aditya Chopra) dan Filem Terbaik.

COMMENTS___

By Shaheena Ali

"Diwale Dulhania Le Jeyange" has been my all time favourite movie. It's a wonderful love story about the second generation Asian youths. Raj the main character played by Shah Rukh Khan gives a superb performance and equally good as Simran (co-star) played by Kajol. It's about a girl living in London, who's marriage has been arranged by her father to marry his best friend's son. She accepts her fate until she meets Raj in Europe and falls in love. The songs in the movie are also worth listening to, composed by Jatin Lalit which are melodious and romantic. This film is a memorable masterpiece from Bollywood, because of the songs and the storyline which still is and always will be one of the best in Indian cinema history. The songs will always be a part of my memories especially "Tujhe Dekha To" which Kumar Sanu and Lata Mangeshkar do an absolutely awesome job on. Thank you Bollywood for this pleasant movie.


9. LAAGAN (2001)

(Sumber: LGNatSominal143)

9. LAGAAN

"Lagaan" ("Cukai Tanah") mula ditayangkan pada 15 Jun 2001 yang diarahkan oleh Ashutosh Gowariker, dikeluarkan oleh Aamir Khan dan dibintangi oleh Aamir Khan, Gracy Singh, Rachel Shelley dan Paul Blackthorne. Ia sebuah filem drama epik India dengan musiknya dihasilkan oleh A.R. Rahman yang lagunya ("Jai Ho") dalam filem "Slumdog Millionare" memenangi anugerah Musik Terbaik (2008) di Anugerah Oscar Akademi 2009. Dibuat pada bajet sebanyak INR25 crore (AS$4.990.000), keseluruhan penggambaran telah dilakukan di sebuah kampung kuno berhampiran Bhuj, India. Berlaku dalam tempoh pemerintahan kolonial British (Victoria) di India ia berkisar mengenai petani miskin yang ditindas oleh cukai tanah yang tinggi. Mereka meminta pegawai-pegawai British mengurangkan cukai, tetapi sebaliknya, mereka diajak bermain kriket. Jika pasukan petani dapat menewaskan pasukan British, cukai tanah selama tiga tahun akan dihapuskan. Pada tahun 2010, ia telah menduduki tempat # 55 dalam majalah Empire "The 100 Best Films World Of Cinema". Dalam tahun 2011, ia disenaraikan dalam majalah Time khas "The All-TIME 25 Best Sports Movies".

ANUGERAH___

Diantara 10 filem, "Lagaan" paling banyak menyertai festival dan penganugerah dalam dan luar negara, 13 semuanya. Paling berjaya apabila ia memenangi 8 anugerah Filmfare (2002) dan anugerah Screen Weekly (2002) termasuk Aktor (Aamir Khan), Pengarah (Ashutosh Gowariker), Musik (A.R. Rahman), Cerita (Ashutosh Gowariker) dan Filem Terbaik. Ia turut dicalonkan merebut anugerah Oscar Akademi Filem Bahasa Asing Terbaik, dan merupakan yang ke-3 selepas "Mother India" dan "Salaam Bombay!" (1989).

COMMENTS___

By Malvika

Initially I was warned about the length of the movie - 3 hours and 50 minutes. But believe me, its worth it. There is a refreshing Indian-ness about the movie, which is welcome after a recent bout of Hollywood remakes in Hindi that have become such an eye-sore. The emotion that Indians share about cricket is effectively taken advantage of (the cricket match played between villagers of Champaner and the British officers which forms the climax, extends to about an hour and a half). The best part of the movie is the characterization of the 11 players (villagers). Aamir Khan is at his best in this movie and Gracy Singh lives the role of Gauri.The acting talents of the British actors especially that of the officer Captain Russell (played by Paul Blackthorne) is notable. There was never a boring moment in the film, the dialogues and songs' lyrics are very meaningful. And lastly I must appreciate the work behind the entire cricket sequence as it covers most of the aspects of the game and not to mention - match fixing, sledging, body line bowling, making it gripping till the last ball! A must see for Indian cricket fans!


10. DEEWAAR (1975)

(Sumber: Billhere22)

10. DEEWAAR

"Deewaar" diedarkan pada 24 Januari 1975 yang diarahkan oleh Yash Chopra dan dikeluarkan oleh Gulshan Rai dan dibintangi oleh Amitabh Bachan, Shashi Kapoor, Nirupa Roy, Neetu Singh dan Parveen Babi. Musiknya dihasilkan oleh R.D. Burman. Dikeluarkan pada tahun 1975, selepas "Sholay", pada masa Perdana Menteri India, Indira Gandhi, mengisytiharkan dharurat, ia ditulis oleh penulis cerita terkenal Salim-Javed, yang menjadikan sebahagian ceritanya diilhamkan dari penyeludup sebenar, Haji Mastan. "Deewaar", sebuah filem drama 1975 yang reflektif kepada "politik huru-hara awal 1970an" di India. Ia menceritakan kisah dua beradik miskin yang, selepas keluarga mereka dikhianati oleh idealisma tidak kena pada tempatnya, berjuang untuk terus hidup (bersama ibu mereka) di persekitaran orang-orang miskin di Mumbai. "Deewaar" adalah superhit di box office, kedudukannya sebagai yang ke-4 tertinggi berjaya meraih kutipan filem Bollywood tahun 1975. Indiatimes Movies meletakkanya di kalangan 25 filem Bollywood terbaik yang misti anda tonton.

ANUGERAH___

"Deewaar" memenangi 7 anugerah Filmfare (1976) - Aktor Pembantu (Shashi Kapoor), Cerita (Salim-Javed), Dialog (Salim-Javed) Lakonlayar (Salim-Javed), Suara (M.A. Shaikh), Pengarah (Yash Chopra) dan Filem Terbaik.

COMMENTS___

By Dinesh Madne

What can you say about "Deewaar". There are some movies you watch and you remember them for your life. They are art work (not an art film). It is just pleasant to watch them again and again. I miss the count how many times I have seen "Deewaar" and every time it is fresh. Movies like "Deewaar", "Kalia", "Sholay", "Mukaddar Ka Sikendar", "Silsila", "Anand" and "Shaan"... no matter how hard you try, but you just can't get bored with them. Amitabh Bachchan's performance (not because he got award for it) is simply great. That way Big B is truly Big B no doubt about that. But such movies make him even greater.


NARGIS & RAJ KAPOOR ("AWARA")

MADHUBALA & DILIP KUMAR ("MUGHAL-E-AZAM")

WAHEEDA REHMAN & DEV ANAND ("GUIDE")

HEMA MALINI & AMITBACH BACHCHAN ("SHOLAY")


FAKTA___

* Nargis, 2 filemnya masuk dalam senarai 10 filem, "Mother India" dan "Awara". Madhubala ("Mughal-E-Azam"), Hema Malini ("Sholay"), Waheeda Rehman ("Guide"), Shabana Azmi (Ankur), Kajol ("Diwale Dulhani Le Jayenge") dan Madhuri Dixit ("Hum Aapke Hain Koun..!").
* Amitbach Bachchan, 2 filemnya masuk dalam senarai 10 filem, "Sholay" dan "Deewar". Dhamendra ("Sholay"), Raj Kapoor ("Awara"), Sunil Dutt ("Mother India"), Dilip Kumar ("Mughal-E-Aman"), Dev Anand ("Guide"), Aamir Khan ("Lagaan"), Shah Rukh Khan ("Diwale Dulhani Le Jayenge"), Shashi Kapoor ("Deewar") dan Salman Khan (Hum Aapke Hain Koun..!").
* Antara 10 filem yang tersenarai, hanya 2 saja berjaya dipilih untuk pencalonan merebut anugerah Oscar Academi Filem Bahasa Asing Terbaik - "Mother India" (1958 pemenang: "Nights Of Cabiria", Italy) dan "Lagaan" (2002 pemenang: "No Man's Land", Bosnia).


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA

berapa banyakkah yang masih ada?


DEV ANAND
patah tak tumbuh hilang tak berganti.


MADHUBALA

menyayangi dilip kumar hingga ke akhir hayat.


CINTA PERTAMA
ya, begitulah kira-kira...


THE LONG HOUSE
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya.


LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
akhirnya kau dan aku berpisah juga.



FILEM-FILEM BARU DI PANGGUNG WAYANG___












KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.






5 comments:

  1. Good story about Bollywood movies.
    Also, Dev Anand and Madhubala.
    Thank You, Mr. Mustafar.

    - Rohit Roshan, Hyderabad, India.

    ReplyDelete
  2. mungkin saudara Mustafar Ar boleh menulis untuk bulan yang akan datang tentang sikap dan minat orang melayu terhadap filem dan lagu hinudstan pada zaman 60 dan 70an. terima kasih

    ReplyDelete
  3. Perhaps Mr. Rohit Roshan could explain this strange phenomenon among our Malay moviegoers in Malaysia & Singapore. As we know it, the predominant Indian population of Malaysia & Singapore is ethic Tamil. Yet virtually all the Malay moviegoers do not find Tamil films from south India to be appealing enough to make them want to go to the cinemas and watch them (Tamil films). Strangely, in our local cinemas, Tamil films only have Tamil-speaking audiences. Bollywood films are relatively made up of trashy stuff as compared with Kollywood films which are more "solid" and have better substance. My only explanation is that Bollywood films, the stars, music etc. are more commercially glamorous. Its all yours now, Mr. Roshan for your frank comment - or anyone else who cares to take up this issue? Thank you.
    ~ NONAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. My answer is simple.
      I don't know.
      - Rohit.

      Delete