Tribute... A.R. Ismail (8/10/1929-15/1/1995) Pencipta Lagu Yang Tidak Patut Kita Lupakan (Update: 24/11/2016)

1. Bisikan Hati 2. Senja Berulang Senja 3. Dimanakah Cintamu 4. Aku Kecewa 5. Berikan Ku Sinar Harapan >> Kliks Disini

Sunday, July 15, 2012


HANCHOR HATI (1941)

FILEM MELAYU SHAW BROTHERS YANG KEEMPAT
Kajiselidek Oleh Zaini Yusop & Mustafar A.R.


HABSHA & YEM

TINA & PUTIH LAWAK

IKLAN DALAM THE STRAITS TIMES, 1 JULAI 1941

Produksi: SHAW BROTHERS
Pengarah: HAU YAU & WAN HAI LING
Pelakon: MISS TINA YEM PUTIH (PUTEH) LAWAK
MISS ROSE AHMAD C.B. HAJI GONG & HABSHA
Mula Ditayangkan: 28 JUN 1941


JALAN CERITA___

Tidak diperolehi. Namun menurut tulisan dalam akhbar Warta Malaya pada 2 Julai 1941, filem ini dianggap sebagai raja segala filem Melayu dan penghulu segala filem Melayu yang sedih.

ULASAN FK___

Apabila 3 filemnya mendapat sambutan dan menghasilkan pendapatan yang agak lumayan, kira-kira 2 bulan selepas "Toping Saitan" mula ditayangkan, Shaw Brothers mengedarkan satu lagi filem Melayu iaitu yang ke-4, "Hanchor Hati".

Filem ini telah diiklankan secara besar-besaran dalam akhbar-akhbar tempatan terutama The Straits Time, Utusan Melayu dan Warta Malaya bermula 24 Jun 1941, sebelum tayangan tengahmalamnya dilakukan di panggung wayang Queens (Geylang), Singapura pada 28 Jun 1941.

Ia kemudian diteruskan tayangannya serentak di 2 panggung wayang, Queens dan Sun Talkie (New World) pada 1 Julai 1941, dan sambutan boleh dikatakan sangat baik dan sangat menggalakkan.

Heroinnya Tina (Miss Tina) dan heronya pula Yem, kedua-duanya begitu diminati ramai pada masa itu, dan mereka dibantu oleh Putih (Puteh) Lawak, Rose (Miss Rose), Ahmad C.B., Haji Gong dan Habsha.

Tidak dapat dipastikan bagaimanakah corak filem ini, tetapi mengikut ulasan yang disiarkan oleh Warta Malaya keluaran 2 Julai 1941, ia bertemakan sedih yang boleh menyebabkan ramai penonton menitiskan airmata.

Disamping itu, filem ini juga disulami dengan lagu-lagu nyanyian Ahmad C.B. dan Miss Rose yang kebanyakannya bercorak sedih dan menyayat hati.

"Hanchor Hati" seperti juga "Leila Majnun", "Mutiara", "Bermadu" dan "Toping Saitan" hilang ghaib entah kemana.

FAKTA___

* Filem ke-3 Miss Tina sebagai heroine selepas "Mutiara" dan "Bermadu".
* Filem ke-3 Yem sebagai hero selepas "Mutiara" dan "Bermadu".
* Filem ke-4 lakonan Habsha (Habsah, ibu Hashimah Yon) selepas "Mutiara", "Bermadu" dan "Toping Saitan".
* Filem Melayu ke-5 Malaysia/Singapura selepas "Leila Majnun", "Mutiara", "Bermadu" dan "Toping Saitan".
* "Toping Saitan" heroinenya Momo yang lebih terkenal sebagai penyanyi, dan heronya A. Rahman atau lebih terkenal dengan nama Rahman Cantik.
* Filem pertama dibintangi oleh Ahmad C.B. yang lebih terkenal sebagai penyanyi, dan dia kemudian muncul bersama S. Roomai Noor, P. Ramlee dan Kasma Booty dalam filem "Noor Asmara" pada tahun 1949.
* Penayangan filem ini dilakukan hanya 5 bulan (lebih sikit), sebelum tentera Jepun menyerang Malaya/Singapura pada 8 Disember 1941.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.


ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA

berapa banyakkah yang masih ada?


TOPING SAITAN
filem melayu shaw brothers yang ketiga.


CINTA PERTAMA
ya, begitulah kira-kira...


THE LONG HOUSE
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya.


LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
akhirnya kau dan aku berpisah juga.

IMAN
iblis cuba pengaruhi jiwa manusia.


TRIVIA "PERMINTAAN TERAKHIR"

ciplakan filem hong kong "susanna".



FILEM-FILEM BARU DI PANGGUNG WAYANG___













KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.







4 comments:

  1. Siapa ada biodata lengkap Putih Lawak
    Siapa nama sebenar dia
    Pelawak sensasi cathay keris disamping man belon, wahid satay dan mat sentol
    sebagai pelakon utama filem Pak Pandir Moden 1960 dimana roseyatimah pertama kali berlakon di cathay keris jadi perempuan bisu
    Jadi manager wahid satay filem Rasa Sayang Eh 1959
    Kira berani pasal ikat tali untuk cabut paku ditengkuk pontianak filem Sumpah Pontianak 1958

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahukah anda?
      putih lawak tidak pernah
      berlakon di mfp jalan ampas,
      walaupun dia pernah berlakon
      dalam beberapa filem shaw brothers
      sebelum perang dunia kedua.
      kalau jangkaan saya salah,
      ada sesiapa boleh beritahu.

      Delete
  2. Rupanya YEM atau Yem Jaafar ni pernah berlakon di Shaw Brothers bukan saja di Cathay Keris. Masa muda jadi hero tetapi di Cathay Keris banyak berlakon sebagai Raja, Bendahara dan Penghulu Kampong. Selain P. Ramlee dan M. Amin dia juga antara pelakon yang dapat pegang watak Hang Tuah. Kebanyakan filemnya adalah “genre” purbawara dan jarang cerita moden. Lagipun dia ada aura jadi Raja lebih lagi bila tonton filem “Noor Islam”. Filem moden yang dikenali adalah filem Tunang Pak Dukun 1960 yang Rose Yatimah berlakon dan Yem jadi tunangnya. Juga berlakon filem Rasa Sayang Eh 1959 dimana terdapat dialog yang melucukan antara dia dengan Wahid Satay bila dia mengenalkan dirinya sebagai Salam.
    Lagi satu yang ada pakai nama Yem dihujung nama mereka ni kroni dia juga ke? macam Minah Yem, Norsiah Yem, Abu Bakar Yem (flem Yatim Mustapha) 1961 dan Chinta Yem (filem Pontianak Gua Musang) 1964. Norsiah Yem pula masa muda pernah jadi heroine di Cathay Keris macam filem “Dahlia” 1953, filem pertama Latifah Omar dan terakhir filem Salah Sangka 1957. Lepas tu dia banyak berlakon jadi penari saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu dokumentasi yang agak baik
      dari anda, mengenai pelakon bernama yem.
      teruskan berdokumentasi dengan
      pelakon-pelakon lain pula.

      Delete