Monday, August 6, 2012


SELAMAT PENGANTIN BARU

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN KETENTUAN TUHAN




Di Cari Di Susun & Di Semak Oleh
ZAINI YUSOP & MUSTAFAR A.R.




NONA ASIAH - ISMAIL KASSIM
20 Ogos 1955


(Sumber: Mza391)

SALLEH GHANI - RAJA HAMIDAH
September 1955



LATIFAH OMAR - RAHMAT ALI
15 Januari 1956
(Sumbangan: Latifah Omar Klasik Fan)


JINS SHAMSUDIN - RAHMAH RAHMAT
3 Jun 1961


(Sumber: Njendra)

P. RAMLEE - SALOMA
21 November 1961


(Sumber: PakCummy)

AZIZ JAAFAR - NORMADIAH
1961


(Sumber: Eddy7788)






SAYA banyak menerima e-mail meminta disiarkan foto-foto selebriti kita termasuk juga wartawan hiburan seperti (sebagai contoh) Bahyah Mahmood (BAM) - Ahmad Idris (ABI) bersanding dalam blog FKM ini.

Pada mulanya, saya agak ragu-ragu dan keberatan kerana tidak semua pasangan yang berkahwin kekal hingga ke akhir hayat disamping ramai pula diantara mereka sudah pergi buat selama-lamanya.

Setelah difikir-fikirkan kembali, tidak ada salahnya foto-foto tersebut disiarkan semula untuk tatapan mereka yang tidak pernah menatapinya kerana ketika peristiwa bersanding (berkahwin) itu berlaku, ada diantara mereka masih kecil atau pun belum lahir. Baca lagi di bawah...

M. OSMAN - AFIDA ES
1961


(Sumber: Manzboyle)

IBRAHIM PENDEK - HASNAH MOHD. AMIN
8 April 1962


(Sumber: MrsRockHudson)

MARIANI - ALIAS MOHAMAD
5 April 1963


SOPHIA IBRAHIM - YA'AKOB KHAMIS
1966


(Sumber: Njendra)

FAZIDAH JONED - WAN ABDUL AZIZ
1966


(Sumber: PropertySaga)


MUSTAPHA MAAROF - ROSE YATIMAH
1967


(Sumber: Iscola)

RAHMAH RAHMAT - JAAFAR AWANG
1969


A. RAHMAN HASSAN - AZIZAH MUHAMMAD
6 Jun 1969


(Sumber: Sharkbreakerz)

IBRAHIM PENDEK - ASIAH OTHMAN
16 Ogos 1970


RAFEAH BUANG - TENGKU ASMAWI
17 Julai 1971


(Sumber: Gulaiyutube)

AHMAD JAIS - HARIATI MOHD. ESA
April 1972


NOOR NIKMAN DADAMEAH - NOOR HAYATI
19 Ogos 1972


H.M. SUTAN - SOFIA ABDULLAH
1974


ZAIN AZMAN - JUNAIDAH ABDULLAH (JUNE GRIFFIETHS)
20 April 1974


(Sumber: AzizCruiseDesa)

MAHMUD JUN - MAHAROM ABD. GHANI
Ogos 1974


A. RAHMAN ONN - NORZIAH DAIMAN
5 Disember 1975


(Sumber: Cicicicaca)

ZULKIFLI ZAIN - NORMALA OMAR
14 Mac 1976



S. ROSLEY - FAUZIAH ZIE
7 Mac 1976


TENGKU MARIAM - SHERKAWI JIRIM
1977




FOTO ADA, TARIKHNYA SAYA TIDAK TAHU___

OMAR ROJIK - NORSIATI

ABDULLAH CHIK - ROHAYAH ANGGILA

(Sumber: PakNasz)


ROHANI AZIZ - HANAFIAH YUNUS





RAHIMAH RAHIM - MOHD. NOH HUSSAIN
9 Disember 1977


(Sumber: xBadoMx)


DHALAN ZAINUDDIN - EFFA RIZAN
15 Disember 1977


(Sumber: Boy21551)


UJI RASHID - JAMALUDDIN JALIL HARAHAP
2 Januari 1978


(Sumber: xBadoMx)

YUSOF HASLAM - RAJA NOOR SAADAH
1978


SONNY ABDULLAH - WAN FARIDAH
30 Julai 1978


ZULKIFLI AHMAD - FAWZIA
6 Mei 1979



JULIE REMIE - JUMALI KASSIM
30 Jun 1979


(Sumber: MrCupan)

D.J. DAVE - ZAINON MOHD. YUSOFF
15 Julai 1979


KHATIJAH IBRAHIM - MOHAMAD RASHID FAHMI BATSALOO
24 April 1981



SHARIFAH AINI - ALI ABU BAKAR
1 Julai 1981


(Sumber: xBadoMx)

ANITA SARAWAK - BROERY MARANTIKA
16 Oktober 1981


SUDIRMAN HAJI ARSHAD - KAMARIAH JAMALUDDIN
25 Disember 1981


(Sumber: NurNilam001)







INTERBIU EKSLUSIF
BAHYAH MAHMOOD DENGAN SUDIRMAN HAJI ARSHAD
PETIKAN DARI URTV
(15 JANUARI 1982)


KENAPA 'KAY' JADI PILIHAN SUDIR?

ENTAH mengapa tiba-tiba saja saya ingin tahu, mengapa Sudirman memilih gadis PETRONAS, Kamariah Jamaluddin? Apa keistimewaan 'Kay' di mata Sudir yang tidak ada pada wanita-wanita lain?

Sudirman tersenyum meleret mendengar pertanyaan itu... senyuman paling manis, paling indah di wajah pengantin baru yang sedang mengecap nikmat hidup bersuami isteri.

Keriangan jelas terbayang di wajahnya. Dengan senyum Sudirman menjawab:

"Kenapa saya pilih Kay???... Kenapa agaknya dia pilih saya ya???... Dah jodoh. Bukankah jodoh pertemuan kekuasaan Tuhan!

Dalam senyum Sudir menyambung lagi: "Bagi saya Kay biasa saja. Istimewanya cuma, peribadi dia dan saya seperti rambut tersimpul mati." Sebuah jawapan yang paling mahal.

Perbualan kami bertambah rancak. Anda semua boleh membacanya seperti dibawah ini:


BAHYAH: Sebelum Kay, Sudir pernahkah ada kekasih lain?

SUDIR: (Tersentak mendengar pertanyaan ini, diam sejenak, kemudian menjawab dengan tenang, satu... satu...) Ada tu ada... tapi cuma saya saja yang syok seorang. Orang tak hendak.

BAHYAH: Apakah Kay kekasih pertama? Dari pertemuan cinta pandang pertama?

SUDIR: (Senyum penuh makna...) Secara serius, iye! Dia yang pertama. Apabila saya terlihat dia buat pertama kalinya, saya rasa inilah jodoh yang ditakdirkan Tuhan untuk saya.

BAHYAH: Berapa orang anak Sudir inginkan?

SUDIR: Anak? (ketawa riang...) Kalau boleh 1 dulu... kemudian 2... menyusul anak ke-3, cukup!

BAHYAH: Mengapa 3?

SUDIR: Senang tak ramai. Saya dari keluarga besar - 8. Selalu saya rasa saya tertinggal di dalam penerimaan kasih sayang. Kalau keluarga saya kecil, lebih senang saya mengaturkan hidup mereka.

Perbualan hangat tiba-tiba terhenti sejenak, senyap, bagaikan Malaikat lalu... bila saya bertanya tentang umur. Memang sejak dulu lagi Sudirman merahsiakan sangat-sangat tentang usianya. Cuma yang tidak dirahsiakan ialah tarikh lahirnya 25 Mei, tahun??? Ah, tak kisahlah, bintang-bintang Hollywood pun ramai yang mengrahsiakan usia mereka.

BAHYAH: Berapa usia Kay?

SUDIR: Kay 28. Saya??? Saya suka wanita yang lebih tua dari saya, kerana dia boleh jadi penjaga saya, jadi kawan, jadi kakak, jadi adik, jadi kekasih...

BAHYAH: Apa bintang Sudir?... Apa bintang Kay?...

SUDIR: Gemini - saya. Libra - Kay.

BAHYAH: Percayakah Sudir pada ramalan bintang?

SUDIR: Tak percaya. Baca sekadar untuk suka-suka.

BAHYAH: Bagaimana kerasian Gemini bertemu Libra?

SUDIR: Mengikut bintang: Gemini - aktif, selalu dalam pergerakan. Libra - penimbang dan matang. Bila saya terlalu bersuka, dia mengheret saya ke bumi. Bila saya terlalu bersugul, dia cuba menghiburkan saya.

BAHYAH: Apa pendapat Sudir tentang setengah orang menganggap Sudir Mickey Rooney Melayu - pendek, cari isteri tinggi?

SUDIR: (Tersenyum... ketawa geli hati). Saya dan isteri saya sama tinggi. 157cm. Cuma perempuan selalu nampak tinggi sebab langsing. Tapi itu tak menjadi kisah. Bentuk fisikal tidak begitu penting buat saya, apa yang ada di dalam, lebih mustahak.

BAHYAH: Apa pendapat Sudir tentang lelaki yang berkahwin banyak kali?

SUDIR: Kahwin bagi saya, insyaalah, sekali seumur hidup.

ULASAN FKM___

Begitulah riang dan gembiranya Sudirman Haji Arshad sejurus selepas pernikahannya dengan Kamariah Jamaluddin, yang berkesudahan dengan berakhirnya sebuah impian.

DATA PERJODOHAN DAN PERPISAHAN___

AKAD NIKAH: 14 Februari 1981, Kuantan, Pahang.
BERSANDING: 24 Disember 1981, Hotel Equatorial, Kuala Lumpur.
BERCERAI: 25 Mei 1984, Kuala Lumpur.
TEMPOH PERKAHWINAN: 2 tahun, 3 bulan dan 11 hari.





JOHARI SALLEH - ZARINA ZABIDIN
27 Disember 1981


KUSWADINATA - KAMARIAH MOHD. SAID
1982



RUBIAH SUPARMAN - ZAHARI MOHD. NOH
1 Januari 1984


HERMAN TINO - NORAINI IBNU
13 Oktober 1984


HALIL CHIK - ZAKYYAH ABDULLAH
Disember 1985


EMAN MANAN - FAUZIAH AHMAD DAUD
23 Disember 1990


(Sumber: xBadoMx)

AZIZ SATTAR - HASHIMAH DELAN
16 Disember 2006


(Sumber: Pujangga22)

AZEAN IRDAWATI - KHAIRIL ANWAR
1980


M. DAUD KILAU - ROHANI AWANG NGAH
1982


AZNIL NAWAWI - ZAUYAH TARMIZI
1989

Update: 7 Januari 2013


SARIMAH - HIDUP HASHIM
18 November 1992
Update: 7 Januari 2013







PILIHAN ISTIMEWA (Special Edition)___

FANDI AHMAD - NUR SARA ABDULLAH
8 Disember 1996


RIMA MELATI - FRANS TUMBUAN
23 Disember 1973


LENNY MARLINA - GATOT TEGUH ARIFIANTO
Ogos 1973


PANCHO MAGALONA - TITA DURAN
Tarikh: Tidak dapat dipastikan


DILIP KUMAR - SAIRA BANU
11 Disember 1966




RAMAI, terlalu ramai yang meminta saya menyiarkan foto-foto persandingan P. Ramlee dengan Junaidah, Norizan atau pun Saloma. Tetapi yang ada hanyalah P. Ramlee dengan Saloma saja iaitu selepas mereka diijabkabulkan di rumah Musalmah dan Kamsani.

Permintaan kedua terbanyak (Jins Shamsuddin-Rahmah Rahmat), saya perolehi. Begitu juga Mustapha Maarof - Rose Yatimah, Omar Rojik - Norsiati dan Ibrahim Pendek dengan kedua isterinya, Hasnah dan Asiah.

Agak dikesali, saya hanya menemui foto-foto Abdullah Chik dan Omar Rojik tetapi tidak menemui tarikh (walau tahun sekali pun) persandingan mereka. Dan ini saya perlukan bantuan, sesiapa yang tahu.

Apa yang agak mengecewakan saya, kehilangan foto persandingan wartawan hiburan Bahyah Mahmood - Ahmad Idris. Saya masih ingat, saya ada menyimpannya.

Ia merupakan foto muka depan (satu muka penuh) majalah Utusan Filem Dan Sport, dan telah saya beli (masa itu belum bekerja dengan Utusan Melayu) di kedai berhampiran Central Market (kini Pasar Seni), Kuala Lumpur pada penghujung tahun 1960an.

Puas saya mencarinya, tetapi tidak ditemui. Saya rasa ada tersorok dimana-mana dan sekiranya saya memperolehinya nanti saya akan siarkan untuk tatapan kita semua.

Perlu ditegaskan, FKM tidak berhasrat dan berniat buruk menyiarkan semula foto-foto perkahwinan selebriti yang boleh dianggap mempunyai ramai peminat, serta juga wartawan hiburan.

Ia sekadar mengimbau kembali detik-detik kebahagian mereka, dan tidak mengambil peduli apa yang berlaku kemudian dan selepas itu.

Perjodohan dan perpisahan adalah ketentuan (kekuasaan) Tuhan yang maha Esa. Tiada siapa yang dapat menghalanginya.

Dalam pengetahuan saya, pasangan yang masih kekal hingga kini antaranya Zulkifli Zain - Normala Omar, Dhalan Zainuddin - Effa Rizan, A. Rahman Hassan - Azizah Muhammad, Sonny Abdullah - Wan Faridah dan Hanafiah Yunus - Rohani Aziz.

Agak menarik, 2 foto perkahwinan Ibrahim Pendek, dengan Hasnah (isteri pertama) dan Asiah (isteri kedua) ada dalam simpanan saya, dan turut disiarkan.

Saya tidak berdaya mengumpul kesemua selebriti. Justeru itu, kalau ada sesiapa yang mempunyai foto-foto selebriti yang tidak ada dalam FKM ini e-mail kepada saya supaya dapat disiarkan untuk kita tatapi bersama.

Keutamaan hanya kepada selebriti lama (veteran), Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Yusry, Erra Fazira, Awie, Fasha Sandha dan yang sewaktu dengannya tidak payahlah hantar, kerana foto-foto mereka begitu banyak dan boleh diperolehi dengan mudah di internet.

Disamping itu, saya juga ingin mendapat bantuan dari sesiapa, sekiranya ada foto-foto yang didapati tersalah haribulan, bulan dan tahun tolong perbetulkan supaya ianya menepati fakta. Selesai.






WARTAWAN HIBURAN___

RAMNAH YASSIN - ARSHAD ABDULLAH
23 Disember 1978


KAMAL AMIR - ROHANA ISMAIL
24 Disember 1978


FARIZA SAIDIN - ANUAR MD. ISA
1977


ANWARDI JAMIL - PUTEH JERINEH
Ogos 1983


DAN AKHIR SEKALI...___

MUSTAFAR A.R. - ZAINI YUSOP
13 Disember 1970



DESKREPSI___

* Nona Asiah, penyanyi lagu popular "Ciumku Lagi" dan pelakon filem pertama Nusantara Company, "Pelangi".
* Salleh Ghani, pengarah yang terkenal dengan filem box officenya, "Sri Mersing".
* M. Osman, penyanyi lagu popular "Suzana" dan ayah kepada pelakon dan pengarah filem Aziz M. Osman dan Zulkifli M. Osman.
* Zain Azman, penyanyi kelab malam dan mula terkenal dengan rancangan hiburan TV Malaysia "Zain Azman Show" pada tahun 1967.
* Fazidah Joned, merupakan penyanyi popular tahun 1960an terkenal dengan lagu "Menanti Malam Tiba" dan "Selamat Hari Raya".
* A. Rahman Onn, penyanyi tahun 1960an begitu popular dengan lagu "Cincin Emas".
* Johari Salleh, pernah memimpin Orkestra RTM dan pencipta lagu-lagu untuk filem musikal "Cinta Dan Lagu".
* Rubiah Suparman, pernah berlakon dengan Dicky Dzulkarnean dari Indonesia dan Sarimah dalam filem "Potrait Maria".
* Rohani Aziz, suaranya turut digunakan untuk nyanyian lagu-lagu filem "Cinta Dan Lagu" bersama Salamiah Hassan dan Shagul Hamid. Hanafiah Yunus juga terkenal sebagai penyanyi.
* Tengku Mariam/Sherkawi Jirim, personaliti Radio dan TV.
* Noor Nikman Dadameah, personaliti Radio dan TV.
* Halil Chik, begitu terkenal dengan lagu "Joget Bunga Melati" dan "Renungan Matamu".
* Julie Remie, terkenal dengan lagu "Abang Sayang", "Wajahmu Dihatiku" dan "Tetap Sayang Tetap Cinta".
* Herman Tino, penyanyi yang terkenal dengan lagu "Mengapa Dikenang Mengapa Difikir". Noraini Ibnu, pula begitu popular di Radio.
* Sophia Ibrahim, pelakon filem dan turut membintangi filem "Dr. Rushdi" yang diarahkan oleh P. Ramlee.
* A. Rahman Hassan, terkenal dengan lagu popularnya "Tak Mengapa" yang diiringi oleh Orkes Nirwana, Johor Bahru.
* S. Rosley, pelakon yang diperkenalkan oleh S. Kadarisman dalam filem "Anak Buloh Betong".
* H.M. Sutan bukan pelakon filem. Beliau merupakan orang kuat Merdeka Film Productions yang turut bertanggungjawab lahirnya filem "Permintaan Terakhir", "Jiwa Remaja", "Sayang Anakku Sayang" dan "Cinta Dan Lagu".
* Zulkifli Ahmad ialah bekas suami Sarimah dan pernah menjadi Penolong Pengarah Filem di MFP.
* Fandi Ahmad merupakan Bintang Bolasepak Singapura, dan sezaman dengan Mohd. Noh Hussain yang berkahwin dengan Rahimah Rahim.
* Pancho Magalona dan Tita Duran, pelakon filem "Azimat" yang diarahkan oleh Ralf Bayer, dan dilakonkan juga, Ahmad Mahmood, Saloma dan Jins Shamsudin.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA

berapa banyakkah yang masih ada?


10 FILEM BOLLYWOOD HEBAT SEPANJNG MASA
top 10 bollywood films all time


REVOLUSI ISLAM DAN FILEM IRAN
"a separation" meningkatkan martabat negara iran


CECILIA CHEUNG
foto-foto lucahnya menggemparkan hong kong


CINTA DAN LAGU
satu-satunya filem musikal wujud di malaysia

PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai...

TRIVIA "PERMINTAAN TERAKHIR"
ciplakan filem hong kong "susanna"




KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.


126 comments:

  1. Seronok tengok foto Ibrahim Pendek
    dengan isterinya, Hasnah dan Asiah.
    Rasanya, tak pernah ada di blog-blog lain.
    Terkilan, tak dapat tengok P. Ramlee bersanding
    dengan Junaidah, Norizan atau pun Saloma.
    Good work Encik Mustafar, carry on writing.
    Saya suka Filem Klasik Malaysia.
    - Zareena, P. Pinang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih zareena
      kerana menyukai
      filem klasik malaysia.
      saya juga suka tengok
      2 foto ibrahim pendek
      dengan 2 isterinya itu.

      Delete
  2. Syabas En. Mustafar kerana membuka satu lagi topik menarik. Ini menyebabkan saya tersangat suka blog saudara ini. Lagi banyak topik menarik akan menarik pula lebih ramai pengunjungnya.
    Sempena dengan topik diatas saya ingin bertanya mengenai perkahwinan 2 seniwati popular filem melayu dulu iaitu Datuk Maria Menado (2nd marriage) dan seniwati Latifah Omar (first marriage) tetapi tidak sesuai di halaman ini kerana akan mengundang kontroversi. Nanti saya akan e-mail kepada En. Mustafar lepas raya ni pasal ini bulan puasa.
    -Bidan Terjun

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sdra bidan terjun
      kerana tersangat suka dengan blog saya.
      saya tunggu e-mail sdra.
      nak tau juga, sejauh mana sdra mengetahui
      tentang 2 pelakon tersebut
      dibandingkan dengan apa yang saya tau.

      Delete
  3. Gambar perkahwinan Datuk Aziz Sattar dengan Hashimah Delan menarik perhatian saya. Ini perkahwinan dia yang ke berapa?. Setahu saya isteri pertamanya adalah seniwati Dayang Sofiah. Ada tak gambarnya atau gambar mereka bersanding dalam filem Bujang Lapok pun boleh juga dikira gambar mereka bersanding. Harap perkahwinan mereka ini tak bergolok gadai pula macam dalam filem tu.
    -Bujang Tua Syok Sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bujang tua syok sendiri.
      apa yang diperlukan di sini
      foto persandingan sebenar (original)
      bukannya berlakon atau olok-olok.
      nanti saya jumpa aziz sattar
      manalah tau, kalau dia ada
      menyimpan foto persandingannya
      dengan dayang sofiah.
      untuk pengetahuan kita bersama,
      aziz sattar hanya ada 2 isteri,
      dayang sofiah dan hashimah delan.

      Delete
    2. Terima kasih En. Mustafar diatas penerangan diatas. Kalau ada nanti tolong siarkan dalam blok FKM ini.
      BTSS

      Delete
    3. maaf, dayang sofiah adalah perkahwinan kedua Aziz Satar.

      Delete
  4. Saya juga seronok tengok gambar sanding Ibrahim Pendek cuma curiuos sikit gambar tahun 70 tu adakah dia kahwin dengan gadis under age ke? macam budak lagilah? Maklumlah Ibrahim tu pun nampak macam budak sikit.
    -Panjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. menurut kajian saya,
      ibrahim pendek kahwin
      dengan hasnah (1962)
      ketika umurnya 26 tahun.
      hasnah 19 tahun.
      dengan asiah (1970),
      ibrahim pendek 34 tahun,
      dan asiah 15 tahun,
      dibawah umurlah tu.

      Delete
    2. Nak tumpang sikit. Alahai beruntungnya seniman Ibrahim Pendek bukan saja dapat dua kali kahwin tetapi makin tua dapat yang lagi muda lagi. Bukan macam saya dah tua pun masih bujang lagi. Nasib hai nasib. Dulu, kini dan selamanya macam tu juga.
      BTSS

      Delete
  5. Sila ikuti berita terbaru mengenai keluarga Ibrahim pendek disini:
    >>> budaktechnician.blogspot.com/2012/08/keluarga-ibrahim-pendek-dapat-tanah.html
    nampaknya nasib keluarga allahyarham terbela.
    terima kasih kepada kerajaan negeri melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Kerajaan BN yang prihatin nasib para bekas artis dan keluarga mereka.
      1 Malaysia menyokong Bela Negara

      Delete
  6. Sambil itu nak tanya gambar kahwin seniman Datuk Mahmud June dengan Maharom ogos 1974 adakah first marriage dia. Macam Bapa kahwin dengan Anak je!. Frust juga tengok yang dah berumur dapat kahwin yang muda muda ni.
    BTSS

    ReplyDelete
  7. Dah ada updates dengan video lagu. Lagi bagus lagu pengantin. - Salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. video youtube diselitkan
      kerana ada di antara anak2 muda
      mungkin tidak mengenali mereka.
      contohnya: fazidah joned, zain azman,
      herman tino dan mungkin juga julie remie,
      d.j. dave dan nona asiah.
      yang memang popular seperti p. ramlee,
      saloma, sudirman dan sharifah aini
      kerana sudah ada di youtube, sengaja saya masukkan supaya entri ini lebih berseri.

      Delete
  8. Saya suka dgr lagu m osman suzana. siapa dia, gfriend dia ke? macam azizah p. ramlee ???.
    Nona Maria - melaka

    ReplyDelete
  9. en mus, gambar atas sekali ismail kassim tu ayah chegu murni ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang sudah pasti bukan.
      yang pasti murni serawak,
      anak siput serawak.
      kurang jelas samada dia anak
      s. roomai noor, bapa
      anita serawak dan noor kumalasari.
      nanti saya buat research untuk
      mendapatkan fakta yang tepat.
      perlu juga diberitahu,
      murni serawak pernah berkahwin
      dengan dollah dagang yang sering
      membintangi filem2 cathay keris.

      Delete
    2. murni serawak ni dah meninggal ker??? ataupun masih ader???

      Delete
    3. tapi kawan fb saya dari singapura mengatakan Murni adalah anak kepada Siput & Ismail Kassim...

      Delete
  10. Gambar pengantin Abdullah Chik - Rogayah Anggila menarik perhatian saya tapi sayang tak ada tarikh. Betul ke dia pernah kahwin dengan Norizan janda P, Ramlee? Anggerik Desa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak salah lagi.
      tapi sayangnya jodoh mereka tidak panjang.
      bak kata anak pa' blalang: "sekejap aje".

      Delete
    2. nak tanya lagi kalau en mustafar tahu adakah lagu pertama abdullah chik "oh rohayah" tu ada kaitan dengan isterinya itu. nama hampir sama.

      Delete
    3. ya, tepat sekali.
      mana dapat info?

      Delete
    4. teka saja coz ada koleksi lagu dia tajuk oh rohayah. bila first time tengok gambar kahwin dia baru ni cuba tanyalah. anyway thanks. good information.

      Delete
  11. Salam sejahtera En. Mus. cuma nak confirm mohd noh hussain yang sanding dengan rahimah rahim tu pemain bola singapura kan? katanya rahimah ada nyanyi satu lagu khas untuk dia. Kaki Bola

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, memang benar.
      mohd. noh memang terkenal suatu ketika dulu.
      bukan satu, tapi dua atau tiga lagu.

      Delete
  12. ehmm... cantik gambar mustapha maarof dgn roseyatimah tapi kata dia ada kahwin juga dgn pelakon ikan duyong suraya harun. pernah tengok mereka bertiga lakon sama filem udang disebalik batu 1966.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar.
      sebelum kahwin dengan
      rose yatimah,
      mustapha maarof kahwin dengan
      suraya harun.

      Delete
  13. saya peminat pelakon handsome ed osmera. tak de ke gambar dia bersanding? dari Minah Karen

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk pengetahuan
      minah karen
      dan peminat2 ed osmera.
      ed osmera tak pernah kahwin
      sepanjang hidupnya.
      maknanya, dia bujang
      hingga ke akhir hayat.

      Delete
  14. Salam sejahtera. en mus bolehkah mengesahkan kisah perkawinan uji Rashid – jamaluddin 1978 banyak mendapat tentangan hebat berupa berita negative dan khabar angin mengenai latarbelakang jamaluddin atau jam itu. peminat lagu namamu terukir dihatiku

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya entri ni
      dah jadi soal-jawab pula.
      tapi takpalah untuk
      pengetahuan kita bersama.
      saya pula akan cuba jawab mana
      yang boleh dan yang saya tau.
      sebenarnya, perkahwinan uji-jam
      banyak menimbulkan kontroversi.
      saya tau tapi tidak banyak.
      wartawan yang paling banyak tau
      ialah bahyah mahmood (bam).
      mengesahkan semula kisah uji-jam,
      nantilah kalau2 saya dapat
      jumpa uji bertanyakan samada
      ia boleh disiarkan atau tidak.

      Delete
  15. bila melihat potret SUDIRMAN HAJI ARSHAD - KAMARIAH JAMALUDDIN sedih pula melihatkan seorang selebriti besar berlalu begitu saja. mereka dikatakan bercerai sebelum dia meninggal dunia.puncanya ehemmm. alfatihah untuk mereka yang telah pergi. peminat chow kit road

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang dikatakan
      perjodohan, perceraian & kematian
      ketentuan Tuhan yang maha Esa.
      kita merancang Tuhan juga merancang.
      begitulah akhirnya hidup
      seniman besar seperti sudirman.
      namun begitu khazanah peninggalannya
      harus kita hayati dan jaga dengan baik.

      Delete
  16. kes seniman ed osmera membujang hingga ke akhir hayat sebab dia frust dengan seniwati noor azizah, kesian cinta yang tidak kesampaian. alfatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kerana noor azizah
      atau sesiapa pun.
      memang taqdir dah menentukan
      yang ed osmera tidak akan kahwin
      sepanjang hayatnya.

      Delete
    2. saya setuju pandangan en. mus tu bahawa jodoh, ajal, maut dam pertemuan ditangan tuhan. kalau tak ada jodoh buat apa pun tak jadi. TQ.

      Delete
    3. perlu diperbetulkan.
      Tuhan bukan manusia atau...
      "jodoh, ajal dan pertemuan
      ditangan Tuhan".
      yang tepat,
      "jodoh, ajal dan pertemuan
      kuasa (bukan tangan) Tuhan".

      Delete
  17. Lagu Rahimah Rahim
    "Apakah Rindu Masih Di Hatimu",
    seakan-akan sama dengan
    lagu Suhaimi Meor Hassan
    "Misteri Cinta".
    Keduanya sedap didengar.
    Satu lagi yang menarik,
    lagu Ogy Ahmad Daud "Kisah Cinta.
    Macam lagu Indonesia.

    ReplyDelete
  18. Salam sejahtera en Mustaffar. Saya merujuk satu komen saudara mengenai satu entry dari pengunjung mengenai kontroversi perkahwinan uji rashid-jam . Pada pandangan saya adalah lebih baik soalan tersebut atau mana2 soalan mengenai selebriti2 dahulu ditujukan kepada en. Mustaffar sendiri kerana en. Mus berautoriti menjawab soalan mereka kerana lama berkecimpung di dunia hiburan serta boleh merujuk kepada rakan2 lain i.e BAM etc. Selama ini mereka mendapat info dari pihak ke3 yang diragui kesahihannya melalui blog discussion group etc. Nak harap info dari Finas faham2 sajalah. Terima kasih serta Selamat Berpuasa dan Berhari Raya. No Nama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sdra no nama.
      kerana memberi penuh kepercyaan pada saya.
      sdra pun tak harapkan finas, ya?
      saya pun heran, bagaimana satu
      agensi kerajaan yang sepatutnya
      menentukan segala fakta filem malaysia
      dari dulu hingga sekarang disahihkan,
      melakukan sebaliknya pula.
      diharap ketua pengarah finas merombak
      petugas2 blog sinemamalaysia.
      kalau tak mampu buat sebaik mungkin,
      tutup saja supaya ianya tidak
      mengelirukan pembaca2 yang mahukan
      fakta yang tepat dan betul.

      Delete
    2. Betul... betul...
      Tapi orang-orang Finas
      atau Ketua Pengarahnya
      atau Menterinya, Rais Yatim,
      baca ke blog
      Filem Klasik Malaysia?

      Delete
  19. sorry saya orang baru.
    dulu pernah dgr story orang lama pasal
    norizan ex-wife p ramlee b4 saloma.
    siapa dia, so special.
    anak dara orang VIP ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita norizan akan menyusul.
      tunggu...

      Delete
  20. Mcm tak caya
    ada kata jins shamsudin ni
    bekas anak tiri p’lakon
    bwg merah latifah omar.
    Mcm mana ni,
    kan tifah muda dari dia?
    & bila pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dipendekkan cerita.
      mulanya latiffah nak kahwin
      dengan p. ramlee, tapi tak jadi.
      tak lama kemudian dia kahwin
      dengan peniup trumpet terkenal
      (rahmat ali) dan pernah muncul dalam
      filem "ibu" yang dibintangi p. ramlee.
      rahmat ali beristerikan sa'amah,
      pelakon mfp yang sudah tidak asing lagi,
      dan antara anak2 mereka rahmah rahmat,
      ainon rahmat dan rahman rahmat.
      sebab dikaitkan latiffah itu, ibu tiri
      jins shamsudin, kerana dia berkahwin
      dengan rahmah rahmat, anak tiri latiffah.
      mudahkan? tidaklah kacaubilau
      macam filem p. ramlee, "keluarga 69".

      Delete
    2. ooooh gitu jadinya. maknanya jarak umur latifah dgn rahmat agak jauhlah. ada anak ke? sebab pernah rasanya tengok anak pompuan latifah tapi ayahnya nama khairudin. siapa pula khairudin ni?

      Delete
    3. latiffah merupakan salah seorang
      pelakon yang sangat berahsia
      tentang hal2 perkahwinan.
      itu sebab selepas bercerai dengan
      rahmat ali, info mengenai suami
      dan anaknya tidak begitu jelas.
      seorang lagi pelakon yang setaraf
      seperti latiffah - noor azizah.

      Delete
    4. berita sedih untuk peminat noor azizah. peluang tipis tengok gambar dia bersanding
      tengok saja gambar dia bersanding dalam filem sudah lah.

      Delete
    5. pasal latifah ni fotonya pun tanpa pengantin lelaki tapi dalam filem punyalah banyak dia bersanding. contoh dgn p.ramlee, nordin ahmad, mustapha maarof, ghazali sumantri, ahmad osman dsb. yang nikah saja pun ada. pelik juga orang filem ni gambar bersanding betul tak ada pula.

      Delete
    6. foto bersanding
      latiffah/rahmat ali
      mungkin ada.
      hanya saya saja
      tak dapat cari.
      ada sesiapa, boleh bantu?

      Delete
    7. gambor bsanding latifah dgn nordin ahmad filem gurindam jiwa cantik giler lah dia. sayang mereka tak kahwin betul pulak!

      Delete
  21. Tgok gambar mariani kakak saloma ni
    teringat kata org dia ni banyak laki dan anak.
    Lebih dari sedozen.
    Itu gambar suami yang ke berapa entahlah !
    Tiga Abdul

    ReplyDelete
  22. Takut lihat foto omar rojik
    macam soldier jepun dulu lah.
    Masa muda mesti garang
    dan suka tampar orang ni!
    Matahari

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah... kah... kah...
      nampak aje garang,
      tapi hatinya baik.
      lagi pun allahyarham
      tak banyak cakap.
      sepatah soal,
      sepatah jawab.

      Delete
    2. ada satu lagi geng jahat dia.
      nama dia saleh kamil.
      cukup benci tengok wajah dia
      rasa nak ludah saja
      tapi ada pulak orang
      kata dia ni baik,
      entahlah. confuse.

      Delete
  23. en. mus gambar kahwin en mus tak ada yang color ke? atau zaman tu kamera hitam puteh lagi? tapi macam mana gambar latifah omar dah color pula!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada color dah.
      saya pun tak fikir
      ada internet
      macam sekarang ini.
      dan ada blog
      filem klasik malaysia.
      kalau saya tau,
      misti saya ambil
      foto color dan siarkan.
      apa pun, yang penting
      bukan saya, tapi selebriti.
      lagi pun, ia disiarkan
      atas permintaan
      peminat2 blog ini.
      kata mereka,
      wartawan hiburan dan selebriti
      macam irama dan lagu,
      tak boleh dipisahkan.
      betul, ke?

      Delete
    2. saya setuju sebab tanpa wartawan tak ada ceta glamour. begitu juga tanpa peminat selebriti tak boleh cari makan dan tokeh filem jadi bengkrap. jadi selebriti kita jangan eksyen sangat dengan peminat dan wartawan. Getaran Jiwa

      Delete
    3. marah nampaknya,
      getaran jiwa.
      jangan macam tu.
      perangai selebriti
      memang begitu.
      saya dah masak
      dengan mereka tu semua.
      bersabar ajelah...

      Delete
    4. saya teringat kisah seniman yusoff latiff yang terpaksa membuat public apologies bila peminat boikot dia gara gara filem Chemburu. Getaran Jiwa

      Delete
  24. Saja nak tau.
    Benarkah, Encik Mustafar A.R.,
    Rahmah Yassin, Kamal Amir & Fariza Saidin
    pernah menjadi wartawan URTV?
    - Peminat URTV.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya saya, ramnah yassin dan
      kamal amir pernah mengedalikan urtv.
      fariza saidin, tidak.
      bagaimanapun, fariza saidin
      merupakan wartawan hiburan pertama
      mengedalikan majalah hai,
      yang masih wujud hingga kini.

      Delete
  25. En. Mustaffar
    saya ada gambar perkahwinan
    Latiffah Omar & Rahmat Ali
    nanti saya akan e-mailkan
    editor,
    LATIFFAH OMAR Klasik Fan
    LOkfc@2011

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih lokfc@2011.
      tentu ramai yang ternanti-nanti
      nak lihat foto latiffah omar
      bersanding dengan rahmat ali.

      Delete
  26. bila terbaca updates kisah sudirman teringat peristiwa abdullah chik meninggal dunia di belakang pentas semasa membuat pertunjukan. memang cukup mengharukan. alfatihah untuk seorang seniman yang berdidikasi tinggi yang sukar dicari ganti. walaupun sudah mula berusia tapi masih sudi memnyumbangkan sesuatu untuk peminatnya. beliau pergi dalam perjuangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah kehendak Tuhan,
      tiada siapa yang dapat menghalang...

      Delete
  27. no harm,
    bila melihat foto kahwin
    rafeah buang
    timbul satu persoalan
    kenapa ya
    kerabat diraja pahang
    suka kahwin dengan artis
    dulu dan juga sekarang ?
    cucu cicit puteri gunung ledang
    & peminat maria menado

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan maut,
      yang sukar
      untuk di jawab...

      Delete
  28. saya ada jawapannya !

    pada saya Oklah tu !!!
    pihak Istana kita baik
    mereka tak mahu menyusahkan rakyat
    bukan macam sultan Melaka
    cuba bayangkan,
    kalau ada Puteri Gunung Tahan
    perangai macam puteri gunung ledang.
    minta yang bukan bukan
    buatkan jambatan emas
    dari Pekan ke gunung tahan
    panjang tu ooooi !!!!!
    lebih panjang dari
    Melaka ke gunung ledang
    tentu rakyat yang susah
    ramai yang papa kedana
    kalau jambatan kayu oklah
    sebab Pahang banyak balak
    nanti ramai yang benci pihak Istana
    ramai lagi yang join mat kilau
    negeri jadi huru hara
    pembangkang ambil kesempatan
    iku tektik ala tengku zainal (mahmud jun)
    buat demontrasi bersih
    tuntut keadilan
    bertambah pening PM kita
    - Naga Tasek Chini

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita "puteri gunung ledang" tu,
      cuma mitos saja, macam "hang tuah".
      tak boleh pakai punya...

      Delete
    2. saya sangat-sangat berharap
      komen dari sesiapa saja,
      jangan libatkan pihak istana
      dan parti politik kecuali
      yang benar-benar relevan.
      contohnya, rafeah buang.

      Delete
  29. Tak ada gambar pengantin Sarimah ke?
    Kan dia seniwati paling cantik masa dulu?
    Dengar cerita dia kahwin sebelum berlakon lagi
    Kemudian kahwin lagi, 3 kali rasanya
    Tak kan satu pun tak ada untuk tontonan peminatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sesiapa tolong bantu?
      samada sarimah dengan zulkifili ahmad
      atau pun sarimah dengan yusof majid.

      Delete
    2. Bukan saja Sarimah kalau boleh dapatkan juga foto kahwin Salmah Ahmad. Dia pun sekarang masih cantik lagi. Susah susah en. mus sendiri jumpa mereka minta foto perkahwinan mereka. Bolehkan ? Dia orang pun cukup kenal dengan en. mus bukan macam kita semua.

      Delete
    3. di sini ingin saya jelaskan.
      entahlah, kenapa saya pun tak tau.
      bukan mudah nak dapatkan sesuatu
      dari mereka yang begelar selebriti.
      kadang2 saya lebih tau dari mereka.
      contohnya, l. krishnan atau rosnani.
      tanya, berapa filem mereka
      arah dan lakonkan.
      jawapan, mereka sebutlah
      satu dua yang lain tak ingat.
      begitulah, kalau nak dapat
      gambar persandingan mereka.
      jawapan, tak ada memanjang.
      apa yang tersiar dalam entri ini
      banyak yang saya perolehi dari
      akhbar dan majalah.
      foto omar rojik dan salleh ghani
      mereka beri pada saya ketika
      saya buat interbiu dengan mereka.

      Delete
    4. kami faham dengan dilemma en mus
      begitu juga dengan wartawan hiburan
      bukan mudah nak dapat info selebriti kita
      sebab mereka cukup takut dan berhati hati
      dengan para wartawan hiburan
      bagaimana pun terima kasih dari kami
      kerana telah membuat sesuatu yang
      terbaik dan menghiburkan.
      Peminat Setia FKM

      Delete
  30. Semasa menonton youtube
    terpandang wajah
    seniwati zaiton
    dalam filem taufan.
    Suka tengok wajahnya
    yang ayu dan kemelayuan.
    Filem bujang lapok
    dia kahwin olok olok
    dengan s shamsudin
    tetapi yang tak olok pula
    dengan orang lain.
    Pernah juga melayari
    web site atau blog peminatnya
    iaitu seniwatizaiton.
    Harap blog ini dapat
    membantu mendapatkan
    gambar perkahwinan zaiton
    jika ada seperti
    yang dilakukan oleh
    peminat latifah omar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suami pertama zaiton,
      sastrawan negara abdullah hussain.
      saya pernah berkerja dibawahnya
      semasa bertugas dengan angkatan baru,
      sebelum berpindah ke utusan melayu.
      tenguklah macam mana, kalau2 saya
      boleh mendapatkan foto persandingan
      mereka untuk disiarkan dalam entri ini.

      Delete
  31. en. mus, dulu saya ada terbaca satu artikel oleh seorang wartawan wanita yang buat interview dengan salmah ibrahim, isteri nordin ahmad yang mengatakan dia amat cemburu pada seorang pelakon wanita yang selalu berlakon dengan suaminya. tetapi dia tidak pula menyatakan siapa pelakon tersebut. ramai seniwati jelita yang bergandingan dengan nordin ahmad tapi saya suspect yang pegang watak dang baru dalam filem Hang Tuah lah orangnya. kalau tengok filem mereka berlakon memang hebat. saya yakin inilah orangnya.
    Dang Wangi.

    ReplyDelete
  32. akum tq banyak khazanah yg u sumbangkan
    suke tgk pic sanding Jins&RR dlm buku Jins cume gambar nikah je yg disiarkn
    NK foto kawin Saa'diah & Ahmad Daud ade x?, sian lak foto kawin anak & anak saudare ade diorg x de, lg satu pasangan serasi Umi Kaltom & S. roomai nor yg kekal hingge akhirnye de x?
    punyelah banyak kali siput sarawak kawin 1 pun x dpt ditemue padehal die primadona besar dulu
    ape2 pun trime kasih atas foto & info yg diberi
    memang blog ni antare laman wajib utk sy singgah dari mase ke semase bile online

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam classicguys.
      semuanya itu, tengah cari.
      setakat ni, belum ada
      e-mail yang bantu.
      kalau ada pun cuma satu,
      latiffah omar - rahmat ali.
      memang tak patut,
      ogy ahmad daud dan
      rahimah rahim, ada.
      tapi sa'adiah & mariam, tak ada.
      nak buat macam mana,
      tatapi saja mana yang ada.
      ya, tak?

      Delete
  33. nampaknya dah ada beberapa penambahan.
    ahmad jais, kuswadinata, khatijah ibrahim
    dan rahmah rahmat dengan suami keduanya.
    dapat juga kami dari generasi muda menatapinya.
    kalau tak ada fkm, mana nak cari.

    drp: balqis suleiman, bukit subang, selangor.

    ReplyDelete
  34. Di muka hadapan tajuk ini terpampang gambar seniwati Fatimah Ahmad yang berlakon sebagai dang anom. Dia dikatakan berkahwin dengan pengarah Hussain Haniff. Frust gambar kahwin takde pulak.
    Tetapi betul ke mereka bercerai sebelum Hussain Haniff meninggal dunia tahun 1966 ?
    maknanya bukan bercerai mati ?
    kemudian dia berkahwin pula dengan jejaka luar negara (mat salih) dan meninggal dunia di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fatimah ahmad dan hussain haniff
      sebenarnya bercerai mati.
      beliau berkahwin dengan mat saleh
      yang saudara katakan itu, selepas
      hussain haniff meninggal dunia.
      puas juga saya mencari foto persandingan
      fatimah-hussain, tapi belum jumpa.

      Delete
    2. terima kasih en. mustaffar kerana memeberi jawapan yang menjadi kemuskilan saya.

      Delete
  35. gambar pasangan
    Aziz Jaafar dan Normadiah
    menarik perhatian saya.
    menurut auntie saya
    yang masa muda kaki wayang
    dulu aziz ni bercinta dengan
    seniwati hashimah yon.
    climax hubungan mereka
    filem sumpah wanita.
    normadiah hanya jadi orang tengah je.
    Sebab frust cintanya ditolak ,
    aziz terus kahwin dengan normadiah pula.
    hashimah pula menimbulkan kontroversi
    bila kahwin dengan abang ipar dia pula.
    Ini cerita orang dulu
    harap hashimah yon
    yang masih hidup di spore
    tak baca komen ini.
    - peminat filem anak pontianak

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu lagi kisah yang agak menarik.
      kerana, aziz jaafar dan normadiah
      asyik bercintalah, menyebabkan mereka
      disingkirkan oleh p. ramlee dari
      kumpulan panca sitara, dan digantikan
      dengan saloma dan ahmad daud.

      Delete
  36. Saya tersangat berminat dengan lagu "Suzana"
    nyanyian M. Osman dengan iringian Les Fentones.
    Tapi sampai sekarang saya tidak tau
    siapakah pencipta lagu tersebut yang sebenar.
    Lagi pun, ia merupakan bermulanya zaman
    pop yeh yeh di tahun-tahun 1960-an.
    Bolehkah Encik Mustafar A.R. beritahu,
    Siapakah pencipta lagu "Suzana" itu?

    - Fitri Abdul Aziz, Rantau Abang, Terengganu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sdra fitri aziz.
      lagu "suzana" adalah ciptaan kamal shah.
      beliau pernah bekerja dengan majalah
      "gelanggang filem" kepunyaan p. ramlee.
      dan, saya pernah bekerja sebumbung
      dengannya di utusan melayu.
      selain dari itu, beliau juga pernah
      mengendalikan majalah urtv macam saya,
      tapi di waktu dan masa yang berlainan.
      sekiranya kamal shah membaca komen ini,
      harap2 beliau menghubungi saya
      dan, menceritakan serba sedikit
      mengenai lagu "suzana" itu.

      Delete
    2. oh best best best !!!
      saya juga minat giler lagu ni!
      siap ada VCD karaoke lagi !
      kalau ada info dia lagi bagus.
      harap FKM tidak menghampakan kami.

      Peminat lagu Rozanna

      Delete
  37. Saya dapat info dari FKM ni pelakun ikan duyung suraya harun adalah bekas isteri mustapha maarof . Satu hari saya dapat tonton video kawan saya tajuk udang di sebalik batu.

    Wah !!! ketiga2 mereka ini berlakun sama dalam satu babak pula ! dengan suraya (isteri mustapha) pegang watak jahat (kuat cemburu) dan roseyatimah watak baik. Mustapha juga watak jahat. Dia sanggup bunuh suraya kerana hendakkan roseyatimah.

    Dalam otak saya ni fikir adakah babak dlm filem ni mempengaruhi Mustapha ceraikan suraya dan kahwini roseyatimah pula.

    - Udang dalam Maggie

    ReplyDelete
  38. Uji Rashid masa muda memang cun giler dan
    jadi rebutan ramai orang tapi……
    En. Jam dari Terengganu kite yang dapat.
    Siap ada pulau bela penyu lagi !
    Lepas tu cite dia ni senyap sekejap.
    Tup tup dah bercerai pulak !!!.
    Skrg ni Uji Rashid masih menjanda lagi ke ?
    Macam lagu “ Ku kekosongan” nyayian dia tu ?

    Engku Malik, Kg Juna, Fikri, Setiu, Tgganu.

    ReplyDelete
  39. Saya suke lagu nyayian adik beradik
    Eddie Ahmad dan Hamidah Ahmad
    yg cukup populer tahun 60an.
    Betul ke mereka ini adik beradik jugak
    dengan seniwati Fatimah Ahmad ?

    Peminat lagu “Mari Gembira”
    Mimi, Taman Nirwana, KL

    ReplyDelete
  40. Fauziah Ahmad Daud (Ogy) dulu
    kuat digossipkan dgn TM plet C
    macam juga Raja Muda plet A
    dgn TV3 selebriti wan zaleha
    tapi jodohnya dengan Eman Manan
    tapi sekejap pulak jodoh mereka.
    Sekarang ni jandalah dia.
    Sesuai dgn tajuk artikel ini
    perjodohan dan perpisahan kuasa tuhan
    - Bunga Hutan, Hutan Melintang, Perak.

    ReplyDelete
  41. En. Mustaffar
    Saya cukup minat lagu gurindam jiwa
    Selain dari Latifah Omar/Noordin Ahmad
    Ada tak penyanyi lain
    yang menyanyikannya ?

    Roslan Ali, Kandang, Melaka

    ReplyDelete
  42. Siput Sarawak adalah first wife S Roomai Noor
    Dikatakan S Roomai Noor ni kuat cemburu
    dan pernah bergaduh dgn P. Ramlee
    sampai bertumbuk atau bertengkar je tak tahulah
    semua gara2 dari filem Hujan Panas
    kemudian dia ceraikan siput dan
    kahwin dengan Umi Kalsom pula.
    Soalan ?
    kenapa dia cukup cemburu dgn P. Ramlee ?
    bukan pasal siput serawak je tapi ada isu lain !

    - Hafizi, Sungai Siput, Perak DR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal kerjayalah apa lagi !
      dulu dia jadi hero p. ramlee jadi crook
      tiba2 L. Krishnan tuker watak filem bakti
      dia jadi crook p. ramlee pula jadi hero
      lepas itu kena gantung pula kerja
      terpaksa cari makan di Cathay Keris pula
      lagipun dia lebih handsome dari p.ramlee
      sebab itu boleh dapat siput serawak

      Delete
  43. Lagi kes gaduh sesame artis !
    Itu dulu kes cik pah gaduh dgn anak emas kite cik siti dah settle ke ?
    sampai polis nak siasat pulak. macam macam hal artis kite ni !!!.
    - Surekecoh & peminat bawang merah

    ReplyDelete
  44. Foto kahwin latifah- rahmat ali kurang jelas
    tapi nampak ke2 mempelai ni sangat cantik
    macam pinang di belah 2 tapi X dgn kapak
    walaupun umur meka ber2 agak jauh
    cukup cantik foto ni kalau terang dan color pula.
    TQ FKM - pandang kaseh

    ReplyDelete
    Replies
    1. foto2, kalau boleh fkm
      mau memaparkan yang cantik2.
      tapi apakan daya, tak ada.
      foto latifah-rahmat ali
      boleh dianggap penting
      terpaksalah dimuatkan juga.
      pada takda baik ada.
      oh ya, ada penambah satu lagi.
      foto solo rose yatimah.

      Delete
    2. fuhhh cantiklah gambar dia
      macam dewi dari kayangan
      juli juli bintang tiga atau tujuh
      sayang tak color kalau color
      memang cantik giler & leh lawan
      artis skrg. anyway TQ2 FKM.

      Delete
  45. Ada tak gambar sarimah
    kawin gan peminatnya dari brunei ?
    tapi peminatnya tu dah tua bangka
    dan naik kerepot pula
    saja suka2 nak kahwin
    nak glamour agaknya ?
    pernah nampak keluar kat paper
    tahun bila tak ingat tapi
    dalam majallah munkin ada.
    Kalau siapa ada tolonglah siarkan.

    SELAMAT PENGANTIN LAMA
    (filem Gila Talak)

    ReplyDelete
  46. aisey man….foto kahwin
    Rahmah Rahmat dgn
    husband barunya dah color
    walaupun pada tahun 1969
    tapi en. Mus kita pula
    tahun 1970 tak color lagi
    rugi2.

    Jebon Hulu Klang, SEL

    ReplyDelete
    Replies
    1. foto kahwin saya tu
      tak lama disitu,
      mungkin didelete.
      tengok mood.
      apapun, color dan b&w
      sama aje, ya tak.

      Delete
  47. Dalam komen tajuk ini
    ada kata latifah omar
    kahwin dengan rahmat ali
    setelah p. ramlee reject dia.
    Alasan yang kite dengar
    p. ramlee nampak gambar
    dia posing pakai baju mandi
    TAPI pada saya bukan begitu
    sebab dia dah dapat pilihan lagi baik
    merak kayangan di utara tanahair.
    Saya ada gambar maria menado
    pakai suit baju mandi, color lagi !
    memang menarik siapa melihat
    tapi dia bernasib baik
    dilamar pula oleh individu
    bertaraf YTM lagi.
    Memang orang artis ni bernasib baik
    Walaupun ada juga dirundung malang.

    PAK WE MALANG, N9.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lihat entri terbaru.
      pasti ramai yang terkejut.

      Delete
    2. Fuuuuulamkkk bagaoih En. Mustafar ni !!!
      nasib dah lepas bulan puasa.
      gambar seksi dah jadi seksa kat biji mata
      alamat lambatlah tidiur malam ni.
      gambar lama tapi baru dipandang.
      takpo esok hari Malaysia aku hentam membuta
      sebab kena dok lama review blog FKM ni.

      Delete
    3. komen ini saya pastekan juga
      ke tempat sepatut ianya berada.

      Delete
  48. salam en mustafar
    ok ceta baru cukup menarik dan menggiurkan
    tapi p. ramlee katanya tak minat gambar sebegini
    sebab itu dia reject latifah omar
    dia minat yang lain pula
    tapi itu ceta norizan exwife b4 saloma
    bila nak masuk entry
    ceta menarik coz dia ex wife sultan
    wife muda pula tu !
    tentu sultan sayang
    apa ilmu p. ramlee pakai
    curi hati isteri sultan
    sampai sanggup tinggalkan istana
    hidup sebagai rakyat biasa
    macam juga ceta filem hang tuah
    tun tejah sanggup lari
    ikut hang tuah ke negeri Melaka
    tapi ini bukan ceta filem tapi ceta realiti

    - DEMI CINTA BERKORBAN APA SAJA

    ReplyDelete
  49. Salam sejahtera En Mustaffar
    Saya ada foto Datuk Maria Menado
    dengan Almarhum Sultan Abu Bakar.
    Bukan gambar bersanding
    tetapi mereka berdua & keluarga
    gambarnya agak menarik.
    Bolehkah gambar ini dipadankan
    untuk tajuk artikel ini ?
    Kalau tidak, saya simpan saja.

    Wak Terer

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun ada.
      maria menado yang bagi.
      "terima kasih, lain kali sajalah..."
      pinjam dialog normadiah
      dalam filem "bujang lapok".

      Delete
  50. Nak tanya kalau siapa tahu.
    Latifah Omar ni bermadu ke
    dengan pelakon Saamah bila dia
    dikahwini Rahmat Ali pada 1956 ?

    Sebab terbaca satu artikel
    Rahmah Rahmat (anak Saamah)
    ketika berumur 13
    Ibu bapanya bercerai
    Rahmat Rahmat lahir 1943
    13 tahun maknanya 1956.

    Jadi dari segi kiraan
    dia bukan bermadu
    tapi sudah diceraikan.

    Ya lah dah dapat
    gading tanduk tak berguna lagi.

    TEBUAN.

    ReplyDelete
  51. Comel juga penulis majallah hiburan bahyah mahmood ni semasa muda. Tentu gambar pengantinnya juga cantik tapi sayang penulis blog ni entah mana dia simpan.

    TEBUAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Bahyah Mahmood masa
      muda2 dulu memang 'cute'.
      Berpeluh2 saya menyelongkar
      mencari foto perkahwinannya
      dengan Ahmad Idris, tapi
      sampai kini tak jumpa2.
      Bila tak nak, senang jumpa.
      Bila nak, susah pula nak jumpa.

      Delete
  52. Sayang seribu kali sayang.
    Foto perkahwinan Zulkifli Ahmad
    dengan isteri keduanya (Fawzia) ada.
    Tapi foto persandingannya
    dengan Sarimah, kenapa takda.

    - Nurhamimah Nurhalim, Pekan, Pahang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Foto Zulkifli dan Fawzia
      saya cilok daripada buku
      "12 Tahun Bersama Sarimah"
      tulisan Zulkifli sendiri.
      Saya juga ingin bertanya pada
      Zulkifli, kenapa foto
      perkahwinan anda dengan Sarimah,
      tidak ada dalam buku tersebut?

      Delete
  53. Hai bertuahnya kau Zulkifli Ahmad !
    Mulanya dapat isteri cantik yang kemudian
    jadi primadona filem yang cukup popular.
    20 tahun kemudian kahwin lagi dapat juga isteri
    yang cantik.

    Tapi yang paling paling bertuah sekali adalah pasangan penulis blog ini suami isteri kerana dapat bertahan lama hingga sekarang.

    Tebuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Tebuan.
      Doakan kami bercerai mati.
      Takdanya dia susah juga saya,
      siapalah yang nak bantu
      mengedalikan blog FKM ini.

      Delete
  54. Bagaimana dengan Rosnani?
    Foto kahwin Rosnani
    dengan Jamil Sulong
    takada ke?
    Saya ingin nak tengok,
    kerana saya minat dengannya.

    Drp: Mariana, Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  55. en mustafa buat satu entry pasal buku "12 Tahun Bersama Sarimah" boleh? saya berminat nak tau isi kandungannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus juga idea itu.
      nanti saya suruh zaini yusop buat.
      oleh kerana ceritanya panjang.
      kemungkinan ia dibuat secara bersiri.
      diharap zulkifli ahmad dan sarimah maklum.
      dan tidak keberatan kandungannya
      disiarkan oleh fkm bagi mengimbas kembali
      asam-garam filem malaysia di masa lalu.

      Delete
    2. Syabas dan Tahniah diucapkan kpd FKM di atas semua gambar dan info2 yang amat menarik sekali.Harap diteruskan lagi untuk tatapan peminat filem melayu lama.>kek lapis sarawak

      Delete
  56. Tahniah.Satu pendekatan terpuji utk peminat tegar filem,pelakon klasik.Tidak sia2 konsep begini diteruskan.

    ReplyDelete