Tribute... A.R. Ismail (8/10/1929-15/1/1995) Pencipta Lagu Yang Tidak Patut Kita Lupakan (Update: 24/11/2016)

1. Bisikan Hati 2. Senja Berulang Senja 3. Dimanakah Cintamu 4. Aku Kecewa 5. Berikan Ku Sinar Harapan >> Kliks Disini

Saturday, September 15, 2012


LATIFAH OMAR

KESILAPAN FAKTA YANG HARUS DIPERBETULKAN
Teks: Johan Jaffar Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop






DIPETIK DARIPADA RUANGAN
RENCANA OLEH JOHAN JAFFAR
BERITA HARIAN (15 OGOS 2012)








LIMA WAJAH JELITA LATIFAH OMAR

SAYA harus membuat pengakuan, saya membesar menggilai Latifah Omar. Memang ramai primadona filem Melayu ketika itu - Sarimah Saadiah, Normadiah, Zaiton, Salmah Ahmad, Maria Menado, Rosnani, Roseyatimah - Latifah mempunyai tempat istimewa di hati saya. Saya dalam darjah lima hingga Tingkatan Dua sewaktu Latifah berada di puncak kejayaannya.

Saya mengenali 'wayang gambar' di Panggung Kandar di pekan Semerah, Johor. Panggung itu menjadi 'Cinema Paradiso' saya, di mana saya mengilai dunia filem Melayu, Hollywood dan Hindi, sekali gus hero dan heroinnya. Cinema Paradiso (1988) ialah filem Itali arahan Gituseppe Tornatore yang mengisahkan seorang kanak-kanak yang mendampingi seorang projectionist wayang gambar. Ia jadi metafora kecintaan terhadap filem.

LAMBAT MASUK PANGGUNG

Di panggung itu, filem tempatan selalunya lambat dua tahun untuk sampai. Maka itu filem seperti (1) Lancang Kuning arahan M. Amin lakonan Latifah yang dibuat pada tahun 1962 sampai ke Panggung Kandar dua tahun kemudian.

Saya berusia setahun apabila Latifah Omar pertama kali diperkenalkan oleh pengarah S. Ramanatahan pada tahun 1954 dalam filem Panggilan Pulau. Beliau berlakon disamping bintang cemerlang filem Melayu, P.Ramlee dan juga Normadiah.

Latifah digandingkan dengan P. Ramlee kali pertama dalam filem Merana arahan B.N. Rao pada tahun itu juga.

Itulah kali pertama dan terakhir Latifah menjadi heroin di mana P. Ramlee heronya. Beliau berlakon dalam (2) empat buah filem di Malay Film Productions (MFP) di Jalan Ampas, Singapura sebelum berpindah ke Cathay Keris. Filem terakhir di MFP ialah Putera Bertopeng bersama Ahmad Mahmud arahan K.M. Basker (1957).

TEMUI PASANGAN SKRIN

Di Cathay Keris, Latifah menemui pasangan skrinnya - Nordin Ahmad, salah seorang pelakon lelaki terbaik dalam sejarah filem Melayu. Nordin juga berasal dari MFP, mencipta nama antara lain dalam Semerah Padi, filem arahan kedua P. Ramlee (1956).

Nordin ialah alternatif studio itu untuk P.Ramlee. Bezanya P.Ramlee banyak dipasangkan dengan pelakon wanita yang berbeza tetapi Nordin dan Latifah mencipta kemasyhuran sebagai gandingan paling ideal dalam sejarah sinema Melayu.

Mereka (3) kali pertama menjadi hero dan heroin oleh L.Krishnan dalam filem "Serangan Orang Minyak" pada tahun 1958. Dari 25 buah filem beliau di Cathay Keris, beliau berpasangan dengan Nordin dalam 12 buah filem, berakhir dengan Gurindam Jiwa (1965). Melalui filem-filem seperti Laila Manjun (4) Cucu Datuk Merah, Gul Bakawali, (5) Patung Cendana" , Ikan Emas dan Gurindam Jiwa, kita dapat melihat chemistry yang menyalakan filem-filem lakonan mereka.

Selain daripada itu beliau dipasangkan juga dengan ramai pelakon lelaki yang hebat di Cathay Keris, antaranya Mustafa Maarof ((6) Bawang Puteh Bawang Merah, Roomai Noor ((7) Sumpitan Racun), Yusof Latiff (Jalak Lenteng) dan Tony Kassim ( (8) Rumah Itu Duniaku ).

Filem terakhir Nordin ialah Jahanam (1971) arahan M.Amin sementara filem terakhir Latifah di Cathay Keris ialah "Hati Batu" (1972) arahan M.Amin. Pada masa itu juga Nordin Ahmad meninggal dunia kerana sakit kuning, usianya baru 39 tahun.

(9) Latifah berlakon dalam filem Dahlia arahan B.S.Rajhans dibawah label United Film Productions (UFP) setelah Cathay-Keris ditutup. Filem terakhir lakonan beliau ialah (10) Putus Sudah Kasih Sayang di Merdeka Studio sebagai pelakon undangan P.Ramlee (1971). Selepas itu beliau hilang dari radar dunia seni.

MASIH JELITA

Apabila krew Singgah Sahur TV3 merancang untuk melawat Latifah, saya mengambil kesempatan untuk ikut serta. Pada pagi 20 Julai 2012, kami menemu beliau di kediamannya di Setapak, Kuala Lumpur.

Beliau kini berusia 73 tahun tetapi kejelitaannya tidak jauh berkurangan. Ingatan beliau masih tajam dan beliau masih bercakap penuh nostalgia tentang filem, pelakon dan pengarah yang beliau dampingi.

Pagi itu beliau masih ingat dan menyanyikan untuk kami lagu Buai Laju-Laju dari filem Bawang Putih Bawang Merah dan Tidurlah Nanda dari filem Merana.

Latifah sebahagian daripada era gemilang filem Melayu di antara 1955 hingga 1966 atau 'the golden era of Malay Films' menurut Dr. Hatta Azad Khan dalam bukunya The Malay Cinema.

Di MFP ia ditandai dengan kemunculan P. Ramlee dengan filem arahannya yang pertama (11) Penarik Beca (1955). Di Cathay-Keris kematangan sebenar sinema Melayu bermula dengan Hang Jebat (1961) arahan Hussein Haniff, (12) filem keempat Nordin dan Latifah dipasangkan.

TIDAK PERNAH DILUPAKAN

Di tengah kehebatan filem Melayu itupun kedua-dua studio hanya mampu menghasilkan secara purata 20 buah filem setahun. Sistem studio melahirkan pengarah, pelakon, dan pekerja filem yang hebat dan sistem itu juga yang menumbangkan filem Melayu pada awal tahun 70-an.

Zaman berubah tetapi legasi pelakon seperti Latifah tidak pernah dilupakan. Beliau merupakan salah satu ikon era gemilang itu. Filem Melayu menjadi senama dengan orang seperti Latifah. Kemuncak kehebatan sinema Melayu seperti juga kemuncak kemasyuran Latifah.

Beliau tidak menjadi mewah kerana pembabitannya dalam filem tetapi Latifah yang saya temui masih dignified, penuh yakin dan memandang kebelakang pada era pembabitan beliau dengan penuh bangga.

Kekaguman dan penghormatan saya terhadap beliau sebenarnya bertambah ekoran pertemuan singkat pagi bersejarah itu.


Johan Jaaffar bersama Latifah Omar ketika program Singgah Sahur TV3 dikediaman primadona filem Melayu itu, di Setapak, Kuala Lumpur pada 20 Julai 2012.

Latifah Omar (berkerusi roda) bersama Mustapha Maarof (belakang tengah), Aimi Jarr (kanan) dan Mustafar A.R. sewaktu menghadiri Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) di Kota Kinabalu, Sabah pada Ogos 2009.









ULASAN FK
OLEH MUSTAFAR A.R.


SELESAI membaca tulisan Johan Jaaffar dalam akhbar Berita Harian keluaran 15 Ogos 2012 (sebulan telah berlalu) mengenai Latifah Omar, saya termenung sebentar. Apakah patut saya menegur kesilapan fakta yang dilakukan oleh beliau atau membiarkannya begitu saja.

Setelah di congak, campur tolak bagi darap dan sekali lagi, campur tolak bagi darap, akhirnya saya mengambil keputusan (sebagai tanggungjawab supaya perjalanan sejarah sinema Malaysia tidak lari dari fakta) menge-mail Johan Jaffar meminta kebenaran rencananya itu di masukkan ke dalam Filem Klasik (FK) dan anda boleh lihat sendiri seperti di atas.

Johan Jaffar memberi lampu hijau. Katanya: "Sangat gembira dapat nota Saudara. Saya tak berhalangan membenarkan Saudara menitipkannya dalam blog Saudara, malah saya rasa amat terhormat. Saya harap saya tidak membuat kesilapan fakta di dalamnya."

Bila menerima nota (e-mail) dari beliau, kali kedua saya termenung. Kali ini lebih serius. Kata-katanya: "malah saya rasa amat terhormat" membuatkan saya lemah semangat untuk meneruskan kritikan yang sememangnya saya rancang selepas membaca artikelnya itu.

Kata-katanya: "Saya harap saya tidak membuat kesilapan fakta di dalamnya memperlihatkan beliau sendiri merasakan ada kesilapan fakta dalam artikelnya itu. Dan beliau juga tahu dengan sikap dan perangai saya, yang berterus-terang tidak berselindung-selindung.

Saya mencongak lagi, campur tolak bagi darap, sekali lagi dan lagi sekali. Sudahnya saya (pooh kanan... pooh kiri... berkat doa Baginda Ali...) tetapkan iman, dan mahu meneruskan, dan kekallah sebagaimana yang dirancang.

Ini dilakukan, demi masa depan sinema Malaysia dan sejarahnya supaya ia dapat berjalan di atas landasan yang betul.

Memang benar, kesilapan itu kecil saja. Tetapi kesilapan kecil itulah nanti akan menjadi virus yang akan merebak menyebabkan fakta sejarah sinema Malaysia akan menjadi bercelaru dan tunggang langgang.

Lagi pun, ini bukan kali pertama Johan Jaffar melaku kesilapan. Ia berterusan selagi beliau menulis mengenai filem. Contoh terbaik, buku Kaca Permata yang banyak terdapat kesilapan.

Penulisnya memanglah Jamil Sulong, tetapi orang yang bertanggungjawab menerbitkannya Johan Jaffar, juga selaku penyunting (editor) di Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Johan Jaffar ialah boss terakhir saya (selepas Zainuddin Maidin, Mazlan Nordin dan Melan Abdullah) ketika saya bertugas sebagai Penyunting Kanan Utusan Malaysia, dan beliau sebagai Ketua Pengarang Utusan Melayu.

Ertinya, "very powerful person" seperti juga kedudukannya di Media Prima sekarang. Sangat berpengaruh.

Saya pernah berargument dengannya pasal pengunaan tajuk filem Melayu kita. Beliau menyatakan tajuk filem harus mengunakan ejaan baru, tetapi saya membantah dan menyatakan, kalau menggunakan ejaan baru, faktanya sudah tidak menjadi fakta lagi.

"Kita harus ikut ejaan seperti yang terdapat di credit title," kata saya. Bila saya kata begitu, beliau diam dan terus masuk ke biliknya.

Mungkin Johan Jaffar sudah lupa, tetapi peristiwa dua tiga minit itu masih segar dalam ingatan saya.

Bagaimanapun, saya tahu beliau tidak setuju dengan saya. Ini jelas dapat dilihat sejak dulu hingga kini, beliau masih menggunakan ejaan baru, contohnya, Putus Sudah Kasih Sayang tidak Putus Sudah Kaseh Sayang.

BUKAN SEBARANG PENULIS

Johan Jaffar, bukan sebarang penulis. Beliau juga boleh dianggap sebagai seniman besar kerana banyak menghasilkan karya seni lainnya terutama drama.

Apa yang ditulisnya akan diterima oleh sesiapa saja (pembaca) tanpa meragui fakta. Kalau beliau menyatakan Latifah berlakon empat filem, empatlah. Kemudian noktah. Tidak ada soaljawab lagi.

Begitulah besar pengaruh (bak kata orangputih great influence) insan bernama Johan Jaffar ini. Padahal, Latifah berlakon lapan filem di MFP, bukannya empat. Begitu jauh sasaran beliau.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab saya pula untuk menegur dan memperbetulkan kesilapan beliau supaya tidak berkecamuk dan mengelirukan sesiapa saja terutama dikalangan generasi muda yang dijangka akan menerima apa saja yang ditulisnya, kalau mereka tidak membuat kajiselidik atau semakan lebih mendalam.

Lagi pun saya jauh lebih tua dari beliau. Jaraknya, 10 tahun mungkin lebih. Dan, sangat bersesuaianlah orang tua menasihati orang muda.

Kesilapan-kesilapan fakta yang dilakukan oleh Johan Jaffar berpunca dari hasil penulisan-penulisan buku, majalah atau akhbar yang lampau yang tidak menepati fakta.

Contoh terbaik, beliau banyak merujuk fakta dari buku Jejak Terbilang karya Aimi Jarr yang ternyata boleh dikatakan setiap lembar buku tersebut terdapat kesilapan dan kesalahan.

Kalau tidak kesilapan fakta, kesalahan ejaan tajuk filem.

Sekiranya ia tidak diperbetulkan, kesilapan akan berterusan dan berangkai-rangkai tanpa penghujungnya seperti apa yang sedang berlaku sekarang.

Ini akan menjadikan satu penyakit atau barah dalam usaha sesiapa saja yang mahu menulis sesebuah buku mengenai sejarah sinema Malaysia, supaya mengandungi fakta yang tepat dan betul, tidak bercanggah (terutama dari segi ejaan tajuk filem) di antara satu dengan yang lain.

Sehingga kini, tidak ada satu pun buku mengenai sejarah filem Malaysia yang boleh dianggap benar-benar lengkap dan "superb" yang boleh dibanggakan. Tidak ada. Elek, kata orang India.

Apa yang ada, tidak begitu sempurna dan banyak menyilapkan facts, yang berlaku berulang-ulang kali.

Siapa yang akan menulisnya? Tentulah generasi muda yang ada sekarang yang meminati filem, dan mungkin juga generasi yang akan datang.

Nak harapkan agensi-agensi Kerajaan seperti Finas, Arkib Negara dan Perpustakaan Negara? Tak usah mimpilah, jauh panggang dari api.

Bagaimana mereka mahu menulis buku sejarah filem Malaysia yang hebat dan sempurna sekiranya penulis seperti Johan Jaffar atau pun saya (sebagai contoh) melakukan kesilapan demi kesilapan terutamanya fakta?

Akibatnya, sampai kiamat pun buku sejarah filem Malaysia yang kita harap-harapkan (superb dan lengkap dengan fakta yang tepat) tidak akan tercapai.

Kalau itulah yang berlaku, alangkah malangnya nasib senima Malaysia.

Mungkin, Johan Jaffar akan berkecil hati (marah) dengan saya di atas kesilapan beliau saya dedah dan perbetulkan, dan mungkin juga beliau menyesal membenarkan artikelnya itu saya ambil dan siarkan.

Tetapi tidak mengapa. Berkecil hatilah. Marahlah. Sekiranya itu yang akan berlaku.

Bagaimanapun, saya merasakan Johan Jaffar tidaklah sezalim itu. Tidak boleh ditegur dan diperbetulkan kesilapan yang dilakukannya.

Saya hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab serta keprihatinan saya terhadap sinema Malaysia. Itu saja. Samada ianya diterima atau tidak, itu soal lain.

Saya ikhlas. Tidak ada sebarang niat buruk di belakang tabir dan juga tidak ada udang disebalik batu.











LATIFAH OMAR: PRIMADONA FILEM MELAYU
YANG HARUS DIKENANG ZAMAN BERZAMAN
OLEH ZAINI YUSOP

LATIFAH OMAR ketika memceburkan dirinya dalam dunia filem Malaysia terlalu muda, lebih muda jika dibandingkan Kasma Booty. Latifah muda setahun daripada Kasma Booty yang berlakon ketika berusia 15 tahun.

Latifah Omar di lahirkan pada 26 Mac tahun 1939 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dia pindah mengikut ibunya ke Singapura pada 1948, kemudian (1953) buat pertama kalinya menghadapi kamera sebagai teman sekolah Dahlia (Norsiah Yem) dalam filem "Dahlia" (keluaran Keris Film) yang di arahkan B.S. Rajhans.

Pada tahun 1953 itu juga, Latifah diambil oleh K.R.S. Sastry berlakon dalam filem "Kerana Kau" yang turut dibintangi Mariam, Omar Rojik, Muhammad Hamid dan Sa'adiah.

Bagaimanapun peranannya terlalu kecil sehinggakan namanya tidak tercatat di credit title.

Tahun berikutnya (1954), atas kehendak P. Ramlee, Latifah (dalam filem di eja Latiffa) berlakon sebagai heroin kedua (gadis pulau bernama Melati) dalam filem "Panggilan Pulau" (MFP) arahan S. Ramanathan.

Dalam filem yang mendapat sambutan hangat itu, Latifah tidak dapat memperlihatkan kebolehan berlakon yang sebenar, cuma apabila B.N. Rao menyerahkan peranan Aminah dalam "Merana" terserlah kehebatan lakonannya kerana dalam filem tersebut fokus lebih tertumpu kepadanya jika di bandingkan P. Ramlee.

Begitupun juga, dalam "Insan" (K.M. Basker) dan "Empat Isteri" (B.S. Rajhans) peranannya tidak boleh di anggap sebagai heroin seperti "Merana" kerana adanya Sa'adiah dan Siput Serawak ("Insan") serta Saloma, Mariani dan Normadiah ("Empat Isteri").

Pada tahun 1956, S. Ramanathan mengandingkannya dengan Yusof Latiff dalam "Bernoda", dan seterusnya "Menyerah" (K.M. Basker) sekali lagi berherokan Yusof Latiff dan akhir sekali "Putera Bertopeng" (K.M. Basker) dengan Ahmad Mahmud sebagai heronya.

Agak menarik, pengunduran diri Latifah dari MFP bersamaan dengan berhentinya Nordin Ahmad (filem terakhirnya "Belantara") setelah kontraknya tamat kemudian mendapat tawaran yang lebih baik di Cathay-Keris.

PERTIKAIAN DENGAN PIHAK MFP

Agak sedih, bagi Latifah (bergaji bulan) dia terpaksa memberi notis sebulan kerana adanya pertikaian antara dia dengan pihak majikan (MFP) disebabkan tidak menghadirkan diri dalam satu majlis yang ada hubungkait dengan filem - sehingga sampai ke peringkat dia di marahi.

Kemarahan MFP itu jelas di terjemahkan dalam filem "Putera Bertopeng" apabila namanya di 'credit title' di potong. Nama Ahmad Mahmud, Normadiah, Haji Mahadi, Aziz Sattar dan lain-lain yang berkenaan semua ada, tetapi nama Latifah tiada. Sila lihat klip YouTube.

Di Cathay-Keris, filem pertamanya "Selendang Delima" (filem keempatnya dengan K.M. Basker) kemudian diikuti "Serangan Orang Minyak" (pertama kali berlakon dibawah arahan L. Krishnan).

Bersama Nordin Ahmad, Latifah sering digandingan. Filem-filem lakonan mereka yang mendapat sambutan termasuklah "Hang Jebat", "Lanchang Kuning", "Laila Majnun", "Chuchu Datok Merah", "Gul Bakawali", "Patong Chendana" dan "Gurindam Jiwa".

Lain-lain filem Latifah di Cathay-Keris antaranya "Raden Mas", "Bawang Puteh Bawang Merah", "Che Mamat Parang Tumpol", "Chelorong Cheloreng", "Bayangan Di Waktu Fajar", "Rumah Itu Dunia Aku", "Kalong Kenangan," "Wan Perkasa", "Kaseh Ibu," "Chinta Kaseh Sayang", "Ikan Emas" dan "Naga Tasek Chini."

Apabila dunia perfileman Melayu mulai menampak kemerosotan, Latifah menghilangkan diri. Tetapi kemudian pada 1971, P.Ramlee mengambilnya berlakon dalam filem "Putus Sudah Kaseh Sayang" iaitu pertemuan semula P.Ramlee-Latifah selepas "Merana" (1954).

Filem terakhir Latifah "Hati Batu" (1973) arahan M. Amin (yang merupakan juga filem terakhir keluaran Cathay-Keris) yang turut di bintangi S.Azam, Fauziah Ahmad Daud, M.Shahdan dan Salleh Melan.


LATIFAH JADI PILIHAN USMAR ISMAIL

BAYANGAN DI WAKTU FAJAR (Sumber: Njendra)

Menurut apa yang diberitahu oleh Hamzah Hussain, pengarah terkenal Indonesia, Usmar Ismail, ingin mengeluarkan filem secara usahasama dengan Cathay-Keris berjodol "Bayangan Di Waktu Fajar" yang diilhamkannya dari lagu seriosa termasyhur ciptaan Sitar Simaturang.

Usmar Ismail membina cerita tersebut dari satu peristiwa di mana pencipta lagu yang sensitif itu ketika menginap disebuah desa, pada satu fajar, telah melihat bayang lintas seorang gadis yang mahu pergi ketempat mandian, lalu mengilhamkannya lagu tersebut membuat lakonlayarnya pula.

Seluruh penggambaran filem itu akan dilakukan di Singapura dan Malaysia dan sebuah ladang di Seremban telah digunakan sebagai lokasi utama.

Yang menjadi pokok dan penting di sini ialah pemilihan gadis yang menjadi bayangan di waktu fajar mencetuskan kisah cinta yang trajis.

Cathay-Keris telah menawarkan kepada Usmar Ismail semua barisan seniwatinya termasuk juga seniwati drama pentas dan seniwati studio lain jika beliau benar-benar memerlukannya.

Bagaimanapun, Usmar Ismail sudah ada pilihannya sendiri - Latifah Omar. Dan, digandingkan dengan S. Roomai Noor, Rendra Karno, Nurbani Yusoff dan Salim Bachik.

Bila Hamzah Hussain bertanyakan kepada Usmar Ismail tentang pemilihan Latifah Omar membintangi "Bayangan Di Waktu Fajar", jawabnya pendek saja: "Perwajahannya yang suci. Inilah kunci cerita yang menggegarkan hati seorang pemuda."

AKAN BERKAHWIN DENGAN P. RAMLEE

Mengenai hal-hal peribadi, Latifah terlalu berahsia. Bagaimanapun, Latifah pernah disebut-sebut akan kahwin dengan P. Ramlee, tetapi kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan, tidak kesampaian.

Kerana itu, pada 15 Januari 1956, beliau berkahwin dengan peniup trumpet, Rahmat Ali, juga suami Sa'amah dan ibu kepada Rahmah Rahmat, Ainon Rahmat dan Rahman Rahmat (sebagai P. Ramlee waktu kecil dalam filem "Ibu").

Disebabkan perkahwinannya dengan Rahmat Ali, Latifah dengan sendirinya pernah menjadi ibu mertua tiri kepada Jins Shamsudin. Anehnya, Latifah tidak pernah pula berlakon bersama Jins Shamsudin.

Disamping itu, Latifah sering mewakili Cathay Keris Film ke Festival Filem Asia-Pasifik seperti Tokyo, Kuala Lumpur, Manila dan Singapura.

Sewaktu festival filem tersebut berlangsung di Taipeh (kali yang ke-11) pada bulan Jun 1964, Latifah dilantik sebagai ketua delegasi.

Kerana komitmennya terhadap sinema Malaysia, di Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) di Kota Kinabalu, Sabah pada bulan Ogos 2009, Latifah telah menerima Anugerah Bintang Legenda bersama Aziz Sattar, Momo, Kassim Masdor, Zaiton dan Tony Castello.

Latifah telah mewarnai sejarah sinema Malaysia dengan begitu baik sekali, dan primadona ini tidak sepatutnya dilupakan begitu saja, malah harus diperingati zaman berzaman.

# Update 10 Jun 2013

Latifah Omar meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur kira-kira jam 6 pagi 9 Jun 2013.

Jenazahnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat, Kuala Lumpur hari ini, 10 Jun 2013.


ANUGERAH___

* Anugerah Pelakon Veteran Wanita
Festival Filem Malaysia Ke-14 (FFM14)
Ipoh, Perak (7 November 1999).
* Anugerah Bintang Legenda
Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22)
Kota Kinabalu, Sabah (8 Ogos 2009).




Latifah Omar (dua dari kiri) ketika menerima Anugerah Bintang Legenda sempena Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) di Kota Kinabalu, Sabah pada Ogos 2009. Bersamanya (dari kiri) Tony Castello, Aziz Sattar, Kassim Masdor, Momo dan Zaiton.

CITATION LATIFAH OMAR

PENCEBURAN dirinya dalam filem terlalu muda, 14 tahun. Pada tahun 1953, B.S. Rajhans telah mengambilnya berlakon dalam filem "DAHLIA". Itulah filem pertamanya. Kemudian pada tahun berikutnya P. Ramlee telah mengsyorkan kepada S. Ramanathan supaya beliau diberi peranan sebagai Melati dalam filem "PANGGILAN PULAU". "PANGGILAN PULAU" hanya satu permulaan, dan "MERANA" yang diarahkan oleh B.N. Rau memperlihatkan kemampuan sebenar yang beliau berbakat besar sebagai pelakon filem. Sebagai Aminah, beliau telah membawa peranannya yang berat itu dengan baik dan berkesan ditambah pula dengan sokongan lakonan P. Ramlee. Selepas itu, muncullah beliau dalam beberapa filem lagi di studio Jalan Ampas seperti "INSAN", "EMPAT ISTERI", "BERNODA", "MENYERAH" dan akhir sekali "PUTERA BERTOPENG" sebelum beliau beralih angin ke studio Cathay-Keris dengan filem pertamanya "SELENDANG DELIMA". Terlalu banyak filem yang dilakonkannya di studio Cathay-Keris antaranya "SERANGAN ORANG MINYAK", "RADEN MAS", "BAWANG PUTEH BAWANG MERAH", "HANG JEBAT", "LANCHANG KUNING", "LAILA MAJNUN", "CHUCHU DATOK MERAH", "BAYANGAN DI WAKTU FAJAR", "RUMAH ITU DUNIA AKU" dan "GURINDAM JIWA". Beliau juga turut berlakon dalam filem "PUTUS SUDAH KASEH SAYANG" yang diarahkan P. Ramlee di studio Merdeka Film. Filem terakhir lakonannya "HATI BATU" yang diarahkan oleh M. Amin yang juga merupakan filem terakhir keluaran studio Cathay-Keris. Berikutan itu, penglibatannya dalam dunia perfileman Malaysia selama 20 tahun tidak ternilai harganya dan seharusnya di sanjung tinggi dan diberi penghargaan. Justeru itu, Panel Juri Anugerah Bintang Legenda telah memilih beliau sebagai penerima ANUGERAH BINTANG LEGENDA UNTUK KATEGORI PELAKON WANITA. Beliau ialah..... LATIFAH OMAR


* Citation ini telah dibaca di Majlis Malam Anugerah Bintang Legenda sempena Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) di Kota Kinabalu, Sabah pada 7 Ogos 2009. Pencipta citation: MUSTAFAR A.R.


BERSAMA NORDIN AHMAD, "PATONG CHENDANA"

LATIFAH MENERIMA ARAHAN B.S. RAJHANS DALAM "DAHLIA". NORSIAH YEM YANG BERPERANAN HEROINE KELIHATAN SEDIKIT DI KANAN.

LATIFAH SEBAGAI PELAKON TAMBAHAN DALAM "KERANA KAU" YANG DIARAHKAN OLEH K.R.S. SASTRY.

BERSAMA M. SHAHDAN, "HATI BATU"

BERSAMA UMMI KALTHUM, "BAWANG PUTEH BAWANG MERAH"

BERSAMA P. RAMLEE, "PUTUS SUDAH KASEH SAYANG"

BERSAMA YUSOF LATIFF, "LANCHANG KUNING"

FILEMOGRAFI___

1. DAHLIA (B.S. Rajhans 1953)
* Latifah sebagai pelakon tambahan.
2. KERANA KAU (K.R.S. Sastry 1953)
* Latifah sebagai pelakon tambahan.
3. PANGGILAN PULAU (S. Ramanathan 1954)
4. MERANA (B.N. Rao 1954)
5. INSAN (K.M. Basker 1955)
6. EMPAT ISTERI (B.S. Rajhans 1955)
7. BERNODA (S. Ramanathan 1956)
8. MENYERAH (K.M. Basker 1956)
9. PUTERA BERTOPENG (K.M. Basker 1957)
10. SELENDANG DELIMA (K.M. Basker 1958)
11. SERANGAN ORANG MINYAK (L. Krishnan 1958)
12. RADEN MAS (L. Krishnan 1959)
13. BAWANG PUTEH BAWANG MERAH (S. Roomai Noor 1959)
14. CHE MAMAT PARANG TUMPOL (L. Krishnan 1960)
15. HANG JEBAT (Hussain Haniff 1961)
16. SUMPITAN RACHUN (L. Krishnan 1961)
17. JALAK LENTENG (Salleh Ghani 1961)
18. GADO-GADO (S. Roomai Noor 1961)
* Latifah muncul sekejap saja, berperanan cameo.
19. CHELORONG CHELORENG (S. Roomai Noor 1962)
20. LANCHANG KUNING (M. Amin 1962))
21. LAILA MAJNUN (B.N. Rao 1962)
22. CHUCHU DATOK MERAH (M. Amin 1963)
23. BAYANGAN DI WAKTU FAJAR (Usmar Ismail 1963)
24. GUL BAKAWALI (B.N. Rao 1963)
25. RUMAH ITU DUNIA AKU (M. Amin 1963)
26. KALONG KENANGAN (Hussain Haniff 1964)
27. WAN PERKASA (Nordin Ahmad 1964)
28. KASEH IBU (Nordin Ahmad 1965)
29. CHINTA KASEH SAYANG (Hussain Haniff 1965)
30. PATONG CHENDANA (M. Amin 1965)
31. IKAN EMAS (M. Amin 1965)
32. GURINDAM JIWA (M. Amin 1966)
33. NAGA TASEK CHINI (Nordin Ahmad 1966)
34. PUTUS SUDAH KASEH SAYANG (P. Ramlee 1971)
35. HATI BATU (M. Amin 1973)

* Ini bererti, Latifah muncul dalam 35 buah filem - 26, Cathay Keris; 8, Malay Film; dan 1, Merdeka Studio.

* Kesemua ejaan tajuk filem di atas adalah original seperti yang tercatat di credit title. Adalah wajib dipakai oleh sesiapa pun supaya ia tidak bercanggah dan mengelirukan antara satu dengan yang lain.




LATIFAH OMAR KEMBALI BERLAKON
HARIAN METRO | 18 DISEMBER 2012
OLEH ROSLEN FADZIL
DI EDIT OLEH ZAINI YUSOP

Hampir 40 tahun tidak berlakon, akhirnya seniwati dan primadona filem Melayu, Latifah Omar, kembali semula ke dunia lakonan apabila muncul dalam telemovie 50/50 arahan Melissa Saila.

Perkembangan menarik ini dimaklumkan kepada RAP oleh Melissa sendiri semalam yang berkata, Latifah membawa watak sebagai Azizah.

"Saya amat terharu dan tidak menyangka akhirnya pintu hati Aunty Latifah terbuka semula untuk berlakon di bawah arahan saya. Walaupun Aunty Latifah hanya membuat kemunculan khas sebagai Azizah, ia tetap bermakna kepada saya dan semua kru kami.

"Sebenarnya saya harus berterima kasih kepada ibu saya sendiri (Seniwati Mariani Ismail) kerana dialah yang bercakap dan memujuk Aunty Latifah untuk berlakon dengan produksi saya itu. Ramai tahu ibu saya dan Aunty Latifah bersahabat baik," kata Melissa.

Dia yang dibantu oleh Tam Suhaimi sebagai penolong pengarah berkata, Latifah sangat profesional ketika di lokasi penggambaran yang dilakukan di Gombak, baru-baru ini.

"Saya sangat kagum dengan komitmen yang ditunjukkan Aunty Latifah kerana dia begitu menepati masa dan datang ke lokasi dalam keadaan cukup bersedia.

"Menyedari kesihatan beliau sendiri kurang baik, saya dan semua kru memastikan agar segalanya sudah bersedia dan barulah kami memanggil beliau untuk datang ke set penggambaran. Seboleh-bolehnya kami tidak mahu dia menunggu tapi biarlah kita yang menunggu.

MENERIMA LAMARAN

"Bagi saya, aura Aunty Latifah masih hebat dan saksikanlah nanti lakonannya apabila drama ini ditayangkan oleh RTM kelak," kata Melissa.

Kata Melissa, skrip 50/50 ditulis suaminya sendiri Megat Fauzi Isa. Drama itu diterbitkan oleh syarikat produksi mereka, Kus Semangat Aktor Sdn. Bhd.

Ujar Melissa, Latifah bagaimanapun berkata dia bukanlah hendak kembali aktif berlakon seperti dulu, sebaliknya menerima lamaran itu atas hubungan akrab dengan keluarga Mariani dan adiknya, Allahyarham Puan Sri Saloma.

"Sebenarnya beberapa bulan lalu saya ada mewawancara Aunty Latifah untuk sebuah dokumentari mengenai Saloma. Dari situlah saya dan suami terlintas untuk mengundang beliau memegang watak Azizah. Syukurlah akhirnya impian itu tercapai jua," katanya.

Latifah kali terakhir berlakon menerusi filem Hati Batu arahan Allahyarham M Amin pada 1973. Selain itu dia dikenali dengan filem seperti "Panggilan Pulau", "Patong Chendana", "Raden Mas" dan "Chuchu Datok Merah."

Selain Latifah Omar, 50/50 turut dibintangi Ramli Hassan, Johan Asa’ari, Susan Lankester, Dira Abu Bakar dan Datuk Aziz Satar.

Ia antara lain mengisahkan seorang lelaki, Ismail (Ramli) yang koma selama 50 tahun selepas ditembak. Apabila tersedar dia hairan melihat perubahan yang berlaku di sekelilingnya dan mula mencari bekas tunangnya, Azizah (Latifah).

Inilah yang menjadi satu misi kepada sekumpulan jururawat di hospital terbabit yang mahu mengesan di manakah Azizah berada.





SUMPITAN RACHUN (Sumber: Njendra)


SERANGAN ORANG MINYAK (Sumber: LimaJiwas)


BAWANG PUTEH BAWANG MERAH (Sumber: Qasdina Damia)


IKAN EMAS (Sumber: Njendra)


HATI BATU (Sumber: Njendra)


GUL BAKAWALI (Sumber: FilemKlasik Melayu)




DAHLIA berlabelkan KERIS FILM PRODCTIONS bukannya UNITED MALAY PRODUCTIONS (UMP)

PUSTUS SUDAH KASEH SAYANG bukannya PUTUS SUDAH KASIH SAYANG

PEMBETULAN RENCANA JOHAN JAFFAR___

* (1) Lancang Kuning sepatutnya Lanchang Kuning.
* (2) Latifah berlakon lapan filem di MFP, bukannya empat.
1. Kerana Kau
2. Panggilan Pulau
3. Merana
4. Insan
5. Empat Isteri
6. Bernoda
7. Menyerah
8. Putera Bertopeng

* (3) Latifah tidak menjadi heroin kepada Nordin Ahmad dalam filem Serangan Orang Minyak. Sebenarnya, heronya M. Amin dan Nordin Ahmad crook, sebagai Orang Minyak.
* (4) Cucu Datuk Merah sepatutnya Chuchu Datok Merah.
* (5) Patung Cendana sepatutnya Patong Chendana
* (6) Bawang Putih Bawang Merah sepatutnya Bawang Puteh Bawang Merah.
* (7) Sumpitan Racun sepatutnya Sumpitan Rachun.
* (8) Rumah Itu Duniaku sepatutnya Rumah Itu Dunia Aku.
* (9) Dahlia merupakan filem pertama Latifah, dan keluaran Keris Film Productions sebelum bergabung menjadi Cathay-Keris Film. Ia bukan berlabelkan United Film Productions (UFP) yang mungkin bermaksud United Malay Film Company yang mengeluarkan filem Angin Berpesan arahan Nas Achnas (pengedarnya South-East Asia Film Company), bukannya Dahlia.
* (10) Putus Sudah Kasih Sayang sepatutnya Putus Sudah Kaseh Sayang, bukannya filem terakhir Latifah. Filem terakhirnya ialah "Hati Batu", dan tidak ada catatan di credit title Latifah sebagai pelakon undangan dalam Putus Sudah Kaseh Sayang.
* (11) Penarik Beca sepatutnya Penarek Becha.
* (12) Sebenarnya Hang Jebat, filem ketiga Nordin Ahmad dan Latifah dipasangkan (berlakon bersama) selepas Serangan Orang Minyak dan Raden Mas, bukannya yang keempat.

@ Penggunaan ejaan baru, tidak ejaan yang terdapat di credit title filem asalnya, bukan saja berlaku kepada Johan Jaaffar saja tetapi, saya perhatikan, menyeluruh (sebagai contoh) buku-buku terbitan Finas, Jamil Sulong, Aimi Jarr dan Jins Shamsudin. Malah Amir Muhammad yang menulis buku "120 Malay Movies" pernah menyindir saya apabila menegur beliau tentang pengunaan tajuk filem dengan ejaan baru. Kenapa, ya?

@ Hanya Shuhaimi Baba saja (dalam Bio P. Ramlee di History Channel) memperlihatkan komitmennya menggunakan tajuk-tajuk filem P. Ramlee dengan betul dan menepati fakta.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA

berapa banyakkah yang masih ada?


10 FILEM BOLLYWOOD HEBAT SEPANJNG MASA
top 10 bollywood films all time


REVOLUSI ISLAM DAN FILEM IRAN
"a separation" meningkatkan martabat negara iran


CECILIA CHEUNG
foto-foto lucahnya menggemparkan hong kong


CINTA DAN LAGU
satu-satunya filem musikal wujud di malaysia

PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai...

TRIVIA "PERMINTAAN TERAKHIR"
ciplakan filem hong kong "susanna"






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.



107 comments:

  1. Satu kritikan yang sangat berani.
    Ada kebenarannya dan menepati sasaran.
    Syabas, Encik Mustafar.

    Daripada: DIANA AMEER, Taiping, Perak.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih FKM & En. Mustafar A. R

    Akhirnya keluar juga artikel mengenai Latifah Omar di FKM. Memang itulah hasrat saya dari dahulu lagi. Satu penghormatan untuk seorang primadona besar filem melayu klasik.

    Saya ada juga menulis mengenai fakta filem lakonan latifah ini tapi ianya lebih kepada tulisan seorang peminat. Sudah tentu banyak yang positif dari negatifnya. Saya juga mengambil pendekatan serta olahan yang berlainan. Disamping itu saya cuba mengekalkan fakta filemografinya itu sebaik munkin. Bagaimanapun artikel FKM ini akan banyak membantu saja juga.

    Kini sudah hampir 280 muka surat tapi rasanya belum berani nak siarkan lagi dan masih menunggu masa yang sesuai.

    ed.LO-kfc@2011

    ReplyDelete
  3. Saya sokong saudara Mustafar. Kita sepatutnya mengekalkan tajuk filem mengikut ejaan asal. Itu baru boleh dikira fakta tepat.

    Tajuk filem umpama nama kita. Ada yang namanya Mohd, Muhammad, Mohamed, Mohamad dan berbagai-bagai ejaan. Kalau masuk mahkamah, nama tak sama dah boleh dibuang kes.... Hehe..


    regards,
    Zulqassem

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana menyokong saya.
      kita lihatlah, sejauh mana saranan saya berkesan.
      rasanya, tidak ramai akan ambil peduli.
      bak kata orang penang: balik2 tang tu juga.

      Delete
  4. Assallammualaikum .selamat awal pagi.. untuk pengetahuan Tuan , entri tuan mengenai Perkahwinan Artis dulu dulu telah dimuat turunkan oleh seorang Hamba Allah kedalam mforum cari(gossip tempatan)dan sambutannya cukup hebat.malangnya tanpa kredit dan kemungkinan besar tanpa pengetahuan dan izin tuan namun begitu ada forumer yang tahu dari mana diciloknya dan teguran telah dibuat, mungkin ada hikmah tersembunyi kerana blog Tuan rasanya akan mencecah hits yang tinggi tak lama lagi khasnya dari generasi muda. mudah mudahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, saya tau.
      tq kerana memberitau.
      apa yang saya lakukan kerana kesedaran.
      kalau saya yang ada dan tau
      tak beri informasi, siapa lagi.
      saya juga tau, ramai insan
      yang ada dan tau tak nak kongsi.
      ertinya, kedekut. tapi hak orang nak.
      bagaimanapun, itu hak mereka.
      lagi pun, takkan semua yang saya ada
      dan tau nak dibawa ke dalam kubur.
      rugilah generasi2 yang akan datang.
      itulah prisip saya, dan akan kekal begitu.
      guna dan ambillah, kalau itu memberi
      manfaat kepada semua pihak terutama dikalangan yang meminati filem.
      satu saja yang saya minta.
      jangan menyusahkan saya, sudahlah.
      untuk pengetahuan peminat2 semua.
      hits (kunjungan) fkm telah mencatat
      rekod (dalam sehari) hari ini,
      17 september 2012 sebanyak 1084.
      sebelum ini rekodnya 871 hits saja.
      satu kenaikan yang boleh dianggap
      mendadak, dan menggembirakan saya.
      jelas, fkm kini popular dan diminati ramai.

      Delete
  5. DALAM MENYERAH Siput Sarawak nampak lebih anggun&seksi dari latifah
    mule latifah nampak bulat & kejelitaannye belum menyerlah bak bunge baru berputik
    tp bile dh sampai kat Cathay-Keris kejelitaannye mjd tarikan yg besar utk org ke panggung disamping gandingan mantap dng Nordin Ahmad sampai dipanggil "madu" oleh Salmah Ibrahim
    Siput Sarawak jauh tercicik di belakang tp tetap bertahan dng kemantapan lakonan antogonisnye
    sempat lah die dere Latifah dlm flm Ikan Emas disamping pendere yg lebih lazim Siti Tanjung Perak Die dere latifah sejak dari MFP lagi

    ReplyDelete
  6. AsSalam.
    Secara tidak langsung saya telah terbaca hasil tulisan dan bahan penyelidikan saudara di blog Filem Klasik Malaysia.
    Sebagai generasi muda, saya mengkagumi hasil penulisan dan bahan yang saudara kumpulkan serta lampirkan bersama.
    Terima kasih di atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang di sampaikan.
    All the best... NorAzura.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sejahtera norazura.
      terima kasih,
      atas penghormatan yang diberi.
      apa yang saya lakukan, ikhlas.
      rupa2nya berbaloi juga.
      kerana ramai insan seperti anda,
      yang menghargai pengkosian ilmu
      dan pengalaman yang disampaikan.
      terima kasih sekali lagi.


      Delete
  7. En Mus tolong masukkan dari you-tube clip nyanyi latifah dari filem sumpitan rachun 1961 lagu rumba gembira dan mak inang. Dia guna suara saloma dan juga tiru gaya saloma menyanyi. Inilah posing latifah yang paling cantik pernah ditonton. Rasanya ianya disediakan oleh njendra.

    Sumpitan Emas

    ReplyDelete
  8. Petikan dialog dari filem Menyerah 1954 oleh Siput Sarawak.

    "Aku kaya , aku cantik, siapa yang boleh lawan potongan seperti aku. Kau lupakan saja perempuan itu (Latifah) aku sanggup memberi harta ku semua kepada kau",

    Siput merayu kepada Yusoff tapi apakan daya hati Yusof tetap kepada Latifah sebab katanya

    “hatiku tidak boleh dibeli dengan wang ringgit”.

    Lagipun Latifah telah dinobatkan sebagai heroine filem ini bukan Siput Serawak. Zaman dia jadi heroine telah berlalu. Good Bye. Pegang watak jahat sajalah sampai pencen.

    Sebab itu di Cathay Keris bila dapat peluang dia kerjakan betul Latifah siap tampar muka dia lagi macam filem Ikan Emas dsb

    Peminat Tegar Latifah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ralat : filem Menyerah 1956 bukan 1954

      Delete
    2. suke babak siput sarawak tarik muke bile yusof latiff x termakan dng pujuk rayunye

      secare peribadi saye lebih tertarik hati dng lakonan Siput berbanding Latifah walaupun saye akui latifah jauh lebih cantik dari siput

      60an pun siput dh mule nampak kerepot sikit tp setakat yg pernah saye tonton x satupun babak lakonannye yg menghampekan saye

      berbeze dng latifah yg juge melalui zaman kejelitaan nye mule pudar menjelang 70an tp waktu tu zaman keemasan perfileman melayu pun kian kelam, jalan cerite& watak pun x sebaik dulu, pun begitu die tetap gak dpt watak heroin

      tp kalau letak muke baru yg mude sebelah mereke yg mule ranum utk time2 suram tu pun x 1 pun yg dpt menandingi aura mereke ber2 mereke tetap bunga bangse yg mekar harum dlm kenangan

      Delete
  9. Saya setuju 100% pendapat saudara Mustafar A. R mengenai mengekalkan tajuk filem dalam bentuk tulisan lama. Filem klasik sudah jadi bahan sejarah dan mesti dikekalkan dalam keadaan asal.

    Kalau gatal nak pakai tulisan BM baru buatlah filem baru. Boleh pakai nama lama dengan tulisan BM baru i.e Cucu Datuk Merah tapi tak pengarahnya bukan M. Amin, pelakon bukan lagi Latifah/Noordin Ahmad dan producernya juga bukan Cathay Keris.

    Kadang kadang orang yang terpelajar ini pun ada bodohnya. Sekarang ini pun dah ramai termasuk berjawatan menteri dan YAB. Itulah makhluk bernama manusia memang ada kelemahannya tapi pasal ego dan nak jaga maruah diri atau status quo terpaksa menegakkan benang yang basah juga.

    BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, kerana menyokong saya.
      saya sedang menyiapkan sebuah buku
      sejarah sinema malaysia yang lengkap
      dengan fakta yang tepat dan ejaan
      tajuk filem yang betul supaya boleh
      dijadikan rujukan oleh siapa2 saja.
      harap sdra sama2 tolong kempen,
      pengunaan tajuk filem tu, ya.
      setidak2nya saya ada teman untuk membantu.
      sekarang ini saya keseorangan, lone ranger.

      Delete
    2. Hai lone ranger? kan ada pembantunya !.
      Tu pelakon dayak yang jadi tanto dia !

      En. Mus pun ada pembantu juga tapi jadi Tanto pompuan. Itu pun sudah kira bagus dari dapat tanto lelaki yang kuat ponteng dan selalu ambil MC.

      Jangan marah ya en. mus saya bergurau.
      senyumlah sedikit jangan selalu tension.
      nanti cepat tua

      Pengunjung Setia FKM, Shah Alam.

      Delete
  10. Syabas En. Mustaffar kerana berani membuat teguran membina demi kebaikan fakta filem Melayu kerana yang ditegur itu bukan calang2 orang.

    Saya sendiri membaca artikel itu sendiri menggeleng kepala kerana tidak sepatutnya berlaku tapi apa nak buat dah berlaku jadi sama2lah kita betulkan. Kalau level saya boleh terima tapi bukan level macam dia.

    Tapi satu saja yang saya suka kat dia pasal sama citarasa. Sama sama meminati latifah omar cuma belum berpeluang jumpa latifah lagi.

    Latiffah Omar Klasik Fan

    ReplyDelete
  11. Menonton filem bawang puteh & merah
    saya rasa pengarah s roomai x berlaku adil pada latifah.

    Wife dia umi kalthum diberi pakaian yang sempurna
    (ada baju dan kain) tapi latifah diberi kain saja tanpa baju !
    Mana cukup nak tutup semua badannya yang gebu itu.
    atas singkat dan bawah pun kena singkat juga !
    tutup kat atas yang bawah terdedah ?
    tutup di bawah kat atas terdedah pula ?.
    sebab itu dia terpaksa berkemban saja siang dan malam.

    Nasib baik tiada watak lelaki jahat dalam filem ini.
    kalau ada macam A. Rahim tentu dia dah kena
    kejar keliling kampong kerana terlampau seksi.

    DA DI DU

    ReplyDelete
  12. Penulisan puan zaini yusop
    mengenai komen Umar Ismail
    tentang pemilihan latifah omar
    sebagai pelakon utama dan
    heroine filem bayangan di waktu fajar
    menarik perhatian saya.

    Bernasib baik kerana ada VCD tersebut
    dan segera menontonnya.

    Memang benarlah pendapat usmar ismail
    hanya latifah omar saja yang
    dapat membawa dan menjiwai watak
    seorang gadis kampong yang “innocent”

    Rasanya sekarang pun tidak ada seniwati
    yang dapat menandingi apalagi mengatasi lakonan latifah

    Dia memang seorang primadona yang sukar dicari ganti. Sesuai benar dengan tajuk diatas
    latifah omar adalah ikon era gemilang filem melayu

    Haji Abdullah Samad, Taman Melati, KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. oleh yang demikian sama2lah
      kita menghargai segala
      jasa2 beliau yang turut sama
      membangunkan sinema malaysia.
      bukan latifah saja, malah ramai
      lagi yang kita semua sedia maklum.
      jangan jadikan mereka kain buruk,
      bila tidak berguna di buang begitu saja.

      Delete
  13. Salam sejahtera Puan Zaini Yusop.

    Izinkan saya memaklumkan ada sedikit
    kesilapan dalam penulisan puan.
    (kemunkinan tidak sengaja)
    Bermula dengan faragraf
    lain lain filem Latifah di Cathay-Keris.
    Disebut filem “Yatim Mustapha”.
    Heroine filem saya pun tak sure
    sebab kalau salmah ahmad babak dia agak kecil.
    Di credit title pun namanya agak terbelakang
    tapi kalau habibah harun yang jadi salmah ahmad
    masa dewasa munkin sebab banyak acting dia
    selain nama dia keluar awal di credit title.
    Tapi yang confirm bukan Latifah.
    Hero filem adalah Abdullah Chik.
    Yang paling best lagu “cantik menghijau”
    guna suara Nona Asiah.

    Kalau di Sinemamalaysia
    lagi hampeh.
    Screen shot “Yatim Mustapha” ni
    dia kata dari filem “Tun Fatimah” pula.

    komen puan pula mengenai gandingan
    ketiga noordin dgn latifah adalah tepat
    sebab dalam filem panggilan pulau 1954
    kedua dua mereka memang berlakon
    tapi tiada babak mereka bersama kerana
    latifah tinggal nun jauh di pulau kazambo.
    hanya p. ramlee dan rakannya saja
    yang sampai ke situ.

    Latiffah Omar Klasik Fan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang benar.
      konfirm latifah tidak
      berlakon dalam "yatim mustapha".
      terima kasih kerana memberitahu.
      beginilah caranya kita sama2
      memperkasakan fakta sinema malaysia.
      kesilapan sudah diperbetulkan.

      Delete
  14. Saya sampai ke blog tuan secara tidak sengaja
    Melalui google search bila klik gambar Latifah.
    Saya memang peminat pelakon legenda klasik ini.
    Ingin mencari info yang lengkap mengenai dirinya
    Saya agak terperanjat bila mendapati ramai lagi
    peminat Latifah Omar ini termasuk En. Johan Jaafar
    Tapi apa yang lebih memeranjatkan saya adalah
    penulisan puan Zaini Yusop itu sendiri
    Siapakah dia saya pun tak kenal.
    Belum pernah saya jumpa penulisan
    mengenai Latifah Omar yang lengkap
    dan tersusun macam ini.
    Sesuai untuk dijadikan bahan rujukan
    dan sumber akademik yang berharga.
    Lihat senarai filemografinya.
    Cantik tersusun dan tepat
    Mengikut urutan chronologi masa.
    Bukan yang berserabut dan lintang pukang
    Tentu jauh lebih dari baik sinemamalaysia
    Walaupun sinemamalaysia sekarang dah bertambah baik.
    Akhirnya saya jumpa juga satu blog yang dicari2
    Bukan saja pasal latifah tapi hampir kesemua
    info filem melayu dahulu.
    Terima Kasih Filem Klasik Malaysia.

    Engku Nooraini, Kg. Tengku SS1, PJ, SEL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya gembira,
      atas penghargaan yang diberikan.
      Ini bererti matlamat
      FKM hampir tercapai.
      No wonderlah,
      waktu akhir-akhir ini hitsnya
      sudah melebihi seribu dalam sehari.
      Catatan 17 Sept. 2012 ialah 1084.
      Dan, dijangka akan naik lagi
      apabila "Pontianak" muncul.
      Terima kasih Engku Nooraini.

      Delete
  15. Puan Zaini Yusop.
    Sekali lagi saya memohon maaf
    kerana membuat sedikit teguran.
    Foto BERSAMA B.S RAJHANS, “DAHLIA”
    agak misleading dan meragukan.
    Itu bukan gambar Latifah tapi gambar
    Norsiah Yem semasa muda.
    Dia adalah heroine dalam filem tersebut.
    Gambar Latifah munkin ada tapi terlindung.

    Sekian, terima kasih.
    LATIFFAH OMAR KLASIK FAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak usahlah Saudara LOKF
      misleading dan meragukan lagi.
      Zaini tidak silap dan tidak salah.
      Konfirm, itu foto Latifah masa kecil.
      Sebetulnya, Norsiah ada dalam foto itu.
      Tetapi Zaini crop kerana mahukan close-up.
      Ini kerana fotonya lama dan kurang jelas.
      Nantilah, kalau ada masa, saya tukarkan
      dan ganti dengan fotonya yang original.

      Delete
  16. Salam Sejahtera Tuan Pengarang Blog Filem Klasik Malaysia. Izinkan saya membuat sedikit penilaian
    mengenai tajuk tersebut diatas.

    Pada pandangan saya bukan Latifah Omar saja
    merupakan ikon era gemilang filem Melayu
    seperti yang ditulis oleh En. Johan Jaafar kita
    tetapi beberapa orang lagi.

    Melalui penilaian prestasi mereka serta sambutan para peminat, komen para penulis serta pengkritik majallah hiburan /akhbar semasa zaman keagungan mereka adalah tidak silap saya katakan mereka berikut (6 orang) adalah Ikon atau Primadona terhandal dalam menghiasi dan mewarnai filem filem melayu semasa zaman kegemilangan filem kita yang kini kita iktiraf sebagai filem melayu klasik.

    Mereka adalah seperti berikut:
    1. Siput Serawak
    2. Kasma Booty
    3. Maria Menado
    4. Sa’adiah
    5. Latifah Omar
    6. Sarimah

    Mereka ini mempunyai keistimewaan tersendiri, cantik, berlakon dengan baik serta mempunyai begitu ramai peminat disamping punyai aura yang tersendiri dan tidak dapat dimiliki oleh lain2 seniwati dulu dan sekarang. Begitu juga status mereka dari pandangan pengarah dan pengeluar filem. Mereka ini sudah dikira macam anak emas.

    Haji Abdul Rahman, Kuching, Sarawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar kata Saudara.
      Bukan Latifah seorang saja.
      Dan, Johan Jaaffar pun, saya
      rasa, bukan bermaksud demikian.
      Beliau hanya salah seorang.
      Sebenarnya ramai lagi seperti
      Rosnani, Fatimah Ahmad,
      Rose Yatimah, Mariam dan lain2.
      Sudah sampai masanya satu buku
      mengenai primadona2 ini diterbitkan.
      Bagaimanapun, penilaian harus dibuat dulu.
      Siapa yang harus dan patut
      menilai dan menerbitkannya?
      Tentulah bukan saya bukan Saudara.
      Tentulah Saudara terlebih faham.

      Delete
    2. Izinkan saya mencelah dan memberi pandangan saya dalam isu ini.

      Saya faham maksud saudara itu.
      Tapi saya tak bersetuju kalau kita terlalu bergantung sangat dengan kerajaan melalui agensi mereka macam finas dsbnya. Memang mereka ini satu agensi yang ditugaskan untuk memajukan industri perfileman negara termasuk memelihara khazanah seni negara seperti filem melayu klasik. Tapi orang kerajaan di Malaysia ni sejak pemimpin kita mengambil alih dari penjajah asing adalah lebih teruk di banding semasa orang putih jadi boss kita. Mereka ini macam tukul dengan pahat. Kena ketuk baru jalan. Tiada kreativiti langsung.

      Contoh melalui pengalaman pekerjaan saya. orang Melayu kalau boss dia orang China atau India mereka bekerja dengan cemerlang tetapi kalau boss mereka Melayu mereka mula malas dam ambil jalan mudah saja. Buat kerja cincai dan kurang teliti. Begitu juga orang kerajaan yang berketuakan orang Melayu. Saya ingat kalau Lee Kuan Yew atau Chin Peng jadi pemimpin Negara tak ada apa yang mustahil lagi. Semua boleh buat dengan beres. Ini bukan isu politik tapi isu realiti. Lihat betapa jauh Singapura meninggalkan kita sedangkan kita yang merdeka dahulu. Setelah lebih 55 tahun merdeka masih ramai lagi yang bergantung dengan subsidi dan bantuan kerajaan. Sungguh memalukan atau memang dimanjakan. Sudah beratus ribu anak dan cucu mereka yang keluar dari Universiti tetapi mereka masih ditahap lama kemiskinan.

      Berbalik kepada isu ini. Pada pandangan saya yang bodoh ini baiklah kita bersepakat sesama kita buat dahulu sebelum mereka mengambil alih. Seperti juga usaha tuan dan rakan2 mahu mengcolorkan filem semerah padi. Inilah juga satu perjuangan yang sangat murni seperti yang tuan lakukan sekarang ini dengan mewujudkan blog FKM untuk menjadi jambatan penghubung antara mereka yang benar2 ikhlas untuk memertabatkan budaya bangsa dan negara. . Munkin generasi sekarang memandang remeh tapi saya percaya generasi akan datang akan menghargainya pula. Itulah dia lipatan sejarah.

      WAWASAN 2020.
      Putrajaya, WP.

      Delete
    3. terima kasih wawasan 2020.
      terima kasih sekali lagi.

      Delete
    4. Saya terlambat terjumpa FKM.
      Tapi begitu setuju dengan pandangan Wawasan 2020.
      Memang, tak tau apa nak jadi dengan orang Melayu ni.

      Hasanan (Permatang Pauh), Pulau Pinang.

      Delete
  17. Menonton klip video Gul Bakawali
    tetarik saya dengan lagunya. Walaupun
    liriknya agak panjang tapi masih
    sedap didengar. Pun juga dengan
    lakon latifah menari sungguh menghiburkan.
    Tapi siapa penyanyi latarnya dan pencipta lagu ini.

    Rohayah Ali, Selayang, Selangor.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum En. Mustaffar,

    Saya rasa masalah fakta di kalangan penulis filem di Malaysia bukan suatu perkara yang baru. Apabila saya membaca buku2 filem yang telah diterbitkan, saya pun pening kerana berlaku pertentangan fakta antara satu sama lain. Mahu tak mahu, kalau sapa2 nak buat penulisan akademik tentang perfileman Melayu, dia kena byk merujuk majalah2 filem termasuk surat khabar lama. itupun kalau sumber itu konsisten. Kalau dalam penulisan akademik pun ada silap, apatahlagi Dato Johan yang menulis dalam BH.

    Oummar Ipoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya gembira Sdra Qummar
      menyedari akan hal ini.
      Sdra masih muda seriuslah
      untuk memperbetulkannya.
      Saya sudah tidak berdaya.
      Apa yang saya lakukan dalam FKM
      ini saya memperdayakan juga.
      Saya harap ada ramai yang
      peka dan sensetif tentang fakta,
      jangan main hentam keromo saja.
      Ada ilmu tinggi saja tapi main
      cincai-cincai tak guna juga.
      Kurang ilmu tapi serius dan berwas-was,
      inilah orangnya yang kita mahu.
      Saya ulangi, buku sejarah senima Malaysia
      lintang pukang dan bercelaru.
      Saya ingin bertanya?
      Siapakah yang harus memperbetulkannya.
      Bila buku "Nostalgia Filem Klasik Melayu"
      saya komen dan perbetulkan,
      ada pula pengomen yang memuja.
      Buku tersebut bagus, katanya.
      Saya pun tak kata buku itu tak
      bagus, cuma faktanya tidak tepat.
      Habis macam mana kita nak memperbetulkan
      fakta yang sememangnya tidak betul.
      Saya gembira, sejak FKM wujud sudah
      menampakan perkembangan yang agak baik.
      Hasrat saya mengajak peminat-peminat
      filem menggunakan ejaan lama tajuk filem,
      tidak ejaan baru, sudah membuahkan hasil.
      Cuma galakkan saja diperlukan.
      Diharap apabila buku "50 Tahun Filem Malaysia" diterbitkan fakta sinema Malaysia
      akan terjamin kesahihannya.
      Sdra Qummar doakan saja kesihatan mata
      saya berada dalam keaadaan baik,
      supaya buku itu dapat diterbitkan demi
      untuk kebaikan sejarah sinema Malaysia.



      Delete
  19. Saya banyak kali menonton clip video putera bertopeng tetapi dapati memang benar nama latifah tiada di credit title. Akhirnya saya tahu juga jawapannya. Terima kasih FKM kerana telah beri clue jawapannya.

    Rasanya memang kejam tapi bebal Shaw Brothers ni kerana bertindak kebudak budakan. Kenapa tidak potong saya gambar latifah dari filem itu. Kan senang saja tapi jadinya filem itu tiada makna pula tanpa heroinenya. Kalau tidak pun padam saja tahi lalat latifah omar itu supaya orang tidak kenal dia.

    Adanya tahi lalat itu orang tetap kenal Latifah Omar juga walau apapun watak dia bawa kerana dia memang sinonim dengan gelaran seniwati bertahi lalat,

    TAHI MINYAK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mereka ini sombong, angkuh serta biadap. Banyak kes buruk mereka seperti kes kasma booty, neng yatimah dan lain2 lagi. Yang terakhir usaha mengcolorkan semerah padi.
      Susah payah tubuhkan jawantankuasa, hantar surat by hand lagi tapi jawap pakai fon saja tanpa black n white atau beri alasan.
      Lain kali kita boikot produk dan kepentingan mereka di Malaysia.
      CICIT DATUK MERAH.

      Delete
    2. Shaw Brothers ternyata memang angkuh dan sombong.
      Kalau tak nak colorkan "Semerah Padi", berundinglah dengan penganjur secara baik.
      Kemudian berilah alasan, kenapa tidak boleh dicolorkan.
      Takpa, kita tunggu PRU13 selesai.
      Pada masa itu, kita ramai2 disamping camputangan Kerajaan Malaysia mendesak (minta kebenaran) "Semerah Padi" dicolorkan.
      Dulu pun, Shaw Brothers dah buat perangai.
      Ketika P. Ramlee meninggal dunia, hanya RM1,000 saja yang mampu mereka berikan.
      Pada hal, mereka telah mengaut berjuta2 ringgit terhadap filem2 lakonan dan arahan P. Ramlee.

      - Salleh Kamaruddin, Klang, Selangor.

      Delete
  20. Saya ada tonton VCD Rumah Itu Dunia Aku.
    Ceritanya memang sedih lebih lagi Latifah
    Tapi heronya S Roomai Noor bukan Tony Kassim
    Gfren Tony Kassim adalah Roseyatimah
    Tapi Malek Selamat dah kebas
    Latifah tak ada bfren
    Dia hanya anak babu saja
    Jadi saya rasa rencana En. Johan Jaafar
    mengenai Tony Kassim tidak berapa tepatlah.
    Munkin dia terlepas pandang.
    Walaupun begitu usahanya menulis
    rencana mengenai latifah omar
    memang patut di beri kepujian.

    SHAHRUL AZLI, KAJANG

    ReplyDelete
  21. saya ada menonton flem lanchang kuning 1962
    kemudian terbaca flem ini capai tahab box office
    jadi saya nak tahu punca dia jadi box office.
    Saya bandingkan dgn flem sultan mahmud mangkat di julang
    dimana heroinenya maria menado dan
    dang anom heroinenya pula fatimah ahmad.
    Kemudian pengarahnya orang lama k.m basker dan
    husin hanif dan lanchang kuning pula m. amin.
    Heronya tetap sama Nordin Ahmad (ketua hero Cathay Keris).

    semua ceta ini penuh tragedi dan pertumpahan darah
    semua heroinenya mati terkorban
    jadi apa kelebihan lanchang kuning ?

    Jawapannya latifah omar.
    Tanpa dia munkin lanchang kuning tidak
    mencapai tahap box office
    wajahnya menarik simpati penonton
    kerana m. amin sendiri pun tidak yakin
    dan lupa yg dia ada sebutir mutiara lagi

    CREDIT TO LATIFAH OMAR, YOU ARE THE BEST.

    Abdullah Sani. Taman Merdeka, Melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang box office tapi hampir pula meragut nyawa latifah semasa pengambaraan. Kalau tidak bernasib baik, jadi filem terakhir lakonan Latifah Omar pula.

      Delete
  22. Latifah omar selalu diberi watak yang dasyat2
    Selain bawang puteh/merah flem yang menguris
    hati saya adalah rumah itu dunia aku.
    Dia mampu mengalirkan air mata saya &
    rasanya kalau flem ni buat dan tayang
    sekarang, saya munkin hilang akal
    jika bertembung dgn tanjung perak
    Nak pijak2 dia rasanya coz he… geramnya.
    Anyway, it is a good old film.

    Sister Amirah, Kg. Pandan. KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Relaxlah sikit Sis !!!
      Kesian mak iti kite bukan dia sengaja, kan lakon je ?
      Kalau nak pijak, pijaklah tuan direktor m. amin kalau dia hidup lagi coz dia yang suruh, mak iti buat aje.
      Anyway kan flem kemudiannya macam gurindam jiwa dia baik dgn latifah siap puji lagi. Direktor pun m. amin juga.
      Kan dah kata ini lakon saja , main wayang kate orang skrg.

      Jejaka rasional

      Delete
  23. Memang tak caya tengok datin ummi kalsom jadi mak kandung latifah filem laila majnun. Cukup baik dan penyayang tapi awas kalau jadi mak tiri siap kepala latifah kena hentak dgn pinggan lagi macam ceta raden mas. Dia jadi sama jahat dengan siti tanjung perak dan siput serawak.

    GERAM BERBAGAI RAGAM - lagu dulu lagu black dog bone

    ReplyDelete
  24. Menonton gul bakawali kita dak kering gusi melihat gelagat wahid sate bukan saja dia bergurau gan orang tapi juga dgn jin. Jin ini pula bukan main garang lagi tapi gan tuannya, latifah dia jadi lemah. Kesian jin kena marah dan dihalau tuannya gara2 bunga bakawali hilang. Dia marah takut jadi anak daro tua agaknya.
    Cuma tuannya ini belum berlakon dengan Jins Shamsudin lagi walaupun pernah jadi mak tiri.
    Jin Mata Dua.

    ReplyDelete
  25. Siapa ada skrip asal filem
    Bawang Puteh Bawang Merah
    arahan S Roomai Noor dan
    karangan Allahyarham Salleh Ghani ?
    Betul ke watak merah watak baik
    dan watak puteh watak jahat ?
    Atau sudah dipusingkan atas sebab2 teknikal ?
    Selalunya yang putih watak baik dan merah sebaliknya.

    Theorinya begini :
    Memandangkan yang nak pegang watak puteh
    Kulitnya tidak berapa cerah atau kurang putih , contoh latifah
    Sedangkan yg pegang watak merah, umi kalsom berkulit putih pula
    Maka di tukar saja wataknya tanpa menukar tajuk filem.
    Kenapa tajuk filem ini tidak ditulis
    Bawang Merah Bawang Puteh pula?
    Sepatutnya yang baik didahulukan bukan sebaliknya.

    Begitupun ketiga2 pelakon utamanya masih hidup
    Latifah omar, Umi kalsom dan Mustapha maarof
    Boleh confirm dgn mereka kalau mereka tahulah.

    MAWAR PUTIH, Setapak Garden, KL

    ReplyDelete
  26. Bayangan Di Waktu Fajar arahan pengarah filem Indonesia Usmar Ismail adalah satu filem kerjasama dengan Indonesia yang cukup baik. Lakonan mantap oleh Latifah Omar, S Roomai Noor dan beberapa orang pelakon Indonesia memang mengkagumkan tapi sayang dikatakan kurang mendapat sambutan kerana" wrong timing". Berlakunya konfrontasi Malaysia Indonesia menyebabkan penonton memulaukannya di kedua dua pihak.

    MANGSA POLITIK

    ReplyDelete
  27. Menonton vcd filem Ikan Emas
    teringat filem bawang puteh merah
    tapi filem ini macam cuba mengulangi
    filem lakonan latifah dahulu
    Tapi sayang filem kurang menarik
    Dan lagu2nya pun tidak menarik juga.
    Cuma lakonan siput sarawak agak baik.

    MAWAR PUTIH, Setapak Garden, KL



    ReplyDelete
  28. Banyak orang berpendapat nordin ahmad adalah screen partner terbaik latifah omar tetapi saya lebih suka yusuf latif pula. Dia nampak lebih bergaya dan romantik banding noordin yang nampak stereotaip je. Mereka pernah bergandingan dlm filem bernoda dan menyerah semasa di jalan ampas tetapi kemudian agak lama berpisah. Berjumpa kembali pada 1961 filem Jalak Lenteng ttp tahun berikutnya filem lanchang kuning walaupun berlakon sama tapi heronya nordin pula. Selepas itu mereka terus berpisah tidak lagi berlakon bersama atau bergandingan. Dia lebih digandingkan dengan fatimah ahmad.

    MAWAR PUTIH, Setapak Garden, KL

    ReplyDelete
  29. Hubungan Latifah Nordin Ahmad memang special bukan saja di dalam screen sebagai gandingan hero heroine tapi lebih dari itu hinggakan wife Nordin memanggil dia sebagai madu walaupun mereka belum bermadu lagi. Satu yang menarik sejak duduk di kerusi pengarah dia terus juga mengambil latifah sebagai heroine ketiga3 filem awalnya Wan Perkasa, Kaseh Ibu dan Naga Tasek Chini. Ketiadaan Latifah selepas itu baru dia mengambil heroine lain.

    MAWAR PUTIH, Setapak Garden, KL

    ReplyDelete
  30. “Saya tidak pernah menerima apa2 anugerah dalam festival . Pengiktirafan ini membuat saya terharu , maklum sudah antik baru saya diterima”. Itulah kata2 terharu dari seniwati legenda kita latifah omar semasa di Anugerah FFM ke 22 tahun 2009.

    Memang terharu kalau kita mendengarnya pun. Tidak tahu apa yang tidak kena sejak dia hilang dari radar dunia perfileman tanahair sekitar 1973. Dia seperti dipinggirkan kerana memang sukar mendapat info mengenai dirinya.

    Latifah yang dilahirkan di KL tapi banyak dibesarkan di Singapura dan membina popularitinya disana juga hilang begitu saja bila kembali ke Malaysia semula tahun 70an hingga masuk ke alaf baru ini.

    Dia mula timbul semasa majlis Imbas Kembali anjuran Finas tahun 2007. Sejak itu info mengenai dirinya juga kembali berputik begitu juga legendanya . Sejak memenangi hadiah Bintang Legenda Klasik 2009 dirinya kembali dalam radar para peminatnya dan media massa.

    Walaupun sudah begitu lama meninggalkan dunia filem tetapi legenda beliau tetap hidup dihati peminat dan para penonton dahulu dan juga sekarang. Realitinya memang sukar nak mencari pengganti seperti Latifah. Dia adalah seorang seniwati yang agak istimewa seperti yang diperkatakan oleh Datuk Johan Jaafar dalam rencananya di atas. Dia umpama seorang dewi dari kayangan.

    Bila kita menonton filem2nya barulah kita nampak keistimewaannya. Makin banyak menonton pula makin bertambah sayang dan rindu kita kepada primadona ini. Itulah keistimewaan dirinya yang sukar diterjemahkan .

    Fuad H.Arshad, Taman Bukit Kempas, JB.

    ReplyDelete
  31. Menarik komen diatas !

    Memang seniwati latifah
    seoarang yang istimewa.
    istimewa dari yang lain2
    tapi keistimewaannya itu
    memang sukar diterjemahkan.
    Jadi kita pakat ramai2
    tonton filemnya sebanyak
    munkin dan faham akan
    keistimewaanya semasa berlakon.

    Mawar Putih, Setapak Garden KL

    ReplyDelete
  32. Kalau diimbas kembali watak yang dipegangi oleh latifah sejak dia mula berlakon hampir semua adalah watak baik atau protagonis. Tidak ramai seniwati yang dapat peluang sebegini. Rasanya tiada langsung watak jahat atau antagonis. Dari puluhan filem lakonannya samada di Jalan Ampas atau Cathay Keris memang itulah watak diberi kepadanya.

    Munkin ada satu wataknya yang agak nakal sikit dalam filem arahan Husin Hanif Chinta Kaseh Sayang 1965 tapi itu pun kerana dia ditinggalkan oleh suaminya yang sibuk melukis tapi akhirnya bila dia diselamatkan dari lemas dia menyesal dengan sikapnya itu.

    Tebuan

    ReplyDelete
  33. Dalam filem jenaka che mamat parang tumpol latifah diberi watak mudah oleh pengarah L Krishnan tidak macam filem sebelumnya raden mas.

    Sepatutnya watak heroine diberi kepada latifah dalam filem jula juli bintang tujoh. Ini untuk melengkapkan trilogy 3 filem salmah ahmad yang diambilalih oleh latifah.

    Salmah berlakon orang minyak, che mamat parang tajam dan jula juli bintang tiga. Latifah pula serangan orang minyak dan che mamat parang tumpol.

    Tebuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat info terbaru rupanya filem pertama salmah ahmad yang diambil alih oleh latifah adalah selendang delima seperti dari artikel FKM berikut

      * Filem pertama Salmah Ahmad, setelah beliau menolak pelawaan K.M. Basker membintangi "Selendang Delima" yang kemudiannya digantikan dengan Latifah Omar.

      Tebuan.

      Delete
  34. Bila lihat senarai tajuk lakonan latifah patong chendana teringat shaw brothers ada juga tajuk hampir serupa iaitu dupa chendana. Filem 1964 lakonan ahmad mahmud, aziz jaafar, saadiah dan mariani. Mariani jadi puteri yang kena sumpah.

    Munkin patong chendana cerita hampir serupa dengan dupa chendana tapi sayang tak dapat tonton filem entah hilang kemana. Cuma dapat tengok foto costume latifah dan nordin ahmad saja.

    Ada satu watak pakai nama chendana iaitu harum chendana filem chelorong cheloreng cathay keris . Orang yang sama juga jadi heroine patong chendana.

    Tebuan.

    ReplyDelete
  35. Pada mulanya saya tak mau buat komen.
    Walaupun hati teringin berbuat demikian.
    Tetapi melihatkan keberanian Mustafar A.R.,
    tergerak juga hati ini nak buat komen.
    Bak kata Mustafar A.R., demi kebaikan sinema Malaysia.
    Apa yang disuarakan oleh Mustafar A.R. memang betul dan patut benar diambil perhatian.
    Dalam entri ini, ada tiga tulisan - oleh Johan Jaaffar, Mustafar A.R. dan Zaini Yusop.
    Setelah dibaca dan dinilai, ternyata Johan Jaaffar tidaklah sehebat mana, biasa saja.
    Tulisan Mustafar A.R. ada sedikit tegas dan lucu.
    Dan Zaini Yusop pula, penuh akademik
    dan banyak ke arah menepati fakta.
    Justeru itu, Mustafar A.R. menganggap Johan Jaaffar sebagai seniman besar tidak berapa tepat.
    Apatah lagi dengan tulisannya yang begitu remeh
    dan tidak pula menepati fakta.
    Saya bukan menidakkan kehebatan Johan Jaaffar,
    tetapi itulah realitinya dan harus diterima.
    - Hassan Kamaruddin, Bukit Antarabangsa, KL.

    ReplyDelete
  36. Dalam filem Hang Jebat arahan Husin Hanif kita lihat watak Jebat yang hatinya keras macam besi kereta proton waja jadi cair bila berhadapan dgn dang baru. Lembutnya dia bertutur macam pijak ekor ular pun tak kena patuk. Tapi bila dengan sultan dia jadi cukup garang dan tegas.

    Sebenarnya bukan itu watak hang jebat yang sepatutnya tetapi lebih menunjukkan watak husin hanif yang sebenar. Dia kalau dengan perempuan cukup lembut macam isterinya fatimah ahmad tapi dengan lelaki agak garang serta sanggup menampar sesiapa saja yang mengkritiknya macam penulis berita filem aimi jarr gara2 filem dang anom.

    Tebuan

    ReplyDelete
  37. Filem Wan Perkasa 1964 adalah filem sulong arahan nordin ahmad tapi sayang kurang mendapat sambutan.

    Munkin banyak kelemahan yang menjadi ianya kurang daya tarikan walaupun heroinenya latifah omar dan pengarahnya memang jejaka paling popular.

    Yang nampak agak kurang menarik adalah pasangan heroine, pelakon z rosli. Walaupun dia memang handsome dan kacak tapi lakonannya kureng menyengat. Dia tidak tangkas macam hero2 lain spt nordin ahmad dan ghazali sumantri.

    Watak hero nampaknya banyak dibawa oleh m. amin yang bertindak sebagai wan perkasa dan ayah kepada latifah. Tony kassim juga berlakon agak baik.

    Mawar Putih, Setapak Garden, KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya begitulah dia tuah dan nasib orang.

      Nordin Ahmad sebagai pelakon dikatakan telah mencapai tahap gemilang dan terbilang tetapi dikerusi pengarah kurang cemerlang. Rasanya Nordin sendiri mengakui hakikat tersebut.

      Dalam banyak filem yang diarahnya pada pendapat saya filem kaseh ibu 1965 lakonan latifah dan bat latiff agak baik dan menarik.

      Tetapi yang paling menyedihkan bila gajinya mula dipotong dipenghujung kareernya dan terpaksa berlakon semula disamping mengarah filem untuk menampung kekurangan sumber kewangannya.

      Tebuan.

      Delete
    2. Thank you Mr. Tebuan kerana memberi sedikit info mengenai nasib nordin ahmad.

      Mawar Putih.

      Delete
  38. Semasa menyambut perayan Hari Ibu di kaca TV ada ditayang filem Kaseh Ibu ini.

    Apa yang memeranjatkan saya adalah watak ibu yang diberi kpd isteri nordin ahmad, salmah ibrahim. Wow dia jadi ibu kandung kepada latifah.

    Apakah muslihat nordin sebagai pengarah filem memberi watak itu kepada isterinya kerana dia dikenali sebagai cukup cemburu dgn latifah! Climax cemburunya dalam filem laila majnun 1962.

    Ya lah mana isteri yang x cemburu melihat suami mereka berpeluk pelukan secara berlebihan. Kalau berlakon pun jangan ambil kesempatan. Apa dia nak ambil tempat yusof latiff pula ke ?

    Mawar Putih, Setapak Garden KL.

    ReplyDelete
  39. Pada pandangan saya itu hanya helah nordin nak kembali berdampingan dgn latifah semula dalam babak filem. Munkin matlamatnya untuk menjernihkan hubungan latifah dgn isterinya disamping menghindarkan rasa curiga serta cemburunya.

    Bukankah selepas filem ini dia kembali bergandingan dgn latifah dlm filem patong chendana & gurindam jiwa arahan M. Amin cuma minus isterinya salmah x berlakon pula. M. Amin pula siap sandingkan latifah dengan nordin lagi dalam filem gurindam jiwa. Lepas filem ini entah apa yang terjadi dgn meka suami isteri tetapi yg nyata filem ini adalah filem gandingan terakhir nordin & latifah.

    Tebuan.

    ReplyDelete
  40. Selain dari latifah omar yang punyai tahi lalat dibawah bibir kirinya ada seorang lagi pelakon yang punyai tahi lalat di tempat yang sama.

    Pelakon kanak2 perempuan habibah harun (juga berlakon filem lela manja, yatim mustapha dan laila majnun) juga punyai tahi lalat yang sama macam latifah.

    Tapi bila dia dah dewasa tahi lalat tu dah hilang terus.

    Mawar Putih, Setapak Garden KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooohhh itu tahi lalat palsulah dipakai untuk filem laila majnun 1962. Watak utama laila masa kanak2 adalah habibah harun tapi dah besar dia jadi latifah omar. Pasal latifah ada tahi lalat jadi habibah pun kena ada tahi lalat tapi yang palsu.

      Lihat betapa teliti pengarah b.n rao dalam pengendalian filem hingga perkara kecil itu diberi perhatian serius kerana tak mahu penonton komplen. Cuba banding filem wan perkasa arahan nordin ahmad perkara yang sama tidak diambil perhatian.

      Dalam filem sebelum ini habibah memang tidak pakai tahi lalat cuma filem ini saja. Memang menggelikan hati bila kita lihat tahi lalat palsunya memang nampak janggal tak macam yang ori..

      Tebuan.

      Delete
  41. Filem kalong kenangan 1964 arahan Husin Hanif ni bawa jalan ceta yg agak menarik dan berlainan dari filem2 kebiasaan. Rasanya x pernah tonton filem sebegini baik keluaran jalan ampas atau cathay keris.

    Emak kahwin dgn anaknya sendiri kan pelik tu ? . Possible, tapi x pernah dengar lagi ! Anyway tahniah kpd husin hanif kerana telah membawa satu pembaharuan baru dlm jalan ceta dan teknik persembahan filemnya.

    Bestnya kalau dapat raja perempuan yang baik hati dan lemah lembut. Kebanyakan raja suka berburu tapi yg ni suka berkelah pula ! bendaharanya pula kuat cemburu dan menaruh hati kepada rajanya.

    Lagu intro filem memang syahdu betul macam lagu nyanyian s.m salim kenang daku dalam doamu. Lagu kahwin tu pula macam suara saloma lagi.

    Mawar Putih, Setapak Garden KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata pengarang FKM ceta filem ini dicelok dari filem asing tapi tidak diberitahu dari filem apa dan negara mana. Ada satu lagi filem cathay keris “jahanam” 1970 lakonan nordin dan saadiah juga punyai jalan ceta yang hampir sama. Filem ini juga filem terakhir lakonan nordin.

      Unsur inses (kahwin sesama keluarga terdekat) adakah taboo dalam masyarakat kita tapi pengarah husin hanif telah berjaya membawanya untuk diadaptasi kedalam filem melayu dengan baiknya. Satu pembaharuan disegi jalan ceta dan persembahan yang harus dipuji walaupun diciplak dari luar negara.

      Tabuan

      Delete
    2. filem "kalong kenangan" (1964) telah
      diciplak dari kisah trajidi greek
      "oedipus rex" karya sophoclos.
      cerita dan lakonlayarnya ditulis
      oleh hussain haniff sendiri.
      dalam tahun 1974, m. amin mengarahkan
      filem "jahanam" tetapi cerita dan
      lakolayarnya ditulis oleh ali aziz,
      juga diadaptasi dari karya sophoclos itu.
      di barat (termasuk hollywood)
      "oedipus rex" banyak kali dijadikan filem
      samada purba atau pun dipermodenkan.
      cerita indonesia "sangkuriang" yang
      dianggap legenda tangkuban perahu di bali,
      dikatakan juga ciplakan kisah "oedipus rex".
      samada ianya benar atau pun tidak,
      tidak pula dapat dipastikan.

      Delete
    3. Terima kasih En. Mustaffar A. R kerana memberi respon segera dan info berguna untuk kami semua.

      Tebuan.

      Delete
    4. pembetulan:
      tangkuban perahu
      terletak di bandung
      bukannya di bali.
      harap maaf.

      Delete
  42. Oooohh rupanya cerita kalong kenangan ditulis juga oleh Husin Hanif. Everything is OK and fine except a lit bit curious how latifah tidak menyedari alat sulitnya telah dibolosi sehingga boleh mengandung walaupun dia ada mengadu diganggu semasa tidur.

    Anyway memang handal ilmu hitam orang dahulu ni.

    Tebuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gadis innocent katanya... Naif dalam itu... Filem Hussien Haniff yang menarik. Tony Kasim jadi pelakon pembantu jek...


      Zulqassem

      Delete
    2. Kesian......Tony Kassim kena suspect oleh ayahnya melakukan sumbang mahram atau hubungan seks sesama keluarga dengan adiknya latifah. Ini adalah unsur inses yang membawa maut pula kepada ayahdanya kerana terlampau malu kepada rakyat jelata.

      Tebuan.

      Delete
  43. Filem kalong kenangan ini bukan saja menarik dari segi jalan ceta tapi juga terdapat beberapa dialognya yg menarik seperti berikut:

    Raja Puteri (latifah omar) – "kalau ketam ditangkap dgn pengaitnya, kalau hati ? "

    Pang5 Rabu (ghazali sumantri) – "dengan hati juga tuanku !".

    Raja Puteri : Mak Inang tahukah berapa jaraknya umur beta dgn pang5 rabu itu ?

    Mak Inang : “ Umur, darjat, pangkat, hina atau pun mulia bukanlah dapat menjadi batasan cinta yang suci “.

    Orang Kampong : Umur bukan jadi alasan sebab “ Jodoh, rezeki, ajal dan maut semuanya ditangan Tuhan ”

    kesimpulannya, Umur tak jadi perkara kalau hati dah sama suka.

    Tebuan.

    ReplyDelete
  44. Salam sejahtera En. Mustaffar A. R

    Saya ada menjumpai satu koleksi rekod lama bertajuk lagu2 merdu dari filem Cathay-Keris.
    Ada dua rekod EP dengan tajuk Sumpitan Rachon lagu Rumba Gembira dan Mak Inang Melayu nyayian Saloma.

    Memandang saya tiada koleksi VCD filem Sumpitan Rachun ini jadi agar sukar untuk mengesahkan nama tajuk asal di credit title filem tersebut.

    Pada pendapat saya kemungkinan besar ejaan sebenar filem Sumpitan Rachun arahan L. Krishnan dgn lakonan S. Roomai Noor & Latifah Omar ini adalah “SUMPITAN RACHON”.

    Perkara remeh tetapi adalah fakta sejarah filem yang tidak boleh diubah dan mesti dikekalkan dalam keadaan asal.

    ed.LO-kfc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap sdra ed.LO-kfc
      tidak mengelirukan pembaca2 FKM.
      "Pada pendapat saya kemungkinan besar ejaan sebenar filem Sumpitan Rachun arahan
      L. Krishnan dgn lakonan S. Roomai Noor & Latifah Omar ini adalah “SUMPITAN RACHON”".
      Statemen sebegini tidak boleh dipakai.
      Pastikan dulu, kemudian baru dipertikaikan.
      Tidak boleh, pada pendapat saya...
      Konfirm ejaan difilem "SUMPITAN RACHUN".
      Ini disahkan oleh Zaini Yusop.
      Tetapi ada juga iklan mengunakan
      tajuk "Sumpitan Rachon" sama seperti
      filem P. Ramlee "Laxmana Do Re Mi" .
      Di iklan ejaannya "Laksemana Do Re Mi".
      Saya kira dan harus dipakai tajuk ejaan
      di filem tidak dari mana2 sumber lain.
      Kecualilah filem itu sudah hilang.

      Delete
  45. Semasa pembikinan filem bawang merah bawang puteh 1959 datin umi kalsom yang juga berlakon merajuk bila dia disuruh menyanyi secara sumbang lagu buaiku laju. Sebaliknya dia menuduh latifah omar sebenarnya tidak pandai menyanyi bukan dia. Ini tidak adil katanya.

    Pada satu wawancara pada tahun 2007 dia mengulangi cerita dahulu.

    Akhirnya pada satu wawancara bulan mac. 2012 pula latifah omar membuat pengakuan tidak boleh menyanyi dengan baik.

    Mawar Putih, Setapak Garden KL.

    ReplyDelete
  46. Ehhhm puan latifah sepatutnya tak perlu melayan ceta lama ni, dah lebih 50 tahun.

    Semua orang tahu dia berlakon dengan cemerlang filem ini. Filem ini juga telah mengembalikkan semula popularitinya setanding filem Merana 1954. Selain sudut lakonan, lagu2nya memang power betul terutama lagu perigi biru, laju buaiku laju dan anggerek desa.

    Walaupun latifah acting cameo saja tapi penyanyi latar kamariah nor memang punyai suara cukup merdu dan bersesuaian betul bila dipadankan dengan wajah latifah yang cantik rupawan itu. Rasanya hanya latifah saja guna suara kamariah nor dalam filem. Sebelum ada internet serta ruangan blog mati2 ingat itu suara latifah omar.

    Lagipun Kamariah Nor adalah penyanyi kesayangan Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

    Tebuan.

    ReplyDelete
  47. Bila tengok klip video lagu latifah omar seri dewi malam dari filem putera bertopeng ada nampak macam kecacatan. Lakonan cameo dia macam tidak selari dengan lagu tersebut. Munkin ada kelemahan teknikal proses dubbing suara mereka.

    Dibanding dengan klip video lagu filem cathay-keris sumpitan rachun nampak perfect lakonan cameo latifah dengan lagu2 tersebut. Yang menariknya ke2 filem ini guna suara latar saloma. Gaya menyanyi pun ikut style saloma.

    Mawar Putih, Setapak Garden KL.

    ReplyDelete
  48. Bila bercakap bagaimana watak Hang Tuah, banyak pihak mengatakan lihat saja watak P.Ramlee dalam filem Hang Tuah tetapi bila watak Hang Jebat pula terdapat 2 pendapat. Satu mengatakan lakonan dan gaya Ahmad Mahmud dan satu pihak lagi mengatakan Nordin Ahmad.

    Walaupun Nordin berlakon dengan cemerlang filem Hang Jebat tetapi saya merasa aura Hang Jebat ada lebih ke Ahmad Mahmud. Dia nampak lebih serius berbanding Nordin Ahmad yang nampak macam joker sikit.

    Majid Salibin, Kuala Nerang, Kedah.

    ReplyDelete
  49. Menatap foto latifah bersama yusof latif teringat sebelum dia digandingkan dgn nordin ahmad mereka sudah lebih dahulu digandingkan semasa di jalan ampas.

    Teringat juga dialog menarik latifah semasa filem menyerah 1956 begini ,“ Serahkan diri kau, aku sanggup menunggu” .Akhirnya Yusof Latif menyerah kepada pihak Polis.

    Memang betul2 mereka terpisah hampir 5 tahun selepas filem tersebut. Agak lama latifah menunggu hingga yusof latif menyertai cathay keris lalu digandingkan semula dalam filem jalak lenteng 1961.

    Tapi itulah gandingan terakhirnya sebagai heroinenya kerana dalam filem berikutnya lanchang kuning 1962 latifah dijadikan heroine untuk nordin ahmad pula untuk kali kedua selepas filem hang jebat.

    Maka berputih matalah yusof latiff kerana heroinenya dahulu kini lebih selesa dgn nordin dan mereka terus menerus digandingkan pada filem yang lain pula.

    Rupanya filem lanchang kuning itu filem terakhir mereka berlakon bersama dan terus terpisah untuk kali ke2 selepas filem menyerah tapi kali ini untuk selamanya.

    Tebuan.

    ReplyDelete
  50. Melihat iklan filem ‘dahlia’ diatas kita lihat bagaimana nasib seorang boleh cepat berubah.

    Norsiah yem yg bermula sebagai heroine filem di keris filem (B4 cathay keris) hanya sekejap saje’ mengekalkan status itu.

    Cuba lihat latifah omar pule’ yg bermule’ hanya sbg pelakon tambahan saje’ tetapi bila kembali ke cathay keris 4 tahun kemudian sudah meningkat kareernya menjadi heroine pule’.

    Filem ‘serangan orang minyak’ 1958 betul2 telah membuat u-turn nasib norsiah yem bila hanya diberi watak orang gaji kepada Latifah. Dulu heroine kini jadi orang gaji pula macam nasib seniwati mariam tahi lalat.

    Latifah pula bertukar nasib , jadi mem besar dan hanya pegang watak heroine saje’ . Ini berterusan hingga dia mengakhiri kareernya pada tahun 1973.

    Bagi norsiah yem pula dia tidak langsung diberi watak utama atau heroine sebaliknya hanya kekal sebagai penari saje’.

    Mawar Putih, Setapak Garden KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seingat saya.
      Selain "Dahlia", Norsiah Yem
      juga heroin "Salah Sangka"
      dan heronya Mustapha Maarof.
      Dalam filem arahan B.N. Rao itu,
      Shariff Medan dan Mislia
      pula sebagai pelakon utama.

      AHMAD OTHMAN, Kota Tinggi, Johor.

      Delete
  51. 1 k’anehan p’garah2 cathay-kris adalah m’ziarahi pusara2 lama yang dianggap keramat di sekitar S’pura sebelum m’mulakan sesuatu p’gambaraan filem.

    P’garah M. Amin dan Husin Hanif paling banyak dilihat m’bawa kesemua p’lakon dan krew mereka m’ziari pusara sebegini. Contoh, p’lakon & krew utk filem Chinta Kaseh Sayang & Ikan Emas 1965.

    Lagipun semasa zaman itu telah m’jadi budaya masyarakat Melayu dan Islam S’pura m’ziarahi beberapa keramat lama untuk m’bayar nazar. Paling popular Makam Habib Noor b’hampiran Masjid Sultan di Geylang dan makam Raden Mas.

    Bagi M. Amin munkin tragedi yg hampir meragut nyawa seorang p’lakon utamanya m’yebabkan dia m’rasakan perlu m’dapat restu dgn berdoa atau m’bayar nazar di kawasan pusara keramat ini sebelum m’mulakan p’gambaraan filem.

    Tebuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beberapa kesilapan fakta di sini.
      Makam Habib Noh (bukan Noor)
      bukan terletak berhampiran Masjid Sultan.
      Masjid Sultan pula bukannya di Geylang,
      tetapi di Muscat Street dan North Bridge Road
      dalam kawasan Kampong Glam.
      Makam Raden Mas (ejaan sebenar Radin Mas)
      untuk pengetahuan kita bersama, terletak
      di Mount Faber Road berhampiran
      persimpangan Telok Blangah.
      Jika Tebuan mahu menulis sesuatu
      tentang Latifah Omar,
      kesilapan sebegini perlu diambil kira.

      Daripada: Luqman Mansor, Toa Payoh, S'pura.

      Delete
    2. Terima kasih en. Luqman kerana membetulkan fakta yang silap. Munkin info saya dari sumber yang juga kurang tepat.

      Tebuan.

      Delete
    3. Tambahan...
      Makam Habib Noh terletak
      di Palmer Road dan East Coast Parkway,
      iaitu tidak jauh daripada
      Stesyen Keretapi Tanjong Pagar
      yang kini sudah pun ditutup.
      Walaupun kawasan persekitarannya
      sudah pesat membangunan namun
      Kerajaan Singapura, tidak pernah
      bersuara mahu meroboh dan membina
      ditapaknya kompleks komersial atau apa-apa pun,
      malah ia dicantik dan diperindahkan lagi.
      Begitulah prihatinnya Kerajaan Singapura.

      Daripada: Luqman, Singapura.

      Delete
    4. Ehmmm……baguslah begitu.

      Kadang2 nasib golongan ethnik minority lebih terpelihara dari golongan majority pula.

      Tetapi di Malaysia kerajaanya juga perihatin dgn menjaga kepentingan golongan ethnik minority dgn baik. Contoh hampir semua tokong dan kuil mereka tidak diganggu bila ada projek pembangunan untuk kepentingan awam sekalipun.

      Berbanding dengan nasib golongan majority atas kertas ini agak malang sedikit. Banyak tempat ibadat mereka dirobohkan atau kubur lama dialih ke hulu2 jika ada projek pembangunan. Ini termasuk juga tanah rizab kategori bangsa mereka yang tidak diganti.

      Seperti kata bidalan orang dahulu. Kera di hutan disusui tapi anak dirumah dibiar kelaparan.

      Pendapat,
      Pak Pandir Kotaraya

      Delete
  52. Latifah omar paling banyak digandingkan dgn nordin ahmad berbanding seniwati lain. Kebanyakan bergandingan sbg kekasih/suami isteri yang dilamun alam percintaan.

    Dalam itu ada juga satu filem dimana nordin telah b’tindak kasar terhadap latifah. Di filem ‘Chuchu Datok Merah’ latifah telah diherdik beberapa kali serta ditempeleng.

    Semuanya gara2 nak ambil hati suami dgn m’yediakan makanan ayam goreng ala KFC untuk suami tersayangnya tetapi telah bertukar jadi lain bila nordin naik radang sebab yg digoreng itu bukan saja ayam tua serta liat tapi adalah ayam sabung kesayangannya.

    Bukan dia sengaja tapi tak cukup bajet. Lagi pun ayam tu dah dikira ayam pencen dah nak kiok.

    Tebuan.

    ReplyDelete
  53. Selamat menyambut Hari Raya Aidil-Adha kepada semua pengunjung blok komen ini.

    Salah satu yg m’narik dalam filem “lanchang kuning” selain lagu2 yang mmg merdu adalah bab tarian latifah omar sendiri yg s’gguh me’hiburkan. W’pun tariannya agak keras sikit dibanding dgn s'wati yg b’bakat menari m’cam anak tirinya “rahmah rahmat” tapi ini sudah dikira memadai.

    Lagipun bukan senang nak t'gok bab menari latifah ni. Selain filem ni, filem “gul bakawali” banyak juga menunjukan bab tarian latifah.

    Syg pula bab tarian agak pendek b’banding dgn lagu yang dipadankan utk tarian t’sebut. Kalau betul m’gikut keseluruhan lagu “gunung bentan” yg m’gunakan suara latar p’yanyi “siti mariam” tentu bab ini akan jadi yg paling m’hiburkan.

    Bukan saja yusof latif begitu asyik & terpegun betul dgn tarian latifah ini tetapi kita juga yg menonton diluar ni.

    Mawar Putih. KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pda pdapat sya mmg suara siti mariam ni ‘fit’ atau ssuai btul untk gaya ‘cameo’ latifah.

      Suaranya yg lunak dn trasa lmah lmbut itu ssuai btul dgn pwatakan dn gya latifah omar itu sdiri.

      Slain suara kamariah nor, suara siti mariam ini pun mmg kbinasi tbaik mcam juga suara r.ismail dgn nordin ahmad.

      Tpi syg hnya utk flem ini sja.
      Klau lgu gurindam jiwa jga dnyanyikn ole siti mariam bsama r.ismail alangkah bestnya.

      Ali Aziz, Flat Wangsa Maju, KLumpur

      Delete
    2. Saya setuju dengan hasrat anda yang tak tercapai itu.

      Rasanya suara siti mariam memang sesuai untuk cameo latifah lagu “gurindam jiwa”.
      Bukan suara rafeah tak sedap tapi tak sesuai untuk babak cameo latifah di filem ini.

      Lagu gurindam jiwa memang sedap walapun dinyanyikan oleh rafeah buang tapi hanya untuk di buat LP atau rekod saja.

      Sebagai perbandingan, filem “putera bertopeng” lagu “seri dewi malam”. Dalam filem dinyanyikan oleh saloma tetapi dipiring hitam oleh normadiah.

      Memang sedap suaranya dipiring hitam itu tetapi kalau suaranya digunakan dalam filem itu rasanya kurang fit atau agak janggal kerana suara saloma lebih sesuai untuk lakonan cameo latifah.

      Tebuan.

      Delete
  54. Susah juge jadi hero & heroine zaman dulu ni. Gaji pun bukan besar sangat. Kerja teruk.

    Yang hero kena pandai juga seni silat serta menyanyi.

    Yang heroine pula kena pandai menari dan menyanyi walaupun hanya cameo saja.

    Masa itu munkin kureng mahir penggunaan camera trick, stuntman atau terbaharu penggunaan grafik komputer.

    Mat Labu, Sendayan NS.

    ReplyDelete
  55. S Roomai Noor adalah pengarah filem yang berjaya menaikkan semula nama latifah omar melalui filem bawang puteh bawang merah. Selepas itu dia mengambil lagi latifah berlakon filem jenaka chelorong cheloreng.

    Kemudia dia berlakon pula bersama latifah filem sumpitan rachun, bayangan diwaktu fajar dan rumah itu dunia kau.

    Menjadi satu misteri, dia kemudian menyepi, tidak berlakon ataupun mengarah sebarang filem walaupun dia dikira orang kuat Cathay Keris.

    Pemerhatian saya dia tidak pernah mengambil nordin ahmad berlakon dibawah filem arahannya. Di segi lakonan, dia cuma berlakon sekali bersama nordin filem “mahsuri” dan itupun dia jadi hero dan nordin memegang watak jahat.

    Kalau ramai pengarah yang berebut mengambil nordin sebarang hero tetapi tidak s roomai noor. Dia lebih gemar mengambil pelakon baru sebagai hero dan bukan nordin ahmad.

    Kenapa dia tidak mengambil nordin berlakon filem arahannya menjadi satu misteri. Adakah dia marah isterinya umi kalsom ditampar nordin dalam filem mahsuri tapi itu aksi filem atau masih lagi menganggap nordin adalah anak didik musuh kareer politiknya menjadi persolan yang belum terungkai.

    Tebuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ralat : ayat terakhir, "anak didik musuh kareer politiknya" sepatutnya ditulis "anak didik musuh kareer lakonannya"

      Tebuan.

      Delete
    2. Selain "Mahsuri",
      S. Roomai Noor turut berlakon
      bersama Noordin Ahmad
      dalam "Orang Minyak".
      Itu yang saya tahu setakat ini.
      Satu lagi,
      "Rumah Itu Dunia Aku" bukannya
      "Rumah Itu Dunia Kau".

      - HUSSAINI HASHIM, PJ, SELANGOR.

      Delete
  56. Banyak sungguh sumbangan d& entri yang dibuat dalam blog ini. Yakinlah, Latifah Omar sememangnya the BEST & the One and ONLY.

    - Nonama

    ReplyDelete
  57. Kalau dari Shaws MFP kami sekeluarga amat meminati seniwati Sarimah manakala dari Cathay-Keris Films tentulah diva & primadonanya, seniwati Latifah Omar. Kedua-duanya sama cantik. Kelebihan Sarimah terletak pada parasnya yang mirip Hindustani/Arab & pan-Asian, sedangkan Latifah Omar pula mempunyai paras wanita Melayu rumpun Asia yang ayu dan lembut. Ini bukan bermakna seniwati Zaiton, Umi Kalsom, Saadiah, Roseyatimah atau Fatimah Ahmad tidak cantik. Cuma, kecantikan Sarimah & Latifah Omar lebih terserlah. Moga-moga Allah SWT memberi kedua-duanya kesihatan dan usia yang panjang. Amin.
    - Nonama

    ReplyDelete
  58. Saya ada beberapa komen:
    (1) Seperti Mawar Putih dari Setapak Garden saya juga adalah antara ribuah peminat tegar Latifah Omar;
    (2) Saya memperkuatkan pendapat En. Zulqaseem yang menyokong penuh En. Mustafar AR agar tajuk-tajuk filem Melayu lama kita dikekalkan ejaan asalnya. Kalau ejaan baru mahu diadakan, sertakankanlah ia dalam kandungan (parenthesis) saja, tetapi ejaan tajuk lamanya JANGAN diketepikan atau ditiadakan.
    (3) Begitulah sikap angkuh yang ditunjukkan oleh sesetengah syarikat gergasi 'bangsa asing' jika kita terlalu bergantung pada belas ikhsan mereka. Kalaulah filem "Semerah Padi" dulu dikeluarkan oleh sebuah syarikat bumiputra, tentu permohonan untuk mewarnakannya sekarang akan disambut baik dan diberi penghormatan.
    - NONAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketika mengulas mengenai
      penolakan pihak Shaw Brothers
      "Semerah Padi" dicolorkan,
      Aziz Singah ada berkata;
      "Untuk melakukan sesuatu
      yang baik memang susah, tapi kita
      tidak boleh berputus asa."
      Saya setuju dengan pendapat beliau.

      Delete
  59. Untuk mengenang jasa beliau yang telah banyak berjasa kepada dunia perfileman Melayu, benarkah seniwati Latifah Omar pernah dianugerahkan sebidang tanah untuk berkebun di Cameron Highlands dulu? Bolehkah Encik Mustafar AR atau Puan Zaini mengesahkan fakta ini? Terima kasih & harap mendapat perhatian.
    - Nonama

    ReplyDelete
  60. Mengenai fakta salah dan tak betul itu biasa, kerana tidak semuanya betul. Dalam buku sejarah yang dipelajar di sekolah ketika saya masih kecil jugak banyak fakta yang salah. Cuma yang betul adalah Al-Quran dan Al-Hadis. Namun Al-Hadis juga ada yang tidak betul sanadnya. Makanya, maafkanlah Datuk Johan Jaafar itu. Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau begitu sikap Sdra.
      Mampuslah penulisan sejarah filem Malaysia kini dan akan datang.
      Tak gunalah Encik Mustafar AR bersusah payah membuka blog FKM yang mengajak kita memperbetulkan yang salah.
      Ini bukan soal maaf tak maaf, ini soal fakta.
      Johan Jaffar sudah mengelirukan peminat filem Malaysia.

      - Zanariah, Shah Alam, Selangor.

      Delete
    2. Betul! betul!!
      Saya setuju dengan Cik/Puan Zanariah.
      Pandangan Anon di atas tu tak boleh pakai.

      Delete
  61. Secara kebetulan baru terjumpa blog FKM ini.
    Rupa-rupanya saya sudah ketinggalan keretapi.
    Satu artikel yang cukup menarik dan berfakta.
    Tidak pernah saya temui dalam blog-blog lain mengenai Latifah Omar selengkap ini.
    Takniah kepada suami isteri, Encik Mustafar AR dan Puan Zaini Yusop.
    Harap-harap dapat juga FKM menyiarkan seperti artikel ini mengenai Noordin Ahmad yang juga menjadi minat saya.
    Terima kasih.

    Azurawaty (UiTM), Segamat, Johor.

    ReplyDelete
  62. Alhamdulillah jumpa dengan blog ini, saya peminat berat lagu-lagu malaysia tempo dulu. saya hampir hapal seniman2 m'sia terlebih lagi rafeah buang si bisikan hati, orchid abdullah si penawar rindu, ahmad jais si hujan semalam, saloma si sekapor sirih seulas pinang dll. film-film p ramlee tak pernah bosan dilihat. di medan sumatera indonesia lagu-lagu p ramlee sangat sangat diminati dan tak terlupakan terima kasih tn mustafa ar, terobati rasanya jiwa ini.... wslm

    ReplyDelete