Friday, March 30, 2012


APABILA LAGU P. RAMLEE DIORKESTRAKAN

"Di Manakan Ku Cari Ganti" Makin Menyayat Hati
Oleh Mustafar A.R. & Zaini Yusop


The Bolshoi Ballet Orchestra Of Tashkent Presents
Tan Sri P. Ramlee


(sumber: pakcummy) - Di Manakan Ku Cari Ganti

(sumber: mrzz55) - 1. Di Manakan Ku Cari Ganti

P. RAMLEE, kalau masih hidup, pada 22 Mac 2012 yang telah lalu, genaplah usianya 83 tahun. Pada 29 Mei 2012 yang akan datang, genaplah pemergiannya 39 tahun. P. Ramlee, lahir 22 Mac 1929 meninggal dunia 29 Mei 1973.

Lihatlah, betapa nombor 3 kesukaan P. Ramlee tetap bersamanya. Lahir bulan Mac (3), berumur 83 (3), meninggal dunia tahun 73 (3) dan ulangtahun pemergiannya yang ke 39 (3).

Sama seperti, "Bujang Lapok" (3), "Tiga Abdul" (3), "Madu Tiga" (3), "Ragam P. Ramlee" ceritanya (3), "Do Re Mi" (3), "Pukul Tiga Pagi" (3), isterinya (3) dan jika dikaji lebih mendalam, tentu lebih banyak nombor 3 itu ada berkaitan dengan P. Ramlee.

Mungkin ramai sudah melupakan hero-hero filem Melayu (Malaysia) seperti S. Roomai Noor, Osman Gumanti, Ali Rahman, Yusof Latiff, Ahmad Mahmud, Abdullah Chik, Aziz Jaafar dan Noordin Ahmad tetapi pasti terlalu ramai tidak melupakan P. Ramlee.

Nama P. Ramlee bukan sekadar terpahat dalam ingatan dan diminati oleh mereka yang lahir di tahun-tahun 1950an, 1960an dan 1970an (ketika hayatnya masih ada) malah di kalangan mereka yang lahir selepas pemergiannya.

P. Ramlee dan karya seninya terutama filem dan lagu, masih kekal dan tetap disukai ramai dan ini akan berterusan sehingga 100 dan 1000 tahun lagi atau selagi nadi filem Melayu masih berdenyut.

Keunggulan P. Ramlee menyamai nama-nama besar dalam filem bersaing dengan antaranya Charlie Chaplin(Amerika), Raj Kapoor (India) dan Akira Kurosawa (Jepun).

Sempena memperingati ulangtahun kelahirannya yang ke 83 tahun dan pemergiannya yang ke 39 tahun, Filem Klasik Malaysia (FKM) mengambil kesempatan mengabadikan 16 lagu ciptaan dan nyanyian P. Ramlee yang dipersembahkan secara orkestra yang terkandung dalam album The Bolshoi Ballet Theatre Orchestra Of Tashkent Presents Tan Sri P. Ramlee.

Sungguhpun album lagu-lagu tersebut sudah dilancarkan 14 tahun yang lalu (19 Ogos 1998) oleh Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, namun seperti lagu-lagunya juga, kita tidak akan merasa jemu untuk mendengarnya.

Setelah didengar dan dinilai 16 lagunya yang dipersembahkan secara orkestra, ternyata keunggulan P. Ramlee tidak boleh digugat oleh sesiapa pun dan sememangnya patut gelaran Seniman Agung dan Tan Sri (sepatutnya taraf Tun miliknya) adalah hak muktlaknya.

Payah sekali, sesiapa untuk mengatasinya.

Keindahan lagu-lagu P. Ramlee yang di orkestrakan sememangnya terserlah dan kepada penggubah-penggubah lagu yang mengarrangekan semula lagu-lagunya dan pemain-pemain alat-alat musik untuk diorkestrakan, patut dipuji dan diberi kredit.

Kalau dipersembahkan ke luar negara, P. Ramlee tidak akan memalukan Malaysia.

MENYEMARAKKAN LAGI MINAT ANAK BANGSA___

Dalam ucapannya Dr. Siti Hasmah berkata, majlis pelancaran tersebut sangat besar ertinya kerana kita bersama-sama mengimbas kembali kegemilangan seni musik tanahair ketika teguhnya perjuangan P. Ramlee.

Dr. Siti Hasmah menegaskan, album tersebut merupakan album yang unik dan julung-julung kali lagu-lagu peninggalan P.Ramlee dipersembahkan oleh orkestra seperti "The Bolshoi Ballet Theatre Orchestra" dari Tashkent, Republik Uzbekistan.

"Ini bukan saja dapat menghidupkan semula lagu-lagu P. Ramlee malah dapat menyemarakkan lagi minat anak bangsa Malaysia terhadap hasil karyanya," tambahnya.

"Di negara kita, apabila kita menyebut saja tentang seni khususnya filem dan lagu, nama yang timbul sudah pastinya P. Ramlee. Dia merupakan anak seni tempatan yang tidak ada tolok bandingannya sampailah ke hari ini. Peninggalan seninya adalah khazanah negara yang perlu dipelihara dan dijaga.

"Saya rasa gembira kerana oskestra ini telah berjaya menjiwai hasil ciptaan P.Ramlee, dan ini jelas membuktikan penghasilannya mempunyai ciri-ciri universal. Meskipun dialunkan secara instrumental, mesej atau suasana yang ingin diwujudkannya tetap menepati sasaran."

Suatu kebenaran kata-kata yang sukar ditidakkan oleh sesiapa pun. Betul dan tepat.

Lagu "Di Manakan Ku Cari Ganti" yang terdapat dalam filem arahannya "Ibu Mertua Ku", pengertiannya lain. Tetapi ternyata penghayatan rakyat Malaysia hari ini berubah dan P. Ramlee sendiri mungkin tidak menyangka, "Di Manakan Ku Cari Ganti" sebenarnya "Di Manakan Ku Cari Ganti Seperti P. Ramlee".

Saya sangat terharu dan terhiba apabila Kassim Masdor menggubah semula lagu tersebut dan dinyanyikan oleh dua penyanyi Sabah serta ramai kanak-kanak di Malam Bintang Legenda sempena Festival Filem Ke 22 di Kota Kinabalu pada 7 Ogos 2009, tetapi apabila mendengar "Di Manakan Ku Cari Ganti" oleh orkestra dari Tashkent ini, terharu dan terhiba bertambah kepada sedih dan sayu.

Meleleh airmata dibuatnya.

Mendengarkan 16 lagu tersebut saya merasakan, seperti mendengar lagu-lagu yang dimainkan oleh pemusik Jepun yang boleh dianggap unik, Kitaro, dan Mantovani And His Orchestra.

Sungguh hebat dan sangat berkualiti.

Kepada mereka yang terlibat hingga terhasilnya album The Bolshoi Ballet Theatre Of Tashkent Presents Tan Sri P. Ramlee ini terutamanya Kumpulan Renong dan EMI saya ucapkan tahniah tidak terhingga walaupun sudah agak terlalu jauh lambatnya.

Maklumlah, blog ini pun baru wujud - April, 2010.

Anda, yang meminati lagu-lagu P. Ramlee, dengarkanlah kesemua 16 lagu (terutamanya "Di Manakan Ku Cari Ganti") yang dipetik dari album tersebut yang saya kumpulkan dari YouTube yang diuploadkan oleh mrfaeez61 dan mrzz55.

Dalam pada itu saya juga terfikir, kenapa Orkestra RTM (menyambut ulangtahunnya yang ke 50 tahun bulan April, 2011 yang lalu) tidak mengeluarkan album seperti "The Bolshoi Ballet Theatre Orchestra Of Tashkent Presents Tan Sri P. Ramlee" ini.

Saya turut menilai lagu P. Ramlee "Di Manakan Ku Cari Ganti" dan "Apabila Kau Tersenyum" (berirama keroncong) yang diorkestrakan oleh Orkestra RTM, dan ternyata sangat hebat dan sungguh menarik.

Alangkah bangganya kita (rakyat Malaysia), mempunyai album lagu-lagu P. Ramlee (anak Malaysia) dan dipersembahkan pula oleh Orkestra RTM (kepunyaan Malaysia).

Apa kata Pengarah Orkestra RTM, Dato' Mokhzani Ismail.

Boleh buat, kan?

(sumber: donramlee) - Getaran Jiwa

(sumber: mrfaeez36) - 2. Getaran Jiwa

(sumber: pakcummy) - Jangan Tinggal Daku

(sumber: mrfaeez36) - 3. Jangan Tinggal Daku

(sumber: mouthcradle) - Putus Sudah Kasih Sayang

(sumber: mrfaeez36) - 4. Putus Sudah Kasih Sayang

(sumber: pakcummy) - Mengapa Derita

(sumber: mrfaeez36) - 5. Mengapa Derita

(sumber: pakcummy) - Yang Mana Satu Idaman Hati

(sumber: mrfaeez36) - 6. Yang Mana Satu Idaman Kalbu

(sumber: pakcummu) - Barang Yang Lepas Jangan Di Kenang

(sumber: mrfaeez36) - 7. Barang Yang Lepas Jangan Di Kenang

(sumber: rerelin) - Pukul Tiga Pagi

(sumber: mrfaeez36) - 8. Pukul Tiga Pagi

(sumber: oldtoad63) - Di Mana Suara Burung Kenari

(sumber: mrfaeez36) - 9. Di Mana Suara Burung Kenari

(sumber: alam07shah) - Tolong Kami

(sumber: mrfaeez36) - 10. Tolong Kami

(sumber: pakcummy) - Aci Aci Buka Pintu

(sumber: mrfaeez36) - 11. Aci Aci Buka Pintu

(sumber: njendra) - Bila Mama Pakai Celana

(sumber: mrfaeez36) - 12. Bila Mama Pakai Celana

(sumber: njendra) - Bunga Melor

(sumber: mrfaeez36) - 13. Bunga Melor

(sumber: pakcummy) - Menceceh Bujang Lapok

(sumber: mrfaeez36) - 14. Menceceh Bujang Lapok

(sumber: brohamzh) - Dendang Perantau

(sumber: mrfaeez36) - 15. Dendang Perantau

(sumber: oldtoad63) - Senjakala

(sumber: mrfaeez36) - 16. Senjakala


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.






ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?







KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.







Sunday, March 25, 2012


FILEM KLASIK MALAYSIA DI YOUTUBE

Langkah Bermula Dengan "Ciumku Lagi"
Oleh Mustafar A.R.


Pertama, "Ciumku Lagi" - upload pada 14 Mac 2012

SAYA (pemblog Filem Klasik Malaysia) dengan menggunakan nama mustafar a.r., mula berkarya di YouTube sebagai usaha sama-sama bersaing dengan mereka yang berkemampuan menghasilkan sesuatu untuk di kongsi bersama di alam maya.

Karya pertama, sebagai memulakan langkah, ialah "Nona Asiah - Ciumku Lagi (Malaysian Version Of Besame Mucho) 1947" yang saya uploadkan pada 14 Mac 2012.

Saya sangat berbangga dengan "Nona Asiah - Ciumku Lagi" ini kerana, inilah pertama kali lagu tersebut berada di alam maya (YouTube). Sebelumnya, tidak pernah ada. Kini muncul dengan tiba-tiba.

Nona Asiah merakamkan "Ciumku Lagi" yang dipadankan dari lagu "Besame Mucho" ciptaan Consuelito Velazquez ke piringhitam pada tahun 1947.

Yang menariknya, dia mendahului penyanyi-penyanyi popular seperti Nat 'King' Cole, Dean Martin, Elvis Presley, Sammy Davis Jr., Frank Sinatra apatah lagi Julio Inglesias, Nana Mouskouri dan Andrea Bocelli.

Kedua, "Memikat Hati" - upload pada 17 Mac 2012

Ketiga, "Bayangan Wajahmu" - upload pada 18 Mac 2012

Keempat, "Kuala Deli" - upload pada 24 Mac 2012

MARI KITA MENYANYI LAGU "KUALA DELI"___


KUALA DELI

Hai kualalah pun deli sayang
Kuala deli airnyalah pun jernih

Tempatlah yanglah pun mandi sayang
Tempatlah mandi sianaklah yang pun dara

Tanahlah yanglah deli tanahkulah yang asli
Hai tanahlah yanglah tempat
Tanahlah yang tempat hai tumpahlah darah

Tanahlah yang deli tanahkulah yang asli
Hai tanahlah yanglah tempat
Tanahlah yanglah tempat tumpahlah darah

Hai kualalah pun deli kualalah deli
Aduhai airnya pun tenang

Aduhailah sayang tempatlah yanglah orang
Hai tempatlah yanglah orang
Aduhailah sayang mandilah berenang

Tepianku mandi lagilah kukenang
Hai apalah yanglah lagi
Apalah yang lagi tempatlah berjuang

Penyanyi RUBIAH
Pencipta lagu TENGKU ZUBIR
Pencipta lirik TIDAK DIKETAHUI

Kelima, "Penghidupan Baru" - upload pada 24 Mac 2012

Karya kedua dan ketiga, "Memikat Hati" dan "Bayangan Wajahmu" nyanyian P. Ramlee dan Rubiah petikan filem "Pulau Mutiara" arahan S. Ramanathan dan dibintangi oleh Osman Gumanti, Maria Menado, Siti Rohani, Malek Yaakob dan A.R. Tompel.

Kedua lagu tersebut saya uploadkan kerana saya menyukainya, dan Sanisah Huri pernah merakamkan "Bayangan Wajahmu" ke piringhitam dengan tajuk "Semenjak Berpisah," dan "Memikat Hati" pula dirakamkan oleh Zainah Jalil dan Jamal Abdullah bertukar tajuk "Cinta Sayang".

Keempat, antara lagu-lagu popular (Melayu asli) nyanyian Rubiah yang sudah ada di YouTube, "Bunga Tanjung", "Patah Hati", "Teratai" dan "Tudung Saji", tetapi tidak ada lagu "Kuala Deli".

Itulah sebabnya saya menguploadkan lagu tersebut yang dicipta oleh Tengku Zubir atau lebih terkenal dengan nama Tengku Cubit pada 24 Mac 2012.

Kelima, "Penghidupan Baru" nyanyian R. Azmi dan Rubiah petikan filem "Penghidupan" arahan L. Krishnan dan dibintangi oleh P. Ramlee, Rokiah, Maria Menado, Haji Mahadi, M. Amin dan S. Shamsuddin.

Lagu "Penghidupan Baru" ciptaan Ahmad Jaafar dan liriknya oleh S. Sudarmadji. Dalam filem dinyanyikan oleh P. Ramlee menggunakan suaranya sendiri dan Momo meminjamkan suaranya kepada Rokiah.

Dalam pencarian saya di YouTube, lagu tersebut juga tidak ada. Lagu "Cinta Berahi" (satu lagi lagu menarik terdapat dalam "Penghidupan") nyanyian R. Azmi ada ditangan saya dan sedang mencari masa yang sesuai untuk menguploadkannya, itupun jika tidak ada di YouTube.

Oleh yang demikian mulai sekarang, setiap karya saya yang di uploadkan ke YouTube akan saya semadi di blog Filem Klasik Malaysia ini untuk memudahkan anda mengikutinya, tidak payah tercari-cari.

Keenam, "Manis Budi Bahasamu" - upload pada 1 April 2012

Ketujuh, "Saputangan" - upload pada 11 April 2012


* Untuk mendapatkan informasi yang lengkap lihat YouTube


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.


Wednesday, March 21, 2012


A.R. ISMAIL

PERGI DAN HILANG BERSAMA ANGIN LALU
Oleh Mustafar A.R.



A.R. ISMAIL, pencipta lagu yang tidak patut kita lupakan

Tandatangan A.R. Ismail yang ditinggalkan bersama catatan profailnya yang berada dalam simpanan saya

A.R. Ismail (tengah) bersama Saloma (kanan) dan Ahmad Nawab


KETIKA berkemas dan menyusun fail-fail lama supaya kelihatan teratur dan bersih, tiba-tiba saya terjumpa dua helai kertas dan dua keping gambar mengenai profail A.R. Ismail.

Saya termenung sebentar kemudian dada terasa sebak bila mengenangkan, A.R. Ismail yang sudah menghasilkan banyak lagu popular dan dinyanyikan pula oleh penyanyi-penyanyi diminati ramai di tahun-tahun 1960an dan 1970an, dilupakan begitu saja seperti pergi dan hilang bersama angin lalu.

Bila melihatkan profail tersebut memori saya berputar ke belakang mengingati A.R. Ismail ketika saya mengendalikan ruangan Hiburan di Utusan Malaysia (dipertengahan tahun 1970an) di mana saya telah memberikan ruangan (kolum) untuknya mengulas lagu-lagu terbaru yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat piringhitam ketika itu.

Bagaimanapun, selepas saya meninggalkan Utusan Malaysia kerana berpindah mengendalikan majalah Utusan Filem & Fesyen (UFF), perhubungan saya dengan A.R. Ismail terputus sama sekali dan tidak pernah bertemu lagi, sampaikan di hari-hari terakhirnya dia di muka bumi ini pun saya tidak sedari.

Begitupun juga, setiap kali saya mendengarkan lagu "Aku Kecewa" nyanyian Roziah Latiff setiap kali itulah pasti saya teringatkan A.R. Ismail.

Ini kerana "Aku Kecewa" merupakan antara 4 lagu ciptaan A.R. Ismail yang telah dirakamkan oleh penyanyi bersuara manja dari Seremban itu ke piringhitam.

Pada penilaian saya (dari segi populariti), antara lagu-lagu yang dirakamkan oleh Roziah Latiff ke piringhitam (4 EP semuanya), "Aku Kecewa" menduduki tempat paling atas kemudian diikuti "Cinta Pertama" (ciptaan Joe Chelliah) kedua dan ada beberapa lagu boleh diletakkan ditempat ketiga.

Saya juga merasakan, "Aku Kecewa" kini boleh dianggap sebagai lagu 'evergreen'. Tetap segar dan tidak pernah jemu didengar.

BELAJAR MUSIK DI SINGAPURA PADA TAHUN 1950___

A.R. Ismail atau nama sebenarnya Ismail Bin Abdul Rahman dilahirkan di Tanjong Ipoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sayang sekali dalam profail catatannya tidak dinyatakan tarikh lahirnya, tetapi diperolehi dari anak perempuannya (Hamimah Ismail) iaitu pada 8 Oktober 1929.

Pada tahun 1950, dia pergi ke Singapura belajar musik dengan dua pemusik Filipina, E.C. Daroya dan Alfonso Soliano.

Apabila pulang ke Kuala Pilah, A.R. Ismail meneruskan kegiatan musiknya dengan menjadi pemimpin pancaragam "Lambaian Bunga" di Tanjong Ipoh, kemudian pancaragam "Rangkaian Irama" di Seremban.

A.R. Ismail memulakan kerjayanya sebagai pencipta lagu pada tahun 1958 apabila diberi kepercayaan oleh Radio Pendidikan di Singapura menghasilkan lagu-lagu untuk kanak-kanak.

Dari tahun 1958 hingga 1962, dia mencipta tidak kurang 50 lagu kanak-kanak dan banyak juga antaranya disiarkan oleh Radio Pendidikan di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1959, A.R. Ismail mula menyertai pertandingan mencipta lagu yang dianjurkan oleh Radio Malaya (belum Malaysia), dan hingga tahun 1972 dia memenangi (hadiah pertama) 3 kali - "Irama Tengahmalam", "Dewi Puspitaku" dan "Jasa Perwira", kesemuanya bahagian irama langgam.

MENCIPTA LAGU UNTUK PIRINGHITAM___

Asiah Tuah merupakan penyanyi pertama merakamkan lagu ciptaan A.R. Ismail ke piringhitam - "Hidup Ibarat Mimpi" (lirik oleh Wan Ahmad Kamal, kemudian berkahwin dengan Asiah Tuah) pada tahun 1962 yang boleh dikatakan popular dan diminati ramai.

Lagu tersebut terkandung dalam EP kedua Asiah Tuah (Asiah Tuah In Latin Mood) yang juga terdapat lagu "Selamat Malam" (ciptaan Alfonso Soliano), "Bahagia Selalu Untuk Mu" (Nordin Ismail) dan lagu instrumental "Tanah Melayu Cha Cha" (Alfonso Soliano).


EP yang mengadungi lagu A.R. Ismail, "Hidup Ibarat Mimpi"

Langkah pertama A.R. Ismail bermula dengan baik, dan dengan itu terhasillah lagu-lagu ciptaannya yang dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi popular yang mempunyai ramai peminat,

AHMAD JAIS
  • "Cita Hancur Berderai"
  • "Sengsara"
  • "Mabuk Kepayang"
    RAFEAH BUANG
  • "Lupakan"
  • "Bisikan Hati"
    ROZIAH LATIFF
  • "Aku Kecewa"
  • "Idaman Hati"
  • "Kanda Yang Ku Puja"
  • "Di Lamun Rindu"
    SUDIRMAN
  • "Senja Berulang Senja"
    JULIE REMIE
  • "Berikan Ku Sinar Harapan"
    HAIL AMIR
  • "Gila Bayang"
    UJI RASHID & HAIL AMIR
  • "Manakah Cintamu"

    Di samping Ahmad Jais, Rafeah Buang, Roziah Latiff, Sudirman, Julie Remie dan Uji Rashid & Hail Amir, penyanyi-penyanyi lain turut merakamkan lagu-lagu ciptaan A.R. Ismail ke piringhitam,

    EDDY AHMAD
  • "Seruling Hati"
    HALIL CHIK
  • "Kasih Sayangku"
  • "Hidup Terbuang"
    AMAN SHAH
  • "Sinaran Matamu"
    ANDRE GOH
  • "Bunga Desa"

    Selain mereka turut merakamkan lagu-lagunya ke piringhitam, Ismail Harun, M. Daud Kilau, Rohani Aziz, Junainah M. Amin, Rose Maria, S. Ahmad, Rohani Za, Ezri Rahman, Azman Idris dan Syed Aziz.

    MUSIKAL DRAMA "KUALA LUMPUR KUALA LUMPUR"___

    Pada tahun 1974 Kementerian Kebudayaan (nama Jabatan Kerajaan ketika itu) telah menganjurkan musikal drama "Kuala Lumpur Kuala Lumpur" di Dewan Bandaran, Kuala Lumpur, dan A.R. Ismail telah dipertanggungjawabkan mencipta 14 lagu, dan sebahagian antaranya telah dirakamkan ke piringhitam berbentuk album.

    Lagu-lagunya "Abdullah Asas", "Gila Bayang", "Jalan Campbell", "Kuala Lumpur Mustika", "Ku Kenal Sudah", "Hello Kota Hello Desa", "Cahaya Sampaikan Kata", "Bunga Desa" dan "Banjir" yang dinyanyikan oleh Shagul Hamid, Fauziah Nawi, Norli Ismail, Mustaffa Noor dan beberapa penyanyi lagi serta diiringi oleh Orkes Konsert RTM.

    Semasa pementasan, sebahagian lagu-lagu dalam album tersebut dinyanyikan oleh Sharifah Aini.

    A.R. Ismail juga turut menggubah musik untuk lagu "Insan Yang Beriman" (Ezri Rahman) dan "Puspa Hati" (Azman Idris).

    Menurut catatan A.R. Ismail lagi, lagu-lagu ciptaannya yang popular dan diminati ramai,

  • "Aku Kecewa" (Roziah Latiff)
  • "Senja Berulang Senja" (Sudirman)
  • "Berikan Ku Sinar Harapan" (Julie Remie)
  • "Mabuk Kepayang" (Ahmad Jais)
  • "Bisikan Hati" (Rafeah Buang)
  • "Manakah Cintamu" (Uji Rashid & Hail Amir)

    Selain itu, A.R. Ismail juga turut mencipta 3 lagu tema,

  • "Sukan Sea & Seap"
  • "Rukun Tetangga"
  • "Getah 100 Tahun"

    Menurut apa yang saya tahu, A.R. Ismail (ketika saya rapat dengannya) bertugas di Kementerian Kebudayaan. Sejak bila dia bertugas di situ dan sejak bila pula dia berhenti, tidak pula saya tahu.

    Itulah serba sedikit mengenai A.R. Ismail yang saya perolehi. Itu pun melalui catatan profailnya yang ditinggalkannya kepada saya hampir 40 tahun lalu.

    Apa yang diharapkan, sesiapa yang tahu mengenai pencipta lagu dari Tanjong Ipoh ini terutamanya Roziah Latiff dan Joe Chelliah atau kaum keluarganya, e-mail saya supaya dapat dipanjangkan informasinya dalam blog ini untuk kita kongsi bersama.

    Di blog ini, saya kumpulkan 6 klip video YouTube lagu popular ciptaan A.R. Ismail yang dinyanyikan oleh Sudirman, Ahmad Jais, Rafeah Buang, Uji Rashid & Hail Amir, Julie Remie dan Roziah Latiff.

    Lagu Roziah Latiff ada sedikit keistimewaannya, kerana "Aku Kecewa" turut disertakan liriknya.

    Anda dengar semua lagu tersebut, dan nilaikanlah sendiri.




    (sumber: xbadomx)Senja Berulang Senja - Sudirman


    (sumber: paknasz) Mabuk Kepayang - Ahmad Jais


    (sumber: gulaiyutube) Bisikan Hati - Rafeah Buang


    (sumber: xbadomx) Di Manakah Cintamu - Uji Rashid & Hail Amir


    (sumber: xbadomx) Berikan Ku Sinar Harapan - Julie Remie


    (sumber: johami1) Aku Kecewa - Roziah Latiff


    MARI KITA MENYANYI LAGU "AKU KECEWA"___


    AKU KECEWA

    Dengar lah irama ku
    Nyanyian dari kalbu
    Hibur kan lah hati mu
    Usah kanda pilu

    Dengar suara hati ku
    Aku riang selalu
    Kini kanda di mana
    Lama tak bersua

    Mana kah janji mu yang lalu
    Hidup bersama daku
    Ku tak kan lupa pada mu kanda
    Itu lah janji dinda

    Hari berganti minggu
    Ku nanti lembaran mu
    Kini aku kecewa
    Kanda sudah lupa

    Mana kah janji mu yang lalu
    Hidup bersama daku
    Ku tak kan lupa pada mu kanda
    Itu lah janji dinda

    Hari berganti minggu
    Ku nanti lembaran mu
    Kini aku kecewa
    Kanda sudah lupa

    Penyanyi ROZIAH LATIFF
    Pencipta lagu A.R. ISMAIL
    Pencipta lirik A.R. ISMAIL
    Kugiran THE JAYHAWKERS (SEREMBAN)
    Pimpinan JOE CHELLIAH
    Keluaran PHILIPS (1967)

    FAKTA

    * A.R. Ismail meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 15 Januari 1995 disebabkan paru-paru berair, disamping turut mengidap penyakit lemah jantung, asthma dan darah tinggi. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras.

    * Salah satu lagu terbaik Ismail Haron ialah "Insan Mulia". Lagu tersebut dicipta oleh A.R. Ismail bukan saja lagunya sangat menarik tetapi juga liriknya yang penuh bererti (bercampur dialog) dihasilkan sendiri oleh Ismail Haron menggunakan nama Ismail Aro.


  • # Update akan dilakukan dari masa ke masa.


  • Friday, March 16, 2012


    "BESAME MUCHO" NONA ASIAH

    Buat Pertama Kali Masuk Ke YouTube








    (sumber: mustafar a.r.) Nona Asiah

    FILEM Klasik Malaysia melangkah setapak lagi dan mencatat sejarah, apabila dapat membariskan Nona Asiah bersama penyanyi-penyanyi popular dan diminati ramai dengan lagu yang sudah tidak asing lagi, "Besame Mucho", di YouTube.

    Agak membanggakan, sejak sekian lama YouTube diperkenalkan, "Ciumku Lagi" ("Besame Mucho") nyanyian Nona Asiah, tidak pernah ada.

    Hanya pada 14 Mac 2012, ia muncul buat pertama kalinya apabila saya (pemblog Filem Klasik Malaysia) menguploadkannya dengan menggunakan catatan nama mustafar a.r.

    Ini bererti, "Ciumku Lagi" Nona Asiah sudah sebaris dengan penyanyi-penyanyi popular dan diminati ramai yang pernah menyanyi dan merakamkannya ke piringhitam.

    Antaranya Elvis Presley, Dean Martin, Nat 'King' Cole, Frank Sinatra, Sammy Davis Jr., Nana Mouskouri, Julio Iglesias, Gulnara Karimova, The Beatles, Andrea Bocelli dan Trio Los Panchos.

    Bukan saja mereka, malah Ray Conniff, Mantovani dan Xavier Cugat turut gairah memainkan "Besame Mucho" dengan orchestra masing-masing dengan berbagai cara, ragam dan rentak.

    "Besame Mucho" dicipta oleh Consuelito Velazquez dari Mexico pada tahun 1940 semasa usianya 16 tahun. Penyanyi pertama merakamkan lagu tersebut ialah Emelio Tuero, kemudian diikuti pula Tino Rossi pada tahun 1945.

    Nona Asiah merakamkan "Ciumku Lagi" (tajuk Inggerisnya "Kiss Me Again") ke piringhitam pada tahun 1947, mendahului penyanyi-penyanyi popular dan diminati ramai termasuk Elvis Presley, Dean Martin, Nana Mouskouri, Nat 'King' Cole dan Andrea Bocelli.

    Di blog ini saya kumpulkan 14 klip video "Besame Mucho" yang terdapat di YouTube termasuk "Ciumku Lagi" nyanyian Nona Asiah.

    Saya agak terkilan kerana tidak dapat menyertakan lirik "Ciumku Lagi" di sini, kerana suara Nona Asiah kurang jelas disebabkan rakamannya diperolehi dari piringhitam lama keluaran tahun 1947.

    Tetapi sekiranya ada sesiapa yang dapat mengesan lirik tersebut, diharap e-mail kepada saya supaya dapat dimuatkan dalam blog ini untuk kita kongsi dan nyanyikan bersama.

    Begitu pun juga, saya dapat mencatatkan lirik versi Inggeris nyanyian Dean Martin bagi membolehkan kita sama-sama menyanyikannya.


    (sumber: onta53) Dean Martin

    MARI KITA MENYANYI LAGU "BESAME MUCHO"___

    BESAME MUCHO

    Besame besame mucho
    Each time I cling to your kiss
    I hear music divine

    Besame besame mucho
    Hold me my darling and say that
    You'll always be mine

    This joy is something new
    My arms enfolding you
    Never knew this thrill before

    Whoever thought I'll be holding you close to me
    Whispering it's you I adore

    Dearest one if you should leave me
    Each little dream would take wing
    And my life would be through

    Besame besame mucho
    Love me forever and make all my dreams come true

    Besame besame mucho
    Love me forever and make all my dreams come true


    Singer DEAN MARTIN
    Song Writer CONSUELITO VELAZQUEZ
    Lyric Writer SUNNY SKYLAR


    (sumber: vivamejico1950) Emilio Tuero

    (sumber: 240252) Tino Rossi

    (sumber: angelasuny) Elvis Presley

    (sumber: papadoc73) Nat 'King' Cole

    (sumber: krapiwa19) Julio Iglesias & Gulnara Karimova

    (sumber: flixgold) Andrea Bocelli

    (sumber: joseripollet) Nana Maouskouri

    (sumber: redsong1976) The Beatles

    (sumber: dl442007) Ray Conniff

    (sumber: himrod137) Mantovani

    (sumber: pook1711) Xavier Cugat

    (sumber: gu7196) Trio Los Panchos


    # Update akan dilakukan dari masa ke masa.


    Thursday, March 15, 2012


    M. AMIN

    KASMA BOOTY PENYELAMAT KERJAYA FILEMNYA
    Oleh Amin Khan


    * Amin Khan ialah
    produser Minjan Production
    yang telah banyak menerbitkan
    filem dan drama tv

    M. Amin di antara dua wajah

    Bersama Mariam dalam "Kembar"

    Bersama P. Ramlee dalam "Antara Senyum Dan Tangis"

    Bersama Sri Unity dalam "Mutiara Dari Malaya"

    Bersama Mahmud June dan Noordin Ahmad dalam "Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang"

    Bersama Maria Menado dalam "Selendang Delima

    Gambar M. Amin disuperimposekan dengan gambar Latiffah Omar yang menjadi heroine filem arahannya yang pertama, "Lanchang Kuning"



    SEPERTI kata HAMKA: "Meninjau sejarah hendaklah dengan rasa cinta, seakan-akan kita turut hidup dengan mereka. Oleh itu rasa hati dan suka duka kita sekarang, adalah rasa hati dan suka duka yang telah mereka tinggalkan buat selama-lamanya".

    Perginya M. Amin atau nama sebenarnya Mohammad Amin bin Haji Iksan mengadap yang Maha Esa pada subuh 8 Januari 2003 ketika berusia 78 tahun, bererti sebutir lagi bintang yang menerangi dunia perfileman Malaysia hilang.

    Di lahirkan di Kuala Kangsar, Perak pada 1 September 1925, M. Amin boleh dianggap sebagai pengarah filem setanding dan sebaris dengan P. Ramlee, S. Roomai Noor, Jamil Sulong, Salleh Ghani dan Omar Rojik, setelah kejayaannya menempuh berbagai-bagai halangan dan rintangan.

    Secara jujur saya menyatakan, saya sangat sedikit pengetahuan mengenai latarbelakang, pergaulan dan penghidupan M. Amin dengan masyarakat filem sewaktu di Singapura mahu pun umum, kerana saya bukanlah hidup seangkatan dengannya malah saya boleh dianggap sebagai angkatan generasi baru.

    Tidak seperti Jamil Sulong, Jins Shamsudin, Aziz Sattar, Kuswadinata (hanya sekadar menyebut beberapa nama saja) yang mengenalinya lebih rapat serta juga Hamzah Hussain yang pernah menjadi Pegawai Perhubungan Awam di Cathay Keris Film yang menyeliakan tugasnya.

    Secara jujur juga saya menyatakan, saya mengenali sikap dan keperibadian M. Amin, ketika saya mengarahkan rancangan untuk RTM bertajuk Profil Seni mengenai profil kehidupan dan penglibatannya dalam bidang perfileman, yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan saya sendiri, Minjan Productions.

    Di sinilah M. Amin banyak membongkar rahsia kehidupannya dan beberapa peristiwa yang berlaku kepada dirinya yang saya kira mungkin ramai yang tidak tahu tetapi merupakan fakta yang boleh menjejaskan sedikit sebanyak reputasi mereka yang terlibat.

    Semasa menjalani penggambaran siri inilah, saya memerhati dan mengamati sikap dan keperibadian M. Amin, yang suka berterus terang dalam membicarakan sesuatu perkara, agak pendiam dan sensitif orangnya dan sekali-sekala boleh juga berjenaka.

    Kalau kita ajak berbual mengenai perkembangan perfileman tanahair, M. Amin akan bercerita dari perspektif dan pengalamannya sendiri.

    Ramai sudah sedia maklum, M.Amin merupakan pengarah filem yang tidak kurang hebatnya seangkatan dengan P. Ramlee, S. Roomai Noor, Jamil Sulong, Hussain Haniff, Salleh Ghani, Omar Rojik, S. Kadarisman dan S. Sudarmadji.

    Ramai juga sedia mengetahui, siapa sebenarnya M. Amin sebelum dia menerjuni ke persada perfileman yang berpusat di Singapura ketika itu.

    M. Amin mula bertugas sebagai guru pelatih selama 6 bulan di Setiawan, Perak zaman pemerinthan Jepun. Selepas Perang Dunia Kedua dia berkhidmat dalam pasukan polis (menggunakan nombor 4511) sebagai guru undang-undang (school inspector) di Polis Depoh, Kuala Lumpur selama 4 tahun dari tahun 1946 hingga 1950.

    Oleh kerana jawatan anggota polis tidak begitu secucuk dengan jiwanya, dan M. Amin pula telah melakukan sedikit kesalahan dia dibuang kerja.

    Kemudian dia mengambil keputusan pergi ke Singapura bertujuan untuk memohon kerja sebagai kelasi kapal. Tidak terlintas dihatinya untuk menjerumuskan diri ke dunia filem.

    Bagaimanapun, setelah membaca majalah "Mutiara", M. Amin menghantar surat dan gambar memohon menjadi pelakon dengan Malay Film Productions (MFP) dan kemudian dipanggil menghadiri screen test.

    Keadaan menjadi kelam kelibut sedikit apabila M. Amin kena screen test jam 10 pagi di Jalan Ampas dan kemudian pada pukul 2 petang pula dia harus pergi untuk interview sebagai kelasi kapal.

    Begitu pun juga, M. Amin gagal di screen test. Oleh kerana interview menjadi kelasi kapal bermula jam 2 petang, dia berjalan-jalan dan melihat orang sedang membuat penggambaran filem di halaman studio Jalan Ampas, dan pengarah filem yang sedang membuat penggambaran ketika itu, L. Krishnan.

    Semasa M. Amin pergi ke gerai yang berdekatan dengan studio tersebut untuk bersarapan pagi, tiba-tiba datang seorang krew filem berkenaan. Dia sendiri pun tidak tahu apa jawatan krew filem itu. Lalu dia mengenalkan dirinya dan menegur M. Amin dengan sopan dan bertertib.

    "Bung (bahasa Indonesia bererti saudara)..., saya penolong pengarah filem yang sedang menjalani penggambaran sekarang ini, mahukah Bung berlakon?"

    M. Amin terkejut dan bercampur hairan dengan pelawaan itu. Dengan tiba-tiba saja orang mempelawanya berlakon filem, sedangkan screen test yang dijalankannya sebentar tadi pun dia didapati tidak lulus. M. Amin hanya senyap dan membisu saja. Tidak tahu apa yang mahu dicakapkannya

    Orang itu bertanya lagi, "mau tak?" M. Amin masih terpinga-pinga macam tidak percaya dengan pelawaan tersebut. "Betul..., saya pelawa Bung berlakon filem", sambung orang itu setelah melihat dia masih tidak berkata apa-apa.

    M. Amin lantas menjawab, "boleh..., boleh jugak. Tapi, jam 2 petang ini saya ada interview kerja kelasi kapal". Orang itu menjawab, “sekejap saja. Tak sampai jam 2 dah habis”.

    Orang yang beria-ia mempelawa M. Amin berlakon ialah S. Sudarmadji, yang menjadi penolong pengarah filem kepada L. Krishnan.

    Lalu M. Amin di bawa dan diperkenalkan kepada L. Krishnan, dia diberi peranan kecil dalam filem "Bakti" (1950) yang dibintangi oleh P. Ramlee, Kasma Booty, S. Roomai Noor dan Siput Serawak.

    Setelah disolek dan diberi sedikit dailog, dia pun diajar cara-cara berlakon dan penggambaran pun dijalankan.

    Adegannya, ketika S. Hamid (P. Ramlee waktu kecil) beramai-ramai menyanyikan lagu "Sate".

    Waktu tengahari, penggambaran diberhentikan kerana waktu makan dan peranan yang dibawakan M. Amin masih lagi tinggal beberapa syot lagi yang belum diambil. Ia akan disambung semula selepas waktu makan.

    M. Amin segera pergi berjumpa S. Sudarmadji dan memberitahu dia terpaksa pergi interview kelasi kapal. Dia tidak dapat tunggu kerana perkerjaan itu penting demi hidup masa depannya.

    "Biasalah...", macam sekarang juga, S. Sudarmadji menggelabah dan kelam kabut. Dia membawa saya berjumpa L. Krishnan sekali lagi,” jelas M. Amin. L. Krishnan termenung seketika, memikirkan perkara ini kerana syot-syot close-upnya belum lagi diambil.

    L. Krishnan mencadangkan kepada M. Amin tidak payah pergi interview sebagai kelasi kapal, sebaliknya dia membawanya berjumpa Shaw Vee Ngok, pengurus Shaw Brothers ketika itu, supaya M. Amin diberi sebarang perkerjaan memandangkan dia mempunyai pelajaran yang baik dan penggambaran yang melibatkannya masih belum selesai.

    Shaw Vee Ngok bersetuju memberi perkerjaan kepada M. Amin sebagai kerani, penterjemah skrip-skrip yang ditulis dalam bahasa Inggeris oleh pengarah-pengarah India ke dalam bahasa Melayu dan tugasnya yang paling besar, mengajar pelakon-pelakon di studio Jalan Ampas menulis dan membaca di sebelah malam.

    Ini kerana kebanyakan pelakon ketika itu orang-orang bangsawan yang tidak boleh menulis dan membaca. Oleh yang demikian, bermulalah satu penghidupan baru kepada M. Amin di studio Shaw's MFP, di Jalan Ampas.

    Filem "Kembar" (1950) merupakan filem pertama M. Amin diambil berlakon oleh pengarah S. Ramanathan sebagai hero di samping Mariam yang menjadi heroinenya. Ini merupakan filem pertama S. Ramanathan yang tidak mengambil P. Ramlee sebagai hero sebagaimana L. Krishnan menyerahkan peranan hero kepada P. Ramlee dalam "Bakti".

    Bermula satu lagi penghidupan dan pengalaman hidup M. Amin. Dia sudah menjadi pelakon dengan memegang peranan hero pula - satu peranan yang di luar jangkaannya sendiri boleh berlaku.

    Di pertengahan penggambaran filem "Kembar" itu, M. Amin menerima satu cabaran dan tamparan yang paling hebat. Dia hampir-hampir putus harapan dan kecewa untuk meneruskan penggambaran filem tersebut.

    M. Amin terdengar orang bercakap-cakap ketika dia berada di dalam bilik persolekan. Ada beberapa orang krew di studio itu mengutuk dan menghina lakonannya dengan kata-kata, "orang kampung nak jadi hero filem", "lakonan keras macam kayu" dan bermacam-macam lagi penghinaan.

    M. Amin begitu sedih dan malu. Dia berfikir panjang mengenai hal itu. Akhirnya dia mengaku dan menyedari yang lakonan memang keras macam kayu, tidak ada seni lakonan. Dia juga mengakui, tidak ada langsung asas dalam bidang lakonan sebelum ini.

    M. Amin kemudian meluahkan hasratnya untuk berhenti menjadi pelakon dan perkerjaan di studio Jalan Ampas yang didengari oleh Kasma Booty yang merupakan primadona filem Melayu yang cukup popular pada masa itu.

    Mendengarkan keluhan hati M. Amin itu, Kasma Booty memujuknya dengan berbagai cara dan berkata, "Bung..., Bung mempunyai bakat besar dalam filem. Jangan berhenti.

    "Lagi pun, kalau Bung berhenti siapa yang akan mengajar pelakon-pelakon yang sudah pandai sikit-sikit menulis dan membaca?”

    M. Amin termenung dan berfikir. Dia menjadikan kata-kata Kasma Booty, "jadikan kata-kata penghinaan mereka sebagai cabaran dan peransang untuk Bung terus maju. "Pedulikan dengan kutukan tersebut", sambung Kasma Booty lagi.

    Kata-kata hikmat dan peransang Kasma Booty itulah memberi satu impak dalaman kepada M. Amin. Dengan itu, dia pun meneruskan kerjaya filemnya dan tidak jadi berhenti.

    Bagaimana pun, selepas "Kembar" M. Amin tidak lagi diberi peranan hero tetapi lebih kepada sebagai pelakon tambahan dan pembantu. Filem-filemnya di Shaw's MFP,
  • Bakti
  • Kembar
  • Dewi Murni
  • Pembalasan
  • Sejoli
  • Juwita
  • Aladdin
  • Antara Senyum Dan Tangis

    Selain "Kembar", hanya "Antara Senyum Dan Tangis" M. Amin mempunyai peranan yang boleh dianggap berat, yang lain hanya sebagai pelakon tambahan saja.

    DARI MALAY FILM PRODUCTIONS KE CATHAY'S KERIS FILM___

    Setelah berkhidmat selama 2 tahun di Shaw's MFP, pada tahun 1952 M. Amin beralih angin Ke Cathay's Keris Film. Ini pun atas nasihat beberapa orang kawan dan ingin mencari pengalaman baru berkerja di syarikat filem lain.

    M. Amin berlakon dan juga diberi tanggungjawab sebagai penolong pengarah kepada beberapa orang pengarah yang sedia ada di studio tersebut. Di situ, dia tidak banyak menerima rintangan atau menghadapi cabaran sebagaimana yang ditempuhinya di Shaw's MFP.

    Apabila Hussain Haniff dilantik sebagai pengarah filem "Hang Jebat", M. Amin diminta oleh Hussain Haniff menjadi penolong pengarahnya dan juga turut berlakon membawa peranan Hang Tuah. Bagaimanapun sebelum itu, dia menjadi penolong pengarah bersama A.B. Rahim untuk "Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang" (1961) arahan K.M. Basker.

    Di peringkat awal, M. Amin bukan pemegang karekter Hang Tuah, sebaliknya berperanan sebagai Sultan Melaka. Peranan Hang Tuah telah diberikan kepada pelakon yang tidak kurang handalnya, Mahmud June.

    Setelah Hussain Haniff dan beberapa pegawai Cathay's Keris Film berbincang semula mengenai perwatakan dan fizikal Hang Tuah, setelah berkunjung ke makam Hang Jebat di Melaka (berdasarkan pandangan penjaga makam), watak Hang Tuah sangat menepati perwatakan M. Amin yang tinggi dan pendiam.

    Sedangkan Mahmud June yang pada mulanya mahu diserahkan watak tersebut, kurang sesuai kerana rendah, raut wajahnya yang bengis, walaupun mempunyai pengetahuan ilmu persilatan.

    Masalah besar yang dihadapi M. Amin, bersilat. Dia tidak pandai bersilat. Oleh yang demikian dia dan beberapa rakan yang lain belajar ilmu persilatan dari seorang guru silat di Singapura di sebuah gelanggang pada sebelah malam.

    Apa yang menjadi peristiwa pahit di sini tentang perwatakan Hang Tuah itu sendiri. Dia menerima tohmahan, tekanan dan fitnah, disebabkan karekter Hang Tuah berpindah dari Mahmud June ke M. Amin. Bagaimanapun, Hussain Haniff memberi semangat dan perangsang kepadanya.

    Akhirnya "Hang Jebat" berjaya dengan corak dan gaya arahan Hussain Haniff. Penekanan perwatakan Hang Tuah yang dibawa oleh M. Amin begitu terserlah, dan filem tersebut mendapat pujian dan juga sambutan box office.

    Sebelum menjadi pengarah filem, boleh dikatakan setiap filem Cathay's Keris Film M. Amin ada berlakon. Kalau tidak besar, kecil, kalau tidak banyak, sedikit. Antaranya,
  • Buloh Perindu
  • Nafsu
  • Terang Bulan di-Malaya
  • Tangisan Ibu
  • Pertarohan
  • Irama Kaseh
  • Mutiara Dari Malaya
  • Selamat Hari Raya
  • Selamat Tinggal Kekasehku
  • Adam
  • Azan
  • Dondang Sayang
  • Pontianak
  • Virgin Of Borneo
  • Orang Minyak
  • Selendang Delima
  • Serangan Orang Minyak
  • Orang Lichin
  • Raden Mas
  • Rasa Sayang - Eh!
  • Pak Pandir Modern
  • Che Mamat Parang Tumpol
  • Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang
  • Hang Jebat
  • Siti Zubaidah
  • Dang Anom
    * M. Amin turut membintangi satu-satunya filem keluaran Shah Film (H.M. Shah), "Kaseh Menumpang", bersama S. Roomai Noor, Mislia dan Shariff Medan.

    DILANTIK SEBAGAI PENGARAH FILEM___

    Setelah sekian lama menjadi penolong pengarah kepada beberapa pengarah filem, akhirnya Tom Hodge, Pengurus Cathay's Keris Film, setelah melihat bakat yang tersembunyi dalam diri M. Amin, memanggilnya ke pejabat untuk berbincang mengenai perlantikannya sebagai pengarah filem.

    "Kalau Tuan ada kepercayaan pada saya, saya cubalah," kata M. Amin kepada Tom Hodges.

    M. Amin rasa begitu terharu, dan dia diminta mengemukakan beberapa skrip filem untuk dinilai oleh ahli panel penilaian skrip. Dia menghantar dua naskah skrip filem - "Lanchang Kuning" dan "Chuchu Datok Merah".

    Skrip "Lanchang Kuning" dan "Chuchu Datuk Merah" diluluskan. dan M. Amin memilih "Lanchang Kuning" sebagai filem arahannya yang pertama.

    M. Amin bertungkus lumus membuat persediaan awal dan memilih barisan pelakon yang akan membintangi filem pertamanya itu berdasarkan karyanya sendiri. Dengan itu, tersenarailah Noordin Ahmad dan Latiffah Omar sebagai hero dan heroine dengan dibantu pelakon-pelakon lain bagi memantapkan lagi filem tersebut termasuk Haji Arshad yang buat pertama kalinya diserahkan sebagai leading crook.

    Penggambaran filem "Lanchang Kuning" berjalan lancar, walaupun ada suara-suara sumbang dan kurang sedap didengar yang mempertikaikan kebolehan M. Amin menerajui kerusi pengarah filem sehingga selesai penggambaran.

    Terjadi lagi fitnah terhadap M. Amin, kononnya filem yang diarahkannya itu tidak boleh disunting (diedit), dengan lain istilah sekarang sebagai hancur.

    Oleh yang demikian, tanpa pengetahuan sesiapa pun dia berpakat dengan penyunting filem (P.V. John) supaya kerja-kerja penyuntingan dilakukan pada sebelah malam dan tidak seorang pun dibenarkan bersama melainkan penyunting filem dan dirinya saja.

    Fitnah ini tidak benar, hanyalah disebarkan untuk menjatuhkan reputasi kerjayanya saja. Kerja-kerja pasca penerbitan "Lanchang Kuning" akhirnya siap sepenuhnya. Pada diri pengarah lain mungkin mereka gembira, tetapi berlainan dengan sikap M. Amin. Dia merasa gementar dan takut, seakan-akan malu pun ada walaupun diyakini oleh P.V. John yang memberitahu, ia mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

    M. Amin masih tidak yakin dengan penjelasan P.V. John itu selagi "Lanchang Kuning" tidak di tayangkan di panggung wayang dipertontonkan kepada orang ramai. Dia memerap di rumah, bersembunyi dan tidak datang kerja hampir sebulan.

    Akhirnya, filem "Lanchang Kuning" pun ditayangkan kepada umum dengan membawa kejayaan besar dan menguntungkan pihak Cathay's Keris Film.

    Hal ini tidak diketahuinya, sehinggalah pada suatu malam kereta majikannya, Loke Wan Tho, dihantar untuk menjemput M. Amin ke satu majlis di studio. Dia bertanya kepada pemandu kereta, tetapi dia hanya kata tidak tahu majlis apa, dia cuma disuruh menjemput dan membawanya ke sana.

    M. Amin tidak berlengah lagi dengan berpakaian serba ringkas saja menaiki kereta itu. Semasa kereta itu dalam perjalanan, di dalam hatinya berkata, “inilah malam terakhir aku berkerja di Cathay's Keris Film. Habis dan tamatlah kerjaya aku sebagai orang filem. Lepas ni, aku terpaksa balik kampung”.

    Setibanya dia di studio, M. Amin melihat ramai orang termasuklah pegawai-pegawai kanan Cathay's Keris Film, para pelakon dan tuanpunya Cathay's Keris Film, Loke Wan Tho. Dia masih gementar dan takut-takut. Loke Wan Tho datang merapati dan menghulur tangan padanya.

    M. Amin masih tidak faham apa-apa. Dalam pada itu di benaknya masih memikirkan, adakah salam yang dihulurkan oleh Loke Wan Tho itu sebagai salam terakhir dan dia akan diberhentikan kerja. Dia bertambah bingung.

    Tiba-tiba terkeluar dari mulut Loke Wan Tho perkataan tahniah, dan M. Amin masih tidak mengerti. Loke Wan Tho memberitahunya, filem "Lanchang Kuning" mendapat sambutan box office dan dia dipersilakan duduk bersebelahan Loke Wan Tho.

    Barulah rasa gementar dan takut itu mulai reda dan mendapat tepukan gemuruh daripada semua yang hadir. Kemudian para hadirin, seorang demi seorang datang bersalaman kepadanya, mengucapkan tahniah. Dengan kejayaan filem tersebut, M. Amin diberi tanggungjawab dan kepercayaan mengarah dari sebuah filem ke sebuah filem yang lain sehinggalah Cathay's Keris Film menghentikan mengeluarkan filem Melayu pada tahun 1972.

    Antara filem-filem yang diarahkan oleh M. Amin di Cathay's Keris Film,
  • Lanchang Kuning
  • Chuchu Datok Merah
  • Tajul Ashikin
  • Ayer Mata Duyong
  • Rumah Itu Dunia Aku
  • Panglima Besi
  • Mata Dan Hati
  • Muda Mudi
  • Patong Chendana
  • Ikan Emas
  • Gurindam Jiwa
  • Anak Dara
  • Dua Kali Lima
  • Dosa Wanita
  • Pop Muda
  • Sri Kandi
  • Keris Mas
  • Sial Wanita
  • Keranda Berdarah
  • Aku Mahu Hidup
  • Puaka
  • Jahanam
  • Semusim Di-Neraka
  • Satu Titek Di-Garisan
  • Semangat Ular
  • Harimau Jadian
  • Hati Batu

    BERPINDAH KE MERDEKA FILM PRODUCTIONS___

    Apabila Cathay's Keris Film ditutup pada tahun 1972, M. Amin pindah ke Kuala Lumpur dan berkhidmat pula dengan Merdeka Film Productions. Bagaimanapun, dia hanya mengarahkan 3 filem saja - "Penyamun Si Bongkok" (1974), "Satu Penentuan" (1974) dan "Pertiwi" (1974).

    Selain itu, M. Amin sempat juga berlakon di studio tersebut satu filem di bawah arahan Nas Achnas, "Rahsia Hatiku" yang dibuat penggambarannya dalam color (sebagai percubaan) berlakon bersama Sharifah Hanim, Mariati Abdul Rahman dan Maznah Ahmad.

    M. Amin juga pernah berkhidmat dengan Gaya Film dan Solid Gold dengan mengarah beberapa drama tv dan dokumentari.

    Di Sabah Film Production pula M. Amin sempat mengarah 7 filem - "Hapuslah Air Matamu", "Pendekar", "Kisah Seorang Biduan", "Sumpah Semerah Padi", "Bertunang", "Manis-Manis Sayang" dan "Di Ambang Kasih".

    Selain itu, M. Amin turut terlibat dengan filem,

  • Johnny Bikin Filem
  • Badai Mentera
  • Silat Legenda

    Sebelum menghembus nafasnya yang terakhir, M. Amin turut berlakon dalam filem "Paloh" (2003) yang diarahkan oleh Adman Salleh keluaran bersama FINAS dan Filem Negara Malaysia (FNM).

    Di saat-saat terakhirnya, M. Amin dengan sayu berkata, "saya ni seperti quran buruk, dan telah dilupakan."

    Selain itu, dia juga menasihat pengiat-pengiat filem supaya jangan buat filem asal siap saja. Tambahnya, "bila jadi tontonan, pelakon menangis melalak-lalak tapi penonton ketawa."

    Dua surat tahniah yang diterima oleh M. Amin dari Loke Wan Tho. Atas, kerana pencapaian box office "Lanchang Kuning" dan bawah, kerana kejayaan "Chuchu Datok Merah".

    ANUGERAH
  • Filem Drama Trajidi Terbaik
    Satu Titek Di-Garisan
    * Festival Filem Asia-Pasifik Ke-19 (FFAP19, Singapura)
  • Menjanjikan Persahabatan Dan Kemajuan
    Hapuslah Airmatamu
    * Festival Filem Asia-Pasifik Ke-22 (FFAP22, Pusan)
  • Pelakon Pembantu Terbaik
    (Rosnah Mohd. Noor)
    Di Ambang Kasih
    * Festival Filem Malaysia Ke-5 (FFM5, Kuala Lumpur)


    MARI KITA MENYANYI LAGU "SAAT DEMI SAAT"___



    SAAT DEMI SAAT

    Saat demi saat telah berlalu
    Ingatan daku hanya padamu
    Dikau berjuang menentang seteru
    Menentang seteru
    Aku menyabung hati nan rindu

    Saat-saat genting luas terbentang
    Debaran hati bertambah kencang
    Semakin gelisah semakin bergoncang
    Semakin bergoncang
    Mudah-mudahan kau selamat pulang

    Saat demi saat ulang-berulang
    Permata hati selalu terpandang
    Janganlah asyik memuja bayang
    Memuja bayang
    Cinta yang suci tak akan terhalang

    Penyanyi filem FATIMAH AHMAD, NOORDIN AHMAD
    & M. AMIN
    Penyanyi suara ROSIAH CHIK & RAHMAN B.
    Lagu ciptaan ZUBIR SAID
    Lirik lagu TIDAK DIKETAHUI
    Filem DANG ANOM
    Pengarah HUSSAIN HANIFF

    MARI KITA MENONTON FILEM "RADEN MAS"___























    (sumber: filemklasik>


    Profil Seni M. Amin terbitan Minjan Productions


    FAKTA___
  • M. Amin merupakan anak Melayu ke-4 dilantik sebagai pengarah filem di Cathay's Keris Film selepas S. Roomai Noor, Hussain Haniff dan Salleh Ghani.
  • Selain "Kembar", M. Amin juga sebagai hero dalam "Serangan Orang Minyak" berheroinekan Latiffah Omar.
  • Pada mulanya M. Amin menawarkan leading crook kepada Mahmud June untuk "Lanchang Kuning", tetapi Mahmud June menolak. Haji Arshad mengambil tempatnya, dan sekali gus mempopularkan namanya yang sebelumnya tidak begitu dipedulikan.
  • "Hati Batu" yang boleh dianggap sebagai filem terakhir keluaran Cathay's Keris Film adalah filem arahan M. Amin.
  • Filem color pertama diarahkan oleh M. Amin, "Hapuslah Airmatamu," lakonan Sharifah Aini, Latiff Ibrahim, Broery Marantika dan Christine Hakim.
  • M. Amin berlakon dalam 2 filem color Cathay's Keris Film dan satu Merdeka Film Productions - "Buloh Perindu", "Virgin Of Borneo" dan "Rahsia Hatiku".
  • M. Amin berlakon (sebagai pelakon pembantu) bersama P. Ramlee dalam "Antara Senyum Dan Tangis". Tetapi tidak pernah berlakon di bawah arahan P. Ramlee, begitu juga sebaliknya.


  • # Update akan dilakukan dari masa ke masa.


  • Saturday, March 3, 2012


    BATTLE HYMN (1957)

    BUAT AMAL KEBAJIKAN SEBAGAI PENEBUS DOSA
    Oleh Mustafar A.R.



    General Earle E. Partridge (United State Air Force)


    Rock Hudson sebagai Col. Dean Hess

    Rumah anak yatim yang hancur kerana dibom oleh Col. Dean Hess



    UNIVERSAL INTERNATIONAL
    Pengarah DOUGLAS SIRK
    Sinematografi RUSSELL METTY
    Penyunting RUSSELL F. SCHOENGGARTH
    Pengarah Seni ALEXANDER GOLITZEN EMRICH NICHOLSON
    Suara LESLIE L. CAREY CORSON JOWETT
    Musik FRANK SKINNER JOSEPH GERSHENSON
    Cerita COL. DEAN HESS
    Lakonlayar CHARLES GRAYSON VINCENT B. EVANS
    Pelakon ROCK HUDSON ANNA KASHFI DAN DURYEA DON DeFORE MARTHA HYER JOCK MAHONEY ALAN HALE JAMES EDWARDS CARL BENTON REID RICHARD LOO PHILIP AHN BARTLETT ROBINSON SIMON SCOTT TERU SHIMADA CARLETON YOUNG JUNG KYOO PYO ART MILLAN WILLIAM HUDSON PAUL MORENSEN


    Tahun diedarkan: 1957 (14 Februari)
    Masa tayangan: 108 minit





    Anna Kashfi, Rock Hudson dan Dan Duryea


    James Edwards sebagai Lt. Maples

    Don DeFore seabagai Sgt. Dan Skidmore

    JALAN CERITA___

    Sebelum serangan ke atas Pearl Harbor di Hawaii, Col. Dean Hess adalah seorang padri di Ohio. Serangan tersebut menghendakinya menjadi fighter pilot (juruterbang pejuang) kapalterbang dengan Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF).

    Col. Dean Hess dengan tidak sengaja telah menggugurkan bom ke atas sebuah rumah anak yatim di Jerman semasa Perang Dunia Kedua, yang mengakibatkan 37 orang anak yatim terbunuh.

    Di awal Peperangan di Korea (1950), Col. Dean Hess dengan sukarela kembali sebagai juruterbang pejuang kapalterbang dan ditugaskan sebagai penasihat dan pengajar dengan USAF kepada Tentera Udara Korea Selatan di Seoul.

    Kerana Col. Dean Hess dan jurulatih USAF melatih juruterbang Korea Selatan itu, ramai pelarian perang di kalangan anak-anak yatim Korea berkumpul di pangkalan kapalterbang tersebut mencari perlindungan.

    Di atas keperimanusiaannya, Col. Dean Hess bertindak memberi perlindungan kepada anak-anak yatim tersebut dan juga diberi bantuan makan minum, hingga suatu ketika dia bertemu En Soon Yang yang mengasuh beberapa orang anak yatim disebuah kuil Buddha tidak jauh dari pengkalan kapalterbang itu.

    Col. Dean Hess memujuk En Soon Yang dan Lun-Wa supaya menjadikan kuil tersebut sebagai tempat memelihara anak-anak yatim dan berhasrat mahu memindahkan kesemua anak-anak yatim yang ada di pangkalan kapalterbang ke kuil tersebut.

    Apabila En Soon Yang dan Lun-Wa bersetuju, kuil tersebut diperbaiki dan anak-anak yatim pun dihantar ke situ dengan segala makan minum mereka di bekalkan oleh Col. Dean Hess dan orang-orangnya daripada peruntukan bekalan USAF.

    Apabila tentera Komunis mula menyerang kawasan tersebut, Col. Dean Hess berusaha pula untuk memindahkan anak-anak yatim itu ke Pulau Cheju di mana terdapat sebuah rumah anak yatim yang kekal telah ditubuhkan.

    Kapalterbang kargo (sebagai pengangkutan) sangat-sangat diperlukan, dan Col. Dean Hess sedaya upaya cuba mendapatkan bantuan kapalterbang kargo tersebut, tetapi gagal.

    Disamping itu, dalam satu serangan udara tentera Komunis, En Soon Yang terbunuh apabila dia cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang cuba mengambil sangkar burungnya.

    Setelah dipertimbangkan permintaan Col. Dean Hess, akhirnya lima kapalterbang kargo USAF tiba untuk mengangkut anak-anak yatim yang jumlahnya hampir 1,000 orang itu ke Pulau Cheju.




    Jung' Kyoo Pyo dan Dan Duryea

    James Edwards, Anna Kashfi dan Dan Duryea

    Anna Kashfi, Rock Hudson dan Jung' Kyoo Pyo



    ULASAN FK___

    Saya masih ingat, saya menonton filem ini ketika berumur 14 tahun di panggung wayang Rex, Kuala Lumpur. Apa yang menarik bagi saya (pada masa itu) semata-mata kerana pelakonnya Rock Hudson.

    Bintang filem yang kacak dan tampan ini mulai saya minati sejak menonton filem "Gun Fury" (1953) kemudian disusuli pula "Taza, Son Of Cochise" (1954), "Bengal Brigade" (1954), "Never Say Goodbye" (1956) dan "Giant" (1956).

    Kalau diperhatikan tajuknya, filem ini lebih condong ke agama Kristian. Ini disebabkan Col. Dean Hess (karekter utama) menjadi padri disebuah gereja di Ohio, digambarkan dipermulaan cerita.

    Bagaimanapun, itu bukan persoalannya. Yang lebih penting di sini ialah keinsafan dan kekesalan Col. Dean Hess kerana (kesilapan teknikal) telah mengbom rumah anak-anak yatim (ketika perang dunia kedua) di Jerman yang menyebabkan 37 orang anak yatim terbunuh.

    Dosa yang dilakukannya tidak boleh dibersihkan sekadar berketubah di gereja saja, tetapi dia merasakan harus melakukan sesuatu sebagai menebus dosanya itu.

    Col. Dean Hess kemudian, pergi ke medan perang (Seoul) untuk melatih dan mengajar pelatih-pelatih tentera udara Korea Selatan dalam perjuangan menentang tentera musuh melalui udara.

    Semasa bertugas itulah, Col. Dean Hess melakukan amal kebajikan apabila dia memberi perlindungan dan bantuan kepada hampir 1,000 anak yatim (dengan bantuan En Soon Yang dan Lun-Wa serta Maples dan Herman) yang berkeliaran dipangkalan udara dan sekitarnya hingga berjaya di bawa (dengan pesawat kargo USAF) ke tempat yang lebih selamat di Pulau Cheju.

    Pada saya, filem ini menarik apatah lagi ia di gambarkan dalam bidang CinemaScope dan warna Techincolor. Penuh drama dan sedikit komedi. Pertempuran kapalterbang pejuang di angkasa telah dilaksanakan dengan begitu baik dan cukup sempurna.

    Lakonan para pelakonnya pun tidak mengecewakan terutamanya Rock Hudson, Anna Kashfi, Dan Duryea, James Edwards, Philip Ahn, Don Defore dan Jung' Kyoo Pyo.

    Cerita sederhana saja, tetapi pengolahan oleh Douglas Sirk (sebagai pengarah) menjadikan filem ini begitu menarik dan menimbulkan kesedaran dan keinsfan diri di kalangan para penonton yang berjiwa sentimental.

    Ada tiga perkara sangat menyayat hati dan menyentuh perasaan terdapat dalam filem ini.

    Pertama, kekesalan Col. Dean Hess apabila didapatinya dia telah tersalah sasaran apabila bom yang digugurnya menghancurkan rumah anak-anak yatim Jerman dalam Perang Dunia Kedua.

    Kedua, apabila James Edwards tersalah tembak apabila menyangka lori yang menyusur jalan membawa tentera musuh tetapi sebenarnya sedang membawa anak-anak yatim yang mengakibatkan ramai terbunuh.

    Ketiga, di saat anak-anak yatim sudah sampai ke penghujung untuk di bawa ke tempat yang lebih selamat di Pulau Cheju, En Soon Yang pula menemui ajalnya kerana menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan dari tembakan kapalterbang pejuang musuh.


    James Edwards, Philip Ahn, Anna Kashfi, Jung' Kyoo Poo dan Rock Hudson





    En Soon Yang mati dalam pelukan Col. Dean Hess


    ANUGERAH____

    * Best Film Promoting International Understanding
    (Filem Terbaik Mempromosi Persefahaman Antarabangsa)
    * Anugerah Golden Globe (1957)



    BATTLE HYMN - AFFIRMATION OF THE HUMAN SPIRIT
    By: Edwagreen (United States)
    From: IMDB (4 June 2008)

    Solid Rock Hudson vehicle dealing with a preacher's accidental bombing of an orphanage in a small German city during World War 2.

    The preacher, Dean Hess, played beautifully by Rock Hudson, comes back to the states following the war but is unable to fulfill his duties and reenlists for action in Korea 5 years later.

    It is through his work in Korea that Hudson is able to reaffirm his faith.

    Carl Benton Reid plays the town deacon. I remember Reid for playing Hudson's father-in-law in "One Desire" with the mean Julie Adams as his wife and the kindly Anne Baxter, the woman he should have married.

    The film does go a little over-the-top with the death scene by Hess's buddy, played to the hilt by Don DeFore.

    When Hudson tells a dying DeFore that death is where one door opens after another closes is a little too much to take; although, it's effectively done.

    Married to Martha Hyer in the film, Hudson soon learns that she is with child when he goes off to Korea. There, he meets Anna Kashfi, a young woman who has fled the ravages of war in her town.

    Due to his religious upbringing, romance does not evolve around the characters. In fact, she dies tragically near the end of the film.

    The remaining part of the film deals with the attempts of Yang (Kashfi) and Hess to get the children out of a warring province to safe haven somewhere else.

    I thought we were going to see another "Inn of the 6th Happiness" here but we did not.

    This is definitely a film of the triumph of the human spirit. It's another solid film for veteran director Douglas Sirk. He made so many of those women's pictures in the 1950 that starred Rock Hudson.







    Jung' Kyoo Pyo, Rock Hudson, Marta Hyer dan Dan Duryea




    FAKTA___

    * Col. Dean Hess merupakan penasihat teknikal filem ini.

    * Anna Kashfi pernah menjadi isteri Marlon Brando pada tahun 1957 dan bercerai pada tahun 1959.

    * Tayangan Perdana filem ini telah diadakan di tempat kelahiran Col. Dean Hess, Marietta, Ohio pada 14 Februari 1957.

    * Dialog ucapan Philip Ahn yang membawa peranan Lun-Wa menggunakan suara pelakon lain.

    * Col. Dean Hess turut mendermakan keuntungan penjualan buku (autobiografi) dan pendapatan filem ini kepada rangkaian rumah anak-anak yatim yang dia turut sama mengestablishkannya.

    * Karekter En Soon Yang sebenarnya tidak wujud. Ia sengaja didramatiskan. Apa yang terdapat dalam buku (autobiografi) Col. Dean Hess, watak sebenarnya ialah On Soon Whang yang merupakan kawan baik Presiden Korea Selatan, Syngman Rhee, dan isterinya.

    * Filem ini merupakan penggabungan beberapa filem antara Douglas Sirk dan Rock Hudson antaranya "Taza, Son Of Cochise", "Magnificent Obsession", "Captain Lightfoot" dan Written On The Wind". Tetapi Douglas Sirk berpendapat Robert Stack lebih sesuai memegang peranan Col. Dean Hess berbanding Rock Hudson.

    * Penggambaran filem ini dilakukan di Nogales, Arizona, bukannya ditempat kejadian asalnya, Korea Selatan.

    * Douglas Sirk merupakan antara 100 pengarah filem terbaik yang dipilih oleh The Cine-Club De Caen. Dia menduduki tempat ke-22.

    * Dalam filem ini, James Edwards adalah pelakon kulit hitam pertama memegang peranan fighter pilot (juruterbang pejuang), kemudian diikuti pula Louis Gossett Jr. dalam "Iron Eagle" (1989).


    Mari Kita Menonton Filem "Battle Hymn"







    Sayang, Full Movie Sudah Kena Delete


    Mari Kita Menonton Lima Lagi Filem Rock Hudson





    GOLDEN BLADE (1953)

    FAREWELL TO ARMS (1957)


    THIS EARTH IS MINE (1959)



    COME SEPTEMBER (1961)



    LAST SUNSET (1961)

    # Update akan dilakukan dari masa ke masa.






    ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


    FILEM KLASIK MALAYSIA
    berapa banyakkah yang masih ada?

    ROH MEMBELA (1955)
    kekuatannya special effect dan aziz sattar

    CHEMBURU (1953)
    banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

    PONTIANAK (1957)
    mencapai kejayaan box office luar jangkaan

    MUTIARA DARI MALAYA (1955)
    teknik fotografinya sangat menarik

    LAIN JALAN KA-SHORGA (1968)
    apa, berdosakah aini?

    SELENDANG DELIMA (1958)
    kejelitaan maria menado dieksploitasi sepenuhnya




    KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

    Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.