"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Friday, November 30, 2012


JEJAK TERBILANG

TERBILANGKAH KALAU FAKTA BANYAK YANG SALAH?
Foto Dari Buku Jejak Terbilang
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



ULASAN & KRITIKAN
Oleh Mustafar A.R.



JEJAK TERBILANG

RAIS YATIM

NAGUIB RAZAK

AIMI JARR

USAHA Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan Kesenian Dan Warisan (KEKKWA) menerbitkan buku filem atau sinema Malaysia sememangnya tepat dan patut dialu-alukan.

Selain Arkib Negara, Perpustakaan Negara dan Dewan Bahasa & Pusaka, FINAS dan KEKKWA merupakan agensi sewajarnya menerbitkan buku seperti itu supaya dapat dijadikan rujukan oleh generasi akan datang terutama dikalangan mereka yang meminati filem.

Tetapi malangnya, banyak juga buku yang sudah diterbitkan FINAS (ada antaranya bekerjasama dengan KEKKWA) dilaksanakan ambil ada, sambil lewa dan cincai saja. Tidak serius.

Contohnya, dua buku - AHMAD MAHMOOD Bintang Di Langit Seni dan Nostalgia Filem Melayu Klasik.

Buku-buku tersebut, berkualiti dari sudut teknik pembukuan tetapi begitu buruk dari segi kandungan terutama fakta.

Walaupun sudah diterbitkan sekian lama (sejak 2007), namun buku "Jejak Terbilang" karya Aimi Jarr tidak pernah berada dipangkuan saya.

Hanya baru-baru ini, seorang kawan meminjamkannya meminta saya mengulas dan mengkritik kerana beliau merasakan banyak kekurangan dan menyalahi fakta.

Sebenarnya, saya malas mengulas buku tersebut lebih-lebih lagi Aimi Jarr sudah meninggal dunia dan kalau diulas dan dikritik pun bak kata orang Pulau Pinang" "pi mai pi mai tang tu juga".

Tetapi setelah difikirkan, dan demi untuk kebaikan filem atau sinema Malaysia (terutama sejarahnya), saya gagahi juga untuk memberi ulasan dan kritikan setakat mana yang saya tahu atau mampu.

Saya telah banyak kali menyarankan, penyunting (editor) berperanan penting menjadikan sesebuah buku itu jitu dan unggul, selain pengkarya (penulis) itu sendiri.

Penyerahan kepada Ruzita Alias sebagai penyunting tidak menepati sirim penerbitan buku yang baik dan jauh sekali memuaskan dan berkualiti dari segi kandungan.

Ruzita Alias, boleh dikatakan tidak banyak mengetahui tentang perkembangan dan sejarah filem atau sinema Malaysia.

Beliau tidak membuat kajiselidik lebih lanjut dan hanya bergantung kepada Aimi Jarr saja, sedangkan pengapit-pengapit kanannya hebat-hebat belaka.

Antaranya Noorsilawati Yahya (Penolong Pengarah Tenologi Maklumat), Rashidah Busrau (Pembantu Tadbir Penerbitan) dan Maimunah Alias (Pegawai Ekserkutif Penerbitan).

Ruzita Alias dan pengapit-pengapit kanannya, tidak dapat atau gagal membantu memperbetulkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan Aimi Jarr terutama fakta dan ejaan tajuk filem yang terlalu banyak yang salah.

Kelemahan ini jugalah yang berlaku kepada buku Ahmad Mahmood Bintang Di Langit Seni dan buku Nostalgia Filem Melayu Klasik - bercelaru, kelamkabut dan mengelirukan.

Apakah tidak seorang pun pegawai-pegawai di FINAS menyerdari hal ini sehingga tidak ada teguran dibuat? Atau sememangnya mereka semuanya buta filem?

Persoalan yang timbul, bagaimana atau 'criteria' apakah yang dipakai oleh Pegawai Pentadbiran FINAS bagi membolehkan Ruzita Alias memegang tampuk yang sangat penting itu?

Saya membaca dan meneliti buku "Jejak Terbilang" ini seminggu, dan saya dapati dan tidak percaya ia ditulis oleh Aimi Jarr yang dengan bangganya Rais Yatim berkata (dalam Perutusan Menteri): "Saya gembira cetusan idea itu sudah menjadi kenyataan".

Mana mungkin setakat gembira cetusan idea saja menjadi kenyataan sedangkan kandungannya terlalu banyak yang salah, dan tidak boleh dijadikan rujukan yang perfect.

Saya menganggap "Jejak Terbilang" Aimi Jarr ini sebagai memalukan menteri yang bertanggungjawab (Rais Yatim), Mohd. Naguib Razak (Ketua Pengarah FINAS, sebelumnya Mohd. Mahyidin Mustakim), KEKKWA dan FINAS.

Buku ini memperlihatkan bukan dihasilkan seorang penulis 'veteran' yang berpegalaman dalam filem tetapi lebih menjurus kepada penulis 'amature' yang sedang terkapai-kapai mencari idea bagaimana cara mahu menulis buku filem.

Saya bukan berhasrat mahu mengutuk dan menghukum, tetapi itulah fact, itulah realiti.

Dalam pengamatan saya, Aimi Jarr tidak membuat kajiselidik yang mendalam tetapi lebih kepada penyalinan semula apa yang sudah ada. Dan disebabkan itulah, kesalahan terus-terusan berlaku, berangkai-rangkai.

Dulu salah, kini salah, esok lusa salah dan seterusnya selama-lamanya salah, jika tidak ada sesiapa yang berkemampuan menegur dan membetulkan kesalahan.

Tidak heranlah, Johan Jaffar banyak melakukan kesalahan fakta ketika menulis mengenai Latifah Omar, rupa-rupaya beliau merujuk kepada buku Aimi Jarr ini.

Itu sebagai satu contoh terbaik. Selagi rujukan dibuat melalui "Jejak Terbilang" dan pembetulan tidak dilaksanakan selagi itulah kesalahan fakta akan terus berlaku tanpa sempadan.

Kepada mereka yang memiliki buku "Jejak Terbilang" ini, berhati-hatilah sekiranya mahu membuat rujukan untuk menulis apa-apa saja mengenai sejarah filem atau sinema Malaysia.

Ia boleh setakat dijadikan panduan saja, tetapi kajiselidik perlu dibuat bagi memperolehi fakta yang tepat dan betul.

Jika tidak apa yang berlaku kepada Johan Jaffar akan berulang, bukan sekali mungkin berkali-kali.

Ulasan dan kritikan dibahagikan kepada tiga bahagian:

1. FAKTA SALAH DAN MENGELIRUKAN
2. KETERANGAN GAMBAR SALAH DAN TIDAK LENGKAP
3. EJAAN TAJUK FILEM TIDAK SEPERTI DI CREDIT TITLE









FAKTA SALAH DAN MENGELIRUKAN

Normadiah

Musalmah

Sarimah

Salmah Ahmad

Dari kiri: Mariam, Aini Hayati dan Mariani.

Muka 16.
Filem Melayu terakhir diarahkan B.S. Rajhans "Empat Isteri" bukan "Salah Sangka", dan "Salah Sangka" bukan diarahkan B.S. Rajhans tetapi B.N. Rao.

Muka 18.
K.M.Basker bukan K.M.Bashkaran atau K.M.Baskar. Dan, setiap filem yang diarahkannya nama di credit title K.M.Basker bukan K.M. Bashkaran atau K.M.Baskar.

Muka 19.
Ramon A. Estella bukan Ramon Estella. Filem Melayu arahannya 11 bukan 10. Filem terakhir bukan "Anak Laut" tetapi "Pusaka Pontianak". "Anak Laut" bukan keluaran Cathay Keris tetapi filem alihbahasa (dubbing) ke bahasa Melayu oleh Cathay Keris bertajuk "Bajau, Anak Laut" (tajuk di Filipina "Badjao"). Filem tersebut bukan arahan Ramon A. Estella tetapi Lamberto V. Avellana, dan S.Roomai Noor bukan pelakonnya tetapi turut terlibat dengan alihbahasa.

Muka 19.
P.L.Kapur bukannya P.Kapoor. P.L.Kapur yang mengarahkan "Korban Fitnah" bukan pengarah filem India tetapi nama samaran pengarah terkenal filem Indonesia, Usmar Ismail.

Muka 19.
Lamberto V.Avellana pengarah filem "Sergeant Hassan" bukan Bat Ayellana. Filem yang dibintangi P.Ramlee dan Sa'adiah itu merupakan satu-satunya filem Melayu diarahkannya.

Muka 20.
Fred Young pengarah filem "Jauh Di Mata" bukan Freedy Young. Beliau berbangsa Indonesia keturunan Cina.

Muka 20.
Rolf Bayer pengarah filem Filipina bukan pengarah filem Inggeris (British). Satu-satunya filem Melayu yang diarahkannya "Azimat" dibintangi Pancho Magalona, Ahmad Mahmud, Tita Duran dan Jins Shamsudin. Beliau juga penulis cerita dan lakonlayar "Bajau, Anak Laut".

Muka 21.
"Angin Berpesan" yang diarahkan Nas Achnas dikeluarkan oleh United Film Production (kemudian dijual kepada South-East Asia Film) bukan keluaran Nusantara Film Company.

Muka 22.
Pengarah "Jambatan Maut" tercatat di credit title M. Yatim bukan M. Maroeti, walaupun M.Yatim dan M. Maroeti itu pengarah filem yang sama.

Muka 42.
Filem pertama diarahkan Ahmad Mahmud "Di-Antara Dua Nesan" keluaran syarikat filemnya sendiri, Ahmad Mahmood Company. "Mama Oh Mama" filem arahannya yang kedua.

Muka 47.
Semenjak itu ("Rahsia Hatiku"), Ali Rahman tidak lagi membabitkan diri dalam bidang lakonan. Selepas itu, Ali Rahman turut membintangi "Ceritaku Ceritamu" dan "Anak Sulong Tujuh Keturunan".

Muka 73.
Yusof Latiff tidak berlakon dengan Noordin Ahmad dalam "Dang Anom". Berlakon bersama Noordin Ahmad, M.Amin berperanan Sultan.

Muka 82.
Hussein Abu Hassan tidak pernah berlakon filem Indonesia. Tajuk yang digunakan "7th. Dawn" bukan "Seventh Dawn". Penggambaran dilakukan di Malaysia (terutamanya Kuala Lumpur) di Singapura sedikit saja.

Muka 116.
"Dahlia" yang merupakan filem pertama Latifah Omar keluaran Keris Film Productions bukan Syarikat United Productions.

Muka 117.
Dalam "Merana" nama Aini Hayati digunakan bukan Eloni Hayat walaupun orangnya sama. Eloni Hayat sering digunakan ketika beliau berlakon di Nusantara Film. Dan, Latifah Omar berlakon lapan filem di MFP bukan tiga.

Muka 118.
Penampilan terakhir Latifah Omar "Hati Batu" yang diarahkan oleh M.Amin bukan "Putus Sudah Kaseh Sayang".

Muka 123.
Sudah jelas di muka 122 "Paloh" diarahkan Adman Salleh, tetapi di muka 123 "Paloh" adalah antara filem arahan M.Amin.

Muka 134.
Maria Menado tidak berlakon dalam "Mahsuri" arahan B.N.Rao. Peranan Mahsuri dilakonkan Kasma Booty.

Muka 142
Maria Menado (Maria Menado Productions) mengeluarkan lima filem bukan dua dan bukan juga "Adek-Ku" - "Korban Fitnah", "Raja Bersiong", "Darah-Ku","Bunga Tanjong" dan "Pontianak Kembali". "Adek-Ku" yang diarahkan B.N.Rao dibintangi Ahmad Mahmud, Rosnani dan Salmah Ismail.

Muka 158.
Filem pertama Musalmah di Cathay Keris "Orang Minyak" bukan "Serangan Orang Minyak". "Orang Minyak" dibuat lebih dulu berbanding "Serangan Orang Minyak", kedua-duanya diarahkan L.Krishnan.

Muka 187.
"A Go Go 67" arahan Omar Rojik dibintangi Aziz Jaafar dan Siti Zaiton (penyanyi pop) bukan Zaiton (pelakon). Bagaimanapun, Noor Azizah heroinenya.

Muka 202.
Rahmah Rahmat memegang peranan Normadiah sewaktu kecil dalam "Sangsara" arahan S.Ramanathan bukan "Bernoda".

Muka 211.
"Pak Pander Modern" (bukan "Pak Pandir Moden") diarahkan J.Cabin Yeo bukan Kaben Yeo, pengarah filem Indonesia.

Muka 219.
Tercatat di credit title (filemnya masih ada), "Perkahwinan Rahsia" diarahkan Hsu Chiao Meng bukan A.R.Tompel. Walaubagaimana pun, A.R.Tompel turut terlibat mengarahkan filem tersebut.

Muka 221.
Yishun bukan nama anak lelaki S.Kadarisman. Yishun nama tempat (rumah) tinggal anak S.Kadarisman di Singapura di mana di situlah S.Kadarisman meninggal dunia.

Muka 225.
S.Roomai Noor tidak berlakon dalam "Bapa Saya". Heronya Osman Gumanti dan heroinenya Neng Yatimah. Filem terakhir S.Roomai Noor di MFP "Berdosa" turut dibintangi Neng Yatimah dan Rokiah.

Muka 240.
"Miskin" diarahkan K.M.Basker bukan K.M.Bashkaran walaupun orangnya sama. Di credit title nama K.M.Basker itulah yang tercatat bukan K.M.Bashkaran.

Muka 247.
Salmah Ahmad pernah mendirikan rumahtangga dengan pelakon terkenal, Noordin Ahmad pada tahun 1950-an. Kemudiannya, Salmah Ahmad mendirikan pula rumahtangga dengan Ahmad Shalan pada tahun 1954.
* Ini merupakan maklumat baru bagi saya. Mahu dikatakan salah, saya tidak pasti. Apa yang saya tahu, suami Salmah Ahmad hanya seorang saja, Ahmad Shahlan, dan Noordin Ahmad isterinya seorang juga, Salmah Ibrahim.
* Perkara yang meragukan ini akan di updatekan, sekiranya saya memperolehi pengesahan resmi dari Salmah Ahmad nanti.

Muka 289.
"Putera Sangkar Maut" arahan Dhiresh Ghosh bukan satu-satunya filem Zaiton berperanan jahat. "Budi Dan Dosa" dan "Raja Bersiong" (kedua-duanya) arahan Jamil Sulong, Zaiton juga berperanan jahat.

Banyak lagi fakta yang salah dan saya hanya akan mengupdatekan jika sudah mendapat kepastian yang mutlak.









KETERANGAN GAMBAR SALAH DAN TIDAK LENGKAP

Muka 12: Keterangan gambar tidak lengkap. Siapa bersama Run Run Shaw? Jawabnya, Diane Mcbain.

Muka 28: Keterangan gambar tidak lengkap. A. Rahim dan Junainah beraksi dalam filem apa? Jawabnya, "Pachar Puteh".

Muka 30: Keterangan gambar tidak lengkap. Siapa bersama A. Rahim? Jawabnya, pelakon terkenal Indonesia, Rachmat Hidayat.

Muka 57: Keterangan gambar salah. Habibah Harun dan Bat Latiff dalam "Lela Manja" arahan Jamil Sulong bukan "Batu Belah Batu Bertangkup".

Muka 70: Keterangan gambar salah. Ed Osmera dan Sharifah Hanim dalam "Bunga Mas" arahan Nas Achnas bukan "Asmara Kirana".

Muka 96: Keterangan gambar salah. Yusof Haslam, Jamil Sulong dan Uji Rashid dalam "Jiwa Remaja" arahan Jamil Sulong bukan "Permintaan Terakhir".

Muka 104: Keterangan gambar salah. Kasma Booty dan Mustapha Maarof dalam "Selendang Merah" bukan "Keris Sempena Riau".

Muka 142: Keterangan gambar salah. Yusof Latiff dan Maria Menado dalam "Tun Fatimah" arahan Salleh Ghani bukan "Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang".

Muka 155: Keterangan gambar salah. Festival Filem Asia Ke-19 yang berlangsung di Singapura bukan Festival Filem Asia Ke-12.

Muka 169: Keterangan gambar salah. Mustapha Maarof dan David Niven (bukan Niren) yang turut membintangi "Paper Tiger" arahan Ken Annakin.

Muka 173: Keterangan gambar salah. Neng Yatimah dalam "Bapa Saya" arahan B.S. Rajhans bukan "Takdir Illahi".

Muka 195: Keterangan gambar salah. P.Ramlee berlawak dengan D.Harris dalam "Nasib" arahan B.S.Rajhans bukan "Nilam".

Muka 201: Keterangan gambar salah. P.Ramlee dengan Rahayu Effendy (pelakon Indonesia) bukan Rita Zaharah.

Muka 207: Keterangan gambar salah. Rokiah sebagai Faridah bukan Salbiah dalam "Antara Senyum Dan Tangis" arahan L.Krishnan. Sebaliknya Salbiah peranan Rokiah dalam "Penghidopan" juga arahan L.Krishnan.

Muka 223: Keterangan gambar salah. S.Roomai Noor, Baby Mardiana dan Kasma Booty dalam "Noor Asmara" arahan B.S.Rajhans bukan "Bakti".

Muka 263: Keterangan gambar salah. "Yatim Mustapha" arahan B.N. Rao bukan "Tun Fatimah". Abdullah Chik (kiri) dan Rosnani (baring) tidak berlakon dalam "Tun Fatimah".

282: Keterangan gambar salah. Neng Yatimah dan Yusof Latiff dalam "Seruan Darah" arahan Chew Cheng Kok dan H.M.Rohaizad bukan "Seruan."

Muka 283: Keterangan gambar salah. Latifah Omar dan Yusof Latiff dalam "Lanchang Kuning" arahan M. Amin bukan "Tun Fatimah".

Sebenarnya banyak lagi yang salah dan saya akan mengupdatekan dari masa ke masa mengikut keadaan.










EJAAN TAJUK FILEM TIDAK SEPERTI DI CREDIT TITLE

Ali Rahman

Dari Kanan: Salmah Ahmad, Mustapha Maarof dan Mak Dara dalam "Ibu Ayam".

Mariam (kiri) dan M.Amin dalam "Kembar".

Muka 7.
"Leila Manjun" (bukan "Lela Majnun").

Muka 11.
"Leila Majnun" (bukan "Laila Majnun").

Muka 16.
"Fajar Menyinseng" (bukan "Fajar Menyinsing").

Muka 18.
"Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang" (bukan "Sultan Mahmud Mangkat DiJulang").
"Doctor" (bukan "Doktor").

Muka 19.
"Kembali Saorang (bukan "Kembali Seorang").

Muka 20.
"Ramlee Ramlah" (bukan "Ramli-Ramlah").

Muka 21.
"Pachar Puteh" (bukan "Pachor Puteh").

Muka 22.
"Ibu-Lah Shorga" (bukan "Ibulah Shorga").

Muka 33.
"Tunang Pak Dukun" (bukan "Tunang Tok Dukun").

Muka 41.
"Ayer Mata" (bukan "Air Mata").

Muka 57.
"Nujum Pa' Blalang" (bukan "Nujum Pak Belalang").

Muka 63.
"Satu Titek Di Garisan" (bukan "Satu Titik di Garisan).

Muka 72.
"Puteri Gunong Banang" (bukan "Puteri Gunung Banang").

Muka 73.
"Puteri Gunong Ledang" (bukan "Puteri Gunung Ledang").

Muka 77.
"Anak-Ku Sazali" (bukan "Anakku Sazali").
"Panca Delima" (bukan "Pancha Delima").
"Kaseh Sayang" (bukan "Kasih Sayang").

Muka 99.
"Keadilan Ilahi" (bukan "Keadilan Illahi").

Muka 106.
"Damaq" (bukan "Damak").
"Rasa Sayang-Eh!" (bukan "Rasa Sayang Eh").

Muka 121.
"Mega Mendong" (bukan "Mega Mendung").

Muka 125.
"Labu Dan Labi" (bukan "Labu Labi").
"Nasib Si Labu Labi" (bukan "Nasib Labu Labi").

Muka 131.
"3 Abdul" (bukan "Tiga Abdul").

Muka 134.
"Masam2 Manis" (bukan "Masam-Masam Manis").

Muka 144.
"Anjoran Nasib" (bukan "Anjuran Nasib").

Muka 154.
"Mat 3/4" (bukan "Mat Tiga Suku").

Muka 165.
"Bunga Perchintaan" (bukan "Bunga Percintaan").

Muka 180.
"Raden Mas" (bukan "Radin Mas").
"Sri Mersing (bukan "Seri Mersing").

Muka 181.
"Lobang Nuraka" (bukan "Lubang Neraka").

Muka 183.
"Siapa Salah?" (bukan "Siapa Salah").

Muka 219.
"Menantoe Doerhaka", ejaan lama Indonesia (bukan "Menantu Derhaka").

Rasanya, cukuplah setakat itu. Sebenarnya, banyak lagi yang salah dan tidak menepati seperti tercatat di credit title.

Selain itu, senarai Filem-filem lakonan dan Filem-filem arahan boleh dikatakan kesemuanya tidak lengkap. Lebih malang dan mendukacitakan, yang patut ada tidak ada, yang patut tidak ada, ada.

Sebagai contoh, Ahmad Mahmud menggarahkan "Di-Antara Dua Nesan" (muka 43), tidak ada. Padahal itulah filem arahannya yang pertama. M. Amin tidak mengarah "Paloh", tetapi ada (muka 123).

Senarai filem-filem keluaran syarikat filem, bukan saja ejaan tajuk tidak sama seperti di credit title tetapi faktanya pun ada yang salah.

"Salah Sangka" arahan B.N. Rao bukan B.S. Rajhans, "Che Mamat Parang Tajam" bukan "Che Mamat Parang Panjang" dan "Korban Fitnah" arahan P.L. Kapur bukan P. Kapoor.

"Pembunuhan Dalam Gelap" ialah "Sumpitan Rachun" bukan "Hantu Rimau" dan "Hutang Darah Di Bayar Darah" arahan B.N. Rao bukan Hussain Haniff.

"Jambatan Maut" arahan M. Yatim bukan M. Maroeti, "Jauh Di Mata" arahan Fred Young bukan Freedy Young dan "Kaseh Di Ambang Duka" ialah "Ibu Ayam", tajuknya berubah.

Kesimpulannya, terlalu buruk dinilai dari segi fakta, keterangan gambar dan ejaan tajuk filem.

Kerana itu, ia tidak sesuai dijadikan buku rujukan untuk menimba ilmu mengenai filem Malaysia.

Kos penerbitannya, saya kira bukan sedikit dan kalau begitulah hasil ciptanya ia tidak memberi sebarang manfaat langsung kepada sesiapa terutama peminat-peminat filem.

Malah boleh dianggap satu pembaziran yang sudah pasti wang yang digunakan itu, wang rakyat.










Di Belakang Tabir Gerak kerja penyusunan buku "Jejak Terbilang" diketuai RUZITA ALIAS (Penolong Pengarah Penerbitan - di tengah). Dari kiri NOORZILAWATI YAHYA (Penolong Pengarah Teknologi Maklumat). RASHIDAH BUSRAU (Pembantu Tadbir Penerbitan). AIMI JARR (Penulis). ABDUL AZIZ HJ. AHMAD SHATAR (Grafik). MAIMUNAH ALIAS (Pegawai Ekserkutif Penerbitan) dan MD. SHARIFF KHAILANI (Jurufoto).

Tenaga di belakang tabir gerak kerja "Jejak Terbilang" aduhai hebat-hebat belaka, tetapi hasilnya...


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

NOSTALGIA FILEM MELAYU KLASIK
maklumatnya tepat atau mengelirukan

P. RAMLEE
and the golden era of malay cinema


ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar


CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

THE LONG HOUSE (1957)
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya


PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan

PELANGI (1951)
filem pertama keluaran nusantara film

SERUAN MERDEKA (1947)
keganasan dan kekejaman jepun ditentang





KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.







Saturday, November 24, 2012


DAHLIA (1954)

KISAH KETABAHAN HATI SEORANG GADIS
Teks: Mustafar A.R.
Foto: Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


Norsiah Yem (kanan) dan Salleh Ghani.

Iklan yang terdapat dalam The Straits Times, 28 April 1954.

Latifah Omar sedang menerima arahan dari B.S. Rajhans.

Produksi KERIS FILM RODUCTIONS
Produser HO AH LOKE
Pengarah B.S. RAJHANS
Pelakon NORSIAH YEM SHARIFF MEDAN SALLEH GHANI
UMMI KALTHOM MARSITA LATIFAH OMAR YEM BAKARUDDIN DOLLAH SARAWAK FATIMAH SHARIFF ADEK JAAFAR

Tahun ditayangkan: 1954 (1 April)
Masa tayangan: Tidak diperolehi
Kedudukan filem: Hilang (sedang dicari)

JALAN CERITA___

Ceritanya mengenai seorang pemandu teksi (Shariff Medan) yang menghadapi pergolakan rumahtangganya yang menyebabkan dia menjadi pembunuh dan isterinya pula meninggal dunia.

Anaknya, Dahlia (Norsiah Yem), terpaksa membawa diri dan menghadapi berbagai halangan dan rintangan untuk membina hidupnya.

Bagaimanapun, dengan ketabahan hatinya dia bukan saja dapat membina dengan baik kehidupan dirinya tetapi juga menyelamatkan jiwa dan perasaan ayahnya.

ULASAN FK___

Ceritanya sangat menarik dan menyentuh perasaan, bagaimana seorang gadis dengan tabah hati menghadapi badai kehidupan yang kesudahannya berakhir dengan kegembiraan - happy ending.

Lebih menarik lagi ia disampaikan secara teknik flashback (mengimbas kembali).

Begitupun juga, kerana penuturan dailog yang lemah dan lakonan masih bercorak kebangsawanan, akibatnya ia bukan saja kurang berjaya menarik hati penonton malah gagal di box office.

Filem ini tercatat dalam sejarah filem Malaysia sebagai filem pertama dibintangi Latifah Omar.

Selepas filem ini, namanya melonjak naik dan popular selepas berlakon dalam "Panggilan Pulau" (1954) disamping P. Ramlee.

COMMENTS___

NOW THEY ARE GETTING BETTER
(The Straits Times, 2 April 1954)

Four years of film-making has shown marked improvement in camera technique and acting in Malay productions.

Keris Film Productions, "Dahlia", which will have an all-Malaya premiere in Kuala Lumpur's Coliseum Theatre on April 1, gives an idea of how much improvement has been made.

"Dahlia" has avoided the mistake made by many previous Malay Films of loading a story with to many songs and dances.

Malay film stories mostly sad but with happy ending and "Dahlia", starring Norsiah Yem and Shariff Medan is no exception.

This is story that carries a social problem which can happen in any big city like Singapore.

FAKTA___

* Selain Latifah Omar, filem ini juga merupakan filem pertama dibintangi oleh Ummi Kalthom.

* Filem ini bermula (tayangan perdana) di Coliseum, Kuala Lumpur pada 1 April 1954, kemudian di ikuti di Diamond, Singapura pada 28 April 1954.

* Norsiah Yem berperanan heroine dalam "Salah Sangka" (1957) yang diarahkan oleh B.N. Rao dengan heronya Mustapha Maarof.

* Di Filipina terdapat sebuah filem bertajuk "Dahlia" yang dilakonkan oleh Charito Solis dan dikeluarkan pada tahun 1960.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar


CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

THE LONG HOUSE (1957)
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya


PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan

PELANGI (1951)
filem pertama keluaran nusantara film

SERUAN MERDEKA (1947)
keganasan dan kekejaman jepun ditentang