Tribute... A.R. Ismail (8/10/1929-15/1/1995) Pencipta Lagu Yang Tidak Patut Kita Lupakan (Update: 24/11/2016)

1. Bisikan Hati 2. Senja Berulang Senja 3. Dimanakah Cintamu 4. Aku Kecewa 5. Berikan Ku Sinar Harapan >> Kliks Disini

Friday, August 16, 2013


DEWI MURNI (1950)




OSMAN GUMANTI & KASMA BOOTY PASANGAN YANG IDEAL

KASMA BOOTY SEBAGAI DEWI MURNI

OSMAN GUMANTI SEBAGAI RAJA INDRALOKA

HASHIM NOOR SEBAGAI BOMOH SIHIR

JUNAIDAH, KASMA BOOTY & JUNAINAH

OSMAN GUMANTI, D. HARRIS & A.R. TOMPEL

D. HARRIS & MARIAM

SITI TANJUNG PERAK & D. HARRIS

A.R. TOMPEL & TINA

DAENG IDRIS & M. AMIN

SALMAH & OSMAN GUMANTI

JAFFAR WIRYO & KASMA BOOTY

HAJI GONG & KASMA BOOTY

KHATIJAH & DAENG IDRIS

S. SUDARMAJI & ULONG JAWA

P.SURIATI & SALMAH SEBAGAI PENARI ISTANA

KASMA BOOTY, OSMAN GUMANTI & RAKYAT BERGEMBIRA

RAJA INDRALOKA & DEWI MURNI, HAPPILY EVER AFTER...




Kajiselidik Foto & Teks: MUSTAFAR A.R.
Di Edit Di Semak & Di Susun: ZAINI YUSOP




MALAY FILM PRODUCTIONS LTD.
Pelakun: KASMA BOOTY OSMAN GUMANTI D. HARRIS A.R. TOMPEL DAENG IDRIS KHATIJAH HAJI GONG JAFFAR WIRYO SITI TANJUNG PERAK MARIAM JUNAIDAH JUNAINAH HASHIM NOOR M. AMIN TINA SALMAH
P. SURIATI S. SUDARMAJI ULONG JAWA Pengarah: B.S. RAJHANS

PEMBAWA WATAK:
Dewi Murni KASMA BOOTY
Radza Indraloka OSMAN GUMANTI
Noto D. HARRIS
Paman Suwanda A.R. TOMPEL
Perchasuga (Datuk Menteri Besar) DAENG IDRIS
Chitrawati KHATIJAH
Suwarsa HAJI GONG
Baturu Dhurma JAFFAR WIRYO
Minasari SITI TANJUNG PERAK
Kusna MARIAM
Nilawati JUNAIDAH


Tahun Di Tayangkan: 1950 (15 Julai)
Masa Tayangan: 1 Jam 45 Minit (Lebih Kurang)






SINOPSIS___

CERITA mengenai Raja Indraloka (Radza Indraloka) telah bertemu gadis kampung yang cantik jelita, Dewi Murni, ketika memburu rusa dihutan lalu berkahwin dengannya.

Dengan tipu helah Datuk Menteri Besar kerana berkehendakkan Raja berkahwin dengan anaknya, Chitrawati, dia telah menggunakan ubat bomoh sihir untuk Raja melupakan Dewi Murni yang telah dikahwininya.

Kemurjaban ubat bomoh sihir akan menjadi sia-sia sekiranya cincin Raja yang kini dipakai Dewi Murni masih ada, dan kerana itu Datuk Menteri Besar memerintahkan orang suruhannya supaya pergi mengambilnya.

Cincin berjaya diperolehi tetapi terjatuh pula ke dalam sungai yang menyebabkan Datuk Menteri Besar marah dan memenjarakan orang suruhannya itu.

Bagaimanapun, cincin ditelan ikan dan bila tukang masak istana membeli ikan tersebut cincin dijumpa di dalam perut, dan diserahkan kepada Noto, orang kanan Raja.

Dengan adanya cincin tersebut kesihatan dan ingatan Raja kembali pulih dan dia mula mengingati Dewi Murni yang telah menjadi permaisurinya.

Kerana kecewa, Dewi Murni cuba membunuh diri tetapi di selamatkan Baturu Dharma dan membawanya tinggal bersama dirumahnya.

Setelah puas mencari, akhirnya Raja Indraloka bertemu semula dengan Dewi Murni, dan dengan itu hinduplah mereka dalam keharmonian dan kebahagiaan.

Happily ever after...

ULASAN FK___

TIDAK dapat dinafikan, Kasma Booty memainkan peranan penting dan dikuatkan lagi dengan kejelitaannya yang mempersonakan ditambah pula tarian-tarian dan nyanyian-nyanyiannya sungguh mengasyikkan.

Disamping itu, Osman Gumanti sebagai hero yang tampan, lawak D. Harris dan A.R. Tompel serta lagu-lagu ciptaan Zubir Said, mengukuhkan lagi kedudukan filem ini yang mengisahkan zaman silam dan tidak heranlah kejayaan box office diperolehinya.

Dikeluarkan pada tahun 1950, ertinya 63 tahun berlalu, namun saya masih terhibur dengan filem ini berdasarkan elemen-elemen yang disebutkan di atas, dan penuh yakin ramai lagi (peminat filem Melayu) di luar sana seperti saya.

Magic touch yang dilakukan oleh B.S. Rajhans sememangnya powerful bukan saja filem ini tetapi juga yang sezaman dengannya seperti "Chinta", "Nasib", "Nilam", "Aloha" dan "Sejoli".

Ceritanya khayalan semata-mata dan berlaku di masa entah berentah yang mengandungi adat istiadat bertuankan Raja zaman silam di seluruh alam Melayu ketika ramai penduduknya masih menganuti agama Hindu terutamanya di tanah Jawa.

Besar kemungkinan B.S. Rajhans membuat filem ini berdasarkan filem Tamil (contohnya nama Dewi itu ialah Devi berasal nama Hindu), tetapi tidak dapat di kesan filemnya.

Tidak seperti "Takdir Illahi" yang diarahkan L. Krishnan yang sama corak filemnya disadur dari filem "Gnana Soundri" arahan Murugadasa keluaran tahun 1948.

Begitu juga "Pembalasan" (juga arahan L. Krishnan) dipadan dari cerita filem pertama Indonesia, "Loetoeng Kasaroeng", terbitan tahun 1926.

Temanya agak familiar, hanya pengolahan jadi pemisah. Antaranya filem Shaw Brothers Hong Kong, "The Kingdom and the Beauty" (1959), yang dibintangi Lin Dai.

Bagaimanapun, Kasma Booty bernasib baik (happily ever after...) tetapi Lin Dai (sadly ever after...) apabila dia mati dalam dagapan Raja sebaik saja bertemu, setelah sekian lama ditinggalkan.

Filem ini lahir ketika saya berusia 7 tahun, baru nak kenal dunia, maksud filem itu pun tak tahu. Dan, hanya dapat menontonnya beberapa tahun kemudian (tahun 1980an) melalui tayangan Astro Ria kemudian disusuli VCD yang dipasarkan melalui Music Valley.

Ertinya, sesudah 30 tahun berlalu. Dan saya masih ingat, filem Melayu pertama saya tonton "Rachun Dunia" kemudian disusuli "Aloha", kedua-duanya di dua panggung wayang di Teluk Anson (kini Teluk Intan), Perak.

Bagaimanapun, saya tahu filem ini wujud lebih-lebih lagi ada usaha saya untuk membukukan filem-filem P. Ramlee yang mana kajiselidik terpaksa dibuat terhadap kesemua filem yang dikeluarkan di Malaysia termasuk Singapura.

Serta, popularnya lagu "Jodoh" yang dinyanyikan M. Yatim dan Rubiah kemudian dipercepatkan tempo dan diubah tajuknya "Ikan Di Laut Asam Di Darat" nyanyian Norlela Nasir dan A. Talib.

Filem ini tidak ada crook tertentu (face to face), orang jahatnya Datuk Menteri Besar (kadang-kadang tersasul ke Datuk Perdana Menteri) yang merupakan musuh dalam selimut dan dibantu Minasari (Siti Tanjung Perak) membuat kerja-kerja jahat, memperdayakan Raja Indraloka.

Daeng Idris (Datuk Menteri Besar) mahukan anaknya, Chitrawati (Khatijah), menjadi Permaisuri bukannya Dewi Murni yang telah dikahwini Raja Indraloka sewaktu pergi memburu rusa di hutan berhampiran dengan sebuah kampung.

Mengenai lakunan, Kasma Booty, A.R. Tompel dan D. Harris jauh ke depan, baik dan memuaskan kerana sesuai dengan peranan masing-masing.

Osman Gumanti, peringkat awal orangnya lemah lembut tetapi apabila diubatbomohsihirkan wataknya bertukar (baik menjadi jahat) seperti Dr. Jekyll (baik) dan Mr. Hyde (jahat) dalam filem "Dr. Jekyll and Mr. Hyde" (1931).

Lakunan baiknya, baik. Lakunan buruknya, buruk. Ada sedikit kejanggalan, nampak semacam kaku dan tidak natural. Dia kurang sesuai membawa watak tidak siuman dan merapu.

Yang lain-lain sederhana - Daeng Idris, Mariam, Jaffar Wiryo, Siti Tanjung Perak, Haji Gong dan Tina.

Bagaimanapun, heroine kedua (Khatijah sebagai Chitrawati) ternyata dan jelas kekakuannya lebih-lebih lagi ketika pengucapan dialog.

Dari segi teknikal pula, biasalah filem lama, fotografi, penyuntingan dan rakaman suara banyak kelemahannya.

Kualiti gambar yang diperolehi dari rakaman VCD, DVD, YouTube dan tayangan di TV kurang memuaskan. Ada kalanya gelap dan suara pula tenggelam timbul.

Sebagai warisan bangsa Malaysia, disinilah letaknya peranan Sinematek Malaysia (sepatutnya sudah wujud) untuk mengrestorekan (dibaikpulih) filem ini dengan mengembalikan ke kualiti asalnya.

Atau pun mungkin lebih baik lagi sama seperti "Casablanca" (Hollywood), "Tiga Dara" (Indonesia) dan "Hum Dono" (Bollywood).

Pada keseluruhannya, filem ini baik dan memuaskan serta dibuat hanya hiburan semata-mata dan tidak ada hubungkait dengan agama Islam.

Ia nampaknya, lebih ke Hinduan kerana kecenderongan meminta pertolongan dewa-dewa, bukannya Tuhan (Allah) yang maha Esa.

NEW FILM OF EASTERN FOLKLORE___
By Our Malay Film Reporter
The Straits Times, 2 Jun 1950

A NEW Malay Film, "Dewi Murni" to be shown in Singapore this month, stars Osman Gumanti, well-known Indonesian dancer and Kasma Booty.

The film based of Eastern folklore and culture, despicts the story of of a King of Java centuries ago. It was made by Malay Film Productions Ltd.

It contains 12 new Eastern melodies that should captivate most people here. Music and lyrics composed by Zubir Said, who is well known in Malaya as a songwriter.

The film which full a production, contains many costumes of the past, Eastern dances and typically, those two comedians, Tompel and Harris, who can always be counted on for plenty of laughs.

Osman Gumanti plays the King, Kasma Booty the girl he falls in love with finally marries , despite the wiles of the premier, who wanted his daughter (played by Khatijah), to become Queen.

It is quite a story and Malay Film Productions have spent a lot of money to ensure accuracy and in obtaining costumes and material.

LAGU-LAGU___

Terdapat 12 lagu kesemuanya, tetapi 4 lagu lagi tidak dapat dikesan tajuknya.

* "Hikmat Alam" (Rubiah)
* "Bunga Dan Kumbang" (Rubiah)
* "Jodoh" (Rubiah & R. Azmi)
* "Wahai Si Kumbang Jati" (Rubiah)
* "Kurnia" (Salmah)
* "Dewi Murni Kesuma Hati" (Rubiah & R. Azmi)
* "Tangkap Ikan" (P. Ramlee & M. Sidin)
* "Sukma Suka" (Neng Yatimah & Salmah)

# Pencipta lagu: ZUBIR SAID
# Pencipta lirik: ZUBIR SAID

# Apabila dipiringhitamkan, "Jodoh" dinyanyikan oleh Rubiah berpadusuara dengan M.Yatim bukannya R. Azmi.
# "Jodoh" pernah juga dirakamkan ke piringhitam pada tahun 1970an oleh Norlela Nasir dan A. Talib menggunakan tajuk "Ikan Di Laut Asam Di Darat".






FAKTA___

* Filem ini ditayangkan sempena sambutan Hari Raya Puasa di panggung wayang Rex, Singapura saja memakan masa 10 hari (15 Julai hingga 25 Julai 1950) yang boleh dianggap lama ketika itu.
* Inilah filem kedua dan terakhir Kasma Booty berpasangan dengan Osman Gumanti sebagai hero dan heroine selepas "Rachun Dunia." Kasmah Booty setelah membintangi "Manusia" meninggalkan MFP dan muncul semula dalam filem "Mahsuri" manakala Osman Gumanti selepas "Tas Tangan Wanita" berubah angin ke Nusantara ("Dian") dan kemudian ke Keris Film ("Insaf").
* M. Amin (kemudian sebagai pengarah), turut berperanan kecil dalam filem ini, telah diambil oleh S. Ramanathan sebagai hero dalam "Kembar" berheroinekan Mariam yang berperanan Kusna dalam filem ini.
* Haji Gong dan isterinya (Tina) yang membintangi filem ini, turut berlakun dalam filem-filem Shaw Brothers sebelum Perang Dunia Kedua seperti "Mutiara", "Bermadu" dan "Ibu Tiri".
* Gabungan mantap dua pelawak popular, D. Harris dan A.R. Tompel. Selain filem ini mereka juga bersama dalam "Rachun Dunia", "Takdir Illahi", "Aloha" (A.R. Tompel berperanan jahat) dan "Berdosa".
* Boleh dikatakan kesemua pelakun filem ini berasal dari Indonesia (Sumatera), kecuali M. Amin dari Kuala Kangsar, Perak dan Mariam, Singapura. Pengarahnya, B.S. Rajhans, berasal dari India.
* Ramai penulis menterjemahkan (ke Bahasa Inggeris) "Dewi Murni" sebagai "Goddess Of Purity". Sebenarnya, "Dewi Murni" nama watak utama seperti juga "Chinta", "Chempaka" dan "Aloha" yang tidak perlu diterjemahkan.

MARI KITA MENONTON FILEM "DEWI MURNI"___


(Sumber: Njendra)


(Sumber: DezyDizzy)


MARI KITA MENYANYI LAGU "JODOH"___


"JODOH"

Kalau menyanyi perlahan-lahan
Di bawa angin terdengar jauh

Kalau menyanyi perlahan-lahan
Di bawa angin terdengar jauh

Kalau hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh

Kalau hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh

Kalau takut di lambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai

Bunga melati di dalam taman
Daunnya hijau banyak yang gugur

Bunga melati di dalam taman
Daunnya hijau banyak yang gugur

Putus di hati makrifat iman
Air dan minyak mungkin bercampur

Putus di hati makrifat iman
Air dan minyak mungkin bercampur

Ikan di laut asam di darat
Dalam periuk mungkin mufakat

* Penyanyi di filem: OSMAN GUMANTI & KASMA BOOTY
* Penyanyi di belakang filem: R. AZMI & RUBIAH
* Penyanyi di piringhitam: M. YATIM & RUBIAH
* Pencipta lagu & lirik: ZUBIR SAID



# Update akan dilakukan dari masa ke masa.






ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?

ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar

CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan

MUTIARA DARI MALAYA (1955)
teknik fotografinya sangat menarik

LAIN JALAN KA-SHORGA (1968)
apa, berdosakah aini?

SELENDANG DELIMA (1958)
kejelitaan maria menado dieksploitasi sepenuhnya




KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




3 comments:

  1. Satu lagi artikel (kritikan dan ulasan) mengenai filem Melayu lama yang menarik, dan tidak terdapat di mana-mana blog di internet setakat ini.
    Terima kasih Encik Mustafar dan Puan Zaini yang melahirkan satu artikel berfakta dan berinformasi serta sesuai dijadikan rujukan.

    Drp: Natasha Nasrudin (USM), Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  2. Benarlah apa yang dikata, Kasma Booty memang layak diberi gelaran Primadona Filem Melayu. Kejelitaannya memang mempersonakan, dan semasa berlakun dalam "Damaq" pun kecantikannya itu tetap sama seperti dia berlakun dalam "Dewi Murni".
    Satu penghasilan artikel filem lama yang sangat menarik dan bersetuju dengan Natasha belum pernah ada di blog-blog lain di internet (begitu lengkap) mahupun (sepatutnya jadi tempat rujukan) di Cinemalaysia Finas.
    Tahniah Encik Mustafar dan isteri, Puan Zaini Yusop, yang ternyata begitu prihatin dan peka terhadap perkembangan (sejarah) filem Malaysia.
    Satu lagi saya perhatikan, susunan layoutnya yang kemas, dipenuhi dengan foto-foto dan mudah dibaca dengan paragraf yang pendek-pendek, tidak panjang menjela.
    Yang lebih menarik, boleh dikatakan setiap entry diupdate sekiranya ada penemuan informasi yang baru.
    Syabas, FKM!

    Abd. Mutalib Ra'of, Tanjong Katong, Singapura.

    ReplyDelete
  3. saya baru sadar bahwa budaya Indonesia khususnya Jawa sampai juga ke malaysia, bangga juga sih rasanya, apalagi saya orang jawa, apalagi pemain film dewi murni ini banyak keturunan Indonesia..memang budaya jawa ada pengaruh India, misalnya devi menjadi dewi di lidah orang jawa, namun kami memiliki ciri khas tersendiri, candi hindu buda di jawa coraknya pun beda dengan candi India..dan saya dengar bahwa orang jawa sudah lama merantau dan akhirnya menetap di malaya dan singapura..kata kata bahasa melayu malaysia pun juga ada serapan dari bahasa jawa seperti waras, keliru, tumbuk, unduh dan lain lain..well it's common that a culture of certain nation may be mutually shared with those living around the globe

    ReplyDelete