Tribute... P.Ramlee (22/3/1929 - 29/5/1973) Seniman Agung Sukar Di Cari Ganti (Update: 21/3/2017)

Semerah Padi * Pendekar Bujang Lapok * Antara Dua Darjat * Sumpah Orang Minyak * Penarek Becha >>> Kliks Di Sini

Tuesday, November 26, 2013


LAGU MELAYU CIPLAKAN HINDUSTAN (2)

Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop




(Sumber: Andrei Cralesti)


"Chura Liya Hai Tumne Jo Dil Ko"
Vijay Arora & Zeenat Aman (Mohd. Rafi & Asha Bhosle)
Filem: YAADON KI BARAT (Sumber: Xyzniraj1)


"If It's Tuesday, It Must Be Belgium"
Bojoura (Sumber: ShreeDeepMusic)

APABILA lagu "Chura Liya Hai Tumne Jo Dil Ko" petikan filem "Yaadon Ki Baraat" diputarkan, ramai yang seronok dan terhibur. Jika anda fikir ia satu kerja menakjubkan di lakukan oleh pengarah musiknya, R.D. Burman, anda tersilap!

Memang benar, dia telah melakukan satu tugas yang benar-benar baik dengan memperkenalkan lagu tersebut kepada kita semua, tetapi ternyata ia merupakan lagu ciplakan dari lagu popular Barat, "If It's Tuesday, It Must Be Belgium", ciptaan Walter Scharf.

Itu bukan pendapat saya, tetapi luahan hati pemblog All Voice, John Matthew.

Pandangan saya (pemblog FKM) pula begini:

Memang sudah sekian lama kita begitu terpesona dengan lagu "Tiada Kata Secantik Bahasa" yang di petik dari filem "Anak-Ku Sazali" arahan Phani Majumdar. Tetapi, kedudukannya sama seperti lagu "Chura Liya Hai Tumne Jo Dil Ko" itu.

Lagu, kalau mengikut credit title "Anak-Ku Sazali", ciptaan P.Ramlee dan lirik yang begitu indah di hasilkan oleh Jamil Sulong.

Bagaimanapun, ternyata ia juga di ciplak. Mangsanya, lagu "Ye Raat Ye Chandni Phir Kahan" petikan filem "Jaal" yang di arahkan oleh Guru Dutt.

Lagu tersebut yang di nyanyikan oleh Dev Anand (menggunakan suara Hemant Kumar) adalah ciptaan S.D. Burman, ertinya P. Ramlee menciplak, dan kita terpesona sesuatu (lagu) yang tidak original.

Malah, ia juga mirip lagu "Bulan Dan Juga Angin" nyanyian P.Ramlee dan Normadiah petikan filem "Panggilan Pulau" yang di arahkan oleh S. Ramanathan, turut di bintangi Latiffah Omar.

TURUT DI CIPLAK

P.Ramlee juga turut menyadurkan lagu-lagu petikan dari beberapa filem Hindustan (Bollywood) dan terdapat dalam filem-filem arahan dan lakonannya - "Miskin", "3 Abdul" dan "Gerimis".

Tiga lagu yang termuat dalam YouTube dan di pindahkan ke blog ini - "Duniya Badal Gayi" ("Dunia Hanya Pinjaman") dari filem "Babul", "Yeh Hai Bombay Meri Jaan" ("Pujaanku Pujaanmu", C.I.D.) dan "Hai Apna Dil To Awara Na Jane Kis Pe Aye Ga" ("Sedangkan Lidah Lagi Tergigit", Solva Saal).

"Dunia Hanya Pinjaman" terdapat dalam filem "Miskin", "Pujaanku Pujaanmu" ("Gerimis") dan "Sedangkan Lidah Lagi Tergigit" ("3 Abdul").

Begitupun juga, "Yeh Hai Bombay Meri Jaan" tidak original kerana ia ciplakan lagu "Oh My Darling Clementine" ciptaan Bakre Brafford pada 1884, kemudian di jadikan filem oleh John Ford pada 1946 dengan bintang utamanya Henry Fonda, Linda Darnell dan Victor Mature.

Selain itu, dua lagu popularnya turut di ciplak dari lagu-lagu Barat yang sudah di anggap klasik - "Mambo Italiano" ("Madu Tiga") petikan filem "Madu Tiga" dan "Banana Boat Song (Day O)" ("Menceceh Bujang Lapok") dari filem "Seniman Bujang Lapok".

Menurut Aziz Sattar, satu lagi lagu popular P.Ramlee, "Tidurlah Wahai Permaisuri", petikan filem "Putus Harapan" yang di arahkan oleh B.N. Rao, juga ciplakan lagu filem Hindustan. Bagaimanapun, setakat ini saya belum menemuinya di YouTube.

Tidak dapat dipastikan, siapa tiru siapa. Lagunya "Getaran Jiwa" ("Antara Dua Darjat") yang ada persamaannya dengan lagu "Wang Pu Liau Wang Pul Liau" ("Tidak Dapat Ku Lupakan") petikan dari filem Hong Kong "Love Without End" yang di bintangi Lin Dai.

Lagu ini telah saya ulas panjang lebar dalam buku "Filem-Filem P.Ramlee", dan masih teraba-raba mencari penyelesaian fakta. Sampai kini pun, saya masih tercari-cari, yang bermungkinan tidak berkesudahan.

# Kepada mereka yang fanatik dengan P.Ramlee perlu di ingatkan, pendedahan ini bukan bermaksud untuk merendah-rendahkan 'credibility'nya, ia lebih menjurus kepada fakta (ada bukti), dan bukan atas sebab-sebab lain.


YAADON KI BAARAT (1973)___

CERITA mengenai, Shankar (Dharmendra), Vijay (Vijay Arora), dan Ratan merupakan tiga adik-beradik. Pada hari lahir bapa mereka, ibu mereka menyanyikan lagu "Yaadon Ki Baaraat" yang sangat menyentuh perasaan.

Di tentukan oleh nasib, satu hari bapa kanak-kanak tersebut menyaksikan satu rompakan di lakukan penjahat Shakaal dan orang-orangnya. Untuk melindungi identiti mereka, Shakaal memutuskan untuk membunuhnya sebelum dia pergi membuat lapuran kepada polis.

Jadi, suatu malam, Shakaal dan orang-orangnya menyerbu masuk ke rumah bapa kanak-kanak tersebut, bukan saja membunuh bapa tetapi juga ibu mereka.

Shankar dan Vijay menyaksikan perbuatan itu, dan kerana ketakutan terus melarikan diri. Mereka mencuba menaiki kereta api yang sedang berlalu, tetapi Vijay tertinggal, mereka berdua terpisah.

Beberapa tahun berlalu, tiga kanak-kanak yang malang itu membesar. Masing-masing mempunya karekter yang berbeza kerana berada dalam kehidupan dan pemilaharaan yang berbeza.

JATUH CINTA

Shankar yang di hantui oleh memori pembunuhan ibu bapanya, bersama Usman, rakan karibnya sejak kecil, melakukan kerja-kerja jenayah di sekitar bandar, Vijay telah berbapa-angkatkan seorang lelaki yang agak kaya, jatuh cinta dengan Sunita (Zeenat Aman) dan Ratan, telah di pelihara oleh pembantu rumah (ibu bapanya) dan menukar namanya kepada Monto.

Dengan identiti barunya, Monto menubuhkan kumpulan musiknya sendiri dan membuat persembahan di sebuah hotel, dan dia mencintai penyanyinya, Neetu Singh.

Mereka bertemu beberapa kali, tetapi tidak mengenali antara satu sama lain.

Apabila mereka sudah mengenali antara satu dengan yang lain, mereka tidak boleh berhubung. Shankar (bekerja dengan Shaakal) takut keselamatan adik-adiknya terancam dan di tangkap oleh bossnya, yang merupakan pembunuh sebenar ibu bapanya.

Pelakon: Dharmendra, Zeenat Aman, Vijay Arora, Tariq, Neetu Singh, Ajit, Aamir Khan Pengarah: Nasir Hussain Pemusik: R.D. Burman.




(Sumber: ThePR536)

JAAL (1952)___

CERITA mengenai, selepas kehilangan penglihatan mata semasa ribut, Carlos tinggal bersama adiknya, Maria, di persisiran pantai di perkampungan nelayan. Satu hari, seorang wanita muda misteri, Lisa, memasuki kehidupan mereka, diikuti lelaki misteri, Tony Fernandes.

Maria dan Tony jatuh cinta, ini sangat mengecewakan Simon, yang sukakan Maria dan mahu mengahwininya. Lisa pula memberi amaran kepada Maria yang dia telah mengenali Tony, mereka mempunyai hubungan sulit dan dia telah mengkhianatinya.

NUJUM GIPSI

Bagaimanapun, amaran itu tidak berkesan ke atas Maria. Dalam pada itu, nujum gipsi juga mengingatkan Maria, dia mungkin kecewa di tangan orang asing.

Persoalannya, siapa sebenarnya Lisa dan Tony, apakah sebab mereka berada di perkampungan nelayan itu dan, sama ada atau tidak Maria sedang di tarik ke dalam jaring pembohongan dan penipuan di tangan Tony?

Pelakon: Dev Anand, Geeta Bali, K.N. Singh, Rashid Khan, Johnny Walker Pengarah: Guru Dutt Pemusik: S.D. Burman



"Ye Raat Ye Channdni Phir Kahan"
Dev Anand & Geeta Bali
(Hemant Kumar & Geeta Dutt)
Filem: JAAL (Sumber: Maskalandr)


"Tiada Kata Secantik Bahasa"
P.Ramlee (P. Ramlee)
Filem: ANAK-KU SAZALI (Sumber: MrCupan)


"Duniya Badal Gayi"
Dilip Kumar & Munawar Sultana
(Talat Mahmood & Shamshad Begum)
Filem: BABUL (Sumber: Suhanee2)


"Dunia Hanya Pinjaman"
P.Ramlee & Rosnani (P. Ramlee & Lena)
Filem: MISKIN (Sumber: Zamhari Materang)
# Rosnani menggunakan suara Lena bukannya Rubiah


"Pujaanku Pujaanmu"
P. Ramlee & Chandra Shanmugam (P. Ramlee & Saloma)
Filem: GERIMIS (Sumber: FilemKlasik Melayu)


"Oh My Darling Clementine"
Pengarah musik: Alfred Newman
Filem: MY DARLING CLEMENTINE (Sumber: PeterPan)


"Yeh Hai Bombay Meri Jaan"
Johnny Walker & Kum Kum (Mohd. Rafi & Geeta Dutt)
Filem: C.I.D. (Sumber: UltraHindi)


"Sedangkan Lidah Lagi Tergigit"
P. Ramlee & Sarimah (P. Ramlee & Saloma)
Filem: 3 ABDUL (Sumber: FilemKlasik Melayu)


"Hai Apna Dil To Awara Na Jane Kis Pe Aye Ga"
Dev Anand (Hemant Kumar)
Filem: SOLVA SAAL (Sumber: Purnendu Raut)


"Wang Pu Liau Wang Pul Liau"
Lin Dai (Mei Gu)
Filem: LOVE WITHOUT END (Sumber: StanleyPower)


"Getaran Jiwa"
P.Ramlee (P.Ramlee)
Filem: ANTARA DUA DARJAT (Sumber: dOnRamlee)


DUA LAGU P.RAMLEE CIPLAKAN DUA LAGU BARAT___




"Mambo Italiano"
Dean Martin (Dean Martin)
(Sumber: DeanMartinTV)


"Madu Tiga"
P.Ramlee (P.Ramlee)
Filem: MADU TIGA (Sumber: Zamhari Materang)


"Banana Boat Song (Day O)"
Harry Balafonte (Harry Balafonte)
(Sumber: 667None)


"Menceceh Bujang Lapok"
P.Ramlee Aziz Sattar S.Shamsuddin
(P.Ramlee Aziz Sattar S.Shamsuddin)
Filem: SENIMAN BUJANG LAPOK (Sumber: AreZeo)


BAGAIMANA PENDAPAT ANDA DENGAN LAGU INI___




"Aci Aci Buka Pintu"
P.Ramlee & M. Zain
(P.Ramlee & Saloma)
Filem: NASIB SI LABU LABI (Sumber: Njendra)


"Ada Sahillerinde Bekliyorum"
("Aku Menunggu Di Pulau Pantai")
Lagu Turkey
(Sumber: Ruchama Raz)




(Sumber: JacTech)

TAXI DRIVER (1954)___

CERITA mengenai, kehidupan nostalgia tahun 1950an Bombay (Mumbai) dengan latar belakang yang tenang, aman dan indah, trem elektrik dan seorang pemandu teksi yang unik, Mangal, di panggil "Hero" oleh kawan-kawannya.

Seorang pemandu yang memandu teksi di siang hari, minum minuman keras dan mabuk-mabuk ringan di waktu malam hari dan pergi ke kelab malam menikmati tarian-tarian menghairahkan oleh si penggoda, Sylvie.

Satu hari, ketika membantu seorang kawannya, juga pemandu teksi, Mangal menyelamatkan seorang gadis dalam kesusahan, Mala, yang di ganggu oleh dua orang samseng, dan membawa gadis tersebut ke destinasinya tetapi tidak berjaya, kerana orang yang di cari telah berpindah.

PENYANYI TERKENAL

Keesokan harinya, Mangal dan Mala, sekali lagi pergi mencari. Sepanjang hari di habiskan tetapi sia-sia saja, yang mana kemudian Mala tinggal di bilik kecil Mangal, dan kedua-duanya jatuh cinta.

Apabila Mala mendapat tahu mengenai Sylvie, Mangal di tinggalkan Mala. Mangal mencarinya tetapi kemudian mendapati Mala sudah menjadi penyanyi terkenal.

Pelakon: Dev Anand, Kalpana Kartik, Sheila Ramani dan Johnny Walker Pengarah: Chetan Anand Pemusik: S.D. Burman


"Jaye To Jaye Kahan"
Kalpana Kartik (Lata Mangeshkar)
Filem: TAXI DRIVER (Sumber: Rumahale)


"Jaye To Jaye Kahan"
Dev Anand (Talat Mahmood)
Filem: TAXI DRIVER (Sumber: Ajayuv)


"Kemana Kau Pergi" (Kamariah Noor)
(Sumber: Njendra)


"Dil Jale To Jale Gum Pale To Pale"
Kalpana Kartik (Lata Mangeshkar)
Filem: TAXI DRIVER (Sumber: Suhanee2)


"Hati Berduka" (Zainab Majid)
(Sumber: Njendra)


LAGU-LAGU CIPLAK YANG TERDAPAT DI YOUTUBE___




"Eena Meena Deeka"
Vyajayathimala (Asha Bhosle)
Filem: AASHA (Sumber: Kinshuk Bajpai)


"Siapa Dia" (Zainab Majid)
(Sumber: Aruspintar)


"Gaya Andhera Hua Ujara Chamka Chamka"
Pradeep Kumar & Jayshree
(Talat Mahmood & Lata Mangeshkar)
Filem: SUBAH KA TARA (Sumber: Mastkalandr)


"Dewa Dewi"
Latiffah Omar & Ahmad Mahmood (Saloma & Aziz Jaafar)
Filem: PUTERA BERTOPENG (Sumber: Filmklasik)


EXTRA, SIAPA CIPLAK SIAPA?___




"Marguerita"
Elvis Presley (Elvis Presley)
Filem: FUN IN ACAPULCO (Sumber: Nina Aussems)


"Kaun Hai Jo Sapnon Mein Aaya"
Rajendra Kumar (Mohd. Rafi)
Filem: JHUK GAYA AASMAN (Sumber: Filmi Gaane)


"Sepuluh Tahun Yang Lalu" (Rafeah Buang)
(Sumber: Njendra)


"Morena De Mi Corazón"
Antonio Banderas (Antonio Banderas)
Filem: DESPERADO (Sumber: UslumuratZool Hakeem)


"Kalau Mencari Teman" (Ziana Zain)
(Sumber: Zool Hakee)


"Pehla Pehla Pyar Hai"
Salman Khan (S.P. Bala Subrahmanyam)
Filem: HUM AAPKE HAIN KOUN...!
(Sumber: MissDilBaRaKSongs)


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___



FILEM KLASIK MALAYSIA

berapa banyakkah yang masih ada?

10 FILEM BOLLYWOOD HEBAT SEPANJNG MASA
top 10 bollywood films all time

REVOLUSI ISLAM DAN FILEM IRAN
"a separation" meningkatkan martabat negara iran


CECILIA CHEUNG
foto-foto lucahnya menggemparkan hong kong


CINTA DAN LAGU
satu-satunya filem musikal wujud di malaysia

PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai...

TRIVIA "PERMINTAAN TERAKHIR"
ciplakan filem hong kong "susanna"




KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.





Monday, November 18, 2013


DEEPIKA PADUKONE VS PRAKASH PADUKONE




DEEPIKA PADUKONE

PRAKASH PADUKONE

KELUARGA BAHAGIA: PRAKASH, ANISHA, UJJALA & DEEPIKA

DI AWAL 2000-AN: ANISHA, PRAKASH, DEEPIKA & UJJALA

SIAPA LEBIH POPULAR?
Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop

MUNGKIN ramai yang tidak menyedari, pelakon cantik, jelita dan seksi Bollywood, Deepika Padukone (berperanan sebagai Leela dalam filem "Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela"), anak kepada bintang badminton India yang pernah memenangi kejuaraan Terbuka All-England, Prakash Padukone.

Agak menarik, tidak pernah ada juara Terbuka All-England mempunyai anak perempuan yang sebegitu terkenal dalam dunia filem Bollywood secantik, sejelita dan seseksi, di samping telah membintangi banyak filem dan terbaru, "Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela", yang di jangka akan meledak dan menambah popularkan namanya.

KETANDUSAN PEMAIN

Di Terbuka All-England, Prakash merupakan pemain badminton India yang pertama (1980) memenangi kejuaraan tersebut di mana dia berjaya mengalahkan Liem Siew King (Indonesia) dengan mudah, 15-3 & 15-11.

Bagaimanapun, dia gagal mempertahankan kejuaraannya itu di tahun berikutnya (1981) apabila Liem pula menewaskannya dengan tiga set, 11-15 15-4 & 15-6.

Selepas Prakash, India ketandusan pemain memenangi kejuaraan Terbuka All-England, hanya pada 2001, Pullela Gopichand (pemain kedua India memenangi kejuaraan berpretij itu) apabila dia mengalahkan Chen Hong (China) juga dengan mudah, 15-12 & 15-6 Klik Di Sini



HOUSEFULL TRAILER (Sumber: ErosNow)
# Kesian, Jiah Khan...


LOVE AAJ KAL TRAILER (Sumber: ErosNow)


CHENNAI EXPRESS TRAILER (Sumber: T-Series)


CHENNAI EXPRESS FULL MOVIE (Sumber: Budi Bio BufferfLy)
# Lawak habis, ooi...


PRAKASH/DEEPIKA PADUKONE VS AAMIR KHAN/APARNA POPAT (Sumber: VivekSingh)



TERBUKA ALL-ENGLAND 1981 (Sumber: MrErwin12fpt)

# Sayang sekali, perlawanan akhir Terbuka All-England
1980 tidak ada di YouTube



PRAKASH PADUKONE___
Oleh Mustafar A.R.




AKSI-AKSI MENARIK SEORANG BINTANG BADMINTON

DI LAHIRKAN pada 10 Jun 1955 di Bangalore (India), Prakash Padukone di dorongi oleh ayahnya, Ramesh Padukone (Setiausaha Persatuan Badminton Mysore), supaya cemerlang sebagai pemain badminton.

Prakash merupakan pengasas bersama, Olympic Gold Quest, dengan Geet Sethi, yang bertujuan menggalakkan sukan di India dan kini, dia mengusahakan akademinya, Prakash Padukone Badminton Academy.

Dalam dunia badminton India, Prakash adalah personaliti yang paling di hormati. Dia menjadi 'raja badminton' tidak di pertikaikan untuk tempoh masa sembilan tahun (1970-1978).

Kebolehannya sebagai pemain badminton telah di iktiraf seawal, ketika berusia 14 tahun, apabila dia memenangi kejuaraan Junior Badminton Championship.

Prakash merupakan pemain badminton pertama India memenangi gelaran "All-England Badminton Championship", satu catatan sejarah yang sangat bernilai buat dirinya.

Prakash bermula dengan ekspedisi gemilang menakluki dunia badminton dengan bermain di Karnataka State Junior Championship pada 1962. Dua tahun kemudian memenangi State Junior Championship dan selepas itu bermula kisah kejayaannya, kemenangan dan penaklukan.

MENGUASAI GELARAN

Pada 1970, dia memulakan kemenangan di peringkat kebangsaan apabila berjaya di National Junior Badminton Championship. Keheba/>tan dan terbilang dalam permainan itu agak menonjol apabila dia memenangi gelaran National Junior And Senior Badminton Championship pada tahun 1971, ketika umurnya masih terlalu muda, 16 tahun.

Prakash terus menguasai gelaran tersebut berturut-turut sembilan tahun dan membina asas untuk menjadi 'raja' permainan badminton tahun-tahun berikutnya. Dia berjaya di peringkat antarabangsa apabila memenangi pingat emas (perseorangan lelaki) di Sukan Komanwel Edmonton, Canada pada 1978.

Di sukan tersebut juga, pemain wanita Malaysia, Sylvia Meow Eng Ng, memenangi pingat emas untuk perseorangan wanita

Prakash mencapai kemuncak kerjaya badmintonnya apabila dia memenangi kejuaraan Terbuka Denmark, Terbuka Sweden dan Terbuka All-England pada 1980, hingga menyebabkan dia menjadi pemain badminton nombor satu dunia.

Selain itu, Prakash turut menjadi pemenang kejuaraan Alba Piala Dunia di Kuala Lumpur pada 1981, Terbuka Belanda dan Terbuka Hong Kong pada 1982.

Di luar gelanggang badminton, Prakash di anugerahkan dengan Anugerah Arjuna pada 1972 dan Anugerah Padmashree pada 1982.


DEEPIKA PADUKONE___
Oleh Zaini Yusop





AKSI-AKSI SEKSI SEORANG BINTANG FILEM

DI LAHIRKAN pada 5 Januari 1986, (6 tahun selepas ayahnya memenangi Kejuaraan Terbuka All-England), Deepika Padukone adalah pelakon filem dan model fesyen. Dia telah mengestablish kerjayanya di Bollywood, dan merupakan salah seorang selebriti paling popular di India apatah lagi pada 15 November (2013) yang lalu, beredar pula filem terbarunya, "Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela".

Beribukan Ujjala, dia dilahirkan di Copenhagen, Denmark, di besarkan di Bangalore, dan semasa remaja begitu aktif bermain badminton dan sering menyertai kejohanan peringkat kebangsaan, tetapi meninggalkannya untuk menuju ke arah lebih glamour, menjadi peragawati fesyen.

Deepika menerima tawaran berlakon filem buat pertama kalinya (debut) untuk "Aishwarya" pada tahun 2006, dan memegang dua peranan dalam filem Blockbuster 2007 "Om Shanti Om", dan memenangi pula Anugerah Filmfare sebagai Pelakon Terbaik Wanita (debut).

Dia juga menerima pujian kerana peranannya dalam "Love Aaj Kal" (2009) berherokan Saif Ali Khan, tetapi lakonannya pada tahun 2008 bercorak komedi romantik "Bachna Ae Haseeno" dan komedi 2010 "Housefull" menerima ulasan yang negatif, tidak begitu menggalakkan.

Deepika kemudian menerima peranan untuk filem-filem yang gagal (tidak komersial) dan ini membantut kelonjakan kerjaya dan menyekat namanya untuk terus maju ke hadapan.

KRITIKAN PUJIAN

Pada 2012, filem box officenya "Cocktail" memberi tanda, akan berlaku satu titik perubahan penting dalam lakonannya, kritikan pujian dan pencalonan Pelakon Terbaik bagi beberapa penyampaian Anugerah Filem.

Pada 2013, Deepika meningkatkan dirinya sebagai pelakon utama filem Bollywood dengan membintangi dua filem komedi, "Yeh Jawaani Hai Deewani" (di samping Ranbir Kapoor) dan "Chennai Express" (Shah Rukh Khan), kedua-duanya berada di kedudukan filem-filem tertinggi pendapatan (grossing) Bollywood sepanjang zaman.

Di samping kerjaya lakonannya, Deepika juga mengambil bahagian dalam pertunjukan pentas, menulis kolum untuk akhbar India dan penyokong kuat selebriti terkenal bagi jenama dan produk.

Dengan lahirnya filem "Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela", adalah di jangka popularitinya semakin meledak dan Deepika di ramalkan, akan menjadi pelakon Bollywood paling popular pada penghujung 2013 ini dan seterusnya 2014 dan 2015.

Ini menyebabkan kemungkinan besar, DEEPIKA PADUKONE akan lebih menyerlah popularnya berbanding ayahnya, PRAKASH PADUKONE.

Apapun keadaan, mereka berdua sudah mencatatkan sejarah baru di gelanggang Badminton dan arena Filem, bukan saja di India tetapi di dunia.



GOLIYON KI RAASLEELA RAM-LEELA___
Oleh Mustafar A.R.

Poster "Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela"

PELAKON & KREW___

RANVEER SINGH (Ram)
DEEPIKA PADUKONE (Leela)
RICHA CHADDA (Rasila, ipar Leela)
SUPRIYA PATHAK (Dhankor Baa, ibu Leela)
HOMI WADIA (Radhu)
SHARAD KELKAR (Kanji, saudara Leela)
GULSHAN DEVAIAH (Bhavani, sepupu Leela)
BARKHA BISHT (Kesar, ipar Ram)
ABHIMANYU SINGH (Meghji, saudara Ram)
RAZA MURAD (Sarpanch)
JAMIEL KHAN (Vanka)
ANSHUL TRIVEDI (Mandar)
PRIYANKA CHOPRA (penari lagu "Ram Chahe Leela")
Sinematografi (S. RAVI VARMAN)
Lakolayar (SANJAY LEELA BHANSALI GARIMA & SIDDHARTH)
Penyunting (SANJAY LEELA BHANSALI & RAJESH PANDEY)
Musik (SANJAY LEELA BHASALI & MONTY SHARMA)
Pengarah & Produser (SANJAY LEELA BHANSALI)

Tahun Di Edarkan: 2013 (15 November)
Masa Tayangan: 155 Minit

JALAN CERITA___

CERITA mengenai suka duka percintaan Ram dan Leela, yang di padankan dari karya agung William Shakespeare, "Romeo Dan Juliet", tetapi di permodenkan (di penuhi dengan cinta, seks dan nafsu) serta di perganaskan menggunakan senjata api, peluru dan botol arak di samping berlakunya percubaan rogol, pertumpahan darah, perkelahian dan pembunuhan.


(Sumber: ErosNow)

(Sumber: ErosNow)

FILEM "Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela" (bermaksud, "Main Estetik Peluru Ram-Leela") merupakan filem 2013 bercorak romantik-drama yang di arah dan diprodusekan oleh Sanjay Leela Bhansali, di bintangi Ranveer Singh dan Deepika Padukone sebagai pelakon utama.

Ia adalah adaptasi dari kisah cinta abadi Walliam Shakespeare, "Romeo dan Juliet", yang di olah semula berlaku di zaman modern yang penuh dengan kekejaman dan keganasan.

Di peringkat awal tajuknya "Ram-Leela", tetapi kemudian ditukar kepada "Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela" sebagai mematuhi perintah Mahkamah Tinggi New Delhi, kerana ia memberi kesan buruk kepada sentimen agama Hindu.

Masyarakat Kshatriya pula, menentang penggunaan nama komuniti dalam filem tersebut, menyebabkan bertukarlah Jadeja dan Rabari kepada Saneda dan Rajri.


KRITIKAN & ULASAN___
Oleh BOBBYSING (IMDb)
Di Terjemah & Di Edit Oleh ZAINI YUSOP

SATU lagi filem terobsesi diri sendiri (syok sendiri) Sanjay Leela Bhansali, yang visualnya menakjubkan dengan beberapa persembahan (lakonan) yang menarik, tetapi berapa kali lagikah sepatutnya saya menonton jalan cerita yang sama, berulang-ulang, lagi dan lagi.

Dengan kekal sebagai filem terobesi diri sendiri, "Ram-Leela" penuh berwarna-warni tetapi terlebih lukisan di seluloid dan sapuan berus yang luar biasa, gagal menghasilkan impak yang besar kepada penonton secara keseluruhannya.

Filem ini tidak mempunyai nilai menonton yang kebanyakannya boleh didapati di separuh pertama di mana pasangan (Ranveer dan Deepika) melakukan perbuatan seksual kurang sehat (meragukan) dan di gambarkan sebagai cinta abadi (eternal love).

Tetapi selepas separuh masa kedua, semuanya keluar secara drastik dan pengarah (Bhansali) cuba menambah terlalu banyak kelainan kurang meyakinkan yang akhirnya bertukar menjadi lembab, memudarkan semangat dan timbul pula kesedihan.

Tidak syak lagi ada beberapa perkara menarik, menyatukan status pengarah terkenal itu dalam industri filem, tetapi malangnya ia tidak segar dan baru kerana, samada mengingatkan anda dengan lagu "Hum Dil De Chuke Sanam" atau adegan menarik "Devdas". Ertinya, keadaan yang sama, berulang-ulang kali.

Lagu (soundtrack) hanya mampu menarik perhatian sebahagian penonton dengan beberapa trek yang baik dalam gulungan (reel) awal, dan ketika filem berputar dengan penggunaan berlebihan ia mula menjadi tidak menarik terutama pada separuh kedua.

MEMBERI CIUMAN

Untuk mengatakan yang benar, menjadikan kisah cinta seperti temanya, saya mendapati "Rasa Cinta Bhansali" hilang dalam filem ini di gantikan oleh hawa nafsu, seks dan dialog dua makna, agak menghairankan.

Sebagai contoh, saya boleh di anggap 'orang lama' tetapi saya tidak fikir seorang gadis begitu mudah tampil ke depan memberi ciuman terus kepada pemuda dalam pertemuan pertama di tempat awam.

Lebih-lebih lagi, cara yang kedua-dua mereka (pemuda dan gadis) bergolek-golek antara satu sama lain di atas katil dengan ciuman satu demi satu dalam pertemuan mereka yang kedua kalinya, dan bagi saya ia tidak mendekati 'Sayang Sejati' tetapi lebih kepada nafsu, seks atau kelaparan jasad (body hunger) dan apa-apa lagi, nothing else.

Menariknya, gambaran cinta tidak ada dalam mana-mana filem Bhansali sebelum ini. Dia tidak pernah menunjukkan 'love birds' seseksi begini sebelum ini. Oleh itu, sudah pasti kali ini Bhansali lebih berminat mencapai sisipan murahan, filem lucah (David Dhawan) seperti dialog bersajak, senjata api, peluru, pembunuhan, percubaan merogol dan pertumpahan darah, yang berkemungkinan dia berada dalam keadaan yang terdesak.

Ya, ia bermula dengan baik, dengan 'sequence' permusuhan antara dua kumpulan di tempat kejadian pertama, kemudian mengendalikan 'sequence' lain yang menggambarkan kerja-kerja kamera (camera-work) yang hebat dan berwawasan.

Tetapi sebenarnya, ini tidak genre Bhansali, apabila 'love birds' dapat dipisahkan, berlakulah keganasan, ia jatuh tersungkur dengan semua orang berkelakuan mengelirukan, tidak sama dengan watak sebenar, tidak seperti yang terdapat di satu jam yang pertama.

MENYERAH DIRI

Dari segi lakonan, pelakon-pelakon hanya menyerah diri kepada wawasan pengarah dan mereka ialah Deepika, Supriya Pathak dan Richa Chadda.

Di susuli oleh Abhimanyu Singh, Gulshan Devaiah, Sharad Kelkarand dan Barkha Bisht yang memainkan karekter masing-masing dengan baik tetapi Bhansali lebih memberi pulangan (mileage) yang berbaloi kepada Richa Chadda saja.

Bersama-sama dengan persembahan yang baik terdapat beberapa orang pelakon yang sudah biasa termasuk Raza Murad, Homi Wadia dan kehadiran Priyanka Chopra boleh di anggap sebagai nasi tambah saja.

Memperkatakan tentang pasangan utama, Deepika sekali lagi mengatasi heronya dan dia juga pergi teramat berani seperti yang di arahkan oleh yang di panggil 'love-guru'. Ranveer di satu pihak, tidak menawarkan sesuatu yang baru, kerana dia memainkan karekter lama (sebagai lover boy), kalau ada pun perbezaan hanyalah pada pakaian Rajasthaninya.

Mendedahkan kontroversi, filem ini tidak ada kaitan samada, Tuhan Ram (Lord Ram) atau atau Leela Suci, 'Sacred Leela'. Jadi, Bhansali mempunyai niat menggunakan ungkapan "Ram-Leela" untuk publisiti segera filemnya itu. Semua kontroversi ini, dengan mudah boleh di elakkannya jika tajuk lain di gunakan.

Mengenai perkara berdasarkan karya Shakespeare "Romeo Dan Juliet", saya teringatkan filem "Qayamat Se Qayamat Tak" dan beberapa filem lain juga mempunyai tema yang sama, termasuk yang terbaru, bukan satu tetapi dua mempunyai tema yang sama, "Ishaqzaade" dan "Issaq", yang memaksa saya berfikir, mungkin (kecuali Vishal Bhardwaj), sangat sedikit mereka membaca cerita klasik lain Shakespeare (realitinya) di Bollywood.

PENGGUNAAN TEMA

Ini mungkin menjadi sebab, mengapa mereka berkali-kali memilih cerita yang sama, "Romeo Dan Juliet", lagi dan lagi membuatkan penonton yang tidak bersalah merasa bosan. Walau bagaimanapun, terdapat satu lagi sebab yang datang ke fikiran saya mengenai penggunaan tema berulang-ulang kali iaitu 'Takutkan Penolakan' ('Fear of Rejection').

Bagaimanapun, bagi saya Cinema (Sinema) bermaksud "Seni Penceritaan" ("The Art of Storytelling") dan jika ada filem yang tidak terdapat cerita yang baru atau menarik dan segar untuk di hidangkan, ia adalah membuang masa walaupun visual, drama, musik, persembahan dan pelaksanaan hebat belaka.

Untuk menghuraikan subjek yang sama, kita mempunyai kehidupan yang terlalu kecil untuk hidup di dunia ini dengan keupayaan terhad untuk membaca atau tahu semua kesusasteraan bernilai. Oleh itu, kita memerlukan media sinema (panggung wayang) untuk memperkenalkan kita kepada banyak permata yang tidak di ketahui dan belum di terokai baik dalam mahupun luar negara berikutan wawasan (penglihatan) yang lebih luas.

Itu adalah, apa yang saya mencari sambil menonton setiap filem baru akan datang dalam cara apa bentuk sekali pun. Jadi, dengan harapan industri pembuat filem kita (India), supaya mencari keberanian lama mereka kembali,

Pada keseluruhannya, saya hanya boleh menyatakan filem "Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela" ini hanya sesuai di tonton oleh penonton yang berminat kepada badan (jasad) bukannya jiwa (roh).


BOX OFFICE (INDIA)___

Hari pertama tayangan "Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela" menghasilkan kutipan yang agak baik dengan koleksi lebih INR15.50 crore (AS $2.4 juta) bersih walaupun keluarannya terhad kerana di landa kontroversi. Filem ini mengutip INR16.50 crore (AS $2.5 juta) bersih pada hari Sabtu dan INR18.00 crore (AS $2.8 juta) bersih pada hari Ahad, di hujung minggu pertama jumlah domestik sebanyak INR50.00 crore (AS $7.7 juta), iaitu hujung minggu ketiga tertinggi tahun ini.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


UTUSAN RADIO & TV (URTV)
genap usianya 43 tahun

SINEMATEK MALAYSIA
sudah sampai masanya diwujudkan

FESTIVAL FILEM ASIA PASIFIK KE-30
seoul menang filem terbaik

FESTIVAL FILEM MALAYSIA
perlukan reformasi menyeluruh

MICHELLE YEOH
kini, tan sri michelle yeoh

10 FILEM INDONESIA
yang diiktiraf terbaik sepanjang masa

10 FILEM BOLLYWOOD
yang terhebat sepanjang masa




KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




Friday, November 1, 2013


STATISTIK FILEM KLASIK

Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



AHMAD SHABERY CHEEK

ALLEYCATS

SUDIRMAN

FFM26 PENGHUJUNG TAHUN INI?___
Oleh Mustafar A.R.

FESTIVAL Filem Malaysia yang ke-26 (FFM26) bakal dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) yang turut mendapat kerjasama daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia(Finas) sebagai penganjur bersama.

Keputusan tersebut di capai pada majlis dialog dua hala antara Gafim dan Finas di Petaling Jaya baru-baru ini yang turut membincangkan mengenai scenario industri perfileman negara.

Menurut Presiden Gafim, Jurey Latiff Rosli, dia berasa lega kerana pertemuanya bersama Finas telah mencapai objektif yang mana Finas turut mengiktiraf peranan Gafim sebagai gabungan terbesar industri perfileman negara.

MASIH BERBINCANG

"Kami bersyukur kerana dialog itu menemui jalan penyelesaian dan berlangsung dalam keadaan aman. Sebagai memperakui peranan Gafim yang di wujudkan khusus bagi menganjurkan FFM, gabungan ini sekali lagi di beri peranan menganjurkan festival terbabit." Katanya kepada Berita Harian.

"Buat masa ini, Finas masih berbincang bersama Kementerian Komunikasi Dan Multimedia berhubung penganjuran FFM tahun ini dan Gafim akan turut di panggil bagi membuat rangka kerja."

FFM merupaka acara terpenting yang diadakan untuk menghargai dan menilai mutu kerja filem sepanjang tahun. Selain itu, ia turut mengalakkan penggiat filem untuk menghasilkan sebuah filem yang berkualiti dan bermutu.

Sementara itu, FFM26 dijangka bakal berlangsung penghujung tahun ini.

# Petikan daripada Berita Harian, dengan sedikit pindaan.

Salam sejahtera peminat FK semua.

Tersentak juga saya bila baca berita mengenai penganjuran FFM26 yang dikatakan bakal berlangsung penghujung tahun ini.

Pada saya, sekiranya benar, nyatalah Finas dan Gafim sudah bangkap idea. Terlalu gairah sangat mahu menganjurkan FFM tanpa mengkaji dan menilai kesemua sistemnya yang kini kucarkacir yang mana setiap tahun pemganjurannya ada saja yang tidak kena.

Sebab, penganjuran sesuatu 'event' (seperti FFM ini) kebiasaannya setahun sekali bukannya setahun dua kali. Jika diadakan tahun ini (sebelum 31 Disember 2013) bererti penganjurannya dua kali, kerana FFM25 baru saja berlangsung Mei lalu.

ARTIKEL PANJANG

Saya telah menulis satu artikel panjang mengenai FFM dan reformasinya, dan tersiar dalam blog FKM ini pada 23 Jun 2013 (Klik Di Sini) dengan harapan menyusunan semula di laksanakan supaya FFM26 dapat berjalan lancar, teratur dan terunggul.

Saya juga telah menghantar salinan artikel tersebut kepada Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah, Ketua Pengarah Finas dan Jurey Latiff Rosli, Presiden Gafim.

Di harap artikel tersebut mendapat perhatian sewajarnya dari tiga tokoh penting dalam kegiatan pengeluaran filem di Malaysia, dan merupakan nadi penggerak FFM26 serta ketentuan buruk baiknya.

POPULARITI SUDIRMAN TETAP UNGGUL___

Setelah sekian lama di usahakan, akhirnya 12+1 lagu terbaik Sudirman tersiar juga. Agak mengejutkan, hits (pageview) mencanak naik. Ini bererti, setelah pergi begitu lama (22 Februari 1994, menghampiri 20 tahun), populariti (terutama lagu-lagunya) masih di gemari dan di minati ramai.

Ramai yang menghantar e-mail memberi tahniah kepada FKM kerana mengwujudkan siri artikel berkonsepkan 12+1 lagu terbaik yang mana sebelum ini tidak pernah ada di mana-mana laman web sekali pun.

Artikel 12+1 Lagu Terbaik Rafeah Buang (Klik Di Sini), hitsnya masih berterusan. Terkini (1 November 2013) view countnya 4,849, di sertai dengan 20 komen.

Kepada mereka, saya dan Zaini mengucapkan terima kasih.

MEMBERI PENGHARGAAN

Sebenarnya, bukan mudah menjadi juri (tidak bertauliah) memilih 12 lagu terbaik. Tetapi, kerana minat dan sebagai memberi penghargaan (tribute) kepada selebriti yang berjasa pada tanahairnya, FKM akan meneruskan selagi Zaini sanggup melaksanakannya.

12+1 lagu terbaik yang akan datang, ALLEYCATS.

Adakah lagu "Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi" berada di kedudukan teratas. Sama-samalah kita tunggu.

FKM BERADA DI RANGKING YANG BAIK___

Mengikut statistik yang diperolehi dari blog Web State Domain (12 September 2013), Filem Klasik Malaysia (FKM) berada di rangking ke 2,408,870 di kalangan 30,000,000 domain di dunia.

Ia di anggarkan bernilai $2,580USD, pagerank yang rendah (1/10), 12 backlink dan sangat sesuai untuk laman web Pengoptimuman Enjin Carian (SEO) yang skornya 21%.

PENIUP SEMANGAT

Ini sudah pasti membanggakan saya kerana, tidak terduga satu blog berBahasa Malaysia dan mengutamakan filem-filem klasik Malaysia (lama) berada di rangking yang cukup baik dan sangat memerangsangkan.

Ini adalah sebagai peniup semangat, dan pengendaliannya akan di teruskan dengan lebih aktif selagi (saya dan Zaini) berkemampuan.


TERBAIK DARI YANG TERBAIK

BEST OF THE BEST___

Ini adalah anugerah khas di mana tuan punya blog ini bukanlah follower blog AWIE OMAR. Namun, saya adalah follower blognya itu yang amat terbaik bagi saya lantas memberikan perangsang, keterujaan dan keyakinan dalam meneruskan semangat dalam mengharungi dunia blog.

Pemenangnya: FILEM KLASIK MALAYSIA
– http://filemklasikmalaysia.blogspot.com (MUSTAFAR A.R.)

Terima kasih Awie, kerana meletakkan kedudukan Filem Klasik Malaysia (FKM) di tempat yang agak tinggi, dan merupakan satu penghormatan yang selama ini tidak pernah saya duga, apatah lagi mengharapkannya. (Klik Di Sini).

Memang benar, saya bukan follower blog AWIE OMAR, dan sejak terwujudnya FKM saya tidak pernah menjadi follower mana-mana blog pun. Saya lebih suka difollow (diikut) daripada mengfollow (mengikut). Jangan kecil hati Awie, ya!...

Sekali lagi, terima kasih.



1. PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI


2. SEKSI SELEBRITI MALAYSIA


3. SELAMAT PENGANTIN BARU



4. SEKSI SELEBRITI INDONESIA
 



5.  FILEM TERBAIK INDONESIA


6. FILEM HEBAT BOLLYWOOD



7.  PEMERGIAN P. RAMLEE


8. GELORA


9. LATIFAH OMAR


10. LAGU-LAGU HARI RAYA 


PENGUNJUNG FKM MENGHAMPIRI SETENGAH JUTA___
 
Agak menggembirakan dan sebagai penggalak dan perangsang ialah, kunjungan (hits) FK sudah menghampiri setengah juta. Catatan pageviewnya pada jam 11.30 malam 31 Oktober 2013 sebanyak
356,638.

Rekod catatan dalam sehari, masih kekal dengan hitnya 3,604 yang tercipta pada 11 Jun 2013..


Sungguhpun kunjungan (dalam sehari) tidak mencatatkan hingga beribu-ribu atau berjuta-juta, namun dengan sejumlah yang ada sekarang (antara 700 hingga 900 sehari) sudah memadai. 

Sesuailah, dengan kandungannya berBahasa Malaysia (sedikit berBahasa Inggeris) dan topiknya pula hanya segelintir saja yang berminat.

Apa pun, tujuan dan sasaran FK sudah tercapai dengan begitu baik iaitu, hanya dalam jangka masa (bermula 12 April 2010, aktif 9 Mac 2011) lebih sedikit 3 tahun.

Artikel "Pergimu Takkan Kembali Lagi" yang mula disiarkan pada 11 Mei 2012, terus melonjak naik dan catatannya pada jam 11.30 malam 31 Oktober 2013 sebanyak
28,259 pageviews, dan menduduki tempat pertama dalam senarai artikel popular FK.

Artikel "Seksi Selebriti Malaysia Dulu-Dulu" (14 September 2012) menduduki tempat ke-2 dengan
23,191 pageviews, dan "Selamat Pengantin Baru" (6 Ogos 2012)  berada di tempat ke-3 dengan 17,194 lihatbaca.

Agak menarik, sungguhpun sudah meninggal dunia pada 29 Mei 1973 (setelah lebih 40 tahun), namun P.Ramlee tetap menjadi minat ramai.

Ini kerana artikelnya "5 Tahun Pemergian P. Ramlee" oleh Bahyah Mahmood (3 Oktober 2012) masih kekal dalam senarai artikel popular FK dan menduduki tempat ke-7 dengan catatan 5,963.










MALAYSIA MASIH PERTAHANKAN KEDUDUKAN___ 


Malaysia, terus mempertahankan kedudukan di tempat pertama, menerima 260,770 lihatbaca, dan diikuti (kedua) Singapore dengan 20,500 pageviews.

Lihatbaca (pageviews), 8 negara terbaik, setakat jam 11.30 malam 31 Oktober 2013 ialah;

1. Malaysia - (193,963) 260,770
2. Singapore - (16,605) 20,500

3. Indonesia - (7,907) 14,2413. 
4. United States - (8,632) 13,279
5. Brunei - (5,334) 7,156
6. Russia - (2,343) 2,745

7. * Germany - (1,361) 1,582
8. * United Kingdom - (1,021) 1,255


@ Keseluruhan lihatbaca: (257,953) 356,638
# Dalam (kurungan) pageviews setakat jam 11.30 malam 30 Jun 2013. 

* Masuk ke dalam senarai melebihi 1,000.

Lain-lain negara;

9. Philippines 10. Australia 11. Canada 12. Egypt 13. Saudi Arabia 14. Sweden 15. France 16. Belgium 17. Azerbaijan 18. India 19. Vietnam 20. Brazil

21. Algeria 22. Pakistan 23. Qatar 24. Slovakia 25. Croatia 26. Hong Kong 27. Thailand 28. Japan 29. Oman 30. United Arab Emirates  


31. Italy 32. Belgium 33. Switzerland 34. Barbados 35. Uruguay 36. Spain 37. Timor Leste 38. Hungry 39. Netherland 40. Ecuador

41. Colombia 42. Latvia 43. Jordan 44. Turkey 45. Cambodia 46. Austria 47. Panama 48. Greece 49. Bangladesh 50. China  


51. Cyprus 52. Bolivia 53. South Korea 54. Taiwan 55. Lithuania 56. Bulgaria 57. Israel 58. Czech Republic 59. Bahrain 60. Poland

61. Romania 62. Ireland 63. Macau 64. Syria 65. Denmark 66. Peru 67. Malta 68. Tunisia 69. Georgia 70. Albania  


71. Myanmar 72. Norway 73. Guam 74. Romania 75. Burnika Faso 76. Armenia 77. Sri Lanka 78. Yemen 79. Kazakhatan 80. Iran

81. New Zealand 82. Iraq 83. Ukraine 84. Bosnia And Herzegovina 85. Afghanistan 86. Kuwait 87. Jamaica 88. Senegal 89. Nepal  


90. Djibouti 91. Marcedonia (FYROM) 92. Benin 93. Palestine 94. Algeria 95. Aruba 96. Serbia

Ini bererti, 96 negara di dunia sudah berkunjung ke blog FKM - satu pencapaian yang cukup baik dan sangat menggalakkan.  


Pada umumnya, negara yang sering berkunjung ke FK, selain Malaysia, ialah Singapore, Indonesia, Brunei, United States, Russia, United Kingdom dan Germany.

Pageviews kepada artikel (posts atau entry) pula, 10 terbaik;

1. Pergimu Takkan Kembali  - (20,056) 28,259

2. Seksi Selebriti Malaysia  - (13,912) 23,191
3. Selamat Pengantin Baru - (13,191) 17,194
4.
Seksi Selebriti Indonesia - 14,698
5. Filem Indonesia Terbaik - (6,178) 9.143
6. Filem Bollywood Terhebat - (6,737) 8,529
7. Pemergian P.Ramlee - (4,837) 5,963

8. Gelora - (3,215) 4,490
9. Latifah Omar - (3,818) 4,388
10. * 12 Lagu Hari Raya Aidilfitri - 1,948

# Dalam (kurungan) pageviews setakat jam 11.30 malam 30 Jun 2013.
* Baru masuk/masuk semula dalam senarai.
# Terkeluar dari senarai: Julie Faridah

Rekod lihatbaca yang dicapai dalam sehari;

Pertama: 3,604 lihatbaca (11 Jun  2013)
Kedua: 2,841 pageviews (10 Jun 2013)
Ketiga: 1,876 lihatbaca (12 Jun 2013)

Followers (Pengikut);

Kini semakin bertambah menjadi 121 (pada 31 Oktober 2013)
. Terima kasih kepada mereka yang baru menyertai; Saiful Nizam, Lizaharun kolagen rumpai laut, Muhammad Mujahid Mansor, mamavieonline shopping, Di Mansor TVS, Nana Ellana Jafar, Zara Lina, Zai, muhammad shakir, insak hai, stupelet beflixlala, Siak apaka, YB KAWAJA dan sarah wanda.


View my complete profile;

1,831 pageviews (28 Februari 2013)

2,157 lihat baca (30 Jun 2013) 
2,514 pageview (31 Oktober 2013)
 

# Akan di update sekiranya difikirkan perlu berbuat demikian.
 









ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?



AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni


NOSTALGIA FILEM MELAYU KLASIK
maklumatnya tepat atau mengelirukan


P.RAMLEE
and the golden era of malay cinema



ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar



CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff


THE LONG HOUSE (1957)
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya



PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan


PELANGI (1951)
filem pertama keluaran nusantara film

SERUAN MERDEKA (1947)
keganasan dan kekejaman jepun ditentang





KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.