Tribute... A.R. Ismail (8/10/1929-15/1/1995) Pencipta Lagu Yang Tidak Patut Kita Lupakan (Update: 24/11/2016)

1. Bisikan Hati 2. Senja Berulang Senja 3. Dimanakah Cintamu 4. Aku Kecewa 5. Berikan Ku Sinar Harapan >> Kliks Disini

Thursday, July 10, 2014


SA'ADIAH BERLAKON DALAM FOTORAMA

CERITA "AIRMATA DI AIDILFITRI"
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


SELAMAT HARI RAYA







FOTORAMA mempersembahkan
AIRMATA DI AIDILFITRI
Cerita & Arahan YAMIN DAUD
Fotografi RAIMEE S. JUN YUSUF
Pelakon SA'ADIAH (Mak Tinah) HASNAH (Shamsiah) DINA (Jamil)
A. ZAMRIE (Hisham) RAIMEE S. (Encik Harun) NAZARIAH (Noreen) FARAH (Anita) FAZLINA AHMAD DAUD (Lina)
Keluaran FOTORAMA JULAI 1984

SINOPSIS___

Ceritanya mengisahkan anak lelaki Mak Tinah (Jamil) berada di Kuala Lumpur hidup senang lenang dan selalu saja bertukar teman wanita. Berjoli sakan seolah-olah dunia ini dia yang punya.

Adik Jamil (Shamsiah) yang berada di kampung bersama ibunya dan adiknya (Lina) sedang dilamun cinta dengan Inspektor Polis (Hisham) yang akan di tukar bertugas ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, Mak Tinah berhutang dengan Encik Harun RM5,000 dan dia menuntut dijelaskan seberapa segera. Bagaimanapun apabila Mak Tinah menulis surat kepada Jamil, Jamil hanya menghantar RM2,000 saja menyebabkan Encik Harun tidak puas hati.

Sebagai tolak ansur, Encik Harun cuba memujuk Mak Tinah supaya melayan nafsunya, Tetapi dengan perasaan marah Mak Tinah berkata, "Jangan ingat Encik Harun banyak wang boleh beli maruah saya. Ini satu penghinaan."

Dengan perasaan malu apatah lagi diketahui oleh Shamsiah dan Lina, Encik Harun meninggalkan rumah tersebut dengan perasaan marah.

BERLUMURAN DARAH

Bersama wang RM2,000, Jamil juga memberitahu Mak Tinah yang dia akan pulang pada 1 Shawal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ini sangat menggembirakan Mak Tinah.

Semasa menunggu kepulangan Jamil, Mak Tinah terdengar pintu rumah di ketuk orang. Apabila dibuka, alangkah terperanjatnya Mak Tinah apabila Jamil muncul dengan berlumuran darah kerana terkena tembakan sepasukan pegawai polis yang memburunya.

Menurut Hisham (yang turut sampai ke rumah tersebut), Jamil adalah ketua kumpulan sindiket jenayah. Mereka pernah melakukan beberapa rompakan bank dan juga membunuh.

"Dia di buru polis selepas melakukan rompakan bank," katanya lagi.

Setelah mendengar segala penjelasan dari Inspektor Hisham mengenai kegiatan dan kejurnaan Jamil, Mak Tinah merelakan anaknya itu di bawa ke muka pengadilan.

Kata Mak Tinah, "Adililah dia. Yang salah tetap salah."


ULASAN FK___

Sebenarnya, majalah Fotorama ini diberikan Raimee S. kepada saya. Dia merupakan sahabat baik saya ketika zaman muda-muda dulu. Ada tiga naskah (berlainan keluaran) diberikan kepada saya.

Pada mulanya, saya tidak menyedari Sa'adiah ada berlakon dalam salah satu Fotorama tersebut dan Raimee S. pun tidak memberitahu saya.

Saya terperasaan agak sekian lama (mungkin bertahun-tahun juga) iaitu ketika sedang berkemas dan menyusun buku-buku dan majalah-majalah lama yang ada dalam simpanan saya.

Terpegun juga bila saya menatapnya, tidak saya sangka Sa'adiah sudi berlakon dalam majalah Fotorama (gabungan foto dan drama) kerana dia bukan calang-calang seniwati.

Dia pernah menjadi pujaan ramai dan seringkali berlakon disamping hero-hero handalan seperti P. Ramlee, Yusof Latiff, Ahmad Mahmood, Jins Shamsudin dan Aziz Jaafar.

Filem-filem lakonannya hebat-hebat belaka antaranya "Iman", "Ribut", "Hang Tuah", "Penarek Becha", "Semerah Padi", "Musang Berjanggut" dan "Antara Dua Darjat."

Sa'adiah pernah ke Hong Kong membintangi filem "Nora Zain Ajen Wanita 001", berlakon dalam "Melanchong Ka-Tokyo" di Tokyo dan merupakan pengarah wanita pertama apabila mengarahkan "Ceritaku Ceritamu".

MASALAH KEWANGAN

Saya difahamkan, kesudian Sa'adiah menjayakan Fotorama "Airmata Di Aidilfitri" bukan kerana dia menghadapi masalah kewangan tetapi sekadar suka-suka disamping memenuhi permintaan Yamin Daud dan Raimee S. yang mengedalikan majalah berbentuk hiburan itu.

Agak menarik, turut berlakon sama, anak Sa'adiah sendiri, Fazlina Ahmad Daud.

Sepanjang pengetahuan saya, inilah pertama kali saya terjumpa senaskah majalah (Fotorama) menyiarkan komik menggunakan watak seniwati yang cukup popular seperti Sa'adiah.

Tidak pula dapat dikesan, sama ada seniwati-seniwati popular lain pernah berbuat demikian.

Seorang seniman yang turut berlakon dalam komik seperti Sa'adiah, Kuswadinata. Majalah Fotoramanya ada dalam simpanan saya, dan akan disiarkan bila tiba masanya nanti.

Jika ada sesiapa, menyimpan komik seperti apa yang saya ada ini, harap hantarkan (e-mail) kepada saya supaya dapat kita kongsi bersama.



SEBAGAI ANAK MUDA BIASA, SHAMSIAH DAN HISHAM JUGA DILAMUN CINTA...

SHAMSIAH: Apa masalahnya Sham? Ah, lupakan la segala masalah buat sementara waktu marilah kita menikmati kedamaian pantai ini.



SHAMSIAH: Ayuh Sham! Jangan ikut dilamun perasaan tu!

HISHAM: Tapi! Hatiku berat untuk berbuat begitu! Ya! Biarlah aku berterus terang supaya tenang hati ini.

SHAMSIAH: Katakalah Sham! Yah rela mendengarnya.

HISHAM: Berat juga hatiku nak katakan.

SHAMSIAH: Katakanlah Sham. Agar hatimu tak terkilan nanti.

HISHAM: Sebenarnya kita terpaksa lagi. Aku ditukarkan ke Kuala Lumpur.

SHAMSIAH: Oh nampaknya Yah terpaksa menanggung rindu lagi.

HISHAM: Tapi percayalah sayang, dimana pun aku pergi hatiku dan hatimu tetap padu.

SHAMSIAH: Apakah kata-kata itu dari hati yang suci? Atau hanya penghias bicara.

HISHAM: Demi cinta kita sayang! Ianya terbit dari hati yang suci.



EN. HARUN: Emak kau ada di rumah Lina?

LINA: Oh, Pak Cik Harun mak ada di dalam.

TIBA-TIBA MAK TINAH BERSUARA

MAK TINAH: Eh! En. Harun! Jemputlah masuk!

EN. HARUN: Terima kasih cik Tinah.

MAK TINAH: Silalah duduk! Apa halnya En. Harun kemari ni? Oh! tentu pasal wang itu ya?

EN. HARUN: Memang tepat! Saya perlu sangat wang itu dijelaskan segera! Maklumlah hari dekat hari raya ni.

MAK TINAH: Kami pun susah En. Harun. Tolonglah beri saya sedikit masa untuk mendapatkan wang itu...



MAK TINAH: Nantilah saya cuba minta si Jamil hantarkan wang itu.

EN. HARUN: Yalah! Saya dengar si Jamil sudah senang lenang di Kuala Lumpur. Sekadar wang $5,000/= tak menjadi masalah padanya. Baiklah Cik Tinah lagi 10 hari saya datang!

SHAMSIAH: Eh! pak cik Harun. Lama sampai?

EN. HARUN: Baru sebentar! Dari mana ni Shamsiah.

MAK TINAH: Dari mana kau ni Shamsiah? Sampai senja begini baru balik?

SHAMSIAH: Yah! Pergi ke kelas jahitan mak!

MAK TINAH: Jom! Lekas pergi sembahayang dan siapkan untuk berbuka puasa.

SHAMSIAH: Baiklah mak!



DI PEJABAT JAMIL DI KUALA LUMPUR.

JAMIL: Oh, mak aku perlu wang rupanya.

ANITA: Hello! Tunggu sebentar ya! Darling! call for you!

JAMIL: Mungkin dari Dol tu. Oh kau Dol! Macamana! Berita baik?

DOL: Beres boss! Ongkosnya ada saya simpan. He he Bagus! Bagus!

ANITA: Congratulation darling.



SHAMSIAH MENGHANTAR HISHAM KE STESYEN BAS.

SHAMSIAH: Mana basnya, Sham?

HISHAM: Tu di hujung sana.

SHAMSIAH: Semasa di KL tu jangan lupa jumpa dengan abang Jamil ya!

HISHAM: Yalah! Nanti aku cari dia... Sampaikan salamku pada ibumu ya?

SHAMSIAH: Insyaallah!

HISHAM: Er, jangan lupa tulis surat tau!

SHAMSIAH: Hari Raya nanti mesti balik kampong ya.

HISHAM: Baiklah Yah aku pergi dulu, dan jaga diri baik-baik. O.K. Yah, selamat tinggal.

SHAMSIAH: Bye! Selamat jalan.



PADA SUATU PAGI, MAK TINAH TERIMA SEPUCUK SURAT DARI ANAKNYA JAMIL...

MAK TINAH: Oh, syukurlah kau akan pulang di hari raya nanti.

En. HARUN: Assalamulaikum!

MAK TINAH: Waalaikum mussalam! Oh, En. Harun silakan duduk.

EN. HARUN: Er, saya rasa cik Tinah tidak menghampakan saya kali ini.

MAK TINAH: Secara kebetulan Jamil ada hantar sebanyak $2000/= yang bakinya dia akan hantar pada bulan depan.

EN. HARUN: Mana boleh begitu cik Tinah! Ini tak boleh jadi!!



EN. HARUN: Apa kata kalau cik Tinah melayan saya seperti suami cik Tinah... Kalau cik Tinah setuju! Semua hutang boleh dilupakan...

MAK TINAH: Tidak! En. Harun.

EN. HARUN: Sebenarnya saya sudah lama memendam rasa terhadap cik Tinah.

MAK TINAH: Selama ini saya menghormati En. Harun! Jangan ingat En. Harun banyak wang boleh beli maruah saya! Ini satu penghinaan!

EN. HARUN: Saya cuma memberi cadangan kalau-kalau cik Tinah setuju.









MAK TINAH: Saya tak tahan lagi dengan penghinaan ini... Sila keluar dari sini, segera!

SHAMSIAH: Ada apa hal ni mak? Bunyi macam orang bergaduh je?

MAK TIMAH: En. Harun ni cuba berbuat kurang ajar pada mak!

EN. HARUN: Saya pulang dulu cik Tinah!

SHAMSIAH: Sungguh tak ku duga rupa-rupanya pak cik Harun ni syaitan bertopengkan manusia. Entah dah berapa ramai yang menjadi mangsanya.



KEHIDUPAN JAMIL DI KUALA LUMPUR SUNGGUH SOFISTIKATED. DIA SELALU BERTUKAR TEMAN WANITA DAN BERJOLI KESANA-KEMARI SEOLAH-OLAH DUNIA INI DIALAH YANG PUNYA.

NOREEN: Abang janji nak bawa I melancung ke Disney Land?

JAMIL: Tunggulah sedikit hari lagi.

NOREEN: I rasa tak sabar nak ke sana. Bila lagi bang!

JAMIL: Tenguklah nanti kalau projek bulan ini ada untung lebih.

NOREEN: Jom kita bermain-main di tasik sana!

JAMIL: O.K. seronok juga ya!

NOREEN: You tak balik kampong hari raya ni?

JAMIL: I dah berjanji dengan mak, nak beraya di kampong. Sudah dua tahun I tak balek kampong, rindu juga rasanya.

NOREEN: Anak manja katakan.



1 SYAWAL SUDAH MENJELMA SUARA TASBIH DAN TAHMID BERGEMA DI MENARA MESJID DI SANA SINI.

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR LAILAHAILLALLAH HUALLAH HUAKBAR ALLAHUAKBAR WALI LLAH HILHAMD.

MAK TINAH: Shamsiah! Kau dah sembahayang subuh nak!

SHAMSIAH: Sudah mak! Apa hal mak ni, kan subuh dah habis ni.

MAK TINAH: Kalau begitu tolong kemas-kemaskan rumah, kejap lagi tentu abang kau sampai!

TIBA-TIBA BUNYI PINTU DIKETUK DENGAN KUAT...

MAK TINAH: Eh, itu suara abang kau. Lekas pergi buka pintu!



MAK TINAH: Memang benar itu suara Jamil! Shamsiah! cepat buka pintu abang kau dah pulang!

LINA: Nanti Lina pergi buka mak!

DENGAN TIDAK DISANGKA-SANGKA SUASANA RIANG BERUBAH MENJADI KELAM.

JAMIL: Mak cepat bukan pintu!

DUM! DUM! DUM!

LINA: Abangg!!

SHAMSIAH: Ya Allah! Mengapa begini bang!?



MAK TINAH: Anakku Jamil!! Ya Allah!!

SHAMSIAH: Kenapa jadi begini bang!!

JAMIL: Aaduhh!! Mak, ampunkan saya mak!!

MAK TINAH: Anakku Jamil! Kenapa jadi begini nak?

JAMIL: Aduh! Uhhh!



MAK TINAH: Oh Jamil! Mengapa kau pulang dalam keadaan begini nak!!

JAMIL: Ampunkan saya mak!! Aduhhh!!

SHAMSIAH: Apa harus kita buat mak!! Siapa menembaknya?

HISHAM: Pihak polis menembaknya!!

SHAMSIAH: Kau Hisham?! Tapi kenapa?

HISHAM: Panjang ceritanya!

SHAMSIAH: Cerita macamana bang?



SHAMSIAH: Ceritalah bang, biar kami tahu sebab-sebabnya!

HISHAM: Jamil adalah ketua kumpulan sebuah syndicate! Mereka pernah merompak bank dan membunuh! Dia diburu polis semalam selepas berlaku rompakan di sebuah bank.

MAK TINAH: Oh Jamil! anakku. Mengapa kau sanggup melakukan itu semua. Lupakah kau pada pesanan arwah ayahmu? Carilah rezeki yang halal! Setiap perbuatan jahat akan dibalas dengan jahat! Mak tidak mengharapkan wang haram itu! Hummm...

SHAMSIAH: Tolonglah bang! Lindungi abang Jamil!!



SHAMSIAH: Tolonglah abang.

HISHAM: Sebagai seorang inspektor polis, aku tak mampu melakukan itu Yah! Maafkan aku.

MAK TINAH: Takku sangka-sangka, kalau inilah yang kau cari di Kuala Lumpur sumpah mak tak relakan kau pergi dulu... Banyak kerja-kerja halal yang boleh kita buat di bumi Allah ini! Rezeki ada di mana-mana. Kalau dia bersalah, kau bawalah dia Hisham dan adililah dia! Yang salah tetap salah.

SHAMSIAH: Oh Abang Jamil!!

DEMIKIANLAH BERAKHIRNYA SEBUAH TRAJIDI TRAJIS DI PAGI AIDILFITRI...

SEKIAN.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA

SALOMA

BAHYAH MAHMOOD

DEEPIKA PADUKONE

UTUSAN RADIO & TV

VICTOR MATURE

R.AZMI

LATIFAH OMAR






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 mukasurat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P.Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun disebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P.Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar negara untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.








5 comments:

  1. Tak tau saya Sa'adiah ada berlakon dalam komik.
    Inilah pertama kali saya melihatnya.
    Terima kasih Encik Mustafar A.R. dan Puan Zaini Yusop
    kerana menyiarkan cerita dalam Fotorama tersebut,
    yang saya kira ramai yang tidak tau.
    Satu cadangan dari saya, untuk lebih menarik lagi
    ada baiknya, Encik Mustafar sertai juga dialog-dialog
    di bawah setiap foto sebagaimana yang dilakukan terhadap
    entri Majalah Hiburan Dulu-Dulu, kerana dari foto susah nak baca.
    Diharap cadangan saya ini tidak membuatkan Puan Zaini tersedak.

    - SOFEA (via e-mail), Putrajaya, WP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah sound kat Zaini.
      Tapi, dia tak tersedak pun, malah katanya,
      memang bagus dialog-dialog tu disertakan sekali.
      Sekadar foto saja ramai tak tau ceritanya.
      Sa'adiah kan public figure, tentu ramai nak tau.
      Bagaimanapun, katanya, take time.
      Siap saja pasti post.
      Sofea, harap bersabar ya...

      Delete
    2. Saya juga setuju, dialog-dialognya
      dicatatkan di bawah setiap foto.
      Baru kita tau apa ceritanya.

      - Ananda, Tg. Balai, Sumatra.

      Delete
    3. Permintaan untuk disertakan dialog-dialog
      dibawah foto sudah dipenuhi.
      Diharap Sofea dan Ananda, puas hati.

      Delete
  2. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar bil-bil anda atau memulakan perniagaan anda sendiri? sila hubungi kami di johnsonleehelpfund@gmail.com untuk maklumat lanjut mengenai tawaran pinjaman berpatutan anda.

    ReplyDelete