Tribute... Raja Idris Shah (17/8/1924-31/1/1984) Sultan Perak Berjiwa Seni (Update: 8/12/2016)

* Kalau Rindu * Semalam Di Subang * Cempaka Sari * Namamu Dibibirku * Pulau Pangkor >> Cerita Menarik Di FK. Tunggu...

Wednesday, September 24, 2014


NASI TANGAS MENJIJIKKAN

APAKAH INI CORAK FILEM YANG KITA MAHU?
Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai

SEKSI SELEBRITI INDONESIA
nampak seksi bukan bererti dedah semua

# ULASAN & KRITIKAN___

* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM * CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# LIMA ARTIKEL PALING DIMINATI___
(SETAKAT 24 SEPTEMBER 2014)

* SEKSI SELEBRITI INDONESIA (84,301) * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA (58,606) * PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI (54,577) * SELAMAT PENGANTIN BARU (34,916) * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT (13,135)





NASI TANGAS (NASI KANGKANG)

DAVID TEOH (PRODUSER) & HASHIM REJAB (PENGARAH)

(Sumber: MetrowealthPictures)

NASI TANGAS (NASI KANGKANG) MENJIJIKKAN
Dipetik dari blog Gua.Com.My
(19 September 2014, via-Yahoo)

BAGI peminat filem bergenre seram, GUA sarankan anda pergi menonton filem terbaru terbitan Metrowealth, "Nasi Tangas (Nasi Kangkang)". Walaupun ini merupakan filem seram pertama arahan Hashim Rejab, namun hasil filem ini ternyata tidak menghampakan.

Namun, amaran buat mereka yang mungkin tidak tahan, mudah loya atau geli dengan benda-benda yang kotor kerana filem ini memaparkan banyak perkara yang menjijikkan.

Permulaan filem ini saja sudah mampu membuat anda terasa kembang tekak. Malah ketika menghadiri tayangan media filem tersebut baru-baru ini, ada juga penonton yang tidak tahan sehingga keluar dari panggung.

Tidak dinafikan banyak babak jijik yang disajikan sehingga mungkin boleh membuatkan anda tidak lalu untuk makan nasi selepas menonton filem ini.

Sungguhpun menjijikkan, namun dari sudut positif filem ini boleh dikira sudah berjaya kerana mampu meninggalkan kesan terhadap penonton. Namun, pada pendapat GUA, walaupun mendapat klasifikasi 13PG, namun ia tidak berapa sesuai untuk tontonan kanak-kanak biarpun mereka di bawah bimbingan ibubapa.

Menyentuh soal pelakon pula, apabila melihat barisan nama pelakon yang membintangi filem ini semuanya masih baru, pasti penonton berfikir beberapa kali untuk membeli tiket. Namun percaturan berani yang dilakukan oleh pihak produksi ini nyata tidak menghampakan kerana kesemua pelakon berjaya membawa watak mereka dengan baik sekali.

Elemen seram juga agak memuaskan kerana ada juga babak-babak yang membolehkan penonton terkejut. Pendekkata, filem yang sudah ditayangkan bermula 18 September ini harus ditonton oleh penggemar filem seram kerana ia cukup ramuan bagi sebuah filem bercorak seram.

SINOPSIS___

Hairi dan Fatin merupakan sahabat baik sejak zaman universiti lagi. Keakraban mereka membawa sehingga ke alam pekerjaan di mana mereka sama-sama membuka serta mengusahakan restoran sehingga berjaya. Pada masa yang sama, Hairi juga mempunyai seorang teman wanita bernama Mira.

Persahabatan Hairi dan Fatin seringkali menimbulkan rasa negatif di hati Mira kerana Fatin lebih memahami serta mengenali Hairi melebihi dirinya. Hairi dan Mira akhirnya disatukan dan setelah berkahwin, kehidupan rumahtangga mereka berdua sangat bahagia.

Namun, persahabatan yang terjalin antara Hairi dan Fatin tetap dicemburui oleh Mira lebih-lebih lagi apabila Mira beberapa kali ternampak kemesraan suaminya dan Fatin di restoran mereka. Mira mula syak Fatin menggunakan ‘sesuatu’ kepada suaminya.

Apakah tindakan yang dilakukan oleh Mira? Adakah dia berjaya menyelamatkan rumahtangganya?








AZWAN KOMPOS & ADIBA YUNUS

SHIMA ANUAR & HERMAN TINO

KOMEN-KOMEN___
(Seiring Dengan Artikel Gua.Com.My)
Di Edit Oleh ZAINI YUSOP

* Nia
David Teo ini jenis manusia yang suka menyogok orang-orang Melayu dengan cerita-cerita macam ini. Cerita yang tidak memberi manfaat. Kenapa orang-orang Melayu mudah suka dengan hiburan-hiburan yang sebegini.

* Nie
Malaysia masih tidak dapat lari daripada menghasilakn filem yang mesti ada unsur sex dan perempuan jahat untuk memastikan dan menarik orang ke panggung wayang. Jika nak buat filem involve 'direct sex' confirm kena sensored oleh penapis filem. Ya tak iya, buat cerita ala-ala hantu ni yang boleh selit unsur sex. Secara peribadi, saya tidak suka cerita sedemikian sebab plot cerita dah dapat diagak. Cuma dari segi grafik saja, dah canggih guna software yang latest. Seperti terbukti dari artikel diatas dimana ada penonton loya dan keluar dari panggung kerana terlalu loya. Secara teknikalitinya, Metrowealth berjaya, tapi dari segi cerita, takda lah sangat.

* Baharom
Apa lah movie ni. Tajuk pun carut... kotor... geli... Lembaga Penapis Filem dan Finas, buat apa? Mengakang ke...?

* Abdul
Buat malu bangsa Melayu je... buat cerita macam ni. This is to show that as if Malays got nothing better to do. Please lah tutup saja industri filem ni, selagi tak boleh buat cerita yang bermanfaat.

* Ga1
Filem Malaysia asyik cerita hantu or gangster aje yang aku nampak. Tak ada cerita lain ke?

* Alwi Saad
Belum tengok lagi... tapi dari gambar hiasan atau poster 'hantu' biasanya muka bertepong atau matanya dikelilingi tompok hitam. Kenapa hantu-hantu filem Melayu beracuan yagg sama?

* Nathan
Really disgusting... desperate to make money. Should ban this movie.

* Camelia
Zaman dah moden, ada lagi ke nasi kangkang? Merosak dan menjijikan adat Melayu aje...

* Ali
Ni kategori filem jijik bukan filem seram. Filem-filem macam ni sepatutnya diharamkan. produser, pengarah, pelakon, production crew dan lain-lain suruh minta maaf secara terbuka, didenda dan dikenakan hukuman khidmat masyarakat.

* Mastura
Filem ini sindir seseorang ke? Kalau iya... kedudukan David Teo, nampaknya, dalam bahaya.

* Ayie
Zaman P.Ramlee dulu pun ada filem hantu dan seram, tapi taklah seteruk filem ini. Jijik dan meloyakan.

* Lysha
Compare movie kita dengan filem di negara jiran Indonesia, mostly berkonsepkan sejarah, ilmuan, falsafah..., membina minda.

* Sharazade
Merosakkan bangsa saja cerita-cerita macam ni. Yang suka hasad dengki dapat idea menyantau dan mengenakan orang lain. Yang baik pula jadi mangsa. Bomoh songsang jadi kaya-raya. This might sound outlandish to some of you, but this santau thing really does exist in our society. Nauzubillah.

* Aini Abdul Rahman
Kita marah bila David Teo keluarkan cerita macam ni... tapi bila ada filem yang hebat dan berkualiti tak pulak yang nak tengok. Kata filem beratlah, bosanlah dan macam-macam lagi. Jadi siapa yang nak dipersalahkah?... So David buat cerita ikut selera penonton lah... sebab itu yang penonton mintak...

* Baqeed
Metrowealth is Cina punya, David Teo. Dia tau dia tak boleh saing lain genre dengan pengarah lain yg mampan. Dia cuma nak kaut untung. Tiada kualiti dari David Teo. Harus di ban cerita karut marut dan kurafat dan jangan beri towkay Cina ni kaut untung dari penonton Melayu. Pulaukan Metrowealth kerana Cina pegang dan nak kaut untung. Yang menonton kira berdosa yang mengiya dan menduakan Allah.

* Toni
Orang Melayu kehabisan idea mengeluarkan filem yang boleh memenuhi selera penonton alaf ke-21? Menyedihkan!!! Saya sangat 10 kali bersetuju filem ini menjijikan. Bagaimana hendak menonton filem yang menjijikan? Pengarah-pengarah Melayu agaknya dah taksub sangat mengarah filem yang rendah mutu!!! Lebih baik jadi nelayan moden daripada mengarah filem mengarut.

* Rosnah
Tulah... kurafat... macam ni macam mana nak maju... Bila Dr. Tun Mahathir komen apa-apa aje orang Malaysia ni mula tak puas hati... tapi cuba kita tengok... kita semakin dok mundur... dan banyak anak bangsa kita dah tidak tentu arah... kenapa nak buat cerita macam ni... buatlah cerita yang boleh dicontohi anak-anak muda sekarang supaya hidup mereka lebih berkualiti dan maju kearah kejayaan...

* Selva
Apalah penerbit filem-filem Melayu sekarang nak buktikan???? Cerita hantu... seram... rempit... takde cerita lain ke??? Mereka ini nak menyampaikan mesej macam mana kepada penonton Malaysia kita ini??? Oklah, kita bukan harapkan mereka menerbit filem-filem setaraf Allahyarham Seniman Agung P.Ramlee, tapi buatlah filem-filem yang ada kualiti dan mesej untuk penonton.

* Zamre
Masih ramai orang Melayu yang nak melakonkan filem macam ni. Tak payah minat pun tak rugi, filem pasal makan, kemaruk nak kawin aka kemaruk celah kangkang, letak ulat sikit, makan dengan mulut yang bersepah nasi, menjerit-jerit, tu semua dah kira paling hebatlah bagi produser, pengarah dan pelakon akhir zaman. Sampah. Terus menjahanamkan generasi Malaysia dengan filem-filem sampah.

* Nice
Haa..haa.. haa... aku lebih rela tengok cerita Tamil... "Sivaji The Boss" tu... berbanding cerita Melayu hampeh ni... walaupun adegan tumbuk menumbuk dia orang impak tak masuk akal... tapi aku terhibur jugak la... terutama disaat rakyat jelata dihimpit kenaikan kos sara hidup bagai tiada tempat mngadu nasib... moral of the story tu ringan dan mendalam... bukan moral yang jijik lagi hina!!!

* Abdul
Buat malu bangsa je buat cerita macam ni. This is to show that as if Malays got nothing better to do. Please la tutup aje industri filem ni selagi tak boleh buat cerita yang bermanfaat.

* Bahieya
MIG dan boss dia orang, David Teo, suka buat filem ceritanya yang memperbodohkan dan menjahanamkan Melayu. Contoh "Adnan Sempit", "Longkai" dan "Nangkung". Kenapa dia tak buat filem bangsa dia sendiri asyik dok sibuk cerita pasal bangsa Melayu. Aku tak racist tapi cara dia, buat aku jadi rasict dan sebab dia aku tak tengok cerita Melayu kat panggung wayang sebab cerita memperbodohkan bangsa Melayu sendiri. Sedar la Melayu... Melayu mudah lupa.

* Jebat
>Kerajaan mesti mewajibkan pembikinan setiap filem Melayu mesti dapatkan kerjasama dannasihat Jabatan Agama Islam Pusat atau Negeri. Supaya adegan-adegan jahiliah, samada yang menjurus kepada perbuatan, pakaian, amalan sekelumit masyarakat Melayu, meskipun pernah berlaku dan mungkin masih berlaku, tidak di dedahkan, diangkat seakan itu suatu kebiasaan menjadi budaya dalam masyarakat melayu Islam. Untuk menghasilkan filem-filem Melayu yang dapat di letakkan sebaris di garisan hadapan dengan filem-filem bertaraf dunia, memang tidak ada. Lebih kerap dari tidak... yang tercorot. Dan kita boleh bayangkan gulungan macam mana yang pergi menonton. Banyak faktor penyebab, ketiadaan pengarah yang berwibawa, perbelanjaan ala-kadar, pelakon, pulangan pelaburan terhad... semuanya memaksa filem-filem Melayu dibuat ikut selera orang Melayu untuk orang Melayu saja. Soalnya... orang Melayu dan selera orang Melayu yang macam mana yang pergi menonton? Cakap pun tak guna... kamu orang-orang Melayu fikirlah sendiri...

* Jasni
Yang bersalah dalam hal ini, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia, Lembaga Penapis Filem, Jakim dan Finas. Mereka tak buat kerja, makan gaji buta.

* Syahatul Akma
Kalau movie, tak habis-habis kalau tak cerita hantu, cerita gangster. Hantu, gangster. Hantu, ganster. Hantu, ganster. Hantu... hantu... hantu... Gangster... gangster... gangster... Kalau drama, mak bapak kawin paksa. Mula-mula tak suka. Pastu bercinta. Dah bercinta, mentua tak suka. Sat lagi, orang pun komen, kalau dah hebat sangat dan banyak sangat komplen, pi buat filem sendiri. Lol!!!

* Kiera
Buat la filem animasi macam "Shrek" atau pun "Frozen" tu ke... magic-magic macam Harry Potter ke, macam "Jurasic Park" ke... mau jugak aku pi tengok...

* Angel
It's a true story... women uses to control the uncontrol man... one of my aunty did it, her husband like slave until he died in accident. She, after 1 1\2 years paralyzed. Don't do evil. If a man don't love u, let em go. U live a peaceful life. Love must come from within... not by force, or evil. Gods don't like it. It's unnatural. Lying yourself. The meaning of your life is nothing, but dirty trash.

* Zulman
Sebab tu la... Tun Mahathir cakap, Melayu mundur... Malas la tu... Tak habis-habis dengan cerita hantu dan seram. Memperbodohkan orang Melayu...

* Norman
Kononnya, David Teo ni nak jadi Run Run Shaw, Loke Wan Tho, Runme Shaw atau pun Ho Ah Loke, tapi ternyata gagal...









MINYAK DAGU

PUAKA

ULASAN FK___
Oleh MUSTAFAR A.R.

Nampaknya cacing sudah naik ke mata. Terus-terusan filem genre hantu dan seram sebegini dihasilkan. Tajuknya, "Nasi Tangas (Nasi Kangkang)", pun sudah jijik dan memualkan. Apatah lagi kalau menontonnya.

Apakah fungsi Finas dan Lembaga Penapis Filem (Lpf)? Membiarkan saja. Tidakkah ada tindakan diambil. Apakah hanya mengubah tajuk, Nasi Kangkang ke Nasi Tangas, sudah memadai. Itu pun, Nasi Kangkang masih dipakai dalam kurungan, tidak ada beza, sama saja.

Saya sangat dukacita tentang perkembangan filem Malaysia sejak akhir-akhir ini, ada kecenderungan pengeluar filem melahirkan filem syirik dan kurafat yang jelas merosakkan akidah, memungkinkan filem kita bukannya maju kedepan tetapi undur kebelakang.

Soalan cepumas, mahu kemana filem Malaysia?

Dalam tahun-tahun 1950an hingga 1970an, boleh dianggap zaman filem-filem P.Ramlee, filem hantu dan seram tidak banyak. Boleh dibilang dengan jari.

Antaranya "Pontianak", "Orang Minyak", "Hantu Jerangkong", "Hantu Kubor", "Gergasi", "Anak Setan" dan "Puaka".

Sejak tahun-tahun 1980an sampai kini, bersepah-sepah. Saya belum buat kajian, berapa banyak. Nanti saya suruh Zaini semak. Satu artikel mengenainya akan disiarkan.

Antaranya "Pontianak Harum Sundal Malam", "Puaka Tebing Biru", "Zombi Kampung Pisang", "Jangan Pandang Belakang", "Waris Jari Hantu", "Orang Minyak", "Susuk", "Hantu Kak Limah Balik Rumah", "Pontianak Vs Orang Minyak" dan "Minyak Dagu".

Ada 4 sebab mengapa filem genre ini merebak dan membiak.

1. Finas semacam mengalakkan kerana, tidak ada teguran dibuat.
* Sepatutnya skrip (cerita) rujuk dulu kepada Finas untuk semakan.

2. Gunting lembaga penapis filem tumpul, tidak tajam.
* Lembaga penapis filem, biasanya, ada alim ulamak. Apa mereka buat?

3. Peminat filem, ramai gemar menonton filem hantu dan seram.
* Tabiat mereka, orang Melayu terutamanya, susah nak berubah.

4. Mentaliti panel juri festival filem Malaysia.
* Calon banyak sangat filem karut marur dan tahyul mahyul.

Kita dapat lihat, "Penanggal" dicalonkan 15 kategori untuk FFM26. Ini berupa galakan dan sangat membimbangkan Klik Di Sini.

Sudahnya, filem genre sebegini akan menguasai dunia filem Malaysia, filem seperti "Tanda Putera" akan terpinggir, tidak ada produser dan pengarah nak buat. Shuhaimi Baba, mungkin kecewa dan serik.

Oleh yang demikian, Finas dan pembesar-pembesarnya yang bijak bistari harus bertindak, jangan sampai terlajak perahu, nanti susah berpatah balik. Takkan perkara ini pun, Ahmad Shabery Cheek nak masuk campur.

Sebagai pengajaran kepada produser dan pengarah filem, jangan main buat saja fikirkan juga implikasinya, "Nasi Tangas (Nasi Kangkang)" patut ditarik balik tayangannya.

Dalam erti kata lain, DIHARAMKAN!!!


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA

SALOMA

BAHYAH MAHMOOD

DEEPIKA PADUKONE

UTUSAN RADIO & TV

VICTOR MATURE

R.AZMI

LATIFAH OMAR





KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 mukasurat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P.Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun disebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P.Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar negara untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.








9 comments:

  1. Setelah menonton "Nasi Tangas (Nasi Kangkang)" dengan
    produsernya David Teo ini, jelas memang jijik dan meloyakan.
    Setuju dengan Mustafar A.R., bagus kalau ia diharamkan.
    Nak juga tanya, panel lembaga penapis filem tak buat kerja ke?

    Drp: Roslan (Uitm), Shah Alam, Selangor.

    ReplyDelete
  2. Dah tonton, bagus sungguh filem ni.
    Dalam FFM27 nanti bolehlah panel juri,
    calonkan 20 kategori termasuk
    Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.
    David Teo pula boleh kasi anugerah istimewa
    kerana berjaya memperbodohkan orang Melayu.

    - Kak Limah, Batu Gajah, Perak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melampau la lu Kak Limah, balik kampunglah.
      Jangan perli-perli la... nanti itu Fadli marah.
      Kan katanya "Tanda Putera" tak bagus, tak logik..
      "Penanggal" bagus, logik dan patut menang Filem Terbaik.
      Kalau dia terus jadi juri, "Nasi Kangkang" is the best.
      Kemudian boleh istihar Filem Terbaik FFM27.

      - Zombi Pinang Sebatang, Pulau Pinang.

      Delete
  3. Bodoh punya, David Teo.
    Run Run Shaw dan Ho Ah Loke pun,
    tidak buat filem bodoh macam ini.

    KamalDin (UKM) Bangi, Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.
      Run Run Shaw keluarkan filem
      "Anak Pontianak" dan "Hantu Jerangkung"
      Ho Ah Loke dengan filem
      "Pontianak" dan "Orang Minyak".
      Tapi ada seninya, tidaklah seteruk filem
      "Nasi Tangas (Nasi Kangkang)" ini.

      Delete
  4. Finas patut haramkan
    David Teo buat filem Melayu.
    Suruh dia buat filem Cina.
    Nasi Kangkang versi Mandarin.
    Apa macam...

    Azizzul, Selayang, Selangor.

    ReplyDelete
  5. Tidak pernah saya tengok filem sejijik ini.
    David Teoh memperbodohkan orang Melayu.
    Setuju, kalau diharamkan...

    - Balqis (USM), P.Pinang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem Melayu semakin mengarut.
      Kisah yang memalukan orang Melayu.
      Dengan lulusnya filem ini untuk tayangan oleh LPFM,
      David Teoh berjaya memperbodohkan orang Melayu.
      Inikah corak filem yang patut dan mampu dikeluarkan...

      - Zambry (UKL), Kuala Lumpur.

      Delete
  6. Nasi Kang Kang..
    Takut akan kepanasan wap?
    Kemaluan sensitif terhadap asap dan wap?
    Takut kulit peha terkena sisi periuk panas?
    Takut terjatuh dan terduduk diatas nasi?
    Bulu jadi kerinting selepas menyediakan nasi kangkang akibat kepanasan yang terlampau?
    Selalu mencangkung ditempat yang salah menyebabkan wap terkeluar dari sarung dan tidak terkena kemaluan untuk dititis balik ke atas nasi yang disediakan?
    Masa yang terlampau panjang dan terpaksa menyidang nasi yang sudah sejuk dan kering, atau takut abang balik pada masa penyediaan?
    Effect yang hanya untuk jangka masa yang pendek dan perlu mengidang nasi kangkang selalu untuk menyikat hati si-dia?

    Semua ini bukannya masalah sekarang!

    Dengan teknologi terbaru yang ideanya dari mesin steamer salun kecantikan, Nasi Kangkang sekarang boleh dibuat dengan senangnya, hanya tekan sebijik butang "on", pastu duduk je kat situ tengok tv ke apepe, tunggu 15minit dan air ajaib akan dititis kedalam nasi dan Nasi Kangkang rumahtangga dah sudah disiapkan!
    Tidak menyederakan kemaluan!
    Tiada wap Panas!
    Tidak mengeringingkan bulu kemaluan!
    Tidak allergi!
    Tiada side efect!
    Lebih lembut terhadap kulit!
    Tidak perlu mencangkung dalam posisi yang bahaya!
    Ambil masa yang pendek dan tidak akan disyaki abang!
    Senang diguna, hanya tekan satu butang!
    Atau pakai apps untuk mengawal suhu dan kadar wap yang dikeluarkan!
    Cepat & senang diguna, boleh buat kat abang seminggu sekali!
    Tidak perlu pemasangan, plug & play!
    Mesin saiz kecil dan mudah disorok dibawah katil/atas siling!
    Teknologi terbaru!
    Meneyekalkan tradisi dalam cara yang moden!
    Layak mengambil bahagian dalam pernyertaan Nasi Kangkang nasional!
    Share dalam facebook untuk dapat discount bagi unit kedua!

    Tunggu apa lagi?
    Call saya sekarang untuk dapatkan mesin Nasi Kangkang ini sekarang juga!
    Free pos keseluruh Malaysia & Indonesia (sampai May 2016 sahaja)

    Call sya di 017-8100570 (Benet) atau SMS/Whatsapp saya untuk sebarang pertanyaan, gambar mesin dan testimonial pengguna selebriti yang puas dengan penggunaan mesin KangKang ini. 017-8100570. Ingat, 017-8100570.

    *Harga borong hanya untuk tempahan 5 unit keatas sahaja, dan hadiah percuma akan disertakan kepada pembeli borong kedai jamu atau pusat kecantikan tradisional.

    "Mesin kangkang, the future of your family is in your hand!"

    Tunggu ape lagi? Call sekarang untuk mendapatkan mesin KangKang terbaru, 017-8100570, untuk pembelian dan pertanyaan, 017-8100570, call sekarang untuk pos percuma, hanya sampai May 2016!! 017-8100570, ingat, 017-8100570!!!

    "Mesin kangkang, the future of your family is in your hand!"

    ReplyDelete