Tribute... A.R. Ismail (8/10/1929-15/1/1995) Pencipta Lagu Yang Tidak Patut Kita Lupakan (Update: 24/11/2016)

1. Bisikan Hati 2. Senja Berulang Senja 3. Dimanakah Cintamu 4. Aku Kecewa 5. Berikan Ku Sinar Harapan >> Kliks Disini

Friday, September 26, 2014


TERANG BULAN DI MALAYA (1941)

FILEM MELAYU SHAW BROTHERS YANG KEENAM
Kajiselidik Oleh Mustafar A.R. & Zaini Yusop



PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai

SEKSI SELEBRITI INDONESIA
nampak seksi bukan bererti dedah semua

# ULASAN & KRITIKAN___

* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM * CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# LIMA ARTIKEL PALING DIMINATI___
(SETAKAT 24 SEPTEMBER 2014)

* SEKSI SELEBRITI INDONESIA (84,301) * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA (58,606) * PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI (54,577) * SELAMAT PENGANTIN BARU (34,916) * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT (13,135)





YEM (KIRI) & TINA


SHAW BROTHERS
Pengarah: HAU YAN & WAN HAI-LING
Pelakon: YEM TINA PUTEH LAWAK ZURIAH ADI TARUNA DARA
HABSAH & AHMAD C.B.

Mula ditayangkan: 14 Oktober 1941
Kedudukan filem: Hilang

ULASAN FK___

Cerita sebenar tidak dapat dipastikan, tetapi kelahirannya kerana filem Indonesia "Terang Bulan" ("Terang Boelan") lakonan Raden Mokhtar dan Rokiah yang mendapat sambutan hangat, berjaya di box office.

Filem ini merupakan berbahasa Melayu keenam keluaran Shaw Brothers selepas "Mutiara", "Bermadu", "Toping Saitan", "Ibu Tiri" dan "Hanchor Hati".

Ia sempat ditayangkan sebelum berlakunya perang dunia kedua, pertempuran di Singapura antara tentera British dengan tentera Jepun bermula pada 7 Februari 1942.

Cerita ditulis oleh pengarahnya sendiri (Hau Yan dan Wan Hai-Ling), filem ini ditayangkan serentak di 3 panggung wayang di Singapura, Queens (Geylang), Sun (New World) dan Empire (Tanjong Pagar).

Dalam iklannya ada tercatat: The brilliance of this local product has given the producers and the directors the most pleasant of big surprises and it delighted the vast crowds at last week's midnight premiere. (Kecemerlangan produk tempatan ini telah memberikan kegembiraan yang mengejutkan kepada produser dan pengarah apabila orang ramai berpusu-pusu di tayangan perdana minggu lepas.)

Selepas filem ini lahir pula "Tiga Kekaseh", dan perancangan juga telah dibuat untuk memilemkan "Mata Hantu". "Tiga Kekaseh" yang dilakonkan oleh Che Juriah (Zuriah) dan Puteh Lawak sempat disiapkan.

Tetapi "Mata Hantu" (sedang dalam proses penggambaran) tidak dapat disudahkan kerana tentera Jepun menyerang dan berjaya menakluki Singapura.

Bukti menyatakan "Tiga Kekaseh" ada, terdapatnya iklan tersiar dalam The Straits Times (12 Mac 1947) dimana tayangannya di panggung wayang Seaside yang terletak di Taman Hiburan Happy World.

Ini bererti Shaw Brothers hanya mengeluarkan 7 filem berbahasa Melayu sebelum perang, bukan 8 atau 10 seperti yang tercatat dalam buku Singapore Cinema dan Shaw Online.

1. Mutiara (20 Julai 1940)
2. Bermadu (2 Oktober 1940)
3. Toping Saitan (9 April 1941)
4. Hanchor Hati (28 Jun 1941)
5. Ibu Tiri (27 September 1941)
6. Terang Bulan Di Malaya (14 Oktober 1941)
7. Tiga Kekaseh (12 Mac 1947)

Berkemungkinan, 10 filem yang dicatatkan oleh Shaw Online itu, termasuk "Mata Hantu" (tidak siap) dan dua filem Indonesia yang diedarkannya, "Terang Bulan" dan "Gagak Itam".








FAKTA___

* Pada tahun 1954, tajuk yang sama, "Terang Bulan Di Malaya", digunakan oleh Keris Film. Tidak dapat dipastikan apakah ceritanya sama dengan yang sedia ada, namun bintang utamanya dari Indonesia, Raden Mochtar dan Surkasih, dibantu oleh Rusini sebelumnya berlakon dalam filem color, "Buloh Perindu".

* Filem kedua dibintangi oleh Ahmad C.B., penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu patriotiknya, "Tanggal 31 Ogos" dan "Malaya Raya", selepas "Hanchor Hati", juga berlakon bersama P.Ramlee, Kasma Booty dan S.Roomai Noor dalam "Noor Asmara", yang diarahkan oleh B.S.Rajhans.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA

SALOMA

BAHYAH MAHMOOD

DEEPIKA PADUKONE

UTUSAN RADIO & TV

VICTOR MATURE

R.AZMI

LATIFAH OMAR





KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 mukasurat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P.Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun disebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P.Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar negara untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.








3 comments:

  1. Satu lagi informasi yang sukar diperolehi.
    Bertambah lagi pengetahuan saya mengenai filem lama.
    Terima kasih Encik Mustafar & Puan Zaini.
    Saya harap usaha yang baik ini terus dan diteruskan...

    Drp: DIANA (peminat setia FK), Kulaijaya, Johor.

    ReplyDelete
  2. Hebat bapak Mustafar ni ya...
    Sampaikan Singapore Cinema & Shaw Online
    tersalah fakta pun dapat dikesan...

    - Mas Adi, Tg. Balai, Sumatra, Indonesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaratnya mesti banyak membaca,
      dan buat kajiselidek dengan serius.

      Delete