Tribute... Raja Idris Shah (17/8/1924-31/1/1984) Sultan Perak Berjiwa Seni (Update: 8/12/2016)

* Kalau Rindu * Semalam Di Subang * Cempaka Sari * Namamu Dibibirku * Pulau Pangkor >> Cerita Menarik Di FK. Tunggu...

Saturday, November 8, 2014


PENERBIT FILEM PUNCA KES BULI - WARDINA

Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai

SEKSI SELEBRITI INDONESIA
nampak seksi bukan bererti dedah semua

# ULASAN & KRITIKAN___

* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 8 NOVEMBER 2014)

* SEKSI SELEBRITI INDONESIA - 89,619 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA
- 62,807 * PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI - 61,142 * SELAMAT PENGANTIN BARU
- 37,801 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT - 13,850




PENERBIT FILEM ANTARA PUNCA KES BULI - WARDINA
Oleh KEMALA OTHMAN
(The Star, 7 November 2014)


Wardina kata: Pengiat filem hasilkanlah filem yang beri inspirasi kepada penonton.

PELAKON dan pengacara Wardina Safiyyah meminta agar penerbit filem-filem berunsur gangster supaya bertanggungjawab terhadap kes buli melibatkan pelajar sekolah yang semakin berleluasa di negara ini.

Wardina berkata, kebanyakan filem gangster yang ditayangkan memberi inspirasi kepada penonton untuk melakukan tindakan ganas sama seperti pelakon-pelakon popular di layar lebar.

"Pembikin filem gangster seharusnya bertanggungjawab kerana merekalah yang memberi inspirasi terhadap kes buli yang berlaku. Ya, memang mereka bukan penyebab utama tetapi ia adalah salah satu faktor menyemarakkan sikap agresif remaja untuk bertindak sedemikian.

"Pembuat filem seharus mendidik masyarakat, bukannya semarakkan sifat agresif remaja melalui penghasilan filem ganas seperti gangster," ujarnya melalui laman sosial Facebook miliknya.

Tambah Wardina, penerbit filem tidak seharusnya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira terhadap kesan jangka panjang kepada masyarakat.

Jelasnya, alasan pada pengakhiran filem terselit pengajaran sekadar bagi mengurangkan rasa bersalah mereka kepada masyarakat.

"Kononnya ada pengajaran di penghujung cerita anda, tetapi realitinya tiada apa yang boleh dipelajari pada akhir cerita.

"Janganlah buat-buat tidak tahu dan buatlah cerita yang boleh memberi inspirasi dan menaikan semangat jati diri.

"Sebagai pekerja industri kreatif anda seharusnya ada banyak jalan untuk beri inspirasi kepada penonton dan jangan jadikan keuntungan sebagai agenda mutlak anda semua," ujarnya.

Wardina yang sedang menyambung pelajaran dalam bidang psikologi di sebuah universiti di Brisbane, Australia juga memberitahu keadaan tersebut memberi kesan terhadap tahap keganasan seseorang.

"Pembesaran kanak-kanak semuanya bermula daripada rumah, sedikit sebanyak filem-filem seperti itu menjadi punca utama yang mencorakkan perangai mereka ketika bergaul dalam masyarakat," ujarnya.

Berikut adalah antara intipati status Facebooknya:

“Kepada pembuat filem gangster ambil lah sedikit tanggungjawab kerana memberi “inspirasi” anak-anak MELAYU untuk membuli dan bertindak ala-gangster... Cubalah letak tepi sikit kerakusan mahukan keuntungan semata.

Kita semua tahu anda mahukan untung dan anda untung kerana ramai yang mahu menonton filem gangster anda. Demand and supply bukan?

Jangan salahkan anda tapi salahkan penonton yang mahukannya? Tapi fikirlah sikit kesan pada MINDA anak bangsa kalau ada secuit pun rasa tanggungjawab dalam diri. Atau anda tak peduli kesannya. Mengotori minda anak muda kita tak apa? Kononnya ada “pengajaran” di hujung cerita?

Realitinya tidak ada yang belajar dari penghujung cerita anda... yang kadangkala saya rasakan cuma diletakkan supaya tidaklah rasa ‘bersalah sangat’. Adalah alasan sebagai jawapan apabila ada yang bertanya kelak.

Budak-budak ini, anak muda kita ini, cuma ingat sikap ala-samseng dan gangster yang kononnya 'hebat' dan 'cool' itu... aduh... dilakonkan pula oleh artis pujaan dan ternama.

Anak muda mahu jadi seperti mereka. Bila ada peluang... nah keluarlah aksi yang telah dirakam dan disimpan dalam kepala. Jangan buat-buat tak tahu.


Yusof Haslam kata: Gunakanlah akal fikiran yang waras sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Rosyam Nor kata: Buli tidak boleh diletakkan kesalahan sepenuhnya atas bahu pembikin filem.


ROSYAM NOR TIDAK SETUJU KENYATAAN WARDINA
(Sumber: Malaysian Digest)

MALAYSIAN Digest mendapatkan kenyataan pelakon yang sinonim dengan filem gangster, Rosyam Nor tentang perkara ini dan beliau berkata perkara ini tidak boleh diletakkan sepenuhnya atas bahu pembikin filem kerana ianya satu pengaruh individu.

“Kes buli bukan berlaku hari ini malah, filem berunsur gangster sudah banyak dihasilkan. Penonton hari ini yang menonton filem kisah gangster bukan dalam kalangan mereka yang bodoh yang tidak tahu menilai baik dan buruk.

Sebaliknya, apa yang berlaku terhadap kes buli seperti ini adalah berpunca daripada pengaruh dalam diri masing-masing,” jelas Rosyam Nor.


BULI: WARDINA JANGAN SALAHKAN PEMBIKIN FILEM
(Sumber: Sinar Harian)

YUSOF Haslam, pemilik syarikat penerbitan Skop Productions, menasihati personaliti, Wardina, agar tidak terlalu menyalahkan pihak lain mengenai kes buli, termasuk penggiat seni dalam industri filem tempatan.

"Gunakanlah akal fikiran yang waras sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan terlalu lantang menyalahkan orang lain dalam apa juga isu yang timbul.

"Setiap kali menghasilkan filem, kami tidak berniat untuk menyebarkan benda yang bukan-bukan kerana di sebalik kisah yang dipaparkan, ada mesej yang ingin disampaikan. Malah, selain filem gangster, saya juga menghasilkan filem bercorak kepolisan.

"Kenapa apabila ada isu sebegini, kami yang dipersalahkan dan filem tempatan 'ditunjal' tanpa perkiraan? Sekiranya anda bukan berada di tempat kami, fikir dahulu sebelum berkata apa-apa perkara yang boleh membawa kepada keburukan," tegas pengarah ini.

Tambah penerbit "KL Gangster 1" dan "KL Gangster 2" ini, "seharusnya kesalahan tersebut tidak diletakkan di bahu industri filem memandangkan jumlah penonton di panggung wayang hanyalah sekitar 2 peratus sahaja.

"Sejajar dengan teknologi yang semakin canggih, filem bukanlah dilihat sebagai medium utama untuk mempengaruhi minda remaja, internet juga penyebabnya kerana pelayarnya kini, sudah mencapai 70 peratus."


Mungkinkah filem "KL Gangster 2" ini, menjadikan inspirasi terjadinya buli?

ULASAN FILEM KLASIK___

AGAK menarik, artikel saya "FFM26 Semakin Mengarut" dalam Mingguan Malaysia 28 September 2014 menjadi kenyataan. Itulah sebabnya, filem-filem gangster, seram dan sakit jiwa saya pertikaikan pencalonannya, dan tidak sepatutnya mendapat tempat istimewa dalam Festival Filem Malaysia FFM26, kerana buruk padahnya.

Unsur-unsur negatif dalam filem yang menjadi ikutan anak-anak remaja terutamanya haruslah dihindarkan, kerakusan mencari keuntungan cara begitu tidak membawa kebaikan, malah memudaratkan masyarakat kita apabila rakyatnya, terutamanya orang Melayu, terdidik ke arah keburukan, mengatasi kebaikan.

Apa yang diluahkan oleh Wardina, lahir dari kelembutan hati nuraninya, dalam Facebook, merupakan kebimbangan seorang isteri dan ibu yang prihatin terhadap kejadian kes buli yang sejak akhir-akhir ini sudah sampai ke peringkat melampau.

Benar apa yang dikatakan Wardina, filem sangat besar pengaruhnya terhadap anak-anak remaja. Mereka mudah sangat terikut-ikut dan tertiru-tiru. Kebiasaannya, bukan yang baik tetapi lebih cenderung kepada yang buruk.

Saya pernah terkena, apabila cucu saya meletakkan penumbuknya kemuka saya (bergurau), kerana terpengaruh dengan "Ultraman", saya tidak boleh marah, umurnya baru 4 tahun. Apalah dia tahu. Takkan saya nak letakkan penumbuk saya ke mukanya pula.

Apa pun, madu yang diberikan Wardina racun pula dibalas Rosyam Nor. Mentang-mentanglah membawa dan berlagak gangster dalam filem yang mencapai box office pula, komennya pun macam gangster juga. Ternyata dia bersikap bongkak dan sombong.

Katanya: "Penonton hari ini yang menonton filem kisah gangster bukan dalam kalangan mereka yang bodoh yang tidak tahu menilai baik dan buruk." Jelas, Rosyam Nor menganggap luahan hati Wardina itu, 'rubbish'.

Komen begini memperlihatkan betapa bodoh dan tololnya Rosyam Nor. Penonton dikalangan anak-anak muda mana mereka tahu menilai baik dan buruk, orang dewasa mungkin, itu pun sekadar mungkin sahaja. Tetapi belum tahu, mereka boleh menilai.

Wardina dah kata: Bila ada peluang... nah keluarlah aksi yang telah dirakam dan disimpan dalam kepala. Ya, betul, mereka masih mentah, belum boleh berfikir mana yang baik mana yang buruk.

Rosyam Nor ada anak dan cucu, kalau sudah terkena kepada batang hidung sendiri, baru dia tahu dan sedar, betapa kebimbangan Wardina itu berpijak di bumi nyata. Baru dia tahu dan sedar, langit itu tinggi atau rendah.

"Pembuat filem seharus mendidik masyarakat, bukannya semarakkan sifat agresif remaja melalui penghasilan filem ganas seperti gangster," ujarnya Wardina.

Ini nasihat cukup baik yang disampaikannya dengan ikhlas kepada pembikin-pembikin filem. Sepatutnya, nasihat seperti itu datangnya dari Finas dan Lembaga Penapis Filem bukannya dari Wardina.

Paling berkesan sekiranya, Ahmad Shabery Cheek, selaku Menteri Komunikasi Dan Multimedia, yang cakap macam yang Wardina cakapkan itu. Dan seterusnya, melarang filem-filem genre gangster itu jangan dibuat lagi.

Bila membaca komen Yusof Haslam pula, saya sangat-sangat berdukacita, kasar dan tidak berdiplomasi, macam gangster juga. Kemarahannya itu, sudah mengiyakan yang filem bercorak gangster salah satu penyebab mengapa berlakunya buli.

Lagi pun, Wardina tidak tujukan khas kepada sesiapa. Cuma orang yang makan cili merasa pedasnya. Ramai produser mengeluarkan filem gangster, Rosyam Nor pun bukan satu-satunya pelakon berperanan gangster.

"Anak Ku Sazali" filem gangster, "Samseng" filem gangster dan "Seruan Darah" pun filem gangster. P.Ramlee, Jins Shamsudin dan Ahmad Mahmood pun pernah membawa peranan gangster.

Justeru itu, sepatutnya Yusof Haslam tidak terburu-buru melatah dan mengecam Wardina yang pada hemat saya, niatnya cukup ikhlas dan jujur. Memanglah, apabila kepentingan kita diusik, melentinglah jawabnya.

Tetapi bak kata Yusof Haslam sendiri, "gunakanlah akal fikiran yang waras sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan." Nampaknya, cakap tak serupa bikin.

Mengenai Yusof Haslam mengeluarkan filem (siri tv) kepolisan, itu bukan isunya. Wardina tidak pun menyentuh hal tersebut, dan tidak perlu ditimbulkan.

Ingat, filem gangster bukannya mendorong berlakunya kes buli sahaja. Ia juga penyebab terjadinya bunuh, rogol, rompak, pecah rumah dan berbagai-bagai lagi genjala sosial yang kini berleluasa.

Wardina pernah merasai rumahnya dipecah. Yusof Haslam pun demikian, nasib baik dia ada pistol. Rosyam Nor saya tidak tahu, minta-minta dijauhi Allah, tidak akan berlaku apa-apa yang buruk.

Kepada Yusof Haslam, jika ada rancangan untuk mengeluarkan filem "KL Gangster 3" lupakanlah. Cukuplah setakat "KL Gangster 1" dan "KL Gangster 2". Duit bukan segala-galanya, di suatu masa nanti, apa yang kita bawa ke dalam kubur?

Terimalah luah hati atau nasihat Wardina itu, walaupun sukar untuk ditelan. Mengalah tidak semestinya kita kalah dan hilang maruah, malah sikap itu akan dihormati dan dipuji pula.

FFM26 sudah memilih "KIL" sebagai Filem Terbaik, dan sangat membimbangkan akan terdengar pula nanti, ada anak-anak remaja kita yang menggunakan exhaust kereta untuk cuba bermain 'bunuh diri', yang akhirnya akan membawa maut...


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA

SALOMA

DEEPIKA PADUKONE

UTUSAN RADIO & TV

VICTOR MATURE

R.AZMI

LATIFAH OMAR





KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 mukasurat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P.Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun disebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P.Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar negara untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.








4 comments:

  1. Saya jarang setuju dengan kenyataan Wardina sebelum ini, tetapi kali ini memang saya sangat-sangat setuju dengan dia. Sememang saya sudah lama merasa amat jelek dengan longgokan filem-filem gangster, hantu dan rempit yang dihasilkan kebanyakannya oleh MIG, Skop Productions, Grand Brilliance dan lain-lain. Sedih sebenarnya kerana penggiat seni kita semacam tiada idea baru untuk diketengahkan selain daripada mengikut acuan 'box office' sebelum mereka. Memang saya berpendapat mereka ini juga menyumbang kepada pelakuan sumbang dan kejadian buli yang kini menjadi isu panas negara. Manakan tidak... watak-watak gangster, bohsia dan mat rempit serta perlumbaan haram menjadi inspirasi kepada anak-anak muda kita untuk ditiru, ini terbukti apabila anak saya disekolah rendah sering mengadu yang kawan-kawan sebayanya disekolah sering mengajuk dan bercakap dengan gaya-gaya gangster dalam filem seperti "Lu sembang... wa tara takut sama lu ma. Lu lansi lu mati" dan berbagai ayat-ayat yang biasa kita lihat dalam fiem-filem Melayu sekarang. Bagaimana Yusof Haslam mahu menafikan fakta ini? Itu belum cerita aksi-aksi mat rempit mengusung anak gadis sebagai bahan taruhan, terlanjur diranjang dan pelbagai lagi aksi seks yang sering dipaparkan dalam filem Melayu seolah-olah kita menjulangkan lagi realiti sebenar keruntuhan moral anak-anak muda kita. Bayangkan anak-anak muda kita yang masih bersekolah rendah yang sebelum ini sangat naif tentang realiti kehidupan liar, sebilangan remaja dan masyarakat diluar sana sekarang sudah tahu apa aktiviti mat rempit, gangster, seks bebas, dadah, disko dan lain-lain kerana apa...? Kerana pengeluaran filem kita yang ghairah untuk mendedahkannya dilayar filem atas alasan menjadi tauladan, kehendak skip, realiti dan lain-lain alasan yang amat menjengkelkan. Apa pun, tahniah wahai produser filem Malaysia! - CharlieDelta155.

    ReplyDelete
  2. Saya sokong Wardina 100%. Yusof Haslam dan Rosyam Nor jangan nak menegak benang yang basah, sedikit sebanyak memang ada filem-filem sebegini mempengaruhi remaja dan kanak-kanak. Memanglah kau orang mempertahankan filem kau orang, pasal itu sahaja yang kau orang tahu untuk buat duit. Cuba ambil pendapat umum atau pungutan suara saya yakin 99.9% masyarakat umum setuju dengan pendapat Wardina - AzmanBudi.

    ReplyDelete
  3. Setuju dan sokong Wardina 100%. Tolak pendapat dan kenyataan Yusof Haslam dan Rosyam Nor 101% - AnitaDahlan.

    ReplyDelete
  4. Di Malaysia ni sebahagian masalah teruuusss berlaku bukan sebab tak tercapai dek akal akan punca atau penyelesaiannya

    tapi tak mahu berubah terutama bila mana ada pihak yang selesa mengaut untung dari situasi yang berlaku

    kemampuan akal diberi tuhan dipersia-siakan, keluasan bidang kriatif disempitkan seolah-olah tak buat filem sebegitu tak boleh hidup

    ini merupakan satu penjajahan minda terperangkap dalam kepompong ciptaan sendiri

    ReplyDelete