Tribute... Raja Idris Shah (17/8/1924-31/1/1984) Sultan Perak Berjiwa Seni (Update: 8/12/2016)

* Kalau Rindu * Semalam Di Subang * Cempaka Sari * Namamu Dibibirku * Pulau Pangkor >> Cerita Menarik Di FK. Tunggu...

Friday, December 12, 2014


MISI DAN VISI KP BARU FINAS

HARAPAN TINGGAL HARAPAN
Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



12+1 LAGU TERBAIK SUDIRMAN

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 12 DISEMBER 2014)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 94,341
* SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 66,528 * PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 65,125
* SELAMAT PENGANTIN BARU 40,141 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 14,624





KAMIL OTHMAN

Kamil Othman (kanan) dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh Leon Tan (kiri), Pengarah Eksekutif DragonSlate, Greg Coote, juga Pengarah Eksekutif DragonSlate, Mohd. Affendi Hamdan, Pengerusi Finas dan Jamaludin Bujang CEO MAVCAP.

MISI DAN VISI KAMIL OTHMAN
(Petikan Harian Metro)

SEPERTI Ketua Pengarah (KP) FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasio­nal Malaysia) terdahulu, Kamil Othman juga mempunyai misi dan visi sendiri. Malah, ketika pertemuan dengannya dimajlis sesi bersama media baru-baru ini, beliau dilihat meng­gunakan pendekatan lebih mesra.

Pada sesi tersebut yang berlangsung hampir dua setengah jam, Kamil yang sebelum ini memegang jawatan Naib Presiden Bahagian Kandungan Multimedia Kreatif, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) menggariskan beberapa perkara.

"Pada masa ini FINAS akan memberi tumpuan kepada tiga sudut utama iaitu melihat seberapa banyak judul filem yang boleh dieksport, pembangunan modal insan dan memperkenalkan fasiliti kita kepada pihak luar.

"Kami mahu memastikan pekerjaan datang kepada kita dan ­dengan adanya beberapa insentif yang diperkenalkan, contohnya Insentif Penerbitan Filem di Malaysia, dapat menarik banyak lagi produksi luar datang ke Malaysia.

"Kita juga nampak kebanya­kan pekerja filem terutama pengarah fotografi atau ­pelakon lagak ngeri tempatan tidak mempunyai jaminan khusus.

"Di Malaysia, belum ada pekerja filem yang melakukan kerja secara sepenuh masa atau separuh masa. Semua ­bergantung kepada produksi."

Beliau juga mahu mempercepatkan usaha mewujudkan undang-undang persatuan (guild law) yang boleh diguna pakai pada pering­kat industri kreatif. Apabila diperkemas, taraf pekerja filem akan dinaikkan melalui perakuan tertentu yang boleh diguna pakai jika bekerja di luar negara.

Berbicara lanjut mengenai ­judul filem, Kamil sedar ­produksi tempatan menghasilkan banyak karya tetapi kebanya­kannya untuk kandu­ngan tempatan.

Hanya enam judul filem mencecah 300 peratus pula­ngan, manakala 55 peratus lagi langsung tidak buat duit. Lebih menyedihkan, sebahagian besar daripada judul itu tidak layak dieksport ke luar negara.

"Saya tidak nafikan ­kebanyakan produser syok sendiri dalam menghasilkan judul filem. Oleh itu, untuk memastikan setiap judul ­mempunyai peluang keluar daripada kepompong, FINAS akan membabitkan diri dari peringkat pembikinan skrip lagi.

"Cuba lihat, cerita dari Asia mempunyai potensi besar ke pasaran luar tetapi kenapa kita tidak boleh? Buat masa ini, kita mahu mencari formula dan memberi tumpuan kepada penceritaan dan pihak produser.

"Produser adalah tauke yang membuat keputusan, kalau salah pertimbangan mereka sendiri yang rugi. Mereka kena faham dunia media baru yang sentiasa berubah, terutama dalam mencari pasaran baru."

Menurutnya, sebagai permulaan, FINAS akan menyediakan pusat ­'pitching' bagi membolehkan sesiapa sahaja mengetengahkan idea mulai ­bulan depan.

Malah, Finas akan melantik beberapa panel profesional, termasuk panel antarabangsa, untuk menilai dan memastikan setiap idea yang dicurahkan layak atau tidak menerima geran sedia ada.

Kamil turut mengakui bajet adalah isu lama yang perlu diperincikan semula kerana wujud ketirisan apabila sebuah produksi yang diberi geran tidak menggunakan sepenuhnya untuk pembangunan filem masing-masing.

"Selepas ini kita akan bahagikan dana kepada dua iaitu khusus untuk pembangunan (skrip dan idea) serta dana untuk produksi. Ini kerana, dari dulu saya lihat produser buat duit daripada produksi, bukan daripada produk.

"Bila keadaan itu berlaku, kualiti produk tidak dijaga ­dengan baik kerana duit sudah dapat tetapi produk 'cincai'. Itu yang berlaku pada banyak produk filem dan drama tempatan masa kini.

"Produser yang bijak boleh sahaja mendapat dana dari luar negara kalau betul-betul mahu menghasilkan karya bagus. Sebagai contoh, filem Lelaki Harapan Dunia ­mendapat dana dari tujuh negara dan akhirnya diterima di kebanyakan festival filem antarabangsa."

Kamil juga menggalakkan penerbitan judul baru berkaitan kenegaraan kerana dari segi rujukan, Arkib Negara mempunyai bahan yang banyak.

Selain bercakap mengenai masa depan filem, Kamil ­mengadakan pertemuan ­dengan persatuan yang terbabit secara langsung dengan industri filem.

Ia bagi mencari penyelesaian secara berhemah, di mana pihaknya mendengar sendiri luahan pekerja industri filem tempatan.

"Setakat ini saya sudah bertemu mereka dan dengar sendiri. Pertemuan akan diadakan dari semasa ke semasa, bukan saja dengan pekerja industri, malah pihak media untuk melihat sesuatu isu dari akar umbi.

"Saya juga mungkin meng­guna pakai cara pengurusan yang pernah saya lakukan dalam pembangunan industri animasi dulu untuk memajukan industri filem pula."

FINAS SEDANG MENGATUR STRATEGI
(Petikan Sinar Harian)

BICARANYA bernas, berpengetahuan, pandai berjenaka dan ramah. Itulah antara keperibadian Ketua Pengarah (KP) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Kamil Othman.

Baharu sahaja dilantik kurang dari sebulan, namun mendengar butir-butir perancangannya, pasti akan ada pembaharuan dalam industri di bawah pimpinannya.

Datang ke Finas dengan segunung ilmu di Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) sebagai Naib Presiden, kerusi panas itu sememangnya layak untuknya dalam berkongsi ilmu yang ada.

Mendengar penjelasan dan pendapatnya mengenai industri menerusi Majlis Ramah Mesra Media, yang diadakan baru-baru ini, terbukti individu ini bukanlah calang-calang orang.

Dilantik sebagai juri untuk beberapa festival filem termasuk Festival Filem Malaysia (FFM) dan Tropfest Sea, beliau juga pernah bergelar pengkritik filem. Berdasarkan pengalaman sebelum ini, beliau lebih tahu akan selok-belok dunia perfileman.

Kita ikuti temu bual yang disusun bersama beliau dalam berkongsi perancangan dan pelaksanaan untuk membawa industri ke arah yang lebih baik…

Kurang sebulan berada di Finas, apa pandangan KP mengenai industri seni tempatan?

Dari segi pengeluaran filem, ianya menunjukkan kadar positif saban tahun. Namun, dari segi kualiti, saya mengakui ada di antaranya yang hanya bersifat ‘syok sendiri’ tanpa panduan. Sebelum ini, saya banyak memerhatikan perkembangan industri dan ternyata sekiranya ia tidak diatasi, industri kita hanya akan berada di takuk itu sahaja malah berdepan dengan jumlah tontonan yang semakin merosot.

Industri menerusi kutipan di pawagam menunjukkan kemerosotan tahun demi tahun. Apakah langkah yang bakal diambil dalam usaha menanganinya?

Saya memandang perkara itu sebagai cabaran dalam membawa pembaharuan terhadap industri. Hasil perbincangan bersama, mulai bulan depan, Januari 2015, Finas akan mewujudkan ‘pitching centre’ di mana setiap penggiat seni yang ingin mendapatkan dana kerajaan untuk menghasilkan filem, dokumentari atau apa-apa karya bakal ditapis dan dinilai dari permulaan lagi termasuk pemilihan skrip oleh panel yang dilantik.

Bukan untuk menyusahkan pengkarya untuk mendapatkan geran, namun lebih kepada memastikan karya yang dihasilkan bermutu dan tidak merugikan. Kemungkinan besar, Finas akan lebih berhati-hati dalam memberikan dana sewenangnya dan menyarankan agar penggiat seni tidak hanya mengharapkan dana semata-mata dalam menghasilkan karya.

Bagaimana pula untuk penerbit yang menggunakan dana sendiri dalam menghasilkan filem mereka? Adakah mutu dan kualiti akan turut diteliti?

Saya tidak nafikan, punca tontonan mula merosot di pawagam adalah kerana sering disogok dengan karya yang sama, tidak berkualiti dan dihasilkan tanpa pengetahuan yang cukup. Saya tidak akan menghalang kerja seni mereka kerana mereka menggunakan duit sendiri untuk menghasilkan karya. Namun, saya sarankan agar mereka meneliti terlebih dahulu karya yang bakal dihasilkan untuk mengelakkan kerugian besar.

Malah mereka juga perlu memikirkan kaedah lain yang boleh menjana pendapatan dan tidak hanya mengharapkan pawagam, cakera padat dan tayangan di Astro First sahaja. Sebenarnya, dalam industri pembikinan filem, banyak cabang lain yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan. Mereka hanya perlu bijak menyusun langkah dalam memasarkannya.

Selain itu, apakah perancangan Finas yang lain dalam membantu industri seni?

Kami banyak berbincang mengenai industri dan antaranya kempen, Jom Buat Filem, akan diperkenalkan kepada pengkarya tidak lama lagi. Menerusi perancangan itu, kami akan memberi keutamaan kepada penulis skrip dan penerbit dalam menghasilkan karya.

Selain itu, saya juga akan mencadangkan untuk membuat program, wayang pacak, yang boleh menjana pendapatan lain kepada produksi itu. Konsep wayang pacak ini, kita boleh ‘pacak’ skrin di mana-mana sahaja termasuk di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan mengenakan bayaran di atas setiap tontonan.

Saya juga akan membuat perbincangan dengan stesen televisyen swasta, Astro, dalam pelaksanaan dan kewajaran Astro First kerana apa yang saya perhatikan, ia adalah salah satu faktor mengapa jumlah tontonan semakin merosot. Selepas dua minggu tayangan di pawagam, filem baharu itu akan terus disalurkan ke Astro First. Ia adalah tindakan yang kurang bersesuaian kerana sudah tentu penonton akan memilih tayangan di Astro First, bukan sahaja murah malah boleh ditonton berulang kali seisi keluarga.

Sebagai contoh, filem-filem antarabangsa, penonton hanya akan menontonnya secara eksklusif di televisyen selepas enam bulan ditayangkan di pawagam dan dengan ini, mereka berjaya mengekalkan populariti filem itu. Selain itu, kami akan mencadangkan agar pawagam turut terlibat dalam pembikinan filem tempatan seperti yang dilakukan ke atas filem antarabangsa yang lain.

Finas juga akan bekerjasama dengan Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia, dalam memperjuangkan transformasi pengamal industri kreatif agar ianya terus berperanan mewakili industri kreatif secara rasmi yang diiktiraf di peringkat tempatan dan mempunyai jaringan yang kukuh di peringkat antarabangsa.

Apa pandangan KP, adakah industri seni tempatan berdepan dengan masalah?

Saya tak kata industri kita bermasalah, cuma kita berdepan dengan cabaran yang hebat untuk membawa industri ke tahap yang lebih maju. Tidak mustahil karya-karya kita boleh dibawa ke peringkat antarabangsa sekiranya mutu dan kualiti yang diberikan berada di tahap yang terbaik. Sebagai contoh, saya amat berbangga dengan filem arahan, Liew Seng Tat, iaitu Lelaki Harapan Dunia kerana berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan ditayangkan di banyak filem festival luar.

Ini adalah kejayaan besar buat karya tempatan apatah lagi turut mendapat kerjasama terbitan daripada beberapa produksi luar negara. Inilah yang kita perlu lakukan sebagai pengkarya. Sekiranya filem kita tidak mendapat sambutan di negara sendiri, apa kata kita cuba pasarkan di luar dan cari jalan untuk jalinkan kerjasama dengan produksi luar.

Walaupun filem itu berdepan dengan kontroversi apabila ada yang menganggap ianya menyentuh sensitiviti kaum Melayu, namun bagi saya, itulah sebenarnya Melayu dan sebelum ini, menerusi filem P.Ramlee, beliau sudah pun selitkan sindiran-sindiran seumpama ini.

Sebagai pemerhati industri, adakah pengamal industri berdepan dengan cabaran besar dari segi tekanan kerja, persaingan dan pendapatan?

Saya ingin kongsi kisah diri saya. Satu ketika dahulu, saya pernah bercita-cita untuk menjadi pembikin filem. Namun, hasrat itu ditentang oleh bapa saya dan dia tidak bersetuju sekiranya saya mahu menceburkan diri dalam industri. Baginya, bukan senang untuk menjadi pembikin filem dan dia lebih menggalakkan saya untuk menjadi orang yang berjaya seperti doktor, peguam dan profesion kerjaya yang lebih terjamin.

Namun, minat saya dalam industri sukar untuk dikikis dan dalam masa yang sama, saya juga terlibat secara tidak langsung dalam industri. Pada zaman sekarang sekalipun, kebanyakan golongan ibu bapa sukar memberi keizinan kepada anak-anak untuk menghiasi ruang industri seni dan menganggap ia sebagai kerjaya yang dipandang rendah. Saya suka sekali ingin melihat penerbit, pelakon dan kru produksi tempatan berjaya dan mampu digelar jutawan seperti selebriti antarabangsa.

Pengamal industri mampu mengekalkan populariti mereka sekiranya bijak menyusun langkah. Malah, saya ingin galakkan agar setiap artis mempunyai agen sekiranya ada pihak yang mahu dapatkan khidmat mereka dan peguam untuk setiap persetujuan yang dibuat dalam urusan kerja. Persaingan dan cabaran ada di mana-mana sahaja. Bagi produksi pula, carilah peluang di luar kerana kita tidak tahu, ada kemungkinan, rezeki kita di luar.

Akhir sekali, penggiat seni sering mengeluh mereka kurang mendapat perhatian dan kerjasama daripada Finas. Adakah selepas ini, perkara itu akan diambil kira dalam membina hubungan yang baik bersama industri?

Saya tidak tahu mengenai pengurusan yang terdahulu, namun di bawah pimpinan saya, saya akan memastikan hubungan yang baik antara industri, Finas dan media. Kami tidak akan berjaya melakukannya seorang diri tanpa bantuan daripada industri kerana kita amat memerlukan antara satu sama lain.

Di Finas, kami akan memainkan peranan utama sebagai fasilitator untuk warga seni. Kami juga amat mengharapkan kerjasama daripada persatuan industri kreatif untuk membincangkan secara lebih lanjut berkenaan industri.

Selepas ini, Finas akan mengadakan sesi dialog dengan wakil persatuan sekerap yang mungkin dan optimis dalam membincangkan penubuhan Majlis Perundingan Industri Kreatif dari segi dasar, sistem, prosedur dan perkhidmatan. Saya berharap agar soal gagal mendapatkan kerjasama tidak akan timbul lagi selepas ini.

Malah, saya juga akan memberikan kerjasama yang baik kepada media dalam mendapatkan penjelasan mahupun kenyataan berhubung isu-isu yang dibangkitkan.

KAMIL OTHMAN HELMS FINAS, INDUSTRY HOPES RAISE
(From MalayMail OnLine)

THE POSITION of Director General (DG) of the National Film Development Corporation (Finas) has proven to be too hot a seat for the last two DGs, who each only served their one-year contracts without getting extensions.

But the recent appointment of a long-time senior executive from the Multimedia Development Corporation (MDeC) Kamil Othman for a two-year term has been greeted with much optimism, especially within the digital creative content industry.

He officially starts his new role as soon as the necessary administrative process is completed.

Finas is a statutory agency under the Ministry of Communication and Multimedia, entrusted with the responsibility of developing the film industry in Malaysia.

There is great hope that Finas will now live up to its mission of driving higher quality local content with a DG steeped in knowledge of the content industry, especially its digital side.

Kamil was actively involved in the planning and production of the 13-episode MDeC-produced Saladin animated series, based on the life of the hero who united Muslims in the war against the Crusaders in the 12th century.

The series won awards at Seoul and Tokyo film festivals, and was also nominated for the International Emmy Awards.

The Association of Post Production, Animation & Creative Content Association Malaysia (Postam) has warmly welcomed Kamil’s appointment.

In a statement to Digital News Asia (DNA), it said it shared the hope that his appointment “heralds a new era in the development of our creative content industry, and joins the many recent strategic and progressive initiatives by the Communications and Multimedia Ministry to build an internationally-recognised creative content industry in Malaysia”.

Postam highlighted Kamil’s lifelong passion for film and focus on the creative industry’s development and future.

Extending its hand in cooperation to him, Postam said it “looks forward to collaborating closely with him and Finas to build an ecosystem that is world-class, sustainable, globally competitive, highly collaborative, and rich in cinematic expression and storytelling unique to Malaysia, for global markets”.

Kamil joined MDeC in 1999, with his last role there being vice president for Creative Industry Strategy and Policy.

In sharing his thoughts about what he hopes to achieve in his new role, Kamil told DNA that the digitisation of content has expanded the traditional boundaries of film beyond the cinema.

“With creative content seen as a key economic growth area and Finas as a key agency driving content quality, Finas needs to accelerate its move into the digital converged stage,” he said.

That stage has to be global, with Kamil aiming to beef up the internationalisation of Malaysian content and its commercialisation on the global stage.

“The success that MDeC had in bringing the creative content industry, especially from the animation side, to the global level is now something I hope to replicate with Finas and its role in driving quality Malaysian content,” he said.

Film producer Leon Tan, chief executive officer of DragonSlate Media, feels that Kamil’s appointment represents a fresh approach to the role, with Kamil bringing three facets to the table.

“You get the private sector discipline of a former corporate man from Shell, an executive with industry development knowledge and leadership forged during his MDeC tenure, and, at a personal level, a deep love for the heritage and art of filmmaking itself,” said Tan (pic).

Concurring with Kamil, Tan also feels it is critical for Malaysia to take huge strides in the next few years in “upping its industry game domestically, and establishing itself as a global hub for world-class films and other creative content”.

While hopes are high, it is hoped that Kamil can successfully drive Finas, used to moving at public sector pace, to quicken its speed of action and deepen its collaboration with the private sector in reaching the digital converged stage he envisions.

ULASAN FK
Oleh Mustafar A.R.

SEBENARNYA, saya malas buat ulasan. Tetapi kerana kepentingan industri filem kita terpaksa dibuat juga.

Ikrar yang dibuat Kamil ini sudah menjadi satu kelaziman setiap mereka yang mula mengambilalih tugas Ketua Pengarah (KP) Finas.

Disebutlah misi dan visi, dikatakanlah atur strategi, yang mana akhirnya nanti, kecundang. Misi dan visi entah kemana, atur strategi bertaburan. Sudahnya, Finas pai mai pai mai tang tu juga.

Alih-alih akan terdengar cerita, KP tu ditukar atau macam-macam lagi sebab dan alasan yang boleh dianggap tradisi dan berlaku berulang kali.

Apa yang disarankan oleh Kamil dalam dua artikel di atas, memang menarik. Jika menjadi kenyataan, sudah tentu begitu memerangsangkan dan dapat memperbaiki industri filem dengan lebih baik yang sememangnya sudah menjadi tanggungjawab Finas.

Dimasa lalu, kesukaran orang-orang filem menemui KP Finas untuk berbincang terutama mengenai kepayahan mereka, sangat nyata sekali. Kata mereka, mengalahkan bertemu PM.

Antara satu contoh terbaik apabila Rosnani mahu bertemu dengan Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah untuk membincang sesuatu. Beliau, terpaksa meredah masuk ke bilik pejabatnya tanpa kebenaran kerana bekas KP Finas itu semacam enggan menemuinya.

Kalau pelakon veteran seperti Rosnani itu yang banyak jasanya dalam perfileman Malaysia diperlakukan sedemikian rupa, apatah lagi yang lain-lain.

Itu baru satu kes, sebenarnya banyak lagi, berbakul-bakul berlambak-lambak.

Jawatan KP Finas, jawatan politik bukan jawatan kreatif. Kamil mesti utamakan dengar cakap orang politik bukan orang filem. Ertinya, beliau dibawah pengawasan Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi Dan Multimedia.

Orang politik, semuanya gila-gila belaka disamping menjaga kepentingan masing-masing. Pada saya, manusia jujur dan berperinsip tidak boleh menerajui Finas.

Jika begitu keadaannya, sekiranya Kamil jujur dan berperinsip, jawatannya mudah terpelanting.

Setakat ini, belum nampak sesiapa yang boleh memimpin Finas dengan berkesan. Orangnya (sebagai contoh), harus seperti Jins Shamsudin yang disegani ramai terutama dikalangan orang-orang BN/UMNO disamping beliau orang filem yang tahu selokbelok filem, berkecimpung sejak tahun-tahun 1950an lagi.

Bagaimanapun, Jins tidak pernah dilantik dan merasa menjadi KP Finas, tetapi hanya selaku Pengerusi sahaja, dan beliau antara beberapa susuk manusia yang boleh dikatakan hidup matinya kerana filem.

Yang saya nampak dikira boleh, Mustapha Maarof, Yusof Haslam dan Shuhaimi Baba. Malangnya, Mustapha dalam keuzuran, Yusof dan Shuhaimi pula ada kepentingan filem menerajui Skop Productions dan Pesona Pictures.

Dalam begitu ramai yang dilantik menjadi KP Finas hanya Zain Haji Hamzah yang boleh dikatakan mampu mentadbir Finas dengan baik, kerana beliau disegani dan dihormati di kalangan orang-orang politik dan orang-orang filem, yang lain tidak sebaik beliau.

Kamil? Adakah beliau di hormati dan disegani dikalangan orang-orang politik dan orang-orang filem? Jika tidak, "Hehhem, aku taulah..." kata Rokiah Wanda.

Sudah dikatakan, maksud dan tujuan Kamil memang baik, tetapi mampukah beliau sekiranya masih berada dibawah kawalan orang politik yang boleh dikatakan tidak begitu tahu pasal filem dan kebiasaannya berkepentingan.

Kamil harus ingat, beliau bukan 'decision maker', segala apa yang ingin dilaksanakannya tidak boleh menentang arus pihak paling atas. Kekuatannya sebagai KP Finas ada, tetapi ada yang lebih kuat daripada beliau.

Satu lagi Kamil mesti ingat, kerusi KP Finas tu, panas oooiii... Ramai sangat yang aim. Silap langkah, beliau akan terpelecuk.

Akhirnya nanti, harapan Kamil akan tinggal harapan sahaja.

Satu peringatan ikhlas dari saya, jangan terlalu rapat sangat dengan orang-orang korperat kerana mereka tu, ada udang disebalik batu, ada ketam disebalik kayu.

Bak kata Hang Tuah kepada Hang Jebat, buat baik berpada-pada...


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA

SALOMA

DEEPIKA PADUKONE

UTUSAN RADIO & TV

VICTOR MATURE

R.AZMI

LATIFAH OMAR





KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 mukasurat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P.Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun disebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P.Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar negara untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya
- KAKAK TUA.








No comments:

Post a Comment