Tribute... Raja Idris Shah (17/8/1924-31/1/1984) Sultan Perak Berjiwa Seni (Update: 8/12/2016)

* Kalau Rindu * Semalam Di Subang * Cempaka Sari * Namamu Dibibirku * Pulau Pangkor >> Cerita Menarik Di FK. Tunggu...

Tuesday, December 30, 2014


RAMON A.ESTELLA DAN USMAR ISMAIL

TURUT MEMBANTU GEMILANGKAN FILEM MALAYSIA
Di KajiSelidek & Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



12+1 LAGU TERBAIK SUDIRMAN

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 30 DISEMBER 2014)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 97,278
* SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 69,133 * PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 69,101
* SELAMAT PENGANTIN BARU 46,207 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 14,714






RAMON A.ESTELLA

USMAR ISMAIL

PARALUMAN

TEODY BELARMINO (Sumber: Video48)

RENDRA KARNO

SUKARNO M.NOOR

RADEN MOCHTAR & SUKARSEH

TITA DURAN & PANCHO MAGALONA

A.N.ALCAFF & HETTY HERAWATI

EDDIE INFANTE & LAMBERTO V.AVELLANA

FRED YOUNG & SAIFUL BHARI


KARYAWAN FILEM INDONESIA DAN FILIPINA
BERPERANAN MAJUKAN FILEM MALAYSIA

AGAK menarik, Malay Film Productions (MFP) condong ke Filipina manakala Cathay Keris Film (CKF) berat ke Indonesia. Maksudnya, Run Run Shaw dan Runme Shaw gemar mengambil karyawan (penggiat) filem Filipina berkhidmat dengan mereka sedangkan Loke Wan Tho dan Ho Ah Loke, pembikin filem Indonesia.

Setelah kajiselidek dibuat, didapati pada tahun 1955 MFP telah membawa masuk filem Filipina, "Elephant Girl" yang diarahkan oleh Eduardo (Eddie) Infante, untuk dialihsuarakan (dubbing) ke Bahasa Melayu.

Filem lakonan dua bintang filem tersohor Filipina itu, Paraluman dan Teody Belarmino, tidak begitu berjaya di box office, sederhana saja, namun ia telah memulakan penglibatan orang-orang negara serantau itu terhadap filem-filem Melayu.

Paraluman berkunjung ke Singapura pada 12 Jun 1955 bertemu tauke Shaw Brothers (SB) bertujuan menguruskan filem tersebut yang kemudian diubah tajuknya "Gadis Liar", dialihsuara dan mengedarkannya dirangkaian panggung wayang kepunyaan SB.

Di Filipina, Paraluman bukan calang-calang film star. Banyak filem dibintanginya termasuk filem pertamanya "Paraluman" (1941), "Ina" (1947), "Lydia" (1956), "Dahil Sa Isang Bulaklak" (1967) dan "Surabaya Conspiracy" (1969).

Paraluman juga beperanan penting dalam filem keluaran Hollywood, "Surrender-Hell!" arahan John Barnwell dengan bintang utamanya Keith Andes dan Susan Cabot.

Begitu juga Teody Belarmino yang memulakan kerjaya filemnya pada tahun 1948 bermula "Malaya" ("Mutya Sa Gubat") dan diikuti "Florante At Laura" (1950) dan "Ang Tapis Mo Inday" (1951).

Pengarahnya, Eddie Infante, juga terkenal. Pernah berlakon disamping Tyrone Power dan Micheline Prelle dalam "American Guerilla in the Philippines" (1950) arahan Fritz Lang, dan "No Man is an Island" arahan Richard Goldstone.

Disamping itu, Infante mengarahkan "Ina" (1947) yang dibintanginya bersama Paraluman, "Nenita Unit" (1953) dengan Anita Linda dan "Tatlong Kabanata Sa Buhay Ko..." (1952) lakonan Anita Linda dan Danilo Montes.

Pada tahun 1957, CKF mengikuti langkah MFP apabila mengalisuarakan ke Bahasa Melayu dan menjadi pengedar "Badjao" (1957) yang diarahkan oleh Lamberto V.Avellana, tokoh filem terkenal dan poipular di Filipina.

Anehnya, filemya (ditukar tajuk "Badjau, Anak Laut") diambil oleh CKF tetapi Avellana berkarya di MFP.

Sudah dianggap klasik, filem ini yang dibintangi Tony Santos dan Rosa Rosal, cerita dan lakonlayar oleh Rolf Bayer (pengarah "Azimat"), telah memenangi beberapa anugerah.

Pada tahun 1976, Avellana menang anugerah pengarah terbaik oleh National Artists For Theatre and Film; cerita terbaik (Rolf Bayaer), suntingan terbaik (Gregorio Carballo) dan sinematografi terbaik (Mike Accion) di Festival Filem Asia Pasifik, Tokyo pada tahun 1957.

Sebagaimana "Elephant Girl", filem ini pun tidak begitu menyerlah di box office dan sambutannya sekadar boleh tahan saja. Ini jelas di Malaya (ketika itu), filem-filem ala-Hindustan lebih digemari ramai terutamanya orang-orang Melayu berbanding ala-Filipina.

Pada tahun 1957, sebagai usaha mengubah corak filem Melayu yang keterlaluan berhindustan, Shaw's MFP membawa masuk dua pengarah Filipina, Ramon A.Estella dan T.C.Santos.

Estella diberi tugas mengarah "Kembali Saorang" yang dibintangi Ahmad Mahmood, Sa'adiah dan Salleh Kamil, Santos pula "Taufan" (tajuk asalnya "Ribut Di-Pulau Mutiara") dengan bintang utamanya Ahmad Mahmood, Zaiton dan Salleh Kamil, kedua-duanya berlatarbelakangkan laut.

Antara mereka berdua, Estella begitu kedepan sebagai pengarah di Filipina, dan filemnya "Desperado" (1956) mendapat sambutan baik dengan lakonan bintang utamanya, Efren Reyes dan Olivia Cenizal.

Estella banyak mengarah filem Filipina antaranya, "Hiram Na Pangalan" (1948) dan "Punglo At Pag-Ibig" (1950) dibintangi Anita Linda dan Joe Padilla; dan "Bandido" (1950) lakonan Efren Reyes dan Virginia Montes.

Sungguhpun, filem arahan Estella dan Santos itu gagal di box office, namun Run Run dan abangnya, Runme Shaw, tidak berputus asa.

Pada tahun 1958, apabila filem perang dunia kedua "Bridge on the River Kwai" arahan David Lean dengan bintang utamanya William Holden dan Alec Guinness mendapat sambutan hangat dan meletup dipasaran, MFP membawa masuk Lamberto V.Avellana.

Avellana diberi tanggungjawab mengarah "Sergeant Hassan", juga berlatarbelakangkan perang dunia kedua, dengan bintang utamanya, P.Ramlee, dibantu oleh Sa'adiah, Jins Shamsudin dan Salleh Kamil.

Di Filipina, kehebatan Avellana tiada siapa boleh challenge seperti juga Raj Kapoor di India, Akira Kurosawa di Jepun dan P.Ramlee di Malaysia.

Dua filem arahannya, "Anak Dalita" (1956) dan "Badjao" (1957), telah diiktiraf sebagai dua antara tiga filem Filipina dianggap terhebat sepanjang zaman. Satu lagi "Biyaya Ng Lupa" (1959) arahan Manuel Silos.

Yang menariknya, ketiga-tiga filem tersebut peranan utama, hero dan heroine, dipegang oleh Tony Santos dan Rosa Rosal.

MENCAPAI KEJAYAAN

"Anak Dalita" menang anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Asia-Pasifik 1956, dan International Prestige Award of Merit (1958) oleh Famas.

Rolf Bayer pula ditugaskan mengarah filem bercorak mystic, "Azimat", yang membariskan ramai bintang handalan di MFP dan Filipina - Pancho Magalona, Tita Duran, Saloma, Ahmad Mahmood, Jins Shamsudin, Mariani dan Salleh Kamil.

Bayer tidak banyak mengarah filem, tumpuannya lebih kepada menulis cerita dan lakonlayar seperti "Badjao", "Sergeant Hassan" dan "Cry Freedom" (1959) dan "Death Was a Stranger" (1963).

Selain "Azimat", beliau mengarahkan "Hahariang Bato" (1956) yang dibintangi Cesar Ramirez dan Wallie Sotelo, dan pada tahun 1979 mengarahkan pula filem perang "Pacific Inferno" lakonan Jim Brown dan Richard Jaeckel.

Bayer juga turut membintangi filem Hollywood "No Man Is an Island" (1962) sebagai Schultz dengan bintang utamanya Jeffrey Hunter dan pelakon Filipina, Barbara Perez.

Dalam filem yang diarahkan oleh Richard Goldstone itu, Avellana dan Infante turut berperanan. Avellana sebagai Shimoda dan Infante peranannya, Sus Quitugua.

Pancho Magalona, juga tidak kurang popularnya di Filipina. Beberapa kali membintangi filem keluaran Hollywood yang berlokasikan Filipina, dan berlakon bersama bintang-bintang handalan Hollywood.

Dalam "Cavalry Command" (1968) arahan Eddie Romero bersama John Agar; "Merrill's Marauders" (1962, Samuel Fuller) dengan Jeff Chandler; dan "Hook" (1963, George Seaton) disamping Kirk Douglas mengunakan nama Enrique Magalona.

Selain itu, Pancho membintangi filem berdasarkan karya pejuang Filipina, Jose Rizal, "El Filibusterismo" (1962) bersama Charito Solis dan Teody Belarmino.

Pada tahun 1958, beliau memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik kerana peranannya dalam "Hanggang Sa Dulo Ng Daigdig" yang diarahkan Gerardo De Leon, dan turut dibintangi oleh Ben Perez dan Mona Fernandez.

Tita Duran, mula berlakon filem sejak kecil seperti Sa'adiah, sering berperanan dengan suaminya, Pancho Magalona. Antaranya, "Ang Ating Pang-Ibig" (1953) dan "Sa Isang Halik Mo Pancho" (1954)

Disebabkan “Sergeant Hassan” mencapai kejayaan box office, ditahun yang sama, Estella diberi kepercayaan mengarahkan “Mata Hari” yang dibintangi Ahmad Mahmood, Maria Menado, Aziz Jaafar, Jins Shamsudin, Salleh Kamil dan Omar Rojik.

Bagaimanapun, di box office, "Mata Hari" (ceritanya oleh A.Razak) gagal, tidak sebaik sambutan dan kutipan wang sebagaimana "Sergeant Hassan".

Selepas Avellana, MFP tidak lagi membawa masuk pengarah Filipina, Namun begitu Estella dikekalkan untuk mengarah beberapa filem lagi.

”Saudagar Minyak Urat” (1959) lakonan S.Kadarisman, Normadiah, Saloma dan Aziz Sattar; “Samseng” (1959) dibintangi Jins Shamsudin, Zaiton, Aziz Jaafar dan Rosnani. ”Dupa Chendana” (1964) lakonan Ahmad Mahmood, Sa’adiah, Aziz Jaafar dan Mariani.

“Melanchong Ka-Tokyo” (1964) dibintangi Sa’adiah, Aziz Jaafar dan S.Kadarisman; akhir sekali “Pusaka Pontianak” (1965) dibintangi Ahmad Mahmood, Sa’adiah, Ahmad Daud, Aziz Sattar dan Haji Mahadi.


"BADJAO" (Sumber: Video 48)

"AMERICAN GUERILLA IN THE PHILIPPINES"

"CAVALRY COMMAND"

"DUPA CHENDANA"

"DESPERADO" (Sumber: Video48)

"SURRENDER-HELL!"

"NO MAN IS AN ISLAND"

Di CKF, hanya Estella seorang saja, pengarah Filipina, berjaya menembusi studio tersebut. Banyak juga filem yang diarahkannya.

”Darah Ku” (1963) lakonan Maria Menado, Malek Selamat dan Ghazali Sumantri; “Bunga Tanjong” (1963) dibintangi Maria Menado, Ghazali Sumantri, Siput Serawak dan Ahmad Nisfu; dan “Pontianak Kembali” (1963) lakonan Malek Selamat, Norizan dan Ghazali Sumantri.

Kecenderongan CKF memilih karyawan filem Indonesia berbanding Filipina bermula dengan Raden Mochtar dan Sukarseh yang membintangi “Terang Bulan Di Malaya” (1954) dan diarahkan B.S.Rajhans.

Kemudian, Netty Herawati dalam “Irama Kaseh” (1955) dan Darussalam filem “Saudaraku” (1955), keduanya diarahkan oleh Laurie Friedman, berbangsa Inggeris, juga terkenal sebagai Cameraman.

Dalam “Mutiara Dari Malaya” (1952, Laurie Friedman) didatangkan pula Sri Uniti berganding dengan S.Roomai Noor, Mislia, Dollah Serawak dan M.Amin.

”Selamat Tinggal Kekasehku” arahan L.Krishnan dipadan dari cerita "Devdas" karya Sarat Chandra Chattopadhyay yang telah banyak kali dijadikan filem. Terbaru arahan Sanjay Leela Bhansali dengan lakonan Shah Rukh Khan, Aishwarya Rai dan Madhuri Dixit.

Sri Uniti dipilih membintangi filem ini bersama S.Roomai Noor, Nolly Lim, Dollah Serawak dan M.Amin.

Paling ramai bintang Indonesia berlakon dalam sesebuah filem CKF, “Korban Fitnah” (1959) arahan P.L.Kapur, nama samaran Usmar Ismail. Tiga semuanya - Sukarno M.Noor, A.N.Alcaff dan Abdul Hadi.

Disusuli, “Bayangan Di Waktu Fajar” juga arahan Usmar yang dibintangi Rendra Karno, Norbani Yusof dan Sandy Swandy Hassan. Turut berlakon S.Roomai Noor, Latiffah Omar dan Salim Bachik.

Usmar juga pengarah filem "Lewat Djam Malam" yang dilakonkan oleh A.N.Alcaff, Hetty Herawati dan Dahlia, dan sudah diiktiraf sebagai filem klasik Indonesia tidak ternilai harganya.

Pada tahun 2012, filem tersebut terpilih untuk ditayangkan di Cannes Film Festival pada bulan May dan London Film Festival pada bulan Oktober tahun yang sama.

Disamping Usmar, turut berperanan sebagai pengarah di CKF, J.Cabin Yeo (Chairil Yusof), yang mengarahkan "Pak Pander Modern" (1960) dibintangi oleh S.Roomai Noor, Puteh Lawak, Wahid Satay dan Mat Sentol.

BANYAK MENCIPTA

Di Indonesia, Cabin terkenal dengan filem "Sri Kustina" lakonan Mimi Mariani dan Sukarno M.Noor, tetapi filemnya di CKF dikira gagal diterima sebagai filem yang baik apatah lagi berjaya di box office.

Di Merdeka Studio, cuma seorang pengarah saja, Fred Young, yang mengarahkan "Jauh Di-Mata" (1964) dengan bintang utamanya, Abdullah Chik, Rosmawati dan Sophia Ibrahim.

Banyak juga filem arahan Young di Indonesia yang dianggap menarik dan berjaya.

Antaranya, "Sapu Tangan (1947), "Di Tepi Bengawan Solo" (1949), "Ratapan Ibu" (1950), "Jambatan Merah" (1940), "Chandra Dewi" (1952), "Sangkar Emas" (1952) dan "Bengawan Solo" (1953).

Itulah filem terakhir, penglibatan pembikin (pelakon dan pengarah) filem Indonesia di Malaysia, khususnya Singapura.

Begitu pun juga, pengkarya (pemusik) Indonesia yang tidak sepatutnya ditinggal dan dilupakan, Saiful Bhari (Suria Buana), yang banyak mencipta lagu-lagu filem Indonesia termasuk "Tiga Dara".

Penglibatannya di Malaysia, "Bayangan DiWaktu Fajar", "Jauh Di-Mata" dan "Bumiputra", dan dalam "Jauh Di-Mata" beliau bukan saja menghasilkan lagu dan musik tetapi juga menyanyi, playback singer.

Dengan itu jelaslah sudah, dalam menggemilangkan filem Melayu di Malaysia (Singapura), penglibatan pembikin-pembikin filem Indonesia dan Filipina sangat berperanan besar.

Mereka telah melahirkan banyak filem hebat dan berkualiti, terkeluar dari khayalan ala-Hindustan, antaranya “Sergeant Hassan”, “Azimat”, “Korban Fitnah”, "Bayangan DiWaktu Fajar", “Dupa Chendana” dan “Darah-Ku”.

"Darah-Ku", merupakan satu-satunya filem bercorak sukan (boxing) pernah wujud sebagai filem Melayu di Malaysia. Tanpa Estella, kemungkinan filem genre ini tidak akan pernah ada.


"DARAH-KU"

"BUNGA TANJONG"

"SERGEANT HASSAN"

"TIGA DARA"

"AZIMAT" (Sumber: Video48)

"BAYANGAN DIWAKTU FAJAR"

KESIMPULANNYA___

1. TERANG BULAN DI-MALAYA – Raden Mokhtar/Sukarseh
2. IRAMA KASEH – Hetty Herawati
3. SAUDARAKU – Darussalam
4. SELAMAT TINGGAL KEKASEHKU – Sri Uniti
5. MUTIARA DARI MALAYA – Sri Uniti
6. KORBAN FITNAH
– Sukarno M.Noor/A.N.Alcaff/Abdul Hadi/Usmar Ismail
7. BAYANGAN DIWAKTU FAJAR
– Rendra Karno/Nurbani Jusuf/Sandy Swardy Hassan/Usmar Ismail/Saiful Bhari
8. AZIMAT - Pancho Magalona/Tita Duran/Rolf Bayer
9. TAUFAN - T.C.Santos
10. SERGEANT HASSAN - Lambaerto V.Avellana
11. ELEPHANT GIRL (GADIS LIAR)
- Paraluman/Teody Belarmino/Eddie Infante
12. BADJAO (BADJAU, ANAK LAUT)
- Rosa Rosal/Tony Santos/Lamberto V.Avellana
13. PAK PANDER MODERN - J.Cabin Yeo
14. JAUH DI-MATA - Fred Young/Saiful Bhari
15. BUMIPUTRA - Saiful Bhari
# Ramon A.Estella -
16. KEMBALI SAORANG
17. MATA HARI
18. ANAK PONTIANAK
19. SAUDAGAR MINYAK URAT
20. SAMSENG
21. DUPA CHENDANA
22. MELANCHONG KA-TOKYO
23. PUSAKA PONTIANAK
24. BUNGA TANJONG
25. DARAH-KU
26. PONTIANAK KEMBALI


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA

SALOMA

DEEPIKA PADUKONE

UTUSAN RADIO & TV

VICTOR MATURE

R.AZMI

LATIFAH OMAR





KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 mukasurat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P.Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun disebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P.Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar negara untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya
- KAKAK TUA.








7 comments:

  1. Assallammualaikum Tuan , lama menunggu update terkini. saya ingin bertanya didalam filem "Sergeant Hassan" siapakah yang memegang watak Sarjan Pon(jurulatih kawad) , adakah dia memang seorang tentera.kerana saya rasa dia tidak berlakon dlam filem lain kecuali filem tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang maklumat tentang Pon, jurulatih kawad ini. Bagaimanapun, apa yang saya tahu, beliau sememangnya Askar Melayu Di Raja (RMR) di Port Dickson berpangkat sergeant. Kerana wataknya terpinggir walaupun membawa peranannya dengan baik, cerita mengenainya pun terpinggir juga. Sesiapa lebih tahu, harap dapat kita berkongsi bersama.

      Delete
  2. Nampaknya layout dan kandungan FK semakin mengancam. Sangat menarik dan berinformatif. Syabas Encik Mustafar dan Puan Zaini yang berusaha keras menjadikan blog ini semakin popular. Saya merupakan salah seorang peminat FK dan sering berkunjung disini, dan suka cara pengolahan yang dibuat terutama ulasan dan kritikan yang berterusterang dan bertanggungjawab. Saya kira FK boleh diterima sebagai antara blog yang terbaik dialam maya walaupun berBahasa Malaysia, sedikit berBahasa Inggeris, dan topiknya terhad. Semoga, Encik Mustafar dan Puan Zaini sentiasa sehat sejahtera supaya tahun 2015 ini dapat berkarya dengan lebih aktif supaya apa yang dikemukakan dapat pula dijadikan rujukan terutama dikalangan jenerasi baru yang meminati filem seperti saya - Lyanna (via e-mail), UiTM, Seri Iskandar, Perak.

    ReplyDelete
  3. Baru saya tahu, Filipina dan Indonesia berperanan besar dalam memajukan filem Malaysia.
    Satu artikel kajiselidek yang sangat berguna dan tidak pernah saya ditemui dimana-mana blog dialam maya apatah lagi dalam majalah dan akhbar.
    Tahniah, Encik Mustafar dan Puan Zaini.
    Teruskan usaha yang baik ini, dan angka 1,000,000 pageviews akan sampai tidak lama lagi.
    Nak tanya, adakah karyawan filem Malaysia, pengarah terutamanya, turut sama menggemilangkan filem Filipina dan Indonesia?
    - Mazlan Harun, Putrajaya, WP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang saya kajiselidek, filem-filem yang berakhir sesudah lahirnya "Adik Manja", tidak filem-filem selepas itu. Apa yang saya tahu, tidak seorang pun karyawan filem Malaysia memberi nyawa kepada filem-filem Filipina dan Indonesia. Kalau ada pun, cuma Ho Ah Loke yang mengarahkan "Hilang Gelap Timbul Terang" dengan Perfini (Indonesia) yang dibintangi oleh Maria Menado, Rendra Karno dan Chitra Dewi. Itu pun arahan bersama dengan Usmar Ismail. Dalam erti kata lain, boleh dianggap tidak ada. Filipina, lagilah.

      Delete
  4. Jika kita buat kajian tentang negara-negara yang pernah dijajah, titik bermulanya perusahaan filem di kebanyakan negara-negara tersebut adalah hasil usaha orang-orang daripada masyarakat penjajah itu sendiri. Sebagai contoh, orang pertama membuat filem cerita (feature film) di Indonesia adalah Belanda (kemudiannya baru diceburi oleh kaum Cina yang mendatang), di Vietnam oleh bangsa Perancis & di Filipina oleh bangsa Sepanyol. Begitu juga dengan industri filem negara-negara Arab di Timur Tengah & Afrika Utara yang dipelopori oleh bangsa Perancis, Belgium atau Jerman. Manakala bagi negara-negara di Asia Tengah, rata-rata ia dipelopori oleh bangsa Russia kerana negara-negara ini pernah berada di bawah pemerintahan Soviet Union. Agak berbeza dengan penjajah Inggeris yang pernah menakluki India (termasuk Pakistan), Myanmar, Malaya, Hong Kong, Sri Lanka, negara-negara di benua Afrika & pelbagai ceruk rantau yang lain. Industri perfileman di negara-negara atau koloni di bawah jajahan British hampir kesemuanya dirintis oleh anak tempatan ataupun golongan pendatang. Contohnya di India & Pakistan, Hong Kong, Sri Lanka, Bangladesh, Myanmar & Malaya. Mujurlah kita di sini mempunyai tokoh-tokoh tempatan bukan Melayu seperti Ho Ah Loke & Loke Wan Tho serta pendatang dari luar seperti Chisty Motilal & Runme / Run Run Shaw yang membuka perusahaan filem Melayu. Tanpa mereka pasti studio Shaw MFP & Cathay Keris serta Merdeka Studio tidak akan wujud sama sekali. Yang peliknya, dengan penduduk yang kecil & pasaran yang terhad, perusahaan filem Melayu pada waktu itu lebih ke hadapan daripada filem-filem Indonesia. Tetapi filem-filem Melayu kecundang & jatuh teruk dengan kebangkitan perusahaan filem Indonesia pada era lewat 1960'an, 1970'an & 1980'an. Dalam kedaifannya mengeluarkan filem berbajet rendah, filem-filem Melayu di era tersebut langsung tidak dapat menandingi filem-filem dari negara jirannya seperti Thailand & Kemboja.

    - NONAMA

    ReplyDelete
  5. Assalumalaikum, boleh saya tau cara mendapatkan film Usmar Ismail ( yang waktu itu disamarkan dengan nama PL Kaapor ) yang 'Korban Fitnah' ?

    Terima kasih atas bantuannya sebelunmnya, salam kenal ,,,

    ReplyDelete