Tribute... A.R. Ismail (8/10/1929-15/1/1995) Pencipta Lagu Yang Tidak Patut Kita Lupakan (Update: 24/11/2016)

1. Bisikan Hati 2. Senja Berulang Senja 3. Dimanakah Cintamu 4. Aku Kecewa 5. Berikan Ku Sinar Harapan >> Kliks Disini

Thursday, June 18, 2015


AZALINA OTHMAN TERAJUI FINAS

Oleh: Norhidayyu Zainal
Sumber: Sinar Harian, 15 Jun 2015
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


AHMAD IDHAM

DAVID TEO

BERUBAHKAH FINAS ATAU PI MAI PI MAI TANG TU JUGA
Oleh Mustafar A.R.

>>>[PENGERUSI Finas datang dan pergi. Yang lama digantikan dengan yang baru. Silih berganti mengikut suasana dan keadaan. Sudah jadi satu trend, apabila pengerusi yang baru dilantik, dia akan menyuarakan apa saja yang difikirkannya relevan bagi memperbaiki lagi pentadbiran Finas.

Azalina Othman tidak terkecuali, sama seperti pengerusi-pengerusi Finas yang lalu. Berkobar-kobar, bergegar-gegar yang boleh menyebabkan kompleks Finas yang ada di Hulu Klang itu, runtuh.

Saya meneliti kenyataan yang dikeluarkan oleh Azalina di dua sidang media yang diadakan sempena perlantikannya sebagai Pengerusi Finas itu. Ya, memang bagus dan sangat menarik. Saya sokong 100 peratus.

Tetapi, ada tetapinya. Bolehkah Azalina menunaikan janji-janjinya itu? Bolehkah? Itu persoalannya? Ini kerana pengerusi-pengerusi yang terdulu pun menyuarakan perkara yang sama dengan corak yang berlainan. Hasilnya, mengecewakan. Tidak banyak yang tertunai.

Jins Shamsudin, benar-benar orang filem, hidup matinya kerana filem, pun tidak terdaya melakukan yang terbaik pada Finas, inikan pula Azalina, orang politik yang tidak tentu berapa lama dia boleh bertahan sebagai pengerusi Finas, apatah lagi kemungkinan pula nanti dilantik semula oleh Najib Razak sebagai Menteri.

Perlantikan berdasarkan politik, saya menganggapnya seperti 'telur dihujung tanduk', kedudukan tidak tetap, tidak terjamin. Bila-bila masa boleh terpelanting. Tambahan pula ada tekanan dari kalangan orang politik terutama seteru politiknya.




YUSOF HASLAM, TIMBALAN PENGERUSI FINAS?
BUKANKAH ADA KEPENTINGANNYA DISITU?


UPDATE___

AZALINA TERAJUI FINAS TIDAK SAMPAI DUA BULAN
(KERANA PERLANTIKANNYA DIBUAT SETENGAH MASAK)

Tidak sampai dua bulan meneraju Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sebagai pengerusi, Azalina Othman akhirnya terpaksa melupakan hasrat membangunkan industri perfileman negara selepas dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pelantikan itu dibuat oleh Perdana Menteri, Najib Razak ketika mengumumkan rombakan barisan kabinet barunya pada Selasa lalu.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang, Johor dilantik menerajui Finas berkuatkuasa 1 Jun dan perlu melepaskan jawatan berkenaan selepas menganggotai kabinet.

Dia menggantikan Md.Afendi Hamdan yang memegang jawatan berkenaan bermula 1 September 2011 sehingga 31 Januari 2015.

Dalam sidang media pertamanya pada 10 Jun, Azalina memberi harapan untuk melihat perubahan kepada landskap perfileman negara khususnya memberi keutamaan kepada pelakon dan kru tempatan.

Dia juga mahu melihat industri perfileman negara menjadi lebih kreatif dalam menerapkan eleman kenegaraan bagi karya yang dihasilkan.

Selepas memegang jawatan dalam Finas, dia turut membuat rombakan terhadap barisan ahli perbadanan agensi itu dengan melantik Yusof Haslam sebagai timbalan pengerusi.

Semasa mengumumkan pelantikan itu, dia turut menyuarakan harapan agar penggiat seni supaya terus menyokong pentadbiran Najib.

Azalina yang dihubungi The Star, turut terkejut dengan pelantikan semulanya dalam kabinet dan hanya mengetahui berita itu melalui radio.

Mengikut perancangan awal, Azalina sepatutnya menghadiri majlis ramah mesra bersama wartawan hiburan pada Khamis ini untuk berkongsi pandangan mengenai dunia seni negara.

# Sumber: mStar (28 Julai 2015)



Saya tidak mahu mengulas banyak apa yang disarankan oleh Azalina, tetapi ingin mencadangkan beberapa perkara yang Finas harus laksanakan bagi menambah unggulkan peranannya dalam perkembangan filem Malaysia.

1. Festival Filem Malaysia (FFM) harus disusun semula. Dibuat secara sederhana dengan menggunakan bajet (duit rakyat) seminima yang boleh. FFM yang lalu menggunakan perbelanjaan yang besar, sedangkan hasil tidak sampai ke mana.

2. Cinematheque Malaysia patut ditubuhkan, bertujuan memelihara filem-filem lama dan baru supaya ia tidak rosak dan hilang. Manakala filem-filem lama yang hilang seperti "Bakti", "Kasih Menumpang" dan "Pontianak" perlu dicari, kerana ia merupakan warisan (heratige) seni dan budaya rakyat Malaysia.

3. Menerbitkan buku jangan main semberono saja. Memang diakuinya dari segi teknik cantik dan menarik, tetapi isi kandungannya terutama fakta sangat-sangat mendukacitakan, terlalu banyak salah yang memungkinkan maruah Finas sebagai penerbit buku tercemar. Satu buku mengenai sejarah filem Malaysia yang genuine harus Finas terbitkan.

Saya sangat tertarik hati dengan satu statement yang dibuat oleh Azalina berbunyi: "Mungkin ramai tidak tahu, selain penggiat seni, orang ramai juga layak menerima geran dari Finas."

Apakah orang, contohnya seperti si Mamat, berhasrat mahu menerbitkan buku sejarah filem Malaysia yang genuine, bolehkah dia mendapat geran itu? Jangan nanti, sudah ada kelayakan tetapi banyak pula syarat yang bukan-bukan akhirnya berkesudahan dengan kegagalan.

Satu hal yang agak membimbangkan, Azalina merupakan pemilik Marhaen Productions yang pernah terlibat menerbitkan program dokumentari berkisar tokoh-tokoh kepimpinan negara "1Malaysia Ikon" yang telah disiarkan oleh RTM1 penghujung tahun lalu, dan juga beberapa program hiburan lain.

Perlantikan Ahmad Idham dan David Teo menganggutai Lembaga Pengarah Finas dulu dipertikaikan kerana mereka ada kepentingan (conflict of interest). Apakah perlantikan Azalina, sebagai pengerusi Finas sudah pastinya 'decision maker', tidakkah ini boleh dipertikaikan? Berkepentingan. Faham-faham sajalah.

Kata Azalina, proses itu sangat penting bertujuan mengembalikan semula fungsi dan peranan Finas ke landasan asal penubuhannya. Persoalannya, apakah selama ini Finas tidak berfungsi ke arah landasan asal yang betul? Kalau salah, pasal apa?

Paling nyata Finas banyak melakukan pembaziran wang rakyat. Yang bukan-bukan didulukan yang penting-penting diketepikan. Setiap festival filem luar negara, ramai pegawai dihantar, tetapi bila pulang tidak tahu apa hasilnya. Makan angin, agaknya.

Tidak lama dulu, Kamil Othman, semasa mula-mula dilantik sebagai Ketua Pengarah Finas, juga turut mengeluarkan statement misi dan visinya yang tidak kurang hebatnya, juga boleh meruntuhkan kompleks Finas, sama macam Azalina.

Apakah tidak ada percanggahan? Kalau tidak ada, baguslah. Bolehlah seiring dan sejalan. Kalau ada, macam mana? Ini sudah pasti sangat merunsingkan.

Kuasa pentabdiran Finas terletak sepenuhnya dibahu Ketua Pengarah, Kamil Othman. Pengerusinya, Azalina Othman, jangan cuba melangkah bendul atau lebih sudu dari kuah, yang mana akibatnya nanti memungkinkan Finas berada dalam keadaan tidak stabil dan kucar kacir. Satu kapal mana boleh ada dua nahkoda.]<<<

# Apa yang tertulis di atas dan artikel-artikel lain terdapat dalam blog ini, sangat baik kalau dijadikan polimek yang sihat. Anda yang berminat, gunakan ruangan komen sebaik mungkin untuk dijadikan medan perdebatan, demi untuk kebaikan Finas itu sendiri - Mustafar A.R.






12+1 LAGU TERBAIK SUDIRMAN

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 18 JUN 2015)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 113,534
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 95,541 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 89,607
* SELAMAT PENGANTIN BARU 55,402 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 19,409





Azalina Othman, Pengerusi Finas yang baru dilantik.

Azalina Othman, ketika mengadakan sidang medianya yang pertama. Turut sama, Kamil Othman, Ketua Pengarah Finas. Gambar: Rosli Talib.

SELEPAS sekian lama 'kosong', tampok baru kerusi teratas Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kini sudah pun terjawab.

Hasil kesepakatan bersama, Azalina Othman akhirnya dipilih sebagai Pengerusi Finas baru berkuatkuasa 1 Jun, menggantikan penyandang terdulu, Mohd. Afendi Hamdan, yang tamat tugas pada 31 Januari.

Lebih menarik, pengumuman itu dibuat oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek, selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai Finas di Malaysia Pitching Centre di Platinum Sentral, Kuala Lumpur pada 1 Jun.

Sebelum ini, Azalina pernah memegang portfolio sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2004 sehingga 2008, sebelum ditukar menjadi Menteri Pelancongan selama setahun pada 2008.

Bukan sekadar bergelar ahli politik, pembabitan Azalina dalam industri kreatif negara bukanlah satu perkara yang asing. Bahkan, Azalina merupakan pemilik Marhaen Productions selain pernah menerbitkan program dokumentari berkisar tokoh kepimpinan negara "1Malaysia Ikon", yang disiarkan RTM1 pada tahun lalu.

Malah, wakil rakyat dari BN itu sememangnya sangat dikenali sebagai individu yang lantang dan tegas dalam menyatakan pendiriannya. Justeru, bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Zass menemui Ahli Parlimen Pengerang itu menerusi satu sidang media yang disusun, baru-baru ini.

Tahniah di atas pelantikan sebagai Pengerusi Finas yang baru. Sejurus pelantikan ini, apakah perkara pertama yang akan dilakukan selepas ini?

Terima Kasih. Perancangan pertama saya adalah untuk melantik ahli lembaga pengarah yang baru atas restu Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek bagi merancang hala tuju Finas.

Malah, saya sudah pun mempunyai senarai nama yang terdiri dari penggiat industri dan saya mengharapkan ia akan dapat dijalankan secepat mungkin. Kemudian, saya akan meneruskan usaha dalam membawa perubahan terhadap Finas termasuklah menjalankan proses 'house keeping' atau penyelenggaraan dalaman.

Proses itu adalah penting yang bertujuan untuk mengembalikan semula fungsi dan peranan Finas ke landasan asal penubuhannya.

Beberapa pendekatan akan dititikberatkan terutamanya yang membabitkan soal geran, menilai semula tahap pencapaian industri perfileman, memberi keutamaan kepada kandungan tempatan selain membayangkan satu kajian semula syarat wajib tayang untuk kebaikan penerbit filem.

Apa yang pasti, selepas ini Finas akan lebih berfokus kepada 'Merakyatkan Finas'.

Apakah yang dapat lihat dalam pelantikan ini?

Sejujurnya, sebagai Pengerusi Finas yang baru, pelantikan ini membawa satu cabaran yang cukup besar. Seperti yang diketahui, terlalu banyak isu yang berbangkit terutamanya dalam industri perfileman tempatan dan ia perlu diselesaikan. Sebab itu, saya mahukan agensi ini bersifat mesra rakyat serta menekankan aspek transparensi.

Malah, saya juga telah berjumpa mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) serta penggiat seni industri kreatif bagi membincangkan segala masalah yang berbangkit. Kali ini, saya mahu menekankan aspek transparensi dan perlu ada satu pendekatan yang lebih responsif.

Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan 'Merakyatkan Finas'?

Mungkin ramai tidak tahu, selain penggiat seni, orang ramai juga layak menerima geran daripada Finas. Lagipun, Finas dapat duit daripada kerajaan, maka ia adalah duit daripada rakyat juga.

Jika Finas tidak melakukan sesuatu tugasan dengan baik, maka rakyat akan marah. Saya juga tidak boleh terima jika ada yang berkata susahnya untuk menjadi pembikin filem.

Oleh itu, saya mahu merapatkan semula hubungan itu. Saya mahu sesiapa saja yang mempunyai idea dan kreativiti terpendam untuk langsung pergi ke Malaysia Pitching Centre di Platinum Sentral, Kuala Lumpur.

Secara dasarnya, apakah fungsi dan peranan Malaysia Pitching Centre di Platinum Sentral, Kuala Lumpur?

Sebenarnya, objektif penubuhan Malaysia Pitching Centre adalah untuk membangunkan industri kandungan kreatif di peringkat global seterusnya melahirkan lebih ramai bakat karyawan baru terutamanya penulis skrip dan penerbit yang bertaraf global khususnya golongan muda.

Jika semua pihak, sama ada mereka yang berpengalaman mahu pun yang baru berganding bahu menggunakan kemudahan tersebut, maka saya yakin kandungan program tempatan mampu menyaingi produk antarabangsa.

Adakah itu bermaksud produk tempatan terlalu terkebelakang?

Apa yang saya mahukan adalah dengan memberi keutamaan kepada kandungan tempatan. Malah, adalah tidak wajar sekiranya syarikat produksi tempatan memberi ruang kepada pelakon-pelakon luar untuk terlibat dalam produk tempatan. Bahkan, semua penggiat seni seharusnya memberi keutamaan kepada artis tempatan sebagai usaha memperkukuhkan lagi dunia perfileman negara.

Itu bukan bermakna, saya menentang orang luar tapi biarlah kita utamakan produk tempatan. Saya tidak melawan atau menghalang pelakon luar tapi saya yakin sukar untuk pelakon negara kita hendak beraksi di luar negara.

Jadi, keutamaan perlu diberikan kepada produk dan orang tempatan. Jika mereka hendak berlakon dengan melaburkan wang mereka di sini, saya tiada masalah tapi jika peruntukan Finas yang datangnya dari wang rakyat Malaysia digunakan untuk orang luar, maka saya rasa ia tidak betul.

Selain itu, ingin saya tegaskan, penggiat industri perfileman tempatan juga perlu lebih kreatif terutamanya apabila menghasilkan karya yang menerapkan elemen kenegaraan. Saya percaya kalau mahu belajar sejarah tidak sekadar hanya membaca buku sejarah.

Sebab itu, penggiat filem perlu lebih kreatif. Tambahan pula industri kekurangan karya berunsur sejarah. Jadi, bagaimana kita mahu mendidik anak-anak tentang sejarah jika tiada bahan untuk ditonton. Generasi kini lebih banyak menghabiskan masa dengan telefon bimbit dan gajet selain lebih senang jika informasi yang diperoleh berbentuk digital.

Sebenarnya, elemen kenegaraan tidak perlulah disampaikan dengan filem-filem serius sebaliknya ia boleh diselitkan juga dalam genre seram, cinta, komedi dan aksi mengikut karya yang diinginkan.

Harapan terhadap Finas?

Sejujurnya, saya mahukan industri kreatif boleh menjana pendapatan. Bahkan, ia juga selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak yang antaranya mahu memberi peluang kepada rakyat menjana pendapatan daripada industri kreatif.

Bahkan, saya juga berharap saya boleh menggalakkan rakyat untuk datang ke Finas kerana pendekatan 'Merakyatkan Finas' adalah salah satu dari transformasi kerajaan.




Zed Zaidi, Presiden Seniman.

ZED ZAIDI SOKONG AZALINA OTHMAN
Oleh: Mohd. Al-Qayum Azizi
Sumber: mStar, 14 Jun 2015

PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) melihat pendapat Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang baru, Azalina Othman, yang akan memastikan keutamaan diberikan kepada artis tempatan berbanding luar negara dapat memartabatkan industri ke tahap lebih tinggi.

Presidennya, Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi, berkata, pandangan yang diutarakan oleh Azalina selaras dengan dasar Seniman dalam memperjuangkan dan meningkatkan imej artis tempatan.

"Kenyataan beliau sebelum ini yang mahu memberi ruang kepada artis tempatan berbanding artis luar sangat tepat kerana beliau mempunyai semangat kenegaraan dan patroritik yang tinggi terhadap negara.

"Segala pandangan beliau di sokong penuh oleh Seniman kerana ia sekaligus selaras dengan dasar bagi memperjuang, membela dan meningkatkan imej artis Malaysia ke tahap lebih tinggi," katanya.

Terdahulu, Azalina menerusi sidang media pertamanya sebagai Pengerusi Finas yang diadakan di Menara PNB, Kuala Lumpur baru-baru ini berpendapat, syarikat-syarikat produksi tempatan tidak wajar memberi ruang kepada pelakon-pelakon luar untuk terlibat dalam produk tempatan.

Katanya, semua penggiat seni harus memberi keutamaan kepada artis tempatan dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi dunia perfileman negara.

Dalam pada itu, Zed memberitahu, pihaknya berharap kelebihan Azalina yang merupakan bekas Menteri Pelancongan dan Menteri Belia dan Sukan diharap dapat menyelesaikan masalah industri seni tempatan ke peringkat kepimpinan tertinggi selain di dalam Dewan Rakyat.

Malah kata Zed, Seniman akan sentiasa memberi kerjasama penuh dalam mengembalikan maruah industri seni yang dilihat makin meruncing dengan pelbagai kemelut dalam membela anak seni yang secara tidak langsung turut membantu dari sudut ekonomi dan pembangunan Malaysia.

"Kerjasama Finas dan Seniman diharap dapat mengembalikan maruah industri seni yang makia meruncing dengan pelbagai masalah kebajikan, peluang pekerjaan menerusi dasar-dasar kerajaan serta akta yang dapat membela nasib anak seni pada masa yang akan datang," ujarnya.


Hazmimi Johar, Presiden Pelapis.

ARTIS LUAR BUKAN ANCAMAN - PELAPIS
Oleh: Mohd. Al-Qayum Azizi
Sumber: mStar, 20 Jun 2015

PERSATUAN Artis Pelapis Malaysia (Pelapis) tidak melihat kehadiran pelakon dari Singapura dan Indonesia ke negara ini sebagai ancaman kepada industri tempatan.

Presidennya, Hazmimi Johar berkata, bilangan artis luar di negara ini sebenarnya masih rendah jika dibandingkan dengan percambahan artis tanah air yang semakin meningkat jumlahnya.

"Tidak perlu berasa terancam atau takut kerana jumlah artis luar di Malaysia amat rendah malah kebanyakan penerbit dan produksi masih mengutamakan artis tempatan yang menjadi pilihan peminat," katanya.

Hazmimi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Azalina Othman yang berpendapat artis luar tidak wajar diberikan ruang untuk berlakon dalam produksi tempatan di negara ini.

Bagaimanapun katanya, Pelapis mendokong penuh pandangan dan hasrat Azalina dalam menerajui Finas dan menganggap pendapatnya dalam isu berkenaan mempunyai teras kukuh sekiranya tidak dibendung.

Antara pelakon-pelakon luar yang berjaya mencipta nama di Malaysia pada ketika ini kebanyakannya dari Singapura seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Hisham Hamid, Shah Iskandar, Elfaeza Ul Haq, Nina Iskandar serta Randi Panggalila dari Indonesia.

Dalam pada itu, Hazmimi berkata, pelakon tempatan seharusnya mula membuka mata dan bersaing secara sihat selain cuba mencari peluang dan ruang untuk bertapak bukan saja di Malaysia tetapi juga luar negara.

Kata Hazmimi yang juga seorang penerbit drama itu lagi, sekiranya artis luar mampu mencipta nama di sini, beliau yakin bakat tempatan tidak mempunyai masalah untuk melakukan perkara sama selagi mempunyai keinginan dan semangat.

"Merungut artis luar masuk pun tiada gunanya kerana kita sepatutnya melihat perkara itu dari sudut positif dan bersaing secara sihat bagi membuktikan bakat tempatan bukan calang-calang.

"Kehadiran artis seberang yang berjaya mencipta nama bukan alasan untuk kita berpeluk tubuh dan menyalahkan mereka tapi apa yang boleh pelakon kita lakukan untuk lebih cemerlang daripada mereka," ujarnya lagi.

Tambah Hazmimi, di Malaysia mempunyai banyak bakat besar dalam lakonan dan yakin sekiranya mereka mencuba nasib di luar negara pasti dapat diketengahkan.

"Artis tempatan sepatutnya mencontohi keberanian mereka yang sanggup meninggalkan negara sendiri demi mengejar cita-cita dan mengapa pelakon kita tidak boleh melakukan perkara serupa?

"Kita mampu lakukannya dan perlu lebih berani dan bukannya berasa terancam dengan kehadiran pelakon dari luar.

"Malah Pelapis tidak berasa gusar kerana kami berdiri di atas platform sendiri dalam mengetengahkan bakat baru dan bersaing dengan sihat," jelasnya.




Azalina Othman bersama Kamil Othman, dipersidangan media.

Aaron Aziz, Nina Iskandar, Adi Putra dan Elfaeza Ul Haq, semua pelakon ini berasal dari Singapura. Tergugatkah mereka?

PELAKON LUAR TIDAK WAJAR DAPAT RUANG - AZALINA OTHMAN
Oleh: Feride Hikmet Atak
Sumber: mStar, 11 Jun 2015

PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang baru, Azalina Othman, berpendapat syarikat-syarikat produksi tempatan tidak wajar memberi ruang kepada pelakon-pelakon luar untuk terlibat dalam produk tempatan.

Azalina berkata, semua penggiat seni harus memberi keutamaan kepada artis tempatan dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi dunia perfileman negara.

"Saya tidak menentang orang luar tapi biarlah kita utamakan produk tempatan. Kita keluarkan duit rakyat (geran) takkan mahu ambil orang luar berlakon.

"Apa yang saya lihat kita mempunyai pelakon, pengarah dan kru yang berbakat. Kita perlu perbanyakkan penglibatan orang tempatan untuk memperkukuhkan lagi industri seni kita," katanya.

Azalina ditemui pada sidang media pertamanya sebagai pengerusi baru Finas dengan pengamal media di Menara PNB, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Finas, Kamil Othman.

Antara pelakon-pelakon luar yang berjaya mencipta nama di Malaysia pada ketika ini kebanyakannya dari Singapura seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Hisham Hamid, Shah Iskandar, Elfaeza Ul Haq, Nina Iskandar serta Randi Panggalila dari Indonesia.

Dalam pada itu Azalina menegaskan, industri perfileman tempatan perlu lebih kreatif dalam menerapkan elemen kenegaraan bagi setiap karya yang dihasilkan.

"Kita mempunyai bakat-bakat besar dalam industri kreatif tapi karya yang ada sangat kurang terutamanya yang berunsurkan kenegaraan.

"Tambahan pula industri kekurangan karya berunsur sejarah. Jadi, bagaimana kita mahu mendidik anak-anak tentang sejarah jika tiada bahan untuk ditonton.

"Budak-budak zaman sekarang lebih banyak menghabiskan masa dengan telefon bimbit dan bermacam-macam gajet dan mereka lebih senang jika informasi yang diperolehi berbentuk digital.

"Elemen kenegaraan tidak perlulah disampaikan dengan filem-filem serius sebaliknya ia boleh diselitkan dalam genre-genre seram, cinta, komedi dan aksi mengikut karya yang diinginkan," ujarnya.

Sementara itu, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang, Johor berkata, perlantikannya sebagai Pengerusi Finas merupakan satu cabaran yang besar kerana banyak isu berbangkit industri perfileman tempatan yang perlu diambil serius dan perlu diselesaikan.

Malah Azalina mahu perbadanan itu bersifat mesra rakyat selain menekankan aspek transparensi.

"Saya telah berjumpa pihak NGO, badan bukan kerajaan, dan penggiat seni industri kreatif untuk membincangkan masalah-masalah yang berbangkit.

"Banyak juga isu yang perlu dilihat. Kalau boleh saya mahu tekankan aspek transparensi dan perlu ada satu pendekatan yang lebih responsif," tegasnya.

Terdahulu Azalina berkata, selepas dilantik memegang jawatan itu, beliau akan memilih aangguta lembaga pengarah Finas yang baru sebelum meneruskan usaha untuk melakukan perubahan terhadap perbadanan itu.


Najib Razak sedang diberi penerangan oleh Azalina Othman mengenai "1Malaysia Ikon" di majlis pelancarannya bertempat di Hotel Sunway Resort pada
bulan Ogos tahun lalu.

APA ITU "1MALAYSIA IKON"?
Sumber: Malaysian Digest, 20 Ogos 2014

NAMA seperti Yusof Haslam, Tony Fernades, Jimmy Choo, Sri Vincent Tan antara figura yang bukan saja disegani ramai tapi juga invidividu-invidividu yang cukup sinonim dengan kejayaan dalam bidang masing-masing. Namun mungkin ramai yang tidak tahu siapa sebenarnya mereka sebelum mencapai kejayaan sekaligus bergelar jutawan seterusnya menjadi inspirasi seluruh masyarakat Malaysia.

Apa yang pasti, kejayaan yang diperoleh barisan ikon ini bukanlah kejayaan yang datang bergolek. Ada antara mereka yang hidupnya sewaktu kecil sangatlah susah, ada yang pernah bankrap beberapa kali, ada juga yang sebenarnya tidak pernah langsung belajar di universiti namun hari ini mereka menjadi kebanggaan negara. Bagaimana tokoh-tokoh ini boleh menjalani kehidupan seperti sekarang? Semua itu bakal dipaparkan menerusi sebuah program baru berjudul "1Malaysia Ikon".

"Idea untuk hasilkan program ini tercetus apabila saya, Angah (Raja Lawak) dan Azalina Othman duduk bersembang. Kami bertanya sesama kami, seandainya kami ada peluang siapa figura yang telah berjaya ingin kami temui dan mahu tahu apakah rahsia kejayaan mereka. Jadi masa tu, masing-masing pun beritahulah beberapa nama yang kami teringin nak jumpa.

"Bila difikir-fikirkan semula, kenapa tidak kami hasilkan satu program tentang figura-figura ini mengenai kisah hidup mereka hingga mereka berjaya seperti sekarang. Dari situlah munculnya idea. Kami mahu visualkan kisah mereka ini dan kongsi dengan penonton-penonton seluruh Malaysia agar mereka juga boleh jadikan tokoh-tokoh ini sebagai inspirasi pada generasi akan datang", kata Ismail Bob Hashim selaku pengarah program tersebut ketika ditemui pada majlis pelancarannya bertempat di Hotel Sunway Resort. Turut hadir Perdana Menteri, Najib Razak yang merasmikan program tersebut.

Berkongsi pula tentang proses penggambaran, Ismail Bob berkata dia berasa bertuah dan bersyukur kerana meskipun berdepan dengan halangan masa sebab jadual padat kebanyakan tokoh-tokoh yang terpilih, namun sewaktu penggambaran dia mendapat kerjasama yang sangat baik daripada kesemua figura tersebut.

"Nampak macam mustahil untuk kami dapatkan mereka ini kerana kita sedia maklum jadual VIP-VIP yang kita pilih ini sangat padat juadual kerja mereka. Penggambaran mengambil masa lebih kurang setahun untuk siapkan 13 episod.

"Tapi saya bersyukur dan gembira kerana niat kami dipermudahkan sejak dari awal lagi. Bila kami buat temubual dengan VIP-VIP ini mereka memberi kerjasama yang sangat baik. Walaupun berstatus VIP mereka sangat merendah diri. Kebanyakan mereka suka dengan konsep santai yang diketengahkan dalam program ini.

"Setiap episod akan memaparkan perjalanan hidup dan pengalaman pahit manis mereka yang tidak pernah orang tahu daripada mereka di zaman kanak-kanak, remaja hinggalah siapa mereka sekarang. Rata-rata mereka bermula dari bawah. Ada yang dibesarkan dalam keluarga susah. Ada yang sudah tiada ibu bapa sejak kecil lagi. Ada yang tidak belajar tinggi pun, tapi semangat dan jati diri mereka kuat. Walaupun pernah gagal beberapa kali, mereka tetap tidak berputus asa.

"Setiap kejayaan mereka itu ada cetusan. Macam Tony Fernadez, kenapa beliau buat tagline "Everyone Can Fly". Sebab sejak kecil lagi dia memang suka pergi lapangan terbang, tunggu kapal terbang mendarat. Ketika sedang belajar di luar negara, beliau menerima khabar yang ibunya meninggal dunia. Beliau mahu balik tapi tak cukup tambang tiket kapal terbang. Sejak itu beliau berazam mahu pastikan yang satu hari nanti "semua orang boleh terbang".

"Kisah Yusof Haslam juga tidak kurang menarik. Mungkin ramai juga tahu beliau pernah jadi konduktor bas tapi ramai tidak tahu beliau sebenarnya memang beria-ia benar mahu jadi bintang filem. Beliau juga pernah bercita-cita mahu jadi polis. Masa kecil-kecil memang beliau suka main 'police entry'. Akhirnya sekarang beliau berjaya, daripada jadi pelakon kemudian jadi penerbit filem terkenal", dedahnya dengan panjang lebar.

"1Malaysia Ikon" merupakan program terbitan Shapeway Entertainment, produksi milik Ismail Bob Hashim bersama Angah. Antara tokoh-tokoh lain yang terlibat Mustapha Mohamed, Ahmad Kemin, Doraisamy Pillai, Abdul Wahid Omar, Daim Zainuddin, Marina Chin, Shahir Abdul Samad, Sammy Vellu Sangalimuthu dan Rafidah Aziz.

Menelan kos penghasilan hampir RM1 juta, program sebanyak 13 episod ini bakal ditayangkan di saluran RTM dan dijangka bermula pada penghujung bulan ini. Dan, u Ismail Bob juga memberitau pihak kerajaan telah bersetuju untuk terus menyokog pembikinan program ini untuk musim seterusnya.

"Alhamdulillah kami dapat sokongan penuh daripada PM. Mungkin pada musim akan datang kami merancang mahu paparkan lebih ramai lagi ikon negara kita. Kita akan cari individu-individu yang telah berjaya mencipta nama dan membina empayar di luar negara dalam pelbagai bidang mereka masing-masing", katanya.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




ALBUM (LP) LAGU-LAGU FILEM UNTUK DIJUAL___


RM250.00

RM250.00

RM250.00

RM250.00

RM250.00

RM250.00


# Sesiapa berminat memiliki album-album di atas, sila hubungi
Zaini Yusop menggunakan nombor telefon 012-3408117.




16 comments:

  1. Salam Encik Mustafar. Sebenarnya banyak perkara yang mahu saya perdebatkan. Tapi biarlah saya mulakan dengan Cinematheque (Sinematik) Malaysia. Yang lain-lain akan saya komen kemudian. Dalam blog ini, banyak kali Encik Mustafar menyarankan supaya sinematik itu diwujudkan seperti Indonesia yang terletak di Taman Ismail Marzuki, Jakarta. Filem adalah bahan sejarah menjadi warisan (heritage) rakyat Malaysia, harus disimpan dan dijaga baik-baik. Sampai sekarang, kita menganggap filem "Pontianak", "Bakti", "Kasih Menumpang" dan beberapa lagi, hilang. Sudahkah kita berusaha mencarinya? Saya ingin menarik perhatian Finas terutamanya, dengan adanya sinematik memelihara filem-filem keluarannya, telah menjumpai filem "Zamboanga" (1937) yang dikatakan hilang pada tahun 2003. Ia ditemui di Library of Congress, Washington, Usa yang diperolehinya dari Finland siap dengan sarikatanya sekali dalam Bahasa Inggeris. Begitu juga di Indonesia, filem "Apa Yang Kau Cari Palupi?" (memenangi anugerah "Filem Terbaik" di Festival Filem Asia Pasifik tahun 1970 di Jakarta) dianggap hilang suatu ketika dulu, tapi diperolehi semula pada tahun 1980an. Ini jelas sinematik berperanan sangat penting dalam pencarian, penjagaan dan pemeliaraan baik filem baru lebih-lebih lagi yang lama. Oleh yang demikian, dengan terlatiknya Azalina Othman sebagai Pengerusi dan Kamil Othman selaku Ketua Pengarah Finas, sama-sama berusaha mengwujudkan Sinematik Malaysia, dan tempatnya, yang pernah dicadangkan oleh Encik Mustafar, di Galeri Perfileman yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur buat sementara. Baru-baru ini saya tertonton dalam YouTube, terdapat iklan filem "Kasih Menumpang". Ini menandakan filem tersebut pasti ada dimana-mana di Indonesia. Kemungkinan juga ada "Pontianak" dan "Bakti". Ini kerana filem-filem tersebut mendapat sambutan baik disana. Cuma harus dilakukan ialah pencarian. Usaha ini hanya boleh dilakukan oleh Sinematik Malaysia. Pihak lain tidak boleh melaksanakannya disebabkan ia memerlukan bajet yang agak besar juga - Hashim Mutalib (via e-mel), UiTM Puncak Alam, Selangor.

    ReplyDelete
  2. Jangan beri ruang pada pelakon (artis) Singapura di Malaysia, pada hemat saya satu langkah kurang bijak dan terkebelakang, lebih-lebih lagi ia disuarakan oleh Pengerusi Finas yang baru dilantik, Azalina Othman, juga pernah memegang jawatan Menteri, orang Johor dan berdekatan pula dengan Singapura. Suatu ketika dulu, Singapura, berada dalam Malaya (kemudian Malaysia) seperti juga Melaka dan Pulau Pinang, ini bererti kita bersaudara. Terkeluarnya dari Malaysia tidak semestinya tidak lagi bersaudara terutamanya dikalangan orang Melayu Singapura yang kini sudah berkurangan, tertekan pula. Kehadiran pelakon dan artis Singapura tidak ramai yang popular, tidak sampai pun 1%, cuma 4 atau 5 orang saja contohnya Aaron Aziz, Nina Iskandar, Adi Putra dan Elfaeza Ul Hak. Apakah mereka ini boleh menggugat rezeki pelakon (artis) Malaysia? Sejarah filem Malaysia bermula di Singapura, ini tidak seharusnya dilupakan oleh Azalina atau dia tahukah perkara ini . Justeru itu, perhubungan antara kedua negara harus dirapatkan bukan dijarakkan. Melarang pelakon (artis) Singapura sedikit sebanyak melukakan hati mereka. Buangkanlah perasaan hasrat dengki itu. Dalam bidang perfileman, Singapura kini sudah mula maju ke depan, kerjasama harus digalakkan bukannya sekatan harus dilakukan. Pegerusi-pengerusi Finas terdulu (semuanya lelaki) tidak pernah mempersoalkan perkara ini, tiba pada Azalina (pengerusi wanita pertama, kalau tidak silap saya) hal remeh temeh sebegini pula ditimbulkan. Sebagai seorang wanita, saya malu dengan orang Melayu Singapura - Zaheera, Pasir Gudang, Johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan supaya Azalina Othman
      letak jawatan sebagai Pengerusi Finas.
      - Hasnan.

      Delete
  3. Menutup pintu kpd artis Singapura bukanlah langkah yang bijak.Saranan ini pernah diluahkan oleh Zed Zaidi yang anti dgn pelakun melayu berlainan warganegara walaupun sesama bamgsa dan agama.Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dgn kehadiran ramai pelakun dari luar yang mungkin suatu hari nanti industri filem melayu di Malaysia boleh berkembang maju.Kita lihat di Hong Kong mereka mengalu-alukan kedatangan ramai pelakun luar seperti Taiwan,Jepun,Korea,Malaysia (Datuk Michelle Yeoh) selain pelakun dari tanah besar China sendiri.Sebab itu industri perfileman nereka lebih maju.
    Kalau Azalina tak mahu memberi prluang kpd artis luar mencati rezrki di sini,alamat bungkuslah industri filem melayu.Takkan nak diharap hero macam Zizan untuk mrningkatkan taraf industti filem kita?
    Di Singapura di era 50/60an bukan semua pelakun melayu di Shaw Brothers dan Cathay-Keris anak Singapura.Sebahagian besar adalah berasal dari Semenanjung Malaysia,Borneo dan Indonesia.Takkan.Azalina tak mengetahui perkara ini?Saya selalu berangan suatu hari nanti Malaysia akan menjadi srbush empayar filem melayu yg terhebat seperti Hollywood yg rata-rata pelakun utamanya berasal dari seluruh dunia,bukan nya rakyat Amerika Syarikat semata-mata.Itu boleh menjadi krnyataan seandainya orang-otang berfikiran sempit seperti Zed Zaidi tidak terbabit di dalam indudtri perfileman negara.Marilah pelakun Malaysia,Singapura dan Indonesia kita bawa filem berbangsa melayu ke peringkat tertinggi.

    -rima

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan supaya Zed Zaidi
      letak jawatan sebagai Presiden Seniman.
      - Hasnan.

      Delete
  4. Saya begitu tertarik atas saranan Encik Mustafar supaya ditubuhkan Sinematik Malaysia (SM) seperti Sinematik Indonesia (SI). Apakata usaha penubuhannya dibuat dengan segera oleh kerajaan Malaysia, dan tempatnya haruslah dibangunan yang hebat sama seperti SI yang ditempatkan di Taman Ismail Marzuki, Jakarta. Untuk SM diletakkan di Galeri Perfileman di Jalan Pahang Kecil (cadangan Encik Mustafar), rasanya ia terlalu kecil, sedangkan bahan-bahan yang akan disimpan dan dipelihara semakin bertambah dari masa ke masa. Pada pendapat saya panggung wayang Coliseum yang kini sudah jadi warisan Malaysia kerana wujud sejak tahun 1920, sangat sesuai menempatkan SM tapi harus dilakukan perubahan infrastuktur yang lebih moden sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan Singapura terhadap panggang wayangnya, Capitol. Coliseum sekarang tidak berfungsi dengan baik, sekadar menayangkan filem-filem Tamil saja, jika dijadikan SM pasti manfaatnya lebih terserlah dengan patut, disamping penjagaan dan pemeliharaan filem baru dan lama, diadakan juga pameran filem dan juga tayangan filem yang difikirkan sesuai dengan keadaan semasa baik yang lama mahu pun yang baru - Iskandar Shah, Putrajaya, WP.

    ReplyDelete
  5. Cadangan Azalina Othman, supaya dilarang pelakon (artis) Malaysia mencari rezeki di Malaysia, seharusnya dikutuk. Azalina tidak layak menerajui Finas - Roy, Woodlands, Singapore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oopp... maaf salah.
      Maksud saya, pelakon (artis) Singapura
      mencari rezeki di Malaysia.
      - Roy.

      Delete
  6. Selagi manusia manusia berfikiran sempit menerajui Finas selagi itulah Finas tidak bernafas..

    -man tembakul
    Sg Durian,Banting.

    ReplyDelete
  7. Kemasukan bakat asing ke dalam sesebuah negara & sebaliknya memang lumrah terdapat di mana-mana. Hollywood sentiasa membuka pintunya kepada para pelakon asing terutamanya dari UK, negara Eropah & Amerika Latin yang lain hinggakan bakat-bakat asing ini terus menetap & bermastautin di Amerika Syarikat (USA). Begitu juga di Hong Kong yang menerima para pelakon dari Taiwan manakala para penyanyi dari Singapura, Malaysia dll. dibenarkan "cari makan" & berkembang di tanah besar Cina (misalnya Shila Amzah). Pusat perfileman Arab yang berpusat di Kaherah (Mesir) & Beirut (Lubnan) menerima kemasukan para pelakon & penyanyi dari mana-mana dunia Arab. Indonesia turut menerima bakat dari Malaysia seperti Siti Nurhaliza & pelakon sinteron & filem seperti Miller (Muhammad Suhaimi Khan) & Ashraff Sinclair hingga menjadi terkenal di negara seberang. Pusat perfileman Afrika yang terletak di Abuja (Nigeria) yang mendapat jolokan "Nollywood" (the Hollywood of Africa) turut menerima kemasukan para pelakon dari luar seperti Congo, Afrika Selatan, Ghana, Senegal dll. Jadi mengapa pula Malaysia harus menyekat kemasukan bakat asing dari Singapura? "The more the merrier" seperti yang disebut dalam bahasa Inggeris. Sekurang-kurangnya Malaysia perihatin & memberi ruang kepada mereka untuk bergiat rancak & meningkatkan prestasi mereka di luar Singapura. Jika tidak kerana Kuala Lumpur, sudah pasti Aaron Aziz akan terus hidup terbelenggu di Eagle Vision sahaja, sebuah unit drama Melayu di bawah pengurusan pihak Mediacorp milik pemerintah Singapura. Walaupun Aaron Aziz turut terlibat dalam drama-drama Inggeris Mediacorp untuk siaran di saluran 5, hanya peranan sampingan sahaja yang diberikan kepadanya, walaupun Aaron pernah menjadi juara Mr. Manhunt Singapura satu ketika dulu. Paling-paling pun, ada segelintir production house di Singapura yang mungkin akan memberi tawaran kepadanya untuk berkarya. Beralih ke senario yang lain pula, mana-mana bakat dari Singapura yang kurang berjaya di Malaysia, tatkala mereka pulang ke Singapura, maka timbullah kekecewaan, kononnya Malaysia mengutamakan bakat tempatan & meminggirkan bakat dari luar. Ini pernah diluahkan oleh Aaron Aziz selepas pertama kali dia menjejakkan kaki ke KL bersama dramatis Lynn Nasir & pulang ke Singapura setahun dua selepas itu. Tetapi, kali kedua Aaron Aziz ke KL, nasib mula menyebelahinya hingga ia menjadi lebih berjaya daripada sebahagian artis di Malaysia. Nah, lihat sekarang siapakah yang lebih dominan & menguasai dunia perfileman & hiburan di Malaysia? Kegagalan atau kurang perhatian yang menimpa mereka, khususnya buat pertama kalinya, mungkin disebabkan faktor kurang pendedahan & pablisiti. Bagi artis Singapura yang telah bertapak & menikmati kejayaan besar di Malaysia, pandai-pandailah membawa diri kerana anda menumpang di negara orang & jika tidak kerana jasa baik & ikhsan tuanpunya negeri, kejayaan tentu anda tidak dapat kecapi.

    - NONAMA

    ReplyDelete
  8. Beberapa hari yang lalu apabila saya melawati blog kesukaan ramai ini, terdapat entri terbaru tentang panggung-panggung wayang di Singapura tulisan Pn. Zaini Yusop. Disebabkan kerana keletihan berpuasa, saya agak "malas" untuk terus membaca isi sepenuh artikel terbaru ini. Saya berfikir "tunggulah esok-esok" untuk membacanya bila saya ada mood. Lagipun, "tak akan lari gunung dikejar". Tetapi secari misteri dan penuh ajaib, esoknya apabila saya mencari artikel terbaru ini, tahu-tahu saja ia sudah ghaib!!! Mungkinkan artikel ini ditarik balik atas sebab-sebab teknikal? Atau mungkinkah isi kandungannya terdapat kesilapan yang perlu dipinda? Atau mungkinkah En. Mustafar dan Pn. Zaini bertukar fikiran dan stategi untuk menyiarkannya semula pada masa yang lebih sesuai selepas Ramadan ini berlalu? Apa komen En. Mustafar?

    - Archibald

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang benar disebabkan teknikal. Yang sebenar, artikel tersebut belum siap lagi. Masih diperingkat edit, semak dan susun. Entah macam mana, tersalah tekan keyboard terus berada di alam maya, dan itulah yang Archibald baca. Elok juga Archibald tidak sempat baca kerana ia masih lintang pukang, berterabur di sana sini. Saya yakin, artikel "Panggung Wayang (Singapura)" sangat menarik dan paling ramai terutama peminat tegar filem tidak tahu apatah lagi jenerasi yang ada sekarang. Apa yang FK lakukan tidak pernah ada di mana-mana blog di alam maya atau sama apa yang FK laksanakan kerana itu adalah kekuatan FK yang dianugerah oleh Yang Maha Esa. Kajian atau fakta diteliti dengan sebaik-baiknya, kalau salah nasiblah, dan telah mengambil masa yang agak lama. Saya yakin, apabila tersiar artikel tersebut (mungkin 2 atau 3 hari lagi) segala-galanya tentang panggung wayang yang ada di Singapura terungkai, dan boleh dijadikan sumber rujukan oleh sesiapa pun dengan tidak perlu membayar satu ringgit pun. Perlu juga diberitahu, blog panggung wayang di Singapura banyak di alam maya tapi semuanya dalam Bahasa Inggeris. Dalam Bahasa Malaysia saya belum jumpa lagi. Begitu pun juga, dari segi persembahan kemungkinan besar FK dapat mengatasi apa yang boleh diperolehi dari blog-blog Bahasa Inggeris itu yang diusahakan oleh Singaporean sendiri. Satu soalan, sesiapakah diantara kita, Malaysian, boleh mengwujudkan blog mengenai "Panggung Wayang (Kuala Lumpur)"?

      Delete
    2. Sebenarnya saya dapat mencuri pandang artikel "Panggung Wayang di Singapura" (PWDS) secara rambang tanpa memberi tumpuan yang penuh. Patutlah saya lihat isinya agak bercelaru dan tidak kemas. Hati-hatilah apabila anda berdua menyiarkan artikel lengkap PWDS ini kelak. Fakta-fakta yang disebutkan biarlah betul dan tepat kerana di luar sana ada ramai pembaca dari Singapura - tidak kira mereka daripada generasi apa sekalipun - yang sedang menunggu untuk 'menerkam' dan mencari kesalahan fakta di dalamnya. Mencari salah dan silap orang memanglah mudah.

      - Archibald

      Delete
    3. tak payahlah archibald beritahu saya dan zaini berhati-hati apabila menyiarkan artikel panggung wayang di singapura. saya berdua buat mana yang termampu, kalau salah apa nak buat. dan lagi tiada siapa yang nak menerkam. nak menerkam pasal apa? kalau sesiapa tak puas hati researchlah sendiri. tak payahlah terkam-terkam. tanggungjawab saya dan zaini menyediakan info setepat yang boleh. archibald, janganlah pandang serong kepada orang singapura, tak baik.

      Delete
  9. Saya berpendapat pembaca FKM di Singapura pun tertunggu tunggu akan entri terbaru En Mustafar mengenai panggung wayang di S'pura..tak timbul isu terkam menerkam..Apa motif mereka di seberang sana nak menyerang dan mencari fasal?Ini bukannya isu politik atau isu sempadan antarabangsa yg mereka nak terkam atau mencari kesalahan.Mereka pun peminat FKM juga spt kita yg dahagakan maklumat. Harapan saya En Mus teruskan memblog tentang bioskop bioskop di sana dan di Msia.Semoga artikal yg ini tidak ghaib lagi di alam maya.Keep it up!
    -Asep Suratman,Pelabuhan Klang.

    ReplyDelete
  10. azalina othman jadi pengerusi finas tak sampai dua bulan. tepat juga ramalan en. mustafar. siapa pula gantinya. yusof haslam? tak mungkin. tapi finas boleh! - norsham, kuala lumpur.

    ReplyDelete