Tribute... P.Ramlee (22/3/1929 - 29/5/1973) Seniman Agung Sukar Di Cari Ganti (Update: 21/3/2017)

Semerah Padi * Pendekar Bujang Lapok * Antara Dua Darjat * Sumpah Orang Minyak * Penarek Becha >>> Kliks Di Sini

Tuesday, March 3, 2015


TRIBUTE... BAHYAH MAHMOOD

DIREALISASIKAN SETELAH LEBIH SETAHUN TERTANGGUH
Teks & Foto: Mustafar A.R.
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



Kini, diterbitkan sebulan sekali tidak lagi 2 minggu sekali.


12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 3 MAC 2015)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 104,951
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 76,974 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 76,312
* SELAMAT PENGANTIN BARU 50,919 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 16,544





TRIBUTE... BAHYAH MAHMOOD

Enam orang kuat Wartisma berpadu tenaga menjayakan "Tribute... Bahyah Mahmood" pada 12 April 2015. Dari kanan: Sandakiah Azez, Yusof Haslam, Rosnani, Sonny Abdullah, Ahmad Fauzee dan Mustafar A.R.

Dari kanan: Rosnani, Yusof Haslam, Sonny Abdullah dan Mustafar A.R. sedang bersoal jawab dengan para wartawan mengenai penganjuran "Tribute... Bahyah Mahmood".

Dari kanan: Yusof Haslam, Mustafar A.R., Ahmad Fauzee dan Rosnani sedang berbincang sebelum persidangan media dimulakan.

SATU persidangan media telah diadakan di Restoran Yusof Haslam pada 3 Mac 2015 lalu, dan ini menandakan "Tribute... Bahyah Mahmood" yang tertangguh lebih setahun akan direalisasikan di Saloma Bistro pada 12 April 2015.

Ramai wartawan akhbar, majalah, tv dan blog turut hadir termasuk Ajk Wartisma - Yusof Haslam, Sonny Abdullah, Rosnani dan Ahmad Fauzee.

Dibawah disiarkan sepenuhnya kenyataan media Mustafar A.R. selaku pencetus idea dan Setiausaha "Tribute... Bahyah Mahmood" yang dibacakan oleh Rosnani.

Salam sejahtera para wartawan dan jurugambar media yang dihormati sekelian.

Terima kasih kerana datang ke majlis sidang akhbar ini untuk sama-sama merealisasikan satu program apa yang kita, Wartawan Dan Artis Prihatin Malaysia (Wartisma), namakan "Tribute..." dan buat pertama kalinya ini Bahyah Mahmood menjadi pilihan.

"Tribute..." adalah sebagai pemangkin untuk menetapkan satu program yang memberikan penghargaan kepada wartawan dan artis yang benar-benar berwibawa dan benar-benar berjasa tetapi tidak ada pendedahan yang konkrit bagi membolehkan mereka itu dianugerahkan yang sepatutnya mereka miliki.

Mereka terpinggir, dan apa yang kita dapat lihat balik-balik yang menerima Anugerah itu ialah wartawan dan artis yang sama. Seolah-olah orang lain tidak pernah berbuat jasa. Kita boleh lihat, dan buktinya banyak.

Bahyah Mahmood kita pilih mengisi program "Tribute...", kerana beliau merupakan wartawan hiburan yang gigih dan didikasi yang setakat ini belum ada pencabarnya.

Komitmennya, bukan sekadar menulis berita-berita dan cerita-cerita hiburan diakhbar dan majalah semata-mata tetapi juga aktiviti-aktiviti lain yang, setakat ini, jarang kita temui dalam diri wartawan-wartawan yang lain.

Memang benar Bahyah Mahmood pernah diberi beberapa anugerah dimasa lalu, tetapi itu tidak setimpal dengan pengorbanan yang dilakukannya terutama dalam menceria dan mengindahkan lagi dunia seni budaya tanahair.

Ruangan pojoknya "Syhhhh... BAM" yang dapat bertahan 20 tahun membuktikan bertapa hebatnya beliau disamping pernah menjadi ahli Lembaga Pengarah Finas, ahli panel Seniman yang mengwujudkan gelaran Seniman Agung P.Ramlee dan Biduan Negara Saloma, juga sebagai salah seorang pengasas Festival Filem Malaysia yang masih kekal ada sampai sekarang ini.

Wartisma mengwujudkan "Tribute..." tidak bagaikan perumpamaan "telunjuk lurus kelingking berkait" atau "kalau tidak ada apa-apa takkan burung tempua bersarang rendah." Tidak sekali-kali.

Ia dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran, mereka yang terpinggir harus dibela dan diletakkan pada landasan yang betul dan tempat yang sewajarnya.

Kelahiran "Tribute..." sebagai penunjuk arah. Memulakan sesuatu yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini. "Anugerah dan Hiburan", itulah konsepnya. Dan semestinya mendapat sokongan dari semua pihak, barulah boleh berjaya. Jika tidak, ia sekadar tinggal impian semata.

Festival Filem Malaysia dimulakan oleh sekumpulan wartawan dibawah naungan Eja, dan terus kekal ke masa ini. Diharap "Tribute..." yang dimulakan oleh sekumpulan wartawan dan artis yang prihatin akan juga kekal sebagaimana festival filem Malaysia.

Itulah permintaan, itulah harapan dan itulah doa.

Kemungkinan besar, selepas Bahyah Mahmood, "Tribute..." akan diserahkan kepada Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) yang kini dipimpin oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin, untuk dianjurkan setahun atau dua tahun sekali. Atau, terpulang kepada ketentuan WHAM asalkan ianya diteruskan.

Peranan Wartisma pada masa itu, hanya bekerjasama dan memberi bantuan apa yang patut dan boleh dibantu. Itu pun sekiranya WHAM bersetuju menerimanya.

Sekian, terima kasih.

- Salam hormat dari saya,
Mustafar A.R.,
Setiausaha "Tribute... Bahyah Mahmood"
3 Mac 2015.



BAHYAH MAHMOOD DI YOUTUBE___

(Sumber: AbgCantik)


(Sumber: Atai Cokman FC)




Yusof Haslam sedang bergurau dengan wartawan Utusan Online, Rosli Manah. Ditengah Sandakiah Azez dan sedang jamu selera, Deel Anjer, dari majalah URTV.

Yusof Haslam diinterview oleh kru RTM.

Rosnani diinterview oleh kru Galaxi TV9.

Sebahagian daripada wartawan yang hadir ke persidangan media "Tribute... Bahyah Mahmood" pada 3 Mac 2015 yang lalu.

Yusof Haslam dalam ucapannya berkata, Bahyah Mahmood memang sepatutnya menjadi pilihan pertama "Tribute..." kerana peranannya dalam alam persuratan khabaran dan dunia seni budaya tanahair.

Tambahnya, Ini adalah permulaan, dimasa akan datang kita akan cari lagi dikalangan wartawan yang benar-benar komitmen bukan saja sebagai pencari berita dan menulis berita tetapi juga kerja-kerja kemasyarakatan, kebajikan, berpersatuan dan sebagainya.

"Dikalangan artis juga, tidak dibiarkan terpinggir," kata Yusof Haslam.

Dalam persidangan media itu juga, Rosnani memberitahu, Rais Yatim, penasihat sosio budaya Kerajaan Malaysia, telah bersetuju untuk hadir ke majlis "Tribute... Bahyah Mahmood" menyampaikan anugerah - trofi dan wang tunai.

Disamping itu, isteri beliau, Maznah Rais, telah menyatakan kesudiannya membaca 'citation' untuk Bahyah Mahmood.

Ditanya mengenai artis yang akan mengambil bahagian, Mustafar A.R. memberitahu, setakat ini hanya Ahmad Nawab saja yang bersungguh-sungguh telah menyatakan persetujuan untuk memberi sumbangan pada majlis tersebut.

Manakala Jamal Abdillah dan Salamiah Hassan, belum memberi sebarang jawapan sama ada mahu turut memberi sumbangan atau pun tidak.

Salamiah Hassan diperlukan menyanyi lagu "Gelombang" petikan filem "Tiada Esok Bagimu" yang mana lirik ditulis oleh Bahyah Mahmood, dan Jamal Abdillah menyanyikan lagu "Kisah Seorang Wartawan", sebagai lagu finale.


Rais Yatim telah bersetuju untuk hadir dimajlis penyampaian anugerah "Tribute... Bahyah Mahmood" di Saloma Bistro pada 12 April 2015.

"TRIBUTE... BAHYAH MAHMOOD" DIREALISASIKAN OLEH___

Tan Sri Dr.Rais Yatim - Penaung
Datuk Yusof Haslam - Penasihat
Dato' Sonny Abdullah - Pengerusi
Dato' Rosnani - Timbalan Pengerusi
Dato' Ahmad Fauzee - Bendahari
Encik Mustafar A.R. - Setiausaha
Puan Sandakiah Azez - Penolong Setiausaha


Saloma Bistro yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, tempat berlangsungnya "Tribute... Bahyah Mahmood".

KERTAS CADANGAN YANG MULA TERCETUS PADA 23 FEBRUARI 2014;

* TUJUAN___
"Tribute... Bahyah Mahmood" diadakan untuk memberi penghormatan kepada BAHYAH MAHMOOD kerana kegigihannya dalam penulisan sejak menceburkan diri dalam bidang kewartawanan di Singapura pada bulan Disember tahun 1965, kemudian berpindah ke Kuala Lumpur pada bulan Mac tahun 1967, sampailah kepesaraannya pada bulan Oktober tahun 1996. Kejayaannya, mengilap selebriti hingga terkenal seperti, Sharifah Aini, Sudirman, D.J.Dave, Yusof Haslam, Hail Amir, Noor Kumalasari, Ogy Ahmad Daud, Rafeah Buang, Uji Rashid, Latiff Ibrahim dan lain-lain, tidak boleh dipandang rengan dan dipertikaikan. Bahyah Mahmood juga turut bermain musik, berlakon dalam filem "Sri Andalas" dan "Sri Mersing", drama pentas "Tun Mandan", menulis skrip Hiburan Malam Minggu (RTM) serta menulis berapa lirik lagu termasuk untuk Saloma, D.J.Dave dan Salamiah Hassan. Disamping itu, beliau merupakan salah seorang panel juri (Seniman) turut bertanggungjawab memberikan anugerah (gelaran) Seniman Agung P.Ramlee dan Biduan Negara Saloma, pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas 1991-1993 dan salah seorang pengasas Festival Filem Malaysia yang diwujudkan oleh Eja pada tahun 1980.

* ANUGERAH___
Satu anugerah diberinama Anugerah Wartisma (trofi) akan diwujudkan untuk Bahyah Mahmood dan disertai juga dengan wang tunai, yang mana jumlahnya akan ditentukan kemudian.

* PENYAMPAIAN ANUGERAH___

1. Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis.
2. Ucapan Pengerusi "Tribute... Bahyah Mahmood".
3. Tayangan gambar slide biografi Bahyah Mahmood.
4. Pendapat dan pandangan (live) 2 personaliti yang mengenali Bahyah Mahmood.
5. Bacaan citation Bahyah Mahmood.
6. Penyampaian trofi dan wang tunai kepada Bahyah Mahmood.
7. Ucapan luahan hati sanubari Bahyah Mahmood.
8. Ucapan Menteri Komunikasi Dan Multimedia.
9. Nyanyian lagu "Kisah Seorang Wartawan" oleh artis yang mengambil bahagian.
10. Tamat dan bersurai.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.