Tribute... Raja Idris Shah (17/8/1924-31/1/1984) Sultan Perak Berjiwa Seni (Update: 8/12/2016)

* Kalau Rindu * Semalam Di Subang * Cempaka Sari * Namamu Dibibirku * Pulau Pangkor >> Cerita Menarik Di FK. Tunggu...

Thursday, June 23, 2016


15+1 LAGU HARI RAYA TERBAIK SEPANJANG MASA

Kajiselidek & Teks: Zaini Yusop
Di Edit Di Semak & Di Susun: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber


# UPDATE 2: 30 Jun 2016
# UPDATE 1: 23 Jun 2016
# ORIGINAL: 13 Ogos 2012
_____________________




Pertama (Ke-1). DENDANG PERANTAU (P.RAMLEE)

Ciptaan/Lirik: P. Ramlee/P. Ramlee
(Sumber video: Rockemeyan)


DENDANG PERANTAU

Di Hari Raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang damai selalu
Nun di sanalah tempat ku bertemu
Aku dan dia

Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dengan lagu
Dendang perantau

Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dengan lagu
Dendang perantau


Ke-2. AIDILFITRI (NONA ASIAH & KAMSANI)

Ciptaan/Lirik: Zubir Said/Zubir Said
(Sumber video: MrDinma)


AIDILFITRI

Sembahyang Hari Raya bersama-sama
Tafkafur dengan kutbah alim ulama
Sujud dan bertaubat kepada Tuhan
Muslimin dan muslimat bermaaf-maafan

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ku tujukan kepada putera dan puteri
Ayah dan bonda yang ku junjung tinggi
Mohon ampun dan maaf yang ikhlas diberi

Wahai pak long dan mak long orang budiman
Serta pak cik dan mak cik orang dermawan
Salah silap jangan jadi dendaman
Sejak pada ini hari mohon dilupakan

Pada abang dan kakak yang lebih tua
Atau pun pada adik yang masih muda
Ucapanku selamat Aidilfitri
Panjang umur usia dan murah rezeki

Kehadapan suami wahai junjungan
Maaf lahir dan batin mohon cucurkan
Kalau silap laku dan perkataan
Saya mengatur sembah mohon diampunkan

Pada handai taulan serta sahabat
Beserta anak isteri kaum kerabat
Salam dan maaf dunia akhirat
Mudah-mudahan semua sempurna dan rahmat


Ke-3. SELAMAT HARI RAYA (SALOMA)


Ciptaan/Lirik: Ahmad Jaafar/Ahmad Jaafar
(Sumber video: Kcselambe)


SELAMAT HARI RAYA

Selamat Aidilfitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di Hari Raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

Selamat Aidilfitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat Hari Raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Selamat Hari Raya...






Kini diterbitkan sebulan sekali tidak lagi dua minggu sekali.


Rawatilah penyakit anda dengan Ceragem. Insyaalah baik.







12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 30 JUN 2016)
PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 144,021
SEKSI SELEBRITI INDONESIA 139,723
SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 128,924
SELAMAT PENGANTIN BARU 65,122
FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 27,042





SETIAP tahun apabila Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba, berkumandanglah lagu-lagu bertemakan Selamat Hari Raya disetiap ceruk dan rantau Malaysia terutama di corong-corong radio dan skrin-skrin tv.

Ia sudah menjadi amalan rakyat Malaysia berugama Islam, dan tanpa lagu-lagu tersebut kemeriahan dan keseronokan berhari raya tidak akan terasa terutama di kalangan kanak-kanak kecil dan anak-anak muda yang masih remaja.

Sejak tahun 1950an, banyak lagu bertemakan Hari Raya Aidilfitri telah dicipta oleh pencipta-pencipta lagu dan dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi popular dan kurang popular serta telah dirakamkan ke piringhitam.

Di antara sebegitu banyak, tidak semua menjadi minat ramai, tidak semua kedengaran di setiap tahun. Hanya lagu-lagu tertentu saja bergema apabila Hari Raya Aidilfitri menjelang (menjelma) tiba.

Mengikut kajian, hampir 100 lagu Hari Raya Aidilfitri telah dicipta, dan di antara sebanyak itu saya telah membuat penilaian dan pemilihan yang boleh dianggap sebagai 16 lagu terbaik (popular) sepanjang masa.

Penilaian dan pemilihan ini, tidak dipengaruhi dan melibatkan sesiapa pun. Saya sendiri yang menentukannya.

Ia dinilai dan dipilih berdasarkan keindahan lagu, rangkapan lirik, nyanyian penyanyi, susunan musik dan sebagainya, dengan mengunakan ukuran dan keupayaan saya, yang sekian lama berkecimpung dalam dunia hiburan.

Besar kemungkinan, penilaian dan pemilihan saya ini, tidak sama dengan anda, peminat-peminat Filem Klasik (FK). Mungkin juga ramai yang tidak setuju. Terpulanglah.

Dalam pada itu, saya beri peluang kepada anda memilih 16 lagu Hari Raya Aidilfitri yang anda minati dan mengikut kesukaan dan kehendak hati anda sendiri.

Jika anda berminat, catatkanlah diruang komen, supaya dapat kita kongsi bersama.

3 lagu Hari Raya Aidilfitri terbaik (popular) sepanjang masa, dalam penilaian dan pemilihan saya ialah;

Pertama: Dendang Perantau (P.Ramlee)
Ke-2: Aidilfitri (Nona Asiah & Kamsani)
Ke-3: Selamat Hari Raya (Saloma)

13 lagu lagi mengikut susunan terbaik;

Ke-4: Dari Jauh Ku Mohon Maaf (Sudirman)
Ke-5: Bila Takbir Bergema (Rafeah Buang)
Ke-6: Selamat Berhari Raya (Rahimah Rahim)
Ke-7: Selamat Hari Raya (Fazidah Joned)
Ke-8: Hari Yang Mulia (Sharifah Aini)
Ke-9: Satu Hari Di Hari Raya (M.Nasir)
Ke-10: Bersabarlah Sayang (Sanisah Huri)
Ke-11: Seloka Hari Raya (Uji Rashid & Hail Amir)
Ke-12: Selamat Hari Raya (Ahmad Jais)
Ke-13: Salam Aidilfitri (Jamal Abdillah)
Ke-14: Indah Hari Raya (Ziana Zain)
Ke-15: Menjelang Hari Raya (D.J.Dave)
Ke-15+1: Aidilfitri Di Alaf Baru (Nurhaliza, Noraniza, Hanim & Suraya)

Baru Masuk Dalam Senarai;

* Bersabarlah Sayang (Sanisah Huri)
* Salam Aidilfitri (Jamal Abdillah)
* Indah Hari Raya (Ziana Zain)
* Aidilfitri Di Alaf Baru (Nurhaliza, Noraniza, Hanim & Suraya)

Di antara lagu-lagu tersebut, yang mana satukah termasuk dalam senarai penilaian dan pemilihan anda?

MOHON MAAF DARI SAYA, MUSTAFAR A.R. & ZAINI YUSOP
DAN, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016





Ke-4. DARI JAUH KU MOHON MAAF (SUDIRMAN HAJI ARSHAD)

Ciptaan/Lirik: S.Atan/Haron Abdul Majid
(Sumber video: Rockemeyan)


DARI JAUH KU POHON MAAF

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

Hanyaku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan Aidilfitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

Hanyaku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan Aidilfitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh


Ke-5. BILA TAKBIR BERGEMA (RAFEAH BUANG)

Ciptaan/Lirik: Kassim Masdor/Rafeah Buang
(Sumber video: MrLaguRaya)


BILA TAKBIR BERGEMA

Dengar-dengar itu bedok telah berbunyi
Sebulan puasa tamatlah hari ini
Lekaslah adikku hiaskan rumahmu
Biar serba baru untuk para tamu

Jangan kau lupa ketupat di dapur
Rendang di kuali jangan biar hangus
Cuba lihat itu kanak-kanak berlari
Di halaman rumah bermain bunga api

Bangunlah anakku pakai baju baru
Kawanmu semua telah pun menunggu
Dapatkan ayahanda sujud di kakinya
Serta jangan lupa nindamu kedua

Kita bermaaf dengan keikhlasan
Moga bertambah rahmat dari Tuhan
Dengar-dengar itu takbir sedang bergema
Hening dan mulia di pagi Hari Raya


Ke-6. SELAMAT BERHARI RAYA (RAHIMAH RAHIM)

Ciptaan/Lirik: Fauzi Marzuki/Hafsah Hassan
(Sumber video: Jom Karaoke)


SELAMAT BERHARI RAYA

Selamat berhari raya
Ucapan ku untuk semua
Kita mengeratkan semula
Hubungan saudara
Yang terpisah

Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkunjung-kunjungan
Maaf dipinta dan diberi
Semoga ikatan berkekalan abadi

Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka
Enak menjamu selera
Jangan lupa yang tiada

Selamat berhari raya
Walau di mana kau berada
Suka-duka silih berganti
Apa pun dugaan
Tabahlah menghadapi

Selamat berhari raya
Ucapan ku untuk semua
Kita mengeratkan semula
Hubungan saudara
Yang terpisah

Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkunjung-kunjungan
Maaf dipinta dan diberi
Semoga ikatan berkekalan abadi

Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka
Enak menjamu selera
Jangan lupa yang tiada

Selamat berhari raya
Walau di mana kau berada
Suka-duka silih berganti
Apa pun dugaan
Tabahlah menghadapi


Ke-7. SELAMAT HARI RAYA (FAZIDAH JONED)

Ciptaan/Lirik: Kassim Masdor/Jins Shamsudin
(Sumber video: TheBunianJr)


SELAMAT HARI RAYA

Aidilfitri hari bahgia
Hari yang mulia
Mohon maaf bersama dipinta
Selamat... Selamat Hari Raya

Sembah salam ayah dan bonda
Ampunkanlah dosa
Hilangkanlah duka dan nestapa
Selamat... Selamat Hari Raya

Semoga kita berjumpa lagi
Di hari bahgia ini

Mari teman mari saudara
Kita bergembira
Lupakanlah hatimu yang duka
Selamat... Selamat Hari Raya

Semoga kita berjumpa lagi
Di hari bahgia ini

Mari teman mari saudara
Kita bergembira
Lupakanlah hatimu yang duka
Selamat... Selamat Hari Raya


Ke-8. HARI YANG MULIA (SHARIFAH AINI)

Ciptaan/Lirik: S.Omar Osman/S.Omar Osman
(Sumber video: MixwdFM)


HARI YANG MULIA

Inilah hari yang berbahagia
Semoga semua dalam gembira
Lama sudah kita nantikan
Lerailah semua jiwa insan

Si miskin kais pagi makan pagi
Tak mungkin dapat menghiburkan hati
Kerananya tak berkemampuan
Alangkah sedihnya mereka

Marilah kita berdoa
Sempena hari yang mulia
Jangan kita asyik gembira
Oh insaflah pada yang tiada

Marilah kita berdoa
Sempena hari yang mulia
Jangan kita asyik gembira
Oh... insaflah pada yang tiada

Sempena hari yang mulia ini
Tinggikan budi dan juga pribadi
Dengarkanlah saudara budiman
Laguku di hari yang mulia


Ke-9. SATU HARI DI HARI RAYA (M.NASIR)

Ciptaan/Lirik: M.Nasir/M.Nasir
(Sumber video: lan5941lan)


SATU HARI DI HARI RAYA

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah ia kebahagiaan

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah ia kebahagiaan

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari Di Hari Raya
Oh... Oh...
Satu hari Di Hari Raya
Oh... Oh...





LAGU RAYA MALAR SEGAR
TERUS JADI PILIHAN___

Dipetik daripada ruangan
FRAGMEN Berita Harian
Oleh Zainuri Misfar


DUA minggu sebelum kemunculan Syawal, akan kedengaran pelbagai lagu Raya Aidilfitri berkumandang dalam semua stesen radio. Bukan sahaja radio berbahasa Melayu, kita juga pernah mendengar ada stesen radio berbahasa Inggeris tidak ketinggalan untuk turut menyiarkan lagu raya.

Ia tidaklah satu kejanggalan. Di stesen radio berbahasa Inggeris terdapat juruhebah atau petugasnya orang Melayu atau sekurang-kurangnya beragama Islam yang sama-sama menjalani ibadat puasa.

Ini untuk mengambil mood atau menggambarkan suasana menjelang raya. Tambahan pula, Hari Raya Aidilfitri adalah antara perayaan utama negara kita. Semua bangsa dan kaum di negara ini, sudah faham sangat.

Dalam bab lagu raya ini, nampaknya, komposer, pencipta atau penulis lagu sekarang belum ada jawapan lagi bagaimana untuk menghasilkan karya setanding dengan lagu-lagu yang sudah berusia lebih 20 hingga 30 tahun.

Orang sekarang baik daripada orang muda, remaja atau budak-budak akan tetap memilih dan mengenali lagu "Dendang Perantau", "Selamat Hari Raya" atau "Balik Kampung". Bukan tidak ada lagu-lagu raya ciptaan terbaru. Sesetengahnya memang agak sedap didengar, tetapi masih belum mencapai tahap malar segar atau 'evergreen'.

Baru-baru ini, penulis mendapatkan pandangan daripada bekas Pengarang Rencana Berita Harian, Karim Sulaiman, mengenai lagu-lagu raya yang malar segar.

Menerusi e-mail yang dikirimkan oleh Karim Sulaiman itu, antara lain beliau berpendapat susunan musik dan bait-bait liriknya sangat dekat dengan pendengar berbanding dengan lagu raya ciptaan terbaru.

Berikut petikan pandangan Karim Sulaiman mengenai lagu-lagu Hari Raya;

“Pada tahun 1980-an, saya pernah menemubual komposer hebat, Kassim Masdor, yang pernah menghasilkan lagu bertema Aidilfitri malar segar seperti "Bila Takbir Bergema" nyanyian Rafeah Buang (lirik juga ditulis oleh Rafeah Buang), "Suasana Riang Di Hari Raya" - Junainah M Amin (lirik Yusnor Ef), "Bersabarlah Sayang" - Sanisah Huri (Yusnor Ef) dan "Selamat Hari Raya" - Fazidah Joned (Jins Shamsuddin).

"Lagu ini dihasilkan antara tahun 1972 dan 1973 dan masih relevan dan dapat diterima oleh generasi sekarang serta akan datang. Kata orang lagunya 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'. Rahsianya, kata Kassim Masdor, melodi dan liriknya mesti memberi kesan kepada pendengar.

"Jika melodinya riang ria, kegembiraan itu dikongsi bersama orang yang mendengarnya. Kalau iramanya bersuram duka, kesedihan itu dapat dihayati pendengarnya.

"Melodinya menggambarkan suasana dan meruntun jiwa. Bukan sekadar irama dan melodi, liriknya turut memainkan peranan penting. Ada penceritaan dalam lagu itu.

Liriknya bukan sekadar patah-patah perkataan untuk melengkapkannya menjadi lagu, tetapi ada makna dan peristiwa sama ada tersurat atau tersirat. Paling penting lagu itu mesti mudah menangkap jiwa pendengar. Istilah sekarang catchy.

"Hal ini menjadikan lagu raya dulu-dulu dekat dengan jiwa pendengar kerana ada antara penceritaan itu ada kena mengena atau kaitan dengan perjalanan hidup mereka.

BARU MUNCUL

"Satu perkara lagi, sebenarnya tidak banyak lagu raya dihasilkan pada zaman 1950-an, 60-an dan 70-an.

Tidak ada jiwa keMelayuan

"Pada zaman 50-an antara lagu raya popular adalah "Selamat Hari Raya" nyanyian Saloma, "Manusia Miskin Kaya" - Nona Asiah dan Kamsani serta "Aidilfitri" – Nona Asiah.

"Lama selepas itu muncul lagu "Suara Takbir" dan "Dendang Perantau" – P. Ramlee pada awal 1960-an, disusuli "Selamat Hari Raya" – Ahmad Jais, dan "Selamat Hari Raya" – Fazidah Joned serta "Musafir Di Aidilfitri, S. jibeng pada akhir 1960-an.

"Pada awal 1970-an lebih tepat 1972/73, baru dirakamkan lagu seperti "Hari Yang Mulia" - Sharifah Aini, "Bila Takbir Bergema", "Suasana Riang Di Hari Raya" dan "Bersabarlah Sayang".

"Jarak penciptaan sesuatu lagu itu agak lama tempohnya. Jadi bertahun-tahun orang mendengar lagu itu sehingga ada lagu baru lain.

"Pada 1977, baru muncul lagi album raya yang diterima ramai "Bergembira Di Hari Raya" yang mengandungi lagu "Seloka Hari Raya" – Uji Rashid dan Hail Amir.

"Ini disusuli dengan tiga album raya malar segar pada awal 1980-an, iaitu "Aidilfitri Bermaaf-maafan" - 1980 (ada lagu "Bingkisan Untuk Perwira" nyanyian Khadijah Ibrahim); "Pemberian Di Hari Raya", 1981 (ada lagu "Suatu Hari Di Hari Raya" – M Nasir) dan Album "Hari Raya" – 1981 (ada lagu "Pulang Berhari Raya").

"Selepas itu, tiada lagu raya yang menyengat kecuali yang dirakamkan oleh Siti Nurhaliza menerusi lagu "Sesuci Lebaran".

"Antara sebab lain lagu raya sekarang tidak best kerana tidak ada jiwa keMelayuan sama ada dari segi melodi atau liriknya. Persoalan penting untuk siapa dan tujuan lagu itu dicipta.

"Logiknya adakah ia untuk semua pendengar tanpa mengira kaum atau agama. Jika untuk orang Melayu dan Islam, perlu difikirkan bentuk lagu yang sesuai bagi tujuan itu.

"Contohnya, lagu "Sesuci Lebaran" oleh Siti Nurhaliza yang dihasilkan pada alaf baru, popular dan diminati kerana melodi dan liriknya kena dengan jiwa pendengar.

"Ringkasnya lagu raya sekarang kehilangan jiwa untuk berhari raya – sekadar rentak, irama dan melodi bersenikata tema hari raya.”

Kita tidak memperkecilkan bakat pemusik atau komposer hari ini. Tetapi jelas, kalaupun mereka berjaya dengan lagu-lagu pop semasa, tetapi menghasilkan lagu raya adalah sesuatu yang cukup mencabar.

Pemusik sekarang menghasilkan lagu raya suka sangat mengikut kata hati, kononnya untuk memenuhi citarasa orang muda yang akhirnya jadi entah apa-apa.

Lagu-lagu raya yang bertemakan Aidilfitri mempunyai nilai budaya, agama dan peradaban yang tinggi. Inilah yang mungkin masih gagal difahami oleh komposer muda hari ini.




Ke-10. BERSABARLAH SAYANG (SANISAH HURI)

Ciptaan/Lirik: Kassim Masdor/Yusnor Ef
(Sumber video: Rockemeyan)


BERSABARLAH SAYANG

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau begini

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu

Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu


Ke-11. SELOKA HARI RAYA (HAIL AMIR & UJI RASHID)

Ciptaan/Lirik: Ahmad Nawab/Erna
(Sumber video: Wak Dogol)


SELOKA HARI RAYA

Indahnya sungguh di Hari Raya
Ramainya orang bersuka ria
Indahnya sungguh di Hari Raya
Ramainya orang bersuka ria

Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama
Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama

Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda
Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda

Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra
Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra

Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda
Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda

Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahgia
Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahgia

Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra
Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra

Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama
Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama


Ke-12. SELAMAT HARI RAYA (AHMAD JAIS)

Ciptaan/Lirik: P.Ramlee/P.Ramlee
(Sumber video: Zeelondee)


SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa

Setahun menghilang
Sekarang menjelang
Hari yang bahagia
Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa

Seruan kita
Untuk semua
Selamat... Selamat...
Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa

Setahun menghilang
Sekarang menjelang
Hari yang bahagia
Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf diminta
Mensuci hening dosa

Seruan kita
Untuk semua
Selamat... Selamat...
Selamat Hari Raya

Selamat... Selamat...
Selamat Hari Raya


Ke-13. SALAM AIDILFITRI (JAMAL ABDILLAH)

Ciptaan/Lirik: S.Atan/Seri Bayu
(Sumber video: Azroypramlee)


SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum... salam hamba
Hulur tanda ingatan
Buat semua insan umat Islam
Di pagi syawal

Pada bonda tercinta
Pada ayah yang rela berkorban
Mohon keampunan dosa-dosa
Yang kulakukan

Untukmu duhai dinda
Yang setia harungi derita
Marilah bersama
Kita saling bermaaf-maafan

Semoga lebaran ini
Membawa keisafan diri
Sejarah yang hitam agar tidak terulang
Untuk selamanya

Pada dia yang pergi
Kita hulur doa tulus suci
Agar roh mereka
Dicucuri oleh rahmatnya

Untukmu duhai dinda
Yang setia harungi derita
Marilah bersama
Kita saling bermaaf-maafan

Semoga lebaran ini
Membawa keisafan diri
Sejarah yang hitam agar tidak terulang
Untuk selamanya

Pada dia yang pergi
Kita hulur doa tulus suci
Agar roh mereka
Dicucuri oleh rahmatnya


Ke-14. INDAH HARI RAYA (ZIANA ZAIN)


Ciptaan/Lirik: Khalil Shariff/Khalil Shariff
(Sumber video: Azroypramlee)


INDAH HARI RAYA

Merdunya alunan takbir bergema
Bersahut-sahutan di sini sana
Bersyukur kita pada Illahi
Tibanya Aidilfitri

Wajah yang ceria jelas terbayang
Suasana meriah penuh girang
Aneka juadah tersedia
Indahnya di hari raya

Sambut lebaran biar berpada
Amalkanlah bersederhana
Hari mulia kita raikan
Dengan doa dan kesyukuran
Andainya ada silap dan salah
Ampunilah segalanya

Ikatan saudara erat terjalin
Pada yang kaya atau miskin
Kunjung mengunjung oh sungguh mesra
Indahnya di hari raya

Sambut lebaran biar berpada
Amalkanlah bersederhana
Hari mulia kita raikan
Dengan doa dan kesyukuran
Andainya ada silap dan salah
Ampunilah segalanya

Ikatan saudara erat terjalin
Pada yang kaya atau miskin
Kunjung mengunjung oh sungguh mesra
Indahnya di hari raya

Ku menyusun sepuluh jari
Maaf kupohon
Selamat Aidilfitri


Ke-15. MENJELANG HARI RAYA (D.J.DAVE)

Ciptaan/Lirik: S.Atan/Kamali Hudi
(Sumber video: Zelondee)


MENJELANG HARI RAYA

Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa
Bergema takbir senja
Menyambut Syawal tiba

Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Menyeri malam raya
Terhias indah rupa

Oh... cantik berseri-seri
Tua dan muda berpakaian serba baru
Oh... sungguh meriahnya
Miskin kaya pun turut bergembira

Selamat Hari Raya
Aidilfitri mulia
Semoga berbahgia
Hidup aman sentosa

Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa
Bergema takbir senja
Menyambut Syawal tiba

Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Menyeri malam raya
Terhias indah rupa

Oh... cantik berseri-seri
Tua dan muda berpakaian serba baru
Oh... sungguh meriahnya
Miskin kaya pun turut bergembira

Selamat Hari Raya
Aidilfitri mulia
Semoga berbahagia
Hidup aman sentosa


EKTRA 15+1___


Ke-15+1. AIDILFITRI DI ALAF BARU (NURHALIZA, NORANIZA, HANIM & SURAYA)

Ciptaan/Lirik: Khalil Shariff/Asmah Ismail
(Sumber video: SuriaRecordsSRC)


AIDILFITRI DI ALAF BARU

Terdengar syahdu gema suara takbir
Tandanya tiba Syawal mulia
Kita beraya bersama berganding bahu
Sambut lebaran di alaf baru
Di Aidilfitri seiring kita berpadu

Selamat Hari Raya
Diucapkan kepada semua
Marilah kita meraikan
Lebaran dengan keazaman
Melangkah menuju wawasan

Bermaafan sesama kita
Lupakan semua sengketa
Jalinkan rasa muhibbah
Kan berseri hari raya
Aidilfitri tambah ceria

Menyambut raya biarlah berpada-pada
Jangan dilupa pada yang tak terdaya
Pada mereka bantulah seikhlas rela
Agar mereka turut merasa
Bersama kita gembira di hari raya

Selamat Hari Raya
Diucapkan kepada semua
Marilah kita meraikan
Lebaran dengan keazaman
Melangkah menuju wawasan

Bermaafan sesama kita
Lupakan semua sengketa
Jalinkan rasa muhibbah

Kan berseri hari raya
Aidilfitri tambah ceria
Kan berseri hari raya
Aidilfitri tambah ceria

FAKTA___

* Di antara 16 lagu, paling banyak pencipta lagu masuk ke dalam senarai - Kassim Masdor dan S.Atan, 3 setiap seorang. Diikuti P.Ramlee (2) dan Khalil Shariff (2). Pencipta lagu veteran - Zubir Said, Ahmad Jaafar dan Ahmad Nawab turut serta dengan 1 lagu.

* Di antara 21 penyanyi, 8 telah meninggal dunia - P.Ramlee, Kamsani, Saloma, Sudirman, Rafeah Buang, Fazidah Joned, Ahmad Jais dan Sharifah Aini.

* Ikut negeri (negara), penyanyi paling ramai masuk ke dalam senarai Singapura, 7 semuanya - Nona Asiah, Kamsani, Saloma, Rafeah Buang, Rahimah Rahim, M.Nasir dan Sanisah Huri.

* Di antara 16 lagu, hanya 1 petikan filem - "Selamat Hari Raya" nyanyian Saloma dari filem "Selamat Hari Raya" (Cathay Keris Film) yang diarahkan oleh L.Krishnan pada tahun 1955.

* Kecuali "Aidilfitri Di Alaf Baru" (nyanyian beramai), hanya 2 lagu dinyanyikan secara berpadusuara (duet) - "Aidilfitri" (Nona Asiah & Kamsani) dan "Seloka Hari Raya" (Uji Rashid & Hail Amir).

* Di antara 16 lagu, 3 lirik ciptaan 2 pelakon dan pengarah filem terkenal. P.Ramlee - "Dendang Perantau" (P.Ramlee) dan "Selamat Hari Raya" (Ahmad Jais); Jins Shamsudin - "Selamat Hari Raya" (Fazidah Joned).


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.






14 comments:

  1. Update yang memantapkan lagi "12+1 Lagu Hari Raya Terbaik Sepanjang Masa". Dengan memasukkan lagu "Bersabarlah Sayang" nyanyian Sanisah Huri, merupakan langkah terbaik dan begitu prihatinnya Puan Zaini dalam menilai lagu-lagu hari raya yang terbaik dihasilkan oleh pencipta-pencipta lagu sejak awal tahun 1950an - Fatin, Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  2. Memang benar komen dalam posting Pn. ZAINI YUSOP & artikel BH ZAINURI MISFAR tentang lagu raya kita yang menjadi "default" setiap menjelangnya Aidilfitri. Tak boleh tidak, ianya mestilah lagu raya malar segar (evergreen) yang menyengat & 'membunuh' (killer song) & ada "power". Cuma, kita perlu pilih mood mana yang kita kehendaki - riang-ria atau sayu-pilu. Lagu raya wajib ini ada X-factor; ada elemen kemelayuan; ada suasana & nuansa aidilfitri; ada feeling raya; irama "catchy" yang cepat 'ditangkap', bermain di kepala & bertahan sepanjang masa; ada rentak, patah lagu & alunan. Disimpulkan dalam satu pakej, lagu raya wajib kita mempunyai ciri-ciri "simplicity, lucidity & euphony" (mudah + jelas + halwa telinga), jika boleh dipinjam kata-kata dari sasterawan klasik Inggeris, W. Somerset Maugham.

    @@@@@@@@ RESIPI LAGU RAYA GEMBIRA: keriangan merentas sempadan tanpa darjat & batasan usia, tanpa komitmen agama, tanpa fahaman ideologi untuk dinikmati oleh insan Melayu di mana-mana pun; makan-minum; ketupat-rendang; kuih-muih; kanak-kanak ceria; gelak-ketawa; 'jalan raya' untuk kunjung-mengunjung. Contoh: SELAMAT HARI RAYA (Saloma), SUASANA HARI RAYA (Sharifah Aini), SELOKA HARI RAYA (Uji Rashid/Hail Amir), SUASANA RIANG DI HARI RAYA (Junainah M.Amin), SELAMAT HARI RAYA (Ahmad Jais), EWAH EWAH HARI RAYA (Malek Ridzuan) dll.

    @@@@@@@@ RESIPI LAGU RAYA SEDIH: kerinduan atau berjauhan dengan ibubapa, sanak-saudara, kampung-halaman; status yatim-piatu atau kemiskinan, pemergian orang tersayang. Contoh: MANUSIA MISKIN KAYA (Nona Asiah), CAHAYA AIDILFITRI (Black Dog Bone), MUSAFIR DI AIDIL FITRI (S.Jibeng), PULANGLAH (Aishah Wan Ariffin), DARI JAUH KUPOHON MAAF (Sudirman), DOA DI HARI MULIA (Uji Rashid), AIRMATA SYAWAL (Siti Norhaliza) dll.

    Kededua lagu raya jenis gembira & sedih ini bertahan sampai bila-bila hingga dibuat "cover version", dikitar semula berulang kali oleh artis terkemudian & artis pelapis yang ada. Resipi-resipi gembira sedih ini menjadi semacam "template" apabila lagu-lagu raya yang baru diilhamkan & dicipta.

    @@@@@@@@ LAGU RAYA YANG PECAH TRADISI: SEPASANG KURUNG BIRU (Khairil Johari Johar Bahar) tentang baju raya yang disimbolikkan dengan jiwa syahdu seseorang semasa raya & mengingati insan tersayang. SALAM DUNIA (M. Nasir), lagu raya berunsur keinsanan menyentuh jiwa tanpa terlalu banyak berendam airmata.

    @@@@@@@@ LAGU RAYA BERUNSUR NASIHAT: BERSABARLAH SAYANG (Sanisah Huri), HARI YANG MULIA (Sharifah Aini), MASIH ADA YANG SAYANG (Noraniza Idris), HARI RAYA TETAP TIBA (Sweet September) dll.

    @@@@@@@@ LAGU RAYA PALING SUKAR DIKARAOKEKAN: Jika tidak berbakat, jangan harap lagu ini dapat kita nyanyikan secara "Minus One" - lagu HALAMAN ASMARA (Ziana Zain & Awie Wings). Ini juga merupakan lagu raya alaf baru yang 'pecah tradisi' & berada pada carta lagu yang paling popular.

    @@@@@@@@ LAGU RAYA NASYID & RELIGI: Juga menarik dari kumpulan nasyid lama & baru, lelaki ataupun wanita.
    Contoh: SELAMAT BERHARI RAYA (Al-Mizan), KUPOHON RESTU AYAH & BONDA (Al-Jawaher); LEBARAN INI (Raihan-Nowseeheart-Rem-Ajai), SELAMAT HARI RAYA (OG La Barkah & Al Fata ala kumpulan El_Surayya) dll.

    @@@@@@@@ LAGU RAYA LAMA YANG BERPOTENSI TETAPI TERPINGIR: SELAMAT HARI RAYA (M.Osman & Afidah Es), SELAMAT HARI RAYA (Aini Latif & Salim I), AIDILFITRI (Fatimah Razak-M.Daud-Zalifah Ibrahim-Salamiah Hasan), HARI RAYA (Zalifah Ibrahim-M.Daud) dll.

    - nonama

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat saya lagu selamat hari raya saloma versi baru lebih popular dan dikenang dan ia patut di tempat pertama sebab ia adalah lagu signature hari raya yg wajib ada setiap tahun dan lagu Dendang perantau di tempat kedua. lagu suara takbir pun rasanya patut dilistkan dan lagu sharifah aini yg patut dilistkan ialah lagu suasana hari raya

    ReplyDelete
  4. Kemaskini (update) ini sangat memerangsangkan, dan sesuai ketika Hari Raya menjelang tiba pada 6 atau 7 Julai 2016. Patut juga Puan Zaini masuk lagu-lagu nyanyian Siti Nurhaliza, Jamal Abdullah dan Ziana Zain menjadikan 15+1 macam lagu-lagu terbaik Raj Kapoor. Sekadar cadangan - Nur Azizah, Rantau Abang, Terengganu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya telah bertanyakan kepada Puan Zaini, tidak adakah lagu-lagu hari raya Nurhaliza, Jamal dan Ziana yang layak masuk ke dalam senarai. Jawabnya, dia sudah menilai kesemua lagu hari raya tiga penyanyi tersebut namun menurutnya, tidak ada yang layak. Tambahnya, mungkin boleh masuk sekiranya 12+1 berubah menjadi 15+1 atau 20+1. Justeru itu, sebaiknya elok kita semua menghormati, keputusan yang dibuat oleh Puan Zaini itu.

      Delete
  5. Satu pemilihan lagu raya sama seperti yang paling saya minati. Terima kasih Puan Zaini - Ratna, Choa Chu Kang, Singpore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya seperti juga Ratna bersetuju dengan pemilihan Puan Zaini. Pada saya paling menarik "Aidilfitri" nyanyian Nona Asiah dan Kamsani. Zubir Said juga the best - Linda, Woodlands, Singapore.

      Delete
  6. Satu corak artikel mengenai lagu-lagu hari raya yang tidak pernah saya temui dimana-mana blog yang wujud diinternet. Syabas Puan Zaini dan Encik Mustafar kerana sumbangan anda berdua dalam memberi info terutama musik dan lagu serta juga filem - Razlan (UKM), Selangor.

    ReplyDelete
  7. Assalaamu'alaikum wbt,

    Berikut saya sertakan 10 lagu Aidilfitri yang saya paling minat mengikut urutan:

    1. Suasana Riang (Di Hari Raya) - Junainah M. Amin
    2. Suasana Di Hari Raya - Anuar dan Elina
    3. Pulang Di Hari Raya - Noorkumalasari
    4. Selamat Hari Raya - Ahmad Jais
    5. Selamat Berhari Raya - Rahimah Rahim
    6. Selamat Hari Raya - Fazidah Joned
    7. Bila Takbir Bergema - Rafeah Buang
    8. Indahnya Beraya Di Desa - Azlina Aziz
    9. Hari Raya Bahagia - Jay Jay
    10. Hari Raya Hari Bahagia - Ideal Sisters

    Kelihatan sungguh bahawa saya amat menyukai lagu-lagu yang memiliki rentak gembira. Walaupun tiada lagu-lagu raya dendangan P. Ramlee, Saloma, Sharifah Aini dan Sanisah Huri, saya tetap merasakan lagu-lagu dendangan mereka berempat cukup enak didengar, cuma sudah terlalu popular dan saban tahun diputarkan (makanya saya tak masukkan dalam senarai saya walaupun Sharifah Aini merupakan penyanyi idola saya).

    Saya fikir penyanyi-penyayi era 70-an dan 80-an amatlah beruntung kerana dapat merakamkan lagu-lagu sambutan Aidilfitri dengan rentak lagu dan lirik yang baik dan sempurna. Penyanyi sekarang, walaupun mempunyai suara yang baik seperti Dayang Nurfaizah dan Misha Omar, tidak mempunyai kesempatan sebegitu. Lihat saja Aman Shah (Kepulangan Yang Dinanti), Cenderawasih (Bersama Di Hari Raya), Othman Hamzah (Gembira Bersama Di Hari Raya) dan Dayangku Intan (Senandung Hari Raya Untukmu), mereka bukanlah penyanyi yang begitu terkenal (atau lagenda) pada tahun-tahun 80-an, tapi dengan lagu raya mereka yang malar segar, pastinya peminat sentiasa dan akan terus mengingati mereka.

    Di telinga saya, hanya beberapa saja lagu terbitan tahun 1990-an dan ke atas yang saya gemari. Contohnya, Sesuci Lebaran (Siti Nurhaliza) dan Indah Di Hari Raya (Ziana Zain) yang begitu melekat di kepala saya. Lagu-lagu berunsur sedih dendangan Siti Nurhaliza juga gagal memikat hati saya berbanding lagu-lagu sedih rakaman Sanisah Huri dan Sharifah Aini yang lebih menusuk jiwa. Malahan, lagu Di Pagi Aidilfitri nyanyian Rosemaria lebih enak didengar setelah berulang kali diputar.

    Akhir sekali, mungkin satu lagi kayu pengukur kejayaan penyanyi Malaysia adalah jika memiliki sekurang-kurangnya sebuah lagu Aidilfitri atau Perkahwinan sepertimana Anita Sarawak dan Waheeda. Biduanita Saloma sangat beruntung kerana mempunyai lagu-lagu yang menepati dua tema di atas.

    Sekian, terima kasih.


    Syed Putra Syed Abu Bakar (Tampoi, Johor Bahru).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu ulasan dan komen cukup menarik daripada Syed Putra. Setiap orang mempunyai citarasa berbeza. Maka terjadilah pro dan kontra yang membolehkan sesiapa saja membuat pilihan gitu dan terbaik mengenai lagu-lagu hari raya kita yang begitu banyak dicipta dan dirakamkan sehinggakan Puan Zaini sukar membuat pilihan.

      Delete
    2. Jika dilihat senarai 10 lagu hari raya yang dibuat oleh Syed Putra hanya 4 masuk dalam senarai pilihan Puan Zaini.
      * Selamat Hari Raya - Ahmad Jais
      * Selamat Berhari Raya - Rahimah Rahim
      * Selamat Hari Raya - Fazidah Joned
      * Bila Takbir Bergema - Rafeah Buang
      Biasalah lain belalang lain padangnya.
      Tapi saya lebih yakin dengan senarai Puan Zaini. Saya suka dengan pilihannya itu
      - Zaqiah (Uitm), Seremban 3, N9.

      Delete
  8. TRIVIA:
    Mungkin ramai tidak perasan tentang fakta ini. Seperti yang kita maklum, industri hiburan di Indonesia -baik muzik mahupun filem - jauh ke hadapan meninggalkan industri hiburan Melayu tanahair. Tetapi tahukah anda, khazanah lagu & muzik Melayu di Malaysia (termasuk Singapura waktu dulu) mempunyai lebih banyak lagu yang bertemakan hari raya Aidilfitri daripada Indonesia? Ini samalah dengan keadaan di negara barat yang mana Amerika Syarikat jauh mendahului United Kingdom dalam menghasilkan lagu-lagu & muzik yang bertemakan Krismas.

    - NONAMA

    ReplyDelete
  9. Bagi diri saya - secara peribadi - paling seronok mendengar lagu-lagu hari raya adalah 2-3 minggu ketika menjelangnya Aidilfitri. Masuk saja 1 syawal & 2-3 hari selepas itu, keseronokannya semakin pudar, pudar & terus hambar ....... hingga saya langsung akan tutup telinga & tidak mahu mendengarnya. Begitulah ragam & citarasa manusia umpama lain padang lain pula belalangnya .... Selamat Hari Raya - maaf zahir batin!

    - nonama

    ReplyDelete
  10. Coretan terbaru En. Mustafar dalam ERTINYA SEKEPING GAMBAR amat menyentuh & terkesan dirasakan. Apatah lagi baru 5 hari Syawal disambut dengan gembira, khususnya bagi yang sedang berada di puncak kejayaan hidup mereka. Entah kita masih hidup ataupun tiada pada Ramadan & Syawal tahun hadapan hanya Allah saja yang tahu. Memang pada kelaziman & kebiasaannya yang lebih berusia akan pergi dahulu. Tetapi ketentuan Allah SWT tidak semestinya menepati logik & persamaan (equation) yang kita fahami. Manusia merancang, Allah menentukan (Man proposes, God disposes). Kadangkala, tahyul atau superstition dalam coretan En. Mustafar ini memang berlaku - secara kebetulan atau kebenaran. 2016 yang kini memasuki tahap enam bulan keduanya (second-half) telah melihat pemergian beberapa tokoh yang dikenali ramai serta pengiat seni tanahair yang kita sanjungi. Memang posting kali ini berkisar tentang lagu-lagu Hari Raya sepanjang zaman. Tetapi dalam keghairhan & keseronokan meraikan Syawal, persoalan realiti kehidupan pasti akan menyentuh & meruntun jiwa kita. Nama-nama antara mereka yang baharu dijemput menghadap Ilahi antara Januari hingga Julai 2016 ini pasti masih terpancar di minda kita.

    - nonama

    ReplyDelete