Tribute... Oscar Academy Award Best Picture (Oscar Anugerah Akademi Filem Terbaik) - Update: 5/2/2017

Rebecca (1940) How Green Was My Valley (1941) 12 Years A Slave (2013) The Sting (1973) From Here To Eternity (1953)

Saturday, December 3, 2016


SAYANG ANAKKU SAYANG (1976)


Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto: Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


Aziz Jaafar, Yusoff Haslam, Jamil Sulong, Norizan, Norsiati dan Rahman B. berperanan sebagai bintang undangan.

(Sumber: ed LOkfc)



KERANAMU AIRMATAKU JATUH BERDERAI
Oleh Mustafar A.R.



AKU masih ingat dan masih segar dalam ingatan, filem "Sayang Anakku Sayang" (SAS) aku tonton di preview room Filem Negara Malaysia yang terletak di Jalan Utara, Petaling Jaya, Selangor.
Ketika itu, aku baru saja memulakan tugas - daripada wartawan hiburan Utusan Malaysia kepada Utusan Filem & Fesyen (UFF), mengambilalih jawatan Salmiah Rahman dengan menganggutai Sidang Pengarang UFF, dibantu oleh Rosie Hashim.
Di situ juga, empat tahun kemudian (1980), filem-filem yang layak bertanding untuk Festival Filem Malaysia Pertama (FFM1) anjuran EJA ditayangkan untuk para angguta panel juri - Hamid Omar,
L. Krishnan, Mazlan Nordin, Zaharah Za'aba dan Azah Aziz. Aku terlibat sama, disebabkan aku Pegawai Penerangan.
Wartawan hiburan popular, Bahyah Mahmood, turut sama menonton. komentarnya mengenai SAS terdapat dalam URTV keluaran 1 Oktober 1976. Para akhir tulisannya itu tercatat:
"Sayang Anakku Sayang", kalau tidak betul-betul menahan perasaan, tidak mustahil ada penonton teresak dan
tersedu sedan di dalam panggung.

SAS merupakan antara tujuh filem warnawarni Merdeka Film Productions (tidak termasuk "Rahsia Hatiku"). Yang lain "Permintaan Terakhir" >> Kliks Di Sini "Jiwa Remaja", "Semalam Di Malaysia," "Cinta Dan Lagu" >> Kliks Di Sini "Loceng Maut" dan "Adik Manja" yang banyak melibatkan krew (tekniksyen) filem yang didatangkan terus dari Shaw Brothers Hong Kong.
Dua filem buat pertama kalinya aku tonton di luar negara. "Permintaan Terakhir" di Jakarta, Taman Ismail Marzuki (TIM) manakala "Loceng Maut" di Sydney. Aku juga menonton buat kali pertama filem "Tiada Esok Bagimu" (TEB) arahan Jins Shamsudin
juga di Australia.
Bersama aku menonton TEB di preview room Colour Lab., Sydney (selain Jins) antaranya Noor Azizah, Hussain Abu Hassan, Noor Kumalasari dan Aziz Singah.
Inilah filem pertama Zulkifli Zain berperanan hero. Dia turut berperanan dalam "Jiwa Remaja" yang dibintangi Hail Amir,
Uji Rashid dan Yusoff Haslam.
Heroinenya, Noor Azizah, tidak payah cakaplah kerana telah berlakon banyak filem bermula "Dayang Senandong" kemudian disusuli antaranya "Sri Andalas", "A Go Go 67", "Raja Bersiong", "Enam Jahanam," "Di Belakang Tabir", "Cinta Dan Lagu"
dan "Pendekar".
Sungguhpun Noor bintang lama dan Zulkifli pelakon baru, namun peranan mereka sebagai suami isteri (Rahman dan Noraini) menampakkan kerasian dan menguatkan lagi kedudukan SAS.
Inilah filem pertama dan terakhir lakonan Noor dan Zulkifli sebagai pembawa karekter utama, leading role. Zulkifli tidak begitu banyak filemnya, adalah beberapa filem antaranya - "Sesejuk Airmata Ibu" diarahkan A.Rahim dan "Matinya Seorang Patriot" arahan Rahim Razali, dua-duanya Rahim.
Anehnya, dalam SAS anak Zulkifli bersama Noor lima orang. Realitinya, perkongsian hidupnya bersama Normala Omar juga lima orang - Norzizi, Norzaza, Norzazila, Norzazleen dan Nor Zabiq.
Anak-anaknya dalam SAS - Aziz Osman, Azihan Osman, Nasran Nawi, Roslina Hamid dan Mohamad Indera.
Normala pernah digandingkan dengan Zulkifli dalam "Sesejuk Airmata Ibu", dan turut membintangi sebagai heroine filem "Serampang Tiga" (pengarahnya, Ismail Sasakul) berherokan Kuswadinata dan "Detik 12 Malam" arahan S.Sudarmaji.
Kini, Zulkifli dalam keuzuran selepas terbabit dengan serangan jantung dan angin asmar. Noor pula tidak tahu khabar beritanya,
dia terus sepi dan menyepi.
SAS memberi kejayaan berprestij apabila Aziz M.Osman memenangi anugerah Lakonan Terbaik Oleh Pelakon Kanak-Kanak di Festival Filem Asia Pasifik Ke-22, Korea Selatan pada 1976.
Di festival tersebut turut menerima anugerah - "Hapuslah Airmatamu" (Menjanjikan Persahabatan dan Kemajuan) dan "Jiwa Remaja" (Kisah Trajedi Terbaik).
Sayang sekali, SAS yang terdapat di YouTube kurang memuaskan, blurr. Namun sebagai rujukan bolehlah ia dianggap: "Tidak ada rotan, ada akar pun jadilah".
Sebelum menonton SAS di YouTube (turut dimuatkan dalam FK ini), ada baiknya dibaca dulu komentar filem yang aku tulis 40 tahun lalu, dan tersiar dalam UFF keluaran Oktober 1976, yang merupakan
UFF pertama aku kelolakan.
Berderai juga airmata aku menonton SAS ini, apatah lagi Bahyah yang sensitif jiwanya. Hati seorang wanita, katakan.
Selamat menonton. Sediakan saputangan ya!






Kini diterbitkan sebulan sekali tidak lagi dua minggu sekali.


Rawatilah penyakit anda dengan Ceragem. Insyaalah baik.








12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 3 DISEMBER 2016)
PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 162,965
SEKSI SELEBRITI INDONESIA 161,107
SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 154,325
SELAMAT PENGANTIN BARU 66,392
FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 28,111






CREDIT___
(seperti tercatat di filem)
MERDEKA FILM PRODUCTIONS Mempersembahkan SAYANG ANAKKU SAYANG Dibintangi Oleh NOOR AZIZAH ZULKIFLI ZAIN dan AZIZ JAAFAR Bintang Undangan YUSOFF HASLAM JAMIL SULONG Dibantu Oleh YUSOF BUJANG A.R.AYAPPAN ENON CHIK NORIZAN M.SHAHDAN NORSIATI RAHMAN B. RAJA KHALID Pelakun Kanak-kanak AZIZ M.OSMAN MOHAMAD INDERA AZIHAN M.OSMAN KAMARUL ARIFFIN NASRAN NAWI ZULKIFLI M.OSMAN ROSLINA HAMID ROZANA M.OSMAN PEMBANTU-PEMBANTU Jurusolek ROSNANI JAMIL Sambungan NIK MUHMAMAD Pakaian ROKIAH SUTAN Skerip SITI ARIFAH Props SULAIMAN Pengurus Unit dan Pengarah Seni A.V.BAPAT, S.M.A. Penolong Pengarah Unit RONNIE TAN BANN MUZIK Komponis: NAZRI AHMAD Gubahan: I.SHARIMAN IRINGAN ORKES IRAMA SARI Juru Gambar: YAU KOK CHENG Pembantu Juru Gambar: ZAINUDDIN HUSSIN Juru Bunyi: TANG KONG THEAN Katabual: JAMIL SULONG A.M.N. Cerita ini khayalan semata-mata, dan tidak mengena dengan sesiapa. Penasihat Terbitan JANTAN ABU BAKAR P.J.K. Penerbit TAN SRI RUNME SHAW P.M.N. Arahan JAMIL SULONG A.M.N.

SINOPSIS___
Rahman telah beselisih faham dengan ayahnya, Encik Mahmud. Dia dan isterinya, Noraini merantau hingga sampai kesebuah pekan kecil dan menetap disitu. Rahman mendapat kerja disebuah syarikat sebagai pemotong balak. Dari kemesraan hidup dan berkasih sayang, Rahman dan Noraini telah dikurniakan dengan lima orang anak. Sudah ditakdirkan, suatu hari Rahman mendapat kemalangan dan meninggal dunia. Tinggallah Noraini membanting tulang untuk menyelenggarakan anaknnya yang lima orang itu. Tidak lama kemudian, Noraini pula jatuh sakit, sakit yang membawa maut. Kisah selanjutnya, bagaimana anak-anak yang sudah jadi yatim piatu itu menempuh segala macam dugaan hidup. Kisah mereka pasti menggamit hati setiap penonton ikut simpati dengan penderitaan mereka. Cerita yang mungkin pernah terjadi dan akan berlaku di masyarakat mana-mana saja di muka bumi ini...

ANUGERAH___
Aziz M.Osman
Lakonan Terbaik Oleh Pelakon Kanak-Kanak
Festival Filem Asia Pasifik Ke-22
Pusan (Busan), Korea Selatan (1976)





Aziz M.Osman

Roslina Hamid & Nasran Nawi

Yusuff Haslam melayani kerenah lima beradik yatim piatu




AZIZ M.OSMAN DIPILIH TERIMA
ANUGERAH SINGA KEMBAR
DI PUSAN, KOREA SELATAN
Oleh: Zaini Yusop



DENGAN peranannya sebagai Aziz dalam SAS, Aziz M.Osman berjaya memenangi anugerah Singa Kembar di Festival Filem Asia Pasifik Ke-22 di Pusan, Korea Selatan pada awal Jun 1976.
Dengan kemenangan tersebut (Lakonan Terbaik Oleh Pelakon Kanak-Kanak), ia merupakan anugerah pertama diperolehinya, dan kali ketiga untuk Jamil Sulong dengan pelakon kanak-kanaknya, Bat Latiff melalui dua filem arahannya - "Lela Manja" (1960, Tokyo) dan "Gerhana" (1964, Taipei).
Sekiranya kita tonton lakonan Aziz dalam SAS, kemenangannya itu tidak boleh dipertikaikan. Dia telah berjaya membawa karekternya dengan cukup baik dan senatural mungkin.
Tidak heranlah dihari muka (future), Aziz berjaya memperkasakan dirinya sebagai 'important figure' dalam kerjaya filemnya. Tidak sia-sia juga apabila dia menangis dan melalak dalam pertamanya, "Ibu Ayam" arahan Salleh Ghani.
Ketika berlakon dalam filem yang dibintangi oleh Kasma Booty, Mustapha Maarof dan Salmah Ahmad itu, umur Aziz baru lima bulan. Dia merupakan anak kepada dua penyanyi pop yang sudah tidak asing lagi - Afida Es dan M.Osman.
Ayahnya (meninggal dunia pada Julai 2001) begitu popular dengan lagu "Suzana", dan pernah mengarahkan beberapa filem termasuk "Pasung Puaka" dan "Anak Tunggal".
Setelah berjaya di Korea Selatan, Aziz terpaksa menunggu sampai 1990 apabila diberi kesempatan mengarahkan filem pertamanya - "Fenomena" yang boleh dianggap berjaya dan menghasilkan wang di box office pun cukup baik.
Kemudian disusuli "XX-Ray", "Puteri Impian", "Leftenan Adnan"
dan "Gila-Gila Pengantin".
Apa yang agak menarik, setakat ini Aziz (lahir pada 2 Oktober 1962) telah berkahwin tiga kali - Nor Aliah Lee, Nor Radhiah
dan Puteri Lily.
Filem terbaru Aziz, "XX-Ray 3" (sekuel "XX-Ray 2") dengan bintang utamanya, Izzue Islam dijangka akan ditayangkan
tahun depan, 2017. Tarikh tepat belum tahu.






"SAYANG ANAKKU SAYANG"
BERJAYA MENGUSEK PERASAAN PENONTON
Oleh: Mustafar A.R. Di Edit: Zaini Yusop
(UFF, Oktober 1976)



SESEBUAH filem yang menarik dan bermutu tinggi, bukanlah sekadar bergantung kepada jalinan cerita yang berat tetapi juga yang simple dan mudah persoalannya.
Dengan sebuah cerita dan skrip yang sedehana ia boleh melahirkan filem yang baik tetapi pengarahnya mestilah mempunyai
idea yang kreatif.
Apatah lagi kalau ditambah dengan teknik-teknik seperti fotografi dan musik yang diselenggarakan dengan begitu baik dan
bertenaga sekali.
Filem keluaran terbaru Merdeka Filem, "Sayang Anakku Sayang" yang sedang ditayangkan dibeberapa pawagam di Malaysia, mempunyai cerita yang sederhana.
Persoalannya mudah difaham. Tidak payah para penonton memerah otak untuk memikirkan sesuatu yang berat-berat.
Tetapi kerana pengolahannya yang begitu cermat dan berhati-hati dan ditambah pula dengan lakonan yang bersungguh-sungguh jadilah SAS sebuah filem drama yang menyayat hati.
Disamping itu diselitkan pula dengan komedi yang menggelikan hati dan menyegarkan.
Setelah menonton previewnya di Filem Negara Malaysia, Petaling Jaya, nyatalah ia dibagikan kepada dua bahagian.
Pertama, menggambarkan bagaimana Rahman (Zulkifli Zain) yang telah bertelagah dengan ayahnya kerana dia tidak suka anaknya itu berkahwin dengan Noraini (Noor Azizah).
Cinta Rahman terhadap isterinya begitu mendalam hingga dia sanggup meninggalkan kemewahan dan pergi ke sebuah pekan kecil dan hidup dalam keadaan serba kekurangan, tetapi bahagia.
Di bahagian ini digambarkan bagaimana Rahman sebagai suami dan ayah yang bertanggungjawab bekerja di syarikat membalak bagi menyarai isteri dan anak-anaknya.
Kesabaran Noraini menghadapi kemiskinan hidup dan jauh dari kesebukan kota disamping suaminya yang berkorban kekayaan kerana mencintainya, pun digambarkan dengan begitu baik.
Dari awal hingga ke pertengan SAS ini, ia lebih mengutamakan kisah-kisah humor yang berlaku disekitar rumahtangga Rahman.
Suasana bertambah meriah dengan adanya kenakalan anak-anak mereka (lima semuanya) dan juga jiran mereka yang baik hati, Yusof Bujang dan Enon Chik.
Watak Ayyapan yang diwujudkan sebagai Doktor Haiwan yang terpaksa merawat Noraini bersalin kerana sudah terdesak, tidak kurang menggelikan hati penonton-penonton.
Boleh dikatakan diperingkat pertama ini para penonton dibawa berhibur dengan telatah-telatah yang berlaku disekitar rumahtangga Rahman dan Noraini.
Di bahagian kedua, sampai ke klimaks di mana kelima-lima anak Rahman dan Noraini terpaksa menempuh hidup secara bersendirian tanpa ibu dan ayah mereka.
Rahman mati akibat ditimpa pokok apabila dia cuba menyelamatkan bossnya (Aziz Jaafar) manakala Noraini mati kerana sakit akibat bekerja kuat untuk menyarai anak-anaknya.
Di peringkat ini para penonton dibawa berhiba dan bersimpati tentang kehidupan kanak-kanak yang berlima itu apabila pohon tempat mereka bergantung patah.
Aziz Osman sebagai Aziz merupakan anak yang tua di antara berlima itu diberi tanggungjawab oleh ibunya (sebelum meninggal dunia) agar menjaga adik-adiknya supaya mereka jangan lapar
dan hidup sempurna.
Penonton-penonton yang pada mulanya ketawa geli dan seronok melihat telatah-telatah kanak-kanak tersebut di bahagian ini
akan bercucuran airmata.
Manakan tidak, dalam usia yang begitu muda yang masih mengharapkan kasih sayang dari kedua ibu ayah, mereka ditinggalkan begitu mendadak sekali.
Lebih mengharukan lagi, apabila Aziz mengambil keputusan memisahkan adik-adiknya itu dan diserahkan kepada orang lain supaya mereka berada dalam kesenangan.
Kelima adik-beradik itu tidak dapat dipisahkan, dan sungguhpun ada di antaranya tinggal di rumah yang lengkap dengan kemewahan tetapi mereka lebih suka berada dalam pangkuan adik
dan abang mereka.
SAS juga menggambarkan bagaimana ada kalangan orang berada melakukan sewenang-wenang terhadap anak-anak yatim piatu itu dengan memberikan layanan buruk apabila mereka diambil untuk dipelihara dan dijadikan anak angkat.
Filem ini berakhir dengan 'happy ending' dimana kelima-lima adik-beradik itu dipelihara oleh Samad (boss ayah mereka) yang telah terhutang nyawa kepada Rahman.
Boleh dikatakan semua pelakon SAS telah memberi tenaga yang kuat terhadap filem ini hingga membawa kejayaan.
Pelakon kanak-kanak terdiri dari Aziz Osman, Azihan Osman, Nasran Nawi, Roslina Hamid dan Mohamad Indera berjaya menguasai peranan masing-masing sehinggakan lakonan mereka begitu realistik sekali.
Aziz Osman yang berjaya memenangi anugerah 'Singa Kembar' di Festival Filem Asia Pasifik di Pusan, Korea Selatan sebagai 'Lakonan Terbaik Oleh Pelakon Kanak-Kanak', sudah kena pada tempatnya.
Nampaknya kelima-lima pelakon kanak-kanak ini telah diasuh dengan begitu baik dan kepada mereka yang terlibat harus berbangga dengan lakonan yang mereka perlihatkan itu.
Zulkifli Zain sebagai Rahman tidak mengeciwakan. Sungguhpun ini adalah peranan hero yang pertama diserahkan kepadanya tetapi dia telah membawa karekternya dengan memuaskan.
Jika dibandingkan dengan "Jiwa Remaja", lakonan Zulkifli dalam SAS ini lebih baik lagi walaupun kehadirannya separuh jalan saja.
Noor Azizah sebagai Noraini membawa peranannya sederhana saja. Sebagai isteri yang penyabar, sanggup mengharuingi derita dan penyayang (sekali sekala temper juga) kena dengan karekternya.
Aziz Jaafar tetap seperti biasa, 'cool'. lagi pun kemunculannya tidak banyak. A.R.Ayappan, Yusof Bujang, Enon Chik, Norizan dan Norsiati telah membawa peranan masing-masing dengan
baik dan memuaskan.
Ada beberapa perkara yang tidak begitu sesuai terdapat
dalam filem ini.
Satu yang ketara ialah, apabila kelima-lima kanak-kanak itu mempemainkan Norsiati dan suaminya, Rahman B. Walaupun sikap pasangan suami isteri dianggap kejam namun adalah tidak baik digambarkan kanak-kanak yang berlima itu memperolok-olokkan kedua mereka itu yang jauh lebih tua.
Mungkin pengarahnya (Jamil Sulong), ingin menjadikan adegan tersebut sebagai satu kelucuan (komedi) untuk mentertawakan para penonton, tetapi rasanya ia tidak patut dilakukan.
Satu lagi yang kurang menyenangkan (sesuai), apabila Rohani (Azihan Osman) dijadikan anak angkat Norsiati dan suaminya digambarkan penderaan begitu kejam oleh mereka.
Sebaiknya, salah seorang diantara mereka (Norsiati atau Rahman B.) harus bersimpati dengan Rohani. Ini tidak kedua-dua mereka memukul teruk seperti memukul kerbau.
Kemungkinan, tujuan diperlihatkan untuk mendapatkan simpati
di kalangan penonton. Tetapi dengan cara begitu sudah menjadi sebaliknya. Ia kurang menimbulkan kesan malah terasa seperti sengaja ditonjol-tonjolkan pula.
Itu sekadar dua contoh, sebenarnya ada beberapa perkara lagi. Begitu pun juga, kesemuanya itu ia tidak melemahkan
keseluruhan filem ini.
Satu lagi kekuatan SAS (selain lakonan dan cerita), teknik fotografinya yang begitu menarik dan bertenaga lebih-lebih lagi berbidang luas (MerdekaScope) dan berwartnawarni. (Bagaimanapun, ia tidak dapat dinikmati jika menonton
melalui YouTube).
Ini tidak mengherankan kerana boleh dikatakan ramai di antara juruteknik terdiri di kalangan pakar-pakar filem dari
Shaw Brothers Hong Kong.
Kalaulah teknik-teknik fotografi yang sebegini baik diselenggarakan oleh anak-anak Malaysia, alangkah bangganya kita semua.
Susunan plotnya kemas, shot-shotnya pendek, pantas dan zoom, lagi satu sebab yang menjadikan SAS tidak bosan ditonton dari
seawalnya sehingga ke akhirnya.
Pada keseluruhannya, filem arahan Jamil Sulong ini merupakan filem yang menarik. Ia lebih baik jika dibandingkan dengan dua filem arahannya yang terdulu - "Permintaan Terakhir" dan "Jiwa Remaja".


FAKTA___

* Empat anak M.Osman dan Afida Es membintang filem ini - Aziz M.Osman, Azihan M.Osman Zulkifli M.Osman dan Rozana M.Osman.
* Nazran Nawi - adik pelakon filem dan teater - Fauziah Nawi.
* Jika diteliti baik-baik, SAS ada sedikit persamaan (ciplakan) dengan "Brahmachari" yang dibintangi Shammi Kapoor, Rajshree,
Pran dan Mumtaz.
* Yusof (Yusoff) Haslam berlakon kesemua empat filem arahan Jamil Sulong - "Permintaan Terakhir", "Jiwa Remaja", "Sayang Anakku Sayang" dan "Cinta Dan Lagu".
* Inilah satu-satunya filem Aziz Jaafar bertlakon dalam filem keluaran Merdeka Film Productions.
* Selain filem ini, Aziz Jaafar dan Noor Azizah turut berlakon bersama dalam "Sri Andalas", "A Go Go 67", "Raja Bersiong"
dan "Pendekar".
* Filem pertama Aziz M.Osman - "Ibu Ayam" arahan Salleh Ghani.
* SAS, filem ketiga Noor Azizah berlakon dibawah arahan Jamil Sulong selepas "Dayang Senandong" dan "Raja Bersiong".
* Selepas SAS, Jamil Sulong berhasrat mengambil pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Emilia Contessa, membintangi "Cinta Dan Lagu". Usaha gagal, dan Noor Azizah menggantikan tempatnya.
* Aziz M.Osman di antara pelakon kanak-kanak berjaya dipilih menerima anugerah di Festival Filem Asia Pasifik. Yang lain, Wan Hussain, Tony Castello, Aidie Ali dan Bat Latiff (2 kali).
* Sangat menarik, apabila nama karekter Noor Azizah dalam SAS dan "Cinta Dan Lagu" sama - Noraini.




# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___



FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




11 comments:

  1. Isteri ketiga (perkahwinan kali ketiga) Aziz M Osman adalah Puteri Lily Lokman yg juga merupakan anak kepada pelakon Lokman Ghani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya tahu.
      Terima kasih Pemikir Muda.

      Delete
  2. Satu lagi artikel, dengan hiasan gambar-gambar sangat menarik, berada di blog FK. Inilah keistimewaan FK yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun. Sebenarnya, sudah lama saya mencari informasi lengkap mengenai SAS ini, dan akhirnya di FK juga saya memperolehinya. Di Wikipedia pun tidak sebaik artikel ini. Terima kasih Encik Mustafar dan Puan Zaini yang tidak pernah bosan melahirkan bahan-bahan bacaan terutama filem dan musik yang unggul dan jitu untuk penambahan ilmu kepada generasi baru seperti saya - Ufairah Usman (via e-mel), Putrajaya, Wp.

    ReplyDelete
  3. jangan lupa NasrIn nawi adalah adik kepad Fauziah Nawi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak lupa. Ada tercatat dibahagian Fakta. Ingin saya peringatkan kepada peminat-peminat setia FK, sebelum beri komen baca dulu seluruh artikel, fahami betul-betul. Ada diantara mereka artikel belum habis baca, dah buat komen. Cara ini tak betul. Ini bagi mengelakkan, tak payah susah-susah buat komen sedangkan benda sudah ada. Saya pun tak payah susah-susah nak jawab sebab benda sudah ada. Berilah komen menambah ilmu, ini yang saya alu-alukan. Ok semua, jangan marah!...

      Delete
    2. Tak marah pun en mus..itu adalah teguran dan ingatan yg membina..terima kasih..hehe..

      Delete
  4. Kalau tak salah saya filem ini di adaptasi dari filem Hong Kong seperti juga filem loceng maut dan banyak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bagi tahu filem Hong Kong yang mana satu Encik Rahim. Boleh saya cari di YouTube kok kok ada. Kalau tak sahah... tak boleh pakai di blog Encik Mustafar kita ni... - Mutalib, KL.

      Delete
  5. filem yang menarik info yang besh terus meyokong abg mus kami sekelurga...

    ReplyDelete