tag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post1782477412615166840..comments2024-01-11T19:53:41.745-08:00Comments on FILEM KLASIK MALAYSIA: SEMERAH PADI IN COLOR MUSTAFAR A.R.http://www.blogger.com/profile/00614747321202826465noreply@blogger.comBlogger8125tag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-65366962852884707982013-12-15T21:19:24.375-08:002013-12-15T21:19:24.375-08:00SEMOGA BERJAYA INI ADALAH IMPIAN TAN SRI P RAMLEESEMOGA BERJAYA INI ADALAH IMPIAN TAN SRI P RAMLEEAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-12552489192109879412013-02-05T20:12:52.819-08:002013-02-05T20:12:52.819-08:00Selagi Shaw Brothers pegang hak filem2 P.Ramlee se...Selagi Shaw Brothers pegang hak filem2 P.Ramlee selagi itulah filem klasik beliau tidak akan dapat diwarnakan kerana tiada approval....entah kenapa filem2 P.Ramlee ini mereka tidak benarkan ianya diwarnakan.....Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-22751605019330164152012-09-02T20:44:45.241-07:002012-09-02T20:44:45.241-07:00Tindakan Shaw Brothers
terhadap P. Ramlee dari du...Tindakan Shaw Brothers
terhadap P. Ramlee dari dulu
lagi memang menyakitkan hati.
Semasa di Merdeka Studio, P. Ramlee
nak buat filem "Hidayah" dalam
color tapi ditolak, terpaksalah
dibuatnya "Laxmana Do Re Mi"
yang boleh dianggap sebagai teruk.
Bila P. Ramlee meninggal dunia,
sumbangan mereka hanyalah RM1,000.
Padahal, dizaman kecemerlangnya,
P. Ramlee telah menghasilkan pendapatan
lumayan yang membuatkan Shaw Brothers
menubuhkan empirenya hingga terkenal
ke seluruh dunia termasuk USA.
Kini bila, AJK Amanah Tan Sri P. Ramlee
mahu memenuhi impiannya untuk
mengcolorkan "Semerah Padi"
senang-senang saja, mereka tolak.
Apa punya empire dah...

- Sulaiman Muhammad, Kangar, Perlis.
Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-7615834544634794322012-02-04T03:13:20.787-08:002012-02-04T03:13:20.787-08:00Contoh mewarnakan filem b/w klasik tempatan secara...Contoh mewarnakan filem b/w klasik tempatan secara eksperimen boleh kita lihat hasilnya yang cantik di You-Tube. Babak berwarna selama beberapa saat itu telah dimuatnaikkan oleh "Ramlee82" & "Aznhamzah". Pergilah ke You-Tube, taipkan "Ibu Mertua-ku in Colour" & tekan butang "search". Tetapi, pada hemat saya, kalau hendak diwarnakan saja atau di"colourscope"kan sesebuah filem b/w klasik Melayu, utamakan yang bercorak purbawara daripada yang moden. Ini kerana filem purbawara mempunyai ciri "timelessness" (tiada batas waktu). Misalnya, "Semerah Padi", "Raja Laksemana Bentan", "Kanchan Tirana", "Raden Mas", "Bawang Puteh Bawang Merah", "Anak Buloh Betong", "Dang Anom", "Keris Sempena Riau" dll. Filem moden seperti "Antara Dua Darjat", "Rumah Itu Dunia-ku" & "Ibu Mertua-ku", belum tentu mendapat sambutan & pulangan modal kerana ia berciri "kontemporari di zaman pembikinannya" yang boleh dianggap oleh generasi hari ini sebagai lembab, tidak relevan, dsbnya. Kalau filem komedi (moden), satu-satunya yang saya yakin PASTI berjaya - jika diwarna & diedarkan semula di pawagam - ialah "MADU TIGA" (M3). M3 sudah ditayangkan berulang-ulang kali di banyak stesen tv di Malaysia, Brunei mahupun Singapura -terutamanya di musim-musim hari raya. M3 memang bersifat malar segar (evergreen). Cerita, plot & komedinya digemari oleh semua peringkat usia. Sebagai kayu ukuran & contoh, pada awal tahun-tahun 2000, M3 telah ditayangkan semula oleh sebuah badan amal di pawagam 5-bintang, Cathay Singapura di Handy Road (walhal filem ini adalah keluaran Shaw) untuk mengutip derma. Sambutannya amat menggalakkan daripada golongan tua hinggalah yang muda. M3 berpotensi untuk mendapat sambutan box-office jika ia diwarna & ditayangkan semula di pawagam. Jika diminta pihak Pertubuhan Shaw & Cathay untuk membiayai filem-filem b/w klasik Melayu produksi mereka, sudah tentu permintaan ini tidak akan dilayan atas alasan kos. Alangkah bagusnya jika dua makmal warna di KL - yakni Makmal Warna P.Ramlee milik Filem Negara Malaysia & Gaya Colour Lab. milik Dato' L. Krishnan - mempunyai teknologi & kepakaran canggih untuk mewarnakan filem b/w lama kita. Proses mewarnakan filem b/w kini menjadi perusahaan utama syarikat Legends Films milik Barry Sandrew in San Diego, Amerika Syarikat kerana mereka mempunyai alat-alat, pakar & juruteknik yang mahir dalam bidang ini.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-79910154251812563412012-02-04T01:04:59.630-08:002012-02-04T01:04:59.630-08:00Seperti yang kita tahu, tidak banyak filem Melayu ...Seperti yang kita tahu, tidak banyak filem Melayu klasik yang dibuat berwarna. Jika di Hollywood, filem-filem klasiknya sering dibuat dalam bentuk "colourscope" (berwarna & berbidang 35mm). Ada kalanya, ditambah dengan sistem bunyi stereophonic. Di negara-negara Asia pula, rata-rata filem-filem lamanya yang berwarna dibuat dalam bidang biasa (16mm) saja. Tetapi Hongkong mendahului India kerana ciri "colourscope" menjadi kelaziman filem tahun-tahun lewat 1960annya. Bollywood mula menaiktarafkan semua filemnya kepada bentuk "colourscope" pada pertengahan 1980an. Dalam industri perfileman Melayu, syarikat Cathay-Kerislah yang mendahului Shaws MFP dengan filem berwarna ("Buloh Perindu", "Mahsuri") atau berbidang luas (walaupun b/w) seperti "Sumpah Pontianak" & "Anak Dara". Cathay-Keris tidak pernah menggunakan teknik "colourscope". Satu-satunya filem "colourscope" Shaws MFP ialah "Raja Bersiong". "A Go Go 67" hanya dalam bentuk Shawscope saja. Shaw Merdeka studiolah yang paling banyak membuat filem b/w berbentuk "cinemascope". Tetapi 90 peratus daripadanya gagal di box-office. Jelas, penonton lebih seronok dengan filem berwarna 16mm daripada filem b/w "cinemascope" 35mm. Tetapi, "colourscope" saja tidak menjamin kejayaan box-office. Misalnya, filem Merdeka studio yang berjodol "Rahsia Hati" mendapat sambutan lesu (mungkin kerana penceritaan, plot, gandingan para pelakon, mutu pengarahan/lakonan & teknik persembahan yang lemah & hambar). Filem arahan Naz Achnas ini dibintangi oleh Sharifah Hanim, M. Amin, Maznah Ahmad, Merdekawati, Gary Gideon & Ali Rahman. Jika dibandingkan, filem b/w 35mm "Asmara Kirana" garapan Naz Achnas adalah jauh lebih menarik. Jika tidak silap, filem "Cinta dan Lagu" berbentuk "colouscope" Merdeka studio pun gagal. Mungkin kerana ia adalah filem muzikal bercorak "broadway" yang bukan menjadi santapan masyarakat Melayu. Filem muzikal biasa tentu mendapat sambutan dengan syarat, lagu-lagunya mestilah menarik & sedap didengar.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-59192021720871434692012-01-30T08:01:56.902-08:002012-01-30T08:01:56.902-08:00terima kasih kepada dua pengkomen yang telah membe...terima kasih kepada dua pengkomen yang telah memberi pendapat masing-masing mengenai cadangan saya untuk mencolorkan filem p. ramlee, "semerah padi".
komen mengenai perkara ini saya bukakan sehingga 15 februari 2012, selepas itu saya akan menilai dan mengkaji setiap komen yang dberikan.
kemudian saya akan menggulung semua komen yang diterima dan menyiarkannya pada suatu masa yang akan ditetapkan nanti.
kerana topik ini sangat menarik, saya mengambil keputusan untuk menghadiahkan satu buku "filem-filem p. ramlee" (berharga rm79.00) untuk tiga pengkomen yang memberi pendapat yang dianggap menarik dan memberi manfaat.
oleh yang demikian, kepada pengkomen yang menggunakan anonymous, diharap catatkan nama (nama samaran pun tidak mengapa) di bawah komen.

- mustafar a.r.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-2900836810905671202012-01-30T06:56:37.770-08:002012-01-30T06:56:37.770-08:00Cadangan untuk mewarnakan filem-filem monochrome a...Cadangan untuk mewarnakan filem-filem monochrome atau hitam-putih (b/w) klasik Melayu adalah suatu topik yang amat menarik dan menyeronokkan. Seperti yang pemblog kita cadangkan, nilai estetik & komersial "Semerah Padi" dapat dijanakan kembali dengan mewarnakan filem ini. Tentu lebih bagus lagi jika ia dapat di"cinemascope"kan & dinaiktarafkan kesan bunyinya kepada sistem dolby, seperti filem "Hum Dono". Malah "Hum Dono" bukan setakat diwarna, di"cinemascope"kan & diberi sistem dolby, tetapi ia juga terdapat dalam versi 3D dengan diberi jodol "Hum Dono Rangeen". Tetapi, janganlah kita terlalu berharapan menggunung tinggi untuk meminta atau berbuat itu dan ini. Sekadar ia diwarnakan saja sudah mencukupi kerana takut-takut, pulangan "box-office" yang diharapkan akan menjadi seumpama 'benih yang disemai tidak menjadi'! Sebagai contoh, antara tiga filem Hindi yang diwarnakan, hanya "Mughal E-Azam" (diedarkan pada 2004) yang mendapat sambutan meluas. Itu pun kerana golongan "lama" menontonnya dek sentimen nostalgia manakala golongan "muda" sekadar mahu melihat bagaimana teknologi pewarnaan sinematografi dapat diaplikasikan bagi menukar filem monochrome kepada warna. "Naya Daur" (2007) & "Hum Dono" (2011) yang terhebat sekali dari segi teknikal ('colour, scope, dolby & 3D') mendapat sambutan yang lesu. Kini, sebuah lagi filem Hindi 1962 yang diwarnakan, "Sahib Bibi Aur Ghulam" sedang menanti dalam debaran untuk diedarkan dan ia mungkin akan senasib dengan ND & HD kerana generasi muda mendapati penceritaan filem-filem lama ini "lembab", membosankan & tidak "cool" bagi selera muda generasi X & Y!Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-32837049617579202562012-01-28T00:21:03.570-08:002012-01-28T00:21:03.570-08:00Sebelum pemblog En. Mustafar AR menulis milis ini,...Sebelum pemblog En. Mustafar AR menulis milis ini, lama dulu saya telah terbaca & mengetahui tentang filem-filem klasik hitam-putih (b/w) Hollywood & India (Hindi & Telugu) yang telah diwarnakan (colourised). Malah, saya pernah menonton filem "colourised" Hollywood di tv Singapura. Memang benar, filem-filem b/w Hollywood diwarnakan hanya untuk rakaman DVD & TIDAK ditayangkan di pawagam. Manakala filem b/w India diwarnakan untuk tayangan umum, kemudian barulah di-DVD-kan. Kalau boleh, diharapkan filem-filem klasik Melayu yang ada nilai dapat diwarnakan seperti mana yang dilakukan di Hollywood & India. Filem-filem klasik dari negara mana sekalipun - sama ada yang berwarna atau b/w yang diwarnakan - memang istimewa daripada filem-filem baru hari ini, kerana yang klasik mempunyai nilai "eksklusif" sedangkan filem berwarna hari ini adalah "common" (lumrah) saja nilainya. Filem-filem P.Ramlee yang bercorak purbawara seperti "Semerah Padi" & "Sumpah Orang Minyak" jika diwarnakan & ditayangkan semula di pawagam memang mempunyai nilai komersial 'box-office'. Begitu juga dengan filem moden "Madu 3" dan "Ibu Mertua Ku". Kalau daripada Cathay-Keris, saya rasa filem purbawara "Raden Mas", "Tun Fatimah" atau "Badang" & filem moden "Rumah Itu Dunia Ku" berpotensi untuk tayangan semula di pawagam.
Tidak perlulah filem-filem berbidang biasa ini dilebarkan kepada bentuk "cinemascope" seperti "Hum Dono", kerana jika ia diwarnakan saja sudah memadai untuk menjadikannya menarik seperti "Mughal E-Azam" kerana jika dalam cinemascope, susah pula untuk ia ditayangkan di tv kelak.
TRIVIA:
(1) Jika ia tidak hilang, "Perwira Di-Lautan Tedoh" (lakonan Ahmad Mahmud) sepatutnya dimahkotakan sebagai filem Melayu pertama yang dibuat dalam warna-warni tetapi "Buloh Perindu" (BP) telah mengambil tempatnya. BP juga kini telah hilang kerana menurut cerita, semasa setor di studio Cathay-Keris di Jalan Buloh Perindu, East Coast Road terbakar, mastercopy filem ini turut termusnah.
(2) Baru saya tahu rupa-rupanya filem "Raja Sahari" keluaran Shaws MFP dibuat dalam bentuk 'partly in colour' (beberapa adegan dibuat berwarna). Adakah filem ini masih wujud dan boleh diperolehi? Pernah saya terbaca sebuah rencana yang mengatakan bahawa filem "Semerah Padi" dibuat dalam bentuk 'partly in colour' & ia pernah ditayangkan di Mesir.
Filem-filem yang dibuat dalam bentuk 'partly in colour' memang terdapat di India dulu. Antaranya ialah filem "Mughal E-Azam", "Aasha", "Nadoddi Mannan" (Tamil) dll.Anonymousnoreply@blogger.com