tag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post8714345042222285438..comments2024-01-11T19:53:41.745-08:00Comments on FILEM KLASIK MALAYSIA: PANGGUNG WAYANG (SINGAPURA) MUSTAFAR A.R.http://www.blogger.com/profile/00614747321202826465noreply@blogger.comBlogger29125tag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-637081925926447732018-08-11T22:11:00.889-07:002018-08-11T22:11:00.889-07:00Sudah disiarkan pada 9 Ogos 2018.
Sila ke laman te...Sudah disiarkan pada 9 Ogos 2018.
Sila ke laman tersebut.
Terima kasih kerana lama menunggu.MUSTAFAR A.R.https://www.blogger.com/profile/00614747321202826465noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-27854216186443639472018-03-23T06:45:41.443-07:002018-03-23T06:45:41.443-07:00>>>BAHAGIAN 2<<<
"PANGGUNG...>>>BAHAGIAN 2<<<
"PANGGUNG WAYANG DI KUALA LUMPUR"
AKAN MENYUSUL...
Encik Mustafar bila agaknya bahagian 2 iaitu
panggung wayang di Kuala Lumpur akan disiarkan
- Normala, Cheras, Kuala Lumpur. Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-59387217285052369232015-08-09T19:31:53.031-07:002015-08-09T19:31:53.031-07:00En. Mustafar AR & Pn. Zaini Yusop memang jempo...En. Mustafar AR & Pn. Zaini Yusop memang jempol. Apa yang anda berdua lakukan adalah cara sebenar bagaimana sesuatu penyelidikan & kajian itu dijalankan dengan merujuk kepada pelbagai sumber. Anda berada di landasan yang betul. Para "researcher" bertaraf dunia di Universiti Oxford (UK), California Berkeley (USA) atau NUS (S'pura) sekalipun akan merujuk kepada buku, majalah, kritik, makalah, milis, akhbar, interviu, internet, arkib (lisan mahupun tulisan) & individu yang bersifat "oral history" apabila mereka membuat kajian & penyelidikan. Dalam artikel PANGGUNG WAYANG DI SINGAPURA ini, bukan tulisan Jerome Lim sahaja, malah bahan-bahan & fakta-fakta sejarah yang lain boleh dikutip dari laman-laman web Shaw Brothers, Cathay Organisation, akhbar The Straits Times (Singapura), The Singapore Archives, Singapore Oral History & lain-lain bagi mendapatkan fakta & informasi. Untuk menyimpang & tukar cerita, mari kita berkongsi maklumat sekarang. Dalam blog FK ini yang lalu melalui artikel tentang Marion Willis & filem "Sumpah Orang Minyak", ada para pembaca yang bertanya ke manakah hilangnya pelakon & bekas ratu cantik "Miss Singapore 1958" ini? Ok, sempena hari kebangsaan Singapura yang ke-50 (SG50) pada 9-8-2015, akhbar The Straits Times (Singapura) ada menyiarkan berita termasuk gambar Marion Willis dengan wajah "veteran & senior" beliau yang habis dimamah usia! Tanpa touch-up, makeover atau photoshop!!!

- NONAMA Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-59733069271670708622015-08-09T17:36:04.875-07:002015-08-09T17:36:04.875-07:00Kebiasaannya, kalau menghasilkan artikel bersifat ...Kebiasaannya, kalau menghasilkan artikel bersifat kajiselidik atau research seseorang penulis tidak boleh lari daripada menciplak karya orang lain. Dalam kes "Panggung Wayang Di Singapura" bukan saja karya Jerome Lim malah banyak lagi blog yamg sama waktu dengannya, menjadi sumber ilham saya dan isteri. Bagaimanapun, ia diolah dan ditambah dengan ramuan yang lebih omnya (bukan ceduk bulat-bulat) hingga terjadi, tidak terdapat dimana-mana blog, ia hanya ada di FK saja. Sekiranya saya terlepas pandang tolong tunjukkan. Kalau Nonama seorang yang prihatin tentu dapat mengesan, boleh dikata kesemua artikel yang disiarkan oleh FK terhasil dari pelbagai sumber bukan saja blog di alam maya, tetapi juga lain-lain media seperti majalah dan akhbar. Justeru itu, apa yang Nonama timbulkan tidak patut ditimbulkan. Berilah komen yang mencabar minda, bukannya remeh temeh yang sepatutnya tidak perlu saya jawab. Membuang masa saja. Tetapi, takpalah. Harap Nonama mengerti, itu pun kalau mahu mengerti. MUSTAFAR A.R.https://www.blogger.com/profile/00614747321202826465noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-48085356042275034592015-08-09T02:11:22.831-07:002015-08-09T02:11:22.831-07:00Addendum -
" Suratan atau Kebetulan"
Har...Addendum -
" Suratan atau Kebetulan"
Harap maaf.

- NONAMAAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-49695875371954749852015-08-09T02:09:34.259-07:002015-08-09T02:09:34.259-07:00Artikel En. Mustafar AR & Pn. Zaini Yusop ini ...Artikel En. Mustafar AR & Pn. Zaini Yusop ini termasuk gambar-gambarnya sekali mempunyai banyak persamaan dengan artikel dalam blog Singapura kelolaan Jerome Lim dalam bahasa Inggeris yang bertajuk " The Long and Winding Road". Bak jodol lagu Kenny, Remy & Martin adakah ia suatu " Suaratan atau Kebetulan"?

- NONAMA Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-45859784565874607382015-08-06T21:30:40.079-07:002015-08-06T21:30:40.079-07:00ok nonama.
akan diupdate.
terima kasih.ok nonama.
akan diupdate.
terima kasih.MUSTAFAR A.R.https://www.blogger.com/profile/00614747321202826465noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-59633938187245935992015-08-06T19:09:48.354-07:002015-08-06T19:09:48.354-07:00TAMBAHAN - Canberra & Naval Base cinema telah ...TAMBAHAN - Canberra & Naval Base cinema telah lenyap dalam lipatan sejarah. Tapak Canberra Cinema kini telah diserap & menjadi sebahagian daripada estet perumahan awam HDB (Housing & Development Board) Sembawang milik pemerintah; manakala tapak Naval Base pula kini hanyalah tapak tinggal yang terbiar (perlu update).

- NONAMA Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-72972726885956089402015-08-06T05:30:08.302-07:002015-08-06T05:30:08.302-07:00Bagus sungguh artikel "Panggung Wayang Di Sin...Bagus sungguh artikel "Panggung Wayang Di Singapura" yang disiarkan atas ikhsan gandingan En. Mustafar AR & Pn. Zaini Yusop. Anak jati & orang Singapura sendiri belum tentu dapat mengadakan artikel tentang sabjek ini dengan sebegitu baik & terperinci sekali. Yang menariknya, dalam banyak-banyak nama, nama panggung KINDOL, panggung SULTAN & CANBERRA Cinema turut disebut kerana ini adalah pawagam-pawagam kecil yang terletak di bahagian ulu Singapura. Tetapi, artikel ini telah terlepas pandang sebuah pawagam yang terletak tidak jauh dari Canberra cinema yang secara fizikal lebih besar & berprestij daripada Canberra, yakni NAVAL BASE Cinema. Dek kerana panggung milik Shaw Brothers ini terletak di kawasan tentera laut British, hanya filem-filem barat ditayangkan, & pada hujung minggu ditayangkan filem-filem Shaw Bros dari Hongkong. Canberra Cinema pula terletak di kawasan masyarakat Asia kelas pekerja yang berbilang bangsa. Kerana itu, pihak Shaw memberi tumpuan kepada filem-filem Asia di Canberra Cinema (keluaran Shaw Bros Hongkong, Shaws MFP & filem-filem Tamil & Hindi).

- NONAMA Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-2805423709000934152015-08-04T13:31:27.867-07:002015-08-04T13:31:27.867-07:00Gembira saya apabila Encik Suhaimi suka membaca ca...Gembira saya apabila Encik Suhaimi suka membaca catatan saya, "Memori Seorang Insan Di Perantauan". Bahagian 4 akan menyusul tetapi terpaksa mengambil masa sedikit kerana sejak akhir-akhir ini kesehatan saya sering terganggu terutama penglihatan mata. Kalau Encik Suhaimi perasaan, update FK pun tidak seaktif dulu, lama baru saya postkan. Apapun, selagi saya dan isteri (Zaini) masih mampu, selagi itulah update akan dilakukan walaupun dalam sebulan hanya dapat dipostkan satu atau dua artikel saja. Tunggu Encik Suhaimi ya, catatan Bahagian 4 sedang di edit oleh Zaini. Siap saja akan dipostkan. Terima kasih kerana melayari FK.MUSTAFAR A.R.https://www.blogger.com/profile/00614747321202826465noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-18485538947160302632015-08-03T23:47:54.497-07:002015-08-03T23:47:54.497-07:00Saya sangat tertarik hati dengan artikel di sidebl...Saya sangat tertarik hati dengan artikel di sideblog FK yang memaparkan mengenai "Memori Seorang Insan Di Perantauan" (Masa Itu Cepat Berlalu) tulisan Encik Mustafar. Saya perhatikan banyak cerita menarik terdapat dalam 3 Bahagian yang sudah ada. Catatan tempat lahir di Kalumpang, mengenali dunia di Teluk Anson dan membesar di Kuala Lumpur sarat dengan info yang selama ini saya tidak tahu. Contohnya, adanya serang hendap pengganas komunis meyebabkan seorang angguta polis terbunuh, siap dengan tarikhnya sekali; adanya tayangan filem Indonesia "Tengkorak Hidoep" di Hutan Melintang; dan adanya panggung wayang Alhambra di Setapak serta P.Ramlee dan Kasma Booty pernah buat pertunjukan pentas di Lucky World. Saya kini menunggu Bahagian 4 untuk mendapatkan info yang lebih menarik mengenai perjalanan hidup Encik Mustafar di Kajang dan sekitarnya pula. Saya menunggu dan menunggu. Tetapi sampai sekarang (setelah sekian lama) tidak muncul-muncul. Kenapa Encik Mustafar? Harap Encik Mustafar sihat sentiasa supaya dapat meneruskan Bahagian 4 itu dan lain-lain artikel yang saya kira tetap menarik dan berinformatif. Saya lahir di Sungai Kantan, Kajang, itulah sebabnya saya ingin tahu apakah cacatan Encik Mustafar dapat kembalikan nostalgia saya semasa berada di Kajang dan pernah menjadi salah seorang pelajar di High School pada tahun 1952 hingga 1957 - Suhaimi Shamsudin (via e-mel), Shah Alam, Selangor. Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-49519524348698970492015-08-02T04:20:16.983-07:002015-08-02T04:20:16.983-07:00satu ulasan yang cukup mantap
daripada seorang bek...satu ulasan yang cukup mantap
daripada seorang bekas wartawan hiburan
(filem) yang sangat berpegalaman
- kamarul, putrajaya.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-16994661473981345232015-08-02T02:29:27.861-07:002015-08-02T02:29:27.861-07:00Terima kasih NoNama kerana mencadangkan nama saya ...Terima kasih NoNama kerana mencadangkan nama saya sebagai pengerusi Finas menggantikan Azalina Othman. Dalam keadaan sekarang (dalam sedikit keuzuran) jika ada tawaranlah, katakan, saya tidak akan terima walaupun gajinya RM50,000.00. Dalam menerajui Finas, jawatan Azalina itu sebenarnya jatuh nombor dua. Nombor satu, ketua pengarah Finas, Kamil Othman. Segala kegiatan atau aktiviti memajukan Finas berada dibawahnya mengikut landasan yang telah digariskan oleh Finas. Kalau melangkah bendul akibatnya Finas akan huru-hara. Pada saya, Kamil tidak dapat bergerak ke mana-mana selagi kerusi pengerusi Finas itu diduduki oleh orang politik. Apatah lagi Azalina sendiri mahukan supaya tempatnya digantikan dengan orang UMNO. Ini saya kira sudah melampau. Finas bukan saja didokongi oleh UMNO tetapi juga semua parti di Malaysia kerana duit yang digunakan duit rakyat. Malaysia tidak bebas seperti Indonesia, Filipina atau pun Thailand memberi kebebasan kepada industri kreatif dengan dikendalikan oleh orang-orang yang benar-benar pakar dan faham terhadap industri tersebut. Azalina dan Kamil apa yang mereka tahu. Kalau tahu pun ala-kadar saja. Saya setuju, sekiranya Yusof Haslam dilantik sebagai pengerusi Finas, Ramai orang politik dan orang filem menghormatinya, dan mungkin tidak banyak gangguan kalau dia berada disitu. Tetapi sayangnya dia ada kepentingan. Yusof ada Skop Productions. Ikutkan, dia sebagai timbalan pengerusi Finas pun ada kejelekannya. Justeru itu, kita biarkan saja ke mana Finas mahu pergi. Biarkan... biarkan... si Luncai terjun dengan labu-labunya. MUSTAFAR A.R.https://www.blogger.com/profile/00614747321202826465noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-69166191742342474972015-08-01T22:17:04.017-07:002015-08-01T22:17:04.017-07:00Mutakhir - kerusi nombor 1 dalam FINAS kini telah ...Mutakhir - kerusi nombor 1 dalam FINAS kini telah dikosongkan oleh Puan Azalina Othman Said atas sebab-sebab yang diketahui umum. Sebagai ganti, secara praktikal & realistik, ambillah seorang tokoh yang berkaliber, berpengalaman & berpengetahuan amat luas tentang industri filem lama & baru, serta dalam & luar negara. Beliau tidak lain & tidak bukan, tentunya En. Mustafar AR kita. Encik Mustafarlah calon tokoh yang paling layak menerajui FINAS, walaupun beliau dulunya hanya seorang pemberita & wartawan hiburan di syarikat Utusan Melayu / Malaysia. Pada hakikatnya, tidak semestinya semua menteri atau tokoh korporat yang boleh buat itu & ini. Tidak semestinya mereka yang di atas akan sentiasa berjaya atau dapat menghuraikan segala-gala masalah. Sebagai alternatif - jika En. Mustafar bukan calonnya - mungkin seorang bakat luar dari Singapura adalah pilihan yang tepat & jitu dek kerana orang Singapura biasanya selalu berjaya apabila diberi apa saja peluang di seberang tambak. Saya tidak bermaksud Aaron Aziz, M. Nasir ataupun Khairul Anwar Salleh (maaf - bukan Khairuddin Salleh) yang di ASTRO tu!!! Biarkanlah Khairul Anwar terus makan gaji bulanan yang dibayar oleh big boss ASTRO, Ananda Krishnan!!! Tokoh dari Singapura ini tidak semestinya sesiapa tetapi seorang yang berpengetahuan, versatile, berkomitmen & mempunyai cinta mendalam terhadap industri filem Melayu, dulu & sekarang sepertimana En. Mustafar. Ini adalah kriteria yang mencukupi. Segulung ijazah dalam bidang sinematografi atau media massa belum tentu dapat menjamin kejayaan seseorang itu sebagai ketua FINAS. Beliau yang dari Singapura ini semasa zaman kanak-kanaknya pernah bercita-cita untuk menjadi seperti Jaafar Abdullah (kemudian diambil alih oleh Othman Abdullan), Pegawai Penerangan Kanan Shaw Bros merangkap Editor-in-Chief Majalah Filem, atau seperti Hamzah Hussein, Pegawai Penerangan Kanan studio Catha-Keris, di Singapura dulu, ataupun seperti CEO Pertubuhan Cathay, Suhaimi Rafdi, yang kini telah melepaskan jawatannya.

- NONAMA Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-79126546332502927422015-08-01T06:39:17.114-07:002015-08-01T06:39:17.114-07:00Setuju.
Hanya kepakaran saja
boleh melakukan semua...Setuju.
Hanya kepakaran saja
boleh melakukan semuanya itu.
Saya suka baca FK.
- Johana, JB.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-6406463539719425202015-08-01T06:19:32.297-07:002015-08-01T06:19:32.297-07:00saya tertarik hati dengan artikel pendek yang terd...saya tertarik hati dengan artikel pendek yang terdapat di sideblog fk mengenai persamaan filem "son of fury" dengan "panggilan pulau". setelah menonton dua filem itu, ternyata ada persamaannya. setelah itu, saya juga menonton "wuthering heights" dan "jaal", pun juga ada persamaannya. ini jelas dan nyata, encik mustafar memang begitu peka terhadap filem dan sudah tentu kajiselidik sudah dilakukan dengan sebaik mungkin. tengoklah artikel "panggung wayang di singapura", lengkap-selengkapnya dan tidak pernah saya temui di mana-mana blog yang ada di antara jaring (internet) baik bahasa inggeris apatah lagi bahasa melayu. tahniah encik mustafar kerana mengwujudkan fk ini yang banyak memberi ilmu pengetahuan mengenai filem bukan saja malaysia tetapi dunia - shalimah (via e-mail), shah alam, selangor. Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-27241125439616104222015-08-01T05:25:23.462-07:002015-08-01T05:25:23.462-07:00Ada lagikah?
Yang paling-paling menonjol & tid...Ada lagikah?
Yang paling-paling menonjol & tidak patut dilupakan ialah sifu M. Nasir dari Bukit Panjang, Singapura. Yang kurang menonjol tetapi agak ke depan di persada seni Malaysia ialah Maizurah Hamzah, Roslan Shah, Hetty Sarlene, dramatis, pengarah dan kini tokoh korporat di syarikat Astro Khairuddin Salleh.
Ada lagikah?

- NONAMA Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-28389479900291670182015-08-01T05:06:55.147-07:002015-08-01T05:06:55.147-07:00Siapa saja dari Singapura yang beralih ke seberang...Siapa saja dari Singapura yang beralih ke seberang tambak semuanya pasti menyerlah. Dari zaman Zain Mahmood & Zain Haji Hamzah (kedua-duanya pegawai atasan eksekutif Radio / TV Singapura ke RTM), Roslee Jalil, hingga kepada karyawan drama & filem seperti Rubiah Suparman, Zaiton Hussin (Opah), Aziz Singah, Khatijah Abu Hassan, Osman Zailani, Aznah Hamid, Fatimah Yasin, konduktor orkestra Johari Salleh, Norish Karman, DJ Linda Onn, yang paling berjaya sekali Aaron Aziz, Ady Putra, Imran Ajmain, malah rocker Amy Search (orang Johor) dulu membesar di Singapura kerana ayah beliau bertugas dalam pasukan polis Naval Base di bawah pihak British. Begitu juga dengan arwah Mama Juwie (Abdul Jalil Salleh), bekas kakitangan Berita Harian Malaysia Nazar Abdul, juga Muzlina Abu Bakar, pemberita di Utusan Malaysia - semuanya ada kaitan & asal-usul dari Singapura. Ada lagilah?

- NONAMA Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-16843566403512607442015-08-01T03:48:20.892-07:002015-08-01T03:48:20.892-07:00Kalau sudah begitu keadaannya, patutkah artis Sing...Kalau sudah begitu keadaannya, patutkah artis Singapore (pelakon terutamanya) tidak diberi ruang langsung berlakon di Malaysia (sedangkan mereka berbakat dan disukai ramai) sebagaimana yang disarankan oleh Azalina Othman, pengerusi Finas, dan presiden Seniman, Zed Zaidi? - Tiara (Tanjong Pagar). Singapore.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-18247690486351195762015-07-31T19:12:23.158-07:002015-07-31T19:12:23.158-07:00Segala-galanya bermula di SINGAPURA. Kelahiran ind...Segala-galanya bermula di SINGAPURA. Kelahiran industri perfileman Melayu, zaman keemasannya, artis-artis terbilangnya hingga ke muzik & semua sumber hiburan Melayu seperti syarikat-syarikat rakaman, era Pop Yeh-Yeh dll, semuanya bertunas & tumbuh segar di Singapura. Singapura menjadi perintis sedangkan Tanah Melayu (Malaya kini Malaysia) sekadar menjadi pengikut yang pasif & peniru sahaja ketika itu. Hakikat & kebenaran ini adalah fakta & bahan bukti sejarah. Tetapi apabila Malaysia mencapai kemajuan & perkembangan, barulah sekarang Kuala Lumpur mengambil alih apa yang sebelumnya dikuasai & didominasi oleh Singapura. Dunia perfileman Melayu juga terhutang & termakan budi kepada tokoh-tokoh yang bukan daripada 'orang kita'. Tanpa dinasti Shaw, kompleks studio Malay Film Productions di Jalan Ampas & kuartesnya di Boon Teck Road (kawasan Balestier Road) sudah pasti tidak akan wujud. Tanpa Loke Wan Tho, studio Cathay-Keris di Jalan Buloh Perindu (kawasan East Coast Road) juga tidak akan wujud. Siapa pula yang melahirkan syarikat Rimau Films & Keris Films? Sudah pasti taukeh Ho Ah Loke yang menjadi produsernya. Begitu juga dengan syarikat & studio filem Nusantara yang bermula di Tanjong Bali & kemudian berpindah ke kawasan Bukit Timah. Pemiliknya adalah Hsu Chiu Meng (Hsu Hau Ming) yang berhasil menerbitkan sebanyak 11 filem Melayu. Prodser filem Melayu yang pertama, yakni Maria Menado juga memilih Singapura untuk meneruskan legasi dunia perfileman Melayu klasik. Beralih ke dunia muzik & nyanyian: dunia Pop Yeh-Yeh Melayu bermula di Singapura pada tahun-tahun lewat 1960' an hingga menjadi kegilaan di kalangan anak muda & masyarakat Melayu di Asia Tenggara. Selepas itu, atas inisiatif Encik Ahmad Merican, barulah lahir kugiran & penyanyi Pop Yeh-Yeh di Kuala Lumpur melalui suatu medan pertandingan anjuran RTM (lihat artikel tulisan En. Mustafar AR dalam blog ini). Sebelum Pop Yeh-Yeh lahir, Singapura adalah pusat tumpuan para biduan-biduanita Melayu. Para penyanyi "rekod batu" (78 rpm) seperti R. Azmi, Momo, Sutinah, Salmah Ismail (Saloma), Rubiah, Lena, A. Rahman, Ahmad CB dll serta para pencipta besar ketika itu seperti Ahmad Jaafar, Zubir Said, Osman Ahmad, Yusof B, P. Ramlee & ramai lagi semuanya berpusat di Singapura.

- NONAMA Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-5924607411524665702015-07-28T06:59:46.509-07:002015-07-28T06:59:46.509-07:00Sebelum wujudnya cineplex & multiplex, pawagam...Sebelum wujudnya cineplex & multiplex, pawagam (singkatan bagi perkataan 'panggung wayang gambar' yang tercetus dari minda seniman agung P. Ramlee) atau sinema adalah jauh lebih gah & "colossal" daripada apa yang terdapat sekarang. Panggungnya saja cukup luas untuk membolehkan pertunjukan "live" di atas pentas. Tabir atau tirainya diperbuat daripada kain berat jenis baldu tebal yang selalunya berwarna "maroon" (merah pulasan) gelap, lengkap dengan trimming yang berwarna perak "metallic". Tirainya dapat dilabuhkan secara mekanikal dari atas ke bawah & sebaliknya. Ada pula yang dibuka dari tengah ke tepi & sebaliknya. Bagi pawagam-pawagam yang lebih canggih & bertaraf lima bintang, tirainya berlapis-lapis. Lapisannya yang terakhir agak nipis & ia terletak di bahagian paling dalam sekali (selalunya berwarna hitam). Ia dibuka secara automatik & dapat diadaptasikan mengikut saiz filem yang ditayangkan - sama ada bidang luas cinemascope 35mm, bidang biasa 16mm atau bidang cinerama 70mm. Dari skala yang paling atas terdapat pula pawagam yang berada pada skala paling bawah di mana pawagamnya merupakan jenis "open-air cinema" tanpa bumbung. Pawagam yang tidak kalis bunyi ini biasanya terdapat di pekan-pekan kecil atau kampung-kampung dengan harga tiket yang amat murah. Ramai yang mungkin pernah menikmati ini semua pada tahun-tahun 1970'an & 1980'an dulu yang mungkin tidak akan ada lagi kecuali jika ada pihak-pihak yang mahu menwujudkannya semula atas sebab-sebab nostalgia.

- NONAMAAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-25805984805857746562015-07-24T17:48:06.969-07:002015-07-24T17:48:06.969-07:00Saya sangat meminati filem-filem Melayu lama atau ...Saya sangat meminati filem-filem Melayu lama atau klasik. Artikel di atas menambahkan lagi pengetahuan saya mengenai perkembangan filem Malaysia. Selama ini, saya langsung tidak tahu dan menganggapnya tidak penting, rupa-rupanya tidak begitu. Terima kasih En. Mustafar kerana menghasilkan satu artikel berinformasi dan berfakta - Azian, Nusajaya, Johor. Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-71491887804200439902015-07-23T18:03:25.462-07:002015-07-23T18:03:25.462-07:00Terima kasih, Azizah.
Terima kasih. Hasman.Terima kasih, Azizah.
Terima kasih. Hasman.MUSTAFAR A.R.https://www.blogger.com/profile/00614747321202826465noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-62636280598904550902015-07-23T10:20:43.724-07:002015-07-23T10:20:43.724-07:00Setelah membaca mengenai Panggung Wayang Di Singap...Setelah membaca mengenai Panggung Wayang Di Singapura oleh Encik Mustafar, saya pun membuat research dalam blog-blog di internet yang memaparkan mengenai panggung wayang di Singapura (semuanya Bahasa Inggeris, tidak ada satu pun Bahasa Melayu), ternyata (bagi saya) FKlah yang terbaik dan terlengkap dipenuhi dengan fakta yang boleh diyakini dan sangat sesuai dijadikan rujukan. Syabas! Encik Mustafar dan isteri - Hasman (UKM), Bangi, Selangor. Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462130919856061232.post-38254989791209981302015-07-20T17:49:10.726-07:002015-07-20T17:49:10.726-07:00Bagus artikel ni. Tidak pernah saya temui di mana-...Bagus artikel ni. Tidak pernah saya temui di mana-mana blog yang beredar dialam maya, dan sangat sesuai dijadikan rujukan mengenai perkembangan filem Malaysia/Singapore. Tahniah Encik Mustafar dan isteri kerana telah membuat research yang cukup 'perfect' - detail dan berfakta. Ia bukan mudah dilakukan dan tidak ada sesiapa pun yang terfikir untuk menulis apatah lagi merealisasikannya - Azizah, Woodlands, S'pore. Anonymousnoreply@blogger.com