"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Wednesday, March 30, 2011


FESTIVAL FILEM ASEAN Ke-4


KALI PERTAMA SAYA KE LUAR NEGARA
Teks & Foto: Mustafar A.R.
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


SAYALAH...



Atas: Souvenir Festival Filem ASEAN Ke-4
Bawah: Artikel di Utusan Filem & Fesyen (UFF) keluaran Disember 1974


Menteri Luar Indonesia Adam Malik (kiri) sedang berbual dengan ketua perwakilan Singapura Danial Roy sambil diperhatikan isterinya

Norzie Nani, Uji Rashid dan Rosnani sedang sedang tercari-cari makanan apa nak di makan

Perwakilan Malaysia dan Indonesia (dari kiri) Aziz Sattar, Aziz Wasli, tak kenal, M. Yusoff, Farouk Afero dan Dayang Sulu

M. Borhan bersama seniwati Thailand, Dhanyarat Lohanantana

Bersama Norzie Nani, Dayang Sulu, Farouk Afero dan Uji Rashid




Dari atas: Bersama Yessy Gusman, Juni Arcan, Susan Tolani dan Dhayarat Lohanantana

Perwakilan Malaysia menghadiri mesyuarat berbincang mengenai filem. Turut kelihatan Osman Kassim, Jantan Abu Bakar, Jaafar Abdullah, Jamil Sulong, Yusoff Lind dan Meor Hamzah

Aziz Sattar (di depan) dan teman-temannya tak sabar-sabar menanti ketibaan bas untuk pergi melancung ke Bogor dan Puncak



Atas: Rombongan perwakilan berkonvoi menuju ke Bogor dan Puncak
Tengah: rombongan perwakilan melawat Monumen Nasional (MONAS)
Bawah: Uji Rashid (kiri) bergambar dengan perwakilan Indonesia berlatarbelakangkan arca Diponegoro dan kudanya


Hotel Aryaduta (Ambassador Hotel) yang terletak di Jalan Prapatan yang menempatkan sebilangan besar perwakilan yang menghadiri Festival Filem Asean Ke-4

Bersama kumpulan musik gemelan di peranginan Puncak


ULASAN___

TERCATAT dalam lipatan sejarah hidup saya, negara luar pertama saya kunjungi Indonesia. Saya ke Jakarta mewakili Kumpulan Utusan Melayu memenuhi undangan Gabungan Perfileman Bumiputera Malaysia (GPBM) menghadiri Festival Filem ASEAN Ke-4 pada 12 hingga 17 November 1974, 36 tahun berlalu.

Hanya dua wartawan Malaysia diundang, seorang lagi Zainuddin Bendahara mewakili Kumpulan The Straits Times.

Ramai juga perwakilan Malaysia (kedua ramai selepas Indonesia) menyertai rombongan di ketuai Ketua Setiausaha Penerangan, Osman Kassim.

Seniman seniwati Malaysia yang kelihatan hadir Uji Rashid, Rosnani, Aziz Sattar, Norzie Nani, Dayang Sulu dan Junainah M. Amin.

Juga kelihatan, pengarah Jamil Sulong, Jantan Abu Bakar (mewakili Shaw Brothers), John Nettleton dan Osman Haji Shamsuddin dari Filem Negara Malaysia (FNM).

Turut sama, mereka yang bergiat di bidang perfileman Malaysia termasuk Jaafar Abdullah, Noordin Dollah, Ali Tahir, Fatimah Jaafar, Sulaiman Ali Khan, Meor Hamzah, Yusof Lind, M. Borhan, M. Yusoff, Mosdaram, Aziz Wasli dan Ahmad Haji Ali.

Saya masih ingat lagi, rombongan Malaysia bertolak dari Lapangan terbang Subang, Kuala Lumpur jam 11.30 pagi (11 November 1974) dan sampai ke Lapanganterbang Halim Perdanakasuma tepat jam 12.15 tengahhari waktu Indonesia.

Pada masa itu, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Soekarno-Hatta International Airport (SHIA) masih belum wujud lagi.

Rombongan Malaysia sepatutnya menginap di Hotel Burobodor, tetapi untuk kemudahan pengangkutan kereta dan bas semua perwakilan bersetuju beralih ke Hotel Aryaduta (Ambassador).

UPACARA PERASMIAN

Di malam hari pertama (12 November 1974) semua perwakilan lima negara ASEAN (Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina dan Singapura) bertumpu ke Oditorium Graha Purna Yudha menghadiri upacara perasmian pembukaan Festival Filem ASEAN Ke-4 oleh Naib Presiden Indonesia, Hamengkubowono.

Majlis bersinar gemilang dengan kehadiran bintang-bintang filem Indonesia seperti Emilia Contessa, Rachmat Hidayat, Rano Karno, Ratnor Timoer, Rina Hashim, Puala Romokoy, Tanty Josepha, Susan Tolani, Andy Uric, Farouk Afero, Ruth Pelupessy, Rahayu Effendy, Mila Karmila, Dewi Rosaria Indah, Fadilla Sandhy, Diana Renette, Yessy Gusman, Faridah Ariany dan Faizal Riza.

Sempena upacara perasmian pembukaan itu, berbagai acara di persembahkan. Antaranya memainkan lagu tema ASEAN oleh Orkes Chamber RRI dan juga lagu-lagu ciptaan pemusik-pemusik terkenal Indonesia, Ismail Marzuki, Mochtar Embut dan Maladi.

Di hidangkan juga, tarian-tarian dari kumpulan tarian diketuai Faridah Syuman dan berapa lagu lima negara ASEAN oleh kumpulan Tapanuli.

Selesai upacara meriah itu, para perwakilan di bawa ke Jalan Hayam Wuruk menonton dua filem Indonesia di Jakarta Theater, "Romi dan Juli" dibintangi Rano Karno, Yessy Gusman, Sukarno M. Noor, Dicky Zulkarnean dan Mila Karmila juga "Maluku Manise" bercorak dokumentari.


ROMI DAN JULI




Credit title dan nyanyian lagu "Permintaan Terakhir" (Sharifah Aini)
(sumber: eddy7788)




Keindahan yang digambarkan oleh "Maluku Manise"
(sumber: sepatutlapar)


Selain dua filem tersebut, Indonesia turut menyertakan filem "Tangisan Ibu Tiri" arahan Yung Indrajaya (cerita) dan "Welcome to Jogyakarta" (dokumentari).

Malaysia dengan "Permintaan Terakhir" arahan Jamil Sulong dibintangi Uji Rashid, Norzie Nani, Sa'adiah, Fauziah Ahmad Daud, Sonny Abdullah dan Yusof Haslam dan "Pohon Bertuah" juga "Ke arah Perpaduan" (dokumentari).

Filipina, filem-filemnya "Ransom" arahan Cesar Gallardo (cerita), "Rizal Park: The People's Park" dan "Kasaysayan Ng Lahi" (dokumentari).

Thailand empat filem - "Tipp Chang" arahan Rudd Setpakdi dan "Koo-Hoo" arahan Piak Pochaisand (cerita), "Travel Tales of Thailand" dan "Royal Braga Procession" (dokumentari).

Singapura hanya satu filem dokumentari saja, "To Be Young".

Selain Jakarta Theater, filem-filem tersebut di tayangkan juga di dua pawagam di Taman Ismail Marzuki (TIM).

Filem-filem yang menyertai festival filem ini tidak di pertandingkan sebagaimana Festival Filem Asia, ia lebih merupakan ikatan persahabatan penggiat-penggiat filem dan peminat-peminat di lima negara ASEAN.

Hanya cenderamata dan sijil saja dihadiahkan kepada setiap seorang perwakilan.

Selain menghadiri tayangan filem, bermesyuarat, berseminar, melawat, makan tengahhari dan makan malam saya, Zainuddin Bendahara, Dayang Sulu, Yusof Lind dan beberapa perwakilan lain turut dijemput berkunjung ke rumah Turino Djunaedi dan Ratno Timoer serta isterinya, Tien Samantha.

Di rumah Turino Djunaedi kami menonton filem "Kutukan Ibu" (versi moden "Si Tanggang") arahan Turino Djunaedi dibintangi Farouk Afero, Lenny Marlina, W.D. Mochtar dan Sophia W.D.

Di kediaman produser Tien Samantha pula kami menonton filem seram arahan terbaru Ratnor Timoer, "Kuntilanak" (versi "Pontianak" Maria Menado).

Paling membanggakan Malaysia, sambutan yang diberikan peminat-peminat filem Indonesia sebaik saja mereka selesai menonton filem "Permintaan Terakhir".

Tepukan gemuruh dan sorakan bergema dalam Taman Ismail Marzuki Theater kerana penonton-penonton sangat tertarik dan merasa puas hati.

Pada hari ke-4 (15 November 1974) rombongan perwakilan di bawa melawat ke Kebun Raya dan Istana Bogor (tempat penginapan Presiden Indonesia, Sukarno dan Suharto) yang di bina Kerajaan Belanda pada 1774.

Selepas itu, rombongan perwakilan dibawa menikmati keindahan alam semulajadi di Puncak yang dikelilingi dengan kebun teh yang kehijau-hijauan dan kekuning-kuningan yang dapat dilihat sejauh mata memandang.

Sambil menikmati makan tengahhari dalam suasana sejuk dan nyaman, rombongan perwakilan juga dihiburkan dengan lagu-lagu oleh kumpulan musik gemelan.

Selain itu, rombongan perwakilan juga di bawa melawat ke Monumen Nasional (MONAS) dan Taman Mini Indonesia Indah (TMII).

Satu perkara timbul kekesalan di hati saya kerana tidak berkesempatan berkunjung ke Monumen Pancasila Sakti Lubang Buaya sampai ke saat ini.

LUBANG BUAYA

Monumen tersebut di bina (atas arahan Presiden Suharto) pada 1967 sebagai memperingati peristiwa berdarah G 30 S/PKI yang telah mengorbankan enam general dan seorang lieutenant.

Mereka Leutenant General Ahmad Yani, Lieutenan General R. Suprapto, Lieutenant General Haryono Mas Tirtodormo, Major General Siswondo Parman, Brigadier General Donald Izacus Pabdjaitan, Brigadier General Soetojo Siswomihardjo dan First Lieutenant Pierre Andreas Tandean.

Saya ke Jakarta tiga kali, kesempatan ke Lubang Buaya masih tidak kunjung tiba.

Sempena meraikan rombongan perwakilan lima negara ASEAN, satu majlis diberinama "Malam Betawi" telah diadakan di Taman Wisma Nusantara.

Ramai bintang Indonesia yang hadir dan mengambil bahagian dalam acara menyanyi dan menari.

Emilia Contessa menyanyikan lagu "Jali-Jali", Ida Royani dan Benjamin S. menyampaikan beberapa lagu terbaru mereka dan Ivo Nilakrisna menyanyikan berapa lagu keroncong.

Dari Malaysia, Uji Rashid menyanyikan lagu petikan "Permintaan Terakhir" manakala Aziz Sattar menggamatkan dewan dengan telatah-telatah lucunya yang menggelikan hati.

Sebagai acara kemuncak, diadakan pula pertandingan "Raja dan Ratu Malam Betawi" yang mana berkesudahan M. Borhan menjadi Raja dan Dhayarat Lohanantana dari Thailand sebagai Ratu.

Tempat kedua (Raja) di sandang Ratnor Timoer dan Uji Rashid (Ratu).

Upacara penutup dilakukan ole Menteri Penerangan Indonesia, Mashuri, di Oditorium Graha Purna Yudha. Selepas itu, dia menyampaikan hadiah cenderamata dan sijil kepada lima ketua rombongan perwakilan.

Kali kedua saya berkunjung ke Jakarta pada tahun 1984 menghadiri Festival Filem ASEAN Ke-14 dan sekali lagi pada tahun 1985 dalam perjalanan ke Bandung untuk menyertai Festival Filem Indonesia Ke-30.




TAJUK FILEM-FILEM P.RAMLEE

BAHAGIAN PERTAMA SEBAGAI PELAKON
Teks & Foto: Mustafar A.R.
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop




Bersama SIPUT SERAWAK




Bersama D.HARRIS




Bersama SIPUT SERAWAK




Bersama SIPUT SERAWAK




Bersama NENG YATIMAH




Bersama MARIAM, SITI TG. PERAK dan OSMAN GUMANTI




Bersama ROKIAH




Bersama KASMA BOOTY




Bersama MARIAM, SITI TG. PERAK dan OSMAN GUMANTI




Bersama KASMA BOOTY




Bersama ROKIAH




Bersama MARIAM




Bersama ROSNANI




Adigan mimpi Rosnani, P. Ramlee menyanyikan lagu "Hamidah"




Bersama SIPUT SERAWAK




Bersama NORMADIAH




Bersama NORMADIAH




Bersama LATIFAH OMAR




Bersama MARIAM


ULASAN FK___

TAJUK atau jodol (title dalam Bahasa Inggeris) sesuatu yang sangat penting untuk menarik orangramai menonton filem.

Tajuk yang menarik boleh mempengaruhi sesiapa saja yang meminati filem datang menonton padahal kadang-kadang filem yang ditonton itu tidaklah bagus sangat, tidak sebaik tajuknya dan ada kalanya tidak menarik langsung.

Di blog ini (buat permulaan) ditumpukan pada tajuk-tajuk filem P. Ramlee yang original seperti tercatat di credit title.

Hanya 6 filem saja tidak ada - "Noor Asmara", "Bakti", "Patah Hati", "Miskin", "Putus Harapan" dan "Perjodohan", disebabkan filemnya hilang atau pun tajuknya sudah terpotong dari filem.

Sayang sekali, siapa yang begitu kreatif mencipta tajuk-tajuk tersebut tidak dapat dikesan. Kalau ada sesiapa yang tahu dan seterusnya memberi maklumat pada saya, alangkah baiknya.

Ini bahagian pertama, ketika P.Ramlee menjadi pelakon sebelum dilantik sebagai pengarah filem pada tahun 1955 dengan filem pertamanya, "Penarek Becha".

Bahagian kedua (sebagai pengarah) dan bahagian ketiga (bertugas di Studio Merdeka) akan menyusul kemudian.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.