"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Monday, January 27, 2014


KASSIM MASDOR (1930-2014)

DARI KACAMATA MUSTAFAR A.R.

Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto: Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop




# LIHATLAH DAN BACALAH___
* NONA ASIAH "ciumku lagi" dan "nona" membawa tuah * R. AZMI berada dalam kamar sepi dalam kesepian * ROH MEMBELA kekuatannya special effect dan aziz sattar * CHEMBURU banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff * BRAVADOS perbuatan membalas dendam yang sia-sia * BATTLE HYMN buat amal kebajikan sebagai penebus dosa * CHARITO SOLIS sedia berbogel jika benar-benar diperlukan * CECILIA CHEUNG foto-foto lucahnya menggemparkan dunia filem * RAMON A. ESTELLA bertanggungjawab mengubah corak filem malaysia * B.S. RAJHANS perintis filem malaysia dan singapura * RAFEAH BUANG 12+1 lagu terbaik "kalau rindu"
* SUDIRMAN 12+1 lagu terbaik "salam terakhir"






KASSIM MASDOR

(SUMBER: GURU MEKONG)


OLEH MUSTAFAR A.R.





KASSIM MASDOR MENERIMA ANUGERAH SEMPENA FFM22 DI KOTA KINABALU

KASSIM MASDOR DI MALAM ANUGERAH LEGENDA SERI TEMASEK DI SINGAPURA

KASSIM MASDOR DI MAJLIS PENGHARGAAN S.M.SALIM DI KUALA LUMPUR

TERSENTAK saya, bila terbaca berita di Berita Harian, Kassim Masdor meninggal dunia.

Ribut takda, angin takda, berita sakit pun tak pernah dengar, tiba-tiba saja...

Pagi 22 Januari 2014, saya menghantar Zaini Yusop ke Salam Senawang Specialist Hospital untuk mendapatkan rawatan sakit tulang belakang.

Sebaik saja dia duduk disebelah untuk menunggu panggilan selanjutnya saya pun berkata, "Calculator, meninggal dunia."

"Ya, bila?" tanyanya, gugup.

"Menurut berita ni, malam tadi," jawab saya.

"Ina lillah wainalillah hirojiun," ucapnya sambil kami berdua membaca Al-Fatihah.

"Awak tahu ke, siapa?" tanya saya.

"Kassim Masdor, kan," jawabnya.

"Ingat awak ya," kata saya.

"Mahu tak ingat, itu yang Abang selalu ulang-ulang, setiap kali makan di kedai mamak," tambahnya.

Dan, secara spontan fikiran saya flashback (mengimbas kembali) ke masa lampau, 24 Jun 2008, ketika saya bersamanya dan Aziz Sattar makan di kedai mamak berhampiran dengan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Bandar Hilir, Melaka.

Selepas makan, datang seorang pekerja (mamak) membawa calculator mengira makanan yang kami makan. Bila sudah kira, Aziz Satar nak bayar, tapi kata keser, sudah bayar.

"Siapa bayar?" tanya Aziz Sattar.

"Dia kata, encik punya kawan," jawab mamak tu.

Aziz Sattar terdiam, sambil menadah tangan, tanda bersyukur. Dapat makan freelah, katakan.

Bila keluar dari kedai. Tiba-tiba saja Kassim Masdor berkata, "Bila tengok mamak tu pegang calculator, teringat saya semasa makan dikedai mamak di Singapura.

"Apa cerita?" tanya Aziz Sattar.

Katanya, "Lepas makan, mamak datang bawa calculator kira makanan yang kami berempat makan. Kira punya kira, katanya 16 ringgit 80 sen.

"Bila saya dapati harganya tidak munasabah, lebih dari kebiasaan, saya pun minta calculatornya nak buat kiraan balik.

"Abang Aziz dan Mustafar tau, calculatornya tak ada bateri. Apa macam ini, bateri tarak... mamak tu, serbasalah dan tersengeh saja."

"Nak marah pun tak sampai hati. Saya pun panggil bosnya suruh kira semula. Kira punya kira hanganya, 18 ringgit 40 sen, bukannya 16 ringgit 80 sen."

Aziz Sattar dan saya pun, ketawa terbahak-bahak. Saya, sampaikan keluar airmata.

Dalam hati saya berkata, "Pandai juga komposer lagu yang tak banyak cakap ni, buat cerita lawak."

Pulang ke rumah, cerita Kassim Masdor dan calculator mamak ini, saya jadikan modal lawak untuk isteri saya, Zaini Yusop. Dia pun ketawa, kuat pulak tu.

Anehnya, sesiapa saja yang mendengar kisah tersebut, pasti ketawa. Yang susah nak ketawa, pasti tersenyum. Mungkin, mereka yang sudah dengar cerita macam tu, malas nak senyum, malas nak ketawa.

Dengan Zaini Yusop pula, setiap kali makan dikedai mamak, dan jika ada mamak yang pegang calculator, sudah tentu cerita Kassim Masdor dan calculator mamaknya akan timbul semula.

Rasanya, bukan rasanya lagi, ini akan berterusan dan berterusan... selagi, hayat kami berdua masih dikandung badan.

PEMUSIK BERTEMU PEMUSIK

Satu lagi, selepas makan dikedai mamak ketika menunggu perasmian Pameran Seniman oleh Shafie Apdal, secara tiba-tiba saja saya berkata kepada Aziz Sattar, "Hebat Bang Aziz, Kassim tu, smart dia pakai topi."

Pada masa itu, dia sedang bebual-bual dengan A.Rahman Hassan, pemusik bertemu pemusik (panjanglah cerita), tidak jauh dari tempat kami duduk.

"Alah...," jawab Aziz Sattar, "Dia pun macam Bang Aziz juga, nak lindungkan kepala botak dialah tu..."

Saya ketawa agak kuat juga, Aziz Sattar pun turut ketawa sama, sampaikan para tetamu jemputan yang lain memandang ke arah kami berdua. Malu pulak saya.

A.Rahman Hassan tersenyum memerhati gelagat kami berdua. Dalam hatinya tentu berkata, "Mustafar tu, kalau dah bersama Aziz Sattar tak habis-habis, asyik ketawa memanjang."

A. Rahman Hassan pernah bersuara hal ini pada saya, beberapa kali dimasa lalu.

Itulah kenangan paling menarik sejak saya bertemumuka (face to face) dengan Kassim Masdor pada 1976, semasa dia diminta oleh pengarah Jamil Sulong, menguruskan hal musik dan mencipta lagu-lagu filem "Dendang Perantau".

Terus terang saya katakan, saya salute Kassim Masdor semata-mata kerana lagu-lagunya, tidak pada watak dan sikapnya (ego, cerewet dan mudah marah) bak kata P.Ramlee dalam filem "Masam2 Manis", low class.

Saya pernah dua kali terkena. Perkaranya remeh, namun cukup menghiris hati.

* Di FFM22, waktu itu Aziz Sattar baru sampai dari Kuala Lumpur. Kassim Masdor suruh saya telefon mengajaknya bersarapan pagi. Tetapi Aziz Sattar tidak juga sampai-sampai.

Setelah lama menunggu, dia bersuara (baik-baik tak mengapalah, tetapi bernada tinggi), "You dah telefon Abang Aziz ke?"

Saya jawab, "Sudah."

"Habis, kenapa dia tak datang", katanya kelihatan semacam mula nak marah, tidak ada sebab dia mula nak marah. Marahlah Aziz Sattar.

Apalagi saya pun bingkaslah dan bersuara agak tinggi, "Mana saya tau dia nak bersarapan ke tidak. Sekarang you telefon sendiri. Saya ni bukan secretary you." Saya apa peduli, dia komposer hebat ke tak hebat.

Dia tergamam, mungkin tidak menyangka yang saya boleh cakap macam tu. Saya pula, pantang orang buat begitu, tak kena gaya, saya lawan balik, saya sergah balik.

Saya ni jenis manusia, "mati semut kerana gula."

Malas nak berdepan dengannya lagi, saya pun beralih ke meja lain, pilih meja Kuswadinata dan S.Rosley, meninggalkannya keseorangan.

* Dalam kereta Aziz Sattar (sebelum FFM22) dalam perjalanan menuju ke rumah Zain Haji Hamzah di Taman Hussein Onn, Kuala Lumpur.

Saya bertanya baik-baik, beberapa perkara mengenai lagu-lagunya. Wah, semacam marah dia menjawab, "Manalah saya nak ingat semuanya tu, benda kan dah lama".

Rupa-rupanya, bukan saya seorang saja tergerencat hati. Aziz Sattar, kawannya paling rapatnya pun tersentuh hati, demikian juga Abass Bakar, pemusik dengan pemusik pun, tidak sebulu.

Malah bekas isterinya, Jamilah Hameed, berkata, "Dia pendiam dan tak banyak cakap. Kawannya pun tak ramai. Yang lain tu malas nak cakap."

Kalaulah dah mudah marah dan cerewet pula, tentulah tak ramai kawan.

Yusnor Ef pula terus terang memberitahu, "Kassim cerewet orangnya, terutama dalam menilai lirik lagu. Setiap lirik yang saya tulis sering diubah, diubah beberapa kali sampai dia puashati, saya pula kadang-kadang naik fed up."

Ternyata dari segi pergaulan, Kassim Masdor kurang p.r.o.nya, tidak pandai mengambil hati kawan-kawan. Inilah kelemahannya. Mungkin, sudah memang begitu tabiatnya, seperti kata Ito dalam lagunya, "apo nak dikato".

TERPAKSA MINTA PINDAH

Agak lama juga, saya tidak bertemu Kassim Masdor. Kali terakhir itulah, di Festival Filem Malaysia Ke-22 di Kota Kinabalu, Sabah pada Ogos 2009.

Pada mulanya saya sebilik dengannya di Hotel Grand Borneo, tetapi terpaksa minta pindah ke bilik lain, kerana kebingitan (dia berlatih musik, bermain key board) yang mengganggu ketenteraman dan kedamaian tidur saya.

Dalam hal musik, saya perhatikan Kassim Masdor begitu tekun orangnya. Tidak pernah ada rasa bosan, dan bersungguh-sungguh, kunci kejayaan yang diperolehinya sampai ke akhir hayat.

Walaupun mempunyai masa begitu singkat, namun kerana komitmennya, dia dapat melaksanakan tugas dengan sempurna apabila berjaya menghasilkan persembahan yang cukup menarik di Malam Anugerah Bintang Legenda bersempena FFM22, semua gembira, semua seronok.

Semasa pelancaran buku "Filem-Filem P.Ramlee" Di Saloma Bistro, Kuala Lumpur oleh L.Krishnan dan Sulaiman Taib Mahmud, Kassim Masdor turut hadir.

Dia ucapkan tahniah pada saya kerana berjaya menerbitkan buku itu yang menurut katanya, "Bukan mudah nak buat, tapi Mustafar boleh lakukan, tahniah!..."

Kassim Masdor pernah datang ke rumah saya, di Seremban (Taman Desa Ixora), bersama Aziz Sattar (sekali saja) dalam perjalanannya ke Melaka kerana ada urusan disana.

Saya masih ingat, dia dan Aziz Sattar begitu berselera makan kuih cucur ikan bilis colek dengan sos cili Lingham's yang disediakan oleh Zaini Yusop.

"Sedap," pujinya, atau pada masa itu, dia memang lapar.

Selepas pertemuan di Kota Kinabalu, perhubungan saya dengan Kassim Masdor terputus, apatah lagi hati sudah pun terluka, sehinggalah terbaca berita tentang pemergiannya.

Apapun kini, Kassim Masdor sudah tiada, dia pergi menemui Tuhannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat.






Berpatah balik ke belakang, tahun 1948, Kassim Masdor merupakan penghuni paling awal di sebuah banglo tempat tinggal Jaffar Wiryo, S. Roomai Noor, Siput Sarawak, D. Harris, Junaidah dan Junainah, Kasma Booty dan B.S. Rajhans yang terletak berhadapan studio No. 8 Jalan Ampas di Singapura.

Dia turut tinggal di banglo yang hampir usang itu bersama abang iparnya yang bekerja sebagai pemandu studio Jalan Ampas.

Ketika zaman kanak-kanak, dia diberi peluang menghadap kamera dengan filem pertamanya, "Rayuan Sukma" arahan L. Krishnan, memegang peranan sebagai Ali Rahman sewaktu kecil, berpasangan dengan Suptri.

Lepas itu, dia diambil oleh S.Ramanathan membintangi "Manusia" sebagai kanak-kanak miskin, dan berlakon disamping Kasma Booty dan Omar Rojik.

Pada 1952, diberi kerja tetap sebagai, massanger boy, budak suruhan.

Tugasnya, kejutkan P.Ramlee dari tidur dirumahnya di Boon Teck Road yang terletak tidak jauh dari studio Jalan Ampas itu.

"Setiap pagi saya disuruh oleh pengurus studio, Mr. Lui, bangunkan P.Ramlee untuk datang shooting dan jangan pulang selagi P.Ramlee belum mandi, bersiap dan keluar rumah. Kalau tidak dia akan tidur semula," kata Kassim Masdor dalam satu bualbicara dengannya.

Tahun 1955, dia dinaikkan pangkat sebagai penjaga sambungan (continuity clerk), dan diwaktu yang sama dia mula meminati musik. P.Ramlee mendidiknya sehingga boleh membaca nota lagu.

Lagu ciptaannya yang pertama "Sapu Tangan Tanda Mata" (1955) kemudian disusuli pula "Bahtera Merdeka".

Lagu "Sapu Tangan Tanda Mata", tetapi ketika Saloma merakamkannya ke piring hitam pada 1964 dengan iringan Orkestra pimpinan P. Ramlee, tajuk diubah "Sapu Tangan Tanda Kasih".

Lagu "Kasih Sepanjang Masa" diciptanya tahun 1959, tetapi Fazidah Joned merakamkannya pada 1964, dengan iringan John Lee Orkestra.

MEMIMPIN KUMPULAN MUSIK

Selain itu, Kassim Masdor juga menganggutai kumpulan "Pancha Sitara" (berinspirasikan The Platters) yang pertama bersama P.Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar dan Ahmad C.

Kemudian yang kedua, bersama P. Ramlee, Saloma, Ahmad Daud dan Ahmad C. dan pernah muncul dalam "Labu Dan Labi" menyanyikan lagu "Bila Larut Malam".

Itulah satu-satunya nyanyian Pancha Sitara muncul dalam filem.

Dengan pemergian Kassim Masdor, bererti kesemua angguta "Pancha Sitara" (1 & 2), sudah meninggal dunia, kembali kepada penciptanya.

Sebelum itu (tahun 1961), Kassim Masdor menubuh dan memimpin kumpulan musik, "Sekawan Bintang", tetapi kurang menyerlah.

Apabila pop yeh yeh sedang berkembang pesat (1960an), Omar Rojik diberi kesempatan mengarahkan filem "A Go Go 67" yang dibintangi oleh Aziz Jaafar dan Nor Azizah, Kassim Masdor diberi kepercayaan mencipta lagu-lagunya, 12 semuanya.

Filem tersebut merupakan sumbangan musik dan lagu terakhir untuk filem keluaran MFP dari Kassim Masdor, dan dia tidak pernah berkarya di Cathay Keris Film.

Tetapi ada beberapa lagunya digunakan, seperti "Si Baju Hijau" nyanyian Sanisah Huri dalam filem "Mat Toyol" arahan Mat Sentol.

Sejauh ini, Kassim Masdor telah mencipta dan menggubah lebih kurang 400 lagu dan menerbitkan 60 album, sepanjang tahun 1960 hingga 1974.

Lagu patriotik yang cukup popular, "Bahtera Merdeka" (Ahmad Jais) dan "Malaysia Baru" (Aziz Jaafar), adalah ciptaannya.

Kassim Masdor, seperti juga P.Ramlee, tidak mendapat didikan musik di Berklee College of Music, Boston (US) tidak seperti Johari Salleh dan anak Nona Asiah, Iskandar Mirza Ismail, namun hasil musik dan lagunya boleh dikatakan, mengatasi kedua pemusik tersebut.

Apabila studio Jalan Ampas sampai ke penghujungnya (tutup pada 15 September 1967), kebolehannya dalam musik, menyebabkan syarikat piringhitam EMI menawarkannya sebagai penerbit sambilan (mulai 26 Januari 1970), bersaing dengan Ahmad Nawab, S.Atan dan Omar Taib.

MENUBUHKAN SYARIKAT RAKAMAN

Antara albumnya, "Kan Ku Berikan Hati" (Rafeah Buang), "Kenanglah Daku" (Sharifah Aini), "Aku Bintang Mu" (Sanisah Huri) dan "Hatiku Dan Hatimu" (J. Mizan).

Bagaimana pun, kerana tidak puashati dengan royalti album (lp) dan ep yang ditetapkan oleh EMI, Kassim Masdor bersama Yusnor Ef menubuhkan syarikat rakaman mereka sendiri, Senada Records.

Surat perletakan jawatannya itu telah dihantar pada 17 September 1974.

Ramai juga penyanyi diambilnya menyertai Senada termasuk Rafeah Buang, A. Ramlie dan Sanisah Huri.

Antara album yang diterbitkannya, "Sekuntum Mawar" (Roselan Yus, Elmi Salleh & A.Razak), "Namamu (Nyanyian Hidupku)" (Sanisah Huri & M. Ramlee) dan "Hello Hello Sayang" (A.Ramlie & Sanisah Huri)

Bagaimanapun, pada 1979, Senada terpaksa dibubarkan. Kassim Masdor kecewa kerana usaha yang dilakukannya tidak berbaloi. Dia yang berpenatlelah dan bersusahpayah, orang lain yang kenyang dan untung.

Puncanya, rakaman (cetak) rompak melemahkan semangatnya, dan tahun 1980 dia pindah ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasibnya.

Pada 1981, Kassim Masdor menerima tawaran mengarahkan filem "Kami" dari Zaharan & Zain (Indra Film), tetapi ternyata tidak kesampaian (dia hanya sebagai pencipta lagu-lagu saja), yang kemudian diambilalih oleh Patrick Yeoh.

Tiga lagu ciptaannya untuk filem tersebut telah dipiringhitamkan oleh Sudirman dalam albumnya, "Lagu Cinta Sudirman" - "Pelangi Petang", "Kesepian" dan "Budak Baru".

"Kami" mencatat sejarah filem Malaysia, apabila merupakan, satu-satunya filem dibintangi oleh Sudirman, tidak ada dua, tidak ada tiga.

Sebagai tribute (penghormatan), Indra Film (Indra Record) merancang untuk memengeluarkan album "Biduan Negara Saloma", mengandungi 11 lagu, dua petikan filem "Serampang Tiga" - "Kembara Rasa" (Saloma & S.Rosley) dan "Jasa Perwira" (Saloma).

Zaharan & Zain tidak nampak, pemusik yang paling sesuai diserahkan tanggungjawab yang berat itu (sebagai penerbit), kecuali Kassim Masdor. Dan, album tersebut juga merupakan yang bermula dan berakhir terbitan Indra Record.




KASSIM MASDOR & JAMILAH HAMEED

BIODATA__

Nama Popular KASSIM MASDOR
Nama Sebenar KASSIM BIN MASDOR
Tarikh Lahir 19 SEPTEMBER 1938 (75 TAHUN)
Tempat Lahir ST. GEORGES ROAD, SINGAPURA
Tempat Meninggal Dunia HOSPITAL BESAR SINGAPURA
Tarikh Meninggal Dunia 21 JANUARI 2014
Pusara TANAH PERKUBURAN ISLAM ABADI, SINGAPURA
Status BAPA TUNGGAL (SEJAK 1973)
Isteri JAMILAH HAMEED
Anak 5
Cucu 18
Cicit 4

# Sesiapa yang tahu mengenai isterinya yang lain (jika ada) dan nama anak-anak Kassim Masdor, sila e-mail atau catatkan diruang komen, supaya faktanya lebih lengkap, dan boleh dijadikan rujukan untuk kita bersama.



ERTINYA SEBUAH LAGU, REALITI DAN FIKSYEN___

(Sumber: Shahrom Abdullah)

(Sumber: Filmi Gaane)

RASA sayu pilu bila mendengar lagu diatas nyanyian Sanisah Huri, dan (kebetulan pula) sangat sesuai setelah pemergiannya, dan merupakan salah satu lagu yang terdapat dalam album Sanisah Huri yang diterbitkan oleh Kassim Masdor.

Dulu, Kassim Masdor dan Sanisah Huri sering digosipkan, kemudian hilang begitu saja. Ramai yang tahu. Bahyah Mahmood lebih tahu, Kassim Masdor rapat dengannya, Sanisah Huri jauh sedikit.

Menurut Bahyah Mahmood, dalam pengetahuannya, Kassim Masdor tidak berkahwin lain selepas bercerai dengan isterinya. Jamilah Hameed, itulah isterinya yang pertama dan terakhir.

Tambahnya, suatu ketika Kassim Masdor pernah jatuh sakit agak serius juga, di studio rakaman, Sanisah Hurilah yang menyelamatkannya.

Selepas itu, mungkin kerana terhutang budi, dia cuba mahu berkahwin dengan Sanisah Huri tetapi keluarga Sanisah Huri enggan terima, menolak.

"Percintaan mereka berjalan jauh, tapi tidak kesampaian, putus ditengah jalan, kesian mereka. Ini sama berlaku kepada Salim Bachik (Allahyarham) dan Jorah Ahmad," katanya.

"Jorah Ahmad hingga kini tidak kahwin-kahwin, dia merajuk, agaknya," tamhah Bahyah Mahmood.

Personali, saya sendiri pernah bertanyakan affairnya dengan Sanisah Huri itu, tapi dia tak mahu jawab. Cuma katanya, "Perkara tu dah lama Mustafar, tanya pasal musik kan baik."

Berdesing juga telinga saya, bila mendengar jawapannya itu.

Lepas tu, saya tak pernah tanya perkara tu lagi, takut kena marah. Kan Kassim Masdor tu mudah marah, mudah tersentap.

Lagu "Akhirnya (Tuhan Sayang Padamu)" yang liriknya ditulis oleh Yusnor Ef, bukan lagu ciptaan Kassim Masdor, tetapi saduran dari lagu hindustan "Le Ja Meri Duayeein Le Ja" nyanyian Lata Mangeshkar.

Lagu tersebut petikan dari filem "Deedar" yang dibintangi Dilip Kumar, Nargis, Nimmi dan Ashok Kumar. (Klik Di Sini)

Jika diteliti baik-baik, "Deedar" ada sedikit persamaannya dengan "Ibu Mertua Ku" arahan P.Ramlee (bukan cerita, tetapi teknik) yang turut melibatkan Kassim Masdor, berlakon dan menguruskan musik.

"Deedar", pertentangan antara Dilip Kumar, Nargis, Ashok Kumar dan Nimmi. "Ibu Merku Ku", pertentangan antara P.Ramlee, Sarimah, Ahmad Mahmood dan Zaiton. (Klik Di Sini)

Ada beberapa rangkap yang menarik, begitu relevan antara dua insan tersebut, pencipta lagu dan penyanyi. Ia merupakan andaian saya saja, antara realiti dan fiksyen.

Pergi takkan kembali
Betapa sunyi hati ini
Jelang di malam nanti
Hilang pujaan hati


Kesal sungguh hati ku
Kerana ku tak bertemu
Tak dapat berpandang-pandang
Tak dapat berpesan-pesan


Ketika Kassim Masdor menghempus nafasnya yang terakhir, mungkinkah Sanisah Huri berada disisiya. Jika mengikut lirik, tidak ada. Nahie...

Realitinya, bagaimana? Jika tidak ada, dimana dia?

Paling sedih rangkap ini.

Aku ingin bersama
Bawa kanda aku bersama
Bersemadi di sana
Di sisi pusaramu


Sedih, memang sedih. Boleh lelehkan airmata. Macam cerita "Romeo Dan Juliet" pulak.

"Akhirnya (Tuhan Sayang Padamu)" ini merupakan, salah satu lagu yang paling saya minati, sejak mula keluar lama dulu, sejak saya tidak tahu lagu tersebut saduran lagu hindustan, bollywood.

Tidak jemu-jemu didengar walaupun berpuluh-puluh, juga beratus-ratus, mungkin beribu-ribu kali lagi.

Ini berdasarkan, melodi (musik), suara penyanyi dan lirik.

Salute kepada komposer asalnya, Naushad. Tidak ada Naushad, tidak ada lagu ini.

Jelas sudah, kerana lagu ini (salah satu antaranya), Kassim Masdor akan terus diingati, selagi nadi musik lagu Melayu, masih berdenyut.

Mungkinkah?

Apabila wujudnya "12+1 Lagu Terbaik Sanisah Huri", lagu ini akan dipilih oleh Zaini Yusop duduk ditempat nombor satu.

Mungkin ya, mungkin tidak, kerana banyak lagi lagu Sanisah Huri yang menarik, sedap didengar.

Apapun, dalam "Deedar" arahan Nitin Bose, lirik jauh berbeza, mengenai doa dan restu, Nimmi kepada Dilip Kumar.

Lagu sayu pilu itu dinyanyikan oleh Nimmi (mencintai Dilip Kumar), kerana ditinggalkan oleh Dilip Kumar untuk pergi berubat matanya yang buta oleh doktor mata, Ashok Kumar.

Dilip Kumar bersetuju matanya dibedah, sebab dia ingin menatap wajah kekasih awalnya, Nargis, yang sudah pun berkahwin dengan Ashok Kumar.

Bila dapat melihat semula, Dilip Kumar kecewa kerana Nargis sudah jadi isteri Ashok Kumar.

Akhirnya, dia pun...





ANUGERAH BIDUAN NEGARA (2013)

PENCAPAIAN TERBAIK (Anugerah):

* LAGU TERPUJI
"Gugurnya Mawar Desa" (filem "Setinggan")
Festival Filem Malaysia Ke-2 (FFM2, 1982)
* ANUGERAH MERITORIOUS
Persatuan Penggubah Dan Pengarang Musik
Singapura (1998)
* ANUGERAH PEJUANG SENI (Champion Of Arts)
MediaCrop Radio Warna (Singapura, 2000)
* ANUGERAH MUSIK MELAYU SEPANJANG DEKAD
1960AN DAN 1970AN
Persatuan Karyawan Musik Melayu Singapura (2002)
* ANUGERAH NADI CIPTA
Music Author's Copyright Protection (Singapura, 2004)
* ANUGERAH BINTANG LEGENDA
Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22, 2009)
* ANUGERAH SERI TEMASEK
Legenda Seri Temasek (Singapura, 2011)
* ANUGERAH BIDUAN NEGARA
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional/Finas (Kuala Lumpur, 2013)


KASSIM MASDOR DALAM "RAYUAN SUKMA"

BERSAMA SUPTRI DALAM "RAYUAN SUKMA"

"RAYUAN SUKMA" (Sumber: Njendra)

BERSAMA P.RAMLEE DALAM "ANTARA DUA DARJAT"

"ANTARA DUA DARJAT" (Sumber: BondSawi)

BERSAMA AHMAD DAUD, AHMAD C. DAN P.RAMLEE DALAM "LABU DAN LABI"

"LABU DAN LABI" (Sumber: BondSawi)


FILEM LAKONAN (Antara):

* RAYUAN SUKMA (L.Krishnan 1951)
* MANUSIA (S.Ramanathan 1951)
* IBU (S.Ramanathan 1953)
* ANAK-KU SAZALI (Phani Majumdar 1957)
* SAUDAGAR MINYAK URAT (Ramon A.Estella 1958)
* ANTARA DUA DARJAT (P.Ramlee 1960)
* IBU MERTUA KU (P.Ramlee 1962)
* LABU DAN LABI (P.Ramlee 1962)
* MADU TIGA (P.Ramlee 1964)
* 3 ABDUL (P.Ramlee 1964)




PENJAGA SAMBUNGAN (Antara):

* BUJANG LAPOK (P.Ramlee 1958)
* SUMPAH ORANG MINYAK (P.Ramlee 1958)
* AZIMAT (Rolf Bayer 1958)
* SERGEANT HASSAN (Lambaerto V.Avelllana 1958)
* SAUDAGAR MINYAK URAT (Ramon A.Estella 1959)
* ANTARA DUA DARJAT (P.Ramlee 1960)
* ISI NERAKA (Jamil Sulong 1960)
* ALI BABA BUJANG LAPOK (P.Ramlee 1961)
* SENIMAN BUJANG LAPOK (P.Ramlee 1962)
* SI TANGGANG (Jamil Sulong 1961)
* IBU MERTUA KU (P.Ramlee 1962)
* SITI MUSLIHAT (Dhiresh Ghosh 1962)
* LABU DAN LABI (P.Ramlee 1962)
* GERHANA (Jamil Sulong 1962)
* KASEH TANPA SAYANG (Omar Rojik 1963)
* DARAH MUDA (Jamil Sulong 1963)
* PILEH MENANTU (Omar Rojik 1963)
* BUDI DAN DOSA (Jamil Sulong 1963)
* SIAPA BESAR (Omar Rojik 1964)
* MAMBANG MODERN (Jamil Sulong 1964)
* PUSAKA PONTIANAK (Ramon A.Estella 1965)
* SAYANG SI BUTA (Omar Rojik 1965)
* KACHA PERMATA (Jamil Sulong 1966)
* ANAK BULOH BETONG (S.Kadarisman 1966)
* AKSI KUCHING (Omar Rojik 1966)
* JEBAK MAUT (Jamil Sulong 1967)

MUSIK & LAGU FILEM (Antara):

* PANCA DELIMA (P.Ramlee 1957)
* BUJANG LAPOK (P.Ramlee 1957)
* SUMPAH ORANG MINYAK (P.Ramlee 1958)
* PENDEKAR BUJANG LAPOK (P.Ramlee 1959)
* NUJUM PA' BLALANG (P.Ramlee 1959)
* MEGAT TERAWIS (Dhiresh Ghosh 1960)
* ANTARA DUA DARJAT (P.Ramlee 1960)
* SENIMAN BUJANG LAPOK (P. Ramlee 1962)
* IBU MERTUA KU (P.Ramlee 1962)
* KASEH TANPA SAYANG (Omar Rojik 1963)
* DARAH MUDA (Jamil Sulong 1963)
* BIDASARI (Jamil Sulong 1965)
* PUSAKA PONTIANAK (Ramon A.Estella 1965)
* SAYANG SI BUTA (Omar Rojik 1965)
* KACHA PERMATA (Jamil Sulong 1966)
* DAHAGA (Omar Rojik 1966)
* JEFRI ZAIN (Jamil Sulong 1966)
* ANAK BULOH BETONG (S.Kadarisman 1966)
* AKSI KUCHING (Omar Rojik 1966)
* LAMPONG KARAM (S.Kadarisman 1967)
* JEBAK MAUT (Jamil Sulong 1967)
* RAJA BERSIONG (Jamil Sulong 1967)
* TIADA ESOK BAGIMU (Jins Shamsudin 1978)
* PREBET LAPOK (Aziz Sattar 1979)
* DENDANG PERANTAU (Jamil Sulong 1980)
* JEJAK BERTAPAK (Jamil Sulong 1981)
* SERAMPANG TIGA (Ismail Sasakul 1981)
* SETINGGAN (Aziz Sattar 1981)
* KAMI (Patrick Yeoh 1982)
* SUMPAHAN MAHSURI (Jamil Sulong 1989)








AZIZ JAAFAR & KARTINA DAHARI

AHMAD JAIS

A. RAMLIE & MARIA

RAFEAH BUANG & LATIFF IBRAHIM

J. MIZAN

MALAM CEMERLANG (Sumber: dOnramlee)

BAHTERA MERDEKA (Sumber: Ahroslan)

BERSABARLAH SAYANG (Sumber: Zuliza8582)

BUDI SETAHUN SEGUNUNG INTAN (Sumber: OldToad63)

BILA TAKBIR BERGEMA (Sumber: AbgCantik)


PENCIPTA LAGU (Antaranya):

* SAPU TANGAN TANDA KASIH (Saloma)
* JASA PERWIRA (Saloma)
* LAGU ANAK RANTAU (Saloma)
* DARAH MUDA (Saloma)
* KEMBARA RASA (Saloma & S.Rosley)
* JANGAN TERJADI (S.Rosley)
* MALAYSIA BARU (Aziz Jaafar)
* MALAM CEMERLANG
(Aziz Jaafar & Kartina Dahari)
* BAHTERA MERDEKA (Ahmad Jais)
* SELAMAT HARI RAYA (Ahmad Jais)
* BUDI SETAHUN SI GUNUNG INTAN
(Ahmad Jais & Kartina Dahari)
* KAN KU BERIKAN HATI (Rafeah Buang)
* CINTAKU SATU (Rafeah Buang)
* BILA TAKBIR BERGEMA (Rafeah Buang)
* LAGUKU DUA IRAMA
(Rafeah Buang & Latiff Ibrahim)
* HATI YANG BELUM BEBAS (Latiff Ibrahim)
* DARI HATI KE HATI
(Rafeah Buang & Omar Suwita)
* AKU BINTANG MU (Sanisah Huri)
* BERSABARLAH SAYANG (Sanisah Huri)
* BUKU HARIANKU (Sanisah Huri)
* KISAH CINTA (Sanisah Huri)
* SUASANA RIANG DI HARI RAYA (Junainah M.Amin)
* SUASANA RIANG (Junainah M.Amin)
* BERPURA-PURA (J.Mizan)
* GELOMBANG (Salamiah Hassan)
* BINTANG MALAM INI (A.Razak)
* PELANGI PETANG (Sudirman)
* KESEPIAN (Sudirman)
* KU NANTI KAU PULANG (A.Ramlie)
* HARAPAN BARU (A. Ramlee & Maria)
* SEINDAH MATA MEMANDANG (Rahman Kadir)
* HARI CEMERLANG (Rahimah Rahim)
* TAMAN INDAH (Rahimah Rahim)
* KU BERANGAN-ANGAN (Elmi Salleh)
* TERKENANG SATRIAKU (Siti Salmah)
* SELAMAT HARI RAYA (Fazidah Joned)
* TERBAYANG (Suara Perindu)
* MENUNGGU (Ade Nirmala)
* MARI MENARI (M.Ramlee)


BIDUAN NEGARA SALOMA

SHARIFAH AINI

SANISAH HURI

RAHIMAH RAHIM

DENDANG PERANTAU

PENERBIT ALBUM (LP) & EP (Antaranya):

* BIDUAN NEGARA SALOMA (Saloma)
* KENANGLAH DAKU (Sharifah Aini)
* KAN KU BERIKAN HATI (Rafeah Buang)
* MENANTI HUJAN TEDUH (Rafeah Buang)
* KAU AKAN MENGERTI (Rafeah Buang)
* AKU BINTANG MU (Sanisah Huri)
* DARI JIWA YANG TENANG (Sanisah Huri)
* NAMAMU (Sanisah Huri)
* BUKU HARIANKU (Sanisah Huri)
* HELLO HELLO SAYANG (A.Ramlie)
* KU NANTI KAU PULANG (A.Ramlie)
* A. RAMLIE (A. Ramlie)
* KASIH BERBUNGA SEPANJANG MUSIM
(A.Ramlie & Maria)
* MARIA & A.RAMLIE
(A.Ramlie & Maria)
* PENGHIBOR DI RANTAU (Rahimah Rahim)
* POSNITA (Rahimah Rahim)
* BINTANG SUKANKU (Rahimah Rahim)
* RENUNGAN (Rahimah Rahim)
* SUATU PENANTIAN (Salamiah Hassan)
* HATIKU DAN HATIMU (J.Mizan)
* SEKUNTUM MAWAR
(Roselan Yus/Elmi Salleh/ A.Razak)
* DENDANG PERANTAU
(Rafeah Buang/Latiff Ibrahim/M.Ramlee/Sanisah Huri/A.Ramlie/Ade Nirmala)
* ASLIRAMA
(Sharifah Aini/Tina/Sanisah Huri/Saloma/M. Rosila/Ismail Haron/Sarena Hashim/Kamariah Noor/R.Ismail)
* HASRATKU (Effa Rizan)
* SUARA PERINDU
(Sanisah Huri/J.Kamisah/Hasnah Haron/Jamilah Samsuri)
* PESTA DIMALAM INI (Milah Hussain)
* TERKENANG SATRIAKU (Siti Salmah)
* ELMI SALLEH (Elmi Salleh)
* BINTANG MALAM INI (A.Razak)
* KAU DIHATI (A.Razak)
* A.RAZAK (A.Razak)
* RAHMAN KADIR (Rahman Kadir)
* RAJA TINJU DUNIA (Roselan Yus)
* LAGU SAYANG IBU (Saadiah Saad A.Ramlie)
* ADAM & BEN (Adam & Ben)
* SELAMAT HARI RAYA
(Sanisah Huri/Maria/A.Ramlie/ A.Razak)



BECOME ONE OF FOREMOST MALAY MUSIC
IN THE GOLDEN ERA OF MALAY FILMS
(Blog: TRIBUTEsg)

KASSIM Masdor is an instrumental figure in the development of modern Malay music in Singapore. Making his name as a musician and arranger in the golden era of Malay films in the ‘50s and ‘60s, he went on to become one of the foremost Malay music composers in the Singapore music industry for over half a century.

In 1982, he won Best Song Award at the Third Malay Film Festival, and in 2002 received a Lifetime Achievement Award from the Association of Malay Singers, Composers and Professional Musicians (PERKAMUS).

Born on 19 September 1938 in Singapore, Kassim Masdor received his early education at Kota Raja Malay School, where he grew an interest in music.

Deciding to pursue his interest after he graduated, he joined Malay Film Productions (MFP) in Shaw Studios as a clerk at the age of 14. There, he worked daily with several Malay music and film stars who were his colleagues at Shaw Studios.

Immersed in the creative atmosphere, he nurtured his musical talents and learnt how to play several music instruments including the xylophone, piano and guitar.

He also learnt how to compose and arrange music, working with legendary Malay actor, singer and composer P. Ramlee, whom Kassim Masdor acknowledged as his mentor and regarded as an older brother.

Learning as much he could as P.Ramlee’s protege, Kassim Masdor would work late into the night completing music scores for his mentor. Eventually, he became a composer and arranger at Shaw Studios. Together with P. Ramlee, Kassim Masdor also went on to form the vocal group Pancha Sitara.

By 1956, Kassim Masdor had established himself as an up-and-coming composer and arranger. He made his foray into the music industry and started working part-time at EMI Singapore, going on to meet and work with many of the popular Malay singers.

When Shaw Studios closed in 1967, Kassim Masdor was asked to join EMI Singapore full-time as a producer, composer and arranger. He agreed, and went on to stay at the company till 1974, producing around 60 music albums in five years. After EMI Singapore, Kassim Masdor continued his musical activities, founding Senada Records in 1977.

Kassim Masdor, together with his composer peers of the time like Osman Ahmad, were pioneers of modern Malay music. They experimented with their craft, combining Malay music with Eastern and Western elements to bring a new, modern sound to Malay music.

INTRODUCED MANY SINGERS

Initially meeting with resistance from the music community, their progressive attitudes and compositions soon gained popularity and acclaim, earning them reputations as foremost composers of their time.

Throughout his career as a sought-after composer, Kassim Masdor composed more than 400 songs, with most of them having lyrics written by his good friend a fellow Malay music pioneer, Yusnor Ef.

With his music, he introduced many singers who would go on to become top Malay singers such as Kartina Dahari, Ahmad Jais, Sanisah Huri and Sharifah Aini.

In 1986, he composed the music for Singapore’s first Malay musical "Jefri and Maria", which was written and directed by respected playwright Nadiputra.

Kassim Masdor’s film music output has also been prolific. His first song for a film debuted in "Darah Muda," and he went on to serve as music director for 18 movies for Shaw Studios and Malaysian film companies, composing music for films such as "Dendang Perantau" ("Wanderer’s Ballad") and "Sumpahan Mahsuri" ("The Curse of Mahsuri").

For his contributions to Malay music and film over the decades, Kassim Masdor has received recognition from both industry and his peers.

He received the Best Song award for the film "Setinggan" at the Malaysian Film Festival in 1982, the Meritorious Award by the Composers and Authors Society of Singapore in 1998, and the Anugerah Seri Temasek award in 2011.

In 2002, Kassim Masdor received the Lifetime Music Achievement Award by PERKAMUS (Association of Malay Singers, Composers and Professional Musicians).

Kassim Masdor continues to contribute to Malay music, recently teaching music as a guest artiste at Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (National Academy of Arts, Culture and Heritage) in Kuala Lumpur, Malaysia.

His music—such as his Hari Raya songs and his opus "Sapu Tangan Tanda Mata", performed by Malay songstress Saloma - continue to be heard today.


Peristiwa FFM22 di Kota Kinabalu: Kassim Masdor (tiga kanan) menerima Anugerah Bintang Legenda bersama (dari kiri): Tony Castello, Latiffah Omar, Aziz Sattar, Momo dan Zaiton

CITATION KASSIM MASDOR___

MEMANG beliau terkenal sebagai pemain pemuzik, pencipta dan penggubah lagu serta penerbit album. Tetapi diperingkat awal penglibatannya adalah filem.

Ketika masih di alam kanak-kanak beliau buat pertama kalinya muncul didepan kamera dalam filem "RAYUAN SUKMA" yang diarahkan oleh L.Krishnan memegang peranan Ali Rahman sewaktu kecil kemudian disusuli pula "MANUSIA" berlakon disamping Kasma Booty dan Omar Rojik.

Pada tahun 1952, beliau diambil bekerja di studio Jalan Ampas sebagai budak suruhan atau massanger boy iaitu bertugas tiap-tiap pagi pergi ke rumah P. Ramlee di Boon Teck Road mengejutkannya dari tidur dan mempastikannya bersiap dan keluar rumah untuk menjalankan shooting.

Pada tahun 1955, beliau dinaikkan pangkat sebagai penjaga sambungan atau continuity clerk dan bertugas untuk banyak filem antaranya "BUJANG LAPOK", "SUMPAH ORANG MINYAK", "AZIMAT", "SERGEANT HASSAN", "ANTARA DUA DARJAT", "ISI NERAKA", "ALI BABA BUJANG LAPOK", "SI TANGGANG". "LABU DAN LABI", "PUSAKA PONTIANAK" dan "JEBAK MAUT".

Selain "RAYUAN SUKMA" dan "MANUSIA", beliau juga berlakon dalam "IBU", "ANAK-KU SAZALI". "SAUDAGAR MINYAK URAT", "ANTARA DUA DARJAT", "IBU MERTUA KU", "LABU DAN LABI", "MADU TIGA" dan "3 ABDUL".

Selain itu, beliau juga menganggutai kumpulan "Pancha Sitara" bersama P. Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar, Saloma, Ahmad Daud dan Ahmad C. Dan pernah muncul dalam filem "LABU DAN LABI" menyanyikan lagu "Bila Larut Malam".

Beliau telah mencipta dan menggubah lebih kurang 400 lagu dan menerbitkan 60 album sepanjang kariernya dari tahun 1960 hingga 1974.

Lagu patriotik "Bahtera Merdeka" dan "Malaysia Baru" adalah ciptaan beliau. Dan lagu-lagunya pula dinyanyikan penyanyi-penyanyi popular antaranya Saloma, Ahmad Jais, Rafeah Buang, Sanisah Huri, A. Ramlie, Rahimah Rahim, Sharifah Aini dan Kartina Dahari.

Justeru itu, Panel Juri Anugerah Bintang Legenda telah memilih beliau sebagai penerima ANUGERAH BINTANG LEGENDA UNTUK KATEGORI DI BELAKANG TABIR.

Beliau ialah... KASSIM MASDOR.

# Citation ini dari idea dan disusun oleh Mustafar A.R., telah dibacakan pada Malam Anugerah Bintang Legenda sempena FFM22 di Kota Kinabalu, Sabah, pada Ogos 2009.




SALAMIAH HASSAN

TERKILAN KASSIM MASDOR
TIDAK DAPAT TENGOK KONSERTNYA...

PENYANYI Salamiah Hassan yang digelar The Voice di dalam industri musik tempatan mengakui terkilan apabila komposer veteran Kassim Masdor tidak berpeluang menyaksikan konsert sulungnya, "Konsert Gelombang Salamiah Hassan", yang diadakan di Panggung Sari Istana Budaya pada 10, 11 dan 12 Januari, 2014 yang lalu.

Kata Salamiah Hassan, menerusi maklumat yang diterima daripada wartawan veteran Bahyah Mahmood atau Kak Bam, komposer veteran tersebut memang sudah bercadang untuk datang menyaksikan konsert sulungnya itu.

"Kata Kak Bam, dia sudah pun membeli tiket bas atau kapal terbang daripada Singapura untuk datang ke Kuala Lumpur. Tapi, pada saat-saat akhir, dia terpaksa membatalkan perjalanannya itu kerana jatuh sakit.

"Terkilan juga saya kerana tidak dapat berjumpa dengannya kerana dia adalah komposer lagu "Gelombang". Tapi, bila ada perancangan untuk membawa konsert ini ke Esplanade, Singapura pada pertengahan tahun ini nanti, saya fikir mungkin di sana saja nanti saya akan berjumpa dengan dia.

ADA KOMITMEN KERJA

"Tapi, nampaknya hasrat saya itu tetap tidak kesampaian juga dan berita kematian arwah bagi saya cukup menyedihkan. Terfikir juga untuk terbang ke Singapura bagi memberi penghormatan terakhir buat arwah.

"Tapi, tiada pula flight waktu pagi. Yang ada tengahari dan kalau pergi ke sana, jenazah arwah telah dikebumikan. Lagi satu, saya pun ada komitmen kerja pada sebelah malam," katanya kepada Murai.com.my.

Apapun, kata Salamiah Hassan, dia amat berterima kasih kepada Kassim Masdor kerana telah memilihnya untuk membawakan lagu "Gelombang" dalam filem "Tiada Esok Bagimu".

"Bagi saya lagu itu hit bukan kerana saya yang menyanyikannya semata-mata tetapi juga kerana komposisinya serta liriknya yang ditulis oleh Bahyah Mahmood.

"Malah, filem, jalan cerita dan barisan pelakonnya juga adalah antara faktor mengapa lagu "Gelombang" itu berjaya hingga sekarang," katanya lagi.

# Artikel di atas dipetik dari blog Murai.com.my keluaran 24 Januari, 2014.




KASSIM MASDOR DIPENGHUJUNG JALAN. AL-FATIHAH.








# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


AIMI JARR
dari kacamata mustafar a.r.


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.