Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
# LIHATLAH DAN BACALAH___
* NONA ASIAH "ciumku lagi" dan "nona" membawa tuah * R. AZMI berada dalam kamar sepi dalam kesepian * ROH MEMBELA kekuatannya special effect dan aziz sattar * CHEMBURU banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff * BRAVADOS perbuatan membalas dendam yang sia-sia * BATTLE HYMN buat amal kebajikan sebagai penebus dosa * CHARITO SOLIS sedia berbogel jika benar-benar diperlukan * CECILIA CHEUNG foto-foto lucahnya menggemparkan dunia filem * RAMON A. ESTELLA bertanggungjawab mengubah corak filem malaysia * B.S. RAJHANS perintis filem malaysia dan singapura * RAFEAH BUANG 12+1 lagu terbaik "kalau rindu"
* SUDIRMAN 12+1 lagu terbaik "salam terakhir"
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
# LIHATLAH DAN BACALAH___
* NONA ASIAH "ciumku lagi" dan "nona" membawa tuah * R. AZMI berada dalam kamar sepi dalam kesepian * ROH MEMBELA kekuatannya special effect dan aziz sattar * CHEMBURU banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff * BRAVADOS perbuatan membalas dendam yang sia-sia * BATTLE HYMN buat amal kebajikan sebagai penebus dosa * CHARITO SOLIS sedia berbogel jika benar-benar diperlukan * CECILIA CHEUNG foto-foto lucahnya menggemparkan dunia filem * RAMON A. ESTELLA bertanggungjawab mengubah corak filem malaysia * B.S. RAJHANS perintis filem malaysia dan singapura * RAFEAH BUANG 12+1 lagu terbaik "kalau rindu"
* SUDIRMAN 12+1 lagu terbaik "salam terakhir"
RIBUT RAWIT & MOCH. YUSUF
(sumber: PakLongKlasik)
AZIZ JAAFAR & PANCA SITARA
(sumber: PakLongKlasik)
EDDIE AHMAD & HAMIDAH AHMAD
(sumber: AbangSin)
SITI NURHALIZA & 2BY2
(sumber: SuriaRecordsSRC)
MUNGKIN ramai yang sudah tahu, mungkin juga ramai yang tidak tahu, "Mawarku" (ejaan tahun 1950an, "Mawar-Ku") nyanyian Siti Nurhaliza dan 2by2, merupakan lagu jiran kita, Indonesia.
Lagu tersebut yang menjulang naik nama Siti Nurhaliza dan 2by2, bersama 3 lagi lagu Indonesia, "Tiga Malam", "Gubahanku" dan "Lagu Gembira", begitu popular apabila dirakamkan semula pada tahun 1995.
2by2 dianggutai oleh Faizal, Halim, NeiziMan dan Zul. Dimana mereka sekarang, ya?
Siti Nurhaliza mengeluarkan 2 single (ep) bersama 2by2.
Anehnya, Siti Nurhaliza terus naik mendadak selepas itu, tetapi 2by2 jatuh merudum, kemudian terus hilang, tanpa kubur dan nesan.
Sungguhpun Liza Hanim, Anis Suraya dan Mazleela, menggantikan penyanyi kecil molek kelahiran negeri Pahang itu, tidak dapat membantu 2by2 bertahan lama.
Mungkinkah, disebabkan ketiadaan Siti Nurhaliza, ke? Tidak, kot. Ada sebab-sebab lain, agaknya.
Apa pun, yang jelas cerita Siti Nurhaliza di Wikipedia begitu panjang lebar, namun dia bersama 2by2 tidak tercatat langsung. Kenapa, ya.
Dari segi fakta, ini menyalahi hukum, tidak patut berlaku, sangat mendukacitakan, apatah lagi popularitinya bermula dengan 2by2.
Apa saja yang berlaku, apa saja krisis yang ada, elok ke tak elok ke, jangan abaikan fakta.
"Mawarku", boleh dianggap sebagai salah satu lagu "tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan", ertinya evergreen, malar segar dan sentiasa segar.
Ia sudah dianggap sebagai klasik, dan boleh bertahan sepanjang zaman.
Lagu versi Siti Nurhaliza dan 2by2 ini, tidak jemu-jemu didengar, walau seberapa banyak kali pun, sebab, gubahan musik dan lagu, suara penyanyi, suara berharmoni.
Kini usianya 18 tahun, popularitinya masih tetap unggul. Sama seperti "Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi", Alleycat, dan "Epilog Cinta Dari Bromley", Sohaimi Meor Hassan.
Hanya, ada sedikit tercalar (bagi sayalah), penuturan lirik yang kurang jelas (berharmoni, berbunga-bunga) terutama Siti Nurhaliza, nasib baik klip videonya ada sarikata.
Itu saya panggil (bahasa saya) sebagai meraban. Atau mungkin, sememangnya cara dan style Siti Nurhaliza begitu.
Tetapi, Liza Hanim, Anis Suraya dan Mazleela, tidak pula macam tu, biasa saja, okey.
Kita lupakan dulu, Siti Nurhaliza dan 2by2nya.
Sebenarnya, lagu "Mawarku" mula muncul diawal-awal tahun 1950an (lebih tepat lagi penghujung tahun 1951), tidak pula diketahui siapa pencipta lagunya dan siapa pula yang menulis liriknya.
Lagu tersebut dipetik dari filem Indonesia, "Marum Manis" ("Harum Manis"). Itu saja yang dapat dikesan.
# Diharap, ada sesiapa dapat memberikan info yang jelas mengenai perkara tersebut.
Ada sumber mencatatkan, Moch. Yusuf yang menyanyikan lagu itu bersama Ribut Rawit, sebagai pencipta lagu dan penulis lirik. Ini tidak dapat disahkan, ia perlu dibuat kajiselidik terlebih dulu.
Menurut Mustafar A.R., ketika berbual dengan Ahmad Daud suatu ketika dulu, dia ada menyebut nama pencipta lagu "Mawarku" itu, tetapi terlupa pula.
Saya paksa dia ingatkan, puas dia cuba mengingatkannya, tak ingat juga. Kesian, dia.
Selain menyanyi, di Indonesia, Ribut Rawit juga terkenal sebagai pelakon filem.
Antara filem-filemnya, "Djembatan Merah" (1950), "Saputangan" (1951), "Lenggang Djakarta" (1953) dan "Setulus Hatimu" (1957).
Moch. Yusuf (M. Jusuf) turut berlakon dalam "Djembatan Merah" dan "Setulus Hatimu".
Selain "Mawarku", tidak dapat dikesan lagu lain nyanyian bersama Ribut Rawit dan Moch. Yusuf, tetapi ada 2 lagu yang tidak kurang popularnya nyanyian Ribut Rawit, "Dewi Murni" dan "Fajar Menyinsing", berirama keroncong.
Satu hal yang agak menarik, kenapa mawar putih?
Tidak mawar merah atau mawar kuning atau mawar hijau, oopp... ada ke mawar hijau?...
Kata Mustafar A.R., putih tu, suci murnilah, ya, ada pun dalam lirik.
KUMPULAN SUARA HARMONI
Panca (Pancha) Sitara (bersumberilhamkan The Platters) ditubuhkan oleh P. Ramlee pada 1955, disertai oleh Aziz Jaafar, Normadiah, Kassim Masdor, Ahmad C. dan P. Ramlee sendiri.
Pemuzik-pemuzik (asal, fakta ini penting) yang mengiring kumpulan suara harmoni itu, Ahmad Kassim (piano), Yusof B. (teno-saxaphone), Osman Ahmad (double bass) dan A. Rahim (dram).
Bagaimanapun, tidak lama kemudian, Aziz Jaafar dan Normadiah menarik diri, kerana melanggar syarat, bercinta. Berasmara danalah tu.
Salah satu syarat Panca Sitara, anggutanya tidak boleh bercinta, bila didapati bercinta, pecat, sebelum P.Ramlee bertindak memecat, mereka menggundur diri lebih dulu.
Tempat Normadiah dan Aziz Jaafar digantikan dengan Saloma dan Ahmad Daud, jadilah Panca Sitara 2, dan terakhir.
"Mawarku" dinyanyikan oleh Aziz Jaafar, dan merupakan yang paling diminati ramai pada masa itu, hinggakan lagu asalnya nyanyian Ribut Rawit dan Moch. Yusuf, tenggelam timbul.
Berbeza dengan Ribut Rawit dan Moch. Yusuf, Aziz Jaafar menyanyi secara solo, tidak ada lelaki dan perempuan berpadusuara, hanya suara latar (suara harmoni) mengiringi di belakang, itulah keistimewaannya.
Popularnya "Mawarku" Panca Sitara itu, mendorongkan Eddie Ahamd dan adiknya, Hamidah Ahmad, merakamkannya semula pada 1973, digubah semula ikut cara mereka, juga menjadi minat ramai.
Eddie Ahmad, merupakan penyanyi pop yeh yeh (berinspirasikan The Beatles) diera tahun 1960an dan 1970an, membuat single (ep) pertamanya pada 1966, mengandungi lagu "Aduh Sarodja", "Aku Tetap Merindu', "Aku Kecewa" dan "Dara Merindu".
Agak menyedihkan, Eddie Ahmad (nama asal, Idris Ahmad), meninggal dunia (jauh diperantauan, luar Singapura), di Copenhagen (menjadi rakyat Denmark) pada 1992 kerana barah ursus.
Ketika itu, usianya boleh dianggap masih muda, 45 tahun, lahir pada 1947.
Hamidah Ahmad, juga pernah merakamkan lagu-lagu kepiringhitam (ep) secara solo dengan EMI, "Jumpa Semula" dan "Hamidah", dan seorang lagi adiknya, Dahlia Ahmad, turut membuat rakaman piringhitam, salah satu antaranya, "Persembahanku".
Kita agak bernasib baik, kerana 4 versi "Mawarku" ada di YouTube, dan saya pindahkan ke entri ini untuk dikongsi bersama.
Sebenarnya, lagu "Mawarku" ada beberapa versi lagi, namun yang 4 ini saja yang dianggap sebagai menarik dan terbaik.
Terima kasih kepada PakLongKlasik, AbangSin dan SuriaRecordsSRC kerana bersusah payah menguploadkannya, hingga membolehkan saya membuat satu artikel, yang boleh dikatakan menarik.
Sebabnya, tidak seorang pun terfikir nak buat, seperti juga entri Momo dan salahguna introducing dalam filem.
Ini semua, Mustafar A.R. punya pasal...
DENGARLAH LAGU ORIGINAL "MAWARKU"
VERSI RIBUT RAWIT & MOCH. YUSUF
MAWARKU
Kau mawar ku
Juwita kalbu
Gadis yang ku rindu
Kau remaja pencuri hati ku
Merayu jiwa ku
Kau teruna
Rangkai nyawa
Lampu hati beta
Mesti kau pergi jauh kesuma
Ku terbayang juga
Bila engkau hilang di mata
Tidur nyenyak ku tak bisa
Ku terkenang pada mu kanda
Hancur kerna
Kau jelita
Mawar putih
Suci murni
Pujaan jauhari
Senyuman mu yang menawan hati
Gadisku pertiwi
Bila engkau hilang di mata
Tidur nyenyak ku tak bisa
Ku terkenang pada mu dinda/kanda
Hancur kerna
Kau jelita
Mawar putih
Suci murni
Pujaan jauhari
Senyuman mu yang menawan hati
Gadis ku pertiwi
Penyanyi: RIBUT RAWIT & MOCH. YUSOF
Filem: MARUM MANIS (HARUM MANIS)
Pencipta lagu: TIDAK DIKETAHUI
Pencipta lirik: TIDAK DIKETAHUI
Iringan musik: ORKESTRA RAYUAN KENCANA
Pimpinan: AHMAD JAAFAR
Dengan lahirnya artikel "Mawarku" ini, Mustafar A.R. dan saya telah berbincang, dan tercetuslah idea untuk melibatkan anda, sebagai pengikut (follower) dan peminat FKM.
Caranya cukup mudah, "Mawarku" ada 4 versi, diantaranya itu yang mana satukah anda suka, menarik dan memenuhi selera anda, maknanya yang terbaik, kemudian komenlah.
Catatkan komen anda, di ruangan komen. Tidak melebihi 500 perkataan. Bersopan dan beretika. Jangan sentuh peribadi sesiapa, komen hanya mengenai lagu saja. Jika ada, akan di delete.
Kepada anda yang memberi komen terbaik (dalam penilaian saya), hadiahnya senaskah buku "Filem-Filem P.Ramlee". Tiga pemenang akan dipilih.
Ini juga satu cara (bagi mereka yang berminat menjadi penulis), melatih diri sebagai pengomen atau pengkritik yang kritikal.
DALAM ENTRI KHAS
Tarih tutup 15 Mac, 2014. Hanya mereka yang tinggal di Malaysia saja boleh turut serta, luar Malaysia, jangan. Jika ada, terbatal dengan sendirinya.
Keputusan yang dibuat adalah muktamad, tidak boleh dipertikaikan, sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Menggunakan nama samaran (nama dalam kad pengenalan lebih afdal) dibolehkan, dan FKM akan mengumumkan 3 pemenang dalam entri khas "Mawarku" pada 20 Mac, 2014.
Anda juga boleh membuat komen melalui e-mail, yang akhirnya akan dimuatkan (via-email) ke dalam ruangan komen, sekiranya sesuai.
Pemenang pertama, ada bonus lagi. Apa bentuknya, akan diumumkan kemudian.
Selamat memberi komen...
# PERHATIAN: UNTUK MEMBERI PELUANG LEBIH RAMAI MENGAMBIL BAHAGIAN MEMBERI KOMEN LAGU "MAWARKU" INI, TARIKH TUTUP DILANJUTKAN HINGGA SAMPAI 15 APRIL 2014 DAN KEPUTUSANNYA AKAN DIUMUMKAN PADA 20 APRIL 2014.
# Update akan dilakukan dari masa ke masa.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
berapa banyakkah yang masih ada?
AIMI JARR
dari kacamata mustafar a.r.
SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem
A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati
R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian
AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni
LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu
SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?
Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.