Friday, March 13, 2020


BAILEY'S BIRD (1979)

NOOR AZIZAH DAN HUSSEIN ABU HASSAN
MEMPROMOSIKAN MALAYSIA KE SELURUH DUNIA
Gambar Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak Dan Di Susun: Zaini Yusop


HU PRYCE & MARK LEE

NOOR AZIZAH & HUSSEIN ABU HASSAN

HUSSEIN ABU HASSAN & LEE ROBINSON


BAILEY'S BIRD SANGAT DIMINATI
RAMAI TIDAK LAMA DULU
Oleh Reztika Cahyani
(Pekanbaru - Provinsi Riau)



Siri Tv, "Bailey's Bird", mula ditayangkan 25 Mac 1979. Ini bererti 25 Mac 2020 ini genap usianya 41 tahun. Telah sekian lama berlalu dan berapa ramaikah yang masih mengingatinya. Tidak ramai. Juga ramai tidak tahu kewujudannya terutama mereka yang lahir selepas permergian P.Ramlee 29 Mei 1973.
"Bailey's Bird" ada keistimewaannya, kerana dibintangi dua seniman dan seniwati terkenal Malaysia - Hussein Abu
Hassan dan Noor Azizah.
Peranan mereka bukan sampingan tetapi penting. Sebagai Pegawai Polis (Inspektor Hamid) untuk Hussein Abu Hassan dan Pegawai Perubatan (Dr. Susalim) bagi Noor Azizah.
Apa yang lebih menarik, boleh dikatakan keseluruhan penggambarannya dilakukan di Pulau Pinang (Penang) tertumpu disekitar pinggiran kampung dan perairan lautnya.
Malaysia sejak Merdeka (1957) hingga 1979 kurang dikenali dunia tetapi dengan adanya "Bailey's Bird" nama Malaysia semakin mengharum kerana disamping Australia turut ditayangkan dirangkaian tv termasuk Amerika Syarikat, Canada, Germany dan Britain.



BUKU KEDUA MUSTAFAR A.R. (2019)


HARGA SENASKAH: RM40.00 (162 Muka)
POSLAJU: RM10.00
Emel: mar27843@yahoo.co.uk / Telefon: 012-3408117

BUKU PERTAMA MUSTAFAR A.R. (2008)

HARGA SENASKAH: RM90.00 (358 Muka)
POSLAJU: RM10.00
Emel: mar27843@yahoo.co.uk / Telefon: 012-3408117




KUALA LUMPUR

PULAU PINANG

12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG.



# ULASAN & KRITIKAN
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM * CHEMPAKA
* DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU
* PONTIANAK * SUMPAH ORANG MINYAK
* SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA * GELORA * THE LONG HOUSE
* PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * SHANE
* CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON
* TIGA DARA * CINTA PERTAMA * TENGKORAK HIDOEP
* SAYANG ANAKKU SAYANG * MENANTI HARI ESOK
* SIAPA SALAH? * PERJODOHAN
* SEMERAH PADI * SI TORA HARIMAU JADIAN

# 5 ARTIKEL POPULAR
(SETAKAT 13 MAC 2020)
1. PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI -> 217,242
2. SEKSI SELEBRITI MALAYSIA & SINGAPURA -> 211,178
3. SEKSI SELEBRITI INDONESIA -> 201,926
4. 10 FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT -> 32,098
5. 10 FILEM INDONESIA TERBAIK -> 17,453

# 5 PAGEVIEWS TERBANYAK
(SETAKAT 13 MAC 2020)
1. MALAYSIA -> 1,526,128
2. INDONESIA -> 217,096
3. UNITED STATES -> 150,374
4. SINGAPORE -> 127,256
5. RUSSIA -> 62,080



BAILEY'S BIRD DI UTUSAN FILEM & FESYEN (UFF)

Bilangan 87 -> November 1977
Foto Kulit Depan -> Christine Hakim


Muka 21 & 22


HUSSEIN ABU HASSAN
jadi ispektor polis dalam
BAILEY'S BIRD
Oleh Mustafar A.R.
Ditulis Semula Oleh Zaini Yusop



Tidak keterlaluan jika dikatakan Hussein (Hussain) Abu Hassan merupakan seorang aktor yang begitu top sekali dikalangan bintang-bintang filem
tanahair dewasa ini.
Kepopularaannya bukan sekadar dia diiktiraf sebagai aktor handalan yang boleh membawa apa juga peranan tetapi juga berjaya membuktikan kepada umum yang dirinya boleh mengarah dan mengeluarkan filem.
Sebagai seorang artis, Hussein tidak pernah bangga dengan apa yang telah diperolehinya sekarang. Sikapnya yang humble dan lemah lembut menjadikan setiap orang yang mengenalinya terpaut hati.
Selepas membintangi "Loceng Maut". Hussein ditawarkan berlakon oleh Lee Robinson untuk membintangi
siri tv, "Bailey's Bird".
Inilah tawaran kedua bagi Hussein untuk membintangi sesuatu produksi luar negara yang datang membuat penggambaran di Malaysia.
Pertama, "The 7th Dawn" dimana Hussein berlakon dengan William Holden dan Suzannah York disamping bertindak sebagai penolong pengarah kepada Lewis Gilbert.
"Saya sungguh gembira kerana dapat berlakon dalam siri tv ini, dan sememangnya saya bukan saja ingin terkenal di negara saya sendiri tetapi juga popular di luar negara," kata Hussein dalam satu pertemuan.
Siri tv yang mengandungi 26 episod dan merupakan produksi bersama Australia, England dan Jerman ini keseluruhan penggambaran dibuat di Pulau Pinang, dan Hussein membawa peranan sebagai inspektor polis.
Hussein memberitahu, dia menerima berlakon dalam "Bailey's Bird" ini kerana ingin mencari pengalama bukan saja berlakon dengan artis-artis antarabangsa tetapi ingin mempelajari cara-cara mengarah dan
membuat shooting siri tv.
Dalam siri yang mengisahkan penggembaraan Bailey dengan kapalterbangnya ini turut juga dibintangi oleh pelakon-pelakon yang terkenal di dunia hiburan antarabangsa.
Dari England terdapat Norman Blwer King yang pernah berlakon dalam siri tv "Softly Softly" dan Paul Bertram, dan dari Autralia terdapat Angelia Punch, manakala Malaysia ialah Noor Azizah dan Ali Rahman.
Bintang-bintang tetap yang membintangi siri "Bailey's Bird" ini terdiri dari Hu Pryce sebagai Bailey, Mark Lee yang pernah membintangi siri tv "Skippy" dan Nolger Hagen.
Hussein pula membawa peranan sebagai Inspektor Hamid.
Setakat ini, Hussein telah pun membintangi empat episod - "Open And Shut", "Tree House", "Garland of Tears"
dan "Bailey's Big Deal."
Siri "Bailey's Bird" ini dijadualkan tayangannya bermula di Australia pada awal tahun depan sebelum ianya diperluaskan ke seluruh dunia.

# KANDUNGAN
8 -> Fesyen Big John Untuk Muda Mudi Yang Suka Berseluar Jeans Untuk Beraya
20 -> Erti Hari Raya Bagi Artis Kita. Hiburkan Peminat Hati Sendiri Tak Terhibur
26 -> Tanti Josepha Kongsi Suami Dengan Lenny Marlina
28 -> Kerana The Six Million Dollar Man Lee Majors Ditinggalkan Isteri
35 -> Benarkan Sharmila Tagore, Siara Banu Dan Aktris-Aktris Tua Hindustan Tak Laku Lagi?
40 -> Pergawati-Perawati Indonesia Bedraya Dengan Fesyen-Fesyen Pakaian Di Bina Ria
46 => Beauty Tips Untuk Mencantikkan Diri Menjelang Raya

# Angguta Sidang Pengarang
MUSTAFAR A.R.
WEBAH SALLEH



TERDAPAT 1 EPISOD BAILEY'S BIRD DI YOUTUBE
Di Cari Muszaili Mustafar


Bailey's Bird (The Archeologist) -> Bhg. 1


Bailey's Bird (The Archeologist) -> Bhg. 2


Bailey's Bird (The Archeologist) -> Bhg. 3
(Sumber: ObviousParody)

Berdasarkan pencarian di youtube, hanya terdapat 1 episod saja bertajuk "The Archeologist" yang merupakan siri ke-7 mengandungi 3 Bhg.
Ia diarahkan Igor Auzins, cerita ditulis Micheal Cove dan disamping Hu Pryce dan Mark Lee, turut dibintangi Holger Hagen, Kurt Ludescher dan Lim Fong Yong.
25 siri lain terutama lakonan Noor Azizah dan Hussein Abu Hassan tidak diperolehi. Kalau ada alangkah menarik disamping dapat melihat keindahan Pulau Pinang (Penang) dan sekitarnya ditahun-tahun 1970an.
Bailey's Bird mengandungi 1 musim (season) saja.
Penulis cerita: Michael Jenkins, Don Houghton & Ross Napier.
Pengarah: Igor Auzins, Michael Jenkins, Peter Maxwell, Simon Wincer & Howard Rubie.
Negara pengeluar: Australia.
Bahasa Asal: Inggeris.
Produser: John McCallum & Lee Robinson.
Syarikat produksi: Fauna Productions.
Rangkaian tv: Seven Network.
Pertama kali ditayangkan: 25 Mac 1979 (Australia).
Siri pengembaraan keluarga keluaran Australia ini difilemkan di Pulau Pinang dan dibintangi Hu Pryce sebagai juruterbang (pilot) pejuang RAAF bersara yang mengendalikan kapalterbang kecilnya - "Bailey's Bird" - dari pulau tropika di Asia Tenggara - Pulau Pinang.
Hu disertai anak lelakinya berusia 14 tahun, Nick (Mark Lee), yang bersama-sama berkongsi peggembaraan dan pengalaman - seronok dan mencemaskan. Plot dan jalan cerita mudah melibatkan aspek sosial, agama, kepelbagaian dan perbezaan asas berbanding dunia Barat.
Siri ini mengemukakan pelakon-pelakon Malaysia dalam kedua-dua peranan, utama dan pembantu, serta menarik beberapa pelakon terkenal di Australia yang diserahkan membawa peranan sebagai pelakon undangan.

Mark Lee turut berperanan dalam "Gallipoli" (1981) bersama Mel Gibson yang diarahkan Peter Weir.

BAILEY'S BIRD MENGANDUNGI 26 EPISOD
Catatan Aida Mustafar

1. Hijack
2. Friend or Foe
3. A Funny Kind of Hero
4. The Old Monk
5. Outposts of Empire
6. The Search
7. THE Archeologist
8. Gift Horse
9. The Fishermen
10. The Chinese Coffin
11. Double Trouble
12. Open and Shut
13. Faded Tiger
14. Burning Bright
15. Blow the Man Down
16. A Man of Property
17. The Birthday Present
18. When the Band Begins to Play
19. Ghost with Gold Bangles
20. The Binatang Man
21. Bailey's Big Deal
22. Garland of Tears
23. The Otter Man
24. The Man from Mars
25. May Day
26. Touchdown



Lee Robinson (kiri) ketika mengarahkan siri tv "Barrier Reef". John Seale (tengah) jurugambar dan Kevan Lind
(pembantu jurugambar).

Bersama John McCallum mengwujudkan Fauna Productions.

Siri "Skippy the Bush Kangaroo" diterbitkan
1968 hingga 1971.


SEDIKIT MENGENAI LEE ROBINSON
Oleh Mustafar A.R.



Dalam satu pertemuan dengan Lee Robinson di Coffee House, Hotel Park Royal, Bukit Bintang Kuala Lumpur ketika perundingannya dengan Hussein Abu Hassan mengenai peranannya dalam "Bailey's Bird" bulan Oktober 1977 beliau memberitahu, dirinya lahir di Petersham, New South Wales Australia 22 Februari 1923.
Ketika berusia 12 tahun, bekerja sebagai 'copy boy' dengan Daily Telegraph disamping menulis cerita pendek
mengenai peperangan.
Buat pertama kali menyertai bidang filem ialah sebagai angguta unit 'Australian Army History' apabila diberi tugas memilemkan pergerakan 'Australian troop' di Rabaul
dan East Timor.
Selepas perang beliau bertugas dengan ABC sebagai penulis skrip yang mana kemudian mendapat tawaran menyertai Australia Information Service Film Unit (kini dikenali Film Australia), kemudian mengarahkan filem mengenai Albert Namatjira bertajuk "Namatjira the Painter" tahun 1946.
Kemudian Lee membuat beberapa filem di Wilayah Utara seperti "Patrol Outback", "The Pearlers" dan "Crocodile Hunters" serta "Double Trouble" tahun 1951.
Beliau telah dianugerahkan Medal Order of Australia (OAM,1985) di Hari Kepujian Australia kerana sumbangannya kepada filem dan industri televisyen Australia.
Tahun 1966, Lee mengwujudkan Fauna Productions bersama John McCallum untuk menghasilkan siri televisyen kanak-kanak, "Skippy the Bush Kangaroo", yang mana telah mendapat jualan terbaik diseluruh dunia.
Lee mendapat ilham Flipper. Beliau mengubah watak ikan lumba-lumba kepada kangaro. Siri tersebut difilemkan warna sebelum Australia mempunyai televisyen berwarna.
Sepanjang 1970an, beliau menumpukan pengeluaran siri televisyen. Pada awal 1980an, beliau kembali ke filem cerita yang memaparkan dua filem berdasarkan kegiatan "Z Special Unit" semasa Perang Dunia Kedua.
Lee berkahwin dengan Gwenyth tahun 1940. Mereka bersama sehingga kematian isterinya itu tahun 1968. Beliau dan Gwenyth mempunyai lima orang anak.
Lee Robinson meninggal dunia 22 September 2003.

# Filem ->
The Phantom Stockman (1953) - pengarah/penulis
King of the Coral Sea (1954) - pengarah/penulis
Walk into Paradise (1956) - pengarah/penulis
Dust in the Sun (1958) - pengarah/penulis
The Stowaway (1958) - produser/pengarah/penulis
The Restless and the Damned (1959) - produser
The Intruders (1969) - produser/pengarah/penulis
Attack Force Z (1981) - produser
The Highest Honor (1983) - produser

# Dokumentari ->
Darwin Gateway to Australia (1946)
Namatjira the Painter (1947)
The Pearlers (1949)
Crocodile Hunters (1949)
Flight Plan' (1950)
Double Trouble (1951)
Outback Patrol (1952)
Bush Policeman (1953)
The Power Makers (1957)
Bring Out a Briton (1958)
Rock'n'Roll (1959)
The Dawn Fraser Story (1964)

# Siri Tv ->
High Adventure (1964)
Skippy the Bush Kangaroo (1968–1971)
Barrier Reef (1971–1972)
Boney (1972–1973)
Shannon's Mob (1975–1976)
Bailey's Bird (1979)


# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI ->


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?




2 comments:

  1. Saya ada satu pertanyaan, mengapa masa Arwah P Ramlee berhijrah ke Merdeka Studio di KL, aziz sattar dan S Shamsudin tidak turut serta? Atau mmg ada arahan dari pihak pengurusan Shaw supaya pelakon lain tidak turut serta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beberapa perkara antaranya kontrak Aziz Sattar dan S.Shamsuddin masih berbaki, dan hanya tenaga P.Ramlee saja diperlukan di Merdeka Setudio Kuala Lumpur tidak Aziz dan Shamsuddin.

      Delete