"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Sunday, September 30, 2012


12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop






Di Cari Di Kumpul & Di Nilai
Oleh ZAINI YUSOP





SEGALA-GALANYA bermula di suatu hari ketika bersarapan pagi. Pada sebelah malamnya, sebelum itu, saya telah mendengar semula lagu-lagu Rafeah Buang yang sangat-sangat saya minati.

Semasa bersarapan pagi itulah, tiba-tiba terkeluar dialog saya: "Bang, malam tadi saya dengar semula lagu-lagu Rafeah Buang. Sedap, menarik dan banyak liriknya yang menyayukan hati."

"Banyak," tanyanya.

"Banyak juga," jawab saya. "Tapi..."

"Tapi apa?," abangku mencelah.

"Yalah, saya paling suka Kalau Rindu. Tapi, bila cari siapa pencipta lagu dan penulis liriknya, saya tak jumpa," kata saya, dan menambah, "abang tau siapa?"

"Lagu tu, saya pun minat, sedap dan bait-bait liriknya pun disusun kemas dan indah apatah lagi yang menyampaikannya Rafeah Buang yang mempunyai suara lunak," jelasnya.

"Siapa penciptanya," tanya saya lagi ingin tau.

"Lagu dan lirik Kalau Rindu tu, ciptaan Almarhum Raja Idris Shah, Sultan Perak sebelum Raja Azlan Shah," terangnya.

"Pandai juga anak raja cipta lagu ya, bang," kata saya. Menambah, "selain lagu tu ada lagu lain ciptaan Almarhum yang abang tau."

Jawabnya, "Raja Idris Shah memang berjiwa seni dan berbakat dalam bidang musik dan pernah memimpin kumpulan musik, Orkes Rishah.

"Selain Kalau Rindu yang saya taulah Semalam Di Subang dan Pulau Pangkor".

Tanya saya lagi, "Semalam Di Subang dan Pulau Pangkor pernah ke, dirakamkan ke piringhitam?"

"Sepanjang yang saya tau, Semalam Di Subang pernah dirakamkan ke piringhitam oleh penyanyi Aminah Ahmad, begitu juga Pulau Pangkor.

"Rafeah Buang juga turut merakamkan Semalam Di Subang ke piringhitam selepas itu, tapi saya tak tau pula samada dia ada merakamkan Pulau Pangkor."

NYARIS-NYARIS TERSEDAK

"Oh, begitu ceritanya," kata saya dan berpuashati dengan penjelasan yang diberi sambil mengambil segelas air untuk diminum. Tapi nyaris-nyaris tersedak apabila abangku berkata:

"Dah terlanjur ni, apakata kalau buat satu entri FKM 10 atau 12 lagu terbaik Rafeah Buang."

Ah, sudah. Ini satu beban lagi, hati saya berkata.

"Boleh?" tanyanya.

"Hhhmmm... boleh," jawab saya antara mau dengan tidak kerana bukan mudah untuk melaksanakannya.

"Tapi, kalau susah nak buat tak payahlah. Lagi pun bukan perkara wajib," katanya, dan saya tau dia menyindir.

"Saya boleh buat, tapi abang misti bantu," kata saya.

Jawabnya: "Yalah, kan selama ini pun saya banyak bantu."

Ya tak ya juga. Selama ini pun dia banyak yang tolong, boleh dikatakan kesemua artikel FKM yang saya tulis.

Rasa menyesal pula saya mengeluarkan pertanyaan bodoh seperti itu.

Di situlah ianya bermula...

Esoknya saya pun memulakan kajian dan menilai kesemua lagu Rafeah Buang yang kebetulan ada dalam simpanan kami yang merupakan album (lp), single (ep), kaset, vcd, dvd dan juga youtube.

Setelah seminggu membuat kajiselidik dan penilaian, akhirnya terpilihlah 12 lagu terbaik Rafeah Buang dan satu (pilihan istimewa) nyanyiannya berpadusuara dengan Ahmad Jais.

Perlu diberitahu dan diingatkan, pemilihan dan penilaian lagu Rafeah Buang 12 plus 1 ini, bukan dibuat secara sah atau mutlak.

Ia merupakan pemilihan dan penilaian saya seorang dan di endorse oleh FKM. Ertinya diiktiraf oleh Mustafar A.R. saja.

Ia dipilih dan dinilai berdasarkan beberapa kateria termasuk:

* Ciptaan lagu
* Keindahan lirik
* Kesesuaian suara
* Susunan musik
* Iringan musik, kumpulan musik atau orkestra

Tidak ada cop mohor bagi menentukan lagu-lagu tersebut yang terbaik. Ia sekadar ditentukan oleh saya seorang saja dan tidak melibatkan mana-mana pihak sekali pun.

Dan, paling penting untuk hiburan kita bersama disamping memberi penghormatan (tribute) kepada seorang selebriti yang banyak jasanya dalam dunia seni tanahair terutamanya musik dan lagu.

Di harap pemilihan dan penilaian lagu 12 plus 1 Rafeah Buang ini, tidak dipertikaikan kerana itu bukan tujuannya.

Sekiranya ada, peminat-peminat FKM, yang ingin membuat pemilihan dan penilaian lagu 12 plus 1 masing-masing, bolehlah mencatatkannya di ruang komen.




PILIHAN PERTAMA (Sumber: Azmi Ahmad)

KALAU RINDU

Di masa berpisah
Mengapa hati ku rasa sedih
Jumpa tak lama
Bersua dikau kekasih

Janganlah kau sayu
Airmata jangan dibuang
Kalau rindu
Pesan saja di awan petang

Dendam tetap menggoda
Merayu dalam jiwa
Kasih tak kan lama
Kita bersua jua

Bilakah masanya
Hari yang penuh berbahagia
Kita bersama
Hidup selama-lamanya

Janganlah kau sayu
Airmata jangan dibuang
Kalau rindu
Pesan saja di awan petang

Dendam tetap menggoda
Merayu dalam jiwa
Kasih tak kan lama
Kita bersua jua

Bilakah masanya
Hari yang penuh berbahagia
Kita bersama
Hidup selama-lamanya

Lagu: RAJA IDRIS SHAH
Lirik: RAJA IDRIS SHAH




PILIHAN KE-2 (Sumber: Azmi Ahmad)

DISEBUT JANGAN DIKENANG JANGAN

Sebutir embun menitis
Seribu kuntum mengembang
Sepatah aku berjanji
Kau sebut kau ulang-ulang

Mencurah hujan membatu
Meresap ditelan bumi
Segala sumpah janji mu
Tak satu yang kau tepati

Tiada ku duga
Tiada ungkitan
Bagi mu tuan
Ku rela dilupakan
Ku diumpat jangan
Dikenang jangan

Berlalu kisah di taman
Bak mimpi diganggu siang
Disebut diingat jangan
Tak guna dikenang-kenang

Berlalu kisah di taman
Bak mimpi diganggu siang
Disebut diingat jangan
Tak guna dikenang-kenang

Lagu: IBRAHIM BACHIK
Lirik: ROSLEY HAJI YUSUF




PILIHAN KE-3 (Sumber: OldToad63)

KENANGAN DI RANTAU ABANG

Tenang malam ini
Angin malam lalu
Membawa pesan dari
Mustika kalbu

Nyiur nan melambai
Bulan nan mengambang
Hati kini terdampar
Di Rantau Abang

Di sana ku melihat
Hamparan permaidani indah
Lirik melirik permata nilam
Ku gelisah

Ku tanya pada malam
Bintang bertabur mengapa suram
Hatiku resah dan merindu
Di Rantau Abang

Di sana ku melihat
Hamparan permaidani indah
Lirik melirik permata nilam
Ku gelisah

Ku tanya pada malam
Bintang bertabur mengapa suram
Hatiku resah dan merindu
Di Rantau Abang

Lagu: IBRAHIM BACHIK
Lirik: ROSLEY HAJI YUSUF




PILIHAN KE-4 (Sumber: RafeahBuang)

TUNGGU SEKEJAP

Tunggu sekejap wahai kanda
Kerana hujan masih renyai
Tunggu sekejap
Dalam pelukan asmara ku

Jangan bimbang
Walaupun siang akan menjelma
Malam ini
Belum puas ku bercumbu dengan kanda

Tunggu sekejap wahai kasih
Tunggulah sampai hujan teduh
Mari ku dendang
Jangan mengenang orang jauh

Jangan pulang
Jangan tinggalkan daku sorang
Tunggu sekejap kasih
Tunggu

Tunggu sekejap wahai kasih
Tunggulah sampai hujan teduh
Mari ku dendang
Jangan mengenang orang jauh

Jangan pulang
Jangan tinggalkan daku sorang
Tunggu sekejap kasih
Tunggu

Lagu: P. RAMLEE
Lirik: P. RAMLEE
Filem: SERGEANT HASSAN




PILIHAN KE-5 (Sumber: RafeahBuang)

SEPULUH TAHUN YANG LALU

Sepuluh tahun yang lalu
Aku pernah bersetiaan
Bagi ku dia seorang
Tempat cinta pertamaku

Berdua di pinggir danau
Sedang burung berkicauan
Berkembang kuntum teratai
Tambah mekar cintaku

Gembira.....
Bahagia.....

Pada pohon yang di tepi danau
Tercatit namaku dan namanya
Sebagai tanda kenang-kenangan
Dua jiwa nan berpadu satu
Disaksikan alam yang semesta
Seakan mendengar janji setia
Kuharap kekal dan abadi

Masa dan tahun berganti
Kasih tak sampai ke akhir
Dia menghilangkan diri
Entah apa sebabnya

Aku berjalan seorang
Di tepi danau nan biru
Selendang sutera di tangan
Menghapus airmataku

Berduka.....

Lagu: COPYRIGHT
Lirik: RAFEAH BUANG
Lagu saduran: KAUN HAI JO SAPNON MEIN AAYA
Filem: JHUK GAYA AASMAN


SEDIKIT MENGENAI RAFEAH BUANG___

Rafea Buang di lahirkan di Kampung Pisang, Singapura pada 25 Julai 1947. Bintangnya mula berkilauan apabila beliau menjuarai Bintang Satria Singapura pada tahun 1962.

Pada tahun 1964, Rafeah Buang muncul juara Bintang Radio Singapura bahagian Asli dengan dendang lagunya Sembawa Balik

Kejuaraan tersebut bagaikan percikan cahaya tentang kelahiran seorang penyanyi baru yang mempesonakan.

Ada rupa, ada suara dan ada sopan santun bercirikan gadis Melayu.

Beliau pernah disambut sebagai wira oleh orang-orang kampungnya di stesyen kereta api Tanjung Pagar, Singapura semasa pulang membawa kejayaan sebagai juara Bintang Radio di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1965, beliau mendapat tawaran dari syarikat EMI, dan dari situlah bermula kerjayanya sebagai artis piringhitam.

Sepanjang penglibatan sebagai penyanyi, Rafeah Buang telah menawan hati ramai peminat dengan lagu-lagu antaranya Gurindam Jiwa, Selasih Ku Sayang, Kenangan Di Rantau Abang, Don Juan, Bisikan Hati dan Di Luar Jendela.

Rafeah Buang terus menyanyi walaupun sudah bergelar isteri selepas perkhwinannya dengan Tengku Asmawi Tengku Hussain berlangsung pada 25 Julai 1971.

TIDAK KETERLALUAN DIKATAKAN

Dalam pertemuan dengannya di Stadium Negara Kuala Lumpur dan tersiar tulisannya di muka belakang UFF keluaran bulan Disember 1977, Mustafar A.R. antara lain mencatatkan:

Tidak keterlaluan dikatakan Rafeah Buang merupakan seorang penyanyi yang begitu pandai menjaga personalitinya.

Ini dapat diukur dari sikap dan tingkah lakunya yang humble, lemah lembut dan berdisplin.

Antara penyanyi-penyanyi yang begitu terkenal di zaman pop tahun 1960-an dulu, hanya Rafeah Buang saja yang tinggal dan dapat kekal disanubari peminat-peminatnya.

Rafeah Buang dapat mengsesuaikan dirinya dengan zaman, lagu-lagu yang dirakamkan ke piringhitam terus menjadi hits manakala munculnya dalam "Lukisan Irama" dan "Bintang Minggu Ini" di TV menjadikannya tetap terus popular.


Rafeah Buang yang ulangtahun kelahirannya ke-55 kurang sehari, meninggal dunia pada 24 Julai 2002 dalam tidur di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 3.30 pagi.

Beliau, yang disahkan menghidap barah pada awal tahun 2002, meninggalkan dua anak, Tengku Ahmad Ashraf dan Tengku Khairil Ashraf serta anak angkat, Nur Iman Soleha.

Anak bongsunya, Tengku Ameerrul Ashraf meninggal dunia pada tahun 1996 ketika berusia 11 tahun.





PILIHAN KE-6 (Sumber: Azmi Ahmad)

BISIKAN HATI

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatan ku yang telah lalu
Bersama berjanji sehidup semati

Kini tinggal hanyalah kenangan
Dikau hilang dimana gerangan
Tiada berita ku dapati
Hanya ingatanku dimasa yang lalu

Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkan lah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji

Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkan lah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji

Lagu: A.R. ISMAIL
Lirik: A.R. ISMAIL




PILIHAN KE-7 (Sumber: SocasNov)

DAUN-DAUN BERGUGURAN

Desir angin
Daun-daun guguran
Keheningan malam
Menyayat hati

Langit gelap
Bagai diriku ini
Yang dirundung malang
Teringat pula

Ditinggalkan aku
Seorang diri
Dengan seribu kesalan
Serta malu

Setelah maduku diseri
Ia menghilang menyepi
Sungguh kejam engkau
Menipu diriku

Setelah maduku diseri
Ia menghilang menyepi
Sungguh kejam engkau
Menipu diriku

Lagu: T. ASMA & RAFEAH BUANG
Lirik: T. ASMA & RAFEAH BUANG




PILIHAN KE-8 (Sumber: Sisorensen)


PILIHAN KE-8 (Sumber: SocasNov)

TANGISAN DISISIKU

Alangkah benarnya mimpi semalam
Ku mimpi cincin dijariku hilang
Aduhai hilangnya yang ku kasihi
Kini pergi meninggalkan daku

Ilahi lindungilah
Jasadnya dalam syurga
Ia terkorban di medan juang
Gugur sebagai pahlawan yang berbakti

Oh kekanda tak ku sangka
Akan singkat usiamu

Malam ini
Ku termenung di jendela
Dan anakku menangis dalam pangkuan
Penatku memikirkan hari depan
Kepada siapa tempatkan bermanja

Ilahi lindungilah
Jasadnya dalam syurga
Ia terkorban di medan juang
Gugur sebagai pahlawan yang berbakti

Oh kekanda engkau pergi
Tiada tempat menemui
Cahayamata impianmu
Yang menangis disisiku

Lagu: COPYRIGHT
Lirik: RAFEAH BUANG
Lagu saduran: NINGYO NO IE (JEPUN)




PILIHAN KE-9 (Sumber: Hassny Hussin)

KERAPUHAN CINTAMU

Pepohon nan rendang turut menyaksikan
Berpimpinan tangan kita berduaan
Camar berterbangan turut merasakan
Suatu pertemuan penuh kerinduan

Itu hanya dulu waktu kau dan aku
Melalui liku dan mengukir rindu
Kini hanya aku dihujung rindumu
Walaupun begitu tiadaku keliru

Bicara selembut sutera
Tapi hanya dusta
Sebuah janji yang kau bina
Tak sekukuh kota

Terlalu pedihnya derita
Yang menikam jiwa
Sehingga tiada
Penawar tercipta

Betapa rapuhnya hati mu
Dalam menantiku
Apakah rinduku
Terlalu murah terhadapmu

Mengapa sukarnya bagimu
Terima cintaku
Terdampar diriku
Dalam mengenangmu

Berdiri di sini ku seorang diri
Kembali menyaksi ombak yang berlari
Kepedihan ini tiada bertepi
Selagi dihati belum ada benci

Bicara selembut sutera
Tapi hanya dusta
Sebuah janji yang kau bina
Tak sekukuh kota

Terlalu pedihnya derita
Yang menikam jiwa
Sehingga tiada
Penawar tercipta

Betapa rapuhnya hatimu
Dalam menantiku
Jangan kau mungkiri janjimu
Yang telah berpadu

Apakah rinduku
Terlalu murah terhadapmu
Mengapa sukarnya
Engkau menerima

Mengapa sukarnya
Membina bahagia
Mengapa sukarnya
Engkau menerima

Lagu: ADNAN ABU HASSAN
Lirik: LUQMAN S.




PILIHAN KE-10 (Sumber: JulaJuli)

DI LUAR JENDELA

Di luar jendela bulan bercahaya
Sang ratu malam indah nian
Lalu ku terlupa semua kesedihan
Getirnya kehampaan yang telah pun terjadi

Di dalam kamar lampu terpasang
Aduhai ku rasa kegelapan
Lalu ku mencari sedikit kekuatan
Nampaklah samar-samar siapa aku

Di bawah pepohon
Seorang insan gelisah
Menanti dan menanti
Mengharapkan aku datang

Bayu membisikkan
Dirimu tetap dirimu
Pergilah aku benci kepadamu

Biar juta maaf
Kesalahan kau coretkan
Ku kunci kamarku dan hatiku

Di luar jendela kau kan melihatnya
Yang aku masih punya harga diri

Di bawah pepohon
Seorang insan gelisah
Menanti dan menanti
Mengharapkan aku datang

Bayu membisikkan
Dirimu tetap dirimu
Pergilah aku benci kepadamu

Biar juta maaf
Kesalahan kau coretkan
Ku kunci kamarku dan hatiku

Di luar jendela kau kan melihatnya
Yang aku masih punya harga diri

Hmmmmm.....
Hmmmmm.....
Hmmmmm.....
Hmmmmm.....
Hmmmmm.....
Hmmmmm.....
Hmmmmm.....

Lagu: RAFEAH BUANG
Lirik: RAFEAH BUANG




PILIHAN KE-11 (Sumber: Rozzan2002)

CINTAKU SATU

Telah ku katakan dulu
Usah bimbang dan ragu
Walau seribu temanku
Cintaku satu

Hampir seribu kali
Ku nyatakan sayangku
Dari hati yang suci
Bukannya palsu

Jika aku bohong pada mu
Berdosalah aku
Ku harap kau kan mengerti
Tulus hatiku

Bahagia ku rasa
Jika engkau percaya
Saling jujur dan setia
Sepanjang masa

Jika aku bohong pada mu
Berdosalah aku
Ku harap kau kan mengerti
Tulus hatiku

Bahagia ku rasa
Jika engkau percaya
Saling jujur dan setia
Sepanjang masa

Lagu: KASSIM MASDOR
Lirik: RAFEAH BUANG




PILIHAN KE-12 (Sumber: OldToad63)

JINAK MERPATI

Membeli nangka dikebun jati
Dapat sekerat ditengah hari
Membeli nangka dikebun jati
Dapat sekerat ditengah hari

Jangan disangka jinak merpati
Senang didekat ditangkap lari
Jangan disangka jinak merpati
Senang didekat ditangkap lari

Buah bidara ditepi rumah
Buah mengkundang harum baunya
Buah bidara ditepi rumah
Buah mengkundang harum baunya

Lembut wanita bukannya lemah
Kalau meradang goncang dunia
Lembut wanita bukannya lemah
Kalau meradang goncang dunia

Kalau nak makan buah keranji
Makanlah cermai merah bunganya
Kalau nak makan buah keranji
Makanlah cermai merah bunganya

Jangan amalkan membuat janji
Kalau tak tunai buruk padahnya
Jangan amalkan membuat janji
Kalau tak tunai buruk padahnya

Kalau nak jerat burung kedidi
Sediakan kain barang secebis
Kalau nak jerat burung kedidi
Sediakan kain barang secebis

Kalau nak pikat sijantung hati
Sarungkan cincin dijari manis
Kalau nak pikat sijantung hati
Sarungkan cincin dijari manis

Lagu: AHMAD NAWAB
Lirik: RAFEAH BUANG


EKSTRA (+1), BERPADUSUARA DENGAN AHMAD JAIS



PILIHAN ISTIMEWA (Sumber: OldToad63)

SELASIHKU SAYANG

Ku tanam selasih
Ku tanam kan
Di hujung halaman
Mengenang kan kasih
Wahai sayang
Yang aku tinggalkan

Ku siram selasih
Ku siram kan
Di hujung halaman
Mengenang kan kasih
Aduh sayang
Lambang percintaan

Hai kencana dewi
Kasih yang ku rindu
Ku kenang selalu

Sayang
Semoga tak kan layu
Cinta yang sejati
Kekal dan abadi

Hai cendana dewi
Kau tetap ku kenang
Janganlah kau bimbang

Sayang
Kau tetap kan pulang
Disisi ku sayang
Membawa harapan

Ku siram selasih
Ku siram kan
Di hujung halaman
Mengenang kan kasih
Aduh sayang
Lambang percintaan

Hai kencana dewi
Kasih yang ku rindu
Ku kenang selalu

Sayang
Semoga tak kan layu
Cinta yang sejati
Kekal dan abadi

Hai cendana dewi
Kau tetap ku kenang
Janganlah kau bimbang

Sayang
Kau tetap kan pulang
Disisi ku sayang
Membawa harapan

Ku siram selasih
Ku siram kan
Di hujung halaman
Mengenang kan kasih
Aduh sayang
Lambang percintaan

Lagu: TAIB OSMAN
Lirik: ZAINAL ABAS


FAKTA___

* Terdapat 2 lagu saduran masuk dalam senarai. Sepuluh Tahun Yang Lalu dari lagu Marguarita yang dinyanyikan oleh Elvis Presley dalam filem Fun In Acapulco dan Tangisan Disisiku ialah lagu Jepun, Ningyo No Ie.
* Hanya satu lagu saja ciptaan dan lirik oleh P. Ramlee masuk dalam senarai, Tunggu Sekejap petikan filem Sergeant Hassan.
* Selain Ahmad Jais, Rafeah Buang pernah juga berpadusuara dengan R. Ismail, Omar Suwita, Latiff Ibrahim dan Eddy Noor Ali.
* 2 lagu ciptaan Ibrahim Bachik masuk dalam senarai. Kenangan Di Rantau Abang dan Disebut Jangan Dikenang Jangan. Lain-lain pencipta, Raja Idris Shah, P. Ramlee, Ahmad Nawab, A.R. Ismail, Kassim Masdor, Rafeah Buang, Adnan Abu Hassan, T. Asma/Rafeah Buang dan Taib Osman.
* Antara 12 lirik lagu, 6 dihasilkan oleh Rafeah Buang sendiri dan 2 Rosley Haji Yusuf. Yang lain, Raja Idris Shah, P. Ramlee, Luqman S. dan A. R. Ismail.
* Lagu Sepuluh Tahun Yang Lalu dan Kaun Hai Jo Sapnon Mein Aaya diciplak dari lagu Marguerita yang dinyanyikan oleh Elvis Presley yang terdapat dalam filem Fun In Acapulco.
* Lagu Ningyo No Ie begitu diminati ramai di Jepun dan telah dipopularkan oleh penyanyi jelitanya, Hirato Mieko, pada tahun 1969.

ANTARA LAGU-LAGU YANG TELAH DIDENGAR & DINILAI___

* 1. Ada Gadis Di Sebelahnya
* 2. Ada Yang Chemburu Buta
* 3. Aku Benci Pada Mu
* 4. Aku Menangis
* 5. Anak Yang Belum Lahir
* 6. Awan Beralih
* 7. Bagai Malam Dengan Siang
* 8. Baju Kurong
* 9. Benarkah Dunia Ini
* 10. Bentan Telani
* 11. Bila Dikasihi
* 12. Bila Takbir Bergema
* 13. Bila Terima Puji-Pujian
** 14. (6) Bisikan Hati
* 15. Buat Baik Berpada
* 16. Bukan SalahKu
* 17. Bunga Mawar
* 18. Cassanova
* 19. Cinta Zaman Sekarang
** 20. (11) Cintaku Satu
* 21. Citaku
* 22. Dalam Diri
* 23. Dalam Hujan Lebat
* 24. Damak
* 25. Dari Hati Ke Hati
** 26. (7) Daun-Daun Berguguran
** 27. (10) Di Luar Jendela
* 28. Di Pagi Hari Raya
* 29. Di Perhentian Bas
** 30. (2) Disebut Jangan Dikenang Jangan
* 31. Don Juan
* 32. Gadis Sekretari
* 33. Gadis Sunyi
* 34. Godaan Rindu
* 35. Gurindam Jiwa
* 36. Gurindam Rindu
* 37. Hanya Kanda Pujaan Ku
* 38. Hanya Kau Dan Aku
* 39. Hari Cuti Nan Lalu
* 40. Hati Ku Kau Curi
* 41. Hujan Lebat
* 42. Ibu
* 43. Inang Baru
* 44. Ingatan Rindu
* 45. Insan Ternoda
* 46. Itulah Harinya
* 47. Jarinya Merah
* 48. Jeritan Batinku
** 49. (12) Jinak Merpati
* 50. Joget Menanti Jodoh
* 51. Joget Pahang
* 52. Joget Pengantin Baru
* 53. Juwita Ku Sayang
* 54. Kacamata
** 55. (1) Kalau Rindu
* 56. Kan Ku Berikan Hati
* 57. Kau Akan Mengerti
* 58. Kecantikan
* 59. Kehilangan
* 60. Kekosogan
* 61. Kenangan (Desember)
** 62. (3) Kenangan Di Rantau Abang
* 63. Kerana Kebahagiaan Mu
* 64. Ku Pulang Dahulu
* 65. Laguku Dua Irama
* 66. Lagumu Temanku
* 67. Lupakan
* 68. Malam Cemerlang
* 69. Menanti Sidia
* 70. Mengapa
* 71. Mengikat Janji
* 72. Menunggu
* 73. Mesra Ibu
* 74. Mustika Hati
* 75. Pantai Teluk Cempedak
* 76. Penawar Rindu
* 77. Pengorbanan
* 78. Perpisahan
* 79. Pesan Orang Tua
* 80. Petaling Jaya
* 81. Pilu Rasa Hati Ku
* 82. Rahsia Hati Ku
* 83. Rindu Bayangan
* 84. Ringgit
* 85. Sayang Di Sayang
* 86. Seandainya
* 87. Sejak Kau Kembali
* 88. Sejalan Keretapi
* 89. Selamat Datang
** 90. (Pilihan Istimewa) Selasih Ku Sayang
* 91. Semalam Berlalu Esok Menanti
* 92. Senyum Di Pagi Hari
* 93. Seperti Malam Dan Siang
** 94. (5) Sepuluh Tahun Yang Lalu
* 95. Seri Serawak
* 96. Seri Siantan
* 97. Setangkai Tak Sebau
* 98. Si Dia
* 99. Sinar Hidupku
* 100. Siti Jadi Pengantin
* 101. Siti Zubaidah
* 102. Suka Sama Suka
* 103. Talipon Operator
** 104. (8) Tangisan Disisiku
* 105. Tiada Kata Secantik Bahasa
* 106. Tiada Khabar Berita
* 107. Timang Tinggi-Tinggi
* 108. Tugasmu Dilautan
** 109. (4) Tunggu Sekejap
* 110. Udang Sama Udang
* 111. Untuk Memikat Dia
* 112. Untuk Pahlawan
* 113. Warkah Untukmu
* 114. Ya IIahi Rabbi
* 115. Yang Mana Satu Benar
* 116. Zuraini
** 117. (9) Kerapuhan Cintamu

117 lagu kesemunya, telah didengar dan dinilai.
** Lagu-lagu yang masuk dalam senarai 12+1.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___



FILEM KLASIK MALAYSIA

berapa banyakkah yang masih ada?


10 FILEM BOLLYWOOD HEBAT SEPANJNG MASA
top 10 bollywood films all time

REVOLUSI ISLAM DAN FILEM IRAN
"a separation" meningkatkan martabat negara iran


CECILIA CHEUNG
foto-foto lucahnya menggemparkan hong kong


CINTA DAN LAGU
satu-satunya filem musikal wujud di malaysia

PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai...

TRIVIA "PERMINTAAN TERAKHIR"
ciplakan filem hong kong "susanna"





KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




41 comments:

  1. Satu lagi usaha terpuji daripada FKM.
    Kebetulan pula saya peminat tegar Rafeah Buang.
    Terima kasih Zaini Yusop dan Mustafar A.R.
    Teruskan dan teruskan usaha murni anda berdua.
    - NurZurina Zainurdin, Kuantan, Pahang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.
      Usaha untuk memberi info yang berguna
      akan diteruskan selagi berkemampuan.

      Delete
  2. Memang banyak lagu rafeah buang
    yang sedap2 dan enak didengar.
    Tapi 2 lagu ini paling saya suka
    gurindam jiwa dan bisikan hati

    Mawar Putih, Setapak Garden KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, boleh dikatakan kesemua
      lagu Rafeah Buang menarik belaka.
      Kata Zaini, kalau boleh kesemua itu
      nak diletakkannya di nombor satu.
      Tapi apakan daya pemilihan terpaksa dibuat.
      Itulah saja yang termasuk ke dalam
      senarai lagu 12 plus 1 FKM.

      Delete
  3. Saya amat puashati dengan pilihan FKM terhadap lagu-lagu Rafeah Buang. Bagaimanapun saya amat meminati lagu 'Jangan Menanti Lagi' (lagu saduran Jepun) yang tidak pernah diterbitkan dalam format CD dalam mana-mana album Rafeah Buang. Juga saya menyangkakan lagu '10 Tahun Yang Lalu' adalah versi asal dari lagu Hindi tetapi rupanya lagu asal nyanyian Elvis Presley. Tetapi ianya lebih mirip dengan versi Hindi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Carmahl MS.
      "Sepuluh Tahun Yang Lalu"
      lebih mirip ke lagu nyanyian Mohd. Rafi.
      Apa pun, pada pendapat saya,
      tiga lagu tersebut sedap didengar.
      Elvis, Rafi dan Rafeah
      ada kelebihan yang tersendiri.
      Terima kasih kerana berpuashati
      dengan pemiilihan FKM.
      Tentu Zaini Yusop, gembira...

      Delete
  4. Pada keseluruhannya saya berpuashati dengan pemilihan yang dibuat oleh Puan Zaini Yusop terhadap lagu-lagu Rafeah Buang.
    Sungguhpun lagu paling saya minati, "Gurindam Jiwa", tidak termasuk dalam senarai tetapi dengan adanya lagu "Selasihku Sayang" menutup juga kekecewaan saya.
    Syabas FKM kerana membuat pemilihan yang selama ini tidak pernah dibuat atau terdapat di mana-mana blog atau laman web.
    Tambah menarik, ianya dilengapkan pula dengan youtube, lirik, nama pencipta lagu dan penulis lirik lagu.
    Nama pencipta lagu dan penulis lirik lagu seringkali diabaikan tetapi nampaknya tidak kepada FKM.
    Satu info yang saya tidak tahu selama ini, lagu "Kalau Rindu" ialah ciptaan Almarhum Raja Idris Shah, termasuk lriknya sekali.
    Good work FKM, satu usaha yang sangat terpuji.

    - Suhaila Shamsuddin, Putrajaya, WP.

    ReplyDelete
  5. Gurindam Jiwa walaupun tak termasuk dalam senarai 12 lagu terbaik tetapi lagu ni agak unik sikit. Lagu ini berasal dari filem sebelum direkod ke piringhitam. Jadi hendak menghayati lagu ini kena tonton filemnya sekali. Dah puas tengok wajah heroinenya barulah kita dapat rasai bertapa ummmmpsnya lagu ini. Dalam filem pun lagu ini diulang lagi dalam suasana yang berlainan.

    Tebuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya sdra Tebuan begitu
      minat dengan lagu "Gurindah Jiwa".
      Nak tanya, siapakah pencipta lagunya?
      dan siapa pula penulis liriknya?
      Kalau sdra tahu, baguslah.
      Kalau tak tahu kenalah ambil tahu.
      Saya harap sdra Tebuan tahu.

      Delete
    2. Saya pun nak tau juga.
      Sebab saya sendiri tak tau,
      siapa pencipta lagu
      dan penulis liriknya.
      Sedangkan "Gurindam Jiwa" tu,
      sangat-sangat saya minati.

      NurulAina Iskandar, JB.

      Delete
    3. Ya memang tahu tapi lepas baca artikel berikut dari miraks.multiply.com

      LAGU GURINDAM JIWA

      GURINDAM JIWA – Lagu Malar Segar (evergreen) yang dihasilkan oleh Komposer Wandy Yazid untuk filem berjudul sama 46 tahun dahulu masih segar dan tidak jemu didengar walaupun beribu-ribu kali sekalipun. Lagu ini mempunyai melodi tradisional yang begitu dekat dengan jiwa Orang Melayu.

      R. Ismail dan Rafeah Buang membawa lagu ini dengan penuh penghayatan, membuai perasaan rindu dendam dan kasih sayang berpanjangan. Kekuatan Gurindam Jiwa adalah pada liriknya yang puitis ilham Hamzah Hussein (penulis lirik). Lirik lagu ini dibuat dalam bentuk pantun dan gurindam, menjadikan setiap barisnya berbentuk indah dan enak didengar. Pembayang maksud yang digunakan begitu puitis dengan susunan kata yang penuh berhemah dan bersopan, sesuai dengan kesusilaan Orang Melayu.

      Hamzah menghasilkan lirik Gurindam Jiwa bagi disesuaikan dengan kedudukan hero filem ini Noordin Ahmad sebagai seorang Pemantun dan Penyair berkaliber dalam filem ini. Apapun Gurindam Jiwa adalah pantun mengikat hati dan jiwa setiap orang yang mendengarnya.

      Album keluaran LIFE Records (tulisan jawi) dikeluarkan pada 1966, tahun yang sama filem Gurindam Jiwa mula ditayangkan kepada umum.

      Nota : Hamzah hussein sudah meninggal dunia adalah pegawai di cathay keris.

      Sumbangan dari Tebuan

      Delete
    4. Terima kasih Tebuan.
      Begitulah hendaknya dengan
      lagu-lagu lain.
      Kita sedap dan menghayati
      lagu-lagunya tetapi kebiasaannya
      tidak ambil peduli langsung
      siapa pencipta lagu dan
      siapa penulis lirik lagunya.
      Contohnya, "Selasihku Sayang".
      Nama pencipta lagu Taib Osman,
      tetapi siapa penulis liriknya?
      Sampai sekarang Zaini Yusop
      tak tau dan tak dapat cari.
      Ini kerana pengabaian telah
      berlaku sejak lama dulu.

      Delete
    5. Bagi peminat lagu ini.

      Lirik Lagu:
      GURINDAM JIWA
      ( L )
      Tuailah padi antara masak
      Esok jangan layu-layuan
      Intailah kami antara nampak
      Esok jangan rindu-rinduan

      ( P )
      Anak China pasang lukah
      Lukah di-pasang di-Tanjong Jati
      Di-dalam hati tidak ku lupa
      Sebagai rambut bersimpul mati

      ( korus )
      ( L )
      Batang selaseh permainan budak
      Daun selaseh di-makan kuda
      Bercherai kaseh talak tidak
      Seribu tahun kembali juga

      ( P )
      Burong merpati terbang seribu
      Hinggap seekor di-tengah laman

      ( L )
      Hendak mati di-hujong kuku
      Hendak berkubor di-tapak tangan

      ( L & P )
      Kalau tuan mudek ke hulu
      Charikan saya bunga kemboja
      Kalau tuan mati dahulu
      Nantikan saya di-pintu shurga

      Dari Tebuan (sumber asal dah lupa).

      Delete
    6. Sumber asalnya tentulah jaket atau sampul piring hitam filem "Gurindam Jiwa" (GJ). Life Record dulu adalah satu-satunya penerbit Original Soundtrack (OST) filem-filem keluaran Cathay-Keris. Life Record masih wujud hingga ke hari ini. OST filem-filem studio Shaw-MFP pula dimonopoli oleh syarikat Ruby Records yang telah lama tutup. Biasanya rekod OST ini berukuran 7"dengan putaran 45 rpm. Pada jaketnya tercetak gambar beberapa adegan (seperti "mini poster") daripada filem berkenaan. Selain jodol filem, akan tercatat juga lirik atau senikata lagu-lagu dalam rekod tersebut. Saya ada menyimpan rekod OST GJ ini yang saya dapat dari sebuah "pasar karat". Saya dapati lirik pada sampul rekod tersebut ada sedikit kesilapan yang tidak menepati apa yang dilagukan (lihat lirik di atas & bandingkan dengan lagu asal yang dinyanyikan oleh Rafeah Buang & R. Ismail). Maklumat ini adalah sekadar untuk kita kongsi bersama.
      - NONAMA

      Delete
    7. Mungkin saya silap. Rasa-rasanya saya pernah terbaca tentang pencipta / penulis lirik lagu malar-segar "Selasihku Sayang" yakni Ibrahim Bachik. Ada sesiapa yang dapat mengesahkannya? Terima kasih.

      - NONAMA

      Delete
    8. Allahyarham Rafeah Buang dulu amat bertuah. Allah telah menganugerahkan kepadanya suara yang amat lunak & merdu serta "versatility" untuk menyanyikan apa saja rentak & genre lagu. Tetapi, yang paling-paling dikuasainya adalah lagu-lagu berirama asli & Melayu. Kerana itu, Rafeah Buang menjadi rebutan di kedua-dua studio perfileman milik Shaw & Cathay. Jadi, kita dapat bayangkan ketika itu, Rafeah Buang sentiasa bergerak di antara Jalan Ampas off Balestier Road dengan Jalan Buloh Perindu off East Coast Road. Tetapi, kerana Rafeah telah menjadi artis di bawah naungan syarikat gergasi EMI sejak dari awal lagi, justeru, semua lagu OST Rafeah, baik di studio Shaw-MFP mahupun Cathay-Keris dimonopoli oleh EMI. Hinggakan lagu "Mengapa" daripada filem "Ibu-lah Shorga" keluaran syarikat filem bebas Gafico pun 'disambar' oleh EMI yang turut menyelitkan lagu joget "Menawan Hati" daripada filem yang sama demi mencukupkan kuota 2 lagu dalam satu EP (piring hitam 7") Ini dapat dilakukan sebab Rahmah Rahmat & Aziz Sattar bukan penyanyi profesional & tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman. Pada 1979, apabila Rafeah Buang berduet dengan Latif Ibrahim untuk OST filem "Dendang Perantau" (1979) (jodol lagu: "Laguku Dua Irama), WEA menjadi syarikat penerbitnya kerana Rafeah Buang tidak lagi terikat dengan EMI atau Senada (milik Yusnor Ef).

      - NONAMA

      Delete
  6. Saya paling minat dengan lagu "Kalau Rindu".
    Tak sangka pula lagu tu ciptaan
    Almarhum Raja Idris, Sultan Perak pula tu.
    Syabas FKM kerana membuat pilihan
    yang boleh dikatakan tepat dan betul
    dan memenuhi citarasa saya.
    Serta memberi informasi berguna.

    - NurBalqis Badariah, B. Antarabangsa, KL.

    ReplyDelete
  7. Bagi saya lagu 'Udang Sama Udang' juga menarik untuk didengar. Sebab kelihatan santai dan 'catchy' tapi digarap penuh karisma.

    espee85

    ReplyDelete
  8. Lagu nombor 115 - Yang Mana Satu Benar by Rafeah Buang susah utk dicari di kedai2 cd kat sini...dan susah juga utk didengari...lagunya pun sedap juga...

    ReplyDelete
  9. Baru jumpa blog FKM ini.
    Sangat menarik dan berinformasi.
    Saya setuju 12 lagu terbaik
    Rafeah Buang pilihan Puan Zaini.
    Harap jangan berhenti disini saja.
    Teruskan juga dengan 12 lagu terbaik;
    1. Saloma
    2. Sharifah Aini
    3. R. Azmi
    4. Ahmad Jais
    Dan lain-lain.

    - Mawar Merah, Seri Iskandar, Perak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juga jangan lupa buat
      12+1 lagu terbaik;
      1. Sudirman
      dan
      2. Alleycats
      Terima kasih.

      - Mawar Jingga, Kuantan, Pahang.

      Delete
    2. Saya dah sound kat Zaini Yusop,
      suruh buat 12+1 lagu terbaik Sudirman.
      Jawabnya, ok tapi mengambil masa sikit.
      Dah begitu katanya, kita tunggu ajelah.

      Delete
  10. Baru jumpa.
    Menitik airmata saya,
    bila dengar lagu
    "Selasihku Sayang"
    nyanyian Rafeah Buang dan Ahmad Jais
    yang telah pergi takkan kembali lagi.
    Al-Fatihah untuk mereka berdua.
    Syabas Zaini Yusop dan FKM.
    Tak pernah jumpa artikel macam ini
    dimana-mana blog di alam maya.
    Teruskan usaha yang murni ini
    dengan memberi fakta teapt dan betul.

    - NurAzizah Aziz, Putrajaya.

    ReplyDelete
  11. Seronok dengar lagu-lagu pilihan Puan Zaini, terutama "Kalau Rindu" dan "Selasihku Sayang". Di harap dapat juga dibuat 12+1 lagu terbaik Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza - Eika, Pekan, Pahang.

    ReplyDelete
  12. salam. Saya mrupakan generasi baru yang lahir pada 1993. Pada mulanya saya langsung tak tahu lagu Datin Rafeah Buang dan mula berjinak dengan lagu mereka di klasik nasional. Dan bila sy buat research sya terjumpa blog ni dan macam rasa kagum sangat..
    terima ksih sangat2 dan secara tak langsung sy dapat knowlege baru ^_^..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat datang ke Filem Klasik adik Syahadatul Haq.
      Terima kasih kerana berkunjung ke sini. ^_^,,

      Delete
  13. Menurut liputan akhbar Berita Harian pada Julai 1970:

    Rafeah Buang bernikah dengan Tengku Asmawi pada 24hb Julai 1970. 

    Rafeah pada waktu itu berusia 22 tahun, dan Tengku Asmawi berusia 25 tahun.

    Mereka melangsongkan persandingan kira2 setahun kemudian pada Julai 1971. Ini kerana Rafeah ada terlalu banyak jadual merakamkan lagu2 ke piringhitam.

    Pasangan Rafeah dan Asmawi bertemu ketika kedua2 nya dalam perjalanan keretapi di Kuala Rompin pada tahun 1968.

    Tarikh hari lahir Tengku Asmawi ada lah 25hb Julai.

    ReplyDelete
  14. Ini blog lama. Tetapi masih ramai yang membacanya. Diharap En. Mustafar atau Pn. Zaini dapat meng-upload-kan lagu berirama asli nyanyian Rafeah Buang yang bertajuk "AWAN BERALIH" melalui artikel ini ataupun artikel terbaharu yang mendatang. Lagu ini seolah-olah terpinggir, walhal ia adalah umpama sebutir permata yang bertatah di atas mahkota (the jewel in the crown).

    - nonama

    ReplyDelete
  15. Saya peminat setia penyanyi ini,nak tahu tajuk lagu ini, antara liriknya kalau tuan ketepi laut,pergilah mari di bulan terang,di mulut naga lagi di rebut , inikan pula di tangan orang.......langit cerah awan membiru, di dini hari embun pun jatuh,sakit menanggong rindu,di dalam air di dalam air badan berpeluh...anak dara duduk menjahit, kain lah tenun dibuat baju,bila dekat hati ku sakit,bila jauh mengapa rindu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu tu bertajuk "Gurindam".
      Setakat ini, saya tidak pasti siapa
      pencipta dan penulis liriknya.
      Sesiapa boleh bantu?

      Delete
  16. rafeeah buang _ gurindam mohon disematkan

    ReplyDelete
  17. Salam. Ada satu lagu yg saya rasa (kalau saya tidak silap) dinyanyikan oleh Allahyarhamah Datin Rafeah Buang. Permulaan liriknya lebih kurang begini..."kian lama kumengharap penuh setia". Ada sesiapa tahu tajuk lagu itu? Harap betulkan jika saya tersilap. Terima kasih.

    ReplyDelete
  18. Saya inginkan lirik lagu Kenangan Disember, sesiapa yang ada, mohon berilah

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum.. Mohon carikan saya lagu untuk guru oleh rafeah buang..lirik Sgt bermakna.t.kasih

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum.. Mohon carikan saya lagu untuk guru oleh rafeah buang..lirik Sgt bermakna.t.kasih

    ReplyDelete
  21. Assallammualaikum.w.b Tuan, terima kasih tidak terhingga kerana menyediakan info dan maklumat tentang mendiang Rafeah Buang, ketika hidupnya di Pekan Pahang, selepas anaknya yang ketiga Amirul Asyraf meninggal, beliau ada menyatakan hasrat untuk menjadikan lagu2 yang beliau nyanyikan diabadikan di ruang maya ini seperti pihak Tuan buat, bagi pihak keluarga Rafeah Buang, saya ucapkan ribuan terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada fahaman saya, sepatutnya Allahyarhmah Rafeah Buang bukannya mendiang Rafeah Buang. Kebiasaannya mendiang itu digunakan pada mereka bukan beragama Islam. Menurut blog Awang Abdul Muizz: Allahyarham bermaksud Allah merahmati. Allahyarhamah bermaksud Allah merahmatinya. Adapun Al-Marhum dan Al-Marhumah bermaksud Mendiang (bagi orang Islam). Memang tidak sesuailah kita gelarkan orang Islam yang telah meninggal dunia sebagai Mendiang, sedang gelaran Mendiang hanya layak pada yang bukan Islam yang meninggal dunia, dalam norma kita. Arwah pula bermaksud roh-roh, kata ganda bagi roh - Amiruddin, Marang, Terengganu.

      Delete
  22. Ada siapa2 yang tahu jika 'Bisikan Hati' ada dirakamkan oleh penyanyi lain sebelum Rafeah Buang?

    ReplyDelete
  23. Boleh saya tahu maklumat tentang lagu Seandainya, bunyinya sama seperti lagu L'oiseau et l'enfant (1977) oleh Marie Myriam. Saya nak tahu tahun berapa lagu ini keluar..

    ReplyDelete