"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Wednesday, July 27, 2016


SIAPA SALAH? (1953)

CARA & CORAK PROMOSI FILEM DULU-DULU
Teks & Foto: Mustafar A.R.
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop




Pamplet (buku kecil) merupakan alat promosi dikeluarkan oleh syarikat pengeluar filem bagi menarik orangramai menonton filem yang terkandung didalamnya. Berbeza dengan iklan yang disiarkan oleh akhbar-akhbar, pamplet lebih detail - menerangkan segala butir yang membabitkan sesebuah filem itu.

Pamplet sebegini banyak dikeluarkan oleh Shaw Brothers sebagai usaha untuk menarik peminat-peminat filem berkunjung ke panggang wayang menonton filem keluarannya melalui Malay Film Productions (MFP) di Singapura.

Antaranya termasuk "Derita", "Penghidopan", "Jiwa Lara", "Bapa Saya" "Semerah Padi" dan "Siapa Salah?" manakala Cathay Keris Film pula (dapat dikesan) menerbitkan pamplet filem box officenya, "Pontianak".

Baru-baru ini saya telah menerima bungkusan poslaju daripada Fatin Hamamah yang tinggal di Shah Alam, Selangor. Bila dibuka, saya dapati kandungannya merupakan pamplet "Siapa Salah?" dan sekeping nota yang catatannya seperti berikut;

Salam Encik Mustafar A.R. yang saya hormati.
Seorang teman telah memberikan buku kecil ini, "Siapa Salah?". Ini kerana dia tahu saya memang sukakan filem-filem Melayu klasik.
Buku kecil ini sangat menarik dan tercatat informasi yang ada antaranya tidak kita ketahui sebelum ini seperti;
1. "Siapa Salah?" dipadankan daripada filem Hollywood, "Knocks On Any Door".
2. Filem "Pengorbanan" ditukar tajuknya menjadi "Mangsa".
Disamping "Siapa Salah?" dan "Mangsa" terdapat juga informasi mengenai filem "Iman", "Sangsara" dan "Arjuna".
Selain itu, terdapat nota dan lirik 4 lagu yang terdapat dalam filem tersebut.
Diharap Encik Mustafar dapat melakukan sesuatu untuk manfaat kita bersama termasuk mencetakkan semula kemudian diedarkan (jual) sebagai koleksi kepada yang berminat.
Sekian, terima kasih.
Drp: Fatin Hamamah, peminat setia Filem Klasik.

Begitulah secebis nota yang dikirimkan oleh Fatin Hamamah beserta pamplet atau buku kecil "Siapa Salah?" yang kebetulan pula tidak ada dalam simpanan saya.

Terima kasih Fatin Hamamah.

Oleh kerana ianya agak menarik, mungkin ramai pula tidak pernah melihat apatah lagi memilikinya, saya re-photo dan dimuatkan dalam FK ini untuk kita kongsikan bersama.

Dengan terpampang semula pamplet "Siapa Salah?" ini, 36 muka termasuk 7 dalam tulisan jawi dan 7 dalam bahasa Inggeris, diharap peminat-peminat setia FK dapat menambah ilmu mengenai filem-filem Melayu klasik.

Sekiranya sesiapa ada pamplet seperti "Siapa Salah?" (contohnya "Bapa Saya" atau "Pontianak"), sila kirimkan kepada FK untuk disiarkan supaya sama-sama kongsikan.

Kirimkan kepada saya (Mustafar A.R.) di alamat 391, Taman Desa Ixora 2, Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.






Kini diterbitkan sebulan sekali tidak lagi dua minggu sekali.


Rawatilah penyakit anda dengan Ceragem. Insyaalah baik.









12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 27 JULAI 2016)
PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 148,538
SEKSI SELEBRITI INDONESIA 143,273
SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 133,654
SELAMAT PENGANTIN BARU 65,326
FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 27,363





Muka Cover Depan

Muka Cover Depan Dalam

Muka 1

Muka 2

Muka 3

Muka 4

Muka 5

Muka 6

Muka 7

Muka 8

Muka 9

Muka 10

Muka 11

Muka 12

Muka 13

Muka 14

Muka 15

Muka 16









Muka 17

Muka 18

Muka 19

Muka 20

Muka 21

Muka 22

Muka 23

Muka 24

Muka 25

Muka 26

Muka 27

Muka 28

Muka 29

Muka 30

Muka 31

Muka 32

Muka Cover Belakang Dalam

Muka Cover Belakang

FAKTA___

* Pamplet atau buku kecil ini dikeluarkan pada 1953 sempena tayangan "Siapa Salah?" yang mula ditayangkan pada 7 November 1953.

* Filem "Knocks At Any Door" (1949), keluaran Hollywood diarahkan oleh Nicholas Ray dengan bintang utamanya Humophery Borgart dan John Derek.

* Filem "Mangsa" (1953) yang dilakonkan oleh Yusof Latiff, Siput Serawak, Ahmad Mahmud dan Mariani diarahkan oleh K.M.Basker.

* Harga pamplet "Siapa Salah?" ini dulu cuma 20 sen saja, tetapi sekarang sudah mencapai RM40.00 hingga RM60.00. Itu pun sukar diperolehi.

* Antara filem-filem yang tercatat dalam pamplet ini - "Siapa Salah?", "Iman", "Mangsa", "Sangsara" dan "Arjuna" - "Mangsa" sudah dianggap hilang.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.