SELENDANG PUTIH BERLUMURAN DARAH
Teks: Mustafar A.R.
Foto: Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
4 Muka Cerita & Gambar Dalam Majallah Filem Tahun 1961
SALMAH AHMAD & ABDULLAH CHIK
KASMA BOOTY & MUSTAPHA MAAROF
MAHMUD JUNE & YUSOF BANJAR
MUSTAPHA MAAROF, MAHMUD JUNE & NYAK OSMAN
HUSNY HASSAN & HASHMY HAMZAH
ABDULLAH CHIK & DARWIS MANSOR
A.R. TOMPEL & MAHMUD JUNE
STUDIO MERDEKA KUALA LUMPUR
Pengarah filem L. KRISHNAN
Jurugambar HAN KAI JAN
Jurusuara CHUA HOON BOON
Penyunting filem L. KRISHNAN
Pengarah seni ESA AHMAD
Cerita A.R. TOMPEL
Pelakon ABDULLAH CHIK (Darma) KASMA BOOTY (Lela) SALMAH AHMAD (Kesuma) MUSTAPHA MAAROF (Manja) MAHMUD JUNE
(Datuk Gaya) A.R. TOMPEL (Jampok) NYAK OSMAN (Lantam) DARWIS MANSOR (Datuk Sura) YUSOF BANJAR (Datuk Mega) HUSNY HASSAN (Leman) HASHMY HAMZAH (Amir)
JALAN CERITA___
Ketika Darma ada di kampung: Darma dan Kesuma, Lela dan Manja sedang berkasih-kasihan. Mereka berempat merancang untuk berkahwin. Datuk Mega bimbang Datuk Sura akan mempengaruhi orang-orang kampung (nelayan) bangun menentang kezalimannya yang sering memeras ugut dan membuat ancaman.
Dengan bantuan anaknya (Datuk Gaya), Lantam dan Jampok, Datuk Mega memaksa Datuk Sura pindah kerana rumah yang didudukinya itu adalah di atas tanah kepunyaannya. Datuk Sura diberi tempuh 30 hari untuk pindah atau pun membayar 500 ringgit.
Bersimpati dengan kesusahan yang ditanggung Datuk Sura, orang-orang kampung yang diketuai Darma telah bersatu hati membuat hasil kerja tangan seperti tikar, tudung saji, bakul dan sebagainya untuk dijual ke Tasik.
Apabila siap semua barang-barang tersebut Darma sendiri menawarkan diri untuk ke Tasik menjualkannya. Sebelum pergi, Kesuma berpesan apabila kembali nanti membawa selendang merah untuknya. Darma berjanji.
Ketika Darma tidak ada di kampung: Datuk Gaya terus membuat angkara mengganggu keharmonian kampung. Dia tertarik dengan Kesuma dan cuba memikatnya.
Suatu malam di majlis keramaian selepas menonton tari-tarian dan wayang kulit dengan bantuan Lantam, Datuk Gaya cuba mengganggu Kesuma tetapi dia telepas. Malangnya Lela pula menjadi mangsa. Dia di perkosa Datuk Gaya.
Atas desakan Manja, Lela memberitahu perkara sebenar dan ini menyebabkan Manja naik berang dan dia pergi menemui Datuk Gaya untuk bertindak pembalasan, membunuh Datuk Gaya. Bagaimanapun, Manja pula terkorban dan mayatnya dibuang ke laut.
Keadaan kampung semakin kelam kabut apabila Datuk Mega menuduh (tuduhan palsu) Datuk Sura mengadakan perjumpaan sulit untuk mempengaruhi orang-orang kampung menentangnya. Padahal perjumpaan tersebut untuk membincangkan kehilangan Manja.
Datuk Sura di hukum rotan 44 kali, dan ketika hukuman dijalan Kesuma yang cuba menghalang terjatuh dan tercucuk dengan benda tajam lalu meninggal dunia.
Semasa hukuman sedang di jalankan, orang-orang kampung yang menyebelahi Datuk Sura yang dipimpin oleh Amir datang membantu.
Dalam perkelahian itu, Datuk Mega dan Lantam mati terbunuh manakala Datuk Gaya dan Jampok berjaya melarikan diri bersembunyi di sebuah gua.
Ketika Darma pulang ke kampung: Apabila sampai dari Tasik setelah selesai menjual barang dagangan, Darma mendapati di rumah Kesuma ada berlaku kematian. Mandi mayat baru saja selesai. Dalam keraguan, Darma pergi ke kubur dan sampai di sana barulah dia sedar yang meninggal dunia adalah tunangnya, Kesuma.
Apabila mendapat tahu Datuk Gaya bertanggungjawab, Darma pergi ke gua tempat Datuk Gaya menyembunyikan diri untuk membuat perhitungan. Pergaduhan sengit berlaku yang mana akhirnya Datuk Gaya terbunuh dan Darma cedera parah terkena tikaman.
Darma, dalam kesakitan pergi semula ke kubur membawa selendang putih (Kesuma berpesan selendang merah) untuk diletakkan di atas pusara Kesuma.
Katanya: "Kau berpesan selendang merah. Tetapi aku hanya dapat membawa selendang putih. Tetapi ia telah ku merahi dengan darahku sendiri. Darah pembalasan untuk kau."
ULASAN FK___
Ceritanya baik walaupun temanya sudah banyak kali dijadikan filem. Dialognya juga berkesan dan pujian harus diberikan kepada A.R. Tompel yang menulis cerita dan menyusun dialognya.
Kisah kekejaman dan penganyaiaan dilakukan ketua kampung bersama anak dan pengikut-pengikutnya terhadap orang-orang kampung mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatan jahat mereka.
Filem ini berakhir dengan trajidi apabila heroinenya (Kesuma) mati terbunuh dan Manja juga demikian kerana ingin membalas dendam terhadap Datuk Gaya yang telah memperkosa Lela yang bakal dikahwininya.
Yang tinggal hidup hanya Lela. Darma pula menjadi tandatanya. Terserah kepada penonton menentukan samada dia hidup atau pun mati.
Saya pernah bertanyakan L. Krishnan mengenai perkara tersebut. Tetapi tiada jawapan pasti darinya. Dia hanya tersenyum saja.
Kekuatan filem ini juga bergantung kepada teknik fotografinya yang dihasilkan oleh Han Kai Jan. Mungkin dia (pernah bertugas dengan Cathay Keris Film) telah mendapat didikan dari pakar fotografi British, Laurie Friedman.
Ini kerana (kalau diteliti baik-baik) teknik fotografi filem ini seakan-akan sama dengan "Mutiara Dari Malaya" yang digambar dan diarahkan oleh Laurie Friedman.
Tidak heranlah L. Krishnan memberitahu saya, filem ini adalah salah satu filem arahannya yang sangat disukainya.
Lakonan pelakon-pelakonnya boleh dikatakan memuaskan terutama Salmah Ahmad, Abdullah Chik, Mustapha Maarof dan Yusof Banjar.
Paling berjaya (membuat penonton-penonton benci) lakonan Mahmud June sebagai orang jahat (crook).
Kasma Booty (dengan tangisannya) boleh dianggap sederhana saja.
Filem ini sama baiknya dengan filem-filem keluaran MFP dan juga Cathay Keris tetapi oleh kerana brandnya Studio Merdeka yang baru hendak bertapak di Kuala Lumpur, sambutannya (pada masa itu, 1962) tidak begitu memuaskan malah gagal di box office.
Pada keseluruhannya, filem ini pada saya baik dan tidak mengecewakan.
LAGU___
Musik dan lagu paling mengecewakan. Musik mengiringi credit title mengingatkan saya filem P. Ramlee, "Madu Tiga", dan boleh dikatakan semua lagu tidak membantu menguatkan lagi filem ini.
Kalau ada pun yang menarik cuma satu, "Selendang Merah", yang digubah semula dari lagu "Patah Hati" yang dinyanyikan (dalam filem) oleh Salmah Ahmad.
Kerana credit title banyak yang terputus, nama penyanyi dan mencipta lagu tidak dapat dikesan.
(sumber: radzy27)
FAKTA___
* Filem ini mula ditayangkan (tayangan tengahmalam) di Rex Singapura, Capitol Kuala Lumpur dan Rex Johor Bahru pada 2 Jun 1962.
* Filem keempat keluaran Studio Merdeka Kuala Lumpur selepas "Tun Tijah", "Abu Nawas" dan "Keris Sempena Riau".
* Filem kedua Abdullah Chik, Kasma Booty, Salmah Ahmad dan Mustapha Maarof berlakon bersama selepas "Keris Sempena Riau".
* Filem ketiga arahan L. Krishnan di Studio Merdeka selepas "Tun Tijah" dan "Keris Sempena Riau".
* Kali ketiga A.R. Tompel menjadi Penolong Pengarah kepada L. Krishnan selepas "Takdir Illahi" dan "Tun Tijah".
* Kebanyakan penggambaran dilakukan di Tanjung Bidara, Melaka.
* Filem pertama Mahmud June di Studio Merdeka dan juga filem pertama berlakon dibawah arahan L. Krishnan di studio tersebut.
* Selepas filem ini L. Krishnan dijangka mengarahkan filem "Embon Menitik" tetapi berubah kepada "Ratapan Ibu" yang juga dibintangi Kasma Booty, Abdullah Chik dan Mustapha Maarof. Tidak pula dapat dikesan "Embun Menitik" itu tajuk asal "Ratapan Ibu".
* Peranan Abdullah Chik sebagai Darma dan Salmah Ahmad sebagai Kesuma. Pada tahun 1971 S. Kadarisman mengarahkan filem bertajuk "Darma Kesuma" yang dibintangi S. Rosley dan Dayang Sulu.
* Peranan Kasma Booty sebagai Lela dan Mustapha Maarof sebagai Manja. Pada tahun 1960 Jamil Sulong telah mengarahkan filem bertajuk "Lela Manja" yang dibintangi Ahmad Mahmud, Zaiton dan Aziz Jaafar.
* Terdapat dua filem menggunakan "Selendang" sebagai tajuk. Selain filem ini "Selendang Delima".
* Dalam filem ini Hussein Abu Hassan menggunakan nama Husny Hassan.
* Ho Ah Loke turut bertungkus lumus menjayakan filem ini.
* Hanya 5 filem Abdullah Chik dan Salmah Ahmad berlakon bersama. 4 lagi "Jula Juli Bintang Tiga' (1959), "Yatim Mustapha" (1961), "Tun Tijah" (1961) dan "Keris Sempena Riau" (1961).
* Salmah Ahmad (Kesuma) meninggal dunia, Kasma Booty (Lela) masih hidup. Realitinya Kasmah Booty meninggal dunia, Salmah Ahmad masih hidup.
* Merah seringkali digunakan sebagai tajuk filem. Selain filem ini "Bawang Puteh Bawang Merah" (1959), "Mas Merah" (1961) dan "Chuchu Datok Merah" (1963).
DIALOG PILIHAN___
"Bagiku kecantikan hanya hiasan kulit saja. Yang perlu ialah cinta murni. Cinta takkan luntur hanyalah kau, Kesuma." - Darma (Abdullah Chik).

No comments:
Post a Comment