"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Monday, April 4, 2011


CHARITO SOLIS

SEDIA BERBOGEL JIKA BENAR-BENAR DIPERLUKAN
Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


>>># UPDATE: 5 FEBRUARI 2016<<<



(6 Oktober 1935 - 9 Januari 1998)


Charito Solis dan Jamie de la Rosa dalam filem pertamanya, "Nina Bonita" (1955).


Bahagian pertama filem "Nina Bonita" yang diarahkan oleh F.H.Constantino.
(sumber: Ganito Silas Noon)







Ric Rodrigo hero "Igorota"










Charito Solis ("Igorota") dan Eddie Garcia ("De Colores") menerima anugerah pelakon wanita dan lelaki terbaik.



Charito Solis berpakaian seksi di Festival Filem ASEAN 1973 di Kuala Lumpur.



Charito Solis begitu seksi dengan pakaian bikininya.



Hussain Abu Hassan (kiri), Charito Solis, Virginia Aristorenas dan Jun Aristorenas



(sumber: Joey Cruz)


(sumber: Taavetti Adiel)


(sumber: Masanubo Rarisa)


(sumber: Odelex Wernner)

KEBERANIAN Charito Solis mendedahkan buah dadanya dalam filem "Igorota" telah menimbulkan kontroversi di Filipina pada 1968. Reaksi peminat-peminat filem pada mulanya menggemparkan tetapi mulai beransur kurang apabila mereka memahami nilai-nilai seni (artistik) yang diperjelaskan.

"Kalau saya disuruh melakukan adigan bogel dan seks dalam filem semata-mata bertujuan menimbulkan keberahian para penonton sudah pasti saya tolak," katanya ketika saya menemuinya di Festival Filem ASEAN Ke-3 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 1973.

Charito Solis menambah, cerita "Igorota" berlaku di perkampungan terpencil dan wanita-wanitanya sudah menjadi kelaziman ketika mandi seringkali berbogel.

"Dengan itu apakah kita memilemkan ceritanya harus bertentangan dengan adat istiadat budayanya, kata Charito Solis.

"Saya fikir tentu tidak. Kerana itu saya tidak keberatan berbogel sebab ceritanya memerlukan peranan saya berbogel. Itu pun tidak banyak hanya berapa adigan saja."

"Igorota" dibintangi Charito Solis, Ric Rodigro, Fred Galang, Chacupoy, Eddie Garcia dan Mario Montenegro.

Berlatarbelakangkan persekitaran gunung sawah padi bertingkat, Charito Solis memegang peranan puteri gunung jatuh cinta dengan pemuda bandar (Ric Rodigro).

Mereka kemudian berkahwin, dan Charito Solis dibawa Ric Rodrigro tinggal bersamanya.

Di bandar bukan syorga bagi Charito Solis di mana dia telah dicaci dan dihina oleh penduduknya dan keluarga suaminya sehingga dalam satu pertengkaran dengan wanita-wanita yang membencinya berlaku trajidi apabila anak kesayangannya meninggal dunia akibat terjatuh dari tangga.

Kaya dengan warisan budaya, pemandangan yang menakjubkan, berbidang luas dan warnawarni dengan perbelanjaan yang mahal.

Filem melodrama ini telah memenangi 8 anugerah FAMAS bukan saja dikenangi disebabkan Charito Solis memenangi anugerah pelakon wanita terbaik tetapi juga kerana keberaniannya berbogel dan mendedahkan buah dadanya.






THE CHARITO SOLIS-MAYOR ARSENIO LACSON SCANDAL

An article published in the FAMAS awards microsite discussed an issue that had hounded actress Charito Solis:

"In 1962, what could be considered as the biggest unfounded rumor of her career struck: She was having an affair with Manila mayor Arsenio Lacson."

Lacson served as Manila mayor from 1952 until the year he died. On April 15, 1962, Lacson died [of a heart attack] in his hotel suite.

Rumor mills churned out that he was actually with actress Charito Solis and that he had the heart attack while they were in bed. The story was never verified.

Source: Spot.Ph (November 2, 2013)

CHARITO SOLIS, DEAD AT 62

Calamba, Laguna, Jan. 11, 1998 - Charito Solis, one of the greatest stars of Philippine cinema died last night of a heart attack in the Laguna Hot Springs.

Reports said that Solis was in Laguna to be baptized as a born-again Christian. She was in her room at the resort when she complained of chest pains. She was declared dead shortly before midnight at the Calamba Medical Center.

Miss Solis, born Rosanna Violeta Hernandez Solis, began her career in the early 1950s at LVN Studios, starring in her first movie "Nina Bonita" opposite Jaime de la Rosa in 1955.

She was the first Filipina to win an international acting award, for the movie "Dahil sa Isang Bulaklak" (Because Of Flower).

By Sol Jose Vanzi, PHNOnline.



Memenangi Anugerah

Selain anugerah untuk Charito Solis, 7 lagi ialah filem terbaik, pelakon pembantu terbaik (Fred Galang), pengarah terbaik (Cirio H. Santiago), penyunting filem terbaik (Elsa Abutal), penyunting suara terbaik (Juanito Clemente), musik terbaik (Tito Arevalo) dan sinematografi warna terbaik (Loreto Isleta).

Charito Solis memenangi anugerah pelakon wanita terbaik FAMAS lima kali, 4 lagi "Kundima ng Lahi" (1959), "Emily" (1960), "Angustia" (1963) dan "Don't Cry for Me, Papa" (1983)

Keberanian Charito Solis berbogel dalam "Igorota" memeranjatkan ramai pihak kerana dia bukanlah sebarang aktris di Filipina.

Popularitinya sama taraf dengan aktris kita seperti Kasma Booty, Rosnani, Normadiah, Sa'adiah, Latifah Omar, Maria Menado dan Sarimah.

Charito Solis menegaskan, jika diperlukan dan bersesuaian apa salahnya berbogel dalam filem. "Jangan tidak perlu diperlukan dan tidak digambarkan secara melampau dan lucah, cukuplah."

"Dalam filem tersebut ceritanya memerlukan saya berbogel. Wanita desa jauh di perdalaman Filipina tidak salah bermandi bogel, itu satu kelaziman.

"Di bandar wanita-wanitanya mencabar menyuruh memperlihatkan keindahan tubuh badan saya, terpaksalah saya melakukannya.

"Jika tidak mahu melakukannya jangan terima berlakon, itu saja."

Satu perkara yang agak menarik semasa menemuiramahnya kira-kira 37 tahu berlalu kenyataannya, "seorang atris filem tidak boleh menjadi isteri yang baik."

Sebab itu, ketika datang ke Kuala Lumpur Charito Solis belum berumahtangga.

Ternyata kesanggupan Charito Solis berbogel bukan dalam filem saja tetapi juga diperlihatkannya selama berlangsung Festival Filem ASEAN Ke-3 itu.

Charito Solis seringkali berpakaian seksi, ada satu baju yang dipakainya (di majlis makan malam di Hotel Hilton) hampir-hampir menampakkan keseluruhan buah dadanya.

Hanya tidak berlaku, terdedah seperti dalam "Igorota".

Charito Solis meninggal dunia pada 9 Januari 1998 ketika berusia 62 tahun.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.









2 comments:

  1. Hebat juga pelakun filem Charito Solis ni ya.
    Berani berbogel dalam "Igorota", sedangkan dia bukan calang-calang selebriti filem di Filipina.

    Ananda, Putrajaya, WP.

    ReplyDelete
  2. Baru jumpa blog FK ini.
    Dahsyat ya, Charito Solis
    boleh buka baju dan tunjukkan
    dua buah dadanya...
    - Ahsan, KK, Sbah.

    ReplyDelete