Tribute... Bahyah Mahmood (30/10/1941-20/6/2017) "Jasa Dan Baktimu Tetap Di Kenang." (Update: 22/6/2017)

(sumber: beritanasionalrtm * mustafar a.r.) kliks di sini kalau nak tau mengenai bahyah mahmood

Sunday, January 27, 2013


SKRIP2SKRIN (JANUARI 2013)

Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop





ULASAN SETULUS HATI
OLEH MUSTAFAR A.R.



Keluaran pertama majalah Skrip2Skrin, Januari 2013

Anwardi Jamil, Managing Editor Skrip2Skrin

SETELAH membaca dan meneliti Skrip2Skrin apa yang dapat saya simpulkan ialah, keberanian Anwardi Jamil menerbitkan majalah semi-akademik yang kandungannya agak sukar mendapat tarikan 'ramai' pembaca.

Sesuailah dengan motonya yang tercatat di bawah Editor's Note: Bukan majalah hiburan, bukan majalah gosip, tapi majalah industri.

Ditambah disebelahnya: Inilah majalah Skrip2Skrin, majalah industri perfileman, penyiaran dan pengisian kreatif, yang pertama.

Sebagai Managing Editor yang bertanggungjawab terhadap keseluruhan penerbitan Skrip2Skrin, tentulah Anwardi mempunyai visinya yang tersendiri, tidak sekadar mencari keuntungan ringgit semata-mata.

Pada hemat saya, hanya orang yang berjiwa filem dan hidup matinya dalam filem saja, yang sanggup menerbitkan majalah menyerupai Skrip2Skrin ini, yang belum tentu mendapat sambutan apatah lagi keuntungan yang lumayan.

Walaupun apa sebabnya, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Anwardi di atas keberaniannya itu dengan mengemukakan majalah yang begitu menarik termasuk hasil percetakan, kualiti kertas dan rekabentuknya, cuma letak ayat (huruf) ada sedikit dirasakan tidak kemas.

PAST LEGENDS

Sebelum saya mengulas lebih lanjut mengenai kandungannya, elok juga diperturunkan catatan Anwardi yang terdapat dalam Editor's Note di muka 5.

Saya pilih hanya tiga perenggan yang pertama saja.

This magazine is not the voice of Finas, nor is it the voice of the Ministry of Information, Communication and Culture. It is the voice of film, TV and creative content industry.

It is platform for the denizens of the industry to discuss, exchange and gain knowledge, to debate and offer solution, to understand the dynamic technology that governs us and our creations, to intimate with the past legends and today's players, from the gaffer, to editor and to the cinematografer to the director.

Everyone here gets their five minutes of fame, it is a magazine created by people in the industry and for the industry and for those who have no inkling of what the industry is.










Dalam keluaran sulongnya (Januari 2013), Skrip2Skrin menghidangkan beberapa artikel yang boleh dikatakan menarik juga.

Fokus utama yang diberikannya ialah, filem "Psiko" bertajuk "Psiko Pencuri Hati" yang turut dijadikan hiasan kulit (cover) dan cover story.

Disamping adanya ulasan dan sinopsis, ia juga menyelitkan temubual Pengarah Ekserkutifnya, Khairul Anuar Latip.

Sedikit sedutan: For Psiko, filem pertama Filmmecca, kita menggunakan dana sendiri atau pun internal funding. Dana yang kita ada bukanlah besar sangat tetapi memang terhad dan kami telah bajetkan filem pertama kami sekitar sejuta hingga ke peringkat master print dan 40 print salinan.

Kalau dibandingkan, penerbitan rancangan untuk televisyen agak 'kurang risiko' dan tidak memerlukan dana tinggi sperti pembikinan filem, tetapi ianya memakan masa yang panjang dan akhirnya juga kurang menarik dan tidak berbaloi.


Sedutan Goodbye 2012, Hello 2013, antara lain Anwardi menulis: If you are reading this, it means the Mayan prophecy of the world ending on 21st December 2012 was just a hoax. A great sign of relief. So, since the world didn't end on that date, what did?

Well for sure we could say that the world ended for a lot of local film producers last year. A record 73 titles were released and screened locally and of this number, only a handful saw profitable returns.


Egar's Location Diaries, catatan Egar Ong: Many international feature productions arrive on Malaysian shores for one reason and another - and usually by the time they land here, it's almost a certainly that they will find all of the locations the were looking for - be it jungle, rivers, padi fields, rugged mountains terrain, cityscape or countryside.

The Wonderful Movie Lobby Card, kita bernostalgia dengan gambar-gambar filem, apa yang dipanggil 'movie lobby card', yang sering terpampang di panggung wayang di mana filem-filem tersebut ditayangkan, tetapi kini cara begitu sudah berkurangan.

Hanya dua saja yang diiktiraf sebagai klasik - "Musang Berjanggut" dan "Bumiputra", yang lain bolehlah dianggap masih filem baru - "Mawar Merah", "Sumpahan Mahsuri" dan "Ujang"

Malaysian Cinema in the New Millennium, Hassan Mutalib antara lain menulis: The new Millennium also saw mainstream films that began to be made in a multitude of languages which, for the first time, truly reflected the multiethnic nature of the country. All this factors together also brought about another phenomena - that of film scholarship.

Cinema specialist as well as sociologists, anthropologists and culture studies scholars from all over the world began to look at the films to analyse and write about how these filmmakers viewed their soceity with its problems and frustrations. All these were being articulated subtly through the coventions of cinema.


FUNGSI FINAS

Kenali Finas Sayangi Filem Malaysia, ada lapan soalan dan lapan jawapan mengenai fungsi Finas. Salah satu soalannya: Adakah Finas ada menyediakan perkhidmatan sewaan kemudahan dan peralatan perfileman.

Lain-lain artikel yang menarik dan menambah ilmu jika dibaca;

Re-inventing David Arumugam.
* Mengenai Mamat Khalid dapat melihat kebolehan penyanyi Alleycats, David Arumugam, berlakon filem, lalu mempelawanya membintangi "Estet".

Johor Dijangka Menjadi Pusat Perfileman Negara Baru?
* Projek studio ini, yang diketuai oleh Micheal Lake, kini sedang dalam pembinaan di atas tapak zon ekonomi Iskandar di negeri Johor dengan keluasan 80 ekar dan prasarana yang akan disediakan termasuk studio tatabunyi (sound stage) serta studio terbuka (backlot) seluas 10 ekar.

Sergeant Hassan (1958).
* Ulasan filem P. Ramlee ini petikan dari buku Amir Muhammad "101 Malay Movies". Tetapi timbul persoalan, adakah Amir menulis dua buku - satu, "101 Malay Movies" dan satu lagi, "120 Malay Movies". Yang saya tahu, hanya satu, "120 Malay Movies".
Saya begitu sensetif dengan ejaan tajuk filem. "Anak-Ku Sazali" bukannya "Anakku Sazali" dan "Mata Hari" bukannya "Matahari", mengikut catatan di credit title. Ertinya, fakta.

Kuala Lumpur to Host Mega Communications & Creative Content Mart in March.
* Artikel mengenai KLCCIM yang bakal dianjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada 26 hingga 29 Mac 2013.

Skrip2Skrin dibuat dalam dwibahasa (bilingual) - Melayu dan Inggeris, tetapi setiap artikelnya berdiri sendiri, tidak diterjemahkan.

Pada keseluruhannya, kalau konsep sebegini dipegang oleh Anwardi dan sensetif pula tentang fakta yang tepat dan betul, Skrip2Skrin patut dilanggani oleh semua perpustakaan seluruh Malaysia serta juga Singapura dan Brunei.

Ini kerana, ia sangat sesuai dan bermanfaat dijadikan rujukan terutama mengenai filem.

Yang paling penting, Finas misti support - "support your local magazine" - bagi mempastikan majalah ini tidak terkandas di tengah jalan.

Skrip2Skrin boleh didapati di kedai-kedai buku termasuk Popular, MPH dan Times.


Psiko Pencuri Hati, muka 6

Goodbye 2012, Hello 2013, muka 10

Edgar's Location Diaries, muka 20

The Wonderful Movie Lobby Card, muka 34

Malaysian Cinema in the New Millenium, muka 38

Kenali Finas Sayangi Filem Malaysia, muka 58


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.









ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-6
tokyo menangi lapan anugerah


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-24
manila menangi anugerah filem terbaik


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-25
taipei menangi lapan anugerah


AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

NOSTALGIA FILEM MELAYU KLASIK
maklumatnya tepat atau mengelirukan

ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar

CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

THE LONG HOUSE (1957)
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya


PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan



FILEM-FILEM BARU DI PANGGUNG WAYANG___

























KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.








Thursday, January 24, 2013


RAKAMAN LAGU TERAKHIR P. RAMLEE

Teks: Syed Hashim Ahmad
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



Piringhitam (EP) "Mengapa Abang Merajuk" nyanyian Mimiloma merupakan rakaman terakhir P. Ramlee sebelum meninggal dunia pada 29Mei1973.

Mimiloma semasa membuat rakaman di King's Studio.




Empat wajah P. Ramlee (jurugambar: Mokhtar Harun) ketika meneliti rakaman piringhitam Mimiloma "Mengapa Abang Merajuk" pada 27 April 1973.









Oleh SYED HASHIM AHMAD
Artikel Ini Telah
Di Siarkan Oleh URTV
Keluaran 15 Jun 1973



P.RAMLEE dicintai peminatnya. Oleh kerana jiwanya begitu dekat dengan hati peminatnya dan juga kerana hidupnya adalah untuk menghiburkan hati peminatnya, maka hubungan jiwanya dengan jiwa peminatnya disalurkan menerusi lagu-lagu nyanyian dan ciptaannya.

Piringhitam (EP) terbaru Mimiloma "Mengapa Abang Merajuk" adalah rakaman piringhitamnya yang terakhir dikendalikan oleh P. Ramlee di mana boleh dikatakan lebih separuh daripada masa dihabiskannya dalam studio sejak 25 tahun berkecimpung dalam lapangan filem dan musik.

Sejak berdendang dalam dunia seni P. Ramlee lebih mementingkan mutu. Itulah sebabnya pada 27April1973 di King's Studio (tempat rakamannya yang terakhir) beliau begitu khusuk meneliti dabing suara Mimiloma.

Penelitiannya begitu tajam dan P. Ramlee dapat mengesan setiap kesalahan yang dilakukan oleh Mimiloma itu, dan kemudian disuruhnya berlatih berulang-ulang kali sampai hafal atau hingga dirinya sendiri merasa puashati.

Usahanya untuk rakaman Mimiloma itu, begitu serius, sungguh cermat dan berhati-hati sekali, seolah-olah P. Ramlee sudah tahu bahawa itulah usahanya yang penghabisan merakamkan lagu-lagunya ke piringhitam untuk dipersembahkan kepada peminatnya.

Bila tiap-tiap sebuah lagu itu selesai, dan terlaksana sebagaimana yang dikehendaklinya, barulah P. Ramlee kelihatan tersenyum, berbual-bual dan berjenaka semula.

Empat lagu ciptaan P. Ramlee yang didendangkan oleh Mimiloma (adik Saloma dan juga iparnya) ialah "Mengapa Abang Merajuk", "Indahnya Sang Suria", "Di Bawah Rumpun Bambu" dan "Bulan Jatuh Ke Riba".

Mimiloma diiringi oleh kumpulan musik "P. Ramlee and the Rythm Makers", lirik-liriknya pula ditulis oleh Kamaruzaman, guru sekolah anaknya, Sazali, dan juga ahli pancaragam Ben Puteh.

MEMBERI PERTOLONGAN

Sementara itu, Pengurus Syarikat Great Union Organization (GUO) yang mengeluarkan piringhitam Mimiloma itu, Foo Jock Kuang menyatakan, kematian P. Ramlee merupakan satu kerugian besar kepada syarikatnya.

Ini kerana selama ini, P. Ramlee yang banyak memberi pertolongan kepada GUO untuk menyelenggarakan beberapa rakaman piringhitam.

"P. Ramlee telah berjanji untuk membantu saya mencari penyanyi-penyanyi bakat baru dan menghasilkan piringhitam yang bermutu", ujar Foo Jock Kuang.

Katanya lagi, P. Ramlee telah banyak memberi sumbangan kepada GUO dan dengan itu, sebagai membalas jasa-jasanya itu, beliau bersetuju untuk mengepikan sebanyak 10% dari hasil jualan EP "Mengapa Abang Merajuk" yang mana hasilnya nanti akan diserahkan kepada balunya, Saloma.

Menurut Ramli Ismail yang begitu rapat dengan P. Ramlee, lagu-lagu ciptaannya itu dan nyanyian Mimiloma pernah dihantarkannya kepada EMI tetapi ditolak.

Pada mulanya Saloma diminta oleh P. Ramlee menyanyikannya, juga ditolak Saloma dengan alasan GUO adalah sebuah syarikat piringhitam kecil, tidak seperti EMI.

Kerana pengedaran piringhitam tersebut sesudah P. Ramlee meninggal dunia, ia mendapat sambutan hangat dan lagu yang paling popular ialah "Di Bawah Rumpun Bambu" dan diikuti "Mengapa Abang Merajuk".

Sebelum menerbitkan piringhitam Mimiloma itu, P. Ramlee juga penerbit piringhitam Suhaily Shamsudin, "Surat Cinta".

Empat lagu terkandung dalam EP tersebut - "Surat Cinta", "Bisikkanlah Hasrat Hatimu", "Bulan Suram Di Akhir Malam" (ciptaan Ibrahim Bachik) dan "Rembang Petang".

# Artikel ini telah disunting oleh Zaini Yusop mengikut ejaan dan keadaan semasa.



Mengapa Abang Merajuk
(Sumber: ujang1726)



Di Bawah Rumpun Bambu
(Sumber: OldToad63)



# Update akan dilakukan dari masa ke masa.









ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-6
tokyo menangi lapan anugerah


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-24
manila menangi anugerah filem terbaik


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-25
taipei menangi lapan anugerah


AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

NOSTALGIA FILEM MELAYU KLASIK
maklumatnya tepat atau mengelirukan

ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar

CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

THE LONG HOUSE (1957)
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya


PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan




KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.