"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Thursday, January 24, 2013


RAKAMAN LAGU TERAKHIR P. RAMLEE

Teks: Syed Hashim Ahmad
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



Piringhitam (EP) "Mengapa Abang Merajuk" nyanyian Mimiloma merupakan rakaman terakhir P. Ramlee sebelum meninggal dunia pada 29Mei1973.

Mimiloma semasa membuat rakaman di King's Studio.




Empat wajah P. Ramlee (jurugambar: Mokhtar Harun) ketika meneliti rakaman piringhitam Mimiloma "Mengapa Abang Merajuk" pada 27 April 1973.









Oleh SYED HASHIM AHMAD
Artikel Ini Telah
Di Siarkan Oleh URTV
Keluaran 15 Jun 1973



P.RAMLEE dicintai peminatnya. Oleh kerana jiwanya begitu dekat dengan hati peminatnya dan juga kerana hidupnya adalah untuk menghiburkan hati peminatnya, maka hubungan jiwanya dengan jiwa peminatnya disalurkan menerusi lagu-lagu nyanyian dan ciptaannya.

Piringhitam (EP) terbaru Mimiloma "Mengapa Abang Merajuk" adalah rakaman piringhitamnya yang terakhir dikendalikan oleh P. Ramlee di mana boleh dikatakan lebih separuh daripada masa dihabiskannya dalam studio sejak 25 tahun berkecimpung dalam lapangan filem dan musik.

Sejak berdendang dalam dunia seni P. Ramlee lebih mementingkan mutu. Itulah sebabnya pada 27April1973 di King's Studio (tempat rakamannya yang terakhir) beliau begitu khusuk meneliti dabing suara Mimiloma.

Penelitiannya begitu tajam dan P. Ramlee dapat mengesan setiap kesalahan yang dilakukan oleh Mimiloma itu, dan kemudian disuruhnya berlatih berulang-ulang kali sampai hafal atau hingga dirinya sendiri merasa puashati.

Usahanya untuk rakaman Mimiloma itu, begitu serius, sungguh cermat dan berhati-hati sekali, seolah-olah P. Ramlee sudah tahu bahawa itulah usahanya yang penghabisan merakamkan lagu-lagunya ke piringhitam untuk dipersembahkan kepada peminatnya.

Bila tiap-tiap sebuah lagu itu selesai, dan terlaksana sebagaimana yang dikehendaklinya, barulah P. Ramlee kelihatan tersenyum, berbual-bual dan berjenaka semula.

Empat lagu ciptaan P. Ramlee yang didendangkan oleh Mimiloma (adik Saloma dan juga iparnya) ialah "Mengapa Abang Merajuk", "Indahnya Sang Suria", "Di Bawah Rumpun Bambu" dan "Bulan Jatuh Ke Riba".

Mimiloma diiringi oleh kumpulan musik "P. Ramlee and the Rythm Makers", lirik-liriknya pula ditulis oleh Kamaruzaman, guru sekolah anaknya, Sazali, dan juga ahli pancaragam Ben Puteh.

MEMBERI PERTOLONGAN

Sementara itu, Pengurus Syarikat Great Union Organization (GUO) yang mengeluarkan piringhitam Mimiloma itu, Foo Jock Kuang menyatakan, kematian P. Ramlee merupakan satu kerugian besar kepada syarikatnya.

Ini kerana selama ini, P. Ramlee yang banyak memberi pertolongan kepada GUO untuk menyelenggarakan beberapa rakaman piringhitam.

"P. Ramlee telah berjanji untuk membantu saya mencari penyanyi-penyanyi bakat baru dan menghasilkan piringhitam yang bermutu", ujar Foo Jock Kuang.

Katanya lagi, P. Ramlee telah banyak memberi sumbangan kepada GUO dan dengan itu, sebagai membalas jasa-jasanya itu, beliau bersetuju untuk mengepikan sebanyak 10% dari hasil jualan EP "Mengapa Abang Merajuk" yang mana hasilnya nanti akan diserahkan kepada balunya, Saloma.

Menurut Ramli Ismail yang begitu rapat dengan P. Ramlee, lagu-lagu ciptaannya itu dan nyanyian Mimiloma pernah dihantarkannya kepada EMI tetapi ditolak.

Pada mulanya Saloma diminta oleh P. Ramlee menyanyikannya, juga ditolak Saloma dengan alasan GUO adalah sebuah syarikat piringhitam kecil, tidak seperti EMI.

Kerana pengedaran piringhitam tersebut sesudah P. Ramlee meninggal dunia, ia mendapat sambutan hangat dan lagu yang paling popular ialah "Di Bawah Rumpun Bambu" dan diikuti "Mengapa Abang Merajuk".

Sebelum menerbitkan piringhitam Mimiloma itu, P. Ramlee juga penerbit piringhitam Suhaily Shamsudin, "Surat Cinta".

Empat lagu terkandung dalam EP tersebut - "Surat Cinta", "Bisikkanlah Hasrat Hatimu", "Bulan Suram Di Akhir Malam" (ciptaan Ibrahim Bachik) dan "Rembang Petang".

# Artikel ini telah disunting oleh Zaini Yusop mengikut ejaan dan keadaan semasa.



Mengapa Abang Merajuk
(Sumber: ujang1726)



Di Bawah Rumpun Bambu
(Sumber: OldToad63)



# Update akan dilakukan dari masa ke masa.









ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-6
tokyo menangi lapan anugerah


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-24
manila menangi anugerah filem terbaik


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-25
taipei menangi lapan anugerah


AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

NOSTALGIA FILEM MELAYU KLASIK
maklumatnya tepat atau mengelirukan

ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar

CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

THE LONG HOUSE (1957)
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya


PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan




KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




6 comments:

  1. Bagaimana pula dengan lagu popular "Epok-Epok" nyanyian Mimiloma? Adakah ia antara lagu-lagu yang termasuk dalam album terakhir ciptaan P.Ramlee keluaran syarikat GUO?
    Puan Mimiloma memang berbakat macam saudara kandungnya yang lain. Dia boleh bernyanyi dan juga berlakon ("Ahmad Albab"). Sayangnya, populariti Mimiloma tidak menyerlah sehebat kakak-kakaknya Saloma & Mariana. Masyarakat Melayu di Singapura tentu ingat dengan nama JASMANIAH ISMAIL yang aktif pada tahun 1970'an. Jasmaniah sering muncul di kaca TV republik ini dulu kerana menyanyi & berlakon dalam banyak drama. Benarkah Jasmaniah adalah seorang lagi adik perempuan dalam keluarga ini (sebapa tetapi lain ibu)?
    - NONAMA

    ReplyDelete
  2. Maaf - Mariani bukan Mariana
    - NONAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepanjang yang saya ketahui,
      jasmaniah ismail lebih terkenal
      sebagai penyanyi kelab malam,
      pelakon drama pentas dan drama tv.
      dia juga pernah memenangi gelaran
      pelakon terbaik kerana peranannya
      sebagai tanjung dalam drama pentas
      "si bongkok tanjung Ppteri".
      samada jsmaniah ismail bersaudara
      dengan saloma, mariani dan mimiloma,
      satu kajiselidik perlu dibuat.
      setakat ini saya tidak berani kata
      ya atau tidak, sebab kurang pasti.

      Delete
  3. Mengikut catatan pada piring hitam Mimiloma (Gunung Tahan GT 1015) penulis lirik bagi 4 lagu yang dirakamkan itu ialah Salleh Ghani (bukan Kamaruzaman seperti dalam artikel di atas).

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sdra yudhie.
      teruskan memberi fakta yang tepat.
      apa yang tercatat dalam artikel,
      ialah kamaruzaman dan mungkin juga
      nama samaran salleh ghani.
      apapun, jika sdra yudhie telah
      memperlihatkan bukti, betullah tu.

      Delete
  4. Salam saudara, lagu terakhir nyanyian P Ramlee lagu apa ya?

    ReplyDelete