"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Sunday, March 30, 2014


SALOMA (1934-1983)

Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto: Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang & dihargai

# LIHATLAH DAN BACALAH___
* YUSOF LATIFF pelukannya dalam "chemburu" dikritik hebat
* SALMAH AHMAD kejelitaannya terletak didagu, ya tak?
* DEWI MURNI kisah zaman silam yang menghiburkan
* MUTIARA DARI MALAYA teknik fotografinya sangat menarik
* LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING akhirnya, kita berpisah juga
* SHANE filem koboi yang paling saya sukai
* RASHOMON filem akira kurosawa yang sukar ditandingi
* TIGA DARA masih enak ditonton hingga kini
* 12+1 RAFEAH BUANG "kalau rindu" menduduki tempat teratas
* 12+1 SUDIRMAN "salam terakhir" berada ditempat teratas
* PERMINTAAN TERAKHIR ciplakan filem hong kong, "susanna"
* CINTA DAN LAGU satu-satunya filem musikal wujud di malaysia










"IMPIAN SAYA MENYANYI DI LUAR NEGARA, SEJAUH AMERIKA DAN EROPAH. SELAGI IMPIAN SAYA BELUM TERCAPAI,
SELAGI ITULAH SAYA TAKKAN BERHENTI MENYANYI"
- SALOMA (1959)

LIMA WAJAH JELITA SALOMA

Ulasan & Kritikan: MUSTAFAR A.R.
Foto: Petikan Buku "Saloma" Oleh AHMAD FAUZEE
Di Edit Di Semak & Di Susun: ZAINI YUSOP

SANGAT berat, melebihi 3 kilogram, sukar di bawa ke sana ke mari. Kalau mahu lihat dan baca, diperpustakaan atau dirumah. Tidak boleh dalam kereta jauh sekali tren atau bas.

Itulah konklusi yang saya perolehi setelah menatap dan menilai buku SALOMA karya Ahmad Fauzee Samad.

Ketika sedang membuat ulasan SALOMA ini pun, bukan main seksa saya dibuatnya. Tidak pernah, sepanjang saya mengkritik buku filem, sesusah ini, seperit ini.

Dalam "Dari Hati Nubariku" (muka 4), Ahmad Fauzee memberitahu, lahirnya SALOMA berikutan luahan Mariani yang begitu kecewa kerana adiknya, Biduan Negara Saloma, tiada siapa yang mahu mengabadikan sejarah hidupnya. Pada hal nama Saloma itu begitu besar dipersada seni tanahair.

Tepat sekali, hanya orang-orang macam Ahmad Fauzee dan beberapa kerat yang lain, begitu komited dan sanggup bersusah payah membukukan ketrampilan mereka yang begitu cemerlang dalam kariernya seperti Saloma.

Agensi kerajaan seperti Finas, Arkib Negara dan lain-lain yang berkenaan, nampaknya tidak peka, tidak ambil peduli, kalau buat pun ala kadar saja, banyak salah dari tidak salah, tidak menepati fakta.

Dalam menghasilkan SALOMA, kekurangan Ahmad Fauzee, satu saja, dia bukan penulis. Kerana itu, dari segi penulisan dan penceritaan tidak banyak membantu, apatah lagi mempersolidkannya.

Dipetiknya dari majalah atau akhbar, disunting sedikit sebanyak, terus dimuatkan (salin dan tampal), itu saja. Sekiranya, dia seorang penulis, tentu buku ini lebih bertenaga, lebih berkesan.

Kekuatan buku ini, pada gambar. Banyak dihiasai gambar Saloma, yang memulakan kerjaya seninya seawal 1950an hingga ke tahun 1959an, dan cantik sebab, dicetak dengan kertas tebal (licin) yang berkualiti tinggi.

Begitu pun juga, bukan semua gambar elok belaka. Gambar-gambar filem Saloma terutama Nusantara Film kurang memuaskan. Ini kerana, yang baik sukar diperolehi, sedangkan Ahmad Fauzee merasakan perlu diisi, supaya berbukti ada berfakta.

MEMBUAT RAKAMAN

Dengan memiliki SALOMA ini, banyak, terlalu banyak perkara tersembunyi mengenai peribadi diri Saloma, terdedah. Sebelumnya, mungkin ramai yang tidak tahu. Ini yang bagusnya.

Antaranya yang menarik;

* Siapa ibubapa dan ayah tiri Saloma? Ismail Osman, Umi Kalsom Mahban dan Mum Yusoff.

* Tidak ramai yang tahu, semasa perang dunia kedua, Saloma dan Mariani, pernah tinggal di Pontian, Johor, kemudian ke Tanjung Karang, Selangor, membantu ibubapanya menanam padi.

* Pertama kali Saloma menyanyi di radio (Radio Malaya, ketika itu), apabila Rokiah Hanafi (Rokiah Wanda) tidak dapat hadir membuat rakaman.

* Ketika usianya 16 tahun, Saloma sudah jatuh cinta dengan P.Ramlee, setelah menonton filem "Aloha" (1950). Hanya pada 1961, barulah dia berjaya memiliki P.Ramlee yang dianggapnya sebagai Sang Rajuna Hati.

* Filem pertama Saloma, "Pelangi", berlakon disamping Nona Asiah, Ismail Kassim, Eloni Hayat dan S. Naning.

* Pada bulan April, 1952, Saloma dan A.R. Tompel menggemparkan dunia seni tanahair dengan perkahwinan mereka, dan lima bulan kemudian, sekali lagi gempar, mereka bercerai.

* Lagu pertama Saloma dipiringhitamkan (21 Julai, 1954), "Pandang Kasih" ciptaan Rahmat Ali, kemudian disusuli "Jika Tak Berjumpa" berpadusuara dengan S.Hamid, penyanyi "Cenderawasih".

* Kelab malam pertama Saloma menyanyi, Starligh-Room di The Singapore Hotel yang terletak di antara Geylang Road dan Tanjong Katong Road.

* Filem pertama Saloma di Studio MFP Jalan Ampas, "Empat Isteri" (1955) yang merupakan filem arahan terakhir B.S. Rajhans dan turut dibintangi Daeng Idris, Normadiah, Latifah dan Mariani.

* Kenapa Saloma menggantikan Siput Serawak dalam "Adek-Ku" yang diarahkan oleh B.N. Rao? Tentu bersebab.

* Siapa sebenarnya, menukarkan nama Salmah Ismail ke Saloma? P.Ramlee atau A.R.Tompel?

* Tidak ramai yang tahu, Saloma nyaris-nyaris berkahwin dengan Kenneth Buchanan, hero filem "Long House" yang diarahkan oleh Phani Majumdar.

* Tidak ramai yang tahu, Saloma pernah bercinta dan hampir berkahwin dengan Mustapha Maarof.

Itu sebahagian kecil saja, sebenarnya banyak lagi.









Suatu hal yang perlu dibangkitkan, SALOMA banyak membuang 'space', sekadar dipenuhi dengan gambar kecil, berulangkali gambar dan quote, menyebabkan tebalnya melarat ke 524 mukasurat, berkesudahan kos cetakannya mahal, dan dijual pun terpaksa dimahalkan juga.

Begitupun juga, sungguhpun terdapat beberapa kelemahan, ia tetap menarik, sesuai dijadikan rujukan, faktanya pun boleh diyakini. Ahmad Fauzee telah membuat research dan kajian yang boleh dianggap perfect.

Ini disebabkan, terdapat banyak akhbar dan majalah lama berada dalam gegamannya, dalam simpannya, lebih memudahkan lagi dia membuat rujukan.

Filem-filem dan lagu-lagu Saloma, dikaitkannya dengan begitu baik sekali, termasuk memuatkan beberapa lirik lagu yang 'evergreen' seperti "Burung Pungguk" "Selamat Hari Raya" dan "Madah Pujangga".

Tidak keterlaluan kalau dikatakan, rugi, bagi mereka yang benar-benar meminati Saloma, tidak memiliki buku ini.

Tetapi, masih ada lagikah dalam pasaran?

Ahmad Fauzee, usahamu putut dipuji. I salut you...


PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN SALOMA DAN A.R. TOMPEL


"SEBELUM I BERUMAHTANGGA PADA UMUR 17 TAHUN, HATI I TELAH DIAMBIL OLEH SEORANG PEMUDA... DAN PEMUDA ITU SANGAT MENCINTAI I. TETAPI OLEH SEBAB KEADAAN, KAMI TIDAK DAPAT MEMENUHI CITA-CITA KAMI" - SALOMA (1961)


"SAYA KESIAN JUGA TENGOK KENNY BUCHANAN YANG DATANG KE RUMAH SAYA UNTUK MENGADU. DIA MENANGIS MACAM BUDAK-BUDAK. DIA MEMANG CINTAKAN SALOMA, TAPI APA YANG BOLEH SAYA BUAT" - MARIANI


TAJUK FILEM "TA' TERLERAI" TELAH DITUKAR KEPADA
"CHINTA MURNI" SEBELUM DILULUSKAN UNTUK TAYANGAN. DALAM FILEM INI SALOMA HANYA SEBAGAI PENYANYI KELAB MALAM, DAN INI JUGA FILEM KEEMPATNYA SELEPAS "PELANGI", "PERKAHWINAN RAHSIA" DAN "NORMA"


SALOMA GANTI SIPUT SERAWAK
PADA BULAN FEBRUARI 1956, SIPUT SERAWAK TELAH MENARIK DIRI BERLAKON DALAM FILEM "ADEK-KU". INI DILAKUKANNYA SELEPAS SELESAI BERLAKON DALAM KEBANYAKAN BABAK ATAU SCENE DALAM FILEM TERSEBUT. SETAKAT INI BELUM ADA LAPURAN YANG SAHIH TENTANG PENGUNDURAN ITU. ADAKAH BELIAU "DIBUANG" ATAU TERPAKSA MENARIK DIRI DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU?

FILEM-FILEM SALOMA


REKOD PERTAMA SALOMA
REKOD PERTAMA SALOMA KELUARAN PATHE MENGANDUNGI LAGU "PANDANG KASIH" DAN "JIKA TAK BERJUMPA" BERPADUSUARA DENGAN S.HAMID. "PANDANG KASIH" CIPTAAN RAHMAT ALI DAN LIRIKNYA OLEH ISMADI, MANAKALA "JIKA TAK BERJUMPA" SADURAN LAGU ARAB YANG DIGUBAH SEMULA OLEH S.OMAR BAGUSHIR DAN LIRIK OLEH WAN CHU. MUSIK IRINGAN OLEH ORKES AL AISHU WAL MELEH PIMPINAN S.OMAR BAGUSHIR

LAGU-LAGU SALOMA

"MUNGKIN TIDAK RAMAI ORANG YANG TAHU, DALAM
SEJARAH HIDUP SAYA MENJADI PENYANYI, SAYA TIDAK PERNAH MENYERTAI SEBARANG PERADUAN MENYANYI"
- SALOMA (1963)







BERSAMA MARLON BRANDO (HOLLYWOOD)

"WITHOUT DOUBT, SHE'S MARILYN MONROE OF THE EAST"
- MARLON BRANDO (1958)
"SAYA TIDAK SUKA... DAN, SAYA JUGA TIDAK SELESA BILA DIBERI GELARAN MARILYN MONROE OF MALAYA"
- SALOMA (1960)

BERSAMA PRITHVIRAJ KAPOOR (BOLLYWOOD)

BERSAMA MARTINE CAROL (FRANCEWOOD)

BERSAMA A.N. ALCAFF (INDONESIAWOOD)

BERSAMA TENGKU AHMAD SHAH (KINI, SULTAN PAHANG)

BERSAMA ELIZABETH TAYLOR (HOLLYWOOD)

BERSAMA JOHN WAYNE (HOLLYWOOD)


WAJAH-WAJAH SEKSI SALOMA___


"MUNGKIN GOSSIP SAYA DENGAN TUNKU ABDUL RAHMAN ITU ADA KAITAN ANTARA HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN INDONESIA KERANA KESAN-KESAN KONFRANTASI SELAMA 12 TAHUN MASIH DIRASAKAN" - SALOMA (1978)









LAIN-LAIN GAMBAR SALOMA YANG MENARIK___


"PADA SAYA, TIADA ARTIS LAIN YANG BOLEH GANTI DIA KERANA SALOMA SEORANG YANG UNIK DAN 'TREND SETTER' DALAM BERFESYEN. BAHKAN DIA JUGA JADI ARTIS PERTAMA YANG MENYANYI DI LUAR NEGARA, AUSTRALIA DAN BANGKOK"
- ROSNANI


DUA FILEM SHAW'S MFP MENYERTAI FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK DI MANILA (1958), "AZIMAT' DAN "SUMPAH ORANG MINYAK". RUN RUN SHAW YAKIN, SALOMA BERPELUANG BAIK MENANG ANUGERAH. BAGAIMANAPUN, AKHIRNYA HANYA "SUMPAH ORANG MINYAK" MENANG UNTUK A. BAKAR ALI KERANA KEBAGUSAN FOTOGRAFINYA


MUNGKINKAH TERLAKSANA? AHMAD FAUZEE, BOLEH.

# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
Berapa Banyakkah Yang Masih Ada?


FFAP6 (1959)
Filem Terbaik: THE KINGDOM AND THE BEAUTY (Hong Kong)

AHMAD MAHMOOD
Ahmad Mahmood Bintang Di Langit Seni

FFAP19 (1973)
Filem Terbaik: PERKAHWINAN (Jakarta)

LATIFAH OMAR
Ikon Era Gemilang Filem Melayu


FFAP25 (1979)
Filem Terbaik: PENGEMIS DAN TUKANG BECA (Jakarta)

R. AZMI
Berada Dalam Kamar Sepi Dalam Kesepian

FFAP30 (1985)
Filem Terbaik: DEEP BLUE NIGHT (Seoul)





KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.