"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Saturday, December 8, 2012


SALMAH AHMAD

Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop








LIMA WAJAH JELITA SALMAH AHMAD

SALMAH AHMAD
Tarikh lahir: 7 SEPTEMBER 1937
Tempat lahir: JOHOR BAHRU, JOHOR
Filem pertama: "PONTIANAK" (1957)
Filem terakhir: "TUN MANDAN" (1963)

SALMAH AHMAD, memang jelita dan cantik orangnya.

Kalau ditanya saya, apa yang menyebabkan saya tertarik hati dengan Salmah Ahmad?

Secara spontan pasti saya menjawab, "dagunya yang bujur sireh".

Sejak kegemilangan filem Malaysia di tahun 1950-an sehinggalah Studio Merdeka ditutup pada tahun 1980-an, tidak ada seorang pun seniwati mempunyai dagu seperti Salmah Ahmad.

Ini samalah dengan Latifah Omar yang terkenal dengan tahilalat disebelah kanan bibir yang menambahkan lagi kejelitaannya.

Saya mulai mengenali Salmah Ahmad di panggung wayang Coliseum, Kuala Lumpur ketika menonton "Pontianak" pada tahun 1957.

Kemudian bertambah kenal apabila beliau membintangi "Orang Minyak", "Jula Juli Bintang Tiga" dan "Noor Islam".

Semasa menonton "Orang Minyak", 'dirty mind' saya timbul apabila marahkan S.Roomai Noor kerana mengganggu Orang Minyak yang sedang membuka baju Salmah Ahmad (baru terdedah sedikit) untuk mengambil kertas rahsia yang terselit di baju dalamnya.

Itu adalah cerita lama, yang membuatkan saya tersenyum sendirian ketika menaip artikelnya ini.


Salmah Ahmad (kiri) ketika menyampaikan Anugerah Bintang Harapan kepada Fauziah Ahmad Daud di FFM1, 13 April 1980

GUGUP DAN PANIK

Pertemuan pertama dengan Salmah Ahmad semasa beliau mengundang saya ke pejabatnya dekat Pasar Minggu lama di Kampung Baru untuk mempromosi barang perniagaannya, kalau tidak silap saya pelbagai jenis perabut yang dibawa masuk dari Indonesia.

Kemudian, seringlah saya bertemu dengannya dan akhir sekali di majlis meraikan Hari Ulangtahun Kelahiran cucu Maria Menado di Taman Bukit Jelutong, Shah Alam dua tahun lalu yang turut dihadiri Jins Shamsudin, Mariani, Aziz Sattar, Mustapha Maarof dan Kuswadinata..

Semasa menjadi Pengarang majalah Utusan Filem & Fesyen (UFF) pada tahun 1977, saya pernah ke rumah Salmah Ahmad di Petaling Jaya bersama Bahyah Mahmood mengambil gambar dan mengendalikan ruangan popular "Bintang Bertemu Bintang" antara Salmah Ahmad dan Yusoff Haslam.

Satu peristiwa yang melibatkan Salmah Ahmad yang tidak dapat saya lupakan, apabila begitu gementar (nervous) semasa mengumumkan nama Fauziah (Ogy) Ahmad Daud sebagai pemenang anugerah Bintang Harapan di Festival Filem Malaysia Pertama (FFM1) di Hilton Hotel (kini Crowne Plaza), Kuala Lumpur pada malam 13 April 1980.

Yang peliknya, ketika berlakon mengadap kamera Salmah Ahmad tidak gugup dan panik tetapi bila disuruh mengumumkan nama pemenang anugerah menggeletar pula.

Agaknya, di depan kamera lain, di pentas lain. Di depan kamera beliau sudah bersedia, tetapi di pentas secara spontan dan disaksikan ramai penonton.

Peristiwa tersebut mungkin Salmah Ahmad sudah lupa, tetapi saya tetap ingat, dulu, kini dan selamanya.


Salmah Ahmad sebelum menjadi Ratu Kebaya dan Ratu Cantik

Dengan pemenang kedua Ratu Cantik yang tidak diketahui siapa namanya

Sedang bergaya dipertandingan Ratu Kebaya

SALMAH'S FILM CAREER BEGIN BY COINCIDENT
By M.W. (The Singapore Free Press, 5 October 1959)

Salmah Ahmad, star of Malay films, became a screen favourite by coincidence. Just at the time when she was in the public eye, having won two beauty contests, Cathay Keris Productions were looking for a young girl to play the daughter of Pontianak in the film of that name.

Salmah was then 18 - Miss UMNO as well Kebaya Queen.

The producer of the film saw in Salmah the ideal girl for the role and offered the part - and a contract.

Thus Salmah, then 18, was launched into unexpected film career in "Pontianak". This was in 1957. Later "Dendam Pontianak" and "Sumpah Pontianak" followed.

Now a veteran of six films - the other three are "Orang Minyak", "Che Mamat Parang Tajam" and "Satay" - Salmah recently completed her seventh film, "Jula Juli Bintang Tiga", which is expected to be release soon.

Born in Johor Bahru, Salmah is a rear conbination of talents. She has managed to combine successful film career with marriage - something that seems to be elude Hollywood stars when one associates with broken marriages.

YOUNG ACTRESS

It is most stimulating to meet a young actress who is happily married - to a businessman from Jakarta - and who at the same time climbed to the top of the ladder in show business in two years.

She was married in 1953 and is the proud mother of five children - two girls and three boys - ragging in age from six years and two months.

Perhaps the success of her marriege may be attributed to Salmah's attitude toward it. She said to me:

"I think that duties towards the home and to a career are two different matters - each has to be carried out with equal efficiency and responsibility if one is to be successful in life.

"I don't intend to spend my whole life acting. I want to stop while I'm still young and just be a good, devoted housewife," she told me.

"But just now acting is my life I hope to play in many more films.

Soon she will be starting work in a new picture, "Noor Islam", in which she will play the lead opposite Noordin Ahmad.

RATU KEBAYA DAN RATU CANTIK
Oleh Zaini Yusop

Salmah Ahmad terjun ke dunia filem bermula apabila beliau menyertai pertandingan Ratu Kebaya dan Ratu Cantik yang dianjurkan UMNO Johor Bahru.

Kemenangannya sebagai Ratu Kebaya dan Ratu Cantik ditambah pula kejelitaan dan kecantikan yang dimilikinya telah mendorongkan Pengarah B.N. Rao mengambilnya membintangi filem "Pontianak".

Menurut Salmah Ahmad, selepas tiga bulan memenangi Ratu Cantik, Maria Menado dan suaminya, A. Razak, telah menawarkannya berlakon sebagai anak Pontianak dalam "Pontianak" yang bakal diusahakan Keris Film dibawah pengawasan Ho Ah Loke dan Loke Wan Tho.

Kata Salmah Ahmad lagi, "penyertaan saya dalam pertandingan Ratu Kebaya dan Ratu Cantik hanya suka-suka saja, tidak terlintas dihati saya untuk membabitkan diri dalam dunia filem."

Setelah merasakan tawaran Maria Menado dan A. Razak itu bersesuaian dengan hatinya, Salmah Ahmad pun berkata "setuju" membintangi "Pontianak" pada tahun 1957, yang tidak semena-mena mendapat kejayaan box office luar jangkaan.


Bergambar ramai ketika menghadiri Hari Ulangtahun Kelahiran cucu Maria Menado. Dari kanan: Hashimah Delan, Aziz Sattar, Mariani, Jins Shamsudin, Maria Menado, Mustapha Maarof, Salmah Ahmad dan Zaini Yusop. Bertenggung: Kuswadinata










SALMAH AHMAD
DITEMUBUAL OLEH
YUSOFF HASLAM
DALAM MAJALAH
UTUSAN FILEM
& FESYEN (UFF)
KELUARAN
BULAN JUN 1977


Ratu Cantik Nor Hayati Penghias Muka depan UFF, Jun 1977

Bersama Yusoff Haslam

Saya mengenali seniwati veteran Salmah Ahmad sejak beliau menjadi pelakon Cathay Keris Film. Banyak juga filem lakonannya termasuklah yang dikeluarkan oleh Merdeka Studio telah saya tonton.
Sebagai seorang bintang filem veteran saya sungguh menghormatinya sama seperti Sa'adiah, Kasma Booty, Zaiton, Sarimah dan juga Siput Sarawak.
Itulah sebabnya, bila pengarang UFF, Mustafar A.R., menghubungi saya untuk mengisi ruangan "Bintang Bertemu Bintang" dengan sendirinya saya teringatkan Salmah Ahmad.
Diharap dengan pertemuan saya dengannya itu dapat anda sekelian mengetahui mengenainya yang telah lama menghilangkan diri dari dunia perfileman Malaysia.
Sekarang ikutinya temubual saya dengan Salmah Ahmad yang sudah saya anggap sebagai Kakak.


YUSOFF: Kak Salmah telah lama menghilangkan diri dari dunia perfileman. Apakah Kak Salmah buat sekarang?

SALMAH: Sebagai seorang isteri Kakak hanya menguruskan rumahtangga. Melayan suami dan anak-anak. Tapi, untuk menghabiskan masa terluang, adalah sikit Kakak buat perniangaan.

YUSOFF: Kalau ada tawaran dari mana-mana syarikat filem sekarang, adakah Kak Salmah akan terima?

SALMAH: Sejak meninggalkan lapangan filem, ada juga Kakak terima tawaran berlakon. Tapi tidak dapat Kakak terima kerana sesuatu sebab. Tapi, jika sekarang ada tawaran baik dan peranannya pula sesuai dengan Kakak, mungkin Kakak berlakon semula.

YUSOFF: Baiklah, Kak Salmah. Boleh Kak Salmah terangkan sejak bila menerjunkan diri berlakon filem?

SALMAH: Kalau Kakak tidak silap, filem pertama Kakak berlakon ialah "Pontianak" yang mendapat sambutan box office di mana-mana saja ia ditayangkan. Filem tersebut dibuat dalam tahun 1957 dengan pelakon-pelakon lain terdiri dari Maria Menado, M. Amin, Mustapha Maarof dan Wahid Satay.

YUSOFF: Bagaimana Kakak Salmah boleh menerjunkan diri sebagai pelakon filem?

SALMAH: Sebenarnya Kakak tidak bercita-cita langsung untuk terkenal sebagai bintang filem. Kakak berlakon filem adalah secara kebetulan saja iaitu selepas menyandang gelaran "Ratu Cantik UMNO" pada tahun 1956. Pengarah B.N. Rao telah memberikan peranan kepada Kakak sebagai anak Maria Menado, dan kerana watak tersebut sesuai lantas Kakak pun terima.

YUSOFF: Sepanjang menjadi pelakon filem di Cathay Keris, berapa buah filemkah telah Kakak lakonkan?

SALMAH: Kakak berlakon banyak filem. Mahu sebut satu persatu Kakak tidak ingat langsung. Yang Kakak ingat ialah "Pontianak", "Dendam Pontianak", "Sumpah Pontianak", "Che Mamat Parang Tajam", "Satay", "Noor Islam" dan "Yatim Mustapha". Dan, Kakak berlakon di Studio East Coast Road itu selama tiga tahun.

YUSOFF: Bila pula Kak Salmah menjadi pelakon di Studio Merdeka, Kuala Lumpur?

SALMAH: Bila kontrak Kakak dengan Cathay Keris hendak tamat tiga bulan lagi, Ho Ah Loke telah menemui Kakak dan mengajak Kakak pindak ke Studio Merdeka yang pada masa itu hendak mengeluarkan filem-filem Melayu. Tawaran pada Kakak agak baik, dan Kakak setuju pindah dan menandatangani kontrak dengan studio di Kuala Lumpur itu selama empat tahun.

YUSOFF: Apa filem pertama yang Kakak lakonkan di Studio Merdeka itu?

SALMAH: Filem "Tun Tijah" yang diarahkan oleh L. Krishnan.

YUSOFF: Apa filem-filem lain yang Kak Salmah lakonkan di studio tersebut?

SALMAH: Filem-filem itu antaranya "Keris Sempena Riau", "Seledang Merah", "Siti Payong" dan beberapa buah lagi lagi. Dan, filem terakhir di studio tersebut ialah "Tun Mandan".

YUSOFF: Apa yang menyebabkan Kak Salmah keluar dari Studio Merdeka?

SALMAH: Sepanjang berlakon di Studio Merdeka banyak perkara yang tidak memuaskan hati Kakak. Kontrak yang telah ditandatangani dibuat ikut suka hati majikan saja. Dan, seolah-olah pelakon-pelakon Melayu ketika itu dijadikan alat untuk mengaut keuntungan saja tanpa memperbaiki lagi keadaan hidup pelakon-pelakonnya dengan memberi pendapatan yang berpatutan.

YUSOFF: Selepas meninggalkan lapangan perfileman, tidakkah ada tawaran di mana-mana syarikat filem?

SALMAH: Ada juga tapi Kakak tidak dapat menerimanya kerana sesuatu sebab. Bagaimanapun, Kakak ada juga berlakon dalam filem-filem iklan.

YUSOFF: Kak Salmah ini sebenarnya berasal dari mana, dan berapa umur Kakak sekarang?

SALMAH: Kakak berasal dari Johor Bahru dan berusia 40 tahun dan berbintang Virgo.

YUSOFF: Berapa lama Kak Salmah telah berkahwin dengan Abang Mat?

SALMAH: Kakak telah mendirikan rumahtangga dengan Abang Mat sejak tahun 1953, dan Kakak bersyukurlah kerana keadaan rumahtangga Kakak sentiasa berada dalam rukun dan damai.

YUSOFF: Berapa ramai anak Kak Salmah sekarang?

SALMAH: Semuanya enam orang, dua telah pun bersuami. Dan, kedua-duanya pada masa ini berada di luar negara. Seorang mengikut suaminya yang bertugas di Kedutaan Malaysia di Washington dan seorang lagi berada di London kerana mengikut suaminya yang masih menuntut pelajaran dalam tahun dua.

YUSOFF: Kak Salmah ramai mempunyai anak, adakah diantara mereka itu mengikut langkah Kakak menjadi pelakon filem?

SALMAH: Kakak tidak melarang anak-anak Kakak mengikut langkah Kakak, terpulang atas kehendak mereka. Tapi setakat ini Kakak lihat tidak seorang pun yang mengikut langkah Kakak.

YUSOFF: Bagaimana pendapat Kak Salmah dengan Abang Mat, tidakkah dia melarang Kakak berlakon filem?

SALMAH: Sebenarnya, Kakak menjadi bintang filem setelah berkahwin denganya. Dan, kalau Abang Mat tidak benarkan tentulah Kakak tidak terkenal sebagai pelakon filem. Pada pandangan Kakak kejayaan Kakak dalam dunia perfileman atas galakan dan dorongan Abang Mat juga disamping pengarah-pengarah seperti B.N. Rao, L. Krishnan, K.M. Basker dan Salleh Ghani.

Itulah saja temubual saya dengan Salmah Ahmad ketika berkunjung di rumanya di Petaling Jaya. Dalam perbualannya seniwati veteran itu telah menjawab soalan-soalan saya tanpa segan dan silu, lemah lembut dan sentiasa tersenyum.
Suaminya, Ahmad Shahlan, demikian juga tetap melayan saya dengan baik. Dan, saya menganggap pertemuan saya dengan Salmah Ahmad serta suaminya bukan kali pertama tapi sudah berpuluh-puluh kali.
Dengan temubual tersebut, jelaslah kepada anda sekelian keadaan Salmah Ahmad sekarang. Dan, sungguhpun beliau telah menghilangkan diri dari dunia perfileman Malaysia, namun begitu saya merasakan peminatnya masih tetap ramai.


- YUSOFF HASLAM
(Di Edit: Zaini Yusop)



Gambar atas & bawah, artikel "Bintang Bertemu Bintang" yang terdapat dalam majalah UFF keluaran bulan Jun 1977



Bersama Maria Menado, "PONTIANAK"

Bersama S.Roomai Noor, "ORANG MINYAK"

Bersama Siput Sarawak, "NOOR ISLAM"

Bersama Abdullah Chik, "SELENDANG MERAH"

Bersama Mustapha Maarof dan Mak Dara, "IBU AYAM"











Tiga iklan siri "Pontianak" di Straits Times yang dibintangi Salmah Ahmad sebagai Maria, anak Pontianak

"Tun Tijah" filem pertama Salmah Ahmad di Merdeka Studio

FILEMOGRAFI SALMAH AHMAD___

1. PONTIANAK (B.N. Rao, 1957)
2. DENDAM PONTIANAK (B.N. Rao 1957)
3. SUMPAH PONTIANAK (B.N. Rao 1958)
4. VIRGIN OF BORNEO (L. Krishnan 1958)
5. CHE MAMAT PARANG TAJAM (S. Roomai Noor 1958)
6. ORANG MINYAK (L. Krishnan 1958)
7. SATAY (K.M. Basker 1958)
8. JULA JULI BINTANG TIGA (B.N. Rao 1959)
9. NOOR ISLAM (K.M. Basker 1959)
10. YATIM MUSTAPHA (B.N. Rao 1961)
11. TUN TIJAH (L. Krishnan 1961)
12. KERIS SEMPENA RIAU (L. Krishnan 1961)
13. SELENDANG MERAH (L. Krishnan 1962)
14. SITI PAYONG (Salleh Ghani 1962)
15. IBU AYAM (Salleh Ghani 1963)
16. TUN MANDAN (Salleh Ghani 1963)

# Ini bererti Salmah Ahmad membintangi 16 filem - 10
di Cathay Keris dan 6 di Studio Merdeka.
# Paling banyak Salmah Ahmad berlakon dibawah arahan
L. Krishnan dan B.N. Rao, 5 setiap seorang, Salleh Ghani (3) dan K.M. Basker (2).
# Salmah Ahmad membintangi 3 filem bersama S. Roomai Noor - "Virgin Of Borneo", "Che Mamat Parang Tajam" dan "Orang Minyak" - tetapi hanya berlakon 1 saja yang diarahkan S. Roomai Noor - "Che Mamat Parang Tajam".

MARI KITA MENONTON FILEM "SATAY"
"JULA JULI BINTANG TIGA" DAN "YATIM MUSTAPHA"




(Sumber: Njendra)


(Sumber: Njendra)


(Sumber: Njendra)









(Sumber: Dezydizzy)

MARI KITA NYANYI LAGU "SERBA PASANGAN"___



SERBA PASANGAN

Lihatlah seekor kumbang
Hinggap mesra di bunga kembang
Memuja sekuntum mawar
Maksud hati untuk penawar

Lihatlah burung merpati
Terbang hinggap dua sejoli
Memadu kasih sejati
Aman damai kekal abadi

Alangkah sangat mulia
Terasa nikmat bahgia

Tiada arti dunia
Jika hidup berseorang

Ciptaan alam nan fana'
Semuanya serba pasangan

Penyanyi Filem SALMAH AHMAD & NOORDIN AHMAD
Penyanyi Suara JAMALIAH SHARIFF & ABDULLAH CHIK
Pencipta Lagu ZUBIR SAID
Pencipta Lirik TIDAK DIKETAHUI
Filem NOOR ISLAM

ANUGERAH___

ANUGERAH SENIWATI VETERAN
Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM20, Pulau Pinang 2007)

FAKTA___

* Paling banyak Salmah Ahmad berlakon bersama Abdullah Chik dan Mustapha Maarof.
* Salmah Ahmad tidak pernah berlakon di MFP, Jalan Ampas. Beliau juga tidak pernah berlakon bersama dan dalam filem yang diarahkan P. Ramlee.
* Salmah Ahmad juga tidak pernah berlakon bersama Yusof Latiff, Ahmad Mahmud, Jins Shamsudin dan Aziz Jaafar.
* Salmah Ahmad heroine pertama Studio Merdeka di Kuala Lumpur. Abdullah Chik hero pertama dan L. Krishnan pengarah filem pertama, kesemuanya kerana "Tun Tijah".
* Ketika berlakon di Cathay Keris, Salmah Ahmad bermula dengan filem arahan B.N. Rao ("Pontianak") dan berakhir dengan B.N. Rao juga dalam "Yatim Mustapha".
* Agak menarik, ketika berlakon dalam "Noor Islam", Salmah Ahmad sudah mempunyai lima orang anak.


Menyanyi bersama S. Roomai Noor dalam "Orang Minyak". Lagu "Aku Tetap Menyinta" menggunakan suara Saloma dan Jasni.
(Sumber: dOnramlee)



(Sumber: d0nramlee)
* "...dan Salmah Ahmad pelakon utama dalam filem Anak Pontianak." Ini satu kesilapan besar. Salmah Ahmad tidak berlakon dalam "Anak Pontianak".
Tetapi berperanan sebagai anak Pontianak (Maria) dalam filem "Pontianak". "Dendam Pontianak" dan "Sumpah Pontianak".
"Anak Pontianak" diarahkan oleh Ramon A. Estella dan dibintangi Hashimah Yon, Jins Shamsudin dan Dayang Sofia.
Siapakah penulis skrip video klip ini? Tak buat homework ke?


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

NOSTALGIA FILEM MELAYU KLASIK
maklumatnya tepat atau mengelirukan

P. RAMLEE
and the golden era of malay cinema


ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar


CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

LONG HOUSE (1957)
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya


PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan

PELANGI (1951)
filem pertama keluaran nusantara film

SERUAN MERDEKA (1947)
keganasan dan kekejaman jepun ditentang




KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




16 comments:

  1. wah, banyak juga filem lakunan beliau. kalau ikutkan rekod imdb memang tak lengkap. tapi dari situ kita boleh nampak cucunya juga terlibat dalam bidang lakunan. google punya google kita boleh tengok filimnya di sini: http://vimeo.com/51810995
    terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  2. Dalam Cinemamalaysia Finas.
    Dinyatakan Salmah Ahmad
    berlakon dalam filem
    "Rasa Sayang-Eh!" dan "Doctor".
    Tak ada pun disenaraikan disini.
    Haprak betullah, Finas ni.
    Tak buat kajian ke,
    macam Filem Klasik Malaysia.

    - Rozana Rozman, Taiping, Perak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan gaji buta ! buat kerja cincai, standard orang kerajaan ! dari PAR dia sampai ke KPnya sama saja dua kali lima.

      - pembayar cukai pendapatan

      Delete
  3. tuan izinkan saya letak pautan ke blog ini di blog saya ya..http://harithsidek.blogspot.com/..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sdra harith.
      tak payah minta izin.
      buatlah mana yang patut.
      asalkan ia memberi manfaat.
      terima kasih kerana berminat.

      Delete
  4. Ya, saya setuju.
    Dagu Salmah Ahmad memang cantik.
    Terkini, artis yang mempunyai
    dagu sepertinya, Diana Danielle.
    Itu adalah pandangan saya.
    Tak tahu pula, betul ke tidak.

    Azharuddin Mansor, Shah Alam, Selangor.

    ReplyDelete
  5. salam tuan,

    Siapa pelakon yang pegang watak tok bilal loghat perak dalam 'Do Re Mi' dan jadi Pak lebai warung kopi dalam 'nasib Do Re Mi' yang dialognya " die nak pekene ke kite, kite pekene ke die dulu, mampuih eehh.."

    ReplyDelete
    Replies
    1. namanya nor k.k.
      tidak begitu menyerlah dalam filem,
      tapi terkenal sebagai pelakon
      bangsawan sejak tahun 1950-an.
      banyak menulis skrip bangsawan.
      paling popular "jula juli bintang tiga".
      meninggal dunia: 5 mei 1980.

      Delete
  6. ooh..jadi nama 'ustaz nor kk' yang disebut tompel dalam dialog di warung kopi tu sebenarnya nama betul pelakon tersebut...terima kasih, bolehlah saya cari maklumat selanjutnya.

    ReplyDelete
  7. Nor K.K. juga turut berlakon dalam
    filem P. Ramlee "Keluarga 69".
    Kerana terlalu menjaga tepi kain orang,
    dia dimarahi oleh Salleh Ghani.
    Saya suka dengan Nor K.K. ni
    kerana dialog loghat Peraknya.
    Mungkin K.K. tu Kuala Kangsar tak.
    Siapa boleh konfirm?

    ReplyDelete
  8. Ya, betul.
    Salmah Ahmad tidak berlakon
    dalam "Anak Pontianak".
    Tajam betul pengetahuan filem
    Encik Mustafar.
    Selain itu, saya juga nak tau,
    siapa penulis skrip video klip tersebut.
    Tak buat kajiselidik ke?

    NOREEN MOHD. NOOR, Arau, Perlis.

    ReplyDelete
  9. tahi lalat latifah ni sebelah kanan ke kiri ? pada pandangan mata orang lain sebelah kanan tapi pada diri tuannya, rasanya sebelah kiri pula !

    boleh tahu tak ? siapa jadi orang minyak filem "orang minyak" ?, tentu bukan nordin ahmad !

    siapa hero filem che mamat parang tajam ? wahid satay juga ke macam che mamat parang tumpol tu ?
    pernah tonton filem ini di TV masa kecil tapi tak ingat heronya. heroinenya ingat pula memang salmah ahmad. suka sangat akan lagunya tapi tak pernah jumpa di youtube lagi.

    Tebuan 2013

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.....saya ada terpandang kat klip lagu "aku tetap mencinta" nyayian Jasni & saloma filem "Orang Minyak" 1958. Nampak wajah nordin ahmad jadi pegawai penyiasat polis nama inspektor dasuki. Munkin ke pegawai polis menjadi orang minyak pula ? atau dia menyamar ? berpandukan pada clip filem ni filem pertama nordin di cathay keris mestilah 'orang minyak' dulu sebelum 'serangan orang minyak'' walaupun pengarah yang sama.

      Delete
  10. Jangan kelirukan pembaca.
    Sah Nordin Ahmad sebagai Orang Minyak.
    Saya juga nak tau,
    tentu Encik Mustafar boleh jawab.
    Betul ke "Che Mamat Parang Tajam" tu,
    ciplakan "Some Like It Hot" yang dibintangi
    Tony Curtis, Marilyn Monroe dan Jack Lemmon.
    Dan "Che Mamat Parang Tumpol" pula,
    ciplakan "Knock On Wood" yang dilakonkan
    Danny Kaye dan Mai Zetterling.

    - Zaharan Sulaiman, Kuantan, Pahang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya,
      "Rasa Sayang-Eh!" ciplakan
      "Knock On Wood" bukannya
      "Che Mamat Parang Tumpol".
      Kemungkinan,
      "Che Mamat Parang Tumpol" orginal
      kerana cerita dan lakonlayarnya
      ditulis oleh Pelham Groom.

      Delete