"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Thursday, December 20, 2012


JINS SHAMSUDIN

Teks: Nadia Badarudin Tengku Khalidah & Mohd.Al Qayum
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop




Based On The Story By Nadia Badarudin
From New Straits Times (December 11, 2012)




Jins Shamsudin in the late 1950s

As young director in the late 1960s

Still can write and read

At in front of his house in Kampung Pasir, Ulu Kelang

With his wife, Halijah Abdullah

With his wife and sons, (from left) Putera Hang Nadim, Halijah Abdullah and Putera Hang Jebat

Tribute to Jins Shamsudin (Source: AmyIkram)

Real name MOHAMED ZAIN BIN SHAMSUDIN
Date of birth 5 NOVEMBER 1935
Place of birth TAIPING, PERAK
Wife RAHMAH RAHMAT (1961-1963, divorced)
Children JEFRI ZAIN
Wife JAMILAH SHUKUR (unknown)
Children HANG TUAH
Wife HALIJAH ABDULLAH (till now)
Children PUTERA HANG JEBAT & PUTERA HANG NADIM

# Update: 8 Februari 2015



S.ZAMILA

HANG TUAH YANG PENUH MISTERI
Oleh Mustafar A.R.

Dalam artikel blog Jins Shamsudin ada tercatat: lihat disini

Mohd.Zain atau Jins kemudiannya telah berkahwin dengan Rahmah Rahmat dan dikurniakan seorang anak bernama Mohd. Jefri. Kemudiannya dia berkahwin pula dengan Jamilah dan mendapat seorang anak lelaki yang bernama Hang Tuah.

Perkahwinannya yang ketiga ialah dengan Halijah. Dia telah dikurniakan dua orang anak iaitu Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim. Dalam hal ini, Jins mempunyai empat orang anak yang kesemuanya adalah lelaki.


Siapa Jamilah?

Adalah difahamkan Jamilah ialah Jamilah Shukur, berasal dari Kluang, Johor.

Nama glamornya, S.Zamila, merupakan pelakon seksi Merdeka Studio, dan menurut sumber yang boleh dipercayai, ialah isteri kedua Jins Shamsudin.

Saya mengenali rapat, baik Jins Shamsudin mahupun S.Zamila, malah saya pernah mengambil gambar Zamila tiga kali.

Dua, Di flat Jalan Pekeliling dan bilik sewanya di Jalan Pahang dekat Restoran Yusof Haslam. Sekali bersama jurugambar Utusan (lupa namanya) berlokasikan kedamaian sungai di Bukit Belacan, Hulu Kelang.

Namun sepanjang perjalanan hidup saya dengan dua selebriti tersebut, tidak pernah saya tahu adanya perhubungan antara Jins dengan Zamila hingga membawa perkahwinan dan memperolehi seorang anak. Kalau itu yang sebenarnya berlaku.

Saya hanya pernah dengar dari orang ketiga, serta membaca cerita tersebut lama kemudian. Itu pun mengenai anaknya, Hang Tuah.

Saya tidak pernah mahu bertanya dengan Jins, walaupun saya begitu rapat dengannya, kerana saya tahu hal-hal peribadi serupa itu dia tidak mahu orang lain tahu. Apatah lagi untuk tahu, adanya anak dia bersama Zamila.

Saya cukup faham, sememangnya Jins tidak suka isteri-isterinya diambil peduli, lagi tidak ambil peduli lagi bagus untuknya. Rahmah Rahmat kerana ramai yang sudah tahu. Kalau belum tahu tiada siapa yang akan tahu.

Jins tidak mahu isteri-isterinya diketahui ramai orang, ada sebab. Ada kena mengena dengan P.Ramlee. Saya tahu, orang lain saya tidak tahu, tahu ke tidak.

Saya mengenali Halijah, setelah sekian lama Jins bernikah dengannya. Saya merupakan salah seorang wartawan yang agak bertuah kerana mula-mula dapat berkenalan dengan isterinya itu.

Banyak kali juga saya berkunjung ke terataknya, malah makan minum turut disediakan, kami bersembang-sembang. Pada pada itu, Halijah kelihatan malu-malu. Tidak banyak cakap.

TANPA KERELAAN

Tidak ada orang lain bersama saya, melainkan saya, Jins dan Halijah. Khabarnya, wartawan lain, kecuali Aimi Jarr, jangan mimpilah dibawa kerumahnya untuk bertemu dengan Halijah.

S.Zamila, bukanlah 'figure' filem yang terkenal. Adalah beberapa filem yang dibintangi, empat yang saya masih ingat - "Jangan Tinggal Daku" dan "Laxmana Do Re Mi" (P.Ramlee), "Bunga Padi Berdaun Lalang" (Hussain Abu Hassan") dan "Boneka Permata" (Tony Azman).

Zamila memang terkenal dengan imej seksinya, dan sememangnya dia begitu berani buka-bukaan, dan tidak menjadi hal padanya. Itu yang membuat dia terkenal bukan kerana filem-filem lakonnya.

Pernah foto-foto seksinya, hanya berpakaian baju mandi, dengan Dayang Sulu terpampang dalam sebuah majalah. Ghairah juga.

Kewujudan Hang Tuah dan Zamila dikatakan isteri Jins yang kedua dinafikan oleh Halijah. Ini boleh dianggap satu misteri dan ramai yang ingin tahu, ramai pula sedang tercari-cari kebenaran ceritanya.

Jika Halijah tidak membuat penafian, divideokan pula, mungkin hotnya tidak seberapa kerana nukilan di blog Jins Shamsudin, tidak ramai yang baca.

Sekiranya, tidak benar dan penafian Halijah berfakta. Tidak mungkin kisah pernikahan Jins dan Zamila dalam blognya boleh tersiar begitu saja tanpa kerelaan seniman berperanan ala-James Bond itu.

Nak mampus...!!! bukankah Jins berdisplin dan berintergriti orangnya. Silap-silap haribulan, court dalam masuk.

Itulah logiknya, dan dengan itu penafian Halijah terbatal dengan sendirinya kerana sudah ada kebenaran. Dia baca ke, apa yang tertulis di blog Jins Shamsudin itu?

Logik kedua, nama Hang Tuah. Jins sememangnya begitu mengkagumi dengan keperwiraan Hang Tuah dan Hang Jebat.

Kenapa nama anak sulongnya bersama Halijah tidak dinamakan Putera Hang Tuah tetapi terus ke Putera Hang Jebat? Dan seorang lagi Putera Hang Nadim. Nampak tak? Kan... kan... kan...

Apa pun, misteri Hang Tuah ini hanya akan terungkai juga sekiranya Zamila tampil ke depan memberi penjelasan. Soalnya, dimanakah Zamila? Mahukah dia?...



JINS SHAMSUDIN, I can still remember the day I interviewed him at Universiti Utara Malaysia in Sintok, Kedah after he received his doctorate in film studies in March 2010.

I was warned by my colleagues that the silver screen legend had the reputation of telling off reporters, so I came well prepared.

The actor, who was known as the Sean Connery of Asia and James Bond of Malaya, was 75, then. Despite his age, he was in the pink of health and had a sharp memory.

His stern face and icy stare sent shivers down my spine. I skipped many questions because I had cold feet.

However, it was a different story when I met Jins, who is now 77, at his house in Kampung Pasir, Ulu Kelang recently.

Jins, whose real name is Mohamed Jins @ Mohamed Zain Shamsudin, appeared frail and fragile. His right hand was weak caused by an old nerve injury while doing his own stunt as Jefri Zain, the James Bond-style secret agent, back in the 1960s.

Most of the time he would remain quiet and his eyes stare into emptiness.

He struggled to remember his good old days and didn’t realise that his replies to my questions were mostly irrelevant. He kept asking the same question repeatedly: “Where’s the Umno General Assembly going to be held?”

Jins does not suffer from any systemic disease, but he is losing his memory to Alzheimer’s disease — a sad and perplexing fact for a person who was a workaholic and had assumed many roles and responsibilities.

He was a former senator, an active politician, former president of Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM) founder of National Film Development Corporation (Finas), a lyricist and an award-winning director who had directed nine films such as "Bukit Kepong", "Tiada Esok Bagimu" and "Ali Setan".

GRADUAL DECLINE

His wife Halijah Abdullah said the early onset of the disease was apparent in late 2010.

“My husband became very forgetful and kept repeating the same thing over and over again.

“His condition got worse after he retired from senatorship in early last year. He was diagnosed with Alzheimer’s disease in May last year,” she said.

Halijah recalled that despite being unable to remember most of his relatives and friends, Jins’ condition has shown improvements compared with the first few months before the diagnosis.

“In the beginning, it was a stressful and chaotic experience for me and my sons, Putera Hang Jebat and Putera Hang Nadim.

“Although retired, Jins would still get dressed in his favourite bush jacket for work every morning and ready with a briefcase.

“We didn’t allow him to drive, but once he managed to drive to a bank and closed his account. He also had invited a stranger into the house for a chat,” she said.

She said Jins is much better now, but needed to be told how to properly do things such as eating, bathing, or exercising his weakened right hand.

Jebat said his father acted in "Tahajjud Cinta", a television drama series directed by Erma Fatima, last year.

“However, my father failed to memorise his script like he used to anymore. The crew had to use cue cards to help him with his lines during shooting,” he said.

Halijah said Jins’ mind is currently like a 6-year-old child.

“Being workaholic has somehow contributed to his condition, so we were advised by the doctor not to remind him of things relating to his previous jobs.

“My husband loves reading and keeping up with the news. So we let him do so to keep his mind active and go out for family outings more often.

“He has been receiving invitations for talks, seminars and acting offers, but we have to turn them down. What matters now is keeping him calm, happy and healthy,” she said.


Jins Shamsudin, isteri, anak dan menantu. Dari kiri: Putera Hang Nadim, Halijah Abdullah, Azzwin Adzham dan Putera Hang Jebat.

MEMORI KIAN TERPADAM
Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
Daripada Utusan Online (14 Ogos 2012)

SAYA menelefon isterinya, Puan Seri Halijah Abdullah, memohon izin untuk memotret gambar keluarga mereka bagi meraikan Aidilfitri kali ini.

Sungguh, saya tahu, permintaan ini tidak akan dilayan sama sekali, jika keadaan Tan Sri Jins Shamsuddin masih sihat seperti dahulu.

Kami kalangan media sangat maklum akan prinsip Jins yang tidak akan mengizinkan kehidupan peribadinya dijadikan bahan tontonan umum.

Rakam saja gambarnya waktu di pejabat, di Finas atau di majlis-majlis yang dihadirinya. Mahu ke rumah? Janganlah bermimpi sama sekali.

"Jins sudah tak sihat sangat. Nanti Khalidah jangan terkejut pula kalau tengok keadaan dia ya," begitulah pesanan awal yang disampaikan si isteri.

Lewat petang yang rembang, tanggal 19 Ramadan 1433, buat pertama kalinya saya hadir ke istana milik legenda yang masih hidup ini di Kampung Pasir, Hulu Kelang, Selangor.

Rumah kediaman rekaan seperti istana kecil dengan ciri Melayu lama itu tidak jauh dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), lokasi terakhir Jins mengabdikan diri sebagai anak seni sebelum daya ingatannya diragut Alzheimer.

Hati sangat berdebar-debar, bagaimanakah keadaan sang seniman yang ketika zaman mudanya terkenal dengan sikap sangat tegas, tinggi integriti diiring disiplin diri yang mantap.

Saya mengaku, sepanjang menulis tentang dunia seni dan hiburan, individu yang paling saya dan beberapa rakan lain geruni untuk ditemubual ialah Jins Shamsudin.

Jangan salah tanya soalan, jawapannya mudah saja: "Tolong balik dan buat kajian dulu sebelum temu bual saya."

Atau kalau bertanya soalan yang tidak ada kaitan, sebagai contoh tentang tahap kesihatan beliau, terkulat-kulat wajah kalau mendapat jawapan berbunyi: "Oh, itu kena tanya doktor peribadi saya."

Kehadiran Utusan Malaysia bersama Pengerusi Finas, Datuk Md. Afendi Hamdan, disambut isteri dan dua anak lelakinya, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.

Turut menanti dengan senyuman, si menantu yang bakal menghadiahkan cucu pertama buat seniman itu sekitar Oktober ini, Azzwin Adzham, isteri kepada Hang Jebat.

Hampir 10 minit kami menanti, dia akhirnya muncul dengan memberi salam.

Gerak langkahnya perlahan, diawang-awangan. Perkara pertama yang terfokus pada mata saya ialah beberapa tompok kecil bedak putih yang melekat di pipinya. Ya, seperti kita melihat seorang bayi kecil.

Di sebalik kehilangan sebahagian memorinya, dia masih sihat, bertenaga dan kelihatan seperti tidak banyak yang berubah.

Pandangannya kekal tajam dan maaf... tidak begitu mesra. Keningnya kekal bergaris seperti bulan sabit sekaligus menghadiahkan wajah kekal kasar dan serius. (Saya cuak tetapi dalam waktu sama gembira kerana itulah seorang Jins).

Dia duduk di sofa menghadap Afendi. Selepas Afendi memperkenalkan diri sebagai Pengerusi Finas ketika ini, pantas meluncur dialog dari bibirnya: "Oh ya, saya dulu pun Pengerusi Finas. Tiga tahun saya di Finas. Zaman Datuk Shafie (Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sekarang Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah adalah Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ketika zaman Jins di Finas)."

Kemudian dia menyambung lagi: "Saya hari-hari ke Finas. Hidup saya hanya di Finas. Hari-hari, tak pernah tak pergi ke Finas kecuali hari Ahad. Dulu di situ ialah Shaw Brothers, saya bagi tahu kerajaan jadikan tempat tu sebagai Finas.

"Saya juga Penasihat Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem. Saya dengan Dewan Negara enam tahun, Pengerusi Finas tiga tahun. Umur saya sekarang 72 tahun," beritahunya lagi dengan kekal semangat.

Pada ketika itu, si isteri pantas membetulkan kenyataan.

"Ayah sekarang sudah 77 tahun, bukan 72 lagilah," katanya kemudian disambut dengan anggukan Jins dengan wajah yang juga serius.

Seperti mana dalam pertemuan ini, hari-hari sang seniman akan bercerita perkara yang sama. Tidak banyak perkara tajuk yang dibualkannya.

Dunianya kini hanya seputar kisah-kisah Studio Jalan Ampas di Singapura, Studio Merdeka, Finas, Persatuan Seniman, Shaw Brothers dan itu-itulah juga.

Sesekali dia bercerita tentang P.Ramlee yang dianggap sebagai guru lakonannya.

Topik paling disukai sudah tentu kalau diajak bersembang tentang Jeffri Zain, watak hero James Bond Melayu yang tidak asing lagi kepada peminat filem generasi terdahulu. Dialah pelakonnya.

"Jeffri Zain ada tiga filem. Satu buat di Singapura, dua lagi buat di Hong Kong. Anak sulung saya pun nama Jeffri Zain, dia duduk di Singapura sekarang (anaknya hasil pernikahan dengan seniwati Rahmah Rahmat)," beritahunya, satu demi satu.

ALZHEIMER MERAMPAS INGATAN

Alzheimer telah memusnahkan sebahagian besar sel-sel otak sang seniman. Meskipun dia kelihatan masih gagah pada usia yang melewati senja, namun sebenarnya dia memang tidak sihat.

Terserlah dia sedang melalui episod kehidupan yang tenat dalam garis-garis akhir kesenimannya.

Petanda awal Alzheimer sudah kelihatan semenjak dua tahun lalu, tidak lama selepas memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 2010.

Pada Februari 2011, ketika di Singapura sewaktu meraikan Anugerah Seri Temasik dan sekaligus menerima Anugerah Gemilang Seri Temasik bersama Dato' Mustapha Maarof dan Datuk Aziz Sattar, keadaan Jins mula serius.

Pun pada masa itu, tidak banyak yang tahu apa penyakit yang berada dalam darah seniman kebanggaan negara ini.

"Melihat ingatan ayah yang semakin merosot hari ke hari, kami bawa bertemu doktor pakar dan memang disahkan dia mengalami Alzheimer.

"Kata doktor ia berpunca daripada rasa tertekan apabila ayah tidak lagi bekerja.

"Kehidupannya berubah selepas hanya duduk di rumah saja dan tidak berbuat apa-apa. Lama kelamaan ingatannya terjejas teruk," beritahu Putera Hang Jebat.

Menurut Jebat lagi, keluarganya sudah menerima ketentuan dan bersedia untuk sebarang kemungkinan jika keadaan Jins tidak membaik.

"Kata doktor juga, semakin hari, sel-sel otak ayah akan mati. Pada akhirnya dia mungkin tidak akan mampu mengenali kami lagi," katanya menjelas situasi.

Halijah pula memberitahu, selain Alzheimer, Jins tidak berhadapan dengan masalah kesihatan lain. Disiplin diri yang kuat terhadap gaya hidup sihat, mengekalkan baik tahap kesihatannya.

Kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan sebagainya, tidak mendekat, apatah lagi dia bukan seorang perokok dan peminum.

"Kami sekeluarga menerima dugaan ini. Meskipun sebahagian ingatannya sudah terjejas, dan perlu bersyukur kerana kesihatannya masih baik.

"Dia masih boleh berjalan-jalan, naik turun tangga dengan baik. Dia masih berselera untuk makan.

"Dia masih menjalani ibadah macam biasa walaupun kadang-kadang sudah lupa akan beberapa bacaan dalam solat," kata Halijah dengan ketenangan.

Di kala jurugambar Utusan, Noor Asrekuzairey Salim, berkali-kali memberi 'arahan' kepadanya untuk memberikan aksi yang lebih baik, barulah kelihatan garis senyuman pada wajah sang seniman.

Barangkali, mungkin ketika itu dia merasa seperti berada di lokasi penggambaran drama atau filem.

Diberi arahan oleh pengarah dia sangat patuh dan tidak sesekali cuba 'melawan' malah senyuman lebar mula kelihatan pada wajah tuanya.

Jurugambar cuba berlagak sebagai 'tuan director' dan dia kelihatan semakin banyak memberikan senyuman sambil bibirnya berkali-kali berkata: "Oh, boleh-boleh, saya tak ada masalah."

Disiplin sebagai seniman sewaktu di lokasi yang menerima apa juga dari arahan si pengarah, masih menebal dalam diri seniman yang bernama Jins Shamsudin.




# UPDATE (3 FEBRUARI 2015): PERKEMBANGAN TERKINI JINS SHAMSUDIN


Persatuan Seniman diketuai Zed Zaidi (dua dari kiri) melawat Jins Shamsudin (duduk) di kediamannya di Hulu Kelang 2 Februari yang lalu. Duduk kanan, Mariani.

KELUARGA KESAL PENYEBARAN GAMBAR JINS SHAMSUDIN
Oleh Mohd.Al Qayum Azizi (mStar, 3 Februari 2015)

PIHAK keluarga Jins Shamsudin kesal dengan penyebaran beberapa keping gambar bintang filem terkenal pada tahun 1950an dan 1960an itu yang kelihatan kurus dan didakwa berada dalam keadaan uzur sehingga menjadi perbualan hangat di laman sosial sejak Ahad lalu.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, yang melawat bekas Senator itu di kediamannya pada pagi 2 Februari lalu memberitahu, isteri Jins, Halijah Abdullah, terkejut dengan dakwaan mengenai suaminya kerana Jins berada dalam keadaan baik biarpun disahkan menghidap Alzheimer sejak tahun 2011.

"Apa yang Halijah beritahu saya beliau kesal dengan penyebaran gambar oleh pihak tidak bertanggungjawab seolah-olah suaminya itu uzur dan tidak dijaga dengan baik.

"Lebih membimbangkannya adalah telahan yang tidak benar dibuat terhadap Jins tanpa bertanya sendiri kepadanya sebagai individu paling dekat dengannya," katanya.

Zed menegaskan, Jins berada dalam keadaan sihat ketika mengunjungi ke kediaman pelakon veteran itu di Hulu Kelang.

Dalam pada itu, Zed berkata, pada kunjungan tersebut, Jins berada dalam keadaan baik selain ceria menerima kehadiran mereka dirumahnya.

MELIHAT SENDIRI

"Biasalah pada usianya sekarang selera makannya mungkin tidak seperti dulu sehingga menyebabkan berat badannya menyusut tapi apa yang kami lihat dia sihat dan ceria sepanjang kami berada di rumahnya itu.

Pada kunjungan tersebut pihak Seniman dan Koperasi Penggiat Seni Berhad (Koseni) turut memberi sumbangan kepada Jins semasa lawatan tersebut selain membaca doa agar kesihatan pelakon dan pengarah terkenal itu berada dalam keadaan baik.

"Adalah menjadi tanggungjawab Seniman juga apabila tersebar cerita sebegini kami perlu melihat sendiri untuk memastikan sama ada cerita yang tersebar adalah benar atau pun tidak," jelas Zed.

Sementara itu, Zed berkata, penyebaran gambar tersebut jelas memperlihatkan kuasa dan bahaya media sosial sekiranya ia digunakan tanpa etika dan bertanggunjawab sehingga mampu menimbulkan salah faham dan fitnah tanpa mendapatkan kesahihan terlebih dulu.

"Inilah bahayanya media sosial kerana pihak tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya menyebarkan sesuatu tanpa mengetahui kesahihan demi untuk menaikkan rating dan meraih perhatian pengguna lain.

"Tanpa mengambil kira impaknya kepada keluarga dan masyarakat disekeliling yang jelas mampu menimbulkan salah faham," ujarnya.




Poster: "Imbauan 3"

With his first wife, Rahmah Rahmat

With his close friends, (from left) Mustafar A.R., Aziz Singah, Khalid Jefri and Hussain Abu Hassan at the 24th. Asia-Pacific Film Festival Sydney, Australia in 1978

Speaking as Chairman of Finas at the programe "Imbas Kembali Bersama Latifah Omar" at Galeri Perfileman in 2007

JINS SHAMSUDIN TIDAK BOLEH LARI
DARIPADA BAYANG-BAYANG P.RAMLEE
Oleh Mustafar A.R.

JINS SHAMSUDIN tidak boleh lari daripada bayang-bayang P.Ramlee. Ini, kerana P.Ramlee beliau berada di kedudukan seperti sekarang. Jika tidak, entahlah... Dan, ini diperakui sendiri oleh Jins.

Jins (nama sebenarnya Mohamed Zain Bin Shamsudin) dilahirkan Di Taiping, Perak pada 5 November, 1935 dan pernah mendapat pendidikan di Sekolah King Edward VII (1948) di tempat kelahirnya itu.

Di pertengahan 1950-an Jins ke Singapura bekerja sebagai kejuteraan elektronik di samping bergiat dalam bidang fesyen dan pementasan.

Kemudian beliau berjinak-jinak dengan MFP hingga mendapat peluang menjadi pelakon tambahan dalam filem "Keadilan Ilahi" yang diarahkan oleh K.M.Basker dan "Anak-Ku Sazali" arahan Phani Majumdar.

Bintang Jins mulai bersinar apabila P.Ramlee mengambilnya sebagai hero dalam "Panca Delima" berheroinekan Hashimah Yon setelah menjalani uji bakat pada 25 Januari 1956.

Selepas itu, beliau membintangi filem demi filem antaranya "Kaseh Sayang", "Anak Pontianak", "Azimat", "Sergeant Hassan", "Mata Hari", "Dandan Setia", "Lela Manja", "Sumpah Wanita", "Putera Sangkar Maut" dan "Si Tanggang".

PENOLONG PENGARAH

Jins juga diberi gelaran James Bond Malaysia apabila membintangi "Jefri Zain Dalam Gerak Kilat" (sebagai Jefri Zain) yang merupakan filem terakhirnya di MFP.

Satu hal yang sangat menarik, Jins tidak pernah berlakon filem di Cathay Keris Film.

Jins pernah menjadi Penolong Pengarah kepada Jamil Sulong yang mengarahkan "Gerhana" (1962) yang dibintangi oleh Ahmad Mahmood dan Zaiton

Ada tiga perkara menarik yang patut di catatkan mengenai Jins ini ialah,

Pertama, "Anak Pontianak" merupakan satu-satunya filem Melayu pernah di tayangkan di panggung wayang Rex, Kuala Lumpur yang mana sebelumnya sentiasa saja dimonopoli oleh filem-filem barat dan sedikit filem Cina.

Kedua, Jins pelakon pertama menggunakan suara P.Ramlee (menyanyi dalam "Panca Delima") selepas P.Ramlee menjadi pengarah. Kali terakhir P.Ramlee meminjamkan suaranya kepada Yusof Latiff untuk "Kipas Hikmat".

Ketiga, Jins merupakan satu-satunya tokoh filem pernah dilantik sebagai senator bermula pada 13 Oktober 2004.

Apabila kemerosotan MFP mula kelihatan, Jins mendapat peluang pergi ke Shaw Brothers Hong Kong membintangi dua filem - "Bayangan Ajal" dan "Jurang Bahaya" yang diarahkan oleh Lo Wei dan telah di filemkan pada tahun 1967.

Disamping berlakon, Jins juga dilantik sebagai penolong pengarah dua filem tersebut disamping mendapat bimbingan mengenai pengarahan filem daripada Lo Wei. Jins juga menguruskan dubbing kepada dua filem itu.

MENDAPAT TAWARAN

Apabila MFP di tutup, Jins datang ke Studio Merdeka dan membintangi "Miang-Miang Keladi" (arahan Omar Rojik) kemudian disusuli pula "Pendekar 4" (S.Kadarisman) dan "Kanchan Tirana" (P.Ramlee).

Pada 16 Disember, 1968, Jins dengan rasminya dilantik sebagai pengarah di studio filem yang terletak di Ulu Kelang itu dan mengarahkan filem pertamanya, "Bukan Salah Ibu Mengandong," kemudian diikuti pula "Di Belakang Tabir."

Itu saja dua filem arahannya di Studio Mereka. Kemudian pada awal Januari 1970, Jins mendapat tawaran MARA untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang perfileman di London.

Jins melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School dari 1970 hingga 1972 dan mendapat Diploma dalam Teknologi Filem (Motion Picture Technology) dengan Kepujian Kelas Pertama.

Sekembalinya, beliau menyertai Perfima sebelum mengarahkan beberapa filem termasuk "Menanti Hari Esok," "Tiada Esok Bagimu", "Esok Masih Ada", "Bukit Kepong", "Esok Untuk Siapa" dan "Ali Setan."

Filem-filemnya banyak menggondol anugerah terutama Festival Filem Malaysia (FFM) tetapi yang paling berjaya "Bukit Kepong" yang memenangi 7 anugerah termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakonlayar Terbaik.

Pada tahun 1986, di Festival Filem Malaysia Ke-6 (FFM6) Jins dipilih menerima "Anugerah P.Ramlee" setelah beliau mengenepikan dua lagi calon utama - Jamil Sulong dan Omar Rojik.

Jins dilantik sebagai Senator (Parlimen Malaysia) selama 3 tahun bermula 13 Oktober 2004. Sebelum itu, beliau menerima anugerah bintang kebesaran Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP) daripada Sultan Azlan Shah yang membawa gelaran Dato' pada 19 April 1990.

Beliau juga merancang untuk memilemkan kisah sejarah "Pasir Salak", mengenai pembunuhan J.W.W Birch, tetapi hingga kini filem tersebut tidak pernah kunjung tiba, kerana bajetnya besar, RM8 milion.

Sempena Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 2 Jun 2007 Jins telah dianugerahkan dengan darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran "Tan Sri".

Setakat ini hanya 4 tokoh filem Malaysia menerima anugerah Tan Sri itu. Selain Jins, Runme Shaw, P.Ramlee dan L.Krishnan.


Received award PSM from the Yang di-Pertuan Agong on June 2, 2007 which carries the title “Tan Sri”

With Anugerah P. Ramlee

With Indonesian's Actress, Lenny Marlina









SILVERSCREEN LEGEND - JINS SHAMSUDIN
Based On The Story
By KL Lifestyle (April 6, 2011)


JINS SHAMSUDIN, at 76, remains a highly regarded figure in the local film industry. Throughout his life, he had acted in more than 40 films, and was a director and senator, and remains a film activist. We traced his glittering path starting from his formative years in a Malay village.

A NOSTALGIA CHILDHOOD

Jins was born on November 5, 1935, in a village called Kampung Batu 10 in Taiping, Perak to the village head Mohamed Jins and his wife Mariam.

Being the youngest of four children, Jins was closest to his sister Hazizon (whom he called Kak Cik), who was two years older than him. During his childhood in the idyllic village, Jins and his siblings loved to play with wooden guns, marbles and tops. They also liked playing hide-and-seek and hitting birds with catapults.

As a teenager, Jins was fond of swimming in the river. One day, while he was mimicking Tarzan (played by the Olympic champion Johnny Weismuller in the film “Tarzan Came To New York”) as he swayed from the hanging root of a tree, he fell and was admitted to Taiping hospital.

His friends began to make fun of him. “How can you be a film star when you are so skinny?” they jeered at him.

“You wait and see, I will prove to you one day that I will become a film hero!” Jins retorted. This was merely a spontaneous reply in self-defence. Unknown to both Jins and his peers, this “prophesy” would really come true one day.

When Jins was studying at the Bendang Siam primary school, he already showed an interest in photography. To achieve his goal of buying a camera, he decided to sell green pea porridge, wheat porridge and ‘kuih’ (Malay sweet cakes).

From his earnings, he finally bought himself a Kodak Brownie Model 127 with $8.00. With the camera, he began to hone his photography skills by taking photos of his schoolmates.

Today, this antique camera is proudly displayed as one of his private collections, among various other cameras he owns.

During secondary school at Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping, Jins grew into a handsome young man. He soon developed an interest in riding fast bicycles and even modified his typical bicycle into looking like a racing bicycle.

Cycling to school daily, he attracted much attention from girls who were on the way to school as well.

JOURNEY TO STARDOM

In the 1950s, the late multitalented Tan Sri P. Ramlee who was an actor, director, singer, songwriter, composer and producer, became Jins’ idol. He even took upon mimicking P. Ramlee’s hairstyle.

One day, Jins received an offer letter to go for a screen test at the studio of the Malay Film Productions (MFP) in Jalan Ampas, Singapore.

The studio was considered the ‘Hollywood’ of Malay films at that time. The offer came from Jaafar Abdullah, the information officer of Shaw Brothers (a film production company in Singapore) who once met Jins at the Shaw Chambers in Robinson Road, Singapore and was impressed with him.

Without any experience in acting, the young Jins left his village and ventured to Singapore for the screen test. When he arrived at the studio, for the first time in his life he found himself among glitzy film stars whom he could only admire from the screen previously.

Soon, P. Ramlee walked into the studio. It was the first time Jins came face-to-face with his longtime idol. He was very excited as his dream of meeting P. Ramlee finally came true.

In fact, it was P. Ramlee who would be conducting the screen test. Jins, together with other candidates, were told to perform various acts, including standing straight, walking naturally, and walking like a young man, an old man and a rich man.

They were also given scripts and told to act out the characters displaying various emotions such as humour, sadness, love and fear.

The three important criteria which P. Ramlee looked for in prospective actors were: looks and personality, height and voice. Jins met all three criteria and sailed through the screen test with success.

TURNING POINT

May 16, 1956 marked the turning point in Jins’ life – he was signed as an actor by MFP with the salary of $70.00 per month and a house in Boon Tech Road, near the studio.

Jins first acted in "Keadilan Ilahi" (directed by K.M. Basker) and thereafter "Anak-Ku Sazali", which was directed by Phani Majumdar and starring P. Ramlee as the main character.

It was during the shooting of "Anak-Ku Sazali" that Jins became close friends with P. Ramlee. Jins’ hardwork and initiative in helping around during the filming process impressed P. Ramlee, and he decided to appoint Jins as the lead actor in "Panca Delima", a film he was to direct.

The success of "Panca Delima" propelled Jins to stardom and recognition. Letters from fans came pouring in from all over the Peninsula, Singapore as well as Indonesia.

He was hunted by reporters and photographers. News and photographs of him began to grace various entertainment publications.

Thereafter, he acted in films, "Kaseh Sayang" and "Anak Pontianak". He soon earned a name as an actor who was capable and hardy. He acted his roles perfectly in classic films (bercorak purbawara) such as "Si Tanggang", "Lubalang Daik", "Batu Durhaka" and "Taqdir".

He also proved himself to be a versatile actor, acting in dramas such as "Neracha", "Sayang Si Buta", "Darah Muda" and "Kacha Permata", and action films such as "Jefri Zain Dalam Gerak Kilat", "Bayangan Ajal" and "Jurang Bahaya", both shot in Hong Kong and directed by Lo Wei.

Jins realised that in order to sustain his popularity, he needed to discipline himself and look after his image and personality. He began to study the success and lifestyle of famous film stars, especially those from Hollywood, by reading various books.

He took care of his communication style and actions whether he was facing his fans or VIPs. As his fame grew, he was soon a frequent guest at royal functions and major events.

At 33, Jins was appointed a director by Shaw Brothers. He first directed "Bukan Salah Ibu Mengandong" which became an instant hit, thus giving a boost to the Malay film industry, which was experiencing a slowdown at that time as western films were preferred over local ones.

He then proceeded to direct his second film, "Di Belakang Tabir" which was a modern crime story. Both films broke the traditional barriers of Malay film production in terms of storyline, filming techniques and quality.

P. Ramlee also acted in them as a guest actor. Other films he directed down the road included "Esok Masih Ada", "Bukit Kepong", "Esok Untuk Siapa" and "Tiada Esok Bagimu" which had all brought him numerous awards.

In his continuous quest for knowledge and improvement, Jins furthered his studies at the London International Film School from 1970 to 1972 and graduated first class with a Diploma in Motion Picture Technology.

Returning to his homeland, he join the Perusahaan Filem Malaysia (Perfima) – the first Malay film production company – together with P. Ramlee, H.M. Shah, Jaafar Abdullah and others. The first film they produced was "Menanti Hari Esok".

FILM ACTIVIST

In 1967, Jins returned to Malaysia from Singapore and decided to settle down in Kuala Lumpur. With his vast experience and knowledge in films, he was resolute to contribute to his country.

At that time, the Malay film industry was deteriorating due to the invasion of Indonesian and western films. Jins felt that the establishment of a film organisation under the guardianship of the government should be set up quickly to oversee the industry.

Due to his continuous effort, the National Film Development Committee was finally established in 1980 to chart plans to develop the local film industry.

Following the committee’s suggestion, the National Film Development Corporation Malaysia (Finas) was set up in 1981, under the National Film Development Corporation Act, with the responsibility of developing, preserving and providing support and encouragement to the Malaysian film industry.

EXTRAORDINARY ACHIEVEMENTS

Due to his passion and dedication, Jins has garnered countless awards and accolades, including best actor and best director numerous times throughout his life.

During the 6th. Malaysia Film Festival held on December 13 – 14, 1986, he received the coveted Anugerah P. Ramlee, and this acknowledged him as one of the most prominent artistes in Malaysia.

On October 13, 2004, he made history by becoming the first film star to be appointed senator.

He was also conferred various titles by the royal houses in recognition of his contribution towards the film industry.

Among the most notable was the Panglima Mangku Negara (PSM) award by the Yang di-Pertuan Agong on June 2, 2007 which carries the title “Tan Sri”. In 2009, he was presented with the National Artiste Award.

In 2010, Jins obtained his doctorate from Universiti Utara Malaysia after completing his thesis entitled “Filem Melayu 1930-an hingga 1960-an Sebagai Citra Budaya dan Sejarah Negara” where he based his research on 50 Malay movies filmed during that period.

Today, at the age of 76, Jins shows no signs of slowing down. His diary is continuously filled with a long list of events that he is invited to, and he remains passionate about his vision to produce films which will impact viewers.

Working from his studio in Ulu Kelang named “Studio Panca Delima”, Jins says: “I am currently working on producing a film about the J.W.W. Birch historical incident in Pasir Salak.

"This historical movie will cost about RM8 million. Research for the film was done while I was studying in London.”

Truly, it is his continuous strive for change, challenge and excellence that has made him a respected and distinguished figure in the local film industry.



BUKIT KEPONG

JEFRI ZAIN IN GERAK KILAT

With Hashimah Yon in "Panca Delima"

With Sa'adiah in "Dandan Setia"

With Tina Chin-Fei in "Jurang Bahaya"

With Sarimah in "Bukan Salah Ibu Mengandong"










ANUGERAH___

* Anugerah Festival Filem Asia Pasifik, Bali: "Esok Masih Ada" (1980)
* Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-3: "Bukit Kepong" (1981)
* Anugerah P.Ramlee Festival Filem Malaysia Ke-6 (1986)
* Anugerah Pingat Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (1990)
* Anugerah Kesatria Mangku Negara Yang di-Pertuan Agong (1990)
* Anugerah Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan USM (1999)
* Anugerah Seniman Veteran Bintang Popular Berita Harian (2004)
* Anugerah Darjah Panglima Setia Mahkota: Tan Sri (2007)
* Anugerah Seniman Negara (2009)


FILEMOGRAFI___

1. KEADILAN ILAHI (1956 K.M. Basker)
2. ANAK-KU SAZALI (1956 Phani Majumdar)
3. PANCA DELIMA (1957 P. Ramlee)
4. KASEH SAYANG (1957 Phani Majumdar)
5. ANAK PONTIANAK (1958 Ramon A. Estella)
6. AZIMAT (1958 Ralf Bayer)
7. SERGEANT HASSAN (1958 Lamberto V. Avellana)
8. MATA HARI (1958 Ramon A. Estella)
9. SAMSENG (1959 Ramon A. Estella)
10. DANDAN SETIA (1959 Dhiresh Ghosh)
11. LELA MANJA (1960 Jamil Sulong)
12. MEGAT TERAWIS (1960 Dhiresh Ghosh)
13. SUMPAH WANITA (1960 Omar Rojik)
14. PUTERA SANGKAR MAUT (1960 Dhiresh Ghosh)
15. PERTARONGAN (1960 Omar Rojik)
16. INDERA BANGSAWA (1961 Dhiresh Ghash)
17. SI TANGGANG (1961 Jamil Sulong)
18. LUBALANG DAIK (1962 Jamil Sulong)
19. BATU DURHAKA (1962 Omar Rojik)
20. NERACHA (1963 Dhiresh Ghosh)
21. DARAH MUDA (1963 Jamil Sulong)
22. BUDI DAN DOSA (1963 Jamil Sulong)
23. BIDASARI (1965 Jamil Sulong)
24. SAYANG SI BUTA (1965 Omar Rojik)
25. TAQDIR (1965 Omar Rojik)
26. KACHA PERMATA (1966 Jamil Sulong)
27. JEFRI ZAIN DALAM GERAK KILAT (1966 Jamil Sulong)
28. BAYANGAN AJAL (1967 Lo Wei)
29. JURANG BAHAYA (1967 Lo Wei)
30. AMOK TOK NADING (1968 S. Kadarisman)
31. MIANG-MIANG KELADI (1968 Omar Rojik)
32. PENDEKAR 4 (1968 S. Kadarisman)
33. KANCHAN TIRANA (1969 P. Ramlee)
34. BUKAN SALAH IBU MENGANDONG (1969 Jins Shamsudin)
35. DI BELAKANG TABIR (1969 Jins Shamsudin)
36. MENANTI HARI ESOK (1976 Jins Shamsudin)
37. TIADA ESOK BAGIMU (1978 Jins Shamsudin)
38. ESOK MASIH ADA (1979 Jins Shamsudin)
39. BUKIT KEPONG (1980 Jins Shamsudin)
40. ESOK UNTUK SIAPA (1982 Jins Shamsudin)
41. ALI SETAN (1985 Jins Shamsudin)
42. BALADA (1986 Jins Shamsudin)
43. MEMORI (1991 Rosnani)
44. 1957: HATI MALAYA (2007 Shuhaimi Baba)
45. AKHIRAT (2008 Syed Mohamed)

LAIN-LAIN FILEM___

46. EAGLE HUNTER (1983)
47. KROADH (1990)
Dibintangi Sanjay Dutt, Sunny Doel & Amitabh Bachchan
Pengarah Shashilal K.Nayar
48. MONEY NO ENOUGH (1998)
Dibintangi Jack Neo, Mark Lee & Henry Thia
Pengarah T.L.Tay
49. THE DEADLY PRINCIPLE (2001)
50. MISS YOU LIKE CRAZY (2010)
Dibintangi John Lloyd Cruz, Bea Alonso & Maricar Reyes
Pengarah Cathy Garcia-Molina


MARI KITA MENONTON FILEM-FILEM JINS SHAMSUDIN___



(Sumber: Sha3818) SERGEANT HASSAN

(Sumber: Njendra) PANCA DELIMA

(Sumber: FilemKlasikMelayu) INDERA BANGSAWAN

(Sumber: FilemKlasikMelayu) KANCHAN TIRANA

(Sumber: LimaJiwas) DARAH MUDA


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.









ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

NOSTALGIA FILEM MELAYU KLASIK
maklumatnya tepat atau mengelirukan

P. RAMLEE
and the golden era of malay cinema


ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar


CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

LONG HOUSE (1957)
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya


PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan

PELANGI (1951)
filem pertama keluaran nusantara film

SERUAN MERDEKA (1947)
keganasan dan kekejaman jepun ditentang





KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




19 comments:

  1. kasihan Jins Samsuddin

    ReplyDelete
  2. kasihan Jins Samsuddin

    ReplyDelete
  3. Nadia Badarudin tu pun orang Perak jugak, orang Sungai Rokam....hehe

    ReplyDelete
  4. Simpati dengan keadaan Jins sekarang.
    Saya doakan kesihatannya sentiasa baik.
    Bagaimanapun, itu semua ketentuan Allah.
    Semoga keluarga beliau berbanyak sabar.
    - Bahardin (T. Malim), Perak.

    ReplyDelete
  5. Anaknya Hang Tuah dalam suratkhabar 2009 tak disebut? Boleh google untuk link akhbar.

    ReplyDelete
  6. (PERTAMA) -Jins tidak pernah mempunyai ank yg bernama hang tuah..Nama hang tuah tiada berdaftar di dalam ic seperti nama ank2 beliau yg lain iaitu hang jebat dan hang nadim..
    Nama ZAIN yg diwar2kn hanya nama panggilan nya di KG..ianya TIDAK ADA LANGSUNG berdaftar di JPN..
    (KEDUA)- Sumber2 yg dipetik olehh penulis berdasarkan wikipedia shj..dan blog jins yg dinyatakan itu sudah sy semak..ianya BKN ditulis OLEH JINS..ad keceliruan disitu..JINS TIDAK mengetahui ap yg ditulis di media electronic..dia bkn org IT org nya..buta IT..
    (KETIGA) - Jika benar hang tuah adalah ank beliau, dimanakah MUKA nya melawat jins setelah jins uzur ini mahupun sebelum..DIA ada datang jenguk kah ??? jika ad semestinya sudah pasti ad fotonya..tetapi TIADA..dan dari ap yg sy ketahui hanya ank beliau Hang Jebat/Hang Nadim serta isteri yg menjaga nya siang dan malam yg mana mereka tidak pernah menggembar gemburkan mereka adalah ank JINS dgn menghebahkan satu dunia..xpernah pon batang idung hang tuah dilihat dimana2 laman sosial menjaga JINS tetapi ingin mengaku ANAK..pelik ???
    (KEEMPAT) - S.zamila adalah yg mana semua org ketahui dlm bahasa kasar nya GILA JANTAN..semua jantan dia sebat...dia terkenal dgn perwatakannya itu ketika zaman2 studio merdeka..senang kata mana yg ad nama dia pon keneng lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak patut kata S.Zamila GILA JANTAN.
      Kok ya pun, dialog itu tidak patut dikeluarkan.
      Kalau S.Zamila dikatakan begitu,
      saya pun boleh kata Jins Shamsudin GILA BETINA.

      Delete
  7. Jika dilihat juga..wajah yg dikatakan ank jins iaitu hang tuah itu TIDAK ad mirip wajah JINS langsung berbanding 3 ank nya iaitu Jefry, Hang Jebat dan Hang Nadim.. malah ianya mmg mirip wajah s.zamila..jika dilihat juga..ank2 s.zamila yg lain adalah sama seperti wajah hang tuah..mmg betul lah ank zamila tp bkn JINS..

    ReplyDelete
  8. Dakwaan itu ada di http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0224&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm

    Kalau betul nak buktikan, buat kenyataan akhbar. Jika salah sedialah kena saman. Tak perlu guna bahasa kasar. Bahasa kasar ini hanya dari keturunan kurang baik. Bukan gitu.

    Tak perlu beria-ria buat kenyataan di media sosial, lontar batu sembunyi tangan.

    ReplyDelete
  9. Mcm hang tuah dah buat sidang media tu

    ReplyDelete
  10. Saya tak mahu komen apa-apa sebab saya tak tau asal usul Tan Sri.....apa yang saya tau saya suka tenguk filem2 lakonannya.....he he he.....saya masih mencari filem Taqdir sampai kini masih tak jumpa2....sapa ada simpan tolong email: maskara1412@yahoo.com....Tkasih.

    ReplyDelete
  11. dengar cerita jins shamsudin mgkhianati tan sri p.ramlee...betul ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peristiwa tu dah lama berlaku. Lagi pun P.Ramlee dah lama meninggal dunia dan Jins Shamsudin pula dalam keuzuran. Elok sekiranya perkara tu tak ditimbulkan hari ini, esok dan selama-lamanya.

      Delete
    2. Betul dan saya bersetuju.
      En. Mustafar telah memberi jawapan
      yang cukup berkesan dan sepatutnya
      harus diterima oleh semua pihak.

      - Azian, KL.

      Delete
  12. Salam Pak Mus...dalam filemografi Jins di atas ada salah ejaan bukan Sergeat Hassan tetapi SERGEANT HASSAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesilapan sudah diperbetulkan.
      Terima kasih Ismadi.

      Delete
  13. Arwah Jins pernah pertikaikan kenapa P. Ramlee mahu membuat filem di Hong Kong tetapi Jins sendiri membikin dua buah filem di Sana. Kenapa ya?

    ReplyDelete