"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Tuesday, December 18, 2012


FFM25 & FFM26 SERENTAK

ADUHAI, APA SUDAH JADI DENGAN FINAS & GAFIM?
Dipadankan Dari Tulisan Abd.Aziz Itar
Utusan Malaysia, 12 Disember 2012
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


Poster FFM25

Ketua Pengarah Finas, NAGUIB RAZAK


Sidang Media Pelancaran FFM25
(Sumber: Cinemamalaysia)

Jins Shamsudin memenangi banyak anugerah kerana "Tiada Esok Bagimu", disamping Azean Irdawati yang menang kerana "Esok Masih Ada" di FFM1, 1980

Rahim Razali, Fauziah Ahmad Daud dan Azmil Mustapha dengan anugerah yang mereka menangi kerana "Matinya Seorang Patriot" dan "Ali Setan" di FFM6, 1985

Afdlin Shauki begitu gembira dengan tiga anugerah yang dimenangi oleh filem arahannya bercorak komedi "Papadom" di FFM22, 2009

Atas: Lisa Surihani dengan anugerah yang dimenanginya kerana "Legenda Budak Setan." Bawah: Norman dan Edry dengan anugerah yang dimenangi "Magika" di FFM23, 2010

MUKADIMAH___
Oleh Zaini Yusop
Berilhamkan Tulisan Amy Ikram

TAHUN ini, 2012, semua penggiat filem Malaysia termasuk pengarah, pelakon, penulis skrip, jurugambar, jurusunting dan sebagainya tidak akan dihargai sepertimana tahun-tahun sebelumnya.

Penghargaan sedemikian selalunya dilakukan dalam satu upacara penuh gilang-gemilang berprestij tinggi yang dikenali sebagai Festival Filem Malaysia (FFM).

Festival Filem Malaysia buat pertama kalinya dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA) yang dipegerusikan oleh Norshah Thamby pada bulan April tahun 1980, kemudian disusuli Festival Filem Malaysia Ke-2 (FFM2) tahun berikutnya, 1981.

Selepas FFM2, FFM3 dan seterusnya (FFM4 dan FFM5) dikelolakan pula oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Selepas itu, Finas bekerjasama dengan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) yang diwujudkan atas inisiatif Zain Haji Hamzah (Ketua Pengarah Finas) - mulai FFM6 (1986) hingga FFM24 (2011).

MENGENEPIKAN GAFIM

Gafim (pada masa itu) dianggutai oleh tujuh buah persatuan dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Penajanya terdiri dari:

* Jins Shamsudin - Presiden
Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM)
* Norshah Thamby - Timbalan Presiden/Setiausaha
Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA)
* A. Rahman Hassan - Penolong Setiausaha
Persatuan Penyanyi Tanahair (PAPITA)
* Mustaffa Haji Ton - Bendahari
Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM)
Ahli Jawatankuasa (AJK)
* Mustafar A.R.
Persatuan Wartawan Filem Malaysia (PWFM)
* Aimi Jarr
Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA)
* Ahmad Daud
Persatuan Penyanyi Tanahair (PAPITA)
* Zainuddin Zimbo
Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN)
* Tan Mutalib
Guild Of Advertising Film Producers Of Malaysia
* M. Daud
Pergerakan Gabungan Karyawan Filem Dan Budaya (PAKAR)

Kini, Finas cuba mengenepikan Gafim untuk menganjurkan FFM25, (sepatutnya masih bersama kerana Jubli Peraknya) dan mahu melaksanakan secara bersendirian yang telah ditetapkan tarikhnya pada 30 Disember 2012.

Khabarnya, Finas tidak menolak pembabitan Gafim dalam penganjuran FFM25, hanya berlaku sedikit salah faham. Jika benar begitu, baguslah.

Bagaimanapun, Finas terpaksa menangguhkan hingga ke satu tarikh lain (tahun 2013), dan ini bermakna, apakah tahun 2013 akan menyaksikan dua festival filem dibuat dua kali setahun iaitu FFM25 dan FFM26.

Untuk mengetahui apakah benar atau sekadar ramalan saja, sila baca artikel yang tersiar dalam Utusan Malaysia keluaran 12 Disember 2012, dengan dilakukan sedikit penyuntingan.











SIAPA TANGGUHKAN FFM25?___
Oleh Abd.Aziz Itar Tahun ini Festival Filem Malaysia (FFM) bakal menyambut Jubli Perak, penganjurannya buat kali yang ke-25. Festival yang asalnya dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA) pada April tahun 1980 itu telah banyak membantu menyemarakkan lagi industri perfileman di negara ini.

FFM seperti biasa bukan saja tidak pernah sunyi dengan kontroversi, malah FFM25 yang sepatutnya diadakan pada 30 Disember 2012 ini terpaksa dianjakkan tarikhnya pada tahun depan, 2013.

Paling teruk, difahamkan setakat ini, pihak penganjur belum menetapkan tarikh baru penganjuran FFM25 yang akan diadakan pada tahun depan itu.

Banyak masalah teknikal timbul menyebabkan festival filem setahun sekali itu yang dibuat gilang-gemilang, terpaksa ditunda tarikhnya.

Masalah-masalah yang dikemukakan antaranya daripada segi bajet (peruntukan kewangan) hingga kepada persiapan di saat-saat akhir yang membolehkan Finas sesak nafas dibuatnya.

MENYESUAIKAN TARIKH

Antara yang mencetuskan tandatanya, FFM25 ditunda kerana dikatakan mahu menyesuaikan tarikh individu-individu tertentu supaya dapat hadir bagi memeriahkan lagi malam anugerah penuh glamor itu nanti.

Paling kelakar, alasan lain yang diberikan ialah pada hujung tahun ramai penggiat perfileman Malaysia yang dikatakan sedang bercuti atau mempunyai urusan kekeluargaan lain.

Sebab itulah tarikh penganjurannya pada hujung tahun ini juga dikatakan tidak sesuai untuk golongan-golongan tersebut.

Sebenarnya, banyak masalah akan timbul apabila FFM25 ditangguhkan. Antaranya soal pencalonan filem-filem cereka yang semakin bertambah itu akan menyebabkan lambakan dalam penjurian festival filem tersebut kelak.









Malah, jika FFM25 diadakan pada tahun depan, maka bagaimanakah pula dengan FFM26?

Jika keadaan itu berlaku kemungkinan besar tahun 2013 akan menyaksikan dua festival filem iaitu FFM25 dan FFM26 akan diadakan pada tahun yang sama atau pun mungkin dibuat secara serentak.

Bayangkan untuk penjurian FFM25 tidak kurang 50 filem cereka telah menghantar pencalonan untuk dipertandingkan pada festival filem itu.

Kelewatan penganjuran FFM25 secara langsung juga boleh mengakibatkan berlakunya peningkatan kos penganjuran jika dua FFM diadakan dalam masa setahun.

Kalau itu berlaku, maka ini adalah kali pertama dalam sejarah FFM, FFM dianjurkan sebanyak dua kali dalam setahun.

Perancangan yang tidak betul terutama membabitkan tarikh pengajuran FFM juga akan menjejaskan program-program lain seperti sesi penjurian, tayangan filem, forum, seminar dan pelbagai lagi aktiviti yang biasanya dijalankan sebelum menjelangnya malam upacara penyampaian anugerah.

Sehubungan itu, Finas mahu pun Gafim seharusnya mempunyai perancangan yang lebih teliti supaya FFM kali ini berjalan dengan lancar, lebih teratur.

SEGELINTIR PIHAK

Sepatutnya dua pihak itu lebih mengutamakan kepentingan FFM itu sendiri daripada mengambil kira atau mahu menjaga kepentingan segelintir pihak yang lain.

Mereka seharusnya rasional dalam menangani isu remeh-temeh seperti itu. Dalam hal ini yang menjadi mangsa ialah pihak penerbit dan filem-filem yang mereka pertandingkan.

Karyawan filem lain seperti pengarah, penulis skrip serta pelakon juga terkena tempiasnya kesan daripada kelewatan penganjuran FFM25.

Paling utama setiap mereka terutamanya syarikat-syarikat produksi dan para pelakon yang terbabit sepatutnya memberi tumpuan kepada malam upacara penyampaian anugerah tersebut.

Malam itu adalah malam untuk meraikan serta mengiktiraf pembabitkan mereka dalam bidang filem yang diceburi itu.

Namun, mereka semua hanya akan menjadi mangsa jika FFM lebih mengutamakan pihak-pihak lain yang bukan merupakan pemain utama dalam industri filem ini berbanding mereka yang sebenar-benarnya layak untuk diraikan dan menerima pengiktirafan.



FFM23 (Sumber: LilunDeath90)


FFM24 (Sumber: MediaCapture2011)


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.


ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

NOSTALGIA FILEM MELAYU KLASIK
maklumatnya tepat atau mengelirukan

P. RAMLEE
and the golden era of malay cinema


ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar


CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

THE LONG HOUSE (1957)
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya


PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan

PELANGI (1951)
filem pertama keluaran nusantara film

SERUAN MERDEKA (1947)
keganasan dan kekejaman jepun ditentang



FILEM-FILEM BARU DI PANGGUNG WAYANG___





















>


KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.








No comments:

Post a Comment