"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Thursday, October 20, 2011


A.R. TOMPEL (1918-1973)

Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto: Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop





LAWAKNYA MENCUIT HATI
Di Kajiselidik & Di Susun
Oleh Mustafar A.R



BIODATA___
Nama sebenar AMAN RAMLIE BIN JAAFAR
Lahir 24 OKTOBER 1918
TANJONG BALAI, SUMATRA, INDONESIA
Meninggal dunia 30 JANUARI 1973
HOSPITAL BESAR, KUALA LUMPUR


"Abu Nawas", satu-satunya filem yang diarahkan oleh A.R. Tompel di Merdeka Filem Productions, Kuala Lumpur

Daeng Idris, Hashim Noor & A.R. Tompel dalam "Takdir Illahi"

Mariam, P. Ramlee & A.R. Tompel dalam "Aloha"

A.R. Tompel, Nyak Osman & Mahmud June dalam "Selendang Merah"

A.R. Tompel & Khatijah Hashim dalam "Keluarga 69"

A.R. Tompel & gambar P. Ramlee dalam "Anak Bapak"

Ruminah Sidek & A.R. Tompel dalam "Gerimis"


A.R. TOMPEL (Aman Ramlie Bin Jaafar) mula mendapat perhatian saya ketika menonton filem "Rachun Dunia" disebuah panggung wayang di Teluk Anson (kini Teluk Intan) di awal tahun 1950an ketika berusia 7 tahun.

Adegan paling saya ingat (sebelum menontonnya semula di tv beberapa tahun kemudian) betapa kelamkabutnya dia apabila rumahnya terbakar dan cuba menyelamatkan Mardiana (Sopatry).

Saya mula meminati telatah-telatah lucunya apabila menonton "Aloha" dan "Berdosa" berpasangan dengan D.Harris, kemudian disusuli pula "Bapa Saya" memegang peranan utama disamping Neng Yatimah dan Osman Gumanti yang berperanan sebagai heroine dan hero.

Selepas "Pulau Mutiara," minat saya terhadap A.R. Tompel terputus apabila dia berkarya di Nusantara Film yang mana filem-filemnya di studio tersebut terbatas penayangannya kerana rangkaian panggung wayang di Malaya (Singapura) dikuasai oleh Shaw Brothers dan Pertubuhan Cathay.

Apabila Nusantara Film melabuhkan tirainya, A.R. Tompel menyepi dan meminggirkan dirinya dari dunia filem. Dia tidak kembali ke MFP Jalan Ampas dan tidak juga ke Cathay Keris.

Ini bererti, saya tidak dapat lagi ketawa menonton telatah-telatah lucunya melalui filem sekian lama.

Bagaimanapun, perhatian saya tertumpu semula kepadanya apabila P.Ramlee mengambilnya berlakon dalam filem komidi "Do Re Mi" pada tahun 1966.

Lima filem lakonannya sebelum itu, "Tun Tijah", "Abu Nawas" (juga sebagai pengarah), "Keris Sempena Riau", "Selendang Merah" dan "Siti Payong", tidak menarik minat saya.

Peranan Re (Amore) yang di bawanya sangat menggeletekkan hati saya ditambah pula dengan adanya lawak-lawak yang tidak kurang lucunya oleh P.Ramlee dan Ibrahim Din.

Keberkesanan lakonan dalam "Do Re Mi" membuatkan saya teringatkan "Aloha" dan "Bapa Saya", dan ini membuatkan saya terus menonton dan terhibur dengan telatah-telatah lucunya dalam "Nasib Do Re Mi", "Keluarga 69", "Anak Bapak", "Gerimis", "Ahmad Albab" dan akhir sekali "Laxmana Do Re Mi".

A.R. TOMPEL MULA MENDAPAT PERHATIAN___

A.R. Tompel mula mendapat perhatian apabila akhbar The Straits Times menyiarkan serba sedikit mengenai dirinya pada 28 Julai 1950 di muka 9.

Menurut akhbar tersebut, pelawak terkenal yang dikenali sebagai "Tompel" dilahirkan di Tanjong Balai pada tahun 1918. Dia A. Ramlee (ejaan sebenar Ramlie) memulakan kerjayanya sebagai penari dengan kumpulan sandiwara Kris Opera pada tahun 1938.

Aman Ramlie lebih terkenal sebagai Tompel kerana dia menghasilkan banyak cerita komik antaranya "Nasib Si Tompel", "Mimpi Si Tompel" dan "Si Tompel Tertuduh".

A.R. Tompel pertama kali datang ke Singapura sebagai penolong pengarah kumpulan sandiwara Rayuan Asmara pada tahun 1946.

Pada tahun 1949, dia telah di screen test (uji skrin) oleh Malay Film Productions, dan berjaya mendapat peranan kecil dalam "Nilam" kemudian disusuli pula "Rachun Dunia".

Pertama kali nama A.R. Tompel tercatat di credit title ialah "Rachun Dunia" - Karman A.R. TOMPEL. Dalam "Nilam" namanya tidak tercatat.

Selepas itu dia digandingkan pula dengan pelawak D.Harris dalam "Dewi Murni" yang ternyata nampak serasi. Dalam "Nilam" mereka berlakon bersama tetapi tidak berlawak bersama.

Kerana A.R.Tompel dan D.Harris begitu secucuk, mereka berlakon (berlawak) pula dalam "Takdir Illahi", "Aloha", "Berdosa" dan "Pulau Mutiara".

Dalam "Takdir Illahi" A.R. Tompel bukan saja sebagai pelakon tetapi dilantik oleh L.Krishnan sebagai penolongnya (pembantu pengarah) dan menyusun dialog.

Kerana tidak puas hati dengan pembayaran disamping pengkaryaannya tidak bebas dan terhad, A.R. Tompel secara senyap-senyap (masih dalam kontrak dengan MFP) membantu Hsu Chiao Meng yang baru saja menubuhkan Nusantara Film Company iaitu pada tahun 1950.

Dia terlibat terus dengan "Perkahwinan Rahsia" sebagai pengarah bersama dengan Hsu Chiao Meng. Bagaimanapun, perlanggaran kontrak itu diketahui juga oleh Shaw Brothers.

Disebabkan A.R. Tompel merupakan aset penting Shaw Brothers ("Aloha", "Berdosa", "Bapa Saya" dan "Pulau Mutiara" menghasilkan pendapatan yang lumayan), dia telah dipanggil oleh Shaw Brothers untuk berunding yang kemudian menawarkannya sebagai pengarah filem, untuk mengarahkan "Fatimah".

A.R.Tompel menolak kerana pembayaran yang dianggapnya tidak setimpal, dan kerana itulah Haji Mahadi telah ditugaskan menjadi pengarah "Fatimah" yang kemudian ditukar tajuknya menjadi "Permata Di-Perlimbahan" (1952) yang dibintangi oleh Maria Menado dan Noordin Ahmad.

Selepas "Perkahwinan Rahsia", A.R.Tompel berkarya terus di Nusantara Film mengarahkan (dikatakan menggunakan nama Armaya) "Norma" (1951), "Chinta Murni" (1952), "Sesal Tak Sudah" (1952) "Sehati Serasa" (1953) dan "Seniati" (1953).

Dalam "Perkahwinan Rahsia" nama A.R. Tompel tidak tercatat sebagai pengarah tetapi nama Hsu Chiao Meng kerana kontraknya dengan Shaw Brothers masih berkuatkuasa.

Tetapi filem-filem lain tidak jelas kedudukannya (saya masih ragu-ragu) samada namanya tercatat sebagai pengarah atau menggunakan nama Armaya atau masih menggunakan nama Hsu Chiao Meng.

Ini disebabkan kesemua filem Nusantara Film, kecuali "Perkahwinan Rahsia", sudah hilang. Ini bererti segala faktanya pun turut ghaib.


A.R. TOMPEL, ISTERI & ANAK___

Semasa kematiannya, dikatakan A.R.Tompel mempunyai 18 orang anak. Tetapi, selepas itu, ada juga tercatat 23. Mana satu yang betul tidak dapat dipastikan.

A.R.Tompel juga dikatakan mempunyai ramai isteri (menurut anaknya, Rosita Aman Ramlie, 6 orang), tetapi 4 saja yang dapat dikesan - P. Suriati, Salmah Ismail (Saloma), Azizah Ismail (Jah Ismail) dan Ruminah Sidek.

Bersama P.Suriati, A.R.Tompel mempunyai 4 anak dan hanya 2 berbakat sepertinya sebagai pelawak - Armaya Aman Ramlie (A.R.Badol) dan Amran Aman Ramlie (Amran Tompel).

Begitu pun juga, antara mereka berdua, A.R.Badol yang lahir di Singapura pada 2 November 1949, paling menonjol kerana banyak berlakon dan mengarah filem yang boleh dikatakan semuanya bercorak komidi.

Popularnya A.R. Badol, hasil cungkilan bakat oleh RTM pada tahun 1975 apabila dia muncul sebagai johan Bakat TV berpasangan dengan R. Jaafar.


A.R. Tompel bersama dua sterinya, P. Suriati (kiri) dan Saloma. Gambar ini diambil pada 10 Mei 1952.

Tiga isteri A.R. Tompel (dari kiri) Rosminah Sidek, P. Suriati dan Jah Ismail. Gambar ini diambil pada 4 Julai 1976 di majlis perkahwinan A.R. Badol dan Norita Masrahim yang turut dihadiri oleh Khir Johari.

Atas, Ruminah Sidek & Salmah Ismail (Saloma) Bawah, Adlin Aman Ramlie & Armaya Aman Ramlie (A.R. Badol)



Amran Tompel pernah berlakon beberapa filem termasuk "Pontianak Menyerit", "Salah Bapak" dan "Antoo Fighter".

Bersama Saloma, A.R.Tompel hanya mempunyai seorang anak, Armali Aman Ramlie, yang lebih terkenal sebagai pemusik dibandingkan pelawak. Dia dilahirkan di Singapura pada tahun 1953.

A.R.Tompel berkahwin dengan Saloma pada tahun 1952 (tarikh tepat tidak diperolehi), dan hanya bertahan selama 3 bulan saja.

Armali Aman Ramlie meninggal dunia di Tampin, Negeri Sembilan pada 6 Ogos 2006.

Bersama Jah Ismail, paling ramai A.R.Tompel mempunyai anak (10 semuanya) tetapi tidak seorang pun yang berbakat sepertinya. Begitu pun juga, Rosita Aman Ramlie sedang giat berusaha mengumpulkan bahan-bahan mengenai A.R.Tompel untuk tulisannya yang akan dijadikan buku.

Satu langkah yang sangat baik, kerana A.R. Tompel sepatutnya (wajib) ada buku mengenainya. Dia merupakan salah seorang personaliti filem yang banyak jasanya terhadap perkembangan filem Malaysia.

Bersama Ruminah Sidek, hanya Adlin Aman Ramlie saja yang paling ke depan mengikut langkah ayahnya sebagai anak seni, tetapi bukan pelawak.

Dia telah berlakon banyak filem termasuk "Puteri Gunung Ledang" (2004) yang diarahkan oleh Saw Teong Hin juga turut dibintangi oleh Tiara Jacquelina, Alex Komang dan M.Nasir.

SEBELUM A.R. TOMPEL DILANGGAR KERETA___

Menurut pengurus Restoran Semporna yang terletak di Jalan Haji Hussein dan juga pelakon filem, Yusoff Surya (suami Fadzliyaton), mereka berdua berada dalam Restoran Semporna selama kira-kira 9 jam (20 Januari 1973) berbual-bual sambil makan minum.

Mereka berdua meninggalkan restoran tersebut kira-kira jam 12.00 tengahmalam (21 Januari 1973) dan berpecah untuk pulang ke rumah masing-masing. Yusoff Surya ke Ampang Jaya dan A.R. Tompel menuju ke Setapak.

Yusoff Surya mendapat khabar tentang kemalangan A.R. Tompel dilanggar kereta tidak lama kemudian dan menganggap kejadian tersebut sangat memeranjatkan.

Menurut jurucakap polis pula, A.R. Tompel dipercayai telah dilanggar oleh sebuah kereta selepas dia singgah di sebuah kedai dekat panggung wayang Alhambra (kini sudah tiada) di Setapak.

Katanya lagi, A.R. Tompel telah dilanggar dan ditinggalkan begitu saja tanpa mendapat bantuan oleh pemandu yang melanggarnya.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, dia mendapat bantuan orangramai dengan memasukkannya ke unit jagaan intensif (icu) dengan keadaan tidak sedarkan diri dan kritikal.

Kemalangan tersebut berlaku tidak sampai pun satu jam setelah dia keluar bersama Yusoff Surya dari Restoran Semporna, jam 12.40 pagi.

CERITA PEMANDU KERETA MELANGGAR A.R. TOMPEL___

Kapten Tentera Hamzah Karim, 40 tahun, sebagai membela dirinya di mahkamah rendah di Kuala Lumpur yang dikena tuduhan memandu dengan cuai memberitahu, dia sedang memandu kereta Cortina dari Jalan Pahang menuju ke arah Jalan Gombak (Setapak), apabila dia ternampak seorang lelaki berdiri di tengah-tengah jalan.

"Sebuah kereta Volvo telah memotong saya disebelah kanan. Lelaki itu cuba mengelakkan kereta itu dan dia menyekat jalan saya dan terus melanggar bahagian depan kereta saya," katanya.

Tambah Hamzah Karim lagi, "Saya tidak berhenti setelah melanggar lelaki itu kerana terlalu takut kena pukul, sekali pun sebuah pondok polis berada kira-kira 300 ela saja jauhnya dari tempat kemalangan".

Hamzah Karim membuat lapuran polis 6 hari kemudian, dan dalam perbicaraan tersebut (16 November 1973) dia didapati bersalah kerana cuai dan didenda 800 ringgit.


(Sumber: Perpustakaan Negara Singapura)


"BAPA SAYA"___

A.R. Tompel, one of the two ace comedians of the Malay screen, is being given a big role in the latest Malay comedy hit entitled "Bapa Saya" (My Father).

The film tell the story of a happy-go-lucky middle class Malay family. Tompel as "Bapa Saya" is quickly tempered, selfish and strict but he has soft heart.

Althought he holds the family purse tight in his hand, he is sometimes liberal and even profuse. As such a character Tompel as great scope to provide lot of laughts.

Speaking about Malay comedian, film fans will certainly remembered D. Harris as partner of Tompel.

Unfortunately in this film he is not taking part because he is engaged in another film now being made called "Penghidupan" (Life) starring P. Ramlee and Maria, the new screen personality who holds the All-Malaya-Indonesia Beauty Queen and Kebaya Queen titles.

However "Bapa Saya" will still be a big comedy hit for 1951, because beside Tompel there is also Siti Tanjong Perak as "Mama Saya".

Directed by B.S. Rajhans and assisted by Tompel himself, "Bapa Saya" also introduces new actor called Raja Azmi, one of the most popular Malay record and radio singers.

Osman Gumanti takes a part a son and Neng Yatimah as the daughter of "Bapa Saya".

The Javanese dan Bali dances in the film are introduced perfectly by Osman Gumanti.

The nine comical hits were composed by Osman Ahmad, and the lyrics by Tompel and D. Harris - (The Straits Times, 25 February 1951).

"DEWI MURNI"___

A new Malay film "Dewi Murni" to be shown in Singapore this month, stars Osman Gumanti, well known Indonesian dancer and Kasma Booty. The film based of Eastern folklore and culture, depicts the story of King of Java centuries ago.

It was made by Malay Film Productions Ltd. It contains 12 new Eastern melodies that should captivate most people here. Music and lyrics were composed by Zubir Said, who is well known in Malaya as songwriter.

The film which is a full production, contains many costumes of the past, Eastern dances and typcally, those two comedians, Tompel and Harris, who can always be counted on for plenty of laughs.

Osman Gumanti plays the King. Kasma Booty the girl he falls in love with and finally marries, despite the wiles of the premier, who wanted his daughter (played by Khatijah), to become the Queen.

It is quiet a story and Malay Film Productions have spent a lot of money to ensure accuracy and in obtaining costumes and material - (The Straits Times, 2 June 1950).


MARI KITA MENONTON FILEM "NASIB DO RE MI"___













(sumber: jejakasunyi30)


MARI KITA MENYANYI LAGU "CORAK DUNIA"___



(sumber: dezydizzy)

"CORAK DUNIA"

Bermacam-macam corak dunia
Ragam manusia pun tak tentu
Orangkaya hidup gembira
Ratap tangis miskin piatu

Bila dunia kan damai
Manusia saling menghargai
Hidup pun saling bantu
Lenyap semua keji dan tipu

Pabila sudah inginkan harta
Tidak segan berbuat dosa
Hilang rasa kemanusiaan
Segera timbul kekejaman

Orangkaya hati riang
Mendapat harta dari menipu
Kasihan si miskin malang
Kerna menderita hidup selalu

Bermacam-macam corak dunia
Ragam manusia pun tak tentu
Orangkaya hidup gembira
Ratap tangis miskin piatu

Penyanyi filem: Osman Gumanti & Neng Yatimah
Penyanyi suara: R. Azmi & Momo
Penyanyi piringhitam: P. Ramlee & Momo
Pencipta lagu: Osman Ahmad
Penulis lirik: A.R. Tompel
Filem: "Bapa Saya"

ADEGAN SAYA SUKA TONTON BERULANG-KALI___



GERIMIS (sumber: jambeso)


NASIB DO RE MI (sumber: alcatrazmlaysia)


DO RE MI (sumber: jejkasunyi)


NASIB DO RE MI (sumber: flame304)


AHMAD ALBAB (sumber: kaliisthesweethog)


AHMAD ALBAB (sumber: taufiksannusi)


FILEM-FILEM A.R. TOMPEL___

Malay Film Productions (MFP)
1. NILAM (1949)
2. RACHUN DUNIA (1950)
3. DEWI MURNI (1950)
4. TAKDIR ILLAHI (1950)
5. ALOHA (1950)
6. BERDOSA (1951)
7. BAPA SAYA (1951)
8. PULAU MUTIARA (1951)

Nusantara Film Company
9. PERKAHWINAN RAHSIA (1950)
10. NORMA (1951)
11. CHINTA MURNI (1952)
12. SEHATI SERASA (1952)
13. SESAL TAK SUDAH (1953)
14. SENIATI (1953)

Merdeka Film Productions
15. TUN TIJAH (1960)
16. ABU NAWAS (1961)
17. KERIS SEMPENA RIAU (1961)
18. SELENDANG MERAH (1962)
19. SITI PAYONG (1962)
20. DO RE MI (1966)
21. NASIB DO RE MI (1966)
22. KELUARGA 69 (1967)
23. ANAK BAPAK (1968)
24. GERIMIS (1968)
25. AHMAD ALBAB (1968)
26. LAXMANA DO RE MI (1973)

RTM (TV Malaysia)
27. INTAN (1970)

FAKTA___

  • A.R. Tompel tidak berlakon dalam "Pembalasan" (1950), tetapi bertindak sebagai penulis lirik dan penulis senikata (dialog).

  • Dalam "Perkahwinan Rahsia" tercatat pengarahnya Hsu Chiao Meng. A.R. Tompel bertugas sebagai penulis cerita, penulis senikata (dialog) dan penolong pengarah.

  • A.R. Tompel dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, Kuala Lumpur bersebelahan pusara Saloma, P. Ramlee dan Nasir P.Ramlee.

  • A.R. Tompel tidak pernah berlakon di Cathay Keris Film.

  • A.R. Tompel bukan saja sekadar berlawak tetapi juga mampu berperanan jahat antara filemnya "Aloha" dan "Selendang Merah".

  • Kesemua empat isteri A.R. Tompel (P. Suriati, Saloma, Jah Ismail dan Ruminah Sidek) pelakon filem.

  • Antara empat isteri A.R. Tompel, hanya Ruminah Sidek saja yang masih hidup.

  • Sama seperti P.Ramlee, filem terakhir A.R. Tompel "Laxmana Do Re Mi".

  • Agak menarik, dalam "Ahmad Albab," Saloma berperanan sebagai anak A.R. Tompel dan dia juga sebagai isteri P. Ramlee.

  • "Intan" satu-satunya drama tv (RTM) yang dibintangi oleh A.R.Tompel bersama P.Ramlee.


    # UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.



  • 25 comments:

    1. Dah lama saya cari kisah a.r. tompel ni,
      baru sekarang saya menjumpainya di fkm
      yang boleh dikira sebagai lengap.
      Terima kasih Encik Mustafar A.R.,
      kerana maklumat yang tercatat itu.

      - razak rahman, muar, johor.

      ReplyDelete
    2. Saya begitu meminati lawakAllahyarham A R Tompel. lihatgigi dia pun dah kelakar.Cara dia bercakap secara bersahaja pun dah geli hati

      ReplyDelete
      Replies
      1. Ya, saya setuju.
        Itulah kelebihan A.R. Tompel,
        yang tidak boleh ditandingi oleh anak-anaknya,
        walaupun A.R. Badol sekali pun.
        Lakonannya dalam "Nasib Do Re Mi" dan
        "Gerimis," memperlihatkan antara buktinya..

        Delete
      2. Sebut pasal gigi A R Tompel ne saya heran bagaimana beliau dapat "menyembunyikan" giginya dalam cerita Ahmad Albab. Mungkin supaya wajah nampak serius agaknya

        Delete
    3. Salam,terima kasih atas info saudara.
      Boleh saya tahu dimana nak dapat dvd cerita 'abu nawas' lakonan ar tompel,dah puas mencari.
      Terima kasih.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Filem "Abu Nawas" arahan A.R.Tompel
        kedudukannya kini, boleh dianggap hilang.
        Ia sama seperti "Si Tora Harimau Jadian"
        yang diarahkan oleh P. Ramlee.
        Tetapi kalau ada usaha mencarinya,
        mungkin suatu hari nanti akan ditemui.
        Itu sebab, sudah sampai masanya Finas
        mengwujudkan arkib filem, Sinematek Malaysia.

        Delete
    4. Saya, sejak menonton "Bapa Saya" kemudian "Dewi Murni" dan "Berdosa" minat habis dengan A.R. Tompel.
      Kelakar orangnya apatah lagi apabila berpasangan dengan Siti Tg. Perak dan D. Harris.
      Tetapi entah kenapa dan mengapa, anak-anaknya, A.R. Badol, Adlin Aman Ramlee dan Amran Tompel, tidak pula saya minati.

      - Shahrum Abdullah, Batu Pahat, Johor.

      ReplyDelete
    5. Salam hormat Tuan, Usaha murni Tuan ini amat saya hargai. Tahniah.- Dj Mansor 019-6622585 www.selangorku.com

      ReplyDelete
      Replies
      1. Terima kasih Djmansor.
        Semoga saya dapat meneruskan
        usaha memberi info mengenai filem Malaysia
        dengan tepat dan betul.

        Delete
    6. Terima kasih untk info yng lengkap saya tidak tahu banyak jadi banyak tahu tentan A.R Tompel... kaki selalu menonton filem2 klasik dibandingkan dgn filem baru kerana banyak pengajaran yg dapat kita ambil dan hiburan yg sangat lucu walaupun setiap hari tetap tidak bosan. Orang Brunei sangat suka menonton filem melayu klasik semua peringkat umur sangat gemar apa lagi golong tua akan sangat teruja kalau menonton sambil mengenang kembali kisah lama. Terima Kasih skali lagi.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Terima kasih, apa khabar, orang Brunei.
        Filem dulu walaupun black & white,
        ada tauladan disamping hiburan - lagu, lawak dan tarian.
        Filem sekarang, entah apa-apa tak tau nak cakap.
        Mungkin saya orang lama, agaknya, citarasa pun lain,
        tak berminat langsung menontonnya,
        banyak sangat hantu, banyak sangat gangsternya.
        Memang patutlah MP Azalina Othman membidas Finas.

        Delete
    7. Menurut Encik. Mustafar, A.R. Tompel turut berlakon
      dalam drama TV ( RTM) "Intan" bersama P. Ramlee.
      Adakah DVDnya? Kalau ada, dimana boleh saya membelinya.

      - Intan Suraya, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

      ReplyDelete
    8. terima kasihdengan penceritaan ini. setelah menonton tele filem saloma arahan melissa saila.terus sy googlre lagi nak tau mengenai a.r tompel. terimah kasih

      ReplyDelete
    9. Tahniah tuan.banyak maklumat yang dapat berkenaan A.R Tompel

      ReplyDelete
    10. lagenda yang pastinya tiada galang gantinya

      ReplyDelete
    11. saya tak faham..gigi ar tompel tu yg asli atau bukan?
      kerna dlm ahmad albab tak nampak giginya..tp anak bapak ada pula..dua filem pada tahum yg sama

      ReplyDelete
    12. "Kesemua empat isteri A.R. Tompel (P. Suriati, Saloma, Jah Ismail dan Ruminah Sidek) pelakon filem."
      (1) P. SURIATI - kalau tidak silap saya adalah seorang penari dalam filem-filem Shaw-MFP ("Panggilan Pulau"?);
      (2) SALOMA - memang terkenal & tidak perlu diperkatakan;
      (3) JAH ISMAIL - kalau tidak saya arwah pernah muncul dalam beberapa filem lama studio Merdeka & drama komedi RTM di zaman hitam putih. Orangnya berkulit putih, gempal & rendah tetapi arwah Jah tidak begitu dikenali & exposed seperti Minah Hashim (makcik pingpang petpot dalam MMM);
      (4) Ruminah Sidek - tidak perlulah diperkatakan sebab sudah dikenali ramai hingga sekarang.

      - NONAMA

      ReplyDelete
    13. Salam.
      P. Ramlee yang saya tahu seorang yang kuat cemburu. Sebagai contoh, belaiu sanggup memutuskan percintaannya dengan seniwati Latifah Omar hanya kerana gambar seksi seniwati itu disiarkan di majalah.
      Akan tetapi, mengapa P. Ramlee tetap boleh berlakon sama dengan A.R Tompel dalam filem Ahmad Albab sedangkan Saloma (bekas isteri A.R Tompel) turut berlakon sama? Tidakkah P. Ramlee merasa cemburu melihat lakonan A.R Tompel dan Saloma?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Ini merujuk kepada profesionalisma ketiga-tiga pelakon tersebut. Kedua-dua pelakon A R Tompel dan Saloma saling bekerjasama dengan P Ramlee. Tidak timbul isu cemburu (mungkin ada tetapi bagi saya P Ramlee seorang yang professional) apabila P Ramlee melihat lakonan A R Tompel dengan Saloma. Ini pendapat saya.

        Delete
    14. Salam. Benarkah Ar Tompel yang berperanan sebagai ayah saloma dalam Ahmad Albab ? Saya rasa orang lain lah .

      ReplyDelete
    15. Adakah pihak Tuan ada bekerjasama dengan anak2 beliau untuk mencungkil lagi kisah-kisah dan riwayat Tompel ini? Anak-anaknya (atau balunya Ruminah Sidek) yang ada pun seolah tidak berminat untuk memberikan input...hanya banyak membangkang dan pertikai, misalnya selepas cerita Saloma ditayangkan di Astro, banyak pertikai itu ini tak betul...yang sebenarnya pula tidak diceritakan..

      ReplyDelete
    16. Misteri yang masih belum 5erungkai.Kemana gigi A.R Tompel dalam Ahmad Albab

      ReplyDelete
    17. Hebat anak Tanjung Balai, Asahan, Sumatera Utara ini...Alfatihah utk A.R, Tompel

      ReplyDelete