"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Wednesday, September 28, 2011


SHANE (1953)

FILEM KOBOI PALING SAYA SUKAI
Teks: Mustafar A.R.
Foto: Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop




Salji digunung menambahindahkan lagi panorama filem "Shane"



Atas, Alan Ladd sebagai Shane. Bawah, bentuk pistol yang dipakai oleh Shane



Dari kanan: Alan Ladd, Van Heflin, Jean Arthur dan Brandon De Wilde






Atas, Emile Meyer (Rufus Ryker) bersama kuncu-kuncunya. Bawah, Jack Palance sedang mengganas


Shane dan Joe Starrett menghadapi tentangan Rufus Rkyer dan pengikut-pengikutnya


Ben Johnson sebagai Chris Calloway


Jack Palance sebagai Jack Wilson


Alan Ladd sedang bertarung sengit dengan Jack Palance dan Emile Meyer


Brandon De Wilde sebagai Joey Starrett bersama anjing kesayangannya


Shane mengucapkan selamat tinggal kepada Joey Starrett



PARAMOUTH PICTURES
Produser GEORGE STEVENS
Pelakon ALAN LADD (Shane) JEAN ARTHUR (Marian Starrett) VAN HEFLIN (Joe Starrett)BRANDON DE WILDE (Joey Starrett) WALTER JACK PALANCE (Jack Wilson) BEN JOHNSON (Chris Calloway) EDGAR BUCHANAN (Fred Lewis) EMILE MEYER (Rufus Ryker) ELISA COOK, JR. DOUGLAS SPENCER JOHN DIERKES ELLEN CORBY PAUL MCVEY HOHN MILLER EDITH EVANSON LEONARD STRONG RAY SPIKER
Lakonlayar A.B. GUTHRIE, JR.
Cerita (Novel) JACK SCHAEFER
Pengarah Fotografi LOYAL GRIGGS
Pengarah Seni HAL PEREIRA WALTER TAYLOR
Rakaman Suara HARRY LINDGREN GENE GARVIN
Penyunting Filem WILLIAM HORNBECK TOM MACADOO
Musik VICTOR YOUNG
Pengarah Filem GEORGE STEVENS

Tahun diedarkan: 1953 (23 April)
Masa tayangan: 118 Minit


JALAN CERITA___

Orang asing bernama Shane sampai ke lembah terpencil yang sedang bergolak. Dia kemudian mendapati dirinya terlibat dengan konflik antara Joe Starrett dengan kerakusan penternak lembu Rufus Ryker yang memaksa Joe Starrett dan tiap-tiap pemilik ladang supaya keluar dari lembah tersebut.

Shane menerima pekerjaan sebagai mempertahankan ladang dan kediaman Joe Starrett. Tetapi kemudian mendapati, Joey Starrett (anak lelaki Joe Starrett), tertarik kepadanya kerana kepantasannya mengunakan pistol. Isteri Joe Starrett yang jelita (Marian Starrett) juga menyukai Shane.

Apabila Shane dan semua pemilik ladang pergi ke pekan, berlaku pergaduhan antara Shane dengan orang-orang Rufus Ryker. Dengan bantuan Joe Starrett, mereka telah menewaskan pengikut-pengikut Rufus Ryker itu.

Rufus Ryker kemudian mengistiharkan yang dia dan orang-orangnya akan membunuh Shane atau Joe Starrett jika mereka kembali ke pekan tersebut.

Disamping berlakunya ketegangan antara dua kumpulan tersebut, Rufus Ryker telah mengupah Jack Wilson, penembak handalan.

Jack Wilson telah membunuh Frank Torrey yang panas baran dan selepas selesai upacara pengkebumiannya, ramai merancang untuk meninggalkan ladang dan rumah mereka. Tetapi kemudian berubah fikiran apabila mendapati rumah pemilik ladang (Fred Lewis) telah dibakar oleh orang-orang Rufus Ryker.

Semua pemilik ladang berazam menentang Rufus Rkyer dan pengikut-pengikutnya dan berjanji akan membina semula rumah Fred Lewis walaupun tahu perkara yang sama akan berlaku terhadap ladang mereka.

Joe Starrett mengambil keputusan untuk membunuh Jack Wilson dan Rufus Rkyer dan mengamankan pekan. Bagaimanapun, Joe Starrett dan Shane berbalah siapa seharusnya pergi ke pekan.

Kerana Joe Starrett masih berkeras, Shane terpaksa memukul kepala Shane dengan pistol (dia pengsan) sebagai satu cara untuk mengelakkan Joe Starrett pergi menentang Jack Wilson dan Rufus Ryker yang memungkinkan dia akan terbunuh.

Di pekan, Shane berdepan dengan Jack Wilson di salun. Mereka berdepan antara satu dengan lain (untuk pertarungan pistol) yang berkesudahan Jack Wilson terbunuh. Selepas itu, Shane menembak Rufus Ryker yang cuba menembaknya dari belakang.

Selepas itu, Shane meninggalkan salun. Joey Starrett yang mengekorinya dari ladang memberi amaran kepada Shane adanya bahaya.

Adik Rufus Ryker (berada di atas tangga dengan senapang Winchester) menembak Shane dan terkena lengannya. Shane membalas dan membunuhnya.

Shane berjalan menemui Joey Starrett. Dia menasehatinya supaya mengusahakan ladang dengan baik dan menjaga ayah dan ibunya. Shane yang tercedera dilengan menunggang kudanya dan pergi melepasi batu-batu kubur di Cemetery Hill.

Joey Starrett berlari mengekorinya, kemudian berhenti dan berteriak sayu, "Shane. Shane. Come back!" ("Shane. Shane. Kembalilah!")



Pengarah filem George Stevens

ULASAN FK___

Saya mula meminati Alan Ladd apabila menonton "The Black Knight" dan "Drum Beat" pada tahun 1954 ketika berumur 11 tahun, kemudian disusuli pula "Boy on a Dolphin" bersama Sophia Loren pada tahun 1957. Kesemua filem tersebut saya tonton di panggung wayang.

"Shane" yang mula ditayangkan pada tahun 1953, seingat saya tidak pernah saya tonton di mana-mana panggung wayang tetapi menontonnya (jauh terkemudian) melalui pita vhs dan vcd, kemudian dvd yang mana kualiti fotografinya lebih cantik dan lebih menarik.

Sepanjang hidup saya (sejak mengenali filem), beratus-ratus filem western (koboi) telah saya tonton yang dibintangi terutamanya John Wayne, Gary Cooper, James Stewart, Clark Gable, Errol Flynn, Gregory Peck, Tyrone Power, Robert Taylor, Audie Murphy, Rock Hudson, Kirk Douglas, Burt Lancaster dan ramai lagi.

Antara sebanyak filem western itu (entah kenapa) saya sangat-sangat menyukai "Shane" yang diarahkan oleh George Stevens ini.

Plot ceritanya sederhana saja, lakonan Alan Ladd, Jean Arthur dan Van Heflin tidak sehebat mana pun. Hanya lakonan Brandon De Wilde agak menarik dan menyayat hati kerana kekagumannya terhadap Alan Ladd yang pantas menggunakan senjata api (pistol).

Kekuatan filem ini (pada saya) terletak kepada pengolahan (lakonlayar oleh A.B. Guthrie, Jr.) yang digaraf oleh George Stevens menyebabkannya ia menjadi sebagai salah satu filem klasik yang sangat sukar ditandingi.

Keberkesanan arahan George Stevens itu, dikuatkan lagi dengan sinematografi oleh Loyal Griggs (penggambaran banyak dilakukan di tasik dan lembah Big Bear serta Taman Kebangsaan San Bernardino), musik oleh Victor Young dan suntingan filem oleh William Hornbeck dan Tom McAdoo.

Sungguhpun AFI meletakkan "Shane" ditempat ke-3 daripada 10 filem western terbaik, namun saya menempatkannya di nombor satu. Pilihan AFI "The Searchers" ditempat pertama, saya tempatkan nombor tiga dan "High Noon", pilihan AFI tempat kedua, saya kekalkan di nombor dua juga.

Bagi mempastikan samada anda bersetuju dengan saya atau tidak marilah kita sama-sama menontonnya di bawah, itupun jika tidak dipadam (delete) oleh tuan punya filem.


ANUGERAH___

"Shane" telah menerima pencalonan merebut 6 anugerah oscar. Tetapi hanya memenangi satu saja, sinematografi terbaik untuk Loyal Griggs.

5 lagi - filem terbaik, pengarah terbaik (George Steven), aktor pembantu terbaik (Jack Palance dan Brandon De Wilde) dan lakonlayar terbaik (A.B. Guthrie, Jr.).

Dalam upacara penyampaian anugerah oscar pada 25 Mac 1954, filem terbaik dimenangi oleh "From Here To Eternity", pengarah terbaik Fred Zinnemann ("From Here To Eternity") dan aktor pembantu terbaik Frank Sinatra ("From Here To Eternity").


MARI KITA TONTON FILEM & KLIPS "SHANE"


(Sumber: TheWesternReview)

(Sumber: Carlena Giger)

(Sumber: Kuusamo66)


(Sumber: GoodVideoBits1)


FAKTA___

* Filem terakhir dibintangi oleh Jean Arthur yang pernah berherokan Gary Cooper dalam "The Plainman" (1936) yang diarahkan oleh Cecil B.DeMille.

* Diperingkat awal sepatutnya Katherine Hepburn memegang peranan Marian Starrett.

* Keputusan pemilihan Alan Ladd, Jean Arthur dan Van Heflin membintangi filem ini dibuat oleh George Stevens (setelah melihat senarai pelakon) hanya mengambil masa 3 minit.

* Diperingkat awal George Stevens mahukan Montgomery Cliff berperanan Shane dan William Holden sebagai Joe Starrett.

* "Shane. Shane. Come back!" teriakan Brandon De Wilde (Joey Starrett) dipilih oleh American Film Institute (AFI) menduduki tempat ke-47 (dari 100 filem) dialog (quote) terbaik.

* Pada tahun 2007 dan 2008, "Shane" berada di tempat ke-45 (dan ke-3 bercorak western) pilihan AFI - The Greatest Movie of All Time.

* Dalam senarai AFI 100 Tahun... 100 Filem, "Shane" dipilih berada di tempat ke-69.

* Penggambaran filem ini bermula pada bulan Julai dan berakhir pada bulan Oktober 1951. Tetapi mula ditayangkan di New York pada 23 April 1953 kerana ketekunan George Stevens di bilik suntingan.

* Adegan Alan Ladd berlatih menembak di depan Brandon De Wilde, George Stevens terpaksa membuat penggambaran (takes) sebanyak 119 kali.

* "Shane" ditayangkan setahun selepas "High Noon" (7 Julai 1952) yang dibintangi oleh Gary Cooper dan Grace Kelly sungguhpun penggambarannya dibuat terkemudian, bermula pada bulan September 1951.

* "Shane" ada persamaannya dengan "Pale Rider" (1985) yang diarah dan dibintangi oleh Clint Eastwood. Bagaimanapun, peranan kanak-kanak lelaki ditukar kepada kanak-kanak perempuan (Megan Wheeler) lakonan Sydney Penny.

* Adegan Shane menembak adik Rufus Ryker, diciplak oleh pengarah Howard Hawks untuk filem "Rio Bravo" (1959) yang memperlihatkan Dean Martin menembak musuhnya, juga dalam salun.

* Nama Jack Palance di credit title Walter Jack Palance.

* Brandon De Wilde dilahirkan pada tahun 1942 dan meninggal dunia pada tahun 1972 semasa umurnya 30 tahun kerana kemalangan jalanraya di Denver, Colorado.

* Kesemua bintang utama (Alan Ladd, Jean Arthur, Van Heflin dan Jack Palance) telah meninggal dunia.

* Pengarah George Stevens meninggal dunia pada 8 Mac tahun 1975 ketika berusia 70 tahun di Lancaster, California.


No comments:

Post a Comment